Jumaat, 7 Oktober 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Bukti baru penyelewengan dana 1MDB didedah Switzerland

Posted: 07 Oct 2016 08:05 AM PDT

MALAYSIA DATELINE
 
 
Skandal kewangan membabitkan anak syarikat 1MDB SRC International disiasat pihak berkuasa SwissSkandal kewangan membabitkan anak syarikat 1MDB SRC International disiasat pihak berkuasa Swiss


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak boleh terus berdiam diri dalam skandal RM4 bilion membabitkan SRC International, bekas anak syarikat 1MDB.

Ini ekoran pendedahan siasatan terbaru oleh Jabatan Peguam Negara Switzerland (OAG Swiss).

Menurut Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua,  siasatan OAG Swiss mendedahkan dana dalam amaun yang sangat besar telah digelapkan dari SRC International, serta muslihat secara skim 'Ponzi' telah dilakukan untuk menutup penggelapan wang terbabit.

"Najib tidak boleh terus berdiam diri dalam berhadapan satu lagi siasatan antarabangsa ke atas dana yang dikawal olehnya.

"Beliau mesti tampil ke depan dan menjelaskan sama ada dakwaan pihak berkuasa Swiss adalah tidak benar atau sebaliknya, yang akan memerlukan siasatan terbuka dilakukan di Malaysia," ujarnya dalam satu kenyataan dipetik Roketkini.

Menurut Tony, Perdana Menteri mesti menyatakan sama ada beliau akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa Switzerland yang cuba mendapatkan maklumat dari pihak berkuasa negara ini.

"Siapa yang menguruskan SRC International? Setahu kami, Pengarah Urusan SRC International, Nik Faisal Ariff Kamil telah ghaib dari muka bumi Malaysia bersama seorang lagi pengarah, Datuk Suboh Yassin.

"Dan walaupun tidak dapat dikesan, mereka masih lagi menjadi pengarah SRC International sepanjang lebih setahun lalu," soal Tony yang juga Setiausaha Publisiti DAP.
"Jika Najib Razak percaya bahawa dakwaan pihak berkuasa Swiss itu tidak benar, beliau mesti segera mengarahkan Ketua Audit Negara untuk mengeluarkan laporan spesifik ke atas SRC International dan membentangkannya di Parlimen," tegas beliau lagi.
Persoalan orang ramai tentang skandal SRC International, melibatkan wang dipinjam daripada Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) yang dilaburkan ke beberapa dana tidak diketahui di luar negara masih tidak terjawab.

Tiada mana-mana pihak termasuk Kementerian Kewangan tahu ke mana hilangnya dana terbabit.

Bukti-bukti yang ada menunjukkan SRC International telah memindahkan, melalui perantara, sekurang-kurangnya RM67 juta ke dalam akaun peribadi milik Najib Razak.

Foto Jamal julang bayi dengan pistol tersisip dipinggang tersebar

Posted: 07 Oct 2016 07:52 AM PDT

MALAYSIA DATELINE


'Perang gambar' antara ketua geng baju merah Datuk Jamal Md Yunos dengan penyokong Bersih semakin menjadi-jadi apabila foto tanpa baju ketua Umno bahagian Sungai Besar itu disebarkan di media sosial.

Jamal menjulang seorang bayi dengan pistol tersisip dipinggang.Jamal menjulang seorang bayi dengan pistol tersisip dipinggang.Setelah memuat naik foto mirip menteri besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali dengan seorang wanita di tandas di laman facebooknya, foto Jamal yang tidak berbaju dengan pistol tersisip dipinggang dan sedang menjulang seorang bayi disebarkan di internet.

Jamal sebelum ini dibidas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Dr Afif Bahardin kerana mengadakan sidang akhbar di dalam tandas di bangunan Umno Selangor di Shah Alam setelah mengoyak dan mencampak surat tuntutan permohonan maaf Bersih ke dalam lubang tandas.

Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah menuntut permohonan maaf itu apabila Jamal mendakwa badan NGO itu diresapi militan IS @ Daesh.

Jamal di laman facebook miliknya hari ini memuat naik foto dakwaan skandal seks di dalam tandas yang dikaitkan dengan Azmin oleh blog pro-Umno sekitar tahun 2012.

Tindakan itu dibuat bagi menjawab kenyataan Dr Afif bahawa "hanya syaitan yang suka duduk di dalam tandas".

Dr Afif juga dalam sidang media semalam menyifatkan tindakan Jamal sebagai bertentangan dengan budaya Melayu.

Sementara itu, Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Shuhaimi Shafie dilapor menyarankan pihak media agar tidak lagi melayan atau memberi liputan kepada Jamal.

Ini kerana Jamal, ujarnya menggunakan gambar fitnah yang sering kali digunakan kepimpinan Umno apabila terdesak.

Dalam perkembangan berkaitan, Maria Chin memfailkan tuntutan samannya terhadap Jamal di mahkamah hari ini.

Saman dikemukakan peguam N Surendran dan Melissa Sasidaran di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi.

Maria bagaimanapun tidak dapat hadir di mahkamah kerana berada di Kedah menghadiri majlis berkaitan Bersih.


SEJARAH BARU DI JOHOR, PPBM JADIKAN BN TIADA LAGI MAJORITI DUA PERTIGA

Posted: 07 Oct 2016 07:18 AM PDT

shahbudindotcom


Ketika Muhyiddin Yassin serta Mukhriz Mahathir dipecat daripada UMNO dan kemudian Shafie Apdal meninggalkan parti itu beberapa bukan dahulu, perbualan ramai segera tertumpu kepada  nasib Johor, Kedah dan Sabah dalam pilihanraya umum akan datang.

Dipersoalkan apakah melalui tindakan itu,  UMNO dan BN dapat terus mengekalkan kuasanya di ketiga-tiga negeri tersebut?

Setelah beberapa bulan berlalu, dengan wujudnya PPBM serta ramai bekas pemimpin serta ahli UMNO Kedah sudah bertukar angin, negeri itu hampir pasti akan bertukar kerajaan lagi dalam PRU 14 nanti.

Di Sabah, melalui gelombang untuk mengembalikan kuasa kepada parti tempatan yang sedang digerakkan oleh Shafie Apdal bersama beberapa bekas pemimpin PKR dan DAP, tidak mustahil sejarah pemerintahan UMNO akan turut berakhir serta mengulangi sejarah sepertimana Usno, Berjaya dan PBS berkuasa dahulu.
 
 
 
 
Di Johor pula, walaupun geloranya tidak begitu kelihatan, sedar tak sedar sebenarnya satu sejarah baru telah tercatit melalui wujudnya PPBM yang diketuai oleh Muhyiddin dan dipengerusikan oleh Tun Mahathir Mohamad.

Dalam piliharaya 2013 lalu, daripada 56 kerusi DUN di Johor, 18 daripadanya dimenangi oleh parti-parti pembangkang atas nama Pakatan Rakyat.

Namun, setelah wujudnya PPBM dan Dr Shahruddin Md Salleh, Adun Jorak yang sebelum ini mengumumkan perletakan semua jawatannya UMNO serta semalam dilantik sebagai Setiausaha Agung parti itu, secara automatiknya telah menyebabkan  kerusi pembangkang bertambah kepada 19 jumlahnya.

Dengan BN kehilangan satu kerusi, menjadi 37 daripada 38 sebelumnya  dan pembangkang pula bertambah menjadi 19 kerusi, bermakna buat pertama kalinya dalam sejarah Johor menyaksikan UMNO dan BN di negeri itu tiada lagi kuasa majoriti dua pertiga sebagaimana ia berjaya dikekalkan selama ini.

Sejarah ini seharusnya menjadi perangsang dan tonik buat parti-parti pembangkang di Johor untuk meneruskan usaha dan kesepakatan bagi mencipta lebih kegemilangan dalam  pilihanraya umum akan datang.

Melalui 19 kerusi yang sudah ada dalam genggaman, gabungan PPBM bersama Pakatan Harapan hanya perlu menambah minima 10 kerusi lagi  untuk menyaksikan berakhirnya kuasa UMNO dan BN di Johor sebagai kenyataan.

Jika itu dapat diusahakan, Najib Razak dan skandal kewangannya akan turut tercatat dalam sejarah sebagai punca utama hilangnya kuasa UMNO di negeri di mana ia dilahirkan pada 1946 dahulu.
 
 
 

‘Tinggalkan DAP jika mahu bersama PAS’ - Azmin ikut PKR

Posted: 07 Oct 2016 07:18 AM PDT

Shakira Buang


Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali akan mengikut segala ketetapan yang bakal dibuat partinya berhubung kenyataan PAS agar parti pembangkang yang mahu berkerjasama dengannya harus meninggalkan DAP.

"Kita akan ikut parti (PKR) dan kita akan bincang," kata Azmin ringkas.

Azmin berkata demikian bagi mengulas kenyataan ketua penerangan PAS, Nasruddin Hassan bahawa parti-parti pembangkang yang ingin bekerjasama dengan parti itu perlu meninggalkan DAP sebelum rundingan boleh diadakan.

"Realitinya adalah DAP masih menentang perjuangan Islam PAS.

"Oleh itu, dasar semasa PAS adalah untuk menolak DAP dan semua pihak yang bekerjasama dengan DAP," katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam Harakah Daily.

Oleh itu, Nasruddin berkata persamaan yang mudah untuk pihak-pihak yang mahu bersama dengan PAS adalah untuk meninggalkan DAP dan mematuhi syarat yang mudah - menghormati perjuangan teokratik parti.

Rabu lalu, bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan mengadakan rundingan dengan PAS.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan presiden pro-tem BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Terdahulu Azmin hadir menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Khariah, Gombak sebelum meraikan jemaah masjid tersebut dengan jamuan tengah hari.

Pas tetap utamakan Gagasan Sejahtera

Posted: 07 Oct 2016 07:04 AM PDT

Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim Tuan Man


SHAH ALAM - Pas akan mengutamakan Gagasan Sejahtera yang disertai Parti Ikatan berbanding gabungan dengan parti-parti politik lain di negara ini.

Timbalan Presidennya, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sebarang bentuk kerjasama dengan mana-mana parti politik baharu seharusnya dapat diterima oleh parti dalam Gagasan Sejahtera sebagaimana yang dipersetujui dalam muafakat  dimeterai sebelum ini.

"Oleh itu, sebarang ura-ura kerjasama Pas bersama mana-mana parti baru adalah tidak rasmi sehingga adanya kenyataan rasmi bersama Gagasan Sejahtera," katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, semalam.

Kelmarin, Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan memaklumkan parti Islam itu menolak mana-mana parti politik yang mendukung dan bekerjasama dengan DAP.

Sehubungan itu, Tuan Ibrahim memberitahu, Pas sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana parti baharu yang sudi memperjuangkan matlamat selari dengan Gagasan Sejahtera.

"Setakat ini, Pas akan pertahankan kerusi tradisi parti yang kebanyakannya bertembung dengan Umno, dengan segala kemampuan yang ada," katanya.

Sementara itu, Tuan Ibrahim memaklumkan, kewujudan pelbagai parti baharu menjelang pilihan raya adalah satu fenomena di mana sistem demokrasi dalam negara semakin rancak.

Namun begitu, beliau tetap mengingatkan setiap parti seharusnya fokus dalam menyediakan jentera terlebih dahulu sebagai strategi pilihan raya yang paling utama sebelum memikirkan soal kerusi.

"Pas akan terus menggerakkan jentera parti dengan kemampuan yang sedia ada selain kesungguhan kerja para ahli serta petugas," katanya.


 

Dakwa Bersih diserapi Daesh, Maria saman Jamal

Posted: 07 Oct 2016 03:16 AM PDT

Maria Chin gagal batalkan pertuduhan
Maria Chin - sumber internet


KUALA LUMPUR - Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah mengemukakan saman fitnah terhadap Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos kerana mengaitkan pertubuhan itu dengan kumpulan militan Daesh.

Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebentar tadi dengan menamakan Jamal sebagai defendan.

Melalui selaku plaintif pernyataan tuntutannya, Maria Chin berkata, Jamal yang juga Pengerusi Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)Melayu mengeluarkan kenyataan fitnah itu pada satu sidang media di perkarangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 28 September lalu.

Maria turut mendakwa Jamal yang juga Pengerusi Gerakan Merah Malaysia (GNGOM) mengeluarkan perkataan fitnah kedua dalam sidang media yang diadakan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada 4 Oktober lalu.

Plaintif berkata, perkataan fitnah itu kemudian disiarkan dalam media cetak dan elektronik serta di portal berita seluruh negara.

Perkataan fitnah itu katanya membawa maksud beliau seorang yang ganas dan tidak mematuhi undang-undang serta seorang ejen Daesh.

Maria Chin berkata, ia juga membawa maksud bahawa beliau bersubahat dengan kumpulan pengganas dan terbabit dengan keganasan.

Dengan itu, Maria Chin menuntut  Jamal membayar ganti rugi am dan teruk serta perintah injunksi bagi menghalangnya daripada terus menerbitkan perkataan fitnah terbabit.


Jangan ‘main-main’ dengan laporan polis, kata Cenbet

Posted: 07 Oct 2016 03:12 AM PDT

MALAYSIAKINI


Kumpulan pejuang pembaharuan, Centre For A Better Tomorrow (Cenbet) mahu tindakan keras diambil terhadap mereka yang membuat laporan polis 'main-main' dengan agenda politik dan bukannya atas sebab-sebab munasabah sehingga membazirkan sumber polis.

"Polis perlu bertindak terhadap mereka yang membuat laporan berdasarkan alasan rapuh semata-mata untuk mencapai matlamat politik.

Ini adalah untuk membendung peningkatan trend laporan polis digunakan untuk segala-galanya tetapi bukan untuk mengesan penjenayah atau pencegahan jenayah.

"Mereka yang membuat laporan 'main-main' dan bermotifkan politik ini berbuat demikian dengan mengorbankan wang dan sumber pembayar cukai. Sedangkan, polis terpaksa bertungkus lumus memerangi jenayah," kata Naib Presiden, Cenbet, Ng Yeen Seen.

Katanya, laporan polis 'main-main' itu hanya berdasarkan "maklumat" yang membentang imaginasi seseorang adalah sama seperti tidak menghormati penguat kuasa undang-undang.

"Mereka tidak boleh dianggap sebagai alat politik untuk menakut-nakutkan dan melemahkan lawan politik seseorang," hujahnya, sambil menambah bahawa mengheret polis dalam sandiwara politik adalah satu penghinaan kepada institusi awam yang penting, dan juga kepada Yang di-Pertuan Agong.

Menurutnya, sejak akhir-akhir ini ratusan laporan kontroversi dibuat, daripada dakwaan sebuah gabungan NGO diresapi oleh kumpulan pengganas IS, komplot tiga Tan Sri yang mahu menggulingkan kerajaan dan dakwaan ketidakadilan pemberian pencen kepada pemenang pingat Olimpik.

Ng turut menamakan presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) Abdul Rani Kulup yang membuat ratusan laporan polis.

Sebagai contoh laporan yang tidak diperlukan itu, katanya adalah tindakan Abdul Rani yang meminta kerajaan mengharamkan permainan mudah alih Pokemon Go di Malaysia.

"Di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan, mereka yang didapati bersalah membuat laporan polis berdasarkan maklumat palsu boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya," katanya.

'BN Johor hilang majoriti dua pertiga'

Posted: 07 Oct 2016 02:57 AM PDT

MALAYSIAKINI


LIHAT VIDEO DI SINI

BN Johor telah kehilangan majoriti dua pertiga di Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jorak, Datuk Shahruddin Salleh meninggalkan Umno.

Ini merupakan kali pertama kubu kuat Umno itu ditadbir tanpa majoriti dua pertiga, kata Pengerusi AMANAH Johor, Aminolhuda Hassan.

"Komposisi ADUN di Dewan Undangan Negeri Johor kini berubah selepas kenyataan presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tan Sri Muhyiddn Yassin semalam mengenai pelantikan Datuk Sharuddin sebagai setiausaha agung," katanya dalam satu kenyataan hari inI.

Katanya, ekoran penyertaan bekas naib ketua Umno Pagoh itu dalam BERSATU, berdasarkan perlembagaan Umno, keahlian beliau dalam parti itu secara automatik telah gugur.

"Ini bermakna ADUN dari BN Johor telah berkurang dari 38 kepada 37, manakala barisan pembangkang bertambah dari 18 kepada 19 ADUN di Johor," katanya.

Implikasi utamanya ialah BN tidak lagi boleh meminda undang-undang Johor.

Beliau menjangkakan akan ada beberapa lagi ADUN Johor daripada Umno yang akan turut meninggalkan parti itu sebelum pembubaran DUN.

Sementara itu, beliau turut mengalu-alukan Shahruddin menyertai pembangkang, dan berkata beliau berharap mereka dapat bersama-sama mengembleng tenaga untuk menewaskan Umno/BN dalam pilihan raya umum akan datang.

BN akan tumbang di Kedah pada PRU14

Posted: 07 Oct 2016 02:49 AM PDT

Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin


SHAH ALAM - Presiden Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa Barisan Nasional (BN) akan tumbang di Kedah pada pilihan raya akan datang.

Muhyiddin berkata, ini bersangkutan dengan sentimen rakyat di negeri jelapang padi itu selepas bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir digugurkan daripada jawatannya.

"Selepas Mukhriz disingkirkan...mungkin sudah cukup matang untuk BN tumbang, sebab saya tengok sentimen rakyat Kedah selepas peristiwa itu berlaku ia amat tidak baik bagi BN,penerimaan mereka kepada MB baharu (maaf cakap) tidak sehebat Mukhriz," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian dalam wawancara eksklusif bersama beliau di Kumpulan Media Karangkraf.

Muhyiddin mendakwa sebelum tindakan penyingkiran Muhriz dilakukan beliau telah menghantar satu pesanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Sebelum Najib pecat Mukhriz saya hantar mesej kepada beliau saya beritahu 'amaran baik' jangan buat begitu...itu permulaan kepada kejatuhan BN, tapi yang pasti mereka tidak endahkan, jadi perkiraan saya BN di Kedah sudah cukup ranum dan cukup matang untuk terjatuh," katanya.

Mukhriz dipecat daripada Umno pada Jun lalu, dan disingkirkan daripada jawatannya sebagai  Menteri Besar Kedah  dan diganti dengan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.


11 anggota WBG termasuk Dr Fauziah dibebaskan

Posted: 07 Oct 2016 02:43 AM PDT

SINAR HARIAN

Dr Fauziah Mohd Hasan
Dr Fauziah Mohd Hasan


KUALA LUMPUR - Wakil tunggal Malaysia dalam misi kemanusiaan 'Women's Boat to Gaza' (WBG) Dr Fauziah Hasan bersama 10 anggota misi itu yang ditahan Israel Rabu lepas, telah dibebaskan.

Jurucakap Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) ketika dihubungi Bernama berkata kesemua mereka sedang diuruskan penerbangan pulang ke negara masing-masing dalam masa terdekat.

Beliau berkata menurut sumber Freedom Flotilla Coalition yang mengasaskan kempen WBG itu, kesemua anggota misi yang menaiki kapal Zaytouna-Oliva berkenaan telah dipindahkan dari Penjara Givon di Ramla (Bandar di tengah Israel) ke pusat tahanan sementara di Lapangan Terbang Ben-Gurion, Israel.

Sementara itu, dua anggota misi yang dibebaskan semalam iaitu wartawan Al-Jazeera dari United Kingdom, Mina Harballou dan Hoda Rakhme dari Rusia telah selamat tiba ke negara masing-masing.

Kapal itu yang dalam perjalanan menuju ke Gaza dikepung rejim Zionis sebelum ditahan dan ditunda tentera Israel ke Pelabuhan Ashdod. - Bernama

Jangan ‘main-main’ dengan laporan polis, kata Cenbet

Posted: 07 Oct 2016 02:39 AM PDT

MALAYSIAKINI


Kumpulan pejuang pembaharuan, Centre For A Better Tomorrow (Cenbet) mahu tindakan keras diambil terhadap mereka yang membuat laporan polis 'main-main' dengan agenda politik dan bukannya atas sebab-sebab munasabah sehingga membazirkan sumber polis.


"Polis perlu bertindak terhadap mereka yang membuat laporan berdasarkan alasan rapuh semata-mata untuk mencapai matlamat politik.

Ini adalah untuk membendung peningkatan trend laporan polis digunakan untuk segala-galanya tetapi bukan untuk mengesan penjenayah atau pencegahan jenayah.

"Mereka yang membuat laporan 'main-main' dan bermotifkan politik ini berbuat demikian dengan mengorbankan wang dan sumber pembayar cukai. Sedangkan, polis terpaksa bertungkus lumus memerangi jenayah," kata Naib Presiden, Cenbet, Ng Yeen Seen.

Katanya, laporan polis 'main-main' itu hanya berdasarkan "maklumat" yang membentang imaginasi seseorang adalah sama seperti tidak menghormati penguat kuasa undang-undang.

"Mereka tidak boleh dianggap sebagai alat politik untuk menakut-nakutkan dan melemahkan lawan politik seseorang," hujahnya, sambil menambah bahawa mengheret polis dalam sandiwara politik adalah satu penghinaan kepada institusi awam yang penting, dan juga kepada Yang di-Pertuan Agong.

Menurutnya, sejak akhir-akhir ini ratusan laporan kontroversi dibuat, daripada dakwaan sebuah gabungan NGO diresapi oleh kumpulan pengganas IS, komplot tiga Tan Sri yang mahu menggulingkan kerajaan dan dakwaan ketidakadilan pemberian pencen kepada pemenang pingat Olimpik.

Ng turut menamakan presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) Abdul Rani Kulup yang membuat ratusan laporan polis.

Sebagai contoh laporan yang tidak diperlukan itu, katanya adalah tindakan Abdul Rani yang meminta kerajaan mengharamkan permainan mudah alih Pokemon Go di Malaysia.

"Di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan, mereka yang didapati bersalah membuat laporan polis berdasarkan maklumat palsu boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya," katanya.

Calon BN PRU14 Terengganu tersebar?

Posted: 07 Oct 2016 02:39 AM PDT


Calon BN PRU14 Terengganu tersebar?


KUALA TERENGGANU - Senarai cadangan calon tidak rasmi bagi PRU14 Terengganu dikatakan telah pun dikeluarkan peringkat negeri untuk ditapis ke peringkat Pusat.

Senarai itu dikatakan sebagai maklumat sulit yang tersebar melalui aplikasi WhatsApp baru-baru ini, turut menyenaraikan lebih 50 peratus muka baharu ditampilkan pada PRU14, di samping mengekalkan wakil rakyat sedia ada termasuk Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman serta beberapa bekas penyandang kerusi terdahulu.

Berdasarkan maklumat tersebut, senarai itu meletakkan Ahmad Razif yang juga Ketua Umno Bahagian Kuala Nerus akan bertanding mewakili kerusi Parlimen Kuala Nerus.

Bagaimanapun, beberapa ketua bahagian tidak tersenarai, antaranya Ketua Umno Bahagian Kemaman, Datuk Seri Ahmad Said yang juga Adun Kijal.

Ketua Umno Bahagian Besut, Nawi Mohamad yang juga Adun Hulu Besut dan Ketua Umno Bahagian Setiu, Datuk Mohd Jidin Shafee (Adun Permaisuri) turut tidak tersenarai.

Lebih mengejutkan, senarai itu mengetepikan dua Ahli Majlis Tertinggi Umno, yang juga menteri Kabinet iaitu Datuk Seri Idris Jusoh (Ahli Parlimen Besut) dan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (Ahli Parlimen Kemaman).

Senarai itu mengekalkan sembilan wakil rakyat BN sedia ada iaitu sama ada dengan meletakkan mereka di kerusi sedia ditandingi pada PRU13 atau memindahkan mereka ke kerusi lain.

Adun Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman; Adun Jabi, Mohd Iskandar Jaafar; Adun Pengkalan Berangan, A Latiff Awang; Adun Telemong, Datuk Rozi Mamat dan Adun Bukit Besi, Roslee Daud kekal bertanding di kerusi masing-masing.

Manakala Adun Jertih, Datuk Muhammad Pehimi Yusof bertanding di Kota Putera, Adun Seberang Takir yang juga Menteri Besar, Ahmad Razif bertanding di Parlimen Kuala Nerus; Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Jailani Johari mewakili Dun Kuala Berang dan Adun Air Putih, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar di Parlimen Kemaman.

Ditanya sejauh mana benar maklumat senarai tersebut, Setiausaha Umno Terengganu, Datuk Muhammad Pehimi Yusof ketika dihubungi menegaskan, pihaknya tidak terlibat dengan penyenaraian cadangan nama berkenaan.

Beliau berkata, belum menerima sebarang arahan daripada Putrajaya berhubung perkara membabitkan isu calon.

"Kita tidak menerima sebarang arahan daripada peringkat Pusat. Kita tidak diarah terima (senarai calon dari peringkat bahagian) atau hantar (senarai nama calon) ke Putrajaya," katanya.

Ditanya sama ada negeri sudah mempunyai calon tertentu sebagai persiapan memandangkan PRU14 dikatakan akan berlangsung lebih awal pada tahun depan, beliau percaya pucuk pimpinan sudah ada penilaian perkara itu.

"Presiden parti akan mengguna pakai sumber-sumber sedia ada, selain merujuk kepada ketua bahagian dan Pengerusi Umno negeri. Buat masa ini, kita belum ada lagi (senarai cadangan nama calon BN).

"Yang penting, calon-calon yang dipilih pucuk pimpinan sudah tentu yang akan menangkan parti," katanya

Barang kemas dirampas seberat 19.3kg, bernilai RM3.64j

Posted: 07 Oct 2016 02:37 AM PDT

SINAR HARIAN


SPRM
Sebahagian wang tunai dan barang kemas bernilai lebih RM50 juta yang dirampas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dirampas ketika sidang media mengenai kes salahguna kuasa membabitkan empat lelaki, termasuk pegawai berjawatan pengarah dan timbalan pengarah sebuah agensi kerajaan negeri. - Foto Bernama
 
 
KOTA KINABALU - Barang kemas yang dirampas oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) daripada pengarah dan timbalan pengarah sebuah agensi kerajaan di Sabah bernilai RM3.64 juta.

Menurut sumber rapat dengan pasukan pegawai penyiasat dalam kes penyalahgunaan kuasa membabitkan projek infrastruktur bernilai RM3.3 bilion di Sabah, SPRM telah mendapatkan khidmat seorang pakar penilai barang kemas dari Bank Rakyat.

"Berat barang kemas bagi suspek berjawatan pengarah adalah 14.5kg yang bernilai RM2.74 juta manakala nilai barang kemas seberat 4.8kg bagi suspek berjawatan timbalan pengarah dianggarkan dalam RM900,000," kata sumber itu ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut sumber itu lagi, proses menilai barang kemas itu bermula kira-kira 10.30 pagi ini dan selesai kira-kira 12.15 tengah hari.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan maklumat tersebut.  

Sehingga kini, nilai rampasan melebihi RM114.5 juta diperoleh daripada suspek dan keluarga mereka, dipercayai mempunyai kaitan dengan kegiatan penipuan itu.

Dalam sidang akhbar pada Rabu lepas (5 Oktober), Azam mendedahkan rampasan wang tunai dan sejumlah barang kemas serta sembilan kereta mewah.

Pengarah dan timbalan pengarah itu ditahan reman bersama dua lagi individu awam sehingga 11 Oktober ini bagi membantu siasatan. - Bernama


Serpihan di Mauritius sah milik MH370

Posted: 07 Oct 2016 02:27 AM PDT

Lagi serpihan dipercayai MH370 ditemui
Serpihan yang ditemui pelancong.


SHAH ALAM – Serpihan sayap pesawat yang dijumpai di Pulau Mauritius, lautan Hindi telah dikenal pasti milik pesawat Malaysia Airlines MH370.

Serpihan itu ditemui pada Mei lalu dan kemudiannya dianalisis oleh pakar-pakar di Biro Keselamatan
Pengangkutan Australia (ATSB) yang mengetuai pencarian pesawat di kawasan terpencil di laut dan luar pantai barat negara itu.

"Penyiasat menggunakan beberapa bahagian yang ditemui pada serpihan untuk mengaitkannya dengan pesawat Boeing 777 yang hilang itu," kata agensi tersebut yang dipetik laporan portal The Guardian hari ini.

Menteri Pengangkutan Malaysia, Liow Tion Lai juga turut mengesahkan perkara itu.

Beberapa keping bangkai pesawat telah terdampar di sekitar pantai Lautan Hindi sejak pesawat tersebut hilang bersama dengan 239 orang di atas kapal terbang itu semasa penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014.

Setakat ini, serpihan-serpihan tersebut masih tidak dapat membantu mengecilkan lokasi utama bangkai kapal terbang itu untuk para penyiasat mengesan rakaman data penerbangan yang akan menjelaskan misteri pesawat tersebut menyimpang dari laluan asal.

[ARTIKEL BERKAITAN: Lagi serpihan dipercayai MH370 ditemui]

Misi pencarian dijangka selesai pada Disember tahun ini dengan keluasan sebesar 120,000 kilometer persegi di zon carian Lautan Hindi.

Pakar lautan telah menganalisis sayap kepak yang dijumpai di Tanzania dan juga Pulau La Reunion untuk mengenal pasti potensi kawasan carian baru melalui 'drift modelling'.

Walau bagaimanapun, Malaysia, Australia dan China telah mengumumkan pada Julai lalu bahawa misi pencarian ini akan dihentikan hinggalah ada bukti baru yang menunjukkan lokasi spesifik pesawat tersebut.


JAMAL BUAT LAPORAN PALSU??

Posted: 06 Oct 2016 06:32 PM PDT

shahbudindotcom


Hanya  sehari selepas pemimpin Gerakan Baju Merah, Jamal Mohd Yunus membuat laporan polis dengan mendakwa Bersih diresapi pengganas IS, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Nur Jazlan Mohamed sebaliknya memberi bayangan agar penyiasatan tidak perlu dilakukan.

Katanya, pihak polis tidak ada keperluan melayan segala dakwaan yang dibuat oleh Jamal itu.
 
 
 
 
Pihak polis tidak semestinya perlu menyiasat dakwaan yang bersifat politik itu, ujar beliau.

Tidak perlu disiasat? Bersifat politik?

Apakah gambaran yang diberi oleh Nur Jazlan itu menunjukkan maklumat dalam laporan polis yang dibuat oleh Jamal adalah tidak benar dan semata-mata berupa serangan politik?

Jika begitu, adakah bermakna Jamal telah membuat laporan palsu dan menyusahkan pihak polis?

Dengan yang demikian, tidakkah pihak polis seharusnya menyiasat Jamal pula?.
 
 
 

Pemimpin Melayu mahu jatuhkan kerajaan Islam

Posted: 06 Oct 2016 05:22 PM PDT

ASLANI M 



 

GUA MUSANG: Ada gerakan Islam luar negara terkejut apabila mendapat tahu ada pemimpin Melayu mahu menjatuhkan Kerajaan Islam, di sini.

Pemangku Mursyidul Am PAS, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata pihak terbabit menjalankan gerakan bagi melemahkan kerajaan Islam di Kelantan.

"Wakil gerakan dari Turki dan Palestin terkejut bila mendapat tahu ada orang Islam sendiri yang mahu menjatuh kerajaan Islam Kelantan.

"Mereka terkejut kerana tidak menjangka ada orang Islam sendiri yang mahu menjatuhkan kerajaan Islam di Kelantan," katanya yang juga Menteri Besar Kelantan.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan pecah tanah bangunan baharu Pejabat PAS Gua Musang di sini, hari ini.

Bangunan tersebut melibatkan kos kira kira RM1.5 juta. Ia dibina di kawasan hampir seekar.

Bangunan tersebut akan dibina berhampiran pejabat PAS yang ada sekarang di Bandar Lama Gua Musang.

Hadir sama Yang Dipertua PAS Gua Musang Azman Ahmad, timbalannya Abdullah Husin, Penyelia Dun Galas Shuhaimi Mat Deris dan Penyelia Dun Paloh Noraini Husin dan wakil-wakil kaum.

Baru-baru ini wakil Palestin dan Turki mengunjungi hormat Menteri Besar.

Pada kunjungan Ustaz Ahmad menyampaikan sumbangan kepada wakil asing terbabit. - HARAKAHDAILY

Ramai Netizen Puji SPRM

Posted: 06 Oct 2016 05:19 PM PDT


MSTAR ONLINE
 
 

KUALA LUMPUR: Kejayaan terbesar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berikutan rampasan RM114.5 juta dalam kes penyalahgunaan kuasa di Sabah mendapat pujian daripada netizen yang melahirkan penghargaan mereka melaui media sosial.

Kes penyalahgunaan kuasa melibatkan projek infrastruktur bernilai RM3.3 bilion, yang disifatkan sebagai rampasan luar biasa dalam sejarah SPRM, yang dikaitkan dengan penjawat awam di Sabah telah menimbulkan keriuhan di media sosial berikutan netizen berkongsi mesej ucapan tahniah melalui Twitter dan Facebook.

Dalam tinjauan di Twitter menunjukkan SPRM sedang 'trending' manakala ratusan yang lain berkongsi berita kejayaan luar biasa itu sejak ia diketahui semalam.

Seorang netizen yang dikenali sebagai @azrijohans meletakkan posting penuh sindiran dan menyamakan suspek kes sogokan itu dengan raja dadah Colombia, Pablo Escobar, yang merupakan seorang daripada lelaki terkaya dunia berikutan jumlah wang yang dirampas SPRM begitu mengejutkan.

"Ini baru betul Pablo Escobar Malaysia. SPRM rampas RM3 juta dari bilik pengarah Jabatan Bekalan Air Sabah," katanya dalam postingnya yang menarik 1,755 retweet dan 409 likes.

Seorang lagi netizen dikenali sebagai Ng Chun Hown dalam akaun Twitternya juga memuji SPRM: "Tidak kira apa yang berlaku, tahniah kepada SPRM kerana menangkap ikan saiz sederhana di Sabah. Harap lebih banyak lagi yang akan dapat.

Terutama yang benar-benar besar," katanya.

Sazali Mohamad Taib juga menggunakan akaun Facebooknya untuk memuji SPRM dan memberi ulasan bahawa berita-berita sedemikianlah yang ingin diketahui ramai orang.


"Sebahagian daripada masalah adalah perlakuan jenayah namun bahagian yang lain pula yang juga sama penting adalah penjenayah yang tahu mereka akan ditangkap dan menanggung akibatnya! Bayangkan jika tahun ini kita dapat tangkap 30 lebih orang berapa banyak pula wang orang awam akan ditemui," katanya.

Mohd Zulfan Irfan dalam akaun Facebooknya, memuatkan pelbagai pujian di atas keberanian dan tindakan tegas Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad untuk membanteras mereka yang terbabit dalam rasuah sejak pelantikannya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu pada 1 Ogos.

"Setinggi-tinggi pujian dan tahniah kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru dilantik pada 1 Ogos 2016, Datuk Dzulkifli Ahmad, terhadap tindakan-tindakan berani dan tegas dalam agenda memerangi rasuah yang dilakukan oleh 'Jerung-jerung besar' dalam jabatan kerajaan," katanya.

Seorang pakar perubatan kecemasan Alzamani Mohammad Idrose pula menyifatkan kes itu sebagai satu perkara yang boleh mencemarkan reputasi penjawat awam dan menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap mereka.

"Setiap penjawat awam diberikan amanah untuk dipelihara. Tugas kita adalah untuk memelihara amanah ini. SPRM yang begitu berfungsi seperti ini merupakan satu-satunya perkara yang membantu kita memulihkannya, walaupun kerja itu masih belum berakhir," katanya dalam akaun Facebook beliau.

Semalam, SPRM merampas sejumlah wang yang luar biasa berikutan penangkapan penjawat awam, seorang pengarah dan seorang timbalan pengarah sebuah agensi kerajaan pada Selasa.

Jurutekni TNB Parah Akibat Renjatan Elektrik Meninggal Dunia

Posted: 06 Oct 2016 05:17 PM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
Mohd Zaid meninggal dunia selepas melecur di badan apabila kabel bervoltan tinggi di rumah pencawang elektrik yang sedang diselenggara meletup. -fotoBERNAMA
 
 
TELUK INTAN: Juruteknik Tenaga Nasional Bhd (TNB) yang parah akibat terkena renjatan elektrik dalam kejadian di sini semalam, meninggal dunia pagi Khamis.

Mohd Zaid Sulaiman, 34, yang melecur sehingga 80 peratus bahagian badan, menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Teluk Intan kira-kira pukul 8 pagi.

Dalam satu kenyataan, Pengurus Besar TNB Perak Raja Abdul Jalil Raja Zaid berkata pihaknya telah dan akan terus memberi pertolongan serta bantuan sewajarnya kepada keluarga mangsa.

Jenazah Allahyarham Mohd Zaid selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kuala Dipang, Kampar, petang ini.

Mohd Zaid melecur selepas terkena percikan arka pepasangan elektrik di Pencawang Elektrik Medan Niaga Lagenda, Hutan Melintang dekat sini.

Allahyarham yang berkhidmat dengan TNB sejak April 2002, meninggalkan isteri, Norlydianawati Idris Akri yang kini sarat mengandung lapan bulan, serta dua anak masing-masing berumur enam dan lapan tahun.

Bahagiakah anda sebagai pekerja di Malaysia?

Posted: 06 Oct 2016 05:11 PM PDT

DETIK DAILY
 

 

SATU kaji selidik yang dilakukan oleh Jobstreet menunjukkan bahawa rata-rata pekerja di Malaysia tidak bahagia dengan kerja mereka malah menduduki tempat kedua di dalam carta skala kepuasan pekerjaan lapor World of Buzz.

Kajian ini melibatkan tujuh buah negara di Asia dan menerima respons seramai 67,000 orang.

Tempat pertama carta diduduki Singapura (5.09 mata), Malaysia di tempat kedua (5.22 mata), tempat ketiga adalah Vietnam (5.48 mata), diikuti dengan Hong Kong (5.56 mata), seterusnya Thailand (5.74 mata), Indonesia (6.16 mata) dan terakhir adalah Filipina (6.25 mata).


Faktor utama pekerja tidak bahagia terhadap kerja di Malaysia, Singapura dan Vietnam adalah kepimpinan yang teruk, reputasi sesebuah syarikat, latihan yang tidak profesional, kurang selesa di tempat kerja dan juga hubungan di antara rakan sekerja.

Sementara negara jiran,Singapura memegang rekod mempunyai ramai pekerja yang tidak bahagia, Jobstreet juga turut mendedahkan kemungkinan keputusan ini akan lebih menurun untuk masa enam bulan akan datang.

Berdasarkan keputusan dari survey tersebut menunjukkan portal pekerjaan juga menggalakkan majikan untuk menangani faktor yang menyebabkan pekerja tidak bahagia di pejabat.

Cabaran dan Harapan Kepada Sidang Raja-Raja

Posted: 06 Oct 2016 05:09 PM PDT

Oleh A Kadir jasin

 

PERSIDANGAN ke-242 Majlis Raja-Raja akan diadakan minggu hadapan antara 11 hingga 13 Oktober.Itu yang saya baca dalam laman web rasmi Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu (di sini).

Deklarasi Rakyat (dengan 1.2 juta penandatangan) merapat sembah kepada Duli-Duli Yang Maha Mulia.
Daulat Tuanku.

Tun Dr Mahatahir Mohamad, sebagai wakil Deklarasi Rakyat, telah menghadap dan menyerahkan deklarasi itu kepada Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah, di Istana Anak Bukit, Alor Star pada 15 September lalu.

Beliau juga telah mengutus surat kepada semua Raja-Raja Melayu mengenai hal yang sama.
Titah Raja, Tindakan Kerajaan


Sudah dua persidangan berturut, kemusykilan rakyat jelata mengenai pemerintahan negara telah dibincang dan dihebahkan kepada umum oleh Majlis Raja-Raja.

Dalam mesyuarat ke-239 pada bulan Oktober tahun lalu, Raja-Raja talah mengeluarkan kenyataan akhbar memerintahkan kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan mengambil tindakan tegas yang sewajarnya terhadap pihak-pihak yang terlibat. (Baca di sini).

Apa yang berlaku?

Siasatan 1MDB diberhentikan separuh jalan. Tidak ada siapa dibabitkan apatah lagi dikenakan tindakan. Keputusan siasatan oleh Ketua Juruaudit Negara diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi. Hutang 1MDB, menurut laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), meningkat daripada RM42 bilion kepada RM50 bilion pada bulan Januari tahun ini. Nama Malaysia busuk di seluruh dunia.

Kemudian, dalam persidangan ke-240 pada bulan Februari tahun ini, Majlis Raja-Raja berpendapat sesetengah peruntukan Akta Majlis Keselamatan Negara wajar diperhalus (refined).

Raja-Raja menyatakan pendapat itu setelah mendengar taklimat oleh Peguam Negara (Tan Sri) Mohamed Apandi Ali.

Kenyataan akhbar oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad, berkata Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, sebagai pengerusi mesyuarat akan menulis surat kepada Perdana Menteri mengenai hal itu.

Apa yang berlaku?
Sepanjang pengetahuan kita, tidak ada penghalusan (refinement) dilakukan ke atas akta itu. Sebaliknya ia dikuatkuasakan menjadi undang-undang pada 1 Ogos lalu tanpa persetujuan Yang di-Pertuan Agong.

Persoalannya apakah kerajaan yang diketuai oleh Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak, berkuasa mutlak dan kebal?

Harapan Rakyat

Dan apakah yang boleh diharapkan oleh rakyat kepada Raja-Raja mereka?
Mereka hanya boleh menanti dan melihat apa yang Raja-Raja mereka akan lakukan dalam sidang minggu hadapan?

Kata Tun Sri Lanang:

"...Raja-Raja itu umpama api,
segala Perdana Menteri umpama kayu,
kerana api itu jikalau tiada kayu,
tiada akan nyala.
Rakyat itu umpama akar,
raja itu umpama pohonnya,
jikalau tiada akar
nescaya pohon tidak dapat berdiri.
Demikian Raja-Raja itu
dengan segala rakyatnya.."


Wallahuaklam.

Daulat Tuanku.

Hari terakhir komponen BN kemuka maklum balas persempadanan semula

Posted: 06 Oct 2016 05:03 PM PDT

MALAYSIA GAZETTE




Setiausaha agung parti komponen Barisan Nasional (BN) diberi sehingga hari ini untuk mengemukakan maklum balas dan syor berhubung cadangan persempadanan semula yang dikemukakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kata Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata kelompok daripada satu bangsa yang terlalu besar dalam satu kawasan parlimen adalah antara isu utama yang dibangkitkan dalam pertemuannya dengan setiausaha agung parti komponen BN pada minggu lepas bagi menyelaras cadangan balas kepada SPR.

"Keadaan ini dibimbangi akan menyebabkan sesetengah kawasan mempunyai komposisi kaum yang tidak seimbang atau diwakili kaum tertentu sahaja," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis penyerahan sumbangan Program Tahsin Iqra di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini hari ini.

Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata turut dibangkitkan parti komponen BN berhubung cadangan persempadanan semula itu ialah berkaitan Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang dikeluarkan daripada kawasan Parlimen.

Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh sebelum ini memaklumkan Kajian Semula Persempadanan Bahagian-bahagian Pilihan Raya bagi Negeri-negeri Tanah Melayu dan Sabah itu dilaksanakan mengikut peruntukan Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan dan pindaan kepada Fasal (2) Perkara 14 Perlembagaan Negeri Sabah yang diwartakan pada 18 Ogos lepas.

Semua pihak diberi masa sebulan sehingga 14 Okt untuk mengemukakan bantahan masing-masing.
-- BERNAMA


Bajet 2017: Membendung ‘dana gelap’ JPM sebagai keutamaan negara

Posted: 06 Oct 2016 04:48 PM PDT


 

Oleh DZULKEFLY AHMAD dan LIEW CHIN TONG


Belanjawan tidak terlepas dari persoalan membuat pilihan dan menetapkan keutamaan.Bajet 2017 yang akan dibentangkan pada 21 Oktober 2016 adalah sebuah bajet yang bakal dirangka di atas latar ekonomi global yang lembap dan bergerak perlahan. Ini bermakna kerajaan turut berhadapan penurunan jumlah cukai korporat. 

Harga minyak yang menjunam sejak Oktober 2014 tidak menggambarkan ianya akan kembali meningkat untuk beberapa tahun yang mendatang seterusnya memberi isyarat bahawa Kerajaan tidak boleh terus bergantung terhadap hasil minyak.

Penggunaan domestik semakin terhimpit sejak pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), sehingga memberi kesan buruk terhadap pendapatan boleh guna rakyat Malaysia. Pada masa yang sama, kejatuhan nilai matawang ringgit menambah lagi beban inflasi. Hal ini dengan jelas menunjukkan bahawa kerajaan tidak lagi mampu mengutip kadar cukai yang lebih menerusi cukai pendapatan individu, korporat mahupun GST itu sendiri.

Akhirnya, akan berlakulah pengurangan hasil Negara dan Kerajaan terpaksa berhadapan keadaan yang sukar untuk membuat beberapa pilihan:

Pertama, menaikkan kadar cukai dimana hal ini akan terus menambah tekanan kepada rakyat Malaysia dan menambah lagi penguncupan penggunaan domestik dalam senario kelembapan sedia ada;

Kedua, menambah pinjaman. Hal ini amat berisiko sekali kerana hutang serta liabiliti sedia ada Kerajaan sendiri pun sudah berada pada kadar yang amat membimbangkan;

Ketiga, memotong perbelanjaan. Dua persoalan timbul; a) Jika Kerajaan membuat potongan secara drastik, ia akan merisikokan ekonomi Malaysia merudum dengan mendadak, b) apakah perbelanjaan yang perlu dipotong dan apakah yang perlu dikekalkan?

Kerajaan tiada pilihan lain kecuali untuk membuat pilihan!

Disana telah wujud desas-desus pemotongan perbelanjaan yang akan melibatkan sektor kesihatan, pendidikan dan kebajikan rakyat. Namun, pada saat hutang isi rumah yang kian membengkak, penyusutan kadar pendapatan dan perkembangan ekonomi yang amat perlahan, sektor kesihatan awam, pendidikan awam dan kebajikan merupakan suatu keperluan mendesak buat rakyat. Dengan kata lain, pemotongan tidak wajar dilakukan keatas ketiga-tiga sektor ini.

Atas segala pertimbangan yang telah diutarakan, kami ingin mencadangkan langkah segera dan tuntas yang perlu diambil oleh Kerajaan untuk Bajet 2017: Pemotongan peruntukan pembangunan untuk Perdana Menteri, atau apa yang kami istilahkan sebagai 'dana gelap'.

Bajet 2014, 2015, 2016 telah memperuntukkan sekurang-kurangnya RM7 bilion untuk Perdana Menteri. Hal ini hampir tidak pernah wujud sebelum Dato' Seri Najib Razak memegang tampok kuasa sebagai Perdana Menteri.

Berbanding sektor-sektor lain, peruntukan di Jabatan Perdana Menteri ini tiada diberikan spesifikasi yang jelas akan tujuan khusus penggunaannya. Ia kebiasaannya tergantung pada 'lampu hijau' yang diisyaratkan oleh Perdana Menteri bila mana difikirkan perlu untuk digunakan. Pada kami, ia merupakan suatu perkara yang tidak masuk akal dan mesti dihapuskan.

Jabatan Perdana Menteri Najib berbelanja 2 kali ganda

Jabatan Perdana Menteri hari ini seolah-olah 'kabinet dalam kabinet' bagi sistem eksekutif Malaysia; dengan 9 menteri, 3 timbalan menteri dan 51 bahagian.

Kajian kami tidak meliputi bajet yang diperuntukkan untuk Jabatan Perkhidmatan Awan (JPA), Jabatan Peguam Negara (AG's Chambers) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang turut berada dibawah seliaan Jabatan Perdana Menteri. Kebetulan, penganalisis Chua Sue-Ann dari akhbar The Edge Financial Weekly's turut ada memaparkan hasil kajian yang sama (keluaran 3 Oktober 2016). Kajian beliau turut memuatkan angka-angka melibatkan entiti yang dinyatakan di atas (JPA, AG's Chambers, SPRM) yang pastinya menambah lagi angka jumlah perbelanjaan di Jabatan Perdana Menteri berbanding angka-angka yang kami kemukakan dalam kajian kami.

Untuk menunjukkan gambaran yang lebih adil, angka inflasi yang diselaraskan (harga 2010) telah digunakan. Angka 2015 dan 2016 merupakan anggaran manakala angka yang sebelum ini adalah perbelanjaan yang sebenar.

Dan untuk berlaku adil juga, perbelanjaan di Jabatan Perdana Menteri sepanjang tempoh perkhidmatan Tun Dr Mahathir Mohammad juga agak besar jika dibandingkan dengan Perdana Menteri dan Presiden di kebanyakan Negara lain.

Pun begitu, perbelanjaan di Jabatan Perdana Menteri pada era kepimpinan Najib telah menyaksikan perbelanjaan terbesar dalam sejarah Malaysia. Dengan segala keterbatasan sumber yang ada, Jabatan Perdana Menteri telah menjadi pesaing kepada peruntukan bagi sektor pendidikan awam, kesihatan awam dan kebajikan.

Untuk rekod, saiz bajet telah meningkat 2 kali ganda antara tahun 2000 (RM 111 billon) dan 2016 (RM 267 bilion). Dalam masa yang sama, saiz peruntukan untuk Jabatan Perdana Menteri pula telah meningkat sebanyak empat kali ganda iaitu daripada RM5.2 bilion pada tahun 2000 kepada RM20 bilion pada tahun 2016.

Peningkatan paling ketara berlaku pada era Najib kini. Pada tahun akhir kepimpinan Perdana Menteri Abdullah Badawi (2008), bajet mencecah RM7 bilion sahaja. Ia melambung kepada RM10 bilion pada tahun 2009 dan RM20 bilion pada 2016. Dalam erti kata lain, angka telah meningkat dua kali ganda di bawah pentadbiran Najib.

Peruntukan Jabatan Perdana Menteri adalah kurang dari 4 peratus daripada jumlah keseluruhan bajet antara tahun 2002 dan 2008. Tahun pertama Najib sebagai Perdana Menteri pada 2009, Jabatan Perdana Menteri telah mengambil 4.9 peratus daripada jumlah peruntukan bajet bagi tahun tersebut. Jabatan Perdana Menteri antara 2010 dan 2015 pula telah mengambil antara 5 dan 7 peratus daripada keseluruhan jumlah bajet tahunan. Dalam Bajet 2016, Jabatan Perdana Menteri telah mengambil 7.6 peratus daripada keseluruhan jumlah peruntukan.

Bajet Pembangunan berskala 'mega'

Jabatan Perdana Menteri memiliki bajet pembangunan berskala 'mega' dibawah pentadbiran Najib, mengatasi peruntukan-peruntukan pembangunan yang lain.

Dalam Bajet 2016, hanya 19 peratus sahaja telah diperuntukan untuk pembangunan. Namun dalam keterhadan pada waktu itu sekalipun, Jabatan Perdana Menteri telah mengambil sehingga 27.5 peratus!

'Dana Gelap'

Jumlah peruntukan pembangunan yang cukup luar biasa yang kami sifatkan sebagai 'dana gelap' di Jabatan Perdana Menteri ini adalah agak sukar untuk didapati sebelum daripada era kepimpinan Perdana Menteri Najib.

Anggaran Perbelanjaan Persekutuan (Estimates of Federal Expenditure) menunjukkan bahawa beberapa item yang tidak jelas fungsinya telah diwujudkan di Jabatan Perdana Menteri sejak Najib memulakan tugasnya sebagai Perdana Menteri pada 2009 - Program Pembangunan (Development programme), Penyelarasan Program Pembasmian Kemiskinan (Coordination of Eradication of Poverty programme), Projek-projek Kecil (Small projects), Projek Khas (Special projects), Projek Mesra Rakyat (People-friendly projects) and Dana Fasilitasi (Facilitation funds).

Perdana Menteri memiliki budi bicara yang mutlak tentang bagaimanakah dana-dana ini hendak dibelanjakan. Setiap dari item tersebut melibatkan nilai jutaan ringgit bahkan mencecah billion ringgit pada jumlah keseluruhannya. Perincian perbelanjaan ini tidak dikemukakan kepada ahli-ahli parlimen, jauh sekali ke pengetahuan rakyat. Menerima hakikat bahawa institusi parlimen itu sendiri telah dicengkam dan dilemahkan fungsinya oleh parti pemerintah sejak sekian lama, perbelanjaan-perbelanjaan melibatkan item-item yang tidak jelas di bawah Jabatan Perdana Menteri ini tidak dapat disemak apatah lagi diaudit oleh mana-mana badan berwajib. 'Dana gelap' adalah istilah paling tepat untuk mendiskripsikan perkara ini.

Ironisnya, dana-dana ini adalah diperuntukkan untuk kroni. Dengan ini, kami mendesak agar 'dana gelap' yang disalur masuk ke Jabatan Perdana Menteri ini dihapuskan dan dibasmi sehingga ke dasarnya.

* LIEW CHIN TONG adalah Pengarah Pendidikan Politik DAP Kebangsaan dan Ahli Parlimen Kluang- DR. DZULKEFLY AHMAD adsalah Pengarah Strategi, Parti Amanah Negara 


Seru pimpinan parti politik, NGO kutuk tindakan Israel terhadap WBG

Posted: 06 Oct 2016 04:43 PM PDT

DETIK DAILY
 



Kita digemparkan dengan berita tahanan Kapal Zaytouna-Oliva yang membawa 13 wanita ahli misi Women`s Boat To Gaza (WBG) oleh Tentera Israel sekitar Jam 9.58 malam (waktu Malaysia) pada 5 Oktober .


Kapal tersebut dijangka akan ditunda oleh tentera Israel menuju Pelabuhan Ashdod menurut sumber berita daripada Page Rose To Rose.

"Misi ini adalah sekecil usaha ke arah pembebasan Palestin dan kita mahu wanita dan kanak-kanak di Palestin merasakan dunia ini cakna pada nasib mereka"

Inilah kata-kata dari satu-satunya wanita Malaysia yang menyertai misi ini, Dr Fauziah Bt Hj Hassan ketika saya mengadakan pertemuan dengannya pada tarikh 6 September 2016 di Hospital Ampang Puteri.

Gaza merupakan penjara terbesar yang menempatkan hampir 2 juta manusia yang terkepung, disekat dari keluar masuk dan mereka hidup dengan penuh kesengsaraan yang mana rumah, sekolah, hospital dan sebagainya dibom oleh Israel.

Perjuangan membebaskan bumi Palestin ini adalah tanggungjawab kita semua. Kerana 3 perkara. Pertama, kerana atas dasar kemanusiaan, kedua kerana mereka adalah saudara seislam kita dan ketiga kerana bumi Palestin yang terletaknya Masjid AlAqsa yang merupakan kiblat pertama umat islam.

Misi Womens Boat To Gaza yang disertai oleh 13 orang wanita ini cukup berjaya membuka mata masyarakat dunia bahawa perjuangan membebaskan Palestin masih belum selesai.

Penulis Nik Fatma Amirah dan Dr Fauziah HassanPenulis Nik Fatma Amirah dan Dr Fauziah HassanKita sedia maklum, misi Womens Boat To Gaza mengetengahkan objektif yang cukup besar iaitu menghentikan kepungan di Gaza yang berlarutan selama hampir 10 tahun.

Seterusnya, tujuan penganjuran misi keamanan ini adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat dunia bahawa hak-hak rakyat Palestin harus dikembalikan disamping menunjukkan solidariti bersama rakyat Palestin terutamanya wanita dan kanak-kanak dan perjuangan membebaskan bumi Palestin dari cengkaman Zionis merupakan usaha bersama seluruh dunia.

Kapal Zaytouna-Oliva membelah lautan selama hampir 20 hari, membawa misi kemanusiaan, keamanan, cinta dan kedamaian, lalu berakhir dengan tahanan oleh Zionis pengecut!

Oleh itu, saya menyeru kepada semua pimpinan daripada semua Parti Politik dan NGO di Malaysia supaya:

1- Mengutuk dan mengecam tindakan Israel terhadap 13 orang ahli misi Womens Boat To Gaza sebagai tindakan penakut

2- Mendesak supaya tawanan dibebaskan segera dan diberikan pelepasan untuk menjayakan misi pelayaran
3- Mengecam Israel kerana mengancam keamanan

4- Pembayaran pampasan kos ganti rugi kerana mengancam semua rakyat yang terlibat.

#IsraelPengecut
#shameonyouIsrael

Tiada ulasan: