Ahad, 30 Oktober 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Polis salah guna kuasa ambil kad pengenalan orang awam, kata Maria Chin

Posted: 30 Oct 2016 08:32 AM PDT

 MALAYSIA DATELINE


Maria Chin dibebas dengan jaminan polis Maria Chin dibebas dengan jaminan polis
Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah yang ditahan ketika mengedar risalah di Langkon, Kota Marudu, Sabah dibebaskan petang ini dengan jaminan polis.

Maria berkata, beliau dipercayai ditahan di bawah Seksyen 11 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 kerana mengedar risalah haram.

"Tapi di risalah yang kami edar ada alamat lengkap pejabat dan di mana ia diterbitkan. Jadi tak ada masalah," katanya selepas disoal siasat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Marudu.

Maria juga berkata, polis menyalahgunakan kuasa mereka apabila meminta  kad pengenalan orang ramai yang didapati mengambil risalah Bersih.

"Polis menyalahguna kuasa mereka apabila mengambil kad pengenalan orang yang menerima risalah Bersih. Mereka tak ada hak mengambil kad pengenalan orang awam dan kami akan ambil tindakan terhadap perkara ini," katanya yang diiringi Ahli jawatankuasa pemandu Bersih, Fadiah Nadwa Fikri.

Bermula 1 Oktober lalu, Bersih menjalankan pameran bergerak di seluruh negara untuk mempromosi perhimpunan Bersih 5 pada 19 November ini.

Perhimpunan itu bagi mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan ekoran skandal 1MDB.

Semalam, Maria telah mengemukukan notis kepada pihak polis mengenai perhimpunan tersebut.

Kematian Sukri Saad bawa mesej agar rakyat selamatkan negara

Posted: 30 Oct 2016 08:17 AM PDT

 MALAYSIA DATELINE
 
 
Dr Mujahid mengingatkan rakyat agar menjadikan kematian Sukri Saad sebagai pengajaran agar menyelamatkan negara Dr Mujahid mengingatkan rakyat agar menjadikan kematian Sukri Saad sebagai pengajaran agar menyelamatkan negara


Allahyarham Sukri Saad, pemuda yang terjun dari Jambatan Pulau Pinang akibat tekanan hidup yang ditanggungnya merupakan sebahagian daripada mangsa kebinasaan politik dan urus tadbir negara.

Naib Presiden Amanah Datuk Dr Mujahid berkata, kematian Sukri mengingatkan rakyat agar menyelamatkan negara daripada pemerintahan yang korup.

"Pemimpin kerajaan hari ini belum menjawab skandal 1MDB, 2.6 bilion dan skandal angkara kelompok elitis politik. Rakyat di bawah hidup susah, jurang ketaksamaan semakin meluas.

"Allahyarhan Sukri Saad hanya sebahagian mangsa kefasadan politik dan rasuah yang membengkak. Jangan ada lagi Sukri Saad kedua, cukuplah kita bangun dari mimpi kita yang panjang, biarlah mesej Sukri Saad mengingatkan kita satu perkara, selamatkan negara," katanya.

Mujahid yang juga ahli parlimen Parit Buntar berkata, walaupun kematian Sukri tidak banyak mendapat liputan namun tujuan perbuatannya melalui nota panjang di Facebook merumuskan bahawa dia bahawa dia kecewa dengan sistem yang menindas si miskin dan membiarkan yang kaya terus bermewah-mewah mengunakan harta awam.

"Sukri Saad adalah mangsa sistem, ia bukan cara terbaik untuk melahirkan kekecewaan tetapi ia adalah cara melambangkan sistem yang menghukum rakyat marhaen demi sesuap nasi dan membiarkan yang berkuasa dan kroninya terus merompak.

"Nabi s.a.w pernah bersabda:

" ....sesungguhnya hancur mereka sebelum kamu apabila si bangsawan merompak dilepaskan dari hukuman dan apabila yang miskin mencuri dikenakan ke atasnya hukuman.." katanya.

Beliau juga merujuk kisah Tariq Mohamed Bouazizi yang membakar dirinya di pekan Buaizi Tunisia kerana membantah tindakan penguatkuasa mendenda dan merampas buahan jajaannya di tepi jalan.

"Bouazizi menjadi ikon kepada kebangkitan Arab Spring bermula di Tunisia. Perbuatan bakar diri Bouazizi tenggelam, yang menjadi perbualan ialah kezaliman regim menindas usaha rakyat mencari sesuap nasi dan membiarkan pemimpin menyamun duit rakyat berleluasa. Revolusi rakyat bermula, Bouazizi menjadi wiranya," katanya.

Menurutnya juga, Sami Mahayana Buddhist, Thích Quang Duck membakar dirinya di simpang Saigon, Vietnam kerana menentang kezaliman dan penindasan regim.

"Para pengkaji menamakan bunuh diri ini sebagai self immulation atau korban diri untuk tujuan lebih besar," katanya.

Jasad Sukri, 38, ditemui pada jam 9 pagi tadi, kira-kira satu batu nautika dari tempat dia dipercayai jatuh dan dibawa ke Hospital Sungai Bakap untuk bedah siasat.

Motosikal, selipar dan telefon bimbit Mohd Shukri dijumpai pada pagi Rabu lalu di tepi jambatan dan ini mencetuskan operasi mencari oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Dalam status terakhirnya di laman facebook yang menjadi viral di media sosial, Allahyarham sempat memberi peringatan kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya tidak tertipu dengan Umno.

"Yang terakhir buat Presiden Pas, janganlah tertipu dengan pimpinan Umno. Depa wayang jer kata dok sokong Rang Undang-undang (355) yang nak dibawa tu agar pembangkang berpecah.

"Bersatulah kembali menjadi pembangkang yang kuat agar nasib macam aku terbela. Nanti dah jadi kerajaan, media dah di'control' senang nak yakinkan rakyat tentang rang yang nk dibawa tu," ujar Sukri dalam status Facebooknya.

Bapa kepada dua cahaya mata ini enggan berdepan hukuman penjara empat bulan sekiranya didapati bersalah menjual rokok seludup.

Beliau menyatakan tertekan dengan kerajaan yang zalim dan menganggap hukuman berkenaan tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukannya berbanding kes jenayah berskala besar lain.

"Yang pengarah tibai berjuta (ringgit) boleh lepas pulak dengan duit jaminan. Celaka punya pimpinan kerajaan sekarang. Berniaga kedai runcit kampung je bukan untung besar pun, margin cukup nipis dibebani dengan cukai GST lagi.

"Ku tak sanggup lagi menyusahkan orang dengan meminjam duit. Mulaku pilih untuk dipenjara tapi terkenangkan anak nanti digelar anak banduan.

"Ya Allah ampuni dosaku Ya Allah. Ku tahu Kau memahami dan Maha Mengampun. Ku benarkan status terakhirku ini jadi viral untuk beritahu kita dipimpin pemimpin yang zalim," kata peniaga itu lagi.

OSA untuk lindungi perasuah?

Posted: 30 Oct 2016 07:24 AM PDT

MALAYSIA DATELINE
 
 
Dr Mujahid Yusof RawaDr Mujahid Yusof Rawa
Transformasi Nasional 2050 (TN50) akan menjadikan Malaysia negara yang tidak berfungsi jika Umno BN terus berkuasa, kata Naib Presiden Amanah Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Beliau berkata, kerajaan BN menggunakan Akta Rahsia Rasmi (OSA) untuk mengancam mereka yang mendedahkan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Terbaharu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Datuk Seri Shafie Apdal bakal berdepan tindakan undang-undang kerana membangkitkan soal 1MDB di Dewan Rakyat.

"Mereka kini membayar harga yang mahal kerana didakwa atas Akta Rahsia Rasmi Kerajaan 'mendedahkan' rahsia keputusan kerajaan. Hal demikian amat dikesali kerana buat sekian kalinya Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri mengguna kuasa untuk ugut dan ancam mereka yang membogelkan 1MDB dan 2.6B dengan soalan-soalan mudah.

"Apakah tujuan ARRK atau OSA untuk melindungi perasuah? Atau adakah akta ini mahu menghalang rakyat dari menangkap perasuah? Nampaknya Najib dan barisan kabinet bisunya menyalahgunakan akta ini untuk selamatkan dirinya dari dipersoalkan dalam satu isu yang menjadi ibu kepada segala skandal negara," katanya dalam satu kenyataan.

Justeru Mujahid yang juga ahli parlimen Parit Buntar mengajak seluruh rakyat mengutuk sekerasnya-
kerasnya ciri-ciri diktator yang ada pada perdana menteri dan berazam bersama kebangkitan rakyat menolak pemimpin dan parti yang mengugut suara rakyat yang mendesak penjelasan rasuah pemimpin negara.

"Gunakan suara rakyat dalam pilihanraya umum akan datang untuk selamatkan negara," katanya.

Penduduk Kampung Laut tubuh cawangan Amanah, tidak lagi percaya Pas

Posted: 30 Oct 2016 07:21 AM PDT

ZIKRI ABDULLAH
 
 
Zakaria Yussuf menyerahkan borang keahlian Amanah kepada Ketua Amanah Tumpat Wan Johari.Zakaria Yussuf menyerahkan borang keahlian Amanah kepada Ketua Amanah Tumpat Wan Johari.


Sekumpulan 20 penduduk Kampung Laut, Tumpat, Kelantan menubuhkan cawangan Parti Amanah Negara (Amanah) selepas tidak lagi yakin dengan pemerintahan Pas di negeri itu.

Penubuhan cawangan itu selepas penduduk kampung itu mengadakan himpunan membantah perpindahan mereka bagi memberi laluan kepada projek Kampung Warisan.

Wakil kumpulan berkenaan, Zakaria Yussuf bagaimanapun menafikan keputusan mereka itu ada hubung kait dengan bantahan di hadapan kompleks pentadbiran negeri dua hari lalu.

"Penubuhan cawangan Amanah ini telah kami rancang lama," katanya.

Dalam pertemuan pagi semalam mereka bersetuju membentuk jawatankuasa penaja Amanah cawangan Kampung Laut yang diketuai Nik Ghazi Nik Abdullah.

Menurut Zakaria, penduduk di situ telah lama memerhati tindak-tanduk Pas yang disifatkan sebagai hilang fokus untuk membantu rakyat setelah ketiadaan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Nampak sangat kini keputusan-keputusan berkaitan orang ramai kurang dirunding dan hanya pihak atasan membuat keputusan.

"Kita melihat kerajaan Pas sekarang sudah hilang fokus untuk membantu rakyat. Projek dilihat lebih penting daripada jerit perih rakyat.

"Semasa tok guru dulu, rintihan rakyat selalu diambil berat. Sekarang sudah hilang. Ini yang menyebabkan kita sudah hilang kepercayaan kepada mereka," katanya.

Menurutnya, rasa pelik juga timbul apabila hubungan Pas dengan Umno yang dilihat semakin intim berbanding zaman pemerintahan Tuan Guru Nik Aziz.

"Rakyat di bawah tidak faham apa hubungan dengan Umno hingga di media pemimpin Pas dan Umno kelihatan sokong-menyokong," katanya.

Zakaria berkata satu majlis ceramah besar-besaran akan diadakan di kampung Laut sebaik permohanan penubuhan cawangan diluluskan.

"Kita Akan jemput pemimpin-pemimpin kanan Amanah peringkat negeri dan nasional," katanya.


Penduduk Kg Laut membuat demo di perkarangan DUN Kelantan 27 Oktober lepas.Penduduk Kg Laut membuat demo di perkarangan DUN Kelantan 27 Oktober lepas.

DEMO BANTAHAN

Berpuluh penduduk Kampung Laut, Tumpat, Kelantan berdemonstrasi di perkarangan kompleks pejabat kerajaan negeri, di Kota Bharu 27 Oktober lepas.

Mereka membantah tindakan kerajaan mengambil tapak rumah dan tanah mereka untuk dijadikan tapak projek Warisan.

"Kami mahu rumah bukan waye kulit," adalah antara sepanduk yang dinaikkan oleh mereka di depan pejabat SUK Kelantan yang turut menempatkan Dewan Undangan Negeri Kelantan yang kini sedang bersidang.

"Kami oghe Kampung Laut tolak projek Warisan, Jange hambat kami," juga antara sepanduk dan kain rentang yang dinaikkan.

Ketika Dewan berehat tengahari, Adun Salor Datuk Husam Musa telah menemui mereka bagi meredakan kemarahan.

Dr Vida tangguh taja Kelantan

Posted: 30 Oct 2016 07:17 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KOTA BHARU: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan penaja utama pasukan Kelantan, Vida Beauty Sdn Bhd bersetuju menangguhkan sementara penajaan pada saingan Liga Malaysia musim depan.
 
Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa berkata, keputusan itu dicapai dalam pertemuan pihaknya dengan pemilik syarikat itu, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman yang juga dikenali sebagai Dr Vida, baru-baru ini.
 
"Datuk Seri Vida (Hasmiza) yang mahu menangguhkan sementara penajaan tersebut dan bukan membatalkannya," katanya kepada pemberita semalam.
 
Annuar berkata, sekiranya syarikat itu mahu menyambung kembali tajaannya pada Liga Malaysia 2018, segala perjanjian dalam kontrak penajaan tersebut masih terpakai.
 
"KAFA amat berterima kasih kepada syarikat tersebut di atas tajaan yang diberikan sepanjang tahun ini, walaupun persatuan terpaksa mencari kaedah lain dalam menampung beberapa kos selepas ini," katanya.
 
Beliau berkata, KAFA sentiasa menjaga hubungan baik dengan pihak penaja dan cuba mengelakkan konflik kerana ia tidak menguntungkan.
 
Katanya, KAFA sedang berunding dengan beberapa penaja untuk menaja pasukan Kelantan pada musim akan datang.
 
Akhbar sebelum ini melaporkan Vida Beauty mempertimbangkan untuk tidak menaja pasukan Kelantan pada Liga Malaysia musim depan.
 
Mengikut perjanjian asal, syarikat itu masih mempunyai kontrak penajaan setahun lagi dengan pasukan berkenaan.
 
 

PAS BAKAL KECEWA LAGI...

Posted: 30 Oct 2016 07:11 AM PDT

shahbudindotcom.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Parlimen, Azalina Othman Said dilaporkan berkata, Dewan Rakyat sessi ini mungkin tidak cukup masa untuk pembentangan kali kedua usul persendirian Akta 355 oleh Presiden Pas, Hadi Awang.

Dalam satu wawancara dengan sebuah akhbar Cina, beliau memberitahu, Dewan Rakyat hanya mempunyai baki dua hari selepas perbahasan mengenai Bajet 2017 dijangka selesai, tetapi urusan berkaitan kerajaan perlu diutamakan terlebih dahulu.
 
 
 
 
Mengikut kalender, terdapat 2 atau 3 usul berkaitan kerajaan sedang menanti untuk diluluskan selepas perbahasan bajet itu. Saya tak tahu sama ada kita masa atau tidak kecuali jika semua sanggup bermalam di Parlimen, kata Azalina lagi.

Beliau juga menyebut antara yang menanti dalam agenda selepas selesai perbahasan Bajet 2017 ialah usul menggantung Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng selama enam bulan.

Dengan kenyataan Azalina ini, hampir pasti Pas akan kecewa lagi. Walaupun Azalina menggunakan perkataan "mungkin", ia sebenarnya sudah boleh dianggap mutlak bahawa memang tidak ada masa sama sekali untuk usul tersebut. Sebagai penjaga hal ehwal Parlimen, bicara Azalina adalah kata-kata Najib Razak.

Selepas Hadi Awang diberi ruang oleh kerajaan untuk membentangkan usul itu bagi bacaan kali pertama pada Jun lalu, malangnya sehingga kini ia seperti mahu dibiarkan tergantung begitu saja.

Pas pula sudah bergebang dan berjaja ke sana ini mengenai usul Akta 355 itu bagi sidang Parlimen kali ini. Mereka benar-benar yakin usul itu akan diberi masa untuk dibentangkan, malah pada 15 Oktober lalu, dua hari sebelum Parlimen bersidang, Pas turut mengadakan Himpunan Munajat dan Pidato Perdana di Melaka.

Dipetik dari laman Twitter Ketua Penerangan Pas, Nasruddin Hassan, beliau menggambarkan program tersebut sebagai "Himpunan Munajat dan Pidato Perdana Sokong Pinda Akta 355."

Jika pada hari pertama persidangan Parlimen, usul itu diletakkan dalam agenda keempat, di hari kedua menurun kepada agenda ketujuh, kemudian senyap begitu saja sehinggalah Bajet 2017 dibentangkan, jelas sekarang bahawa selepas perbahasan bajet selesai pun, masih lagi tidak terbuka ruang untuknya.

Speaker Parlimen, Pandikar Amin Haji Mulia sebelum ini ada menyebut, sama ada sesuatu usul persendirian itu dapat dibentangkan atau sebaliknya, adalah terserah kepada kerajaan memutuskannya.
 
 
Dalam maksud yang mudah, jika kerajaan mahu, maka terbukalah ruang seluas-luasnya untuk usul Hadi Awang itu. Sebaliknya, kalau kerajaan mahu berdolak-dalik, macam-macam alasan boleh dicipta untuk menidakkannya.

Soalnya, berapa lama Pas sanggup menunggu lagi untuk usul Hadi Awang itu?

Masihkah Pas tidak mahu percaya bahawa selagi MCA, MIC, Gerakan dan parti-parti di Sabah serta Sarawak membuat bantahan, Najib yang mengetuai UMNO dan kerajaan tidak mungkin berani memberi ruang kepada usul tersebut?

Mungkinkah usul meminda Akta 355 ini bukan saja menjadi usul yang tersangkut untuk bacaan kali pertama saja, bahkan akan terus tergantung untuk selama-lamanya?

Dengan yang demikian, jika Pas masih sayang untuk meminggirkan Najib dan UMNO dalam percaturan politik semasa, walaupun disedari sedang terlibat dalam skandal kewangan terbesar di dunia,  apakah selepas ini parti itu perlu mengadakan lebih banyak program munajat dan solat hajat agar dibukakan pintu hati Najib terhadap usul Akta 355 itu? 
 
 
 

LZS bantu keluarga viral tidur atas lantai simen

Posted: 29 Oct 2016 10:03 PM PDT

OLEH SYASYA SUFIAN


SHAH ALAM- Lembaga Zakat Selangor (LZS) membantu keluarga Mohd Hairolnizam Mohd Yusof, 33 yang menjadi viral setelah dikongsikan Page Brainy Bunch pada 27 Oktober lalu.

Menurut laman rasmi LZS, setelah hasil siasatan dibuat keluarga yang tinggal di PPR Kota Damansara itu dikategorikan sebagai asnaf miskin.

"LZS hadir menziarahi keluarga ini dan menyalurkan bantuan kepada mereka kerana berdasarkan had kifayah penama layak sebagai asnaf miskin.

"Sumbangan segera telah diberikan sebanyak RM500 dan cadangan bantuan bagi keluarga ini adalah pendidikan, kewangan, makanan bulanan dan bantuan-bantuan lain yang dilihat perlu," katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, menurut page Brainy Bunch, anak-anak Hairolnizam hanya tidur di lantai kerana panas akibat tiada bekalan elektrik.

Beliau yang bekerja sebagai pengawal keselamatan hanya berpendapatan RM1,100 sebulan dan mempunyai enam orang anak. Tiga orang daripadanya bersekolah rendah dan isterinya tidak bekerja.

Menurut LZS, keprihatinan masyarakat amat dituntut dalam usaha membantu mereka yang memerlukan.

"Usaha page ini harus dipuji bagi mengumpul dana membantu membiayai tunggakan bekalan elektrik dan sewa rumah keluarga tersebut," katanya.

Dalam perkembangan lain, LZS membuat semakan semula Bantuan Asnaf Fakir dan Miskin untuk Bantuan Kewangan Bulanan, Makanan, dan Sewa Rumah bagi Siri ke lapan.

Seramai 74 buah keluarga Asnaf Fakir dan Miskin telah diziarahi yang melibatkan enam orang pegawai.

Semakan itu meliputi kawasan kariah Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Masjid Batu 2 Sepintas, Masjid Pekan Bagan Terap, Masjid Lubuk Pusing dan Masjid Parit 13 Sungai Panjang.EZY

KFA tawar RM25k kepada pemain jika kalahkan Selangor

Posted: 29 Oct 2016 09:58 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
PETALING JAYA: Imbuhan wang tunai berjumlah RM25,000 setiap seorang menanti pemain Kedah sekiranya berjaya menewaskan Selangor pada aksi final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, malam ini. 
 
Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) merangkap Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, berkata skuad Lang Merah juga akan menyertai perlawanan persahabatan di luar negara sebagai bonus tambahan sekiranya menjulang trofi Piala Malaysia yang kali terakhir dimenangi pada 2008. 
 
"KFA memutuskan untuk memberi (imbuhan) sebanyak RM20,000 dan kerajaan negeri menambah RM5,000 bagi menaikkan lagi semangat pemain," katanya pada sidang media selepas mengadakan perjumpaan dengan pemain Kedah di sebuah hotel, di Subang Jaya, malam tadi. 
 
Pada masa sama, beliau turut mengumumkan Isnin ini sebagai cuti peristiwa di Kedah sebagai penghargaan kerajaan negeri kepada rakyat negeri berkenaan yang memberikan sokongan padu kepada pasukan berkenaan hingga mara ke final Piala Malaysia.
 
Pengumuman cuti peristiwa itu, kata Ahmad Bashah, selaras dengan Akta Hari Kelepasan Am 1951. 
 
"Sekiranya majikan tidak boleh memberikan cuti pada hari itu, majikan perlu mematuhi perkara berhubung bayaran gaji dan elaun lebih masa berganda pada hari berkenaan. 
 
"Namun begitu, majikan juga mempunyai pilihan untuk menggantikan hari Isnin tersebut kepada hari lain tetapi masih tertakluk kepada peraturan undang-undang yang berkaitan," tegas Ahmad Bashah.
 
 

Fomca gesa kerajaan peka tahap keselamatan hospital, elak insiden HSA berulang

Posted: 29 Oct 2016 09:57 PM PDT

Oleh Shuhaniza Said
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) menggesa kerajaan untuk lebih peka terhadap tahap keselamatan di bangunan-bangunan kerajaan khususnya hospital, bagi mengelakkan insiden kebakaran di Hospital Sultanah Aminah (HSA) berulang.   
 
Timbalan Presiden Fomca, Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, insiden yang meragut enam nyawa di HSA sudah cukup untuk menjadi 'penggera' agar tindakan dan langkah keselamatan lebih diperhalusi dan diteliti selepas ini.    
 
"Bangunan-bangunan lama ini wajar perlu menjalani pemeriksaan semula bagi memastikan ianya selamat terutama sekali bila melibatkan sistem pendawaian atau apa jua aspek berkaitan keselamatan.
 
"Termasuk juga perlu adanya pintu keselamatan supaya kalau berlaku kebakaran dan sebagainya, ia boleh mengelakkan lemas asap. 
 
"Mungkin bila berlaku insiden di HSA ini barulah perkara-perkara itu dibangkitkan, maksudnya sebelum ini bila tak ada insiden itu kerajaan terlepas pandang atau anggap ia bukan perkara besar," katanya kepada Antarapos.
 
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S.Subramaniam bahawa 48 hospital berusia lebih 50 tahun di seluruh negara akan menjalani proses audit keselamatan.
 
Dalam pada itu tambah Yusof, sekarang bukanlah masa untuk menuding jari kepada mana-mana pihak, sebaliknya semua pihak perlu mengambil iktibar seterusnya bekerjasama demi memastikan tahap keselamatan di hospital terjamin. 
 
Dalam kejadian kira-kira 9 pagi itu, enam pesakit maut apabila wad Unit Rawatan Rapi di tingkat dua bangunan lima tingkat HSA terbakar.
 
Manakala seorang lagi pesakit berjaya diselamatkan. 
 
Tiga kakitangan hospital itu cedera dan kini dirawat di Hospital Sultan Ismail.
 
 

Bas percuma Smart Selangor diperluas ke Puchong & Kinrara

Posted: 29 Oct 2016 09:50 PM PDT

OLEH NORHAYATI UMOR


SUBANG JAYA: Dua laluan baru bagi perkhidmatan bas percuma Smart Selangor diperluaskan ke kawasan Puchong dan Kinrara, bermula Jumaat ini (28 Oktober).

Yang DiPertua Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Dato' Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, laluan baru itu dibuka ekoran sambutan memberangsangkan di sekitar pentadbiran.

Katanya, laluan baru itu dijangka mempunyai bilangan 'ridership' yang tinggi kerana menghubungkan antara Puchong dan Subang Jaya yang tidak mempunyai perkhidmatan bas ketika ini.

"Begitu juga dengan laluan Kinrara. Ia diintegrasi dengan baik yang menghubungkan stesen LRT dengan kediaman penduduk yang berkepadatan sederhana dan tinggi," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan, di sini.

Nor Hisham berkata sebanyak RM1.25 juta diperuntukan Kerajaan Negeri bagi satu laluan manakala satu laluan lagi di bawah tanggungan MPSJ.

"Empat buah bas disediakan dan jumlah keseluruhan dianggarkan sebanyak RM2.5 juta. 'Business model' yang diberikan untuk 12 meter bas adalah RM800 sehari.

"Kaedah perlaksanaan perkhidmatan bas MPSJ dilaksanakan melalui pendekatan kaedah kontrak/perjanjian antara MPSJ dengan Rapid KL dari tempoh pelaksanaan 12 bulan," katanya.

Laluan 2 akan membabitkan Tesco Puchong-IOI- Mall Sunway Medical Centre-Sunway Piramid-Kompleks 3C-LRT SS18-Kolej Inti-Skypod Residence-Tesco Puchong.

Laluan 3 membabitkan LRT BK5-SMK Bandar Kinrara-Pasar Pagi TK3-SMK Batu 8-SMK Bandar Puchong Jaya-Taman Paik Siong-Kinrara Court-LRTBK5.

Pelaksanaan perkhidmatan itu sebagai galakan kepada penduduk untuk meningkatkan 'modal share' iaitu menggalakan penggunaan pengangkutan awam berbanding kenderaan persendirian.EZY

Pantun ‘dedak’ PM terima respon Sasterawan Negara

Posted: 29 Oct 2016 09:48 PM PDT

OLEH NAEEM RAFFI


SHAH ALAM : Pantun dilontarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) ketika pembentangan Belanjawan 2017 di laman twitternya menerima respon daripada Sasterawan Negara Datuk A Samad Said.

Magisnya, perkataan 'dedak' menjadi pilihan Najib memulakan rangkap pertama pantunnya itu.

"Dedak bukan, umpan pun bukan; BR1M yang iklas satu pemberian; Keperluan rakyat kita dahulukan, Jumlah BR1M, kita tambah-tambahkan," kata Najib.

pantun

Selang beberapa jam hari sama, Pak Samad mengarang pantunnya dilaman sosial sama yang dilihat seakan menjawab pantun Menteri Kewangan itu.

"Masuk ke hutan, muncul di rimba; Selam ditasik, timbul di laut; Bajet umpama simbahan gula; Yang heboh beri, yang senyap kaut," kata Pak Samad.-nR-

Gagal kawal harga rumah, Putrajaya ‘kambing hitamkan’ Selangor

Posted: 29 Oct 2016 09:43 PM PDT

OLEH ERMIZI MUHAMAD


SHAH ALAM : Kerajaan Persekutuan diingatkan untuk tidak mencari 'kambing hitam' bagi menutup kegagalan sistem perumahan Pusat yang disifatkan gagal dan ketinggalan berbanding di Selangor.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Dato' Iskandar Abdul Samad berkata, Putrajaya cuba menyalahkan pentadbiran negeri susulan peningkatan harga rumah di Malaysia.

"Harga rumah di Kuala Lumpur dan Johor adalah tinggi dan menyalahkan Kerajaan Negeri Selangor di atas kenaikan harga rumah di Malaysia adalah seperti untuk melarikan diri dari tanggungjawab.
iskandar01
"Kerajaan Persekutuan tidak perlulah mencari kambing hitam (scapegoat) setelah gagal menstabilkan harga rumah.

"Hakikatnya rakyat Selangor berpeluang membeli rumah mampu milik atau Rumah Selangorku di antara RM42,000 ribu hingga RM250,000," katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar berkata pelaksanaan dasar perumahan Kerajaan Negeri tanpa memberi subsidi menjadi punca peningkatan kadar harga rumah di pasaran.

Noh mendakwa, Kerajaan Negeri hanya melaksanakan dasar dengan menetapkan kepada pemaju bahawa 30 peratus daripada kawasan dimajukan perlu dibina rumah mampu milik.

Membidas dakwaan tersebut Iskandar berkata, pemaju kini memberi tumpuan untuk meneruskan projek pembinaan Rumah Selangorku susulan pendekatan bersistematik yang dilaksanakan diperingkatan negeri.

selangorku rumah

Beliau berkata, ini termasuklah pelbagai insentif diwujudkan pentadbiran Selangor memastikan golongan sasar layak memiliki kediaman sendiri, berbanding harga rumah mampu milik Persekutuan.

"Sebarang dakwaan bahawa program-program kerajaan Persekutuan seperti MyHome dan MyDeposit dapat menurunkan harga rumah belum dapat dibuktikan kerana harga rumah masih pada tahap yang sama selepas pelaksanaan program-program itu.

"Sebaliknya, lebih 70,000 orang mendaftar untuk membeli Rumah Selangorku. Ini bermakna Kerajaan Selangor mendahului Kerajaan Persekutuan," katanya.

Terdahulu, Kerajaan Negeri menetapkan harga Rumah Selangorku dijual pada kadar RM250,000 jauh lebih rendah berbanding harga maksima dibenarkan Kerajaan Persekutuan untuk rumah mampu milik iaitu RM300,000.-nR-


Belanjawan 2017: Selangor peruntuk RM5 juta pembangunan Kampung Baru

Posted: 29 Oct 2016 09:39 PM PDT

OLEH ERMIZI MUHAMAD


HULU SELANGOR : RM5 juta diperuntukan bagi tujuan pembangunan kampung baru di seluruh negeri dalam pembentangan Belanjawan Selangor 2017, kata Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram, dan Pembangunan Kampung Baru, Ean Yong Hian Wah.

Katanya, jumlah tersebut berbeza dengan Umno Barisan Nasional (Umno BN) apabila hanya memperuntukan RM200,000 untuk tujuan pembangunan ketika memegang tampuk pemerintahan negeri, sebelum 2008.

Hian Wah berkata, peruntukan tersebut sekali gus membuktikan kesungguhan Kerajaan Negeri membantu masyarakat luar bandar menikmati hasil kekayaan negeri secara telus dan adil.

ean-yong

"Ini merupakan berita yang cukup baik buat rakyat Selangor khususnya penduduk di kawasan kampung baru seluruh negeri.

"Untuk tempoh 2017, Kerajaan Negeri bersetuju memperuntukkan RM5 juta kepada seluruh kampung baru Selangor bagi tujuan naik taraf infrastruktur dan fasiliti," katanya kepada SelangorKini.

Sebelum ini, Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali memaklumkan Kerajaan Negeri akan mengumumkan Belanjawan berimbangan dengan memberi tumpuan terhada aspek pembangunan negeri.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri komited memastikan program pembangunan diberikan tumpuan terutama aspek pemilikan kediaman pada pembentangan belanjawan, Isnin ini.

Katanya, tumpuan tersebut turut memofuskan ke arah pembangunan kampung-kampung di Selangor seiring kemajuan pembangunan di bandar besar.-nR-

Andik tidak tertekan

Posted: 29 Oct 2016 09:27 PM PDT

OLEH ERMIZI MUHAMAD


SHAH ALAM: Berbaki kurang 24 jam sebelum aksi perlawanan akhir Piala Malaysia antara Selangor dan Kedah, Kapten Pasukan The Red Giants, Andik Vermansah kini lebih tenang.

Tanpa sebarang tekanan, beliau menganggap perlawanan akhir itu sebagai titik perhitungan terbesar dan tangunggjawab untuk membantu Selangor mengekalkan kejuaraan.

"Saya tiada tekanan," katanya ketika ditanya pemberita pada sidang media Perlawanan Akhir Piala Malaysia, di Stadium Shah Alam, semalam.

Beliau berkata, selepas pulih daripada kecederaan, dirinya kini lebih bersedia menyarung jersi Merah Kuning, pada aksi perlawanan akhir.

"Tanggungjawab sebagai kapten pasukan memang agak besar, namun perlawanan ini akan menjadi perhitungan terbesar bagi saya dan pasukan kami.

"Berbekalkan pengalaman dan aksi terdahulu, kita mempunyai keyakinan tinggi untuk (menjadi) juara Piala Malaysia kali ini," katanya.

Sebagai juara tradisi Piala Malaysia kali ke-33, pasukan Selangor diyakini mampu mengekalkan kejuaraan sekali gus merealisasikan kejuaraan Misi 34 Piala Malaysia.

Selangor bakal bertemu Kedah pada aksi akhir di Stadium Shah Alam, malam ini.-AA-

Pementasan Teater Syahid Dukapura, ‘resap’ kesedaran sosial masyarakat

Posted: 29 Oct 2016 09:26 PM PDT

OLEH ERMIZI MUHAMAD


AMPANG: Pementasan Teater Syahid Dukapura mengangkat kesedaran masyarakat terhadap realiti sebuah kehidupan lebih positif dalam kalangan masyarakat.

Pengarahnya, Fairul Pujangga berkata pementasan drama pentas ini dilaksanakan sebagai tanggungjawab sosial dan galakan agar masyarakat terdidik dengan nilai kemanusiaan sejagat.

"Adalah menjadi tanggungjawab saya memastikan setiap sisi adegan dan artistik divisualkan di pentas berfungsi sebagai perangsang daya fikir audiens yang menonton pementasan ini.

"Berbalik kepada tujuan asal pementasan ini tentunya untuk menyampaikan mesej kesedaran kepada masyarakat bagi membangunkan sebuah naskhah yang benar-benar bermakna dan ideal," katanya.

Syahid Dukapura merupakan sebuah nashkah sastera yang memberi tumpuan terhadap konteks penceritaan yang berkisahkan tentang primitif masyarakat yang terikat dengan kehidupan mistik.

Ia menceritakan bagaimana teraju utama, Arjuna yang terpaksa bergelut dengan konflik kekeluargaan apabila ayahnya, terikat dengan perjanjian dengan kuasa jahat.

Ekoran melanggari pemeteraian perjanjian tersebut, musibah besar melanda seluruh masyarakat di perkampungnya yang memerlukan penyudah segera teraju utama.

Pementasan teater dipentaskan di Auditorium, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dengan kerjasama Institut Terjemahan Buku Malaysi (ITBM), Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kelab Deklamator Malaysia (DEKMAL) dan disokong sepenuhnya Kerajaan Negeri.

Terdahulu, Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan, Pembangunan Usahawan, Amiruddin Shari hadir menyaksikan pementasan teater berkenaan, di sini malam tadi.

Hadir sama, Yang Dipertua MPAJ, Abd Hamid Hussain; Presiden DEKMAL, Kol Mohd Radzi Abdul Hamid dan Sasterawan Negara, Zurina Hassan.

Dalam perkembangan itu, Amiruddin turut menyempurnakan upacara perasmian pelancaran Nashkah Kumpulan Drama Pentas, Konklusi.

Beliau dalam ucapan aluannya turut menyambut baik pelaksanaan aktiviti sosial berteraskan prospek kesenian untuk memberikan galakan lebih berkesan kepada masyarakat.

"Sudah tentu apabila kita bercakap soal pembangunan menyeluruh, adalah penting untuk kita tidak melupakan aspek kebudayaan merupakan tonggak penting dalam pembangunan tamadun manusia.

"Semoga acara dianjurkan ini memberikan manfaat besar sekali terhadap golongan muda khususnya pelajar dan mereka yang terlibat dalam pementasan ini," katanya. EZY

Tiada ulasan: