Nuffnang

Pengikut

.

sumber :-

.


Solat hajat dan bacaan Yassin untuk bebaskan Anwar

Posted: 11 Oct 2016 09:31 AM PDT

CATATAN TENGAH MALAM

Bacaan Yassin untuk kebebasan Anwar.
Lama tidak ke Bukit Segambut, sudah hampir satu tahun. Bukit Segambut tidak banyak berubah tetap seperti dahulu pesat dengan pembangunan dan jalan masuk masih berliku-liku dan sempit tidak selayak menjadi lokasi kedimaan seorang ternama?

Kecualilah di muka simpang menuju ke jalan menuju banglo terletak di puncak bukit itu terbangun sebuah masjid yang indah peramai. Persekitaran lain masih kekal seperti dahulu. Ia seolah menandakan orang ramai yang sering bertandang dan mengerumuni sebuah banglo di situ tetap utuh dan teguh seperti mula. Mereka tidak terusik dan terpengaruh dengan suasana sekitar jauh sekali merasa kalah dengan hinaan dan ejakan. Mereka seakan tidak peduli dengan hiru pikuk diluar dan yakin dengan kepercayaan mereka pegangi.

Setelah hampir setahun "mipat" (menghilang) malam ini diberikan kemudahan dan kesempatan untuk menjejaki kaki ke situ untuk kesekian kalinya sejak bertahun lalu bagi menghadiri majlis bacaan yassin dan solat hajat untuk pembebasan sang wira bangsa yang terpenjara di Sungai Buloh, yang juga empunya banglo di atas bukit berkenaan - Anwar Ibrahim.

Ustaz Zamri sedang menyampaikan tazkirah ringkas.
Dua malam berturut-turut majlis munajat, berdoa, solat hajat dan bacaan yassin diadakan. Saya memilih untuk hadir pada malam ini. Semalam majlis sama dianjurkan oleh MPN KeAILan Selangor, manakala majlis yang baru selesai sekejap tadi anjuran Wadah, Abim, PKPIM, APDK dan BiPPA.


Saya berterima kasih banyak sdr Zulaimi Kazin dan juga Dr Fauzi Deraman dan menantunya (seorang Doktor) yang memudahkan saya ke situ, datang mengambil saya kami pergi bersama.

Saya bertanya khabar Kak Wan.
Setelah sampai ternyata suasana di banglo sedarhana itu dan semangat para pendokong bapak Reformasi yang kini diringkukkan di Sungai Buloh masih seperti dahulu. Mereka tetap setia menunggu wira mereka keluar untuk memimpin ummah dan negara. Mereka tidak pernah berasa lenguh dan letih untuk terus menyokong wira mereka. Yang datang bukan saja dari sekitar Lembah Kelang, tetapi nun jauh dari utara khasnya Permatang Pauh.

Majlis malam ini lebih beraura dan terserlah tautan ukhwah yang dikalangan pemimpin gerakan berkenaan yang dikenali mendokong perjuangan Anwar. Walaupun saya tidak merupakan salah seorang anak usrah dan pengikut kepada salah satu badan berkenaan, tetapi semangat dan silaturahim yang terserlah itu dapat dirasai. Tumpang gembira dan menikmati tuahnya.

Beberapa pemimpin besar badan-badan berkenaan terutamanya Abim hadir, sama-sama membaca Yassin dan bersolat hajat dan mendoakan pembebasan "imam" mereka Anwar yang dipimpin oleh Ustaz Shamsul manakala tazkirah oleh Ustaz Zamri Zainal Abdin,

Antara yang ternampak dan sempat bersalaman dengan saya, Azam Abdul Rahman bekas presiden Abim dan juga presiden Wadah, Kamaruddin Jaafar bekas Setiausaha Agung dan pimpinan Abim waktu ini serta lain-lain.

Turut sama hadir ialah beberapa pimpinan Keadilan, antara Abdullah Sani MP Kuala Langat, Dr Mansor Pulau Pinang, Dr Syed Hussein Ali, Johari Abdul MP Sungai Petani dan lain-lain.

Ikhlas saya nyatakan tidak pernah saya melihat kepaduan bekas anggota dan pemimpin Abim seperti tercermin malam ini. Mereka kelihatan sangat intim dan bersatu untuk membebaskan imam mereka. Apakah gambaran kesatuan anggota Abim itu menandakan ada petanda baik hari esok?

Esok bertempat di Istana Keadilan Putrajaya Mahkamah Persekutuan akan diumumkan keputusan semakan pemenjaraan Anwar selama lima tahun berhubung kes liwat. Esok adalah saat cukup mencabar dan mendebarkan. Saya yakin ramai orang seperti saya malam ini tidak lena tidur dan tertanya-tanya mengenai keputusan esok. Apa diharap dan didokan peristiwa tahun 2004 akan berulang sekali lagi.

Sebahagian yang hadir malam ini.
Mahkamah akan membuat keputusan apakah esok Anwar terus dikekalkan dalam penjara sehingga tamat menjalani hukum lima tahun. yang telah dijatuhkan itu. Atau apakah peristiwa tahun 2004 akan berulang kembali, beliau dibebaskan setelah empat tahun di penjara? Itulah yang diharap-harapkan oleh seluruh pendokong Anwar dan mereka yang mendambakan beliau menjadi pemimpin negara ini.

Wajah-wajah yang hadir malam ini optimis dan yakin esok keadilan akan dicapai dan mereka mengharap Anwar akan dibebaskan. "Mudahan esok rakyat Malaysia akan mendapat kembali hero mereka yang diseksa, kita berdoa," demikian ujar salah seorang pendokong setia Anwar Ibrahim.

Tentunya orang utama yang mengharap Anwar mendapat pembebasan esok ialah isterinya Dr Wan Azizah Wan Ismail, anak-anak, cucu dan seluruh keluarganya. Saya sempat berjumpa mata dengan beliau dan memberi salam takziah dengan harapan esok suaminya akan dibebaskan. Sebelum sempat saya membuka mulut bertanya khabar, begitu terlihat saya Kak Wan dahulu bertanya tentang saya; "you dah ok molek dah ke?"

Demikian prihatin Kak Wan sebagai pemimpin terhadap keuzuran saya. Terima kasih.

"Alhamdulilah, Kak Wan..," itu sahaja yang sempat saya membalasnya. Keprihatinannya itu menyebakkan dada saya.

"InsyaAllah esok Pak Sheikh akan dibebaskan," balas saya penuh berharap dan sebagai terima kasih atas keprihatinan beliau kepada saya. Saya sangat memahami penderitaan seorang isteri yang ditanggungnya. Tiada isteri di Malaysia ini mengalami kepahitan seperti Kak Wan. Beliau tabah, gigih dan sudah kehabisan air mata kerana membersihkan kesedihannya?

Memperkatakan sesuatu kepada Kamaruddin Jaaffar.
"Saya ingat lagi apa you sifatkan kepada Anwar, dia sebagai lilin yang membakar diri untuk kecerahan orang lain," sambung bicara Kak Wan sambirin mengingati apa yang saya anologikan bagai mana Anwar berjuang demi rakyat hingga sanggup ke dalam penjara. Bagi saya Anwar adalah insan yang berkorban untuk orang ramai sampai melupai kepentingan dirinya.

Apa yang berlaku ke atasnya dimanfaat oleh semua orang baik semasa beliau di luar penjara atau di dalam penjara. Bagi mereka yang mencari keuntungan (oportunis) senantiasa mendapat laba dari nasib dialami Anwar.

"Sama-sama kita berdoa dan berharap semoga Allah membebaskannya," ujar Kak Wan lagi penuh pasrah dan mengharap. Saya tidak sanggup berbual panjang, pertama kerana masa, kedua kerana tidak sanggup menantap wajahnya kesebanan, tubuhnya yang kecil saya nampak semakin kecil dan longlai dimakan derita dan kekangenan kepada suaminya. Derita Kak Wan hanya Tuhan dan beliau sahaja yang amat mengetahui.

Mudah-mudahan sahaja Tuhan terus memberi kekuatan kepada isteri dan ibu mithali itu dan suaminya, Anwar disamping mereka terus mengaut seberapa banyak pahala dan ganjaran daripada pengorbanan yang ditempanya. Bebaslah Anwar esok. Wassalam. [wm.kl.12:13 t/malam 12/10/16] * Belum edit dah letih dan mengantuk. Maaf.

Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT