Khamis, 24 November 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Kamu nak terajang, saya tetap perjuangkan hak rakyat, kata Khalid Samad

Posted: 24 Nov 2016 08:08 AM PST

ARIF ATAN
 
 
Khalid ketika bercakap di dewan selepas insiden beliau diserang pagi tadi berpendirian tidak akan berhenti menegakkan kepentingan rakyat walaupun beliau akan diserang.-Foto Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Wan Salleh.Khalid ketika bercakap di dewan selepas insiden beliau diserang pagi tadi berpendirian tidak akan berhenti menegakkan kepentingan rakyat walaupun beliau akan diserang.-Foto Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Wan Salleh.


Cuba diterajang oleh kumpulan samseng dipercayai ahli Umno dan penyokong Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak), Khalid Samad (Amanah-Shah Alam) tidak akan berhenti menegakkan kepentingan rakyat.

"Kamu nak terajang saya ke, kamu nak belasah saya ke, saya tetap akan bersuara dalam Dewan (Rakyat) ini memperjuangkan hak rakyat," katanya dalam perbahasannya tengah hari ini.

Khalid mengulas insiden serangan lebih 10 individu termasuk lelaki dipercayai anak Tajuddin serta beberapa wanita bertudung merah dan merah jambu sebaik beliau tiba di luar bangunan Parlimen pagi tadi.
"Ada salah seorang daripada mereka mendakwa, saya tidak tahu betul atau tidak, bahawa dia adalah anak Pasir Salak.

"Saya tak tahu. Saya tak tahu. (Pihak) Keselamatan boleh periksa kad pengenalan, nama (pelawat) yang ada," ujarnya sambil menggesa supaya tindakan tegas diambil terhadap kumpulan penyerang terbabit.

Dalam serangan yang kemudiannya dapat dikawal pihak keselamatan itu, seorang lelaki dengan pas masuk Parlimen berkaca mata hitam, berkemeja putih serta berkot dan bertali leher warna kelabu menjerit kepada Khalid, "Kenapa panggil bapak aku sial?"

Insiden ganas hari ini dilihat susulan daripada pertikaman lidah yang dicetuskan terlebih dahulu oleh Tajuddin yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani apabila mengaitkan Teresa Kok (DAP-Seputeh) sebagai satu-satunya perempuan yang ada "Kok".

Ekoran itu, beberapa ahli parlimen Pakatan Harapan pada sidang Dewan Rakyat, 21 November lalu bangkit membantah kenyataan timbalan menteri Umno yang merujuk kepada alat sulit lelaki itu termasuk Khalid yang menggelarkan Tajuddin sebagai 'menteri sial'.

Wanita MCA gesa Ahli Parlimen bersatu tolak usul RUU 355

Posted: 24 Nov 2016 08:05 AM PST

MALAYSIA DATELINE
 
 
Heng (kanan) bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam satu majlis rasmi.Heng (kanan) bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam satu majlis rasmi.


Belum pun Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang membacakan usul bagi meminda Akta 355 di Dewan Rakyat tengah hari tadi, parti sekutu Umno iaitu MCA menggesa ahli parlimen agar bersatu suara menolak usul tersebut.

Pengerusi Wanita MCA Datuk Heng Seai Kie dalam satu kenyataan media mengingatkan anggota parlimen bahawa sebagai wakil rakyat pelbagai etnik dan agama, mereka dipilih bukan sebagai ahli parlimen yang mewakili agama tertentu sama ada Islam, Buddha, Kristian ataupun Hindu.

"Sehubungan itu saya menyarankan mereka bertindak profesional berdasarkan hasrat rakyat Malaysia, selaras dengan semangat sekularisme dan 1Malaysia.

"Apatah lagi, usul persendirian Hadi secara jelas bertentangan dengan perlembagaan persekutuan dan melanggari prinsip keadilan undang-undang, di mana setiap orang perlu dilayan secara sama dan adil," ujarnya.
Menurut Heng, mewujudkan dua bentuk hukuman bagi muslim dan bukan muslim di mana penganut Islam dikenakan hukuman yang lebih berat bagi kesalahan yang sama adalah tidak adil dan berlawanan dengan prinsip kemanusiaan.
Keadaan ini, katanya pasti mewujudkan rasa tidak puas hati dan keretakan dalam masyarakat bagi tempoh jangka masa yang panjang.

Dakwaan yang mengatakan akta tersebut hanya bersangkutan dengan penganut Islam, ujarnya tidak boleh diterima.

"Sebagai rakyat Malaysia yang hidup di bawah langit yang sama di negara tercinta ini, setiap perkara yang berlaku tentunya menyentuh keprihatinan kita sebagai rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa dan agama.

"Adalah menjadi hak dan tanggung jawab kita untuk menentukan arah negara ini terutamanya dalam mendukung perlembagaan dan memelihara keamanan, keharmonian dan perpaduan negara.

"Apa yang lebih penting adalah menjaga ibu pertiwi daripada ekstremisme yang akan membawa kita kepada kehancuran," ujar Heng yang juga penasihat perpaduan negara dan intergrasi di Jabatan Perdana Menteri.

Usul Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 dibacakan Abdul Hadi pada sidang Dewan Rakyat tengah hari tadi.

Bagaimanapun beliau memohon untuk membuat huraian tentang Rang Undang-undang (RUU) 355 pada sesi Dewan Rakyat akan datang dengan alasan masih ada pihak tertentu yang keliru.

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia membenarkan permohonan Presiden Pas itu.

Ini kali kedua RUU 355 itu ditangguhkan untuk dibahas atas permintaan Abdul Hadi setelah beliau berbuat demikian pada sesi Dewan Rakyat 26 Mei lalu.

BETULKAH BEGITU, NIZAR NAJIB?

Posted: 24 Nov 2016 07:59 AM PST

 shahbudindotcom 

 


 
 
Kata anak Perdana Menteri yang bernama Nizar Najib, selagi kita berada di pihak yang benar dan tidak buat salah, tiada apa-apa yang perlu kita takutkan.

Sehubungan itu, katanya, beliau tidak bimbang dengan tuduhan-tuduhan liar terhadap keluarganya kerana mereka di pihak yang benar.

Betulkah begitu?

Pernahkah beliau  bertanya kepada ayahnya, Najib Razak mengapa memecat Peguam Negara, mengapa beberapa menteri dibuang, mengapa tidak menyaman WSJ, mengapa mengOSAkan laporan audit 1MDB, mengapa tidak berani menjawab soalan tentang 1MDB di Parlimen, mengapa menolak MLA yang dipohon oleh Peguam Negara Switzerland dan puluhan mengapa lagi yang perlu dijawab dengan jujur dan ikhlas.

Selagi tidak mendapat jawapan yang sebenar daripada ayahnya sendiri kepada persoalan-persoalan tersebut, bagaimana Nizar begitu yakin keluarganya berada di pihak benar?

Adakah Nizar benar-benar faham maksud ungkapan "selagi kita berada di pihak yang benar dan tidak buat salah, tiada apa-apa yang perlu kita takutkan" itu?

Adakah ayahnya memiliki ciri-ciri seperti yang disebutnya itu?

Pernahkah juga Nizar mendengar Najib melafazkan ungkapan "berani kerana benar, takut kerana salah" sejak meletusnya isu 1MDB dan di dalam akaun peribadi ayahnya ada wang sebanyak RM2,600 juta?


Denda RM3,000, penjara jika tak tunai solat Jumaat

Posted: 24 Nov 2016 07:52 AM PST

MALAYSIAKINI


Lelaki Muslim yang tidak menunaikan solat Jumaat di Terengganu bakal berdepan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara dua tahun tidak lama lagi.

Ia susulan pindaan Enakmen Kesalahan Jenayah (Takzir) Terengganu 2001 yang disokong sebulat suara oleh para Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) yang menghadiri persidangan dewan hari ini.

Pindaan Seksyen 16 berkaitan perkara tidak menunaikan solat Jumaat dibentangkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri Ghazali Taib.

Selain pindaan Seksyen 16, beberapa pindaan lain turut dibuat iaitu Seksyen 19 (tidak menghormati Ramadan) dan Seksyen 53 (mengganggu perempuan di tempat awam).

Ghazali mengemukakan cadangan pindaan itu kerana berpendapat enakmen itu mengangungi peruntukan yang sukar dilaksanakan dan dikuatkuasakan selain hukuman denda agak rendah dan tidak dapat memberi pengajaran serta kesedaran kepada masyarakat.

Bagi solat Jumaat, sebelum ini enakmen itu menetapkan mana-mana lelaki yang mukallaf yang tidak menunaikan solat Jumaat di masjid tiga kali berturut-turut tanpa uzur syarie atas sebab yang munasabah boleh didenda maksimum RM1,000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya.

Bagi kesalahan tidak menghormati Ramadan termasuk menjual makanan dan minuman kepada orang Islam serta makan secara terbuka, hukuman pindaan itu membabitkan denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya.

Sebelum ini, enakmen itu menetapkan jumlah denda sama dan penjara enam bulan sahaja.

Bagi perbuatan tidak sopan di tempat awam, pindaan itu melibatkan hukuman denda RM1,000 atau penjara dua tahun, berbanding hukuman sebelum ini membabitkan denda RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya.

Seksyen bagi pesalah yang mengganggu perempuan di tempat awam juga melibatkan penambahan hukuman penjara iaitu daripada enam bulan kepada maksimum dua tahun.

Ketika membentangkan pindaan itu, Ghazali berkata ia dibuat bagi memudahkan kerja pegawai penguat kuasa, pendakwa syarie dan Mahkamah Syariah.

Katanya pindaan hukuman penjara daripada minimum enam bulan hingga maksimum satu tahun kepada minimum dua tahun hingga maksimum tiga tahun adalah untuk memberi kesedaran dan keinsafan kepada masyarakat.

"Pindaan ini menunjukkan keprihatinan dan sokongan kerajaan negeri terhadap cadangan pindaan Akta 355 bagi memartabatkan Mahkamah Syariah khususnya di negeri Terengganu," katanya.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga Anggota Parlimen Marang hari ini membawa usul Rang Undang-Undang Persendirian iaitu Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat.

Ia bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau dikenali Akta 355.
- Bernama


Gambar berbicara: Samseng Pasir Salak serang Khalid di Parlimen

Posted: 24 Nov 2016 07:49 AM PST

WAN ZAHARI WAN SALLEH
 
 
Sekumpulan penyokong tegar ahli parlimen Pasir Salak yang juga Timbalan Menteri, Datuk Tajuddin Abdul Rahman telah cuba menyerang ahli Parlimen Shah Alam di Parlimen pagi tadi.

Jurugambar Malaysia Dateline, WAN ZAHARI SALLEH yang berada di tempat kejadian telah merakamkan kejadian ganas ini.

Berikut adalah gambar-gambar berkaitan.


Khalid Samad tiba ke Parlimen dengan keretanya. Beliau terpaksa dilindungi oleh pengawal keselamatan Parlimen.Khalid Samad tiba ke Parlimen dengan keretanya. Beliau terpaksa dilindungi oleh pengawal keselamatan Parlimen.
Seorang penyokong Tajuddin mengeluarkan kata-kata kesat kepada Khalid.Seorang penyokong Tajuddin mengeluarkan kata-kata kesat kepada Khalid.

Peyokong tegar Tajuddin cuba dihalang dari memukul Khalid di perkarangan Parlimen.Peyokong tegar Tajuddin cuba dihalang dari memukul Khalid di perkarangan Parlimen.
Khalid terpaksa di lindungi oleh Pengawal Keselamatan Parlimen dari diserang oleh samseng Pasir Salak.Khalid terpaksa di lindungi oleh Pengawal Keselamatan Parlimen dari diserang oleh samseng Pasir Salak.
Kekecohan berlaku di depan Parlimen apabila samseng ini cuba menyerang Khalid sambil mengahmburkan kata-kata kesat.Kekecohan berlaku di depan Parlimen apabila samseng ini cuba menyerang Khalid sambil mengahmburkan kata-kata kesat.
Salah seorang samseng Pasir Salak terpaksa ditegah dari bertindak ganas di perkarangan Parlimen.Salah seorang samseng Pasir Salak terpaksa ditegah dari bertindak ganas di perkarangan Parlimen.
Kekecohan berlaku apabila penyokong tegar Tajuddin ini menghamburkan kata-kata kesat ekoran pertegahan antara Khalid dengan Tajuddin di Dewan Rakyat.Kekecohan berlaku apabila penyokong tegar Tajuddin ini menghamburkan kata-kata kesat ekoran pertelagahan antara Khalid dengan Tajuddin di Dewan Rakyat.
Lagi muka-muka yang menimbulkan kekecohan di Parlimen.Lagi muka-muka yang menimbulkan kekecohan di Parlimen.
 

Polis panggil 10 perusuh Parlimen serah diri

Posted: 24 Nov 2016 07:44 AM PST

ARIF ATAN
 
 
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad terpaksa dilindungi oleh pengawal keselamatan Parlimen apabila cuba diserang oleh samseng pasir Salak di Parlimen pagi tadi Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad terpaksa dilindungi oleh pengawal keselamatan Parlimen apabila cuba diserang oleh samseng pasir Salak di Parlimen pagi tadi


Seramai 10 individu samseng Pasir Salak termasuk wanita yang menyerang dan memaki hamun Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pagi tadi diminta menyerah diri kepada polis.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh dalam kenyataannya berkata, mereka terbabit diminta berbuat demikian bagi membantu siasatan kes merusuh di kawasan parlimen.

Mereka termasuk Firdaus Tajuddin, 34, iaitu anak Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman akan disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Sembilan lagi yang diminta menyerah diri adalah:

Mohd Rizal Shafie, 37
Ariffin Mohamed Ali, 32
Hasnah Md Razali, 48
Erwan Halmi, 36
Sapiah Aini Sulaiman, 48
Norfirdaus Ahmad Zanian, 30
Azmir Ahmad, 41
Mohd Saffek Mohd Saleh, 28
Mohd Faizal Saidina Omar, 34

Dalam kenyataan sama, memberitahu tiada kecederaan dalam serangan tersebut.

Beliau turut merayu penyokong atau ahli politik supaya tidak membelakangi undang-undang.
"Institusi dan integriti parlimen hendaklah sentiasa dipelihara dan dihormati semua pihak.

"Tindakan tegas akan diambil kepada sesiapa juga yang cuba mengganggu gugat ketenteraman awam dan mencetuskan kekacauan," jelasnya lagi.

Sementara itu, Tajuddin yang juga Timbalan Menteri Umno itu berkata, "mereka melindungi rakyat Pasir Salak".

Beliau bagaimanapun menafikan menaja kumpulan berkenaan untuk memasuki kawasan Parlimen.
Tajuddin turut mengesahkan anaknya antara yang 'menyerang' Khalid Samad di hadapan lobi parlimen pagi ini.

Sidang Dewan Rakyat pada 21 November lalu menyaksikan kenyataan Tajuddin yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyebut Teresa Kok (DAP-Seputeh) sebagai satu-satunya perempuan yang ada "Kok" mengundang bantahan ahli parlimen pembangkang kecuali Pas.

Paling lantang menyelar Tajuddin yang sebelum ini memang dikenali sebagai pemimpin Umno yang samseng adalah Khalid yang menggelarkannya sebagai 'menteri sial'.

Pindaan RUU 355 bertepatan dengan budaya politik matang dan sejahtera - Nik Abduh

Posted: 24 Nov 2016 07:32 AM PST

Oleh Azizul Osman dan Wan Anis Ilyani Wan M, Azhar
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Langkah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang melakukan pindaan terhadap Usul rang undang-undang (RUU) persendirian bagi meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah, bertepatan dengan pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) yang diamalkan oleh parti itu kini. 
 
Menurut Ketua Dewan Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Aziz, pindaan tersebut dilakukan selepas PAS mengambilkira pandangan dan kritikan mengenai RUU itu, tambahan ia memerlukan masa untuk semua golongan terutamanya bukan Islam untuk memamahi sepenuhnya pindaan berkenaan.
 
"Saya gembira walaupun Presiden PAS memilih untuk membuat pindaan tetapi saya kerana Speaker (Tan Sri Pandikar) dapat mengizinkan dan dalam makluman saya pindaan itu dibuat kerana Presiden mendengar pandangan daripada pelbagai pihak. 
 
"Usul pertama yang dibentangkan dulu lebih umum sifatnya tetapi dalam tempoh beberapa bulan perbahasan secara ilmiah dibuat diluar, ramai yang mengkritik bahawa sepatutnya dihuraikan dengan lebih panjang, walaupun pada pandangan kami bahawa umum itu adalah menepati kehendak undang-undang tetapi oleh kerana ada kritikan maka Hadi memilih untuk menerima kritikan tersebut dan menjelaskannya dengan lebih tepat," katanya di lobi Parlimen hari ini.
 
Semalam, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, usul RUU itu  mengandungi pindaan terhadap had hukuman yang boleh dikenakan di bawah akta itu kelak.
 
Ujar Khairuddin, pindaan itu dibuat hasil daripada perjumpaan dan taklimat khas berkaitan RUU itu bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom di bangunan Parlimen, pada Selasa.
 
Pindaan RUU Akta 355 ini dibuat bagi meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah yang selama ini amat terhad iaitu hukuman penjara maksimum hanya tiga tahun, denda maksimum RM5000 dan hukuman sebatan maksimum enam kali sahaja.
 
Melalui pindaan yang dibawa Hadi, jumlah hukuman itu mahu ditingkatkan menjadi - hukuman penjara maksimum 30 tahun, denda maksimum RM100,000 dan hukuman sebatan maksimum 100 kali sebatan (syarie).
 
Hadi hari ini membentangkan kali kedua usul Rang Undang-Undang (RUU) Akta 355, bagi memperkasakan bidang kuasa Mahkamah Syariah, namun memohon untuk menangguhkan penjelasannya pada sidang Parlimen, Mac tahun depan.
 
"Saya harap ini (penangguhan) boleh mengurangkan ktirikan tersebut dan ia akan dibahaskan nanti," jelas Nik Abduh.
 
Ditanya samada siri penerangan yang dibuat oleh PAS sudah menampakkan hasil, Ahli Parlimen Pasir Mas itu optimis bahawa PAS mampu untuk mendapatkan lebih sokongan di kalangan bukan Islam sepanjang tempoh penerangan berkenaan tidak lama lagi.
 
"Pemahaman itu sudah lama (dilakukan) cuma pindaan ini bukan baru, benda yang telah dibincangkan sebelum ini dan minta lebih spesifik maka dengan pindaan ini masa itu cukup berharga untuk dijelaskan lagi. Ia lebih menjelaskan daripada usul sebelum ini," katanya.
 
 

AMANAH persoal tindakan Hadi pinda RUU355 tanpa bahas

Posted: 24 Nov 2016 07:29 AM PST

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar dan Azizul Osman
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: AMANAH menyuarakan kekecewaan terhadap Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang bertindak meminda tanpa bahas usul Rang Undang-undang (RUU 355) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) Pindaan 2016 yang dibacakan buat kali kedua hari ini.
 
Menurut Naib Presiden AMANAH Datuk Mujahid Yusof Rawa, tindakan Hadi meminda usul berkenaan menyebabkan proses untuk memperkasakan Mahkamah Syariah kembali ke peringkat permulaan. 
 
Beliau merujuk kepada usul RUU itu yang mengandungi pindaan terhadap had hukuman yang boleh dikenakan di bawah akta itu kelak.
 
Melalui pindaan yang dibawa Hadi, jumlah hukuman itu mahu ditingkatkan menjadi - hukuman penjara maksimum 30 tahun, denda maksimum RM100,000 dan hukuman sebatan maksimum 100 kali sebatan (syarie).
 
Justeru Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar mencadangkan agar satu jawatankuasa dibentuk di peringkat Dewan Rakyat bagi menilai semula usul yang dibawa oleh Hadi agar kajian menyeluruh dapat dibuat sebelum apa-apa keputusan diambil.
 
"Sebenarnya saya sebut dalam celahan saya, dulu apabila (Ahli Parlimen) Marang bentang benda itu tergantung tidak ada bahas, bila tergantung (masyarakat) di bawah ini jadi berpecah sebab masyarakat punya pandangan dan persepsi pelbagai. Kebencian antara orang Islam dan bukan Islam. Sekarang saya mengharapkan ada satu peringkat lagi (dalam pindaan RUU 355) bila Marang bentang dengan pindaan, benda sama berulang. 
 
"Akhirnya kita akan ulang balik kitaran perpecahan dan permusuhan di bawah itu. Sebab itu saya cadangkan satu idea buat jawatankuasa tapi Speaker jawab jawatankuasa itu bukan kuasa dia, nanti bila sudah masuk peringkat kementerian baru akan dibuat. 
 
"Bagi saya benda ini boleh buat kalau tahu apa yang berlaku di bawah ini. Beliau mesti ada satu usaha proaktif untuk buat jawatankuasa bagi menangani isu yang timbul ekoran RUU 355," katanya merujuk kepada permohonan menangguhkan usul RUU355 hari ini.
 
AMANAH sebelum ini mencadangkan penubuhan jawatankuasa khas yang dianggotai para ketua hakim mahkamah syariah dari setiap negeri, profesional dan agamawan serta pihak berkuasa berwajib.
 
Jawatankuasa khas itu diberi tanggungjawab untuk menyelia langkah pemerkasaan Mahkamah Syariah, termasuk meningkatkan kecekapan melalui penajaman kehakiman para hakim dan kakitangan Mahkamah Syariah.
 
Hadi hari ini memohon untuk menangguhkan pembentangan usul RUU355 bagi memberi laluan kali kedua kepada masyarakat khususnya bukan Islam untuk lebih memahami pindaan berkenaan.
 
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Tertinggi AMANAH Hanipa Maidin yang juga Ahli Parlimen Sepang pula menjangkakan bahawa pindaan RUU355 ini tidak akan berjaya untuk dibentangkan berdasarkan kepada penerimaan negatif oleh Ahli-ahli Parlimen bukan Islam dan parti bukan Islam di negara ini.
 
"Kami (AMANAH) jangka akan ada perbahasan tapi saya tidak nampak RUU ini akan diteruskan di masa hadapan. Ia akan disimpan oleh (Ahli Parlimen) Marang di dalam poket dia," katanya di lobi Parlimen.
 
Usul untuk meminda RUU355 hari ini adalah kali kedua dibawa Hadi selepas kali pertama dibentangkan pada 26 Jun lalu dan membuat penangguhan atas alasan sama iaitu masih ramai bukan Islam tidak memahami cadangan pindaan itu.
 
 

0 bangkai ayam turut 'berhimpun' demi Maria Chin mariachinabdullah bersih5 Yap Jia Hee Hari ini, 9:41 malam Hari ini, 9:44 malam Himpunan solidariti untuk Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah malam nie dikejutkan dengan taburan beberapa bangkai ayam yang secara misteri 'menyertai' para pesertanya di Dataran Merdeka. BERSIH mengutuk perbuatan tersebut yang dipercayai untuk mensabotaj acara berkenaan. Sekitar 300 peserta berkumpul malam ini di Jalan Raja Laut berhampiran Dataran Merdeka seperti malam-malam malam sebelumnya tetapi kali ini dihidangkan dengan bau busuk yang cukup kuat. Salah seorang peserta yang hanya mahu dikenali sebagai Liew menjumpai beberapa ekor bangkai ayam yang diletakkan di tepi pagar jalan raya lalu mengutipnya dengan beg plastik sebelum membuangnya. "Sekurang-kurangnya 10 bangkai ayam dengan badan yang dipukul rata. "Ia berbau seperti najis, menjijikkan. "Ini jelas satu tindakan sabotaj atau tidak mungkin dibuang dengan cara yang 'kemas'," kata Liew yang berusia dan memakai baju kuning BERSIH5 kepada Malaysiakini. Selepas Liew membuang bangkai-bangkai ayam tersebut, sesetengah peserta menyembur ubat nyamuk bagi menghapuskan bau busuk berkenaan. Pengurus Sekretariat BERSIH, Mandeep Singh berkata, tindakan sabotaj seperti ini bukan perkara yang baru tetapi hanya taktik lama. "Ini taktik lama tetapi dengan cara yang berbeza, ia adalah sabotaj yang pastinya. "Mengapa perlu meletakkan bangkai ayam di sini kerana terdapat tong sampah," kata Mandeep ketika ditemui wartawan.

Posted: 24 Nov 2016 07:26 AM PST

Yap Jia Hee

 
Himpunan solidariti untuk Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah malam nie dikejutkan dengan taburan beberapa bangkai ayam yang secara misteri 'menyertai' para pesertanya di Dataran Merdeka.

BERSIH mengutuk perbuatan tersebut yang dipercayai untuk mensabotaj acara berkenaan.

Sekitar 300 peserta berkumpul malam ini di Jalan Raja Laut berhampiran Dataran Merdeka seperti malam-malam malam sebelumnya tetapi kali ini dihidangkan dengan bau busuk yang cukup kuat.

Salah seorang peserta yang hanya mahu dikenali sebagai Liew menjumpai beberapa ekor bangkai ayam yang diletakkan di tepi pagar jalan raya lalu mengutipnya dengan beg plastik sebelum membuangnya.
"Sekurang-kurangnya 10 bangkai ayam dengan badan yang dipukul rata.

"Ia berbau seperti najis, menjijikkan.

"Ini jelas satu tindakan sabotaj atau tidak mungkin dibuang dengan cara yang 'kemas'," kata Liew yang berusia dan memakai baju kuning BERSIH5 kepada Malaysiakini.

Selepas Liew membuang bangkai-bangkai ayam tersebut, sesetengah peserta menyembur ubat nyamuk bagi menghapuskan bau busuk berkenaan.

Pengurus Sekretariat BERSIH, Mandeep Singh berkata, tindakan sabotaj seperti ini bukan perkara yang baru tetapi hanya taktik lama.

"Ini taktik lama tetapi dengan cara yang berbeza, ia adalah sabotaj yang pastinya.

"Mengapa perlu meletakkan bangkai ayam di sini kerana terdapat tong sampah," kata Mandeep ketika ditemui wartawan.




RUU Akta 355 bukan hudud, tapi takzir - Takiyuddin

Posted: 24 Nov 2016 07:07 AM PST

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar dan Azizul Osman
Post Pic
 
   
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata penangguhan pembentangan Rang Undang-undang (RUU) Akta 355 adalah penting untuk memberi kefahaman mendalam terhadap bukan Islam.
 
Ia kerana salah faham yang terlalu banyak ditimbulkan yang mengaitkan RUU berkenaan sebagai membuka jalan terhadap pelaksanaan hudud.
 
"Saya hendak nafikan pindaan ini bukan hudud. Ia adalah (hukuman) takzir. 
 
"YB Marang jelaskan bahawa penangguhan ini disebabkan perlukan pemahaman yang lebih terhadap cadangan pindaan ini. Hari ini baru nak tengok, nanti kalau kita bahas hari ini, kata kita tak beri peluang untuk kaji," katanya ketika ditemui media di Dewan Rakyat hari ini.
 
Takiyuddin memberi reaksi terhadap penangguhan pembentangan RUU Akta 355 yang dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang  dengan alasan masih ramai ahli parlimen, sama ada Islam dan bukan Islam tidak memahami mengapa RUU itu perlu disokong.
 
Penangguhan ini adalah kali kedua dibuat selepas Jun lalu, juga dengan alasan yang sama untuk memberi lebih masa kepada pelbagai pihak untuk memahami justifikasi pindaan Akta 355.
 
Pembentangan RUU Akta 355 akan dibentang dan dibahaskan pada sidang parlimen yang akan datang pada Mac tahun depan.
 
"Pada sidang Dewan Rakyat Mac nanti, Hadi akan menghuraikan setiap satu cadangan pindaan itu, apa justifikasi dan asasnya," tambah Takiyuddin.
 
Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata pihak partinya gembira dengan respon yang diberikan ahli-ahli parlimen bukan Islam yang memberi laluan kepada Hadi untuk membentangkan cadangan pindaan itu.
 
"Saya terkejut kerana hari ini digembar-gembrkan kononnya pimpinan parti politik bukan Islam akan menentang RUU ini. Presiden MCA dan Gerakan ada (dalam Dewan). Namun saya hormat kerana menggunakan saluran demokrasi, membenarkan pembentangan, jika nak bantah ketika perbahasan nanti. Kita berikan peluang kepada mereka untuk berbahas," ujarnya lagi.
 
Beliau dalam masa sama turut iajukan pembentukan satu jawatankuasa untuk menilai semula usul PAS itu sebagaimana dicadangkan oleh Naib Presiden AMANAH, Datuk Mujahid Yusof Rawa.
 
"Jika kerajaan mengambil usaha untuk tubuhkan jawatankuasa, kita bersedia. Sebab itu saya sokong cadangan Mujahid.
 
"Namun buat masa ini ia tak boleh dibuat lagi memandangkan ia adalah RUU Persendirian. Yang boleh buat hanyalah pihak kerajaan, maka kena tunggu sehingga selesai bacaan pertama kemudian dibawa oleh kerajaan," kata Takiyuddin lagi.
 
Pindaan RUU Akta 355 ini dibuat bagi meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah yang selama ini amat terhad iaitu hukuman penjara maksimum hanya tiga tahun, denda maksimum RM5000 dan hukuman sebatan maksimum enam kali sahaja.
 
Melalui pindaan yang dibawa Hadi, jumlah hukuman itu mahu ditingkatkan menjadi - hukuman penjara maksimum 30 tahun, denda maksimum RM100,000 dan hukuman sebatan maksimum 100 kali sebatan (syarie).
 
 

Pinda RUU355: Tiba masa PAS tunjuk kekuatan sebenar - IKATAN

Posted: 24 Nov 2016 07:02 AM PST

Oleh Azizul Osman dan Wan Anis Ilyani Wan M, Azhar
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Sudah tiba masanya untuk PAS menunjukkan kekuatan sebenar kepada musuh-musuh politiknya berhubung pindaan Rang Undang-undang (RUU 355) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) Pindaan 2016.
 
Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil berkata, PAS membuktikan parti itu tidak dibuli oleh Barisan Nasional (BN)  sebagaimana dakwaan sesetengah pihak, biarpun diberikan peluang di saat-saat akhir oleh kerajaan.
 
"PAS adalah parti besar dan antara dua parti tunjang negara jadi ia masanya untuk PAS untuk tunjukkan kekuatan.
 
"Tapi ini mungkin satu bukti bahawa PAS ini mainkan politik matang dan sejahtera di mana lebih lembut di saat ramai yang tidak setuju. Tiada masalah PAS bagi masa dan buat penerangan supaya lebih ramai faham dan akan sokong," katanya ketika membuat lawatan di Dewan Rakyat hari ini.
 
Beliau berkata demikian mengulas tindakan Ahli Parlimen Marang merangkap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berjaya membentangkan pindaan usul Akta 355 di Dewan Rakyat buat kali kedua hari ini.
 
Jelasnya apa yang dibentangkan oleh Hadi hari ini hanya untuk memperkukuhkan usul yang dibawa oleh beliau pada 26 Jun lalu dengan menambah had hukuman penjara daripada 3 tahun kepada 30 tahun maksimun, denda RM5,000 kepada RM100,000 dan 6 sebatan kepada maksimum 100 sebatan Syarie.
 
"Pindaan itu hanya untuk memperjelaskan apa yang beliau telah bentang dulu. Dalam bulan Mac depan akan beri hujah dalam waktu itu semua orang yang tidak berniat baik itu boleh lihat balik kerana pindaan itu tidak ada apa-apa hanya untuk tingkatkan hukuman untuk pesalah supaya lebih munasabah," katanya.
 
Hadi membuat pindaan itu hasil daripada perjumpaan dan taklimat khas berkaitan RUU itu bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom di bangunan Parlimen, pada Selasa.
 
Perjumpaan itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
 
Terdahulu di dalam Dewan Rakyat, Hadi memohon penangguhan memandangkan masih ramai ahli Parlimen sama ada Islam ataupun bukan Islam malah individu perseorangan dan sebilangan masyarakat yang tidak memahami mengapa RUU itu perlu disokong.
 
Justeru kata Kadir, PAS masih mempunyai masa untuk memberi penerangan dan kefahaman kepada pihak yang berkenaan.
 
"Perasaan perkauman ini sudah nampak mula merosot kita nampak mundur ke belakang. Jadi saya ingat dalam masa tiga bulan ini kita dapat berjumpa dengan pemimpin seperti MCA,MIC dan Gerakan. Mereka (parti) ini yang bertangungjawab dalam menggubal undang-undang pada waktu dulu. Jadi jangan mereka cuba nak buat lebih baik dengan DAP. 
 
"Saya rasa semua orang bukan Islam pun kalau faham dia akan undi (terima), jadi kita tunda hingga bulan Mac kita ada tiga bulan untuk yakinkan mereka," katanya.
 
 

Tiada ulasan: