Kelab Greenboc |
[VIDEO] Apakah PAS Gembira Kerana Tiada Lagi Sekatan Angkut Balak (?) Posted: 02 Dec 2016 12:57 AM PST PKR marah dan kecewa penahanan 47 Orang Asli Gua Musang PKR melahirkan rasa marah dan kecewa mereka dengan penahanan 47 Orang Asli di Gua Musang kelmarin, kata naib presidennya Samsul Iskandar Mohd Akin. "Kami amat marah dan kecewa dengan penahanan 47 Masyarakat Orang Asal susulan tindakan berani mereka membina sekatan balak bagi mempertahankan hak tanah adat daripada dicerobohi dimana ianya merupakan sumber utama makanan dan mata pencarian," kata ahli parlimen Bukit Katil, Melaka itu. Bagi beliau, tindakan Jabatan Perhutanan di bawah kerajaan negeri Kelantan menahan 47 Orang Asal dan keluarga mereka bukan sahaja kehilangan tempat perlindungan, malah kehilangan hak ke atas tanah dan sumber alam sepertimana yang termaktub dalam Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap Hak Orang Asal (UNDRIP). UNDRIP merupakan "piawai minimum untuk mempertahankan kewujudan, martabat dan kesejahteraan Orang Asal sedunia" bagi memastikan supaya kesemua 370 juta Orang Asal sedunia tidak akan berhadapan dengan diskriminasi ataupun eksploitasi, katanya. "Walaupun hampir 10 tahun Malaysia mengundi untuk mempersetujui pengesahan UNDRIP dalam Perhimpunan Agung PBB pada 13 September 2007, hak Orang Asal ke atas tanah dan sumber masih dinafikan," katanya. Menurut beliau, Perkara 8(5)(C) Perlembagaan Persekutuan, secara tuntas memperuntukkan tanggungjawab Kerajaan Persekutuan untuk menjaga hal ehwal Orang Asal. Begitu juga di dalam Akta 134, tahun 1954 hak mereka mesti dilindungi khususnya terhadap tanah yang diduduki, katanya. Bagi beliau, Orang Asal adalah antara kumpulan masyarakat yang termiskin dan minoriti di dalam negara. Hak mereka ke atas tanah dan sumber seharusnya dihormati dan dilindungi bagi meningkatkan mutu kehidupan mereka, katanya. Begitu juga, pembangunan mapan juga mesti diamalkan bagi melindungi alam semulajadi daripada kemusnahan. Ini adalah antara prinsip perjuangan Parti Keadilan Rakyat dan telahpun diterjemahkan dalam bentuk program dan dasar di Selangor, antaranya Sambutan Hari Orang Asal Sedunia dan pembentukan Badan Bertindak Tanah Orang Asal Selangor (BBTOAS), katanya. "Kami mendesak Anggota Dewan Negara mewakili Orang Asal, YB Senator Isa Ab Hamid dan Menteri Kemajuan Luar Bandar, Ismail Sabri Bin Yaakob untuk menyatakan pendirian mereka terhadap penahanan Masyarakat Orang Asal ini. "Kami juga menyeru Kerajaan Negeri Kelantan mencari penyelesaian secara muafakat dalam perkara ini supaya masyarakat Orang Asal di Gua Musang tidak terus hidup dalam kesusahan dan terbiar. "Kami juga berpandangan sudah sampai masanya YBM Ahli Parlimen Gua Musang memainkan peranan yang proaktif di dalam merungkai permasalahan ini," katanya. Kepedulian rakyat dan rasa kemanusiaan seharusnya menjadi prinsip asas mana-mana pentadbiran bagi memastikan rakyat hidup saksama, sejahtera dan selamat, katanya. Kesemua Orang Asli yang ditahan telah dibebaskan pagi ini. -MD
ULASAN GB Setiausaha Amanah Kedah, Aris Awang dalam status facebooknya mendakwa menerima mesej di dalam kumpulan Whatsappnya, seorang exco kerajaan Kelantan Abdullah Che Nawi telah menghantar sekeping gambar dengan caption "Sekatan sudah tiada, boleh dikeluarkan tanpa gangguan" Jika ia benar, ia mengesahkan penglibatan Kerajaan PAS Kelantan di dalam penangkapan orang asli yang mengadakan sekatan. Dan ia juga membuktikan bahawa kerajaan Kelantan memang terlalu bergantung kepada pembalakan sebagai hasil negerinya. Tatkala semua pihak mengecam dan mempersoalkan tindakan kejam dan zalim yang dilakukan ke atas orang asli yang menitis air mata akibat kehidupan mereka yang telah terjejas kerana ahli kelyarga mereka ditangkap dan akibat dari pembalakan di Kelantan, ada pula pihak yang seolah-olah gembira dengan nasib yang menimpa orang asli berkenaan apabila tiada lagi sekatan terhadap pengeluaran balak-balak dari hutan Kelantan. PAS setakat ini tidak lansung membantah penangkapan orang asli berkenaan, malah laporan-laporan di akhbar online rasminya, harakahdaily, dilihat mempertahankan penangkapan tersebut. Hukum kebenaran dan keadlian akan terus berjalan. Yang berlaku kejam dan zalim akan tetap meneria balasannya. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan