Jumaat, 11 November 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Muhyiddin Terperangkap Dengan Mainan PAS?

Posted: 11 Nov 2016 02:34 AM PST

Muhyiddin cuba main "kayu tiga"?

Menurut Ketua Setiausaha Pakatan Harapan Saifuddin Abdullah konvesnyen Pakatan Harapan kali pertama akan berlangsung esok akan membincangkan penubuhan gabungan pembangkang yang besar dan kuat untuk mewujudkan pelawanan 1 lawan 1 antara Pakatan Rakyat dengan BN.

Itulah mauduk ataupun harapan yang diletakkan kepada konvensyen berkenaan dan ia sangat dialu-alu dan dinanti-nantikan. Konvesnyen esok bakal dihadiri lebih 1,000 perwakilan, demikian menurut satu kenyataan yang dikeluarkan lewat semalam.


Konvensyen itu pasti akan menjadi sejarah penting dalam jelumu politik negara dan bakal membentuk landskap baharu politik negara. Kehadiran sama bekas Presiden Umno Dr Mahathir Mohamad sudah pasti akan mengaurakan momentum baharu baharu kepada pembangkang.

Kehadiran Dr Mahathir itu boleh dianggap sesuatu yang ajaib dalam dunia politik kerana sejak berdekad beliau menjadi musuh pembangkang tetapi akhir-akhir ini boleh duduk sepentas dengan pemimpin pembangkang untuk merealisasikan cita-cita bersama demi negara. Dr Mahathir tidak sanggup dan sedia mengadaikan maruah dan martabatnya kalau bukan untuk negara.

Konvensyen yang berlangsung di Shah Alam itu juga akan dihadiri Presiden PKR, Dr Wan Azizan Wan Ismail, Pengerusi DAP, Lim Kit Siang, Presiden Amanah Mohamad Sabu. Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Muhyiddin Yassin juga turut hadir sama, dan mereka akan menyampaikan ucapan masing-masing.

Orang ramai khasnya mereka yang mahu melihat kerajaan BN tumbang dalam Piraum akan datang sangat mengharapkan sesuatu yang besar dari konvensyen berkenaan seperti mana dibayangkan Saifuddin. UBN akan berjaya dijatuhkan dengan ada permaufakatan mantap di kalangan pembangkang.

Persoalannya apakah harapan itu nanati akan menjelma atau tidak. Perkara besar yang dikatakan menjelma esok ialah penanda tangani satu perjanjian persepakatan melibatkan empat buah parti itu; PKR, DAP, Amanah dan PPBM untuk berhadapan dengan BN secara bersama.

Bagaimana pun perkembangan di saat-saat akhir kurang menyenangkan bila mana kedengaran perjanjian maufakat itu tidak mungkin akan ditanda tangani oleh keempat-empat parti itu apabila PPBM khabarnya minta agar ianya ditangguh buat sementara?

Maklumat ini sesuatu yang malang dan kurang sedap bunyinya. Kenapa PPBM mahu menangguhnya? Perubahan sikap PPBM, khas presidennya ini sedikit menghairankan kerana sebelum ini Muhyiddin sudah pun menyatakan persetujuannya? Beliau sudah pun menyemak isi kandungan perjanjian berkenaan. Apakah ada pelesit yang menganggu presiden PPBM itu?

Ada maklumat yang sampai ke telinga saya, kelmarin ada dua pemimpin parti Islam (Pas) berjumpa dengan Muhyiddin. Perjumpaan itu berlangsung di sebuah kelab rekreasi di Kuala Lumpur. Apakah perjumpaan itu telah merombak simpulan Muhyiddin sebelum ini yang bersetuju untuk menandatangani perjanjian maufakat itu.

Khabarnya juga Muhyiddin telah pun memberi tahu Sekretrait Pakatan Harapan tentang penangguhannya itu?

Sekiranya perubahan sikap Muhyiddin itu benar gara-gara pertemuan dengan dua pemimpin tertinggi Pas itu kita sangat memahami sebab musababnya. Sebelum ini Muhyiddin berharap supaya Pas juga bersama dalam gabungan pembangkang. Apa yang diusahakan untuk mewujudkan grand coalition juga melibatkan Pas.

Tetapi disebabkan kerana hal-hal personal dan sentimen, (politik matang) Pas tidak bersedia untuk bersama.

Penolakan Pas itu menyebabkan Muhyiddin berasakan grand coalition itu tidak akan mencapai matlamatnya. Mungkin kerana itu maka beliau perlu menangguhkan untuk menanda tangani maufakat bersama Pakatan Harapan kerana mahu menjaga hati Pas dan terus memujuknya.

Sebenarnya tidak ada masalah kalau Muhyiddin mahu terus berusaha membawa sama Pas. Itulah sebaiknya. Tetapi perkara yang beliau kena fahami, usaha itu bukan mudah. Ia ibarat hendak memasukkan benda empat segi ke dalam lubang bulat.

Masalah yang dibayangi Pas untuk bersama grand coalition bukan sahaja gara-gara adanya Amanah dan DAP, tetapi "perikatan" menerusi istilah ta'awun dengan Umno juga menjadi penghambatnya. Muhyiddin kena memahami perkara ini kerana jalinan Pas dengan Umno suatu masa dulu melibatkan dirinya juga? Cuba cerita berapa kali Muhyiddin berbincang dengan Mustapa Ali?

Sebaik-baiknya Muhyiddin mendapat kata putus daripada Pas agar beliau tidak tertunggu-tunggu. Dan Pas juga perlu berterus terang bahawa beliau juga sudah tidak suci lagi kerana ternoda dengan Umno.

Justeru Muhyiddin atau PBBM tidak perlu menunggu atau mendengar "kecek" daripada Pas untuk tidak menyegerakan pemeteraian permaufakatan esok. Beliau boleh teruskan dengan Pas atas mekanisme yang tersendiri tetapi perjanjian dengan PKR, DAP dan Amanah esok hendaklah dilangsungkan seperti mana yang dirancangkan.

Tindakan atau sikap Muhyiddin itu bolehlah diumpamakan persis lelaki yang sudah bertunang dengan seorang gadis tetapi dalam masa sama mengorat perempuan lain. Tidak menjadi masalah kalau Muhyiddin hendak "berkahwin" lebih daripada satu, tetapi yang mustahkanya ikat atau ijab kabul dulu dengan tunanangannya. Perkara wajib perlu dilakukan bagi mengelak dosa.

Kita bimbang dengan cara Muhyiddin bermain kayu tiga itu ia boleh menyebabkan beliau akan senasib dengan Lebai Malang, di hulu terlepas di hilir terpelai.

Sekiranya esok kalau tidak berlaku perjanjian yang dihrapkan itu ia akan merosakan repitasi Muhyiddin (PPBM) dan juga Pakatan Harapan. Hendaknya jangan Muhyiddin membikin isu baharu kepada pembangkang. Harap-harap pembentukan gagasan pembangkang besar seperti mana disebut Saifuddin itu menjadi kenyataan. -msomelayu


Muhyiddin backs out of agreement

PETALING JAYA: The plan to sign a "co-operation agreement" between Pakatan Harapan and Parti Pribumi Bersatu Malaysia at the coalition's convention tomorrow has been put off after Tan Sri Muhyiddin Yassin backed off at the last minute.

The Parti Pribumi president, who had agreed to come on board, is believed to have asked for a postponement because he wants more time to think things over.

His decision will take the oomph! out of the first Pakatan Harapan convention since it was set up last year to replace Pakatan Rakyat.

A Pakatan Harapan source said the signing ceremony to welcome Pribumi into the Pakatan Harapan family was meant to be the highlight of the convention where Tun Dr Mahathir Mohamad will make a keynote address. This was despite Muhyiddin agreeing to the plan at a meeting with top Pakatan Harapan leaders on Tuesday afternoon.

A day after the meeting, Muhyiddin spoke at a ceramah in Sijankang, Kuala Langat, alongside Meru assemblyman Dr Rani Osman and Sijankang assemblyman Dr Ahmad Yunus Hairi of PAS.

PKR assemblyman for Kota Anggerik, Yaakob Sapari, was also one of the speakers.

The next day, Muhyiddin contacted the Pakatan Harapan leaders to request for a delay in signing the co-operation agreement, stressing, however, that he had no issues with the content.

It is understood that Muhyiddin claimed he needed more discussion with Pakatan Harapan leaders regarding their relationship with DAP and Amanah.

It is also learnt that Muhyiddin was in favour of forming his own opposition coalition which would include Parti Pribumi, PKR and PAS. His coalition would work alongside Pakatan Harapan. However, Pakatan Harapan leaders were not receptive to the proposal.

The crux of the co-operation agreement is to ensure a one-to-one contest with Barisan Nasional in the general election.

The accord also states their stand on the Federal Constitution, Islam, the Malay rulers, the position of the Malays, the Malay language, and Sabah and Sarawak.

The agreement also states that Pakatan Harapan will continue to negotiate with other Opposition parties and that the Reformasi agenda will be respected.

Pakatan Rakyat, which had comprised DAP, PKR and PAS, was officially pronounced dead in July last year after PAS was ejected from the group.
-thestar


VIDEO BERKAITAN



ULASAN GB

GB tak mahu ulas panjang kerana isu ini sudah GB ulas sebelum ini. Petikan:

GB lihat sebagai sebuah parti baharu PPBM (Bersatu) hanya mengikuti program berkenaan. PPBM belum mengetahui siapa sebenarnya PAS.

Sebagai parti serpihan pembangkang, PAS memang cuba menangguk di air keruh. Ia kini bersendirian dan untuk menang dalam pilihanraya samada di peringkat DUN dan Parlimen, memang jauh panggang dari api.

PKR pula masih berpegang kepada prinsip "1 x 1" untuk PH menang. Keputusan PRK Sungai Besar dijadikan alasan untuk itu.

Tetapi PKR (& PPBM) terlupa dengan menggabungkan dirinya dengan PAS, mereka akan hilang kawan dan pengundi yang lebih ramai dari DAP dan AMANAH.

DAP dan AMANAH boleh menggunakan Konvensyen Pakatan Harapan sabtu ini untuk menyatakan kepada PKR bahawa tindakan PKR itu telah jelas membelakangkan melanggar Perjanjian Pakatan Harapan yang ditandatangani bersama sebelum ini.


Bagi Pakatan Harapan tidak menjadi kudis apa-apa jika Muhyiddin (PPBM) atau PKR sekalipun enggan bersama dengan PH. Rakyat mampu untuk menilai kejujuran dan keikhlasan perjuangan masing-masing dan hukum kebenaran dan keadilan akan tetap menghukum mereka yang tidak jujur dan tidak ikhlas itu tidak mengira apa juga alasan kerana kita amat yakin masa depan negara adalah untuk Pakatan Harapan.





FEATURED ADS



Perlu Apa PKR & PPBM Sertai Program PAS?

Posted: 10 Nov 2016 06:24 PM PST

Menjelang Konvensyen PH: Kehadiran Muhyiddin dalam program Pas cetus persoalan

Menjelang Konvensyen Pakatan Harapan Sabtu ini, kehadiran Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam program Ceramah Umum anjuran Pas di Sijangkang, Selangor malam tadi mencetuskan persoalan banyak pihak.

Turut dilihat hadir dalam program itu Adun Kota Anggerik, Yaakob Sapari dari PKR selain pemimpin Pas Selangor Adun Meru, Dr Abdul Rani Osman dan Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi.


Bagi bekas Exco DAP Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew, kehadiran Muhyiddin dan Yaakob dilihat seolah-olah menguji kesabaran Amanah dan DAP.

"Tidak ada wakil Amanah dan DAP. Apa yang Muhyiddin dan Yaakop Sapari cuba sampaikan dengan menyertai ceramah bersama wakil rakyat Pas di Selangor?


"Adakah anda semua sedang menguji kesabaran kami (DAP dan Amanah)?" soalnya dipetik dari status Facebook beliau hari ini.

Sementara itu, netizen Fuad Othman berpendapat kebanyakan pemimpin PKR masih mahu Pas menyertai Pakatan Harapan dan keadaan ini memerlukan tindakan kepemimpinan parti itu.

"Jika tidak Pakatan Harapan juga menjadi Pakatan Rakyat (berpecah). Tiada guna kita bekerjasama dengan parti 'flip flop (Pas). Tolong bergerak maju. Rakyat tahu dan melihat semuanya YB (Yang Berhormat)," ujarnya lagi.

Konvensyen Pakatan Harapan di Ideal Convention Centre (IDCC), Sham Alam Sabtu ini bakal menyaksikan Muhyiddin memeterai perjanjian kerjasama antara Amanah, PKR dan DAP dengan Bersatu.

Dalam perkembangan berkaitan, serentak dengan tarikh konvensyen tersebut, satu demonstrasi aman membantah penyertaan Pas dalam Pakatan Harapan dijadualkan berlangsung pukul 7.45 pagi.



Program anjuran Sekretariat NGO Pro-Pakatan Harapan itu mengalu-alukan semua pihak hadir dengan memakai pakaian yang mewakili NGO masing-masing.
-MD

VIDEO BERKAITAN



ULASAN GB

Sebenarnya di dalam konteks Selangor, PKR nampaknya masih terlalu mengharapkan PAS sekalipun PAS telah mengkhinati mereka berkali-kali. GB lihat sebagai sebuah parti baharu PPBM (Bersatu) hanya mengikuti program berkenaan. PPBM belum mengetahui siapa sebenarnya PAS.

Sebagai parti serpihan pembangkang, PAS memang cuba menangguk di air keruh. Ia kini bersendirian dan untuk menang dalam pilihanraya samada di peringkat DUN dan Parlimen, memang jauh panggang dari api.

PKR pula masih berpegang kepada prinsip "1 x 1" untuk PH menang. Keputusan PRK Sungai Besar dijadikan alasan untuk itu.

Tetapi PKR terlupa dengan menggabungkan dirinya dengan PAS, mereka akan hilang kawan dan pengundi yang lebih ramai dari DAP dan AMANAH.

DAP dan AMANAH boleh menggunakan Konvensyen Pakatan Harapan sabtu ini untuk menyatakan kepada PKR bahawa tindakan PKR itu telah jelas membelakangkan melanggar Perjanjian Pakatan Harapan yang ditandatangani bersama sebelum ini.



FEATURED ADS



Tiada ulasan: