Tukar Tiub |
- SAHABAT MAT SABU
- TERIMA KASEH - BACA PUISI
- AWAS KENYATAAN INI
- SOALAN BODOH
- BACA PUISI
- UNTUK PENCERAHAN
- BERAPA TAHUN NAK TUNGGU
- DARI MUKRIZ KEPADA LCE
- LAGI KESAH PUISI
- AL-FATIHAH UNTUK ANAK MUDA INI
Posted: 20 Feb 2016 06:00 AM PST |
Posted: 20 Feb 2016 05:00 AM PST TERIMA KASEH terima kaseh ada paksi terima kaseh semua yang hadir terima kaseh yang membaca puisi terima kaseh pada pemusik terima kaseh kg banda dalam ini sajak yang gwa baca: SURAT INI surat ini telah lama hendak aku tulis telah lama beligar-ligar dalam kepala biar aku bacakan disini agar kau boleh tidur lena malam ini kerana isinya amat selalu kau dengar yang aku dendangkan di sini kau jadikan halwa telinga kau jadikan ingatan bersama kau jadi salam setiakawan dari aku biar aku katakan jujur aku tidak ingin lagi berkesah tentang adam dan hawa aku tidak mahu membuka kesah cinta kesah duka kesah lara sebenarnya surat aku ini aku tulis untuk bertanya aku ingin bertanya kepada kau kita ini hendak kemana? kita ini sedang dimana? kita ini dari mana? seribu tahun aku berkelana seribu tahun mundar mandir seribu tahun aku mencari jawabnya belum terjumpa lagi seribu tahun aku menangis tujuh kampong tenggelami air tujuh gunung runtuh terbarai tujuh bukit menjadi lembah jawapannya masih aku tunggu dari sini ke sana dari sana ke sini dari hujung ke panggal dari utara ke barat aku geldah mencari jawapan kau tahu apa yang aku tanya ini kau tahu apa yang aku cari kau tahu apa yang aku geledah kau tidak akan tahu musim bunga kalau kau tak rasai musim dingin kau tak tahu indah mata hari kalau kau tidak dilanda banjir kau tak tahu erti kaseh kalau kau tidak pernah ditinggalkan kau tak tahu erti lambat jika kau tak pernah menunggu kau tidak akan tahu apa itu bebas jika kau tidak pernah terkurung lalu aku ingin bertanya lagi kita ini dari mana hendak kemana? kita ini dari apa kepada siapa? kita ini untuk apa dan kenapa? bila pintu besi itu ditutup bila bilik itu dikunci bila kau menjadi angka aku yakin kau juga akan bertanya bila pintu itu ditutup bila bilik itu dikunci kau juga akan bertanya ke mana pergi segala guru ke mana perginya para imam ke mana pergi segala tok penghulu ke mana hilangnya para sasterawan ke mana lesapnya para pemikir kemana larinya para orang itu dimana hilangnya ayat ayat itu bila pintu itu dikunci bila bilik itu ditutup kau akan menjadi aku kau akan sedar yang ditunggu bukan kunci pintu besi yang ditunggu bukan saekor lipas kudung yang aku tunggu ialah jawapan kenapa kita ini macam ini kenapa kita tidak macam itu? kenapa aku disini? kenapa aku tidak disitu? kenapa macam ini? kenapa tidak macam itu? 19/02/16 ---------- |
Posted: 20 Feb 2016 05:00 AM PST INI SUARA DARI PERTAMA KOMPLEKS Isu tanah rizab Orang Asli dijangka selesai tahun ini, kata menteriIsu tanah rizab masyarakat Orang Asli dijangka selesai sepenuhnya pada penghujung tahun ini, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah i Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata setakat ini, sebanyak 79,000 hektar tanah rizab itu siap diukur dan menunggu proses diwartakan manakala 24,000 hektar lagi sudah diwartakan kerajaan negeri. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/isu-tanah-rizab-orang-asli-dijangka-selesai-tahun-ini-kata-menteri#sthash.K00bMsBV.dpufhati hati kata kunci disini ialah DIJANGKA kah kah kah dijangka bukan AKAN SELESAI dijangka selesai PUTAR LAGI |
Posted: 20 Feb 2016 04:30 AM PST SATU LAWAK ATAU SOALAN BODOH LAGI BANGANG RM2.6 bilion: Mahu percaya Menteri Arab Saudi atau WSJ?Kata Pengarah Komunikasi Strategik BN, Abdul Rahman Dahlan, Wall Street Journal telah melanggar semua peraturan kewartawanan.PETALING JAYA: Adakah rakyat lebih mempercayai kenyataan Menteri Luar Arab Saudi atau Wall Street Journal yang hanya menggunakan sumber tidak bernama dalam isu 1MDB, soal Pengarah Komunikasi Strategik BN, Abdul Rahman Dahlan. Beliau menyangkal dakwaan pengarang kewangan WSJ, Ken Brown dalam wawancara bersama ABC News Australia bahawa derma RM2.6 bilion bukan daripada keluarga Diraja Arab Saudi, sebaliknya daripada pelbagai syarikat berkaitan 1MDB. "WSJ mendakwa pegawai Arab Saudi yang tidak dinamakan berkata yang menteri kewangan dan luar mereka tidak tahu tentang sumbangan ke akaun peribadi Perdana Menteri. Walhal Menteri Luar Saudi sendiri secara terbuka berkata bahawa ia daripada Arab Saudi, seperti yang disahkan Peguam Negara selepas siasatan terperinci. KAH KAH KAH woit cakap marah tapi inilah tahap munkee kita soalan ini soalan cepu emas nampak munkee ini tak faham munkee ini tak sedar munkee ini tak tahu atau buat buat tak sedar atau buat buat tak tahu bahawa hampir semua warga malaysia tidak lagi percaya dengan kerajaan apa saja cakap gamin apa saja cakap munkee soalan ini tak perlu ditanya kah kah kah kenyataan najib kenyataan menteri tok arab kah kah kah tak ada siapa percaya kah kah kah KAH KAH KAH ------------- |
Posted: 20 Feb 2016 04:00 AM PST FACE BOOK Sumpah Tukar Tiub Kami anak muda Malaysia bersumpah Akan menghasut, menghasut dan menghasut Hatta turun mendesak di jalan Meski kaki bertelanjang tiada berkasut Kami anak muda Malaysia bersumpah Akan melawan, melawan dan melawan Biar suara meninggalkan tekak Sehingga yang korup merompak ditawan Kami anak muda Malaysia bersumpah Kalau seorang Tukar Tiub dipenjara Sepuluh ribu Tukar Tiub muda akan bingkas membela 'Tipu pilihanraya! Turun ke jalanraya!' Kami anak muda Malaysia bersumpah, Sumpah kami bergegar di langit Biar telinga Bik Mama bingit Tukar Tiub ayatollah kami Tiada seorang mampu mengganti! 9.45pm 19 Feb '16, Gombak. Baca Puisi Madrasah Seni. dibacakan dibaca puisi markas tarbiah ------------- |
Posted: 20 Feb 2016 12:00 AM PST AHLI FIQH Wahai ahli-ahli Fiqh, Janganlah setelah menafsirkan dan menguraikan ayat-ayat Allah dan hadits Nabi saw. mengecam dan menyalahkan atau berani mensesatkan/mengkafirkan kaum muslimin dan para ulama dalam suatu perbuatan, karena tidak sepaham dengan madzhabnya. Orang seperti ini sangatlah fanatik dan extreem yang menganggap dirinya paling benar dan faham sekali akan dalil-dalil syari'at, menganggap kaum muslimin dan para ulama yang tidak sependapat dengan mereka, adalah sesat, bodoh dan lain sebagainya. Kami berlindung pada Allah swt., dalam hal tersebut. Allah Maha Mengetahui hamba-Nya yang benar jalan hidupnya. Ingat firman Allah swt. (Surah 17 - Al-Isra' :84) "Katakanlah (hai Muhammad) : Biarlah setiap orang berbuat menurut keadaannya masing-masing, karena Tuhanmu lebih mengetahui siapa yang lebih lurus (jalan yang ditempuhnya)." (Surah 53 - An-Najm :32) "….janganlah kamu merasa sudah bersih, Dia (Allah) lebih mengetahui siapa yang bertaqwa." # on PERANG ULAMAK Publish | Delete | Spam Little Bird on 2/18/16 sama sama kita belajar ------------ |
Posted: 19 Feb 2016 11:00 PM PST BERAPA TAHUN NAK TUNGGU Peguam Najib: Belum ada arahan mengenai dakwaan WSJPeguam Wan Azmir Wan Majid berkata beliau akan mendapatkan arahan lanjut daripada Najib berhubung perkara itu KAH KAH KAH woit ini sampai bila? sampai bik mama jadi anak dara balik ke? sampai bik mama slim? slim macam ziana zain ke? kah kah kah PUNYA LAMA -------------- |
Posted: 19 Feb 2016 09:30 PM PST INGATAN UNTUK MAT L.C.E |
Posted: 19 Feb 2016 08:30 PM PST KESAHNYA malam kelmarin baca puisi setiakawan mangsa akta hasutan 1948 di markas tarbiah kg banda dalam anjuran PAKSI pyanhabib sama membaca puisi pyan bacakan sms dari aku pyan bacakan sms yang aku tulis sms aku ingin belajar buat jeruk petai cara pyanhabib tak sangka pyan simpai sms aku hampir satu tahun dahulu pagi ini aku anta sms ucapan teriama kaseh kepada semua temasuk pyan nah aku terima terima jawapan sms dari pyan: hanya satu perkataan: PETAI kah kah kah LAGI KESAH PETAI puan aliza jaafar isteri yb saari sungip juga menulis dan membaca puisi pada malam yang sama ahhh... aliza menulis ingatan-ingatan ISA di kamunting ahhh... dia juga menulis tentang dirinya menyuludup petai masuk ke dalam sel kerana pihak penjara tidak membenarkan aku menerima petai |
AL-FATIHAH UNTUK ANAK MUDA INI Posted: 19 Feb 2016 08:00 PM PST AL-FATIHAH MOSUL- IRAQ. Seorang remaja dipancung oleh militan IS selepas ditangkap mendengar muzik pop menerusi pemain CD mudah alih. Memetik laporan portal antarabangsa, MDetro.co.uk, Ayham Hussein, 15, ditahan oleh kumpulan militan itu ketika mendengar muzik di kedai runcit milik bapanya di barat Mosul, Iraq. Ayham dipaksa hadir pada perbicaraan mahkamah Islamist dan kemudiannya dihukum pancung di hadapan masyarakat umum. Mayatnya diserahkan kepada keluarganya pada Selasa lalu. Ia dipercayai kes pertama di bandar tersebut dan mencetuskan kemarahan masyarakat tempatan. Dalam satu kenyataan dua tahun lalu, kumpulan itu telah menyatakan pengharaman ke atas lagu-lagu atau muzik dimainkan sama ada dalam kereta, di tempat awam, kedai dan pasaraya. IS juga turut melarang sebarang penggantungan poster potret di kedai dan pasaraya. tidak ada apa apa yang dapat aku ucapkan tidak ada apa apa yang dapat aku tuliskan segantang titisan air mata segumpal hati lara seribu kata kata tidak akan mengembalikan kamu gambar kau yang terpapar tidak saggup aku sertakan disini semoga adik kakak abang emak ayah kelurga dan dunia yang kau tinggalkan akan menjadi lebih baik dari saat kau diwafatkan AL-FATIHAH ----------------- |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan