Ahad, 30 Oktober 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Iktibar Dari Kisah Tragis Sukri Saad

Posted: 30 Oct 2016 01:22 AM PDT

Pesanan Sukri runtun simpati Amanah ziarah pusara Allahyarham

Kisah tragis seorang pemuda, Sukri Saad yang terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang Rabu lalu akibat tekanan hidup yang ditanggungnya meruntun simpati Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub untuk mengunjungi pusara Allahyarham.

Salahuddin dan rombongan juga menunaikan solat jenazah di pusara Allahyarham Sukri dan bertemu isteri dan keluarga Allahyarham di Kampung Lahar Yooi Kepala Batas untuk mengucapkan takziah dan simpati yang mendalam.




Jasad Sukri, 38, ditemui pada jam 9 pagi tadi, kira-kira satu batu nautika dari tempat dia dipercayai jatuh dan dibawa ke Hospital Sungai Bakap untuk bedah siasat.

Motosikal, selipar dan telefon bimbit Mohd Shukri dijumpai pada pagi Rabu lalu di tepi jambatan dan ini mencetuskan operasi mencari oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Dalam status terakhirnya di laman facebook yang menjadi viral di media sosial, Allahyarham sempat memberi peringatan kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya tidak tertipu dengan Umno.

"Yang terakhir buat Presiden Pas, janganlah tertipu dengan pimpinan Umno. Depa wayang jer kata dok sokong Rang Undang-undang (355) yang nak dibawa tu agar pembangkang berpecah.

"Bersatulah kembali menjadi pembangkang yang kuat agar nasib macam aku terbela. Nanti dah jadi kerajaan, media dah di'control' senang nak yakinkan rakyat tentang rang yang nk dibawa tu," ujar Sukri dalam status Facebooknya.

Bapa kepada dua cahaya mata ini enggan berdepan hukuman penjara empat bulan sekiranya didapati bersalah menjual rokok seludup.

Beliau menyatakan tertekan dengan kerajaan yang zalim dan menganggap hukuman berkenaan tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukannya berbanding kes jenayah berskala besar lain.

"Yang pengarah tibai berjuta (ringgit) boleh lepas pulak dengan duit jaminan. Celaka punya pimpinan kerajaan sekarang. Berniaga kedai runcit kampung je bukan untung besar pun, margin cukup nipis dibebani dengan cukai GST lagi.

"Ku tak sanggup lagi menyusahkan orang dengan meminjam duit. Mulaku pilih untuk dipenjara tapi terkenangkan anak nanti digelar anak banduan.

"Ya Allah ampuni dosaku Ya Allah. Ku tahu Kau memahami dan Maha Mengampun. Ku benarkan status terakhirku ini jadi viral untuk beritahu kita dipimpin pemimpin yang zalim," kata peniaga itu lagi.


Pengajaran Bunuh Diri Sukri Saad

Bunuh diri adalah penyakit psycho-social yang berlaku atas kekecewaan hidup. Lazimnya mangsa bunuh diri akan memberitahu kenapa dia mengambil tindakan supaya yang tinggal akan tahu kenapa dia bertindak demikian. Bunuh diri ini bersifat peribadi.

Ada juga yang membunuh diri kerana kecewa pada tindakan kerajaan. Tindakan ini bukan atas kepentingan diri tetapi kecewa dengan sistem yang mencengkam. Gambar seorang sami buddha pada tahun 1963 di Vietnam membakar dirinya kerana menentang kezaliman dan penindasan regim. Beliau adalah Sami Mahayana Buddhist, Thích Quang Duck membakar dirinya di simpang sibuk Saigon. Para pengkaji menamakan bunub diri ini sebagai self immulation atau korban diri untuk tujuan lebih besar.

Tariq Mohamed Bouazizi membakar dirinya di pekan Buaizi Tunisia membantah tindakan penguatkuasa mendenda dan merampas buahan jajaannya di tepi jalan. Bouazizi menjadi ikon kepada kebangkitan arab spring bermula di Tunisia. Perbuatan bakar diri Bouazizi tenggelam, yang menjadi perbualan ialah kezaliman regim menindas usaha rakyat mencari sesuap nasi dan membiarkan pemimpin menyamun duit rakyat berleluasa. Revolusi rakyat bermula, Bouazizi menjadi wira.

Kita dikejutkan perbuatan terjun dari jambatan kedua Pulau Pinang oleh suami muda bernama Sukri Saad 38 tahun. Perbuatan bunuh dirinya tidak banyak mendapat liputan tetapi tujuan perbuatannya melalui nota di FB yang diposkan membawa kepada satu rumusan bahawa simangsa kecewa dengan sistem yang ada menindas si miskin dan membiarkan yang kaya terus melahap.


Sukri Saad adalah mangsa sistem, ia bukan cara terbaik untuk melahirkan kekecewaan tetapi ia adalah cara melambangkan sistem yang menghukum rakyat marhaen demi sesuap nasi dan membiarkan yang berkuasa dan kroninya terus merompak. Nabi s.a.w pernah bersabda:

" ....sesungguhnya hancur mereka sebelum kamu apabila si bangsawan merompak dilepaskan dari hukuman dan apabila yang miskin mencuri dikenakan ke atasnya hukuman.."

Pemimpin kerajaan hari ini belum menjawab skandal 1MDB, 2.6B dll skandal angkara kelompok elitis politik. Rakyat di bawah hidup susah, jurang ketaksamaan semakin meluas. Allahyarhan Sukri Saad hanya sebahagian mangsa kefasadan politik dan rasuah yang membengkak. Jangan ada lagi Sukri Saad kedua, cukuplah kita bangun dari mimpi kita yang panjang, bairlah mesej Sukri Saad mengingatkan kita satu perkara, Selamatkan Negara!

Sekian

Yb Dato' Dr Mujahid Yusof Rawa
Ahli Parlimen Malaysia
Naib Presiden Parti Amanah (AMANAH)

30/10/2016
- https://amanah.org.my


ULASAN GB

GB tertarik dengan ulasan TMJ mengenai kejadian di atas - ringkas, padat dan tepat:


Semuga Allah swt mengampuni dosa Sukri Saad dan membuka mata dan hati mereka yang disebutkan oleh Allahyarham di dalam "wasiat"nya itu.




FEATURED ADS


Tiada ulasan: