Sabtu, 15 Oktober 2016

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Bersatu robohkan kubu Umno di Kedah

Posted: 15 Oct 2016 06:36 PM PDT

Bersatu robohkan kubu Umno di Kedah



Selepas yakin dengan Kelantan dan Johor, gabungan pembangkang kini yakin akan boleh menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) Kedah pula dalam pilihan raya umum akan datang ini.
Ahli Parlimen Pas Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, kebanjiran sokongan pemimpin dan penyokong Umno bawahan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia atau Bersatu sangat ketara di negeri itu sejak kebelakangan ini.
"Saya lihat Kedah juga boleh ditumbangkan oleh gabungan pembangkang jika trend yang ada sekarang berterusan.
"Sangat ketara sejak kebelakangan ini, orang-orang bawahan Umno ini lari dari parti itu.
"Saya percaya ini pengaruh pribadi Tun Dr Mahathir Mohamad dan anaknya yang juga bekas MB Kedah, Datuk Mukhriz," kata Mahfuz kepada Malaysia Dateline.
Menurut beliau, di kawasan Pokok Sena sendiri, tempat yang selama ini menjadi kubu kepada Umno dan tidak boleh dimasuki oleh Pas sekalipun kini sudah berpaling kepada Bersatu.
"Saya sendiri diminta oleh mereka untuk menerima borang penyertaan mereka ke dalam Bersatu, walapun bukan menyertai Pas," kata Mahfuz merujuk kepada satu majlis penyerahan borang menyertai Bersatu dari ahli Umno di Pokok Sena kepadanya baru-baru ini.
Mahfuz yang terus kekal dalam Pas walaupun tindakannya dilihat tidak selari dengan pucuk pimpinan parti itu berkata, memang sukar untuk membawa orang Umno yang sudah sebati dengan parti itu ke dalam Pas, Amanah atau parti pembangkang lain.
"Tetapi mereka mudah berpindah kepada Bersatu sebab ia dipimpin juga oleh bekas pemimpin Umno.
"Jadi bagi saya tidak salah kita membantu Bersatu kerana dengan cara melemahkan Umno kita boleh mengalahkan BN dalam pilihan raya nanti," katanya yang sehingga kini belum menjelaskan parti manakah pilihannya selepas rakan-rakannya dalam Pas menubuhkan Amanah apabila mereka disingkirkan dari pucuk kepimpinan Pas dalam Muktamnar PAS 2015 lalu.
Mahfuz bersama dua lagi wakil rakyat Pas, Datuk Amiruddin Hamzah dan Nasir Mustafa menyertai konvoi Bersih 5 di Sungai Petani baru-baru ini walaupun Pas memutuskan tidak akan terlibat dengannya.
Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah berkata, Pas menolak untuk menyertai Bersih selepas tiga minggu mereka habiskan masa untuk memujuk pimpinannya agar menyertainya.

"Kita Terima SYIAH & Khawarij Masuk PAS" - Haji Hadi Awang

Posted: 15 Oct 2016 06:33 PM PDT

PAS MULAKAN RUU 355 DENGAN MARAHKAN DAP, PKR – HUSAM

Posted: 15 Oct 2016 06:26 PM PDT

MUNGKINKAH BERLAKU ADUN BN ‘MELOMPAT’ DI PERAK?

Posted: 15 Oct 2016 06:22 PM PDT

Pihak tolak Bersih 5 jadi tangga Umno, kata Husam

Posted: 15 Oct 2016 06:17 PM PDT


Datuk Husam Musa berkata dalam politik soal siapa jadi tangga siapa tidak patut ditimbulkanDatuk Husam Musa berkata dalam politik soal siapa jadi tangga siapa tidak patut ditimbulkan
Pihak yang menolak untuk sertai Bersih 5 atas alasan tidak mahu jadi "tangga" pihak lain adalah sebenarnya mahu jadi "tangga" Umno dan Barisan Nasional (BN) kerana tindakan sperti itu sudah tentu akan membantu pihak yang menipu dalam pilihan raya.
Penasihat Amanah Kelantan, Datuk Husam Musa berkata dalam politik soal siapa jadi tangga siapa tidak patut ditimbulkan kerana dalam meraih sokongan rakyat semua pihak saling perlu memerlukan antara satu sama lain.
"Pas sendiri sudah berapa kali mendapat manfaat politik melalui bantuan politik atau "tangga" pihak lain," katanya dalam ceramah kemuncak konvoi Bersih 5 di Pasir Puteh malam tadi.
Pada pilihan raya 1999 katanya, Terengganu terlepas dari tangan Umno kerana isu pemecatan Datuk seri Anwar Ibrahim.
"Pas sudah dapat tangga Anwar ketika itu dan dapat memerintah, ada sesiapa terfikir untuk beri Anwar imbuhan atau gaji?.
"Semua dibolot Pas Terengganu dan PKR waktu itu jadi melukut ditepi gantang saja," katanya.
Begitu juga katanya dalam pilihan raya 2008 dan 2013, Pas telah mendapat kemenangan di banyak tempat termasuk di Selangor, Perak dan lain-lain hasil mendapat "tangga" dari pengundi bukan Islam yang sebahagiannya kerana perjuangan Bersih.
"Di Selangor pernah dapat hingga 15 kerusi dari 20 kerusi ditandingi, tidak sedarkah kita ini hampir mustahil tanpa "tangga" pihak lain," soal beliau.
Penyertaan dalam gerakan Bersih katanya adalah kewajipan agama dalam ajaran Islam kerana pengendalian pilihan raya yang penuh penipuan dan senget sebelah adalah perkara yang melampaui batas.
"Dalam Islam perakara ini disebut "tangha" atau "taghut"," katanya.
Menurut beliau, semasa arwah Tuan Guru Nik Abdul Aziz dulu, penyertaan dalam aktiviti Bersih dianggap satu kewajipan.
"Semua acara Bersih sejak yang pertama hingga Bersih 3, arwah Tok Guru arahkan kita semua bersama kerana perkara ini bukan setakat tindakan politik malah satu kerja agama.
"Tok Guru arahkan saya supaya membuat panduan dan tatacara ketika menyertai Bersih, antara lain mengarahkan kita supaya bersolat di mana saja bila masuk waktu solat.
"Dari situlah kita lihat peserta Bersih bersolat di semua sudut, dan orang bukan Islam menghormati tindakan ini dengan turut membersihkan tempat kita nak bersolat dan mereka yang bawa air turut membantu mereka yang belum ada wudhuk mengambil wudhuk.
Perkara ini kata beliau menjadi viral ke seluruh dunia kerana gambar-gambar diambil bagi menunjukkan perpaduan dan keharmonian antara kita rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.
"Kita diajar bersatu menentang kezaliman dan penindasan dan bukannya memperlekehkan oang-orang yang berusaha menuntut keadilan dan sistem pilihan raya yang bersih dan bebas.
"Orang memerhati cakap-cakap mereka ini dan semakin terasa ucapan terhadap Bersih ini seperti percakapan menteri di pejabat perdana menteri," katanya.

[LIVE][151016] Hijrah Yang Perlu Diteladani - Ustaz Muhammad Fitri Abdullah

Posted: 15 Oct 2016 05:23 AM PDT


AKAN KEMBALI UNTUK MEMENUHI RUANG BICARA

Posted: 15 Oct 2016 04:07 AM PDT



      AKAN KEMBALI

Tiada ulasan: