Ahad, 6 November 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Bersediakah Rashid Bongkar Konspirasi BN Dalam Pilihanraya?

Posted: 06 Nov 2016 12:52 AM PDT

Konspirasi BN dalam pilihan raya bakal terbongkar

Pelantikan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman sebagai Naib Presiden Bersatu dijangka dapat membantu mendedahkan konspirasi BN dalam pilihan raya sebelum ini.

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, menerusi pelantikan itu, beliau percaya penipuan dilakukan BN dapat didedahkan kepada semua.

Katanya, jelas SPR dipergunakan parti itu, contohnya dalam isu persempadanan semula.


"SPR seolah-olah menerima arahan daripada mereka untuk mewujudkan kawasan selamat bagi BN," katanya ketika sesi perbahasan di Sidang Dun Selangor, semalam.

Dalam perkembangan sama, Mohamed Azmin turut mempersoalkan pelantikan bekas Setiausaha Sulit kepada Tan Sri Annuar Musa, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah sebagai Pengerusi SPR.

"Bagaimana SPR boleh bertindak bebas dan profesional jika pegawai kanan Umno dilantik sebagai pengerusi SPR?.

"Tiga minggu lalu, diangkat satu nama untuk dilantik timbalan pengerusi SPR, sedangkan beliau merupakan ketua setiausaha perdana menteri. Syukur cadangan itu ditolak oleh Majlis Raja-Raja. Inilah bukti SPR dipergunakan BN," katanya menjawab soalan Datuk Rosni Sohar (Hulu Bernam-BN) yang mahu bukti campur tangan BN dalam urusan pilihan raya.

Mohamed Azmin berkata, badan ini tak boleh dianggotai mana-mana parti politik dan berharap semua pihak mendukung bersih ke arah pilihan raya adil dan bebas.



ULASAN GB

Harap-harap begitulah.

Tetapi GB agak musykil kerana seamasa Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman menjadi Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), yang paling banyak buat kenyataan dan yang paling banyak buat keraja di belakangnya ialah bekas timbalannya iaitu Wan Ahmad Wan Omar.

Wan Ahmadlah orangnya yang menjadi akitek persempadan semula dan mastermind yang merampas kerajaan Terengganu dari pembangkang.

Abdul Rashid hanya muncul sekali-sekala waktu itu.

Atau jika beliau bersuara, akan terjadi seperti tiga orang bekas menteri, yang tiba-tiba akan menghadapi soal-siasat polis.

Namun kita yakin hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Penipuan SPR tidak mam[u untuk bertahan lama.





FEATURED ADS


Tiada ulasan: