Nuffnang

Pengikut

Tukar Tiub

sumber :-

Tukar Tiub


SAH SAKIT MENTAL

Posted: 10 Nov 2016 07:30 PM PST







NIK ABDUH

ORANG MANA?

SAJE TANYA

MANA TAHU

KALAU KALAU


300,000 rakyat Kelantan hadapi masalah mental
 | November 10, 2016
Sebilangan besar berumur antara 16 dan 24 tahun dalam kalangan wanita, kata pengarah jabatan kesihatan





BACHOK: Kira-kira 300,000 daripada 1.2 juta penduduk Kelantan mengalami masalah kesihatan mental akibat pelbagai tekanan hidup termasuk gejala dadah, kemurungan dan masalah keluarga.
Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan  Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir berkata jumlah itu berdasarkan kajian yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan pada tahun lepas.
"Sebilangan besar mereka berumur antara 16 dan 24 tahun terutama dalam kalangan wanita," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Hari Kesihatan Mental Sedunia Peringkat Negeri Kelantan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di sini, hari ini.
Majlis berkenaan dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Bachok  Dr Ilias Hussain.

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH
BERAT

AMAT BERAT

BARU KITA

SEMUA FAHAM

NAPA GILA NAK

JADI ARAB

--------------------

MAIN LAGI SEKALI LAGI SAM

Posted: 10 Nov 2016 07:00 PM PST




SAM..MAINKAN 

LAGU INI

SEKALI LAGI...






LAGI 8 HARI

Posted: 10 Nov 2016 06:30 PM PST







BERSEDIA 

LAGI

8 HARI


 









-----------------

SABAH BANGUN MELAWAN

Posted: 10 Nov 2016 06:00 PM PST







WARGA SABAH

BANGUN 

MELAWAN 

Anak muda Sabah tekad turun himpunan Bersih 5

Anak muda Sabah bertekad untuk menyertai himpunan Bersih 5 yang bakal diadakan serentak di Kota Kinabalu, Kuching dan Kuala Lumpur 19 November akan datang kerana lima tuntutan Bersih 5 amat relevan dengan rakyat negeri ini.
Keputusan itu dicapai dalam forum "Bersih 5: Kenapa Rakyat Perlu Turun" yang berlangsung di Pejabat Bersih Sabah semalam.
Forum dihadiri wakil anak muda daripada pelbagai latar belakang.
Antara barisan penalis ialah wakil Bersih Sabah Bev Joeman, Sekretariat Anak Muda Sabah Khairuddin Daud, Pengerusi Suara Mahasiswa UMS Mukmin Nantang, bekas Ketua Pemuda Umno Bahagian Semporna Datu Aziz dan wakil NGO Hijau, Muthu.
Menurut Mukmin, mahasiswa menyambut baik semua tuntutan Bersih 5 dan akan turun berhimpun pada 19 November akan datang.
Golongan mahasiswa, tambah beliau tidak perlu takut untuk menghadiri himpunan Bersih 5 kerana hak untuk berhimpun secara aman tanpa senjata dijamin perlembagaan negara.
Tuntutan Bersih juga, tambah Mukmin adalah untuk mewujudkan negara yang baik bagi membawa kebaikan kepada rakyat.
Sementara itu pada majlis yang sama, Khairuddin menyeru anak muda Sabah untuk menyertai himpunan Bersih 5 bagi memastikan generasi akan datang tidak diterajui kerajaan yang korup dan bobrok.
"Di Sabah, kes RM117 juta rasuah Jabatan Air dilakukan oleh dua orang sahaja pegawai kanan dalam kerajaan dan ini tidak boleh dimaafkan oleh rakyat. Kerana dua orang ini ratusan ribu rakyat Sabah dalam kesusahan," ujarnya.
Datu Aziz pula mahu proses pilihan raya yang bersih dan ruang untuk rakyat menyuarakan pendapat tidak disekat pihak berkuasa.
"Kita dapat lihat sendiri apa yang berlaku dengan ahli parlimen yang membangkitkan isu 1MDB telah pun dipanggil oleh pihak polis walaupun dibangkitkan di Parlimen. 
"Ini jelas menunjukkan bahawa Umno/BN tidak telus dalam menjalankan tanggungjawab yang diberi rakyat," ujarnya.

Beliau juga yakin geng baju merah yang kerap mengganggu program anjuran Bersih dibiayai Umno walaupun dinafikan pemimpin parti tersebut.

LAWAN

SAMPAI

MERDEKA



--------------

MALAM INI CERAMAH DI SIKAMAT SEREMBAN

Posted: 10 Nov 2016 05:30 PM PST






MALAM INI

JEMPUT DATANG

BUAT RAMAI

SIKAMAT 

SEREMBAN








---------------

SILA TANYA LEBAI GOOGLE

Posted: 10 Nov 2016 05:00 PM PST





LEBAI GOOGLE
atuk tt, nape pakcik lebai google da tak letak blog atuk kat kedudukan nombor 1 lagi dalam hasil carian dia?

adakah pakcik lebai google da didedakkan sama cam alamak-alamak kat msia ni?atau sebab kes ini pakcik ketua twitter negara suruh pakcik lebai google buang hasil carian dia?

nampaknye nak kene bookmark siap-siap blog atuk supaya senang nak baca hasut-hasut surah-surah yang atuk dendangkan on TAK HABIS HABIS
Publish | Delete | Spam
cucu atuk
on 11/11/16





---------------

JUMPA DI DATARAN MERDEKA

Posted: 10 Nov 2016 09:26 AM PST





JUMPA 

19 NOV 2016

DI DATARAN

MERDEKA 








JANGAN JADI HAJI HADI

Posted: 10 Nov 2016 05:00 AM PST




HAJI HADI KLUK KLAK
tok guru haji hadi wajib belajar dgn trump..dasar yg terang dan tidak kluk klak atau berubah2 ikut wang dlm akaun..trump jelas dan tiada takut..hadi yg mempunyai tuhan hakikat dan mengaku menjadi wakil tuhan tp penakut..ponteng parlimen, cakap dolah dalih,tetiba ada duit dlm akaun..

cakap nak saman tp tak saman2..kata lebih suka jaga lembu umno dari cina dap, kini yg dtg bukan cina tapi china..semua senyap..jual balak utk tampung kocek hudud..nape la tuhan tak timpa ulama2 ni dgn balak..barangkali tuhan didedak juga.. on INI DASAR TRUMP
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 11/9/16





------------

TAK HABIS HABIS

Posted: 10 Nov 2016 04:30 AM PST




CERAMAH

DIMUOH

PARIT BAKAR



Maria, Hishamuddin Rais dipanggil polis isu ceramah di Johor


Aktivis politik Hishamuddin Rais dan Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah hari ini dipanggil polis di ibu pejabat polis Petaling Jaya.
Mereka tiba kira-kira jam 9.30 pagi untuk memberi keterangan berhubung satu ceramah di Parit Bakar, Muar, Johor pada 5 November lalu.
Hishamuddin berkata mereka disoal siasat selama hampir satu jam oleh pegawai polis berpangkat ASP dari Johor.
Hishamuddin berkata difahamkan terdapat tujuh lagi individu akan dipanggil, termasuk bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang turut menghadiri ceramah berkenaan.
Sementara itu, Maria ketika dihubungi Malaysiakini menegaskan pihak penganjur telah memberi notis kepada polis untuk mengadakan ceramah itu.

"Itu adalah hak kita untuk mengadakan ceramah dan kita telah beri notis kepada polis," katanya.
Ketika ditanya, kedua-dua mereka tidak jelas disiasat bawah undang-undang apa.
Kedua-dua mereka hadir tanpa ditemani peguam.
GUA DENGAR

CERAMAH

DI RANTAU

PUN POLIS

NAK SIASAT

-----------

DARI ARKIB - HILLARY ATAU TRUMP

Posted: 10 Nov 2016 04:00 AM PST






DARI ARKIB

28/9/16

HILLARY ATAU TRUMP?

Pilihan Presiden Amerika akan dijalankan  Selasa 8hb November ini. Dalam bulan September ini ada 1,885 calon Presiden yang telah mendaftar dan mengisi borang. Hampir kesemuanya kita tidak diketahui nama and rupa mereka. Tapi bukan semua ini memiliki kriteria  yang membolehkan mereka bertanding.

Hingga ke tahap saya menulis ini kita hanya mengenali dua calon yang diheboh-hebohkan oleh media Amerika. Dan dibontoti oleh media dunia Maka setiap hari semenjak dua bulan ini kita mendengar atau membaca berita Hillary Clinton dari Parti Demokrat (PD) dan Donald Trump dari Parti  Republikan (PR).

Sabenarnya ada lagi calon-calon lain.  Parti Hijau mencalonkan Ms Jill Stein. Parti Libertarian mencalonkan Gary Johnson.  Darell Lane dari Parti Perlembagaan. Rocky De La Fuente dari Reform Party. Evan McMullin - calon Bebas. Dan Gloria Estela La Riva dari Parti Sosialis. Kesemua calon ini telah memiliki hak  dan memenohi kriteria untuk bertanding mengikut peraturan SPR Amerika.

Untuk saya pemilihan Presiden Amerika ini - memilih calon Republikan atau  Demokrat sama saperti  memilih Pepsi Cola atau Coca Cola.  Tidak ada perbezaan hakiki.
Hillary Clinton dan Donald Trump mewakili kuasa imperial Amerika. Mereka mewakili kepentingan sistem ekonomi kapitalis dunia yang berpengkalan di Amerika. 

Antara Hillary dan  Trump dari segi sistem ekonomi kapitalis tidak ada perbezaaan. Kedua-dua calon ini tidak menentang sistem ekonomi kapitalis. Dua calon ini kini sedang berdebat untuk melihat siapa yang lebih baik untuk menjaga kepentingan  kaum pemodal. 

Mereka berdebat untuk melihat siapa lebih baik menjaga kepentinagn Isreal. Berdebat untuk melihat siapa yang lebih baik untuk melancarkan serang terhadap Rusia. Siapa antara berdua ini yang lebih berani untuk memperluaskan  NATO.  Siapa yang akan meledakan bom nuklear.

Kendati pun semua ini - saya Hishammuddin Rais secara terbuka menyokong Donald Trump dari Parti Republikan untuk menjadi Presiden Amerika pada November ini.

Betul - ini pertempuran Coca Cola  dengan Pepsi Cola. Tetapi kita tidak ada pilihan. Rakyat dunia hari ini tidak ada pilihan. Kita semua dibawah Empire Amerika. Dasar dalam dan dasar luar  Amerika semuanya bersangkut paut dengan kita semua.

Suka tidak suka dasar Rumah Puteh pada ketika ini akan memandu, akan mengkemudi arah perjalanan dunia.  Sangkut paut dan kait mengait dengan kita di Malaysia ini  terjadi kerana Malaysia mengamalkan sistem ekonomi kapitalis. Semua negara dalam dunia yang mengamalkan sistem ekonomi kapitala tidak akan terlepas dari dasar dan politik Amerika. 

Ini hakikat  dunia kita pada ketika ini. Justeru kita semua wajib memahami apa yang berlaku di Amerika. Memahami apa dasar Amerika. Kita wajib mendapat pencerahan tentang dasar luar Amerika. Ini bukan bertujuan agar kita jadi  bijak dalam hal politik Amerika  atau arif hubungan antara bangsa. Hanya wajib mengetahui asas politik dunia agar kita semua bersedia.

Bersedia? Bersedia untuk apa?

Bersedia agar kita tidak terperanjat jika tetiba perang pecah di Laut China Selatan. Atau tetiba Kapal Perang Amerika masuk ke Selat Melaka. Tetiba soldadu Amerika berduyun-duyun turun ke Sabah.

Untuk mendapat pencerahan biar saya  bawa kembali  kepada hujah kenapa saya  menyokong Trump dan tidak menyokong Hillary Clinton.

Saya tidak menyokong Hillary bukan kerana saya anti feminis. Bukan kerana saya sexist kerana Hillary seorang perempuan. Atau saya seorang sizeist kerana Hillary semakin tembam dan montok. Saya memiliki hujah yang lebih jalang dari ini semua.

Untuk saya Hillary akan membawa bahaya kepada dunia. Bahaya ini muncul  hasil dari saya mengumpul pembacaan dan mengumpul pengalaman. Amat  jelas Hillary ialah calon yang disokong teguh oleh Wall Street. Hillary Clinton mendapat sokongan seratus peratus dari pemilik kilang senjata di Amerika. Industri Persenjataan  Amerika - American Military-industrial complex  menyokong Hillary  secara terbuka. 

Apa yang menjadikan Hillary merbahaya samalah saperti  bahaya yang telah dibawa  oleh Obama. Presiden Obama semasa menjadi calon tidak dilihat  sebagai White Anglo-Saxon Protestant (WASP). Semua elit politik dan elit ekonomi di Amerika adalah suku sakat WASP. Semua Presiden Amerika datang dari WASP kecuali Presiden Kennedy - seorang Katholik.

Sebagai orang hitam Obama dilihat popular dengan warga tertindas di Amerika. Imej Obama juga dilihat sebagai calon yang berkemungkinan bersimpati kepada warga Dunia Ketiga.

Tetapi semua ini dalah hampeh belaka. Bila Obama menang dia menjadi 'budak negro'. 

Budak negro adalah budak suruhan dalam pensejarahan hamba abdi di Amerika. Watak ini berada hingga sekarang. Justeru budak negro bernama Obama menjadi  budah suruhan terbaik untuk kaum pemodal berkulit puteh untuk merembat dan merampok harta kekayaan dunia. Lihat bagimana budak negro ini sanggup main golf dengan  Najib agar TPPA ditanda tangani.

Hakikatnya ramai warga Dunia Ketiga tertipu oleh imej warna kulit Obama.

Adalah fakta bahawa Obama - yang berkulit hitam - mengebom mati lebih banyak warga di Pakistan, Afghanistan, di Somalia, di Libya , di Iraq atau di Yaman. Yang mati dibunuh Bush dan Clinton kalau dicampurkan tidak seramai yang dibom oleh Drone Obama. 

Inilah  peranan 'negro budak '  yang mendapat arahan Wall Street dan Tuan Empunya Kilang Senjata.

Kali ini Wall Streeet dan Tuan Empunya Kilang Senjata telah memilih  Cik Puan Hillary Clinton. Tujuannya sama. Hillary  - seorang perempuan, dianggap feminis, dibaca berhati Bonda,  memiliki ciri ibu yang lemah lembut. Hillary dikatakan membawa politik liberal.

Hampeh. Semua ini hampeh. Pekara yang sama telah ditulis ketika Barack Obama dicalon ke  Rumah Puteh.

Bertopengkan semua ini kaum pemodal dan Tuan Empunya Kilang Senjata sedang berusaha untuk memastikan Hillary menang. Jika Hillary menang maka '  kumpulan penyokong perang' akan sekali lagi berkuasa di Rumah Puteh.

Wajib saya nyatakan disini bahawa Paul Wolfowitz bekas Duta Amerika ke Indonesia, bekas Presiden Bank Dunia dan bekas Penolong Setiausaha Pertahanan Amerika telah menyelinap masuk ke dalam kem Hillary. Walau pun dia dari parti Republikan tapi berjaya masuk ke dalam kem Demokrat. Mamat ini mewakili pandangan kanan yang dipanggil Neocon. Mereka berkumpul dalam  Kumpulan Pemikir yang di panggil PNAC. 

Puak Neocon inilah yang bertanggung jawab mengajukan dasar PNAC - Project for New American Century - Projek Dasar Baru untuk Kurun Amerika pada tahun 1997. Dalam kumpulan ini terdapat pemikir intelektual jalur kanan Amerika saperti William Kristol dan Robert Kagan. Termasuk sama dalam kumpulan in ialah Dick Cheney dan Donald Rumsfeld yang berjaya akhirnya  masuk ke dalam kabinet Presiden Bush Jr.

Kumpulan PNAC inilah yang berjaya  melobi Presiden Bush - yang susut intelek - untuk melancar perang terhadap Iraq, Afghanistan,   Syria dan di Libya. 

Sekali lagi topeng Demokrat akan digunakan. Satelah selesai budak negro menjalankan tugas dengan baik maka  seoarang perempuan akan digunakan untuk meneruskan dasar kanan PNAC.

Justeru satelah melihat apa yang telah berlaku dan mengumpul pengalaman maka saya  bebesar hati menyokong Donald Trump.  

Betul Donald Trump memiliki sentimen prasangka. Mungkin juga berbau rasis. Betul Trump sexist. Betul  Trump kasar bahasanya.  Sekali sekala kurang hajar.

Wajib kita mengakui bahawa perangai dan budi bahasa Donald Trump  bukan asing dalam masyarakat Amerika. Trump  mewakili pandangan induk masyarakat Amerika. Trump mewakili  warga Amerika dari kelas bawahan.  Sentimen yang dinyatakan oleh Trump bukan satu yang asing. Ini adalah fikrah majoriti warga Amerika yang selama ini diwakili oleh gulungan elit politik yang 'berbudi bahasa'. 

Warga Amerika yang menyokong Trump anti kaum imigran yang datang mengambil kerja mereka. Mereka marah terhadap tuan empunya kilang yang menutup kilang dan membuka kilang yang sama di China atau di Vietnam atau di Malaysia. Mereka marah dengan kemasukan dan lambakan barangan murah dari China.

Kilang pembuatan Amerika banyak yang gulung tikar. Buruh terlatih Amerika hilang pekerjaan. Kelas menengah Amerika semakin mengecil dan terperosok dalam hutang. 

Maka muncul Donalad Trump yang membawa  sentimen nasionalis Amerika. Sama saperti warga Sarawak dan Sabah yang melaungkan Sabah untuk Watan Sabah. Warga Amerika juga melaungkan Amerika untuk Warga Amerika - American First.  

Pada hemat saya American First atau Amerika untuk Watan Amerika  bukan satu jenayah.  Amerika negara mereka. Amerika sekarang - sama saperti Malaysia yang menghadapi ramai pendatang haram. 

Di Sabah kita  menghadapi kedatangan warga Filipina. Amerika juga berhadapan dengan kemasukan warga Mexico. Kalau di Sabah pendatang tanpa izin membawa masalah maka di Amerika juga ada masalah yang sama.

Donald Trump sedang mengajukan dasar-dasar baru. Salah satu dasar baru Trump yang saya sokong kuat   ialah tentang NATO. Perjanjian NATO  membolehkan Amerika menempatkan bala tentera di Eropah. Trump telah bertanya secsara terbuka - kenapa Amerika bebelanja berbilion dolar  untuk keselamatan Orang Lain I.e Eropah.

Trump tidak pula melihat Rusia sebagai musuh. Trump melihat Ruisia  dan China sebagai rakan niaga. 

Pandangan Trump terhadap NATO, Rusia dan China telah menakutkan Tuan Empunya Kilang Senjata. Suara Trump telah menakutkan kaum pemodal yang mahu perang berterusan dan   kilang senjata terus mengeluarkan senjata.

Biar saya mudahkan hujah saya. Di Malaysia jika  ada pemilihan Presiden maka saya dengan senang akan memilih Vincent Tan dari Haji Hadi. Atau saya dengan hati jujur akan memilih Ananda Krishanan dari Nik Abduh. 

Saya tahu musuh mana yang lebih senang ditumpaskan. Senang membuat kerja politik. Justeru satu orang musuh yang menyamar sebagai kawan adalah lebih bahaya dari seribu musuh. (TT)

NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanmggan akhbar minngun ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45

--------------

JAM 8:30 MALAM INI

Posted: 10 Nov 2016 03:30 AM PST







JAM 8.30 

FORUM

MALAM INI
DEWAN CHINA

JEMPUT DATANG

JEMPUT DENGAR







-------------

KAUM KAPITALIS GEMPAR

Posted: 10 Nov 2016 02:00 AM PST







KOMENTAR

saperti yang dijangka
kaum pemodal gerhgasi
pemilik bank
pemilik syarikat senjata
para globalis
para new world order
para neocon
semua terperranjat
apabila trump menang

calon mereka ialah hillary clinton

lihat tajuk berita hari ini
semua cuba mempertikai
kemenangan trump

trump tidak berminat dengan pernag
trump tidak berminat dengan NATO
trump tak minat nak kacau rusia
trump tak minat nak kaua china

kita tunngu dan lihat
apakah akhirnya trump
akan dikepong oleh para neocon
sama saperti bush junior?

apa yang jelas elit ekonomi
elit politik
elit persenjataan 
sednag dicabar

tapi mereka pasti bermumpul
dan membuat srateji baru
untuk memastikan dunia ini
terus menjadi milik mereka





Europe's leaders cannot hide their nerves amid Trump congratulations

European foreign ministers are to meet on Sunday to assess what impact Donald Trump's election victory will have on transatlantic relations amid widespread nervousness about his intentions on trade and defence.

The Guardian view on President-Elect Donald Trump: a dark day for the world




---------------

LANUN BUGIS MEROMPAK LAGI

Posted: 10 Nov 2016 01:00 AM PST






LANUN BUGIS

MENYAMUN 

LAGI 





--------------

TURUN KE JALANRAYA

Posted: 10 Nov 2016 12:32 AM PST






PLAY IT AGAIN....SAM
SAM...MAINKAN LAGU ITU...
MAINKAN SEKALI LAGI..SAM









TONTON WEE IKAN TONGKOL

Posted: 09 Nov 2016 11:30 PM PST





BODOH TAK MASUK NERAKA
tantawi ni bercakap sebijik macam jamal baju merah ckp..mereka bercakap tetapi mereka taktahu apa yg mereka lancapkan..mentang2 dah dpt rm90juta, tetiba bole nak sayurkan umno..pakat la baik2 sket, lakon la elok2 skit, baru nampak real..

bodoh tak dihukum masuk neraka, yg akan masuk neraka paling istimewa ialah ulama2 yg tahu hukum hakam tp langgar hukum hakam..semoga tuhan mencabut nyawa2 wakil2 tuhan ini.dari dia hidup membodohkan org, lebih baik mati dlm kebodohan.. on JANGAN SALAH ANGGAP
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 11/9/16





----------------

APA SUDAH TERJADI?

Posted: 09 Nov 2016 10:30 PM PST






APA SUDAH

TERJADI? 



'Anak gayong mana sertai himpunan politik saya balun'

Guru Utama Seni Silat Gayong Pusaka Malaysia, Abdul Majid Mat Isa memberi amaran kepada semua anak muridnya agar tidak menyertai himpunan politik, termasuk yang dianjurkan oleh gerakan Baju Merah.
Majid atau lebih dikenali sebagai cikgu Majid berkata, ini kerana pertubuhan silat itu tidak mencampuri urusan politik demi menjaga nama baik persilatan.
"Mana-mana anak silat yang menyertai mana-mana himpunan mahu pun yang dijadualkan akan datang saya akan 'balun' dan tentang mereka.
"Kita juga telah memberi arahan kepada anak-anak gayung Pusaka jangan sertai himpunan akan datang.
"Kalau sertai juga dan kita dapat tahu, kita akan panggil dan ambil tindakan kepada mereka," kata Majid kepada Malaysiakini.
KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH
IKAN TONGKOL

IKAN GELAMA

CARI DUIT

CARI NAMA



-----------

FOBIA DENGAN ISLAM JAKIM

Posted: 09 Nov 2016 09:00 PM PST




CIA DAN TRUMP
Trump's first day at the Oval Office after being elected President.* First briefing by the CIA, Pentagon, FBI: 

Trump: We must destroy ISIS immediately. No delays. 

CIA: We cannot do that, sir. We created them along with Turkey, Saudi, Qatar and others. 

Trump: The Democrats created them. 

CIA: We created ISIS, sir. You need them or else you would lose funding from the natural gas lobby. 

Trump: Stop funding Pakistan. Let India deal with them. CIA: We can't do that. 

Trump: Why is that? 

CIA: India will cut Balochistan out of Pak. 

Trump: I don't care. 

CIA: India will have peace in Kashmir. They will stop buying our weapons. They will become a superpower. We have to fund Pakistan to keep India busy in Kashmir. 

Trump: But you have to destroy the Taliban. 

CIA: Sir, we can't do that. We created the Taliban to keep Russia in check during the 80s. Now they are keeping Pakistan busy and away from their nukes. 

Trump: We have to destroy terror sponsoring regimes in the Middle East. Let us start with on TAHNIAH TRUMP
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 11/9/16

FOBIA ISLAM VERSI JAKIM
bagi gua, hilary menang ke trump menang ke, yg pasti kedua2nya adalah taghut..dan presiden ulama tak restu benda2 taghut ni.sb tu ulama tak campur tangan , sb tu ulama berkecuali..nak kata sekular nanti ulama tak faham apa itu sekular..

jd, ckp la berkecuali..kalo trump dikatakan anti islam, gua pun anti islam mcm islam hadi, islam geng2 50, islam jenis menteri2 kabinet najib..gua pun fobia dgn islam versi jakim, islam versi jais, islam versi saudi..gua heran, apa yg selamat kalo peluk islam..gua islam tapi gua takdpt rm90juta..tiap2 hari gua ke bank tuk check baki, tp hampa kerana 90juta.. on MENGAPA TUKAR TIUB SOKONG TRUMP
Anonymous
on 11/9/16







--------------

AGAMA INI APA?

Posted: 09 Nov 2016 08:30 PM PST





BIDADARI BERMATA JELI


 | November 9, 2016
sarawak-court
Mahkamah Rayuan memahami kesusahan yang dihadapi 3 individu yang ingin keluar daripada Islam tetapi ia perlu mengikut prinsip undang-undang... More ››

PETALING JAYA: Mahkamah Rayuan yang menolak rayuan 3 individu dari Sarawak untuk keluar daripada Islam berkata pemulihannya terletak pada badan perundangan negeri.
Bagaimanapun, Hakim Tengku Maimun Tuan Mat yang menulis penghakiman itu, tidak mengulas lanjut mengenainya.
"Pada matriks fakta kes ini, pemulihannya mungkin terletak di bawah bidang kuasa badan perundangan negeri," katanya dalam penghakiman 16 muka surat yang disiarkan di laman web rasmi badan kehakiman.

AGAMA INI

KEPERCAYAAN

ATAU KENA

ISI BORANG

DGN GAMIN

SAJE TANYA

JANGAN MARAH



-----------------

KAPITALIS HANYA CARI UNTUNG

Posted: 09 Nov 2016 08:00 PM PST







KAPITALIS

HANYA CARI

UNTUNG

Minyak masak kitar semula risiko sebabkan serangan jantung

Penggunaan minyak masak kitar semula berisiko menyebabkan penyakit serius seperti keradangan hati, kanser dan serangan jantung.
Anggota Jawatankuasa Pusat Pertubuhan Doktor Islam Malaysia (Perdim) Dr Zubaidi Ahmad berkata minyak yang telah digunakan berulang kali akan menghasilkan kandungan toksik tinggi yang sukar dihapuskan.
"Kandungan toksik yang terdapat dalam minyak kitar semula itu boleh menyebabkan saluran darah tersumbat, meningkatkan tekanan darah seterusnya mendatangkan pelbagai penyakit berbahaya terutamanya serangan jantung.
CARA MENGENAL:

ELAKKAN BELI

MINYAK DALAM

KAMPET PLASTIK

BELI YG DALAM

BOTOL


---------------

Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT