Nuffnang

Pengikut

Kelab Greenboc

sumber :-

Kelab Greenboc


[VIDEO] Geng Pasir Salak Serang Khalid Samad

Posted: 24 Nov 2016 01:34 AM PST

Khalid Samad diserang di perkarangan Parlimen

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad diserang perusuh ketika beliau menghampiri bangunan utama Parlimen pagi ini.

Bagaimanapun, ahli Parlimen Amanah itu bernasib baik dengan kehadiran pegawai keselamatan yang sempat menyelamatkannya dan menghalang kejadian menjadi lebih serius.

Namun, FMT dimaklumkan seorang pegawai mengalami kecederaan dalam kejadian huru-hara itu.


Serangan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian di Dewan Rakyat pada Isnin, apabila Khalid memanggil Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman sebagai "sial".

Kira-kira 20 hingga 30 lelaki pada mulanya hanya mengganggu Khalid, menjerit "Hidup Pasir Salak! Hidup Pasir Salak! ", tetapi selepas seorang daripada mereka jatuh ketika di depan beberapa pegawai keselamatan Parlimen, ia bertukar menjadi ganas.

Kumpulan rusuhan itu mengejar Khalid dan pegawai keselamatan dapat melindunginya daripada sebarang kejadian tidak diingini.

Kejadian itu berjaya dirakam pemberita FMT yang berada di situ.

Khalid kemudian memberitahu pemberita beliau tidak mengalami sebarang kecederaan semasa serangan itu.

"Mereka tidak berjaya menyentuh saya, terima kasih kepada 4 pegawai keselamatan yang melindungi saya dengan baik."

Salah seorang lelaki dalam video itu juga dilihat menjerit pada Khalid, berkata "ini kepada baru permulaan".

Insiden di Dewan berpunca daripada kenyataan timbalan menteri pertanian dan asas tani yang dibuatnya dengan merujuk kepada ahli Parlimen Seputeh sebagai "satu-satunya wanita dengan Kok".

Beliau enggan menarik balik kenyataannya dan disokong Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee yang memutuskan tiada keperluan melakukannya dengan mengatakan Tajuddin hanya merujuk kepada nama Kok.

Sejak 2 hari lalu, Tajuddin diasak soalan berkali-kali oleh media di lobi Parlimen dan menuduh media memihak kepada pembangkang serta bertegas beliau tidak mengucapkan kata-kata seksis atau salah terhadap ahli Parlimen DAP.

Ketika diminta mengulas mengenai serangan rusuhan itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, kumpulan itu mungkin disiasat mengikut undang-undang anti-keganasan, berdasarkan video tindakan mereka.

"Kita juga perlu menyiasat siapa membenarkan mereka masuk. Kita tidak boleh membuat sebarang sangkaan," kata Nur Jazlan. -FMT


Kamu nak terajang, saya tetap perjuangkan hak rakyat, kata Khalid Samad

Cuba diterajang oleh kumpulan samseng dipercayai ahli Umno dan penyokong Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak), Khalid Samad (Amanah-Shah Alam) tidak akan berhenti menegakkan kepentingan rakyat.

"Kamu nak terajang saya ke, kamu nak belasah saya ke, saya tetap akan bersuara dalam Dewan (Rakyat) ini memperjuangkan hak rakyat," katanya dalam perbahasannya tengah hari ini.

Khalid mengulas insiden serangan lebih 10 individu termasuk lelaki dipercayai anak Tajuddin serta beberapa wanita bertudung merah dan merah jambu sebaik beliau tiba di luar bangunan Parlimen pagi tadi.

"Ada salah seorang daripada mereka mendakwa, saya tidak tahu betul atau tidak, bahawa dia adalah anak Pasir Salak.

"Saya tak tahu. Saya tak tahu. (Pihak) Keselamatan boleh periksa kad pengenalan, nama (pelawat) yang ada," ujarnya sambil menggesa supaya tindakan tegas diambil terhadap kumpulan penyerang terbabit.

Dalam serangan yang kemudiannya dapat dikawal pihak keselamatan itu, seorang lelaki dengan pas masuk Parlimen berkaca mata hitam, berkemeja putih serta berkot dan bertali leher warna kelabu menjerit kepada Khalid, "Kenapa panggil bapak aku sial?"

Insiden ganas hari ini dilihat susulan daripada pertikaman lidah yang dicetuskan terlebih dahulu oleh Tajuddin yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani apabila mengaitkan Teresa Kok (DAP-Seputeh) sebagai satu-satunya perempuan yang ada "Kok".

Ekoran itu, beberapa ahli parlimen Pakatan Harapan pada sidang Dewan Rakyat, 21 November lalu bangkit membantah kenyataan timbalan menteri Umno yang merujuk kepada alat sulit lelaki itu termasuk Khalid yang menggelarkan Tajuddin sebagai 'menteri sial'.
-MD




ULASAN GB

Apa nak jadi agaknya Malaysia? Gejala samseng dan keganasan bermaharajalela.

Dengan tarian punggungnya, dengan ancaman "darah dibayar darah", dengan korupsi yang sudah tak terbendung lagi, dengan ahli parlimen hilang immuniti malah kini diserang pula oleh samseng-samseng dan mereka terlepas bebas...

Sedangkan yang inginkan kebenaran dan keadilan serta berhimpun secara aman itulah yang ditangkap dan ditahan.

Namun yakinlah hukum kebenaran dan keadilan akan berjalan. Langit tidak selamanya mendung.



FEATURED ADS



[VIDEO & GAMBAR] Ramainya Geng Jamal Berarak Ke Bangunan SUK Selangor

Posted: 23 Nov 2016 07:13 PM PST

Sidang media baju merah depan SUK lawak jenaka Jamal

Tindakan berterusan Pengerusi Gerakan Baju Merah, Datuk Jamal Yunos mencetuskan pelbagai provokasi melampau memperlihatkan 'ketidakmatangan' pemimpin Umno Sungai Besar itu.

Selepas dibebaskan daripada tahanan polis semalam, Jamal hari ini mengadakan sidang media di hadapan bangunan pentadbiran negeri di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini.


Jamal pada sidang medianya mendakwa bakal menganjurkan himpunan besar-besaran di 700 lokasi di Selangor kononnya dalam isu semsa Selangor.

Permulaannya, himpunan tersebut diadakan di Sekinchan, kerana 'minatnya' kepada Ahli Dewan Negeri (ADN) kawasan itu, Ng Suee Lim.

"Saya minat dengan Sue Lim, jadi kami pilih Sekinchan dahulu," ringkasnya menjawab pertanyaan media.

Penganjuran himpunan tersebut katanya turut memfokuskan kepada tujuh tuntutan supaya wujudnya pentadbiran kerajaan telus dan bersih.

Bagaimanapun tuntutan tersebut dilihat tidak signifikan memandangkan kejayaan pentadbiran negeri memacu pertumbuhan ekonomi negeri yang diakui sendiri Ketua Audit Negara, dalam Laporan Ketua Audit Negara 2015 siri kedua yang dibentangkan di Parlimen, semalam.

Ketika ditanya media sekiranya Jamal bercadang mengadakan himpunan sama di Putrajaya ekoran pendedahan penyelewengan Kerajaan Persekutuan, beliau gagal memberikan pendirian khusus mengenainya.

Beliau berkata, Kerajaan Barisan Nasional di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kononnya tidak terlibat dengan sebarang penyelewengan dan salah guna kuasa.

"Kamu (pemberita) tidak faham, tumpuan kami ini di Selangor dan bukannya di Putrajaya kerana pentadbiran Putrajaya itu telus di bawah pimpinan Perdana Menteri," dakwanya tanpa memberikan butiran terperinci.

Namun umum mengetahui, skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terus mendedahkan penglibatan Perdana Menteri berkait dana RM2.6 bilion dan pengambilalihan dana awam untuk tujuan peribadi.

Tidak mengejutkan, selesai sidang medianya, Jamal sekali lagi menyanyikan lagu 'Bersih 5 gagal' yang membangkitkan rasa geli hati dalam kalangan petugas media, di sini. -selngorkini




VIDEO BERKAITAN

ULASAN GB

"Ribuan" nampaknya yang menyertai kumpulan baju merah ke bangunan SUK negeri Selangor. Dia mendakwa 700 orang berarak nak selamatkan Selangor, yang kelihatan cuma dalam anggaran 30 rang. Lepas tu siap menyanyi lagi ala budak-budak tadika... BERSIH 5 Gagal....

Hello Najib, takder apek lempang lainkah yang lebih baik selain dari Jamal ni... perhabiskan dedak kamu saja nampaknya.... kahkahkah...



FEATURED ADS



Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT