Sabtu, 20 Februari 2016

dollah yankee

dollah yankee


Takutnya mereka pada Mat Sabu

Posted: 20 Feb 2016 06:39 AM PST


Aura Mat Sabu memang hebat sehingga PERKASA terpaksa buat sidang akhbar untuk memberitahu dan merayu-rayu orang ramai supaya jangan tolong dan jangan bantu Mat Sabu untuk bersama-sama berkongsi membayar ganti rugi 200 ribu ringgit.

Jika dilihat dari kenyataan mereka ini, nampaknya PERKASA sangat-sangat takut kepada
Mat Sabu ...

PETALING JAYA: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) menasihatkan rakyat Malaysia supaya tidak memberi derma kepada Presiden AMANAH, Mohamad Sabu atau Mat Sabu.

Ketua Wira PERKASA, Irwan Fahmi Idris membuat nasihat itu susulan rayuan AMANAH yang meminta orang ramai menghulurkan bantuan kepada Mat Sabu yang berdepan dengan tuntutan muflis.

Mat Sabu dituntut membayar ganti rugi berjumlah RM200,000 kepada Datuk Wan Ahmad Wan Omar kerana memfitnah bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung isu 'Projek IC' di Sabah.


dollah yankee -
Semua orang pun tahu 'projek ic' di Sabah itu benar-benar telah berlaku dan bukan nya dongengan...

Tiada ulasan: