Rabu, 5 Oktober 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


IBRAHIM ALI TEMUI TUN M ESOK UNTUK PULIHKAN HUBUNGAN PERKASA - PPBM?

Posted: 05 Oct 2016 06:35 AM PDT

shahbudindotcom


Kalau pun tidak "lumpuh", Perkasa yang dipimpin oleh Ibrahim Ali sekarang ini boleh dianggap "agak tempang"  berikutan ramai pemimpinnya di peringkat pusat, negeri serta bahagian telah mengambil keputusan untuk menyertai PPBM, sebuah parti baru yang diinisiatifkan oleh Tun Mahathir Mohamad yang bertujuan untuk menyingkirkan Najib Razak dalam PRU 14 akan datang.

Diantara mereka itu ada yang memilih untuk terus kekal sebagai ahli Perkasa dan ada juga yang mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan. Tetapi, semua yang menyertai PPBM itu mengambil keputusan tidak mahu lagi aktif, enggan menghadiri mesyuarat dan ada juga yang tidak mahu ambil peduli langsung tentang Perkasa.

(Nota 8.05 malam - Sebentar tadi saya baru dihubungi oleh Ibrahim Ali melalui Whatsapp yang mengatakan pertemuannya dengan Tun Mahathir esok tidak ada kena-mengena dengan usaha untuk memulihkan hubungan dengan bekas Perdana Menteri itu. Beliau juga menolak dakwaan Perkasa menjadi lemah dengan tindakan satu dua pemimpinnya menyertai PPBM, sebaliknya menurut beliau, ia ada hikmahnya dan Perkasa tetap gagah dan perkasa dalam perjuangannya.)

Terbaru yang meletakkan jawatan ialah Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahya.
 
 
 
 
Sebelum ini Perkasa dan Ibrahim Ali adalah sinonim dengan Tun Mahathir. Beliau bukan saja menjadi Penaung Kehormat NGO tersebut, malah jika tanpa bantuan serta kelibat bekas Perdana Menteri itu sejak daripada awal penubuhannya, ramai yang beranggapan tidak mungkin Perkasa boleh popular seperti yang ada sekarang.

Sebab itu, ketika Tun Mahathir mahu menubuhkan PPBM, parti yang mirip UMNO, Ibrahim Ali dikhabar-anginkan akan turut menyertai parti itu bersama-sama majoriti ahli serta pemimpinnya. 

Langkah itu dilihat tidak mustahil kerana memang diketahui sebahagian besar pimpinan Perkasa adalah mereka yang rapat dan menyokong perjuangan Tun Mahathir, terutama sejak Najib Razak mengambil sikap lebih berlembut terhadap bukan Melayu dalam beberapa dasar serta pendekatan yang diambilnya.

Beserta kemungkinan ahli dan pimpinan Perkasa akan menyertai PPBM itu, Ibrahim Ali turut dikhabarkan akan diberikan salah satu jawatan kanan dalam parti itu.

Bagaimanapun, sikap dan pendirian Ibrahim Ali mula berubah apabila Tun Mahathir bertemu dan bersalaman dengan Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi pada 5 September lalu.

Dengan berbaiknya semula Tun Mahathir dengan Anwar setelah lebih 18 tahun bermusuhan dan tidak bertemu, Ibrahim dikatakan mula merasa terpinggir kerana beliau sebelum ini kerap menghentam Ketua Umum PKR itu, termasuk dalam buku biografinya yang bertajuk "Perjuangan Tanpa Noktah."

Buku tersebut, edisi bahasa Melayu dilancarkan oleh Tun Mahathir, manakala edisi bahasa Inggeris dengan tajuk "The Misunderstood Man" pula oleh Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali pada 5 Jun lalu.

Susulan itu, Ibrahim kemudian mempersoalkan hala tuju PPBM dengan menyifatkan kesediaan Tun Mahathir menjalin hubungan semula dengan Anwar dan berbaik-baik DAP telah menimbulkan seribu tanda-tanya.

Bagaimanapun, pendirian Ibrahim Ali itu tidak diterima oleh sebahgaian besar ahli dan pimpinan Perkasa pelbagai peringkat kerana mereka menyifatkan berpadu tenaga dan saling bekerjasama untuk menyingkirkan Najib adalah keutamaan semua pihak demi kepentingan rakyat dan negara.

Sejak itu, Perkasa tidak lagi padu seperti dulu dan Ibrahim Ali seolah-olah umpama panglima perang yang tidak lagi mempunyai ramai askar. Ini berikutan semua yang memilih untuk menyertai PPBM adalah daripada kalangan mereka yang selama ini dikenali vokal serta aktif bersama masyarakat.

Berdasarkan sambutan masyarakat terhadap PPBM, termasuk ahli dan pimpinan Perkasa sendiri, Ibrahim kini mula digamit kebimbangan. Dalam waktu terdekat ini, antara kerisauan beliau ialah mengenai jumlah kehadiran dalam Perhimpunan Agung Tahunan Perkasa pada November ini yang dijangka diadakan di sebuah stadium di ibu kota.

Untuk beralih sepenuhnya menyokong Najib dan kerajaan, Ibrahim dikatakan sedar ia bukanlah langkah yang popular kerana majoriti rakyat sendiri semakin menolak dan menjauhi UMNO dan BN.

Langkah terbaik ialah memulihkan semula hubungan beliau dan Perkasa dengan Tun Mahathir. Bagi tujuan itu, esok iaitu Khamis, 6 Oktober, Ibrahim dikhabar mempunyai jadual pertemuan dengan Tun Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.

Dijangka pertemuan tersebut bukan saja bertujuan untuk memulihkan semula hubungan yang telah renggang itu, malah juga difahamkan untuk menjemput Tun Mahathir merasmikan Perhimpunan Agung Perkasa pada November ini.

Soalnya, apakah Tun Mahathir bersetuju untuk merasmikan Perhimpunan Agung Perkasa dan tidak "berasa hati"  kepada Ibrahim Ali yang tiba-tiba dengan garang mempersoalkan hala tuju PPBM, baru-baru ini?

Jika Tun Mahathir bersetuju pula, apakah ia akan dituruti dengan penyertaan Ibrahim ke dalam PPBM?

Apa pula jawatan tertentu dalam PPBM  yang akan diberikan kepada Ibrahim Ali?


Apa jadi kalau penyokong BERSIH 5 yang buat kecoh?

Posted: 05 Oct 2016 06:26 AM PDT

lim kit siang

Roketkini.com 


KUALA LUMPUR: Polis digesa menyegerakan siasatan dan bertindak terhadap kekecohan yang ditimbulkan gerombolan Baju Merah terhadap peserta konvoi BERSIH 5 di Teluk Intan baru-baru ini.

"Sudah lebih 72 jam sejak kekecohan kumpulan Baju Merah itu berlaku di Teluk Intan tetapi kita tidak dengar sebarang 'bunyi' dari Ketua Polis Negara atau mana-mana pegawai tinggi polis.

"Apa yang telah dilakukan Ketua Polis Negara sepanjang tiga hari lalu untuk melindungi hak masyarakat sivik untuk berhimpun secara aman?" soal Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dalam kenyataan semalam.

Menurut beliau, apa yang pasti jika peserta konvoi BERSIH 5 yang melakukan kekecohan, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar akan memberi arahan segera supaya mereka menyerah diri atau memburu mereka dalam tempoh 24 jam.

"Apa akan berlaku jika penyokong BERSIH 5 bertindak liar dan provokatif sebagaimana tingkah laku gerombolan Baju Merah di Teluk Intan Sabtu lalu?" soalnya.

Sebaliknya, polis di Johor Baru pula bertindak mengikut lunas undang-undang dengan memberikan perlindungan sewajarnya kepada peserta konvoi BERSIH 5 di sana.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu turut menyelar tindakan Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan Mansor yang membela tindakan gerombolan Baju Merah itu dengan mendesak BERSIH 5 dan kumpulan Baju Merah supaya "waras dan bekerjasama sebagai rakyat Malaysia untuk mengekalkan perpaduan negara".

Sedangkan kata Kit Siang, kumpulan Baju Merah pro-Najib dan BN itu telah melanggar tatasusila, hak malah melanggar undang-undang dengan gangguan untuk menakutkan penyokong BERSIH 5.

Tindakan ganas penyokong Baju Merah itu turut mendapat kecaman dari sepuluh badan masyarakat sivik melalui jurucakapnya Datuk A.Samad Said.

Mereka turut mendesak Ketua Polis Negara menjalankan siasatan segera dan bertindak menahan mereka yang mencetuskan kekecohan tersebut. – Roketkini.com 


MIC mahu 4 kerusi DUN Perak kekal milik parti pada PRU14

Posted: 05 Oct 2016 05:03 AM PDT

 
 
S. Subramaniam
S. Subramaniam
 
 
Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, parti
 
MIC akan menuntut empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
 
Presidennya, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, permintaan itu akan dikemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
 
"Dalam beberapa PRU sebelum ini MIC diperuntukkan 4 kerusi DUN di negeri itu dan ia harus dikekalkan kali ini.
 
"MIC komited untuk terus berjuang bagi menjamin kemenangan BN sekali lagi di Perak pada PRU akan datang," katanya pada majlis perasmian Konvensyen Perwakilan MIC Perak.
 
MIC tewas pada setiap kerusi yang dipertandingkan di Perak sejak PRU 2008 lalu.
 
Bagi mengatasi masalah itu, Menteri Kesihatan itu meminta pemimpin dan hali parti menggembleng tenaga dan bekerja keras untuk kemenangan MIC dan BN.
 
"Walaupun PRU 13 lalu MIC sekali lagi gagal menang sebarang kerusi DUN di Perak, tetapi masih berupaya menerima wakil komuniti India di negeri itu menerusi pelantikan Datuk Elango sebagai penasihat khas hal ehwal India kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.
 
"Berbanding jawatan itu, kemenangan di kerusi DUN pada PRU akan datang adalah lebih penting untuk terus mewakili suara komuniti India di negeri itu," katanya.
 
 

Pas Terengganu tidak setuju cadangan PPBM tanding kawasan BN menang-

Posted: 05 Oct 2016 05:03 AM PDT

 
Dr. Azman Ibrahim
Dr. Azman Ibrahim


Cadangan tidak waras, kata Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Pas Terengganu, Dr. Azman Ibrahim berhubung cadangan Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) diberi laluan bertanding di kawasan Barisan Nasional (BN).

Beliau antara satu-satunya pemimpin Pas yang setakat ini tidak bersetuju dengan cadangan Presiden PPBM itu, sambil menyifatkan pertandingan sesebuah parti dalam Pilihan Raya Umum (PRU) adalah suatu yang serius, bukan boleh dipermainkan.

Dr. Azman turut mempersoalkan siapa Muhyiddin untuk membuat cadangan itu, sedangkan PPBM adalah sebuah parti yang baharu ditubuhkan.

"Belum pun sampai setahun jagung (penubuhan PPBM) sudah mencadangkan itu ini, termasuk yang tidak masuk akal iaitu nak bertanding kawasan dimenangi BN.

"Cadangan itu tidak waras. PPBM letak calon pun belum tentu dapat kalahkan calon BN," katanya.

Menurut Dr. Azman, beliau mempunyai pengalaman bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi, Kuala Terengganu melawan calon BN dan menyifatkan tidak semudah itu untuk PPBM mengalahkannya.

"Pas ada cawangan, markas, jentera dan ada program yang berterusan di kawasan BN, tapi bila bertanding (Pas) tak pernah menang. Inikan pula parti baharu seperti PPBM," katanya.

Muhyiddin ketika berucap di Kemaman malam kelmarin dilaporkan berkata, partinya sedia bekerjasama dan berunding dengan Pas termasuk pembahagian kerusi pilihan raya.

Kata bekas Timbalan Perdana Menteri itu, PPBM bukan hendak mengambil alih kerusi yang sudah dimenangi Pas, tetapi kerusi yang dimenangi UMNO itu diberikan kepada partinya.

Menurut Dr. Azman, beliau secara peribadi membantah cadangan itu, tetapi menyerahkan kepada pimpinan peringkat pusat untuk mencari kaedah terbaik untuk parti dan ahli. - MalaysiaGazette


Fenomena air pasang pusingan kedua lebih besar 15 Okt.

Posted: 05 Oct 2016 05:03 AM PDT

 
 
Fenomena air pasang yang berlaku pada 19 September lalu
Fenomena air pasang yang berlaku pada 19 September lalu

Pejabat Tanah Daerah Klang (PTDK) mengarahkan penduduk yang tinggal berhampiran pesisiran pantai melibatkan Klang, Kuala Langat, Sepang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam agar bersiap sedia menghadapi fenomena air pasang besar pusingan kedua yang dijangka bermula 15 Oktober ini.

Selain itu, PTDK selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Daerah juga mengarahkan beberapa agensi terlibat seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor, Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri membuat persediaan mulai sekarang.

Jurucakap PTDK berkata, arahan persediaan menghadapi bencana peringkat tinggi berkaitan fenomena air pasang besar itu dikeluarkan kelmarin, berikutan kejadian itu dijangka lebih besar daripada 19 September lalu.

"Berdasarkan jadual pasang surut air laut, beberapa kawasan di daerah Klang, Kuala Langat, Sepang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam diletakkan dalam persediaan peringkat tinggi bermula 15 Oktober ini.

"Mengikut jadual itu juga, kita meramalkan pasang surut air laut di Pelabuhan Klang dan paras air laut diramal berada pada paras tertinggi dari 16 hingga 19 Oktober," katanya dalam kenyataan kepada media di sini, semalam.

Dalam kejadian fenomena air pasang besar 19 September lalu, sebanyak 13 kawasan di lima daerah di Selangor dilanda banjir kilat yang menyebabkan lebih 400 penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan banjir sementara.

Menurut jurucakap itu lagi, antara kawasan berisiko tinggi mengalami banjir akibat limpahan air laut dari 15 hingga 21 Oktober ini ialah Sungai Serdang, Bandar Klang, Taman Melawis, Kampung Tok Muda, Pandamaran, Taman Selat Damai, Kampung Sungai Pinang, Kampung Sungai Lima dan Pulau Ketam di daerah Klang.

Diikuti, Kampung Sungai Air Tawar dan Sungai Tengar di Sabak Bernam; Pasir Penambang, Bagan Pasir dan Pantai Remis di Kuala Selangor; pesisiran Pantai Bagan Lalang di Sepang; dan Pantai Kelanang serta pesisir Pantai Tanjung Sepat di Kuala Langat.

Serentak itu katanya, pihaknya akan melaksanakan simulasi kecemasan bermula 15 Oktober ini termasuk pemantauan pesisir pantai oleh polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

"Setiap aset bagi kegunaan, operasi pemindahan, mencari dan menyelamat juga akan ditempatkan di lokasi strategik, manakala pusat pemindahan akan dibuka bermula jam 2 petang pada 15 Oktober bagi menggalakkan pemindahan secara sukarela oleh penduduk di kawasan berisiko tinggi.

"Bilik Gerakan Bencana Daerah dibuka 24 jam bermula jam 2 petang pada 15 Oktober dan Pusat Kawalan Operasi Bencana melibatkan polis, bomba dan APM juga dibuka di kawasan selamat berhampiran penempatan berisiko tinggi.

"Sistem perparitan JPS, JKR dan PBT serta benteng pesisir pantai juga akan dipastikan berada dalam keadaan baik," ujarnya.

Semua arahan itu, kata jurucakap berkenaan, berkuatkuasa 15 hingga 21 Oktober. Orang ramai boleh menghubungi talian 03-55447324 bagi Bilik Gerakan Bencana Negeri dan 03-80642400 untuk Pusat Kawalan Bencana Negeri. - MalaysiaGazette

Amanah Melaka serah surat bantahan persempadanan baru kawasan pilihan raya

Posted: 05 Oct 2016 04:44 AM PDT

MALAYSIA DATELINE
 
 
Sofi Wahab (tiga dari kiri) dan beberapa pemimpin Amanah negeri  menyerahkan surat Bantahan Awal Persempadanan Baru kepada wakil  SPR semalam. Sofi Wahab (tiga dari kiri) dan beberapa pemimpin Amanah negeri menyerahkan surat Bantahan Awal Persempadanan Baru kepada wakil SPR semalam.


Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Melaka membuat bantahan awal kepada persempandanan baru kawasan pilihan raya negeri itu kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Naib Pengerusinya, Sofi Wahab telah menyerahkan Surat Bantahan Awal Persempadanan Baru Kawasan Pilihanraya ke Pejabat Suruhanjaya Pilihanraya Negeri Melaka di Wisma Persekutuan sebagai seorang pengundi yang berdaftar di Parlimen Bukit Katil.

Menurut kandungan Surat Bantahan yang pertama yang dikemukakan oleh Sofi, beliau menyatakan bahawa sebagai seorang pengundi berdaftar yang sah beliau berhak untuk membuat satu representasi, bersama dengan 99 pengundi yang lain, untuk membantah syor-syor yang dicadangkan pada atau sebelum 4 Oktober 2016.

Beliau menyatakan pada 16hb September 2016 lalu, beliau telah mengunjungi Pejabat Pos Besar di Bukit Baru, Melaka dan telah memeriksa peta dan dokumen yang dipaparkan oleh SPR dan beliau juga telah memuat turun salinan digital yang sama daripada laman web SPR.

Namun beliau tidak dapat melaksanakan haknya untuk membantah kerana maklumat yang diberikan adalah tidak mencukupi untuk menilai syor-syor yang dikemukakan oleh SPR dan seterusnya tidak dapat membuat bantahan yang bermakna (informed objection).

"Saya percaya para pengundi berdaftar yang lain berhak untuk mendapatkan maklumat yang disenaraikan, demi untuk mencapai kesimpulan yang bermakna (informed conclusion) sama ada SPR telah mematuhi Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan.

"Demi mematuhi Seksyen 2(a)- Peta yang memaparkan semua daerah-daerah mengundi. Syor-syor yang dicadangkan tidak menunjukkan daerah mengundi dan sempadan berkenaan.

"Saya tidak dapat menentukan sama ada SPR telah memastikan "semua pemilih diberi peluang yang semunasabahnya mudah untuk pergi mengundi" ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya lagi, demi mematuhi Seksyen 2(b) - mengenai Peta yang memaparkan semua kemudahan pentadbiran. Syor-syor yang dicadangkan tidak menunjukkan sebarang kemudahan pentadbiran.

"Oleh sebab itu, saya tidak dapat menentukan bahawa SPR telah memberikan sebarang pertimbangan terhadap "kemudahan pentadbiran yang boleh didapati di dalam bahagian pilihanraya itu bagi mengadakan jentera pendaftaran dan pengundian yang perlu," terangnya.

Justeru katanya lagi, demi mematuhi Seksyen 2(c) - Maklumat-maklumat di bawah diperlukan:

a) Jadual untuk membandingkan pengundi-pengundi yang berada di setiap kawasan pilihanraya (lama dan baru) dan setakat mana perselisihan antara angka purata pengundi (Hasil Bahagi Pilihanraya atauElectoral Quotient) bagi setiap kawasan pilihanraya Parlimen dan Negeri,

b) Semua fakta dan sebab yang mengakibatkan SPR tidak dapat menghasilkan angka pengundi di setiap kawasan pilihanraya Negeri adalah lebih kurang sama banyak.

c) Kategori-kategori kawasan pilihanraya yang telah ditentukan oleh SPR dalam memberikan ukuran pewajaran bagi kawasan patutlah diberikan kepada bahagian-bahagian pilihanraya" dan sama ada langkah tersebut mengambil kira keluasan kawasan tanah, geografi, jalanraya, landasan keretapi, pengangkutan air dan komunikasi.

d) Peta yang menunjukkan kemudahan-kemudahan tersebut dan keluasan kawasan tanah bagi setiap kawasan pilihanraya.

e) Demi mematuhi Seksyen 2(d) - Asas untuk peralihan daerah mengundi daripada satu kawasan pilihanraya ke kawasan pilihanraya yang lain.

f) Demi mematuhi Seksyen 3 - Salinan digital daftar pengundi untuk perneriksaan awam supaya pengundi dapat memastikan kawasan pilihanraya masing-masing dan bakal pembantah-pembantah dan

g) Demi mematuhi Seksyen 4- Penjelasan tentang mengapa kesan syor-syor yang dicadangkan telah mengakibatkan jumlah pengundi yang tidak seimbang(malapportionment) semakin ketara,
Menurutnya lagi memandangkan hanya terdapat satu bulan untuk membuat bantahan, semua maklumat di atas sepatutnya mudah untuk didapati dan dalam bentuk yang ketara dan ringkas.

Beliau dimaklumkan bahawa SPR mempunyai Electoral Geographical Information System dan beliau berpendapat maklumat digital tersebut sepatutnya diberikan akses kepada orang awam supaya pengundi sepertinya dapat membuat membuat keputusan yang bermakna (informed decision) dalam jangka masa singkat yang diberikan untuk menentukan samada SPR telah mematuhi keperluan perlembagaan.

Sofi turut mencadangkan supaya semua maklumat yang dinyatakan di atas dapat disiarkan secara dalam talian melalui lamanweb SPR dan disediakan di semua pusat pemaparan SPR dalam jangkamasa 96 jam memandangkan tarikh akhir bantahan yang semakin suntuk.

Di dalam surat yang berasingan, Sofi juga meminta SPR memberikan penjelasan dan penerangan mengenai Notis yang dikemukakan oleh SPR di bawah Seksyen 4, Bahagian II Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan yang diterbitkan pada 15hb September 2016 iaitu merujuk kepada Borang Bantahan Urusan Kajian Sernula Persempadan Bahagian Pilihanraya.

Memandangkan bahawa pengundi sepertinya hanya diberikan satu bulan untuk membuat bantahan, beliau memohon penerangan terhadap perkara-perkara berikut yang mengelirukan:

Untuk Perkara 2 dan 3 dalam borang tersebut, samada para pemilih mencatatkan nama kawasan pilihanraya yang dicadangkan atau pun nama kawasan pilihanraya yang telah wujud selama ini?

Untuk Perkara 4 dalam borang tersebut, Sofi persoalkan samada pembantah ditentukan berdasarkan kawasan pilihanraya yang dicadangkan atau pun dalam kawasan pilihanraya yang telah wujud selama ini?

Jika adalah berdasarkan kawasan pilihanraya yang dicadangkan, bagaimanakah pemilih membandingkan kawasan pilihanraya pengundi sekarang dengan kawasan pilihanraya yang dicadangkan untuk menentukan jika mereka layak untuk membantah? dan

Didapati bahawa terdapatnya kolum untuk nombor telefon dan alamat emel. Selain daripada 3 orang wakil, adakah ianya wajib untuk semua pembantah untuk memberikan nombor telefon dan emel.

Sofi menyatakan bahawa terdapat pembantah yang mungkin tidak mempunyai alamat emel atau pun nombor telefon. Selain itu, ini menimbulkan isu samada maklumat ini adalah relevan dalam hak perlembagaan untuk membantah terhadap persempadanan.

Memandangkan bahawa tarikh akhir untuk membuat bantahan kian mendekati, Sofi meminta supaya perkara-perkara di atas dijelaskan dalam 48 jam, dan beliau akan merujuk kepada kawasan pilihanraya yang telah wujud selama ini, bersama dengan kawasan pilihanraya baru, dalam kurungan (xxxxxxxxxxxx) untuk tujuan catatan dan pengenal pastian kedudukan pembantah. Tindakan ini adalah selaras dengan rasional bahawa syor-syor yang dicadangkan oleh SPR hanya adalah cadangan sahaja dan cadangan tersebut masih belum disahkan oleh Dewan Rakyat dan menurut Sofi pembantah tidak perlu memberi maklumat tentang nombor telefon dan alamat emel.

Utusan kesal laporannya, bayar Anwar gantirugi RM50,000

Posted: 05 Oct 2016 04:28 AM PDT

BORHAN AHMAD
 
 
Anwar melambaikan tangan kepada orang ramai ketika di bawa ke mahakamah bagi menyelesaikan kesnya dengan Utusan.Anwar melambaikan tangan kepada orang ramai ketika di bawa ke mahakamah bagi menyelesaikan kesnya dengan Utusan.


Saman fitnah RM100 juta Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas Utusan Melayu diselesaikan secara baik selepas syarikat akhbar milik Umno itu membaca kenyataan kesalnya dan akan disiarkan dalam akhbar itu  dalam masa dua minggu dari tarikh persetujuan hari ini.

Penyelesaian itu direkodkan oleh Hakim Datuk Noraini Abdul Rahman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Utusan menerusi laporan bertarikh 2 Mac 2013 mendakwa Anwar ialah dalang dalam (pencerobohan) Lahad Datu.

"Kami faham laporan yang memetik Manila Times serta Inquirer News itu tidak berasas dan berlaku tidak adil terhadapnya.

"Kami kini menyuarakan kekesalan kami kepadanya kerana laporan itu sudah memalukan dan menyebabkan beliau tertekan," kata peguam Utusan, Wan Azmir Wan Majid ketika membacakan penghakiman persetujuan kepada hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Noraini Abdul Rahman, hari ini.

Noraini berkata, menyelesaikan tuntutan mahkamah itu lebih baik daripada meneruskannya.

Anwar diwakili oleh peguam Datuk S Ambiga manakala Utusan oleh Wan Aziz Wan Majid.

Ia berhubung laporan yang mengaitkan bekas ketua pembangkang itu dengan isu pencerobohan oleh sekumpulan lelaki asing bersenjata di Lahad Datu, Sabah pada Mac, 2013.

SPRM jumpa wang tunai RM50j di rumah pegawai GLC

Posted: 05 Oct 2016 04:19 AM PDT


SPRM jumpa wang tunai RM50j di rumah pegawai GLC


SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjumpai wang tunai yang dianggarkan hampir RM50 juta di dalam sebuah rumah salah seorang pegawai kanan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Sabah dalam serbuan ke rumahnya semalam.

Sumber berkata, selain itu, SPRM juga menemui wang tunai dalam jumlah yang besar dalam salah sebuah kenderaan milik suspek.

"Siasatan awal mendapati salah seorang suspek yang merupakan ketua kepada suspek kedua ini mempunyai bilik khas untuk menyimpan wang berkenaan.

"Dia tidak menyimpan dalam bank, sebaliknya menyimpan wang tunai di rumah. Terdapat juga sejumlah besar barang kemas dan jam tangan pelbagai jenama," katanya kepada Sinar Harian.

Siasatan dilakukan berikutan SPRM menahan dua pegawai berkenaan kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dengan memonopoli dan memberikan projek-projek yang dikendalikan jabatan tersebut kepada sanak saudara mereka.

Kedua-duanya yang berusia 54 dan 51 itu ditahan di pejabat mereka di Kota Kinabalu, Sabah kira-kira pada jam 9.15 pagi semalam.

Semalam, SPRM turut merampas wang tunai bernilai lebih kurang RM3 juta yang disimpan dalam peti besi di pejabat salah seorang pegawai kanan itu.

Kedua-dua pegawai kanan yang berjawatan pengarah dan timbalan pengarah di jabatan kerajaan yang mengendalikan projek-projek pembinaan infrastruktur asas bernilai lebih RM3.3 bilion sejak tahun 2010 itu telah memonopoli kesemua projek dan diserahkan kepada adik-beradik mereka.

Hasil penyalahgunaan kuasa ini yang dipercayai bermula sejak tahun 2010 hingga kini, siasatan awal mempercayai mereka telah mengumpul harta kekayaan melebihi RM50 juta.

Sementara itu, seorang lagi suspek ditemukan wang tunai berjumlah hampir RM3 juta, dan simpanan dalam akaun bernilai puluhan juta ringgit.

Difahamkan, SPRM juga akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadap mereka berdua hari ini di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu.

Susulan tangkapan ini, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Datuk Azam Baki akan mengadakan sidang media khas di Kota Kinabalu petang ini.


Satu keperluan untuk saya nyatakan sokongan pada Anwar - Muhyiddin Yassin

Posted: 05 Oct 2016 04:11 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic



KEMASKINI-  KUALA LUMPUR: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin melihat kehadirannya ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah satu keperluan.
Ujarnya, Anwar adalah pemimpin de facto PKR justeru adalah perlu untuk dirinya datang zahirkan sokongan agar hubungan baik boleh terjalin seterusnya menjamin agenda politiknya, untuk menjayakan kerjasama dengan parti pembangkang.
Muhyiddin kini giat mengadakan program dengan pemimpin parti pembangkang yang lain untuk memastikan semua parti pembangkang bersatu bagi berdepan dengan Umno Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), akan datang.

"Saya datang untuk bagi sokong moral pada Datuk Seri Anwar.  Sudah lama tak jumpalah.

"Lebih-lebih beliau (Anwar)  adalah de facto PKR. Saya rasa penting sebagai presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, hubungan itu kita jalinlah supaya kerjasama yang kita harapkan terjalin akan jadi satu kenyataan.

"Alhamdullillah, saya fikir itu sentimen yang saya dapat rasa. Hari ini pun ramai kawan-kawan yang hadir. Kita harap kerjasama yang nak kita jalin untuk satu pakatan yang kukuh untuk hadapi BN dapat kita laksanakan," ujarnya kepada pemberita selepas meluangkan masa sekitar 30 minit bersama Anwar, hari ini.

Turut hadir mengiringi Muhyiddin adalah Naib Presiden PKR, Tian Chua, Pengarah Pilihan Raya PKR, Datuk Saifuddin Nasution,  ADUN Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar dan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar.

Muhyiddin pada Sabtu lalu, tampil buat kali pertama dalam ceramah anjuran PAS di Kemaman, Terengganu.

Dalam ucapannya, Muhyiddin juga mengajak PAS untuk bersatu di bawah satu pakatan dengan parti pembangkang yang lain, untuk menewaskan Umno BN.

Terdahulu Muhyiddin aktif berceramah di atas pentas Pakatan Harapan, berhubung gesaan yang sama.

Pegangan Muhyiddin itu senada dengan Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang mahukan parti pembangkang bergabung.

Ujarnya kegagalan parti pembangkang bergabung menyebabkan mereka tidak berupaya mengambil alih tampuk pemerintahan daripada Umno BN, sejak 59 tahun lalu.




YDPA tidak yakin dengan tuntutan Deklarasi Rakyat, kata Dr Mahathir

Posted: 05 Oct 2016 04:02 AM PDT


Post Pic
 
 
 
PUTRAJAYA: Yang Dipertua Agong (YDPA) tidak yakin dengan gerakan Deklarasi Rakyat (DR) yang mahu menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak, sebagai perdana menteri justeru membuat ketetapan menolak tuntutan itu.
  
Demikian penjelasan, penaja deklarasi itu, Tun Mahathir Mohamad ketika ditanya pemberita apakah maklum balas YDPA berhubung perkara itu, selepas beliau dan pengikutnya mengadap Tunku Abdul Halim Mu'adzam Shah, di Istana Anak Bukit, Alor Setar, 16 September lalu.
 
"Agong ajukan soalan kepada saya tentang peruntukan undang-undang dan perkara lain, saya jelaskan tetapi di akhir perbincangan saya tidak dapat yakinkan Baginda untuk bertindak (kepada Datuk Seri Najib)," katanya dalam satu sidang media hari ini di Yayasan Kepimpinan Perdana.
 
Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata YDPA jelas akan niat Deklarasi Rakyat itu dibuat malah bersetuju usaha yang digerakkannya tidak bertentangan dengan Perlembangaan Persekutuan.
 
"Apa yang kami inginkan tidak boleh diteruskan, kenapa saya tidak boleh beritahu. Mungkin sebab Agong fikir baginda tidak ada kuasa. Tapi kami telah tunjukkan bahawa baginda ada kuasa," katanya lagi.
 
16 September lalu, Dr Mahathir mengadap YDPA dan menyerahkan 1.2 juta tandatangan dalam Deklarasi Rakyat bagi mendesak Najib meletak jawatan, dengan ditemani bekas Naib Pengerusi Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.
 
"Agong tidak kata bahawa langkah Deklarasi Rakyat ini bercanggah dengan Perlembangaan Persekutuan. Apa yang kami kemukakan adalah kami tidak akan lalukan ini jika proses undang-undang tidak berjalan di Malaysia. 
 
"Saya terangkan kepada Agong, kita sepatutnya mengadakan undi tidak percaya tapi dia (Najib) punya majoriti, jadi kami tidak boleh kemukakan undi tidak percaya," jelas beliau.
 
Malah beliau turut mengutuskan sepucuk surat kepada Majlis Raja-raja (MRR) bagi mempertimbangkan langkah Deklarasi Rakyat untuk dipertimbangkang oleh Majlis Raja-raja bakal mengadakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Yang Ke-242 pada 11 Oktober depan.
 
"Kita akan tunggu sehingga mereka (Majlis Raja-raja) buat keputusan lepas itu kita akan fikir tentang apa yang akan kita uruskan teruskan usaha kita untuk singkirkan kerajaan Najib," katanya lagi.
 
Najib sebelum ini berkata YDPA sudah menjelaskan kepada Dr Mahathir bahawa baginda tidak boleh mencampuri usaha yang dibuat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
 
Ini kerana jelas Najib, deklarasi yang dibuat PPBM tidak mengikut perlembagaan dan sebarang tindakan sepatutnya diuruskan menurut amalan lazim iaitu melalui Parlimen dan sistem pilihan raya bagi rakyat membuat keputusan.
 
 

Hilang lagi sebutir permata .

Posted: 05 Oct 2016 03:58 AM PDT

Kembali sertai Umno? Ini jawapan Mukhriz

Posted: 05 Oct 2016 03:53 AM PDT

Mukhriz
Mukhriz


KUALA LUMPUR - Naib Presiden, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak berminat kembali kepada Umno walaupun parti itu sentiasa bersikap terbuka menerima mana-mana individu menjadi ahli.

"Saya nak tergelak ke terkejut dengan kenyataan itu. Saya dipecat bukan keluar daripada parti, dan beliau adalah Ketua Penerangan Umno.

"Kalau Presiden parti sendiri pernah menawarkan jawatan Timbalan Menteri dan dia kata lepas tiga empat bulan boleh diangkat sebagai menteri penuh bagi mengganti jawatan saya sebagai menteri besar, itu pun saya tolak apa lagi satu tawaran dari seorang ketua penerangan," kata Mukhriz selepas sidang media isu cadangan jawatan Perdana Menteri Malaysia dihadkan selama dua penggal, di sini, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: 'Kalau Ku Li Umno terima kembali, tambahlah Mukhriz']

Semalam, Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa menyatakan kesediaan Umno untuk menerima ahli, termasuk Mukhriz sekiranya masih berhasrat kembali ke pangkuan Umno.

Jelas Mukhriz, Bersatu bukan sebuah parti sementara yang kononnya akan kembali ke pangkuan Umno seperti mana berlaku dalam parti-parti sebelum ini.

Sebelum ini, blogger, Raja Petra Kamarudin menulis, sekiranya Mahathir ingin melihat Mukhriz menjadi perdana menteri, Mukhriz perlu kembali menyertai Umno.


"Kami akan kekal, masa untuk Umno telah tamat, kami akan menggantikan peranan yang dipegang oleh Umno selama ini,"katanya.

PDRM tarik balik notis rayuan pembebasan Sanjeevan

Posted: 05 Oct 2016 03:47 AM PDT

PDRM tarik balik notis rayuan pembebasan Sanjeevan
Sanjeevan (kiri) dan Gobind di luar mahkamah.
 
 
PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan hari ini membatalkan rayuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membebaskan Pengerusi Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), Datuk R Sri Sanjeevan daripada tahanan reman mengikut Akta Pencegahan Jenayah 2013 (Poca), Julai lalu.

Keputusan itu dibuat oleh lima panel hakim yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria selepas membenarkan permohonan Peguam Kanan Persekutuan, Muhammad Sinti menarik balik rayuan itu.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pengurusan kes Pengerusi Mywatch 14 Oktober]

Terdahulu, Muhammad yang mewakili pegawai penyiasat Asistan Superintandan E K Poonnam dan Ketua Polis Negara sebagai perayu memaklumkan pihaknya tidak berhasrat untuk meneruskan dan menarik balik rayuan tersebut.

Di luar mahkamah, Gobind Singh Deo yang mewakili Sanjeevan berkata, beliau tidak dimaklumkan alasan penarikan balik rayuan itu.

"Kami hanya dimaklumkan mereka ingin menarik balik permohonan rayuan itu sahaja," katanya.

Pada 26 Julai lalu, mahkamah tinggi mengarahkan Sanjeevan dilepas dan dibebaskan daripada perintah tahanan reman selama 21 hari yang dikenakan selepas membenarkan permohonan habeas corpus yang dikemukakan Sanjeevan bagi mencabar penahanannya.

Tiada ulasan: