Khamis, 24 November 2016

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


MP Yang Bawa Serangan Di Parlimen Mesti Bertanggung Jawab

Posted: 24 Nov 2016 01:51 AM PST



Anggota parlimen yang mewajarkan serangan ke atas Khalid Samad (AMANAH-Shah Alam) pagi tadi mesti bertanggungjawab atas kejadian itu kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Menurutnya kejadian itu membabitkan pencerobohan serius terhadap kawasan keselamatan.

Malah kata Nur Jazlan, kejadian itu boleh disiasat mengikut undang-undang keganasan.

"Peraturan umum mengenai pelawat parlimen ialah mereka mesti dibawa oleh seorang anggota parlimen.

"Jika mereka itu sebenarnya dijemput seorang anggota parlimen ke kaasan ini untuk menyebabkan kecederaan, gangguan, anggota parlimen terbabit perlu dibawa ke Jawatankuasa (Hak dan Keistimewaan) Parlimen," katanya kepada media di lobi parlimen hari ini.

Khalid yang juga pengarah komunikasi AMANAHdiserang sekumpulan orang di luar lobi parlimen hari ini. Bagaimanapun beliau dapat dilindungi anggota keselamatan di situ.

Orang awam itu - didakwa dari Pasir Salak, Perak - berang kerana Khalid menggelar Datuk Tajuddin Abdul Rahman dengan panggilan "sial".

Tajuddin adalah anggota parlimen Pasir Salak, ketua Umno bahagian itu dan ahli majlis tertinggi Umno.

Beliau juga mengakui salah seorang yang menyerang Khalid ialah anaknya.

Ditanya sama ada penyerang terbabit akan disiasat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) atau Sosma, Nur Jazlan berkata, undang-undang biasa perlu digunakan terlebih dulu.

Ditanya lebih lanjut kemungkinan mereka wajar disiasat kerana aksi berkaitan keganasan, Nur Jazlan menjawab: "Mungkin jika ada peruntukan untuk mereka disiasat di bawah akta itu."

Nur Jazlan juga mengakui tahap keselamatan di parlimen perlu dipertingkatkan dan "kecewa" apabila ia dilanggar sedemikian rupa.

"Ini kawasan larangan dan pasukan keselamatan yang berkawal boleh mengambil langkah ekstrem sehingga menembak sesiapa yang menceroboh terutama kepada sesiapa yang dilihat boleh menyebabkan kecederaan dan keamanan kawasan ini.

"Bagaimana kalau seorang pengganas menyelinap dan melakukan tindakan keganasan?

"Apa yang jadi hari ini sama, kecuali ia tidak melibatkan sebarang senjata," katanya.

-mkini




Khalid Samad Diserang 'Orang-Orang' Pasir Salak Depan Parlimen

Posted: 23 Nov 2016 10:14 PM PST



KUALA KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad diserang perusuh ketika beliau menghampiri bangunan utama Parlimen pagi ini.

Bagaimanapun, ahli Parlimen Amanah itu bernasib baik dengan kehadiran pegawai keselamatan yang sempat menyelamatkannya dan menghalang kejadian menjadi lebih serius.

Namun, FMT dimaklumkan seorang pegawai mengalami kecederaan dalam kejadian huru-hara itu.

Serangan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian di Dewan Rakyat pada Isnin, apabila Khalid memanggil Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman sebagai "sial".

Kira-kira 20 hingga 30 lelaki pada mulanya hanya mengganggu Khalid, menjerit "Hidup Pasir Salak! Hidup Pasir Salak! ", tetapi selepas seorang daripada mereka jatuh ketika di depan beberapa pegawai keselamatan Parlimen, ia bertukar menjadi ganas.

Kumpulan rusuhan itu mengejar Khalid dan pegawai keselamatan dapat melindunginya daripada sebarang kejadian tidak diingini.

Kejadian itu berjaya dirakam pemberita FMT yang berada di situ.

Khalid kemudian memberitahu pemberita beliau tidak mengalami sebarang kecederaan semasa serangan itu.

"Mereka tidak berjaya menyentuh saya, terima kasih kepada 4 pegawai keselamatan yang melindungi saya dengan baik."

Salah seorang lelaki dalam video itu juga dilihat menjerit pada Khalid, berkata "ini kepada baru permulaan".

Insiden di Dewan berpunca daripada kenyataan timbalan menteri pertanian dan asas tani yang dibuatnya dengan merujuk kepada ahli Parlimen Seputeh sebagai "satu-satunya wanita dengan Kok".

Beliau enggan menarik balik kenyataannya dan disokong Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee yang memutuskan tiada keperluan melakukannya dengan mengatakan Tajuddin hanya merujuk kepada nama Kok.

Sejak 2 hari lalu, Tajuddin diasak soalan berkali-kali oleh media di lobi Parlimen dan menuduh media memihak kepada pembangkang serta bertegas beliau tidak mengucapkan kata-kata seksis atau salah terhadap ahli Parlimen DAP.

Ketika diminta mengulas mengenai serangan rusuhan itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, kumpulan itu mungkin disiasat mengikut undang-undang anti-keganasan, berdasarkan video tindakan mereka.

"Kita juga perlu menyiasat siapa membenarkan mereka masuk. Kita tidak boleh membuat sebarang sangkaan," kata Nur Jazlan.




Tiada ulasan: