Rabu, 12 Oktober 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Nizar Menang Lagi, TV3 Diarahkan Bayar RM180,000

Posted: 12 Oct 2016 12:32 AM PDT

Mahkamah tolak rayuan TV3 bayar Nizar ganti rugi fitnah RM30k

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak rayuan Sistem Televisyen Malaysia Bhd (TV3) untuk membayar ganti rugi RM30,000 kepada bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Bagaimanapun, Hakim Datuk Yeoh Wee Siam membenarkan kuantum yang diberikan oleh timbalan pendaftar dikurangkan daripada RM200,000 kepada RM180,000.


Jumlah itu adalah sebagai ganti rugi am. Mahkamah menolak tuntutan ganti rugi teladan dan teruk.

TV3 sebelum ini diperintahkan membayar ganti rugi RM200,000 berikutan penyiaran laporan berita mengenai isu nombor pendaftaran plat WWW 1 milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar kira-kira empat tahun lalu.

Hakim Yeoh memutuskan bahawa adalah tidak wajar untuk mengurangkan kuantum kepada RM30,000 selepas kes TV3 menjalani perbicaraan penuh.

Mahkamah membandingkan ini dengan ganti rugi sebanyak RM50,000 yang Utusan Malaysia diarahkan membayar kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan penyelesaian di luar mahkamah, dalam satu kes fitnah lain.

Dalam kes itu yang direkodkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 5 Oktober lalu, Utusan Malaysia melahirkan rasa kecewanya berhubung artikelnya yang mengaitkan bekas ketua pembangkang itu dengan pencerobohan militan di Lahad Datu, Sabah.

TV3 diwakili oleh peguam Lim Qi Si manakala Nizar diwakili oleh Mohd Fitri Asmuni.

Nizar menyaman TV3 dan penerbit Buletin Utama, Rohani Ngah mendakwa stesen televisyen itu telah menyiarkan kenyataan berbaur fitnah menerusi siaran berita Buletin Utama pada 30 Mei 2012 berhubung tweetnya.

Mahkamah Tinggi pada 12 April 2013 menolak saman fitnah Nizar dan beliau kemudian membawa kes itu ke Mahkamah Rayuan yang membuat keputusan memihak kepadanya pada 25 Februari 2014 dan mengembalikan kes itu ke Mahkamah Tinggi untuk taksiran ganti rugi.

Pada 14 Julai lalu, Timbalan Pendaftar, Hanie Dzatul Akhmar Zulkefli memerintahkan TV3 menbayar ganti rugi RM200,000 kepada Mohammad Nizar

ULASAN GB

DS Nizar menang lagi. Baru beberapa minggu Mahkamah Persekutuan telah sebulat suara menolak permohonan Utusan Malaysia menangguhkan pembayaran ganti rugi RM250,000 kepada DS Nizar yang menyaman akhbar itu pada 2012, kali ini TV3 pula.

Sesungguhnya fitnah itu tidak mempunyai sebarang kekuatan. Pihak atau orang yang hidup dengan memfitnah akhirnya akan dibankrapkan kerana hanya orang-orang yang bankrap berdiri di atas fitnah-fitnah yang direka-reka. Itu hukum kebenaran dan keadilan.

Siapa pun yang menabur fitnah, akan tetap direndahkan martabatnya di dunia mahu pun diakhirat. Firmanullah s.w.t:

Orang yang memfitnah orang mukmin (yang lelaki) dan mukminah (yang perempuan), kemudian mereka tidak bertaubat, bagi mereka azab jahanam dan neraka yang membakar. Al-Buruj : 10




FEATURED ADS


Alasan Baharu Nasruddin Belum Bayar Pampasan Kepada LGE Alasan Picisan

Posted: 11 Oct 2016 11:12 PM PDT

Nasrudin: Guan Eng pun belum bayar RM500

Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan menjelaskan beliau belum membayar pampasan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng kerana berada di luar negara ketika tempoh bayaran berakhir 28 September lalu.

Beliau juga menyelar tindakan pegawai pegawai khas undang-undang ketua menteri yang membuat kenyataan akhbar mengaitkan beliau dengan tindakan menghina mahkamah, hanya dalam tempoh lebih seminggu dari tarikh akhir tuntutan.


"Saya baru sahaja pulang dari luar negara akhir September baru-baru ini," tambahnya.

"Saya sendiri sebenarnya telah merancang untuk lunaskan kos mahkamah tersebut dalam tempoh terdekat ini setelah menyelesaikan beberapa urusan penting yang tertunggak sepanjang saya berada di luar negara tempoh hari."

Raja Syarafina Raja Shuib hari ini berkata, ketua menteri telah mengarahkan peguamnya mengambil tindakan undang-undang baru yang sewajarnya kepada Nasrudin.

Raja Syarafina berkata selepas sekurang-kurangnya selepas tiga minggu, Nasrudin masih gagal membayar kos pampasan, selepas menarik balik kenyataannya selepas disaman Lim.

Kata peguam itu, kegagalan atau keengganan defendan membayar jumlah yang diperintahkan merupakan suatu pengingkaran dan penghinaan perintah Mahkamah.

Nasrudin, anggota parlimen Temerloh pada 18 Januari lalu, menarik balik sebahagian kenyataannya pada 6 Ogos 2014 dan mengaku ia tiada asas.

Persetujuan bersama itu direkodkan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dan Nasrudin diperintah membayar RM10,000 sebagai pampasan kepada Lim.


Lim menyaman Nasrudin kerana mendakwa beliau menganugerahkan projek pembinaan terowong dasar laut RM4.63 bilion kepada Konsortium Zenith BUCG Bhd secara rundingan terus, walaupun Pakatan Rakyat menentang cara itu.

8 bulan materai penghakiman

Dalam kenyataan petang ini, Nasrudin berkata, penghakiman meterai hanya diserahkan kepada peguam caranya pada 19 September, yang memberi masa 14 hari untuk menyelesaikan kos mahkamah.

Tempoh itu berakhir pada 28 September, lebih seminggu yang lepas.

Manakala notis tuntutan kos rasmi untuk tujuan prosiding perlaksanaan dan bagi memaksanya membayar kos itu, kata Nasrudin, baru sahaja diterima peguamnya pagi ini, serentak dengan kenyataan media Raja Syarafina.

Nasrudin juga berkata Raja Syarafina seharusnya menyemak fakta tentang kelewatan peguam Lim sendiri memeterai penghakiman itu sehingga mengambil masa lapan bulan daripada tarikh penghakiman sebenar.

"Selepas tarikh 18 Januari 2016 tersebut, keseluruhan urusan untuk memeterai penghakiman adalah tanggungjawab peguam LGE (Lim) justeru sebarang kelewatan perlulah dipertanggungjawabkan ke atas peguam tersebut," katanya.

"Justeru sekali lagi pegawai khas undang-undang LGE kelihatan berniat tidak baik bagi menggambarkan seolah-olah saya sengaja mengabaikan perintah mahkamah sejak 18 Januari 2016," katanya.

Sementara itu, Nasrudin berkata, jika tidak dibayar sekali pun, ia tidak mengakibatkan penghinaan kepada mahkamah, sebaliknya hanya bersifat liabiliti sivil (hutang penghakiman) sebagaimana tuntutan hutang lain.

"Liabiliti sivil pada bila-bila masa tidak akan mengakibatkan proses menghina mahkamah tetapi hanya membolehkan LGE meneruskan prosiding perlaksanaan untuk tujuan pemaksaan bayaran (execution proceeding @ recovery process)," katanya.

Katanya, jika kegagalan membayar kos dianggap menghina mahkamah, Lim juga masih belum membayar kos pembatalan saman padanya sebanyak RM500 yang diperintahkan.

"Namun saya tidak bersedia untuk menjadikan isu picisan seperti itu memburukkan LGE, tidak sebagaimana yang dilakukan olehnya melalui pegawainya pada hari ini," katanya. -mk

ULASAN GB

Uish, kamu yang telah mengaku memfitnah, kamu yang telah menarik balik saman dan kamu yang telah diperintahkan membayar pampasan RM10,000 kepada LGE, kini kamu pula memberikan alasan picisan kerana kegagalan melakukan bayaran berkenaan.

Kamu telah pun tahu tempoh bayaran berakhir 28 September 2016 sebelum bertolak ke luarnegara lagi.

Malah bulan September telah hampir dua minggu berakhir. Jika anda sudah berada di Malaysia pada akhir bulan September seperti kenyataan anda "Saya baru sahaja pulang dari luar negara akhir September baru-baru ini,"  mengapa perlu dilengahkan perintah mahkamah itu untuk anda melunaskan pembayaran?

Atau mengapa tidak dilunaskan bayaran itu sebelum bertolak ke luarnegara? Dan apa yang menghalang kamu melakukan bayaran tersebut tatkala berada di luarnegara sedangkan kini pelbagai kemudahan bayaran dalam talian tersedia ada untuk anda melakukannya walaupun berada dihujung dunia?

Apabila mahkamah memerintahkan anda membayar RM10,000, bukankah benar kenyataan peguam itu, kegagalan atau keengganan defendan membayar jumlah yang diperintahkan merupakan suatu pengingkaran dan penghinaan perintah Mahkamah?

Berbalik kepada isu pokok iaitu FITNAH. GB ada mengulas sebelum ini. Petikan:

Sungguh memalukan dan mengaibkan, seorang yang dikatakan "ulamak" di dalam sebuah parti Islam akhirnya mengaku "memfitnah" Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang. Nasruddin mengakui bahawa "Saya telah membuat keputusan untuk menarik balik sebahagian artikel yang menyinggung Lim kerana ia tidak mempunyai asas".

Jika demikian sifat dan sikap seorang agamawan Islam, maka tidak hairan agama Islam tidak dinpandang tinggi oleh masyarakat kerana "ulamak"nya gemar mengeluarkan kenyataan yang berunsur fitnah.

Bagimana seorang "ulamak" yang menjadi Ketua Penerangan boleh dengan sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan berbau fitnah ke atas orang lain sedangkan pada masa yang sama beliau merupakan orang yang beriya-iya memperjuangkan hudud?

Dahulu sewaktu LGE menyuruh Nasruddin menarik balik kenyataannya, ia tidak diindahkan oleh Nasruddin, dengan angkuh beliau berkata sanggup ke mahkamah mempertahankan "fitnah"nya itu. Kini apabila di mahkamah lansung tak boleh pertahankan fitnahnya itu dan baru tarik balik kenyataan.




FEATURED ADS


Tiada ulasan: