Isnin, 17 Oktober 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Pujuk PAS Tapi Tak Sampai "Melutut"

Posted: 16 Oct 2016 05:04 PM PDT

Pakatan Harapan akan terus pujuk Pas

JITRA - Pakatan Harapan akan terus berusaha memujuk Pas menjalin kerjasama dengan parti pembangkang lain untuk mengelak pertandingan tiga penjuru pada PRU14, meskipun Pas seakan-akan menutup pintu rundingan.

Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, masih ada masa untuk perbincangan.


"PRU14 masih jauh. Dalam politik apa pun boleh berlaku," katanya pada sidang media selepas Konvensyen Pakatan Harapan Kedah, semalam.

Mohamad mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin yang menegaskan parti itu tidak akan bekerjasama dengan DAP, malah sanggup berdepan pertandi-ngan tiga penjuru pada PRU14 kerana DAP mungkir janji dan enggan bekerjasama dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mohamad berkata, Sekretariat Pakatan Harapan menubuhkan jawatankuasa khas untuk runding dengan semua parti pembangkang berhubung agihan kerusi.

"Kita putuskan jawatankuasa itu ditubuhkan untuk bincang dengan semua parti," katanya.

Ditanya sama ada pihaknya yakin mendapat persetujuan Pas untuk pastikan hasrat pembangkang untuk satu lawan satu dengan BN tercapai, Mohamad berkata, usaha berterusan dilakukan.

"Kita cuba sedaya upaya. Jika kita pinang orang tak mahu, kita nak buat macam mana," katanya.

Beliau nafikan akan menggunakan khidmat Bersatu sebagai 'orang tengah' untuk berunding dengan Pas jika Pas berdegil.

"Kita bekerja atas Pakatan Harapan, ini termasuk bincang bersama Bersatu. Kita akan cuba namun terserah kepada Pas untuk buat keputusan," katanya.

Menurutnya, calon Kabinet bayangan Pakatan Harapan juga masih belum dibincangkan.

"Semua calon itu, termasuk calon menteri besar setiap negeri, belum dibincang, masih terlalu awal. Kita tiada kerana kita ada ramai pemimpin berwibawa," katanya. -SH


Amanah mahu rundingan dengan Pas ditentukan batas waktu

Parti Amanah Negara (Amanah) mengalu-galukan hasrat Pengerusi Parti Bersatu Pribumi Malaysia (PBPM) Tun Mahathir Mohamad untuk terus memujuk Pas supaya bergabung tenaga bersama parti-parti politik pembangkang bagi menentang BN dalam pilihan raya umum akan datang, namun menggesa ia dilaksanakan menurut batas waktu tertentu.

"Amanah juga ingin mempertegaskan walaupun pintu rundingan sentiasa terbuka luas namum batas waktu perundingan mesti ditentukan supaya segala keputusan dan penentuan hala tuju kita dapat dimuktamadkan dengan segera," kata Naib Presiden Amanah, Salahuddin Ayub dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, waktu masih ada untuk buktikan kepada rakyat negara ini bahawa kita telah berusaha bersungguh-sungguh untuk memujuk Pas.

"Ini sangat penting supaya biar rakyat faham dengan jelas dikemudian hari nanti parti manakah yang sebenarnya merosakan segala impian dan harapan untuk menolak Barisan Nasional," katanya.

Kekuatan sedia ada katanya, iaitu Pakatan Harapan dan Bersatu yang telah dibina dan mula mendapat keyakinan rakyat mestilah diperkukuhkan lagi sebagai asas untuk membina permuafakatan politik yang lebih besar.

"Saya sangat yakin dan percaya bahawa rakyat telah terdidik dan mempunyai maklumat yang cukup untuk memberikan sokongan kepada parti-parti politik yang telah jelas menzahirkan pendirian mereka untuk menentang kezaliman Barisan Nasional .

"Rakyat akan menolak parti yang bersengkokol dengan kezaliman Barisan Nasional walaupun berhempas pulas menyatakan mereka tidak bersama Barisan Nasional," katanya.
-MD


ULASAN GB

AMANAH masih rasional. Kita menghulurkan tangan kepada untuk mereka bersama kita jika mereka ikhlas ingin menentang UMNO BN. Tetapi jika PAS enggan untuk menerimanya, maka jelaslah bahawa mereka sebenarnya sekutu UMNO.

Kita hulur tangan tetapi bukan "melutut" seperti yang dihiruk-pikukkan oleh sekalian cyber-trooper PAS di media sosial.

GB lebih tertarik dengan kenyataan dan pendirian Dato Husam Musa: Kukuhkan Pakatan Harapan, Usah Hiraukan PAS.





FEATURED ADS


Tiada ulasan: