Sabtu, 12 November 2016

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Apa lagi yg sakit sangat hati kita pada Tun Mahathir?

Posted: 12 Nov 2016 03:13 PM PST

Oleh : Wfauzdin Ns 

Dulu, sewaktu beliau menyerang Najib dan mengadakan Deklarasi Rakyat jatuhkan Najib, kita kata bahawa Mahathir hanya mahu turunkan Najib, bukan Umno/Bn. 

 Mahathir kemudiannya umumkan keluar Umno/Bn dan berceramah di merata2 tempat mengajak rakyat bersama2 jatuhkan Najib, Umno/Bn. Kita pun berkata, Mahathir tidak ikhlas kerana masih melupakan nasib Anwar di penjara. Maka, Mahathir pun bertemu dengan Anwar dan selama lebih kurang 45 minit mereka bertemu dan berbincang di sebuah bilik di mahkamah. Kedua2nya bersalam dan tersenyum gembira. Sekali lagi kita bertanya, "Ikhlaskah Mahathir itu?"

 Apabila Anwar ditanya, adakah beliau telah memaafkan Mahathir?, Anwar menjawab dia telah lama memaafkan semua orang. Mengapa tidak tanya, ikhlaskah Anwar itu?

 Tidak cukup dengan hanya Mahathir, baru-baru ini isteri beliau Dr Siti Hasmah berkunjung ke rumah isteri Anwar, Kak Wan di Segambut. Bukan Kak Wan yg datang ke rumah Siti Hasmah. Siti Hasmah diraikan sebagai tetamu istimewa oleh Kak Wan lebih dari satu jam. Mereka saling berpelukan, bergambar dan bertukar2 buah tangan. Mahukah kita bertanya juga, ikhlaskah Dr Siti Hasmah? Ikhlaskah Kak Wan?

 Siang tadi Konvensyen Pakatan Harapan diadakan di Shah Alam. Semua parti Pembangkang dijemput, dan Tun Mahathir dan Muhyidin diberi peluang berucap. Ketibaan Mahathir di luar dan di dalam dewan, terdengar sesekali gema laungan Bebas Anwar dan Reformasi. Di hadapan Mahathir, kesemua wakil dari PH mengulangi bahawa Anwar adalah bakal PM jika PH ke Putrajaya. 

 Timbul pula tuduhan kononnya PH kini dikawal oleh Mahathir. Lawak sungguh tuduhan itu. Lojikkah Mahathir mengawal PH dan membiarkan laungan Bebas Anwar dan reformasi bergema, dan paling tidak masuk akal Mahathir kawal PH dengan mengistiharkan Anwar adalah bakal PM? Bukankah itu bermaksud Mahathir setuju Anwar menjadi PM ? Itu bukti Mahathir yg kawal PH? 

 Ada lagi cerita karut.... Apabila lencana Bebaskan Anwar ini disematkan ke baju Tun Mahathir sewaktu beliau hadir di Konvensyen PH siang tadi, ada yg bertanya apakah lencana ini boleh menghapuskan dosa2 lampau Mahathir?

 Pertamanya, siapa kita untuk mengira dosa2 orang lain dan menilai penghapusan dosa2 orang lain? Samada dosanya diampunkan oleh Allah atau tidak, bukan urusan kita. Siapa pula yg akan menilai dosa2 kita? 

Anwar telah lama memaafkan semua orang. Kemaafan yg Anwar berikan itu terpulang kpd Allah. Tugas kita hanyalah sentiasa mendoakan orang yg pernah berlaku zalim dan yg sedang melakukan kezaliman, agar berubah. Sizalim yg meneruskan kezalimannya, wajib kita lawan sekiranya masih tidak berubah.

 Ada juga yg bertanya, benarkah Tun Mahathir ikhlas memakai lencana Bebaskan Anwar itu? Sekali lagi bukan tugas kita menggali apa yg ada dalam hati seseorang. Apakah berdosa besar Tun Mahathir yg pernah memenjarakan Anwar, kini mahu Anwar bebas?

 Setahu aku, makhluk yg amat takut dan marah jika seseorang itu mahu berubah dari buruk kpd yg lebih baik itu, makhluk itu adalah Iblis dan Syaitan. Cukup2lah bersangka buruk. Cermin diri kita dulu, sebesar mana kita telah berusaha untuk menjatuhkan rejim sekarang? ~ sumber

Ahli Parlimen PAS hadir untuk Pakatan Harapan konvensyen

Posted: 12 Nov 2016 02:30 AM PST

Kelihatan Dato Mahfuz turut menyertai Konvensyen Pakatan Harapan di Shah Alam
November 12, 2016. — Gambar oleh Mohd Yusof Mat Isa 
SHAH ALAM, 12 Nov - Ahli Parlimen PAS Datuk Mahfuz Omar membuat  kejutan pada konvensyen Pakatan Harapan yang pertama di sini hari ini, walaupun partinya menolak jemputan.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, beliau menghadiri konvensyen itu dalam kapasiti peribadinya, sambil menambah bahawa beliau akan mengambil bahagian dalam prosiding itu kerana beliau telah menyaksikan kelahiran Pakatan Harapan.

 "Saya dijemput di sini sebagai manusia biasa. Saya adalah di antara mereka yang hadir semasa pembentukan Pakatan Harapan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di luar .

 PAS semalam berkata ia tidak akan menghadiri konvensyen itu kerana ia bukan sebahagian daripada Pakatan Harapan dan menegaskan bahawa ia tidak akan mempunyai apa-apa kaitan dengan bekas sekutu Pakatan Rakyat, DAP.

 Mahfuz yakin bahawa dia boleh membantu memperbaiki hubungan genting di antara partinya dan DAP untuk menjalin perpaduan di kalangan parti-parti pembangkang yang berbeza.

 "Saya di sini untuk rakyat melihat perpaduan dan mewujudkan sebuah gerakan di kalangan parti-parti pembangkang untuk memandu rakyat untuk membuat perubahan untuk Malaysia," katanya.

 Mahfuz juga berkata beliau bersedia untuk menghadapi sebarang kumandang daripada parti kerana tidak kepatuhan kepada dasar parti.

 "Saya di sini sebagai rakyat Malaysia. Jika mereka mahu mengambil tindakan disiplin, saya tidak tahu .. kerana saya tidak membuat sebarang kesilapan.

 "Dalam politik anda perlu bersedia untuk segala-galanya dan menghadapinya kerana itu adalah perkara biasa dalam politik," katanya.

 PAS, PKR dan DAP membentuk pakatan pembangkang Pakatan Rakyat selepas Pilihan Raya mercu tanda 2008, tetapi berpecah pada tahun lepas kerana perbezaan pendapat antara DAP dan PAS berhubung tindakan parti Islam kerana hudud di Kelantan.

 A puak pemimpin PAS berpecah untuk membentuk Parti Amanah Negara, yang kemudiannya menyertai DAP dan PKR untuk menubuhkan Pakatan Harapan.

 PAS bagaimanapun, mengekalkan persahabatan dengan PKR. ~ sumber

Dr Mahathir sahkan PPBM akan sertai Pakatan Harapan

Posted: 11 Nov 2016 11:30 PM PST


SHAH ALAM: Pengerusi Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan partinya memang ingin menyertai Pakatan Harapan.

Berucap di Konvensyen Pakatan Harapan hari ini, beliau menafikan dakwaan kononnya Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin keberatan menyertai Pakatan Harapan, kerana ingin bekerjasama dengan PAS.

"Memang niat kita untuk bersama dengan parti lain dalam Pakatan Harapan. Ini keputusan PPBM. "Tak betul sama sekali (dakwaan) yang menentang perpaduan Pakatan Harapan dan PPBM adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Dia bersama-sama saya setuju yang kita akan menyertai Pakatan Harapan secara langsung," katanya disambut tepukan gemuruh lebih 1000 hadirin.

Menurut laporan, Muhyiddin didakwa menangguhkan penyertaan PPBM dalam Pakatan Harapan yang dijadualkan diumumkan hari ini kerana ingin bekerjasama dengan PAS.

Bekas perdana menteri menyatakan kegembiraan melihat perpaduan parti komponen Pakatan Harapan yang ditunjukkan dalam konvensyen hari ini.

"Saya kagum tengok ramai yang hadir. Selepas ini, saya harap PPBM diterima dalam Pakatan Harapan untuk bersama-sama (melawan BN)," katanya.

Malah, beliau berkata tiada masalah untuk menyokong reformasi – slogan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menentangnya lebih 2 dekad lalu – yang disambut dengan laungan "Reformasi" daripada para hadirin. Subheader: DAP bukan alasan tidak sertai Pakatan

Tanpa menamakan sesiapa, beliau mengecam pihak yang menjadikan DAP sebagai alasan untuk tidak menyertai Pakatan Harapan.

"Jangan kata tidak mahu sertai (Pakatan) kerana DAP. Saya dulu musuh ketat Lim Kit Siang (Ketua Ahli Parlimen DAP), tetapi itu hal kecil berbanding menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak," katanya.

Sebaik Mahathir menamatkan ucapannya dan turun dari pentas, sejumlah hadirin melaungkan "bebas Anwar" berulang kali sebelum diminta pengerusi majlis supaya bertenang.

Demo "tolak Pas" di Konvensyen Pakatan Harapan

Posted: 11 Nov 2016 09:11 PM PST


Laungan "Tolak Pas" kedengaran di luar Ideal Convensyen Centre (IDCC), Shah Alam bermula jam 9 pagi tadi, tempat berlangsungnya Konvensyen Pakatan Harapan (PH) yang pertama.

 Lebih 50 peserta terbabit dalam demonstrasi anjuran kumpulan yang diberi nama Kelab Penyokong Pakatan Harapan itu. 

 Ungkapan tertera pada dua kain rentang itu adalah "Perkuatkan Pakatan Harapan tanpa Pas" serta "Sampai bila mahu tunggu Pas? Kami akar umbi sudah bosan!"

 Setiausaha Agung Amanah Mohd Anuar Tahir sebelum ini menafikan parti itu terlibat dalam demonstrasi tersebut.

 Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan beberapa hari sebelum konvensyen, para penyokong Pakatan Harapan dijemput untuk menyertai demonstrasi aman membantah kemasukan atau penyertaan Pas ke dalam pakatan pembangkang. 

Notis yang dikeluarkan oleh Rozita bt Harun bagi pihak Sekretariat NGO Pro PH itu meminta semua yang hadir memakai baju NGO masing-masing.

 Konvensyen Pakatan Harapan (PH) berlangsung hari ini dengan pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dijangka akan turut serta.

 Ia dijangka bakal mempersiapkan PH dan rakan-rakannya untuk mengemaskan jentera mereka bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

 Pagi ini, para setiausaha dan sayap-sayap kepada parti-parti PKR, DAP dan Amanah akan bersidang bersama manakala para pemimpin utama mereka akan bersidang petang ini.

 Di samping ucapan pemimpin sayap, isu-isu juga akan dibahaskan pagi ini sebelum di bawa ke sidang para pemimpin utama petang ini. ~ sumber

Tiada ulasan: