Khamis, 13 Oktober 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Rakyat Maki PLUS Kerana Denda Rehat Lama Di R&R

Posted: 13 Oct 2016 12:58 AM PDT

Pengguna PLUS berang kena denda, lambat keluar plaza tol

KUALA LUMPUR, 12 Okt — Pengguna lebuh raya melahirkan rasa kecewa dan geram mereka apabila PLUS mengumumkan hukuman denda bagi mereka yang lewat keluar plaza tol.

Perjalanan antara tol Gurun dan Pendang, kedua-duanya di Kedah, yang sepatutnya RM3 menjadi RM9.40 akibat pengguna tersebut menghabiskan masa lebih lama di kawasan rehat.

"Gilakah atau apa ini? Tidak boleh duduk lama di kawasan rehat dan rawat. [Sebaik] sampai di tol Pendang, waktu hendak bayar tol, [saya] kena denda," dakwa seorang pengguna di Facebook.


Menaikkan coretannya di laman sosial itu 8 Oktober lalu, pada hari kejadian, Damar Wulan turut memuatkan resit bayaran tol yang dikenakan terhadapnya.

Dalam reaksinya semalam, pengendali lebuh raya PLUS Malaysia Berhad (PLUS) berkata penalti dibuat apabila pengguna gagal memberi alasan munasabah atau bukti kukuh.

Perjalanan di antara plaza tol Gurun dan Pendang lazimnya hanya memakan masa 30 minit, tambah PLUS, tidak termasuk berhenti rehat yang boleh mencapai jumlah 138 minit.

"Sekiranya pengguna keluar di plaza tol Pendang melebihi tempoh yang dikira dari waktu memasuki plaza tol Gurun tanpa alasan serta bukti yang munasabah, maka penalti LJT boleh dikenakan," katanya.

"Namun begitu, PLUS akan membayar balik jumlah penalti tersebut seandainya pengguna dapat mengemukakan bukti."

Tambahnya, denda "perjalanan melebihi tempoh yang ditetapkan" (atau, LJT) dikenakan apabila waktu masuk dan keluar dari lebuh raya "meragukan."

Langkah ini diperkenalkan bagi mengelak pengguna tidak bertanggungjawab memanipulasi kad transit caj tol di beberapa lebuh raya yang diurus olehnya.

"Di antara taktik yang digunakan oleh pihak-pihak tersebut adalah seperti menukar, menyimpan dan manipulasi kad transit tol dan sebagainya," kata syarikat itu dalam kenyataannya.

Sejak Damar Wulan menyebarkan nasibnya yang dikenakan denda, beberapa lagi pengguna memberikan reaksi terkejut dan berang pada tindakan tersebut.

Berikut beberapa reaksi terpilih di Facebook dan Twitter:

Eida: Biar betul? Macam mana kalau hendak berhenti solat? [Kalau ada] anak-anak kecil lagi, mahu dua hingga tiga jam [di kawasan rehat].

Ustaz Amerul: Aku pun kena [denda], memang cukup-cukup tidak puas hati.

Rudy: Lepas ini, kalau memandu di lebuh raya [dan] rasa mengantuk, engkau orang jangan mengada-ngada hendak berhenti di kawasan rehat. Memandu sahaja sambil tertidur. Biar mati [nahas].

Atul: Bodohnya, jika [sedang mengalami] cirit-birit [dan] berhenti di kawasan rehat lama-lama kena denda, berak sahaja di tepi tol itu.

Nan: Kau orang tahukah mengenai undang-undang ini? Saya tidak pernah sedar bahawa kita tidak dibenarkan berhenti di kawasan rehat lebih 1 jam 50 minit; kalau tidak, kena bayar denda.

Panjang Official 1: PLUS kena cari mekanisme lain hendak elak orang menipu [kad caj] tol. Aniaya pengguna sahaja kalau denda sebab keluar lambat di tol.

Kekupu Siang: Ada sekali aku lepak kawasan rehat hala utara sudah hendak [masuk] tiga jam sebab [kawasan itu] cantik benar. Mujur tidak ada denda, apa? -MMOnline

ULASAN GB

Memang patut PLUS kena maki dengan rakyat. Rakyat tengah susah, kini acam-macam cara mereka gunakan untuk mentekedarah wang rakyat.

Lama-lama kena maki, tumbang dan bangkraplah PLUS nanti. Jangan salahkan rakyat lagi semasa itu!



FEATURED ADS


Tiada ulasan: