Selasa, 25 Oktober 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Husni lupa daratan selepas keluar parti, kerajaan

Posted: 25 Oct 2016 07:16 AM PDT


Mohd Fasiah Mohd Fakeh
Mohd Fasiah Mohd Fakeh


"Janganlah nanti kepada menteri-menteri dan timbalan-timbalan menteri apabila tidak ada dalam kerajaan, tiba-tiba membuat u-turn, sedangkan dasar itu adalah dasar yang beliau cadangkan semasa dalam kerajaan,".
Demikian ungkapan peringatan daripada Ahli Parlimen Sabak Bernam, Mohd Fasiah Mohd Fakeh ketika mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2017 di Parlimen hari ini.
Beliau membuat peringatan itu, selepas ada seorang bekas menteri mempersoalkan bajet yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isu 1Malaysian Development Berhad (1MDB).
Tanpa menamakan bekas menteri itu, tetapi jelas Mohd Fasiah menujukan sindiran itu kepada bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang mempersoalkan kenapa 1MDB ditubuhkan dan tujuannya ketika beliau tidak lagi sebagai anggota Kabinet.
Pada masa sama, beliau memuji Tan Sri Noh Omar walaupun tidak dilantik sebagai menteri sebelum ini, tetap masih setia kawan mempertahankan kerajaan dan parti.
"Pemimpin seperti Noh ini yang perlu ada dalam parti dan kerajaan sebab dia tidak memberontak kepada kerajaan walaupun tidak disambung perkhidmatannya sebagai menteri.
"Hasil berkat kesabarannya yang tinggi dan komitmennya kepada parti serta kerajaan, telah membuka pintu hati Perdana Menteri untuk mengambil semula berada dalam Kabinet," katanya.
Mohd Fasiah turut memberitahu, kepada menteri dan timbalan menteri yang tidak dilantik lagi, apabila mereka berehat, pucuk kepimpinan dan jentera parti akan berterusan memberi sokongan.
"Saya merakamkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada Tanjung Karang, walaupun beliau tidak dilantik menjadi menteri tempoh hari, dia masih lagi setia kawan untuk mempertahankan BN," katanya.
Beliau turut memuji Najib bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi adalah gandingan mantap dalam membawa kerajaan Malaysia pada landasan yang betul dan menjadi negara disegani dunia. - MalaysiaGazette

Husni lupa daratan selepas keluar parti, kerajaan

Posted: 25 Oct 2016 07:16 AM PDT


Mohd Fasiah Mohd Fakeh
Mohd Fasiah Mohd Fakeh
"Janganlah nanti kepada menteri-menteri dan timbalan-timbalan menteri apabila tidak ada dalam kerajaan, tiba-tiba membuat u-turn, sedangkan dasar itu adalah dasar yang beliau cadangkan semasa dalam kerajaan,".
Demikian ungkapan peringatan daripada Ahli Parlimen Sabak Bernam, Mohd Fasiah Mohd Fakeh ketika mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2017 di Parlimen hari ini.
Beliau membuat peringatan itu, selepas ada seorang bekas menteri mempersoalkan bajet yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isu 1Malaysian Development Berhad (1MDB).
Tanpa menamakan bekas menteri itu, tetapi jelas Mohd Fasiah menujukan sindiran itu kepada bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang mempersoalkan kenapa 1MDB ditubuhkan dan tujuannya ketika beliau tidak lagi sebagai anggota Kabinet.
Pada masa sama, beliau memuji Tan Sri Noh Omar walaupun tidak dilantik sebagai menteri sebelum ini, tetap masih setia kawan mempertahankan kerajaan dan parti.
"Pemimpin seperti Noh ini yang perlu ada dalam parti dan kerajaan sebab dia tidak memberontak kepada kerajaan walaupun tidak disambung perkhidmatannya sebagai menteri.
"Hasil berkat kesabarannya yang tinggi dan komitmennya kepada parti serta kerajaan, telah membuka pintu hati Perdana Menteri untuk mengambil semula berada dalam Kabinet," katanya.
Mohd Fasiah turut memberitahu, kepada menteri dan timbalan menteri yang tidak dilantik lagi, apabila mereka berehat, pucuk kepimpinan dan jentera parti akan berterusan memberi sokongan.
"Saya merakamkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada Tanjung Karang, walaupun beliau tidak dilantik menjadi menteri tempoh hari, dia masih lagi setia kawan untuk mempertahankan BN," katanya.
Beliau turut memuji Najib bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi adalah gandingan mantap dalam membawa kerajaan Malaysia pada landasan yang betul dan menjadi negara disegani dunia. - MalaysiaGazette

Status subsidi minyak masak diumum esok

Posted: 25 Oct 2016 07:13 AM PDT

 
 
Hamzah Zainuddin
Hamzah Zainuddin


Pengumuman mengenai status subsidi minyak masak akan diumumkan secara rasmi oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin esok.

Sidang media khas itu akan diadakan di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan kira-kira jam 10.30 pagi esok.

Hamzah yang ditemui media selepas Majlis Penghargaan Atlet Paralimpik Rio 2016, Amazing Heroes tengahari tadi enggan memberi bayangan sama ada subsidi minyak masak itu akan dikekalkan atau tidak.

Sebaliknya, beliau berulang kali menegaskan bahawa kerajaan prihatin dengan keadaan semasa rakyat dan akan membuat keputusan terbaik bagi kepentingan semua pihak dan dalam masa yang sama mencari jalan supaya subsidi minyak masak tidak disalahgunakan.

"Minyak masak ini baharu sahaja diserahkan kepada kementerian kami dan apabila saya mengambil alih isu ini, saya memang sedar terdapat banyak ketirisan yang berlaku ke atas subsidi minyak masak.

"Jadi kami melihat langkah rasionalisasi mungkin mampu membendung masalah tersebut.

"Namun perlu diingatkan bahawa saya sering menekankan kementerian ini adalah sebuah kementerian yang prihatin manakala Perdana Menteri pula selalu menyatakan komitmen 'Rakyat Didahulukan, Percapaian Diutamakan'," katanya.

Beliau turut melahirkan rasa tidak senang apabila rakyat terlalu cepat panik dan membuat keputusan melulu sebaik sahaja mendengar khabar angin mengatakan harga minyak masak akan dinaikkan.

Berita tersebut tersebar selepas Persatuan Pekilang-Pekilang Minyak Masak Malaya yang mendakwa subsidi minyak masak akan ditarik balik.- MalaysiaGazette


Stesen minyak di Johor Bahru meletup, seorang maut [TONTON VIDEO]

Posted: 25 Oct 2016 07:09 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
JOHOR BAHRU: Satu letupan kuat berlaku di sebuah stesen minyak di Taman Austin, Johor Bharu, petang ini menurut seorang saksi kejadian, lapor sebuah agensi portal berita.
 
Satu video yang dimuat naik di laman sosial merakamkan keadaan di kawasan terbabit dipercayai selepas kejadian berlaku.
 
Dalam perkembangan terbaru, Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) berkata seorang lelaki maut dalam kejadian terbabit.
 
Setakat ini masih ada laporan rasmi tentang kejadian dan punca kejadian masih belum diketahui.
 
Beberapa gambar kejadian turut dimuat naik di media sosial.
 

Selangor Fruits Valley akan dibuka pada 2017

Posted: 25 Oct 2016 06:36 AM PDT

MALAYSIA DATELINE
 
 
Selangor Fruit Valley  dijangka akan memberi impak besar terhadap industri agrotourisme di negeri itu.Selangor Fruit Valley dijangka akan memberi impak besar terhadap industri agrotourisme di negeri itu.


Selangor Fruits Valley (SFV) yang berkeluasan 1,000 ekar yang kini dalam proses pemuliharaan untuk pembangunan industri agro-perlancongan, dijangka akan dibuka semula secara rasmi pada awal 2017.

Timbalan Pengurus Besar Kumpulan (Operasi) Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Mohamad Fadzil Hitam berkata, PKPS sedang giat memberi fokus usaha baikpulih kawasan perladangan tersebut.

"Ketika ini, kita masih giat memfokuskan usaha baik pulih SFV. Walaupun ada sedikit kelewatan, namun kita yakin SFV akan memberikan impak besar apabila siap nanti," katanya seperti dilaporkan Selangorkini.

Fadzil berkata, PKPS akan berbincang dengan Tourism Selangor untuk merancakkan aktiviti SFV apabila dirasmikan nanti.

"Ia bagi menarik lebih ramai pelancong ke SFV dengan aktiviti dan program yang terbaik akan diusahakan," katanya.

Pada masa sama, katanya, lebih 40 usahawan tani turut menyertai SFV dengan menyewa lot sekurang-kurangnya lima hingga 10 ekar.

"Kita memberikan mereka peluang menambah pendapatan dengan menyewa lot yang disediakan selain daripada yang diusahakan PKPS. Usahawan tani ini kebanyakannya mengusahakan buah-buahan dan tanaman kontan," katanya.

SFV dikenali masyarakat setempat sebagai dusun buah-buahan yang terletak di Rawang dan antara pusat tanaman buah-buahan terbesar di Malaysia.

Saya memang diktator, semua yang lain dungu, tulis Mahathir

Posted: 25 Oct 2016 06:34 AM PDT

BORHAN AHMAD
 
 
Mahathir menjawab tulisan Musa dengan penuh sarkastik.Mahathir menjawab tulisan Musa dengan penuh sarkastik.


Tun Dr Mahathir Mohamad mengaku semalam bahawa beliau adalah 'diktator' semasa menjadi perdana menteri selama 22 tahun dan semua Majlis Tertinggi Umno dan Kabinet adalah 'dungu' kerana hanya beliau sahaja yang bercakap dalam mesyuarat.

"Saya setuju kesemua yang ditulis tentang saya. Sudah tentu saya adalah diktator selama 22 tahun, yang memerlukan kesemua orang patuh sepenuhnya kepada saya.

"Majlis Tertinggi Umno dan Kabinet semuanya dungu kerana hanya saya seorang saja yang bercakap. Mereka hanya tahu menganggukkan kepala dan berkata ye," tulis Mahathir penuh sindiran.

Beliau menulis demikian dalam blognya, Chedet, ketika mengulas buku bekas timbalannya Tun Musa Hitam bertajuk 'Frankly Speaking' yang antaranya mendakwa beliau adalah diktator.

Dalam tulisan itu juga, Mahathir berkata, beliau setuju sepenuhnya dengan Musa bahawa perletakan jawatannya sebagai timbalan perdana menteri tidak ada kena mengena dengan Tengku Razaleigh Hamzah.

Surat 'top secret' Musa kepada Mahathir yang didedahkan.Surat 'top secret' Musa kepada Mahathir yang didedahkan.
"Untuk menyokong kenyataan ini saya sertakan dua surat yang ditulis Musa kepada saya untuk menyokong perlantikan T.R. sebagai Menteri Perdagangan dan Industri.

"Saya tidak boleh menyembunyikan kehendaknya untuk berahsia kerana dia bercakap dengan penuh persahabatan, yang membawa maksud tidak ada apa yang hendak disembunyikan," tulis Mahathir penuh sarkastik.

Dalam posting ini, Mahathir mendedahkan surat Musa yang bertanda 'Top Secret' itu yang dengan jelas membawa maksud sebaliknya iaitu Musa meminta Mahathir agar jangan melantik Tengku Razaleish Hamzah sebagai Menteri Perdagangan dan Industri.

"Secara tidak sengaja, saya suka mendedahkan bahawa semua diktator, Hitler, Mussolini dan Stalin meletakkan jawatan secara sukarela sebagaimana saya," tulis Mahathir sekali lagi penuh sarkastik kerana kesemua diktator itu bukan meletakkan jawatan secara sukarela.

"Yang menjadi misteri adalah bagaimana saya boleh dipilih lima kali.

"Tetapi sekarang baru kita tahu, perdana menteri yang dipilih juga boleh jadi diktator. Sebenarnya ia bukan misteri," tulis Mahathir yang kini aktif semula politik dengan memegang jawatan sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia
(PPBM) atau Bersatu yang bercita-cita mahu menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional yang ada.

"Sangat menyedihkan. Jika saya ditewaskan oleh T.R., kita akan menyaksikan persahabatan baik antara T.R. dan Musa dalam kerajaan.

"Negara mungkin akan menjadi negara membangun sepenuhnya pada tahun 2000 atau lebih awal," tulisnya lagi.

Jangan berlagak keldai dan anjing gila, kata Hadi

Posted: 25 Oct 2016 06:28 AM PDT

MALAYSIA DATELINE
 
 
Ustaz Hadi menasihati adun dan ahli parlimen Pas jangan berlagak seperti keldai dan anjing gilaUstaz Hadi menasihati adun dan ahli parlimen Pas jangan berlagak seperti keldai dan anjing gila
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta semua ahlinya khususnya Ahli Parlimen dan Adun supaya beristiqamah dengan cara Islam yang berpijak di atas landasannya dan jangan berlagak seperti keldai yang bertempik atau anjing gila yang menyalak dan menerkam mangsanya.

"Kepada semua ahli PAS termasuk para pemimpin khususnya yang menjadi Ahli Parlimen dan Adun supaya beristiqamah dengan cara Islam yang berpijak di atas landasannya dan jangan berlagak seperti keldai yang bertempik atau anjing gila yang menyalak dan menerkam mangsanya," kata Abdul Hadi dalam tulisannya di Harakahdaily, lidah rasmi Pas.

Abdul Hadi dipercayai merujuk kenyataannya kepada tindakan sebahagian besar pembangkang yang bergaduh dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat ketika beliau membentangkan Bajet 2017 Jumaat lalu.

Dalam peristiwa itu, hampir kesemua pembangkang keluar dari dewan selepas itu namun ahli parlimen Pas kekal.

"Kewajipan kami ialah mengajak seluruh manusia dalam masyarakat majmuk supaya melakukan perubahan kepada Islam yang menjadi rahmat kepada seluruh alam dan adil terhadap semua," katanya.

Kini, katanya, PAS masih menjadi pembangkang dan tidak berhasrat menyertai BN kerana perbezaan dasar dan pendekatan serta masih banyak perkara yang tidak memuaskan.

"PAS menjadi pembangkang yang istiqamah dengan dasar Islam, konsep dan pendekatannya," kata ahli parlimen Marang itu.

Lajim Ukin terajui Parti Harapan Rakyat Sabah

Posted: 25 Oct 2016 03:17 AM PDT

 MALAYSIA DATELINE
Lajim Ukim menarajui Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat).Lajim Ukim menarajui Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat).
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) meluluskan pendaftaran penubuhan Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) yang diterajui oleh bekas Pengerusi Perhubungan PKR Sabah, Datuk Seri Lajim Ukin hari ini.

Lajim yang ditemui media di lobi Ros hari ini dipetik berkata, dengan penubuhan parti Harapan Rakyat itu, akan dapat menuntut hak dan perjuangan rakyat Sabah.

""Parti ini bertujuan untuk menuntut hak dan memperjuangkan hak rakyat Sabah iaitu dari segi ekonomi, pembangunan, hak kesamarataan dan banyak lagi perkara yang perlu dituntut.

"Kami membawa suara rakyat Sabah yang mahu setanding dengan negeri-negeri lain," ujarnya.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan sekiranya pimpinan PKR Sabah yang keluar parti sebelum ini akan menyertai parti tersebut.

Lajim yang ditemui selepas kelulusan berkenaan, berkata parti itu juga akan menggunakan logo Gunung Kinabalu sebagai satu petanda kebangaan rakyat Sabah dan rakyat Malaysia.

Difahamkan permohonan menubuhkan parti baru itu sudah dibuat pada 14 September lalu dan hanya diluluskan pada 23 September.

Lajim awal Oktober mengumumkan keputusannya keluar dari PKR bersama dua Adun lain bagi memimpin sebuah pergerakan baru berasaskan Sabah.

Mereka ialah Adun (PKR) Moyog Terrence Siambun (PKR) dan Junz Wong Adun (DAP) Likas.
Siambun dan Junz Wong menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan) pimpinan Datuk Seri Shafie Apdal.

Dengan kelulusan RoSini  kini Sabah mempunyai dua parti baharu  iaitu Warisan dan Harapan Rakyat  yang akan menjadi pilihan pengundi di negeri itu dalam menghadapi pilihan raya akan datang.

SARANAN "BIJAK" SEORANG KJ

Posted: 25 Oct 2016 02:49 AM PDT

 shahbudindotcom


Kontrak penganjuran Fomula 1 di Litar Sepang adalah sehingga 2018 dan ketika nasib perlumbaan itu dijangka diputuskan pada minggu depan berikutan kemerosotan jualan tiket yang mendadak sejak 2014 yang lalu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin pantas menyarankan agar perlumbaan itu segera diberhentikan.

Saya rasa kita perlu berhenti menganjurkan perlumbaan Formula 1, sekurang-kurangnya untuk sementara waktu. Kos terlalu tinggi, pulangan terhad, kata beliau,

Tampak dengan saranan KJ itu seperti satu lagi legasi Tun Mahathir Mohamad bakal dilenyapkan.
 
 
 
 
Dua minggu lalu, Mokhzani Mahathir diminta meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Litar Sepang, kini perlumbaan Formula 1 di negara ini yang merupakan cetusan idea Tun Mahathir pula mahu dimangsakan.

Saranan KJ mahu menghentikan perlumbaan Formula 1 pula hanya menyusul beberapa hari setelah Najib mengumumkan "kematian"  visi Wawasan 2020 untuk digantikan dengan impian Transformasi Nasional 2050 atau TN50 sebagaimana yang diumumkannya  dalam pembentangan Bajet 2017.

Dari segi pertimbangan kos dan bagi  menjimatkan perbelanjaan wang negara di ketika suasana ekonomi sedang suram, saranan KJ itu tidaklah  sukar untuk difahami. Ada logik dan rasionalnya.

Tidak dinafikan kos penganjuran perlumbaan Formula 1 adalah tinggi, malah pelaburan membina litarnya saja berjumlah ratusan juta ringgit. Tetapi Tun Mahathir membawa perlumbaan itu ke Malaysia dengan tujuan agar negara kita lebih dikenali di seluruh dunia.

Perlumbaan Formula 1 dipancarkan secara langsung ke banyak negara di seluruh dunia dan  peminatnya juga berjuta jumlahnya. Maka, secara langsung nama Malaysia lebih dikenali dan meniti di bibir antarabangsa melaluinya.

Diambil daripada semua itu, nilai kos berbanding manfaat yang diperolehi negara daripada perlumbaan tersebut jauh lebih berganda. Itu belum dikira lagi berkembangnya minat dan pertumbuhan lain di sebalik penganjuran perlumbaan paling berprestij itu. 

Begitulah cara Tun Mahathir berfikir untuk memajukan negara serta untuk merangsang minat rakyat terhadap sesuatu perkara.

Harus diakui, sejak Najib memimpin negara, perlumbaan Formula 1 sebenarnya tidak diperlukan lagi unfuk mempromosi negara ini. Isu 1MDB saja jauh lebih lumayan nilai promosinya untuk Malaysia, malah ia percuma lagi.

Sukar untuk mencari ada syarikat milik kerajaan yang hebat seperti 1MDB sehingga mampu menyebabkan dua buah bank ditutup di negara lain dan beberapa negara lain melakukan penyiasatan serta pendakwaan. Jika perbicaraan DOJ di Amerika bermula nanti, pasti lebih banyak lagi promosi percuma untuk Malaysia.

Untuk itu, sebarang bentuk promosi yang perlu mengeluarkan belanja seperti penganjuran Formula 1 adalah suatu pembaziran.  Tentu KJ sudah dapat melihat bahawa selain kos, terus mengadakan perlumbaan Formula 1 juga tidak lagi bermanfaat  kerana promosi melalui 1MDB boleh dikata diperolehi setiap hari secara percuma.

Sebab itu, KJ juga kata sekurang-kurangnya penganjuran itu dihentikan buat sementara. Maknanya, selagi isu 1MDB masih ada dan diperkatakan di seluruh dunia untuk beberapa tahun mendatang, jimatkanlah wang dengan menghentikan seketika penganjuran Formula 1 itu.

Terlihat bijak  KJ dengan serampang dua matanya. Dalam dia bertindak seperti membantu, dia jua mahu "mengenakan" Najib berkaitan 1MDB dan seterusnya menjadikan permusuhan Perdana Menteri dengan Tun Mahathir terus "panas" melalui penghapusan satu lagi legasi. 


6 pesakit maut, wad ICU Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru terbakar

Posted: 25 Oct 2016 02:39 AM PDT

MALAYSIA DATELINE

 
Hospital Sultanah Aminah terbakar pagi ini, dibimbangi pesakit turut meninggal.Hospital Sultanah Aminah terbakar pagi ini, dibimbangi pesakit turut meninggal.


Polis dan Bomba mengesahkan, enam pesakit maut ekoran kebakaran di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah, Johor Baru pagi ini.

Antara pesakit yang dibawa keluar dari hospital selepas ia terbakar.Antara pesakit yang dibawa keluar dari hospital selepas ia terbakar.Menurut saksi, Bomba menerima panggilan kecemasan jam 8.55 pagi tadi dan sampai ke lokasi kira-kira jam 9. 10 pagi.

Kebakaran dikatakan berlaku di tingkat 2 bangunan itu yang menempatkan wad Unit Rawatan Rapi (ICU).

Saksi yang melihat kejadian itu berkata, ramai pesakit di bawa keluar dari bangunan itu tetapi tidak diketahui nasib pesakit yang sedang menerima rawatan di wad ICU itu.

Ini kerana, ramai antara mereka yang memakai 'ventilation' yang bergantung kepada tangki oksigen dan tenaga elektrik.

Enam pesakit disahkan meninggal dunia

Enam pesakit iaitu empat perempuan dan dua lelaki maut manakala seorang lagi terselamat dalam kebakaran di tingkat dua unit rawatan rapi (ICU) selatan Hospital Sultanah Aminah (HSA) pagi ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Othman Abdullah berkata seramai 166 anggota bomba dan 10 jentera dikejarkan ke HSA sebaik sahaja panggilan diterima pada 8.56 pagi tadi.

"Di ICU itu ada tujuh mangsa yang memang agak kritikal keadaannya yang difahamkan oleh doktor mereka terpaksa menggunakan bantuan pernafasan dalam keadaan normal jadi pesakit-pesakit itu tidak boleh dipindahkan sekiranya tiada katil sekali," katanya.

Othman berkata bagaimanapun kebakaran tidak merebak ke tempat lain.

Sementara itu Ketua Polis daerah Johor Bahru Selatan, ACP Sulaiman Salleh berkata lima mayat dijumpai kira 11.15 pagi manakala seorang lagi sebentar tadi.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak mempercayai sebarang maklumat yang tidak sahih mengenai kejadian itu.

Annuar boleh cakap apa yang dia mahu, kata Bersatu

Posted: 25 Oct 2016 02:15 AM PDT

 DALIA ISMAIL
 
Datuk Khairudin Md NorDatuk Khairudin Md NorKetua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Kamarudin Md Noor membidas kenyataan Tan Sri Annuar Musa kononnya parti baharu ditubuhkan itu tidak boleh mengantikan Umno jika menang dalam Pilihan Raya Umum akan datang.
 "Sama ada kita boleh ganti Umno atau tidak ia ditentukan pengundi.

"Hari ini kajian kita (Bersatu) mendapati rakyat sudah bersedia untuk bertukar kerajaan.

"Penyokong kita ini kebanyakannya mereka yang berada di atas pagar yang tiada berparti dan dikalangan ahli Umno yang telah meluat dengan sikap pemimpin Umno itu, mereka telah menyertai parti Pribumi Bersatu ini," ujarnya kepada Malaysia Dateline.

Beliau diminta mengulas kenyataan Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa semalam dilaporkan berkata, Bersatu tidak akan mempunyai kerusi Parlimen majoriti dalam kerajaan pakatan pembangkang untuk mencorak pentadbiran, malah dilihat agak sukar mendapat laluan parti lain untuk bertanding dalam PRU akan datang.

Kata Annuar jika Bersatu menang 50 kerusi adakah parti itu dapat menentukan corak pentadbiran negara, kalau tidak boleh jadilah parti si luncai yang menang sorak kampung tergadai.

Khairuddin yang juga bekas ketua Umno Bahagian Pasir Puteh berkata, gelombang rakyat kali ini adalah lebih hebat daripada zaman reformasi Datuk Seri Anwar Ibrahim mahupun zaman tertubuhnya Semangat 46 yang dipimpin Tengku Razaleigh Hamzah.

"Kita sudah mendaftarkan hampir 80,000 ahli sejak parti Pribumi Bersatu ini ditubuhkan hampir dua bulan lalu. Kita pun terkejut dengan sambutan memberangsangkan ini.

"Dia boleh cakap apa yang dia mahu..saya suka jika Umno rasa yakin supaya kita boleh bekerja dengan aman. Jika dia (Umno) merasa terdesak dia boleh buat macam-macam pada kita nanti kita yang susah... biar dia dalam keadaan tenang dan selesa begitu kononnya parti Pribumi dan gabungan pakatan Harapan tidak boleh kalahkan Umno-BN," ujarnya.

Sambungnya lagi, dengan perkembangan sosial media kerajaan tidak boleh menyorok daripada pelbagai skandal membabitkan pemimpin negara dan parti.

"Hari ini kita tidak perlu untuk memberi penerangan kepada rakyat kononnya parti pembangkang tidak boleh menewaskan Umno-BN sedangkan senarionya berbeza kerana hari ini zaman sosial media rakyat sudah boleh menilai sendiri," ujarnya.

Lawan jerkah dengan speaker, MP dihalau dari kamar khas

Posted: 25 Oct 2016 02:15 AM PDT

Zulaikha Zulkifli



Anggota Parlimen Segambut Lim Lip Eng hari ini memberitahu bahawa beliau dihalau keluar daripada kamar khas oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Lim berkata, beliau dihalau Pandikar sebelum sempat membahaskan ucapannya mengenai Belanjawan untuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang didakwa tertinggi antara semua negeri.

Menurut Lim, beliau dihalau selepas mereka bertekak mengenai tindakan Pandikar yang mempengerusikan kamar khas berkenaan memberi "syarahan" kepadanya berhubung isu subjudis berkaitan saman Jabatan Keadilan (DOJ).

"Saya telah dihalau keluar oleh Pandikar dalam kamar khas sebelum saya membahaskan usul khas di bawah Peraturan Mesyuarat 17.

"Sebelum saya bercakap, Pandikar menyuruh saya untuk duduk dan dia mula memberi 'syarahan' kepada saya.

"Dia berkata, saya telah menghinanya di luar Dewan dengan membuat sidang media. Kenyataan terakhir yang saya buat ialah mengenai subjudis," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Selepas itu, Lim berkata, mereka turut saling menjerkah antara satu sama lain sebelum dihalau keluar dari sidang kamar khas berkenaan.

"Sebelum dia habis bersyarah kepada saya, saya bangun dan memberitahu supaya jangan bersyarah kepada saya. Benarkan saya habis bercakap. Kemudian dia bercakap lagi, jadi saya mengatakan dia (Pandikar) telah menghina Parlimen.

"Kemudian dia menghalau saya keluar. Sebelum saya berjalan keluar dia menjerit kepada saya dan saya jerit balik kepada dia. Saya cakap, kami telah dipilih oleh rakyat tetapi dia dilantik oleh MO1.

"Kemudian dia jerit kepada saya lagi, dan saya berjalan keluar," kata Lim.

Menurut Lim lagi, antara perkara yang dibangkitkan oleh Pandikar semasa "bersyarah" kepadanya ialah mengenai perubahan yang telah dilakukan di Parlimen antaranya mewujudkan kamar khas.

Tetapi, Lim berkata beliau mempertikaikan tentang janji Pandikar sebelum ini untuk menubuhkan jawatankuasa khas yang terdiri daripada anggota parlimen di kedua belah pihak sebelum sebarang rang undang-undang dibentangkan di Parlimen.

"Jawatankuasa itu untuk meneliti draf rang undang-undang sebelum dibentangkan. Janji itu tak pernah ditepati sehingga sekarang.

"Jadi oleh itu saya mengatakan, Pandikar tidak pernah jujur dengan apa yang dikatakan," ujarnya.



Banyak lagi hospital terdedah ancaman kebakaran, kata penyelidik

Posted: 25 Oct 2016 01:54 AM PDT

 
Hasil kajian 2 penyelidik mendapati beberapa hospital besar kerajaan cuai berhubung keselamatan kebakaran dan kakitangan tidak tahu mengenai pelan keselamatan.


researcher
zainalani
Dr Mohd Zailan Suleiman


GEORGE TOWN: Satu kajian mengenai langkah keselamatan kebakaran di hospital kerajaan mengenal pasti beberapa kelemahan di beberapa hospital besar termasuk masalah pendawaian lama.

Dr Mohd Zailan Suleiman dari Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan di Universiti Sains Malaysia (USM) turut mencadangkan audit keselamatan kebakaran dengan segera, susulan kejadian di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru pagi tadi yang mengorbankan 6 pesakit dan mencederakan beberapa kakitangan hospital.

"Daripada kajian saya, ramai kakitangan hospital tidak tahu kaedah mengendalikan kebakaran, seperti jenis pemadam api yang perlu digunakan jika berlaku pemindahan," kata Zailan, pensyarah kanan USM, ketika dihubungi FMT.

Zailan berkata menerusi audit itu, satu pelan keselamatan kebakaran boleh dibuat untuk mencegah ancaman kebakaran pada masa depan.

Menurutnya, audit itu berguna untuk hospital lama di negara ini kerana dibina pada era yang tidak terlalu memfokuskan kepada peraturan keselamatan kebakaran.

"Dalam audit, anda dapat mengenal pasti penanda keselamatan kebakaran aktif dan pasif di dalam bangunan itu. Hospital swasta cemerlang dalam perkara itu kerana kebanyakannya saya perhatikan mengambil langkah aktif memastikan pelan keselamatan kebakaran dilaksanakan.

"Daripada kajian saya, ramai kakitangan hospital tidak tahu kaedah mengendalikan kebakaran, seperti jenis pemadam api yang perlu digunakan jika berlaku pemindahan," katanya.

Zailan ialah penulis bersama bagi kertas kajian mengenai pengurusan keselamatan kebakaran hospital kerajaan Malaysia yang diterbitkan dalam sebuah jurnal antarabangsa tahun lalu.

Kertas kajian yang ditulisnya bersama rakan sekerja Woon Chin Ong bertajuk "Masalah dalam
Pelaksanaan Pengurusan Keselamatan Kebakaran di Hospital Kerajaan Malaysia" diterbitkan dalam edisi ke-9 jurnal "Advances in Environmental Biology" pada Mac 2015.

Mereka mengkaji 4 hospital besar kerajaan di Malaysia, tetapi tidak menamakannya.

Zailan berkata hospital besar lama dibina sebelum penguatkuasaan penyeragaman undang-undang kecil bangunan, termasuk Hospital Pulau Pinang serta hospital lain yang dibina sebelum 1970-an.
Katanya, risiko terbesar kebanyakan bangunan itu ialah pendawaian lama.

"Paling teruk ialah pintu terkunci pada waktu malam. Bila kebakaran tercetus, bagaimana pesakit hendak menyelamatkan diri? Pintu rintangan api perlu sentiasa dibuka," katanya.

Hospital Sultanah Aminah yang terbabit dengan kebakaran pagi ini dibina pada 1938.

Zailan berkata beberapa hospital baharu juga tidak terlepas daripada bahaya.

Beliau berkata ini masa paling sesuai untuk kerajaan menyediakan peruntukan kepada semua hospital besar supaya audit dapat dilakukan dan pelan keselamatan kebakaran dilaksanakan.

"Kekurangan pelan pemindahan yang sempurna dan pintu rintangan api terkunci antara risiko utama di hospital besar kerajaan.

"Jika pelan keselamatan kebakaran dilaksanakan menerusi audit, kita akan mengelak tragedi pada masa depan," katanya.

Beliau mendesak kerajaan menjalankan pemeriksaan berkala terhadap hospital kerajaan, seperti ditetapkan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

Katanya, meskipun Seksyen 85 dalam akta itu membenarkan pemeriksaan bangunan berkala, penguatkuasaan oleh pihak berkuasa sangat lemah, menyebabkan pengabaian keselamatan kebakaran di hospital.

Dalam kajiannya, Zailan dan Woon menyatakan hampir semua hospital yang dikaji cuai berhubung keselamatan kebakaran dan banyak tidak tahu mengenai pelan keselamatan, walaupun pelan itu ada di hospital mereka.

Antara masalah yang disenaraikan ialah:
  • Peralatan pemadam api disekat. Pekerja am sering menggunakan kabinet hos kebakaran sebagai stor untuk barangan pembersihan mereka, kerana ia terletak lebih dekat berbanding tempat simpanan mereka.
  • Laluan menyelamatkan diri dihalang peralatan perubatan.
  •  Pintu rintangan api biasanya dibuka pada waktu siang dan dikunci pada waktu malam, sedangkan ia sepatutnya ditutup pada hari siang.
  •  Pengesan asap tidak berfungsi dengan baik. Pengkaji mendapati ia hanya berkesan di kawasan terjejas tetapi tidak bersambung kepada sistem amaran bangunan utama.
  • Pintu gelangsar dan jenis pagar. Pintu seperti ini tidak dapat menghentikan api merebak ke bahagian lain di hospital.
  • Penggunaan kayu dan bahan berunsurkan kayu patut diharamkan. Ada hospital didapati menggunakan kertas dinding dibuat daripada plastik, yang juga perlu dilarang.

Aneh bila Husni kemuka isu 1MDB di Parlimen, kata Tony

Posted: 25 Oct 2016 01:49 AM PDT

 
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata tindakan bekas menteri kewangan kedua itu membuktikan maklumat mengenai 1MDB hanya diketahui menteri kewangan saja.


Ahmad-Husni_1mdb_600


KUALA LUMPUR: Tony Pua berkata tindakan bekas menteri kewangan kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah membawa isu 1MDB ke Dewan Rakyat membuktikan beliau sendiri tidak jelas mengenai syarikat pelaburan negara itu.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata agak aneh apabila Husni cuba mendapatkan penjelasan kerajaan mengenai isu berkenaan sedangkan beliau sendiri terlibat secara langsung sebelum ini.

"Saya rasa aneh apabila bekas timbalan menteri kewangan yang terlibat sendiri membangkitkan isu mengenai 1MDB.

"Kenapa bekas menteri kewangan sendiri kena bawa ke Parlimen. Takkanlah dia sendiri semasa menjadi menteri kewangan kedua tidak ada maklumat," katanya kepada pemberita, di Dewan Rakyat.

Semalam, Husni di Dewan Rakyat mempersoalkan motif kerajaan menubuhkan 1MDB yang didakwanya menyaksikan banyak penggelapan berlaku tanpa dikenakan tindakan.

Husni yang juga ahli Parlimen Tambun mempertikaikan wang AS$4 bilion (RM16.69 bilion) dilaporkan dalam Aabar Investment PJS Ltd, yang tidak dimiliki IPIC.

IPIC dan anak syarikat Aabar Investments PJS dalam satu kenyataan bersama pada April berkata syarikat Kepulauan Virgin British itu yang mempunyai nama hampir sama, Aabar Investments PJS Ltd, "bukan entiti dalam kumpulan mereka".

Tony berkata tindakan Husni itu membuktikan maklumat mengenai 1MDB hanya diketahui menteri kewangan saja.

"Maklumat yang ada dalam 1MDB pada masa berkenaan turut disembunyikan menteri kewangan.
"Ini juga bermakna menteri kewangan kedua semasa memegang jawatan tersebut tidak diberikan penjelasan mengenai 1MDB," katanya.

Semalam, Husni turut menuntut penjelasan tentang unit pelaburan bernilai AS$1 bilion (RM4.17 bilion), yang sepatutnya matang tahun lepas.

Malah, Husni yang meletakkan semua jawatan dalam Umno dan Barisan Nasional tahun ini turut mempertikaikan alasan di sebalik keputusan Kumpulan Wang Persaraan meminjamkan RM4 bilion secara sekali gus kepada SRC International, bekas anak syarikat 1MDB.

Adun BN membuat pengkritik tugu banjir Kelantan jatuh terlingkup.

Posted: 25 Oct 2016 01:45 AM PDT

Oleh shahil

"

 

Baniir pada tahun 2014 merupakan banjir terburuk dalam sejarah sejak banjir tahun 1973. Paling menderita ialah rakyat Kelantan kerana sebahagian besar negeri itu dilanda banjir tersebut.

Kuala Krai merupakan kawasan paling teruk dilanda bencana tersebut. Ramai rakyat yang terkorban, kemusnahan harta benda tak terkira.

Baru-baru lalu ternbinalah sebuah tugu di Kuala Krai. Sebuah tugu untuk memperingati peristiwa banjir besar.

Sekonyong-konyong riuh rendahlah orang mencela kerajaan Kelantan. Kata mereka, apa ke jadahnya Kerajaan Kelantan membina tugu dengan kos rm60,000.00 itu sedangkan duit tersebut boleh digunakan untuk membena rumah rakyat yang dilanda banjir.

Jahatnya kerajaan Kelantan. Tak berguna langsung kerana mengutamakan tugu dari rakyat. 

Sekonyong-konyong ada juga wakil rakyat BN yang jujur mengakui kerajaan Kelantan tidak bersalah dalam hal tugu ini. Ada juga adun BN yang bercakap benar. Tahniah dan syabash.

Kata Datuk Md Alwi, adun Kok Lanas,  tugu tersebut dibina dengan pembiayaan Lembaga Juruukur Tanah Malaysia selepas inisiatif diusahakan Persatuan Juruukur Malaysia. "Tidak boleh hendak salah kerajaan negeri. Apa-apa maklumat mengenai ukur datang daripada Persatuan Juruukur Malaysia. Kami ada enam lembaga iaitu tiga wakil kerajaan dan tiga lagi dari swasta, di mana saya salah seorang daripadanya. Tugu itu mencatat maklumat mengenai banjir yang berlaku di Kelantan sejak 1920," katanya ketika menjelaskan isu terbabit pada persidangan Dun.

Ambik kau!

Dimana pencela kerajaan Kelantan nak letak muka?

Tak malukah buat fitnah?

Jatuh tertumus ke tahi lembu muka pencela kerajaan Kelantan itu dengan pengakuan Datuk Alwi.


Mengapa k’jaan rahsiakan pengurus dana Brazen Sky?

Posted: 25 Oct 2016 01:30 AM PDT


 
Oleh TONY PUA


Apa sebabnya menteri kewangan merahsiakan pengurus dana dan bank kustodian bagi pelaburan "unit" yang dikatakan bernilai AS$940 juta? Laporan Ketua Audit Negara dan Laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada bulan April yang lalu telah menyatakan bahawa nilai dan aset sejumlah AS$7 bilion (RM28 bilion) tidak dapat dikesan atau disahkan.

Antaranya ialah pelaburan "unit" bernilai AS$940 juta yang pada masa itu disimpan dalam bank kustodian, BSI Bank di Singapura.

Ketua Audit Negara tidak dapat mengesahkan kewujudan dan nilai semasa pelaburan tersebut sebab 1MDB telah gagal menyerahkan sebarang dokumen daripada BSI Bank kepadanya walaupun dokumen telah diminta selama setahun.

Aset "unit" yang dikatakan bernilai AS$940 juta ini merupakan baki aset yang ditebus daripada pengurus dana di Cayman Islands pada bulan Januari 2015.

Sehingga hari ini, "unit" yang disimpan di BSI Bank ini merupakan misteri sebab kalau 1MDB begitu terdesak kekurangan aliran tunai, sehingga terpaksa menjual aset-aset penting negara seperti penjanakuasa bebas dan hartanah emas seperti Bandar Malaysia kepada pelabur asing, kenapa pelaburan "unit" ini tidak dijualkan dahulu untuk membiayai hutang gergasi 1MDB?

Keengganan 1MDB untuk menyampaikan sebarang matlumat dan dokumen kepada Ketua Audit Negara, dan keputusan Deloitte Malaysia untuk menarik balik pengakuan kepada audit 1MDB bagi tahun 2013 dan 2014 mengemukakan keraguan besar terhadap kewujudan "unit" yang dipegang dalam BSI Bank tersebut.

Kini, lesen perbankan BSI Bank telah dibatalkan oleh kerajaan Singapura kerana didapati bersalah dari segi pengubahan wang haram yang berkaitan dengan skandal 1MDB.

Saya telah bertanya kepada Menteri Kewangan, apa telah terjadi kepada "unit" tersebut.

Inilah jawapan yang saya telah terima daripada YB Menteri Kewangan pada Hari Khamis yang lalu.

Beliau menyebut bahawa "Ahli Lembaga Pengarah Brazen Sky Limited mengesahkan bahawa sebuah bank berlesen antarabangsa telah diberi mandate sebagai custodian bank untuk mengambilalih peranan BSI Bank, Singapura.

Ahli Lembaga Pengarah Brazen Sky Limited juga telah melaporkan bahawa tiada perubahan status di dalam nilai pelaburan tersebut."

Ini merupakan jawapan yang cukup tidak bertanggungjawab daripada menteri kewangan.
Pertama sekali, kenapa menteri tak sebut, siapakah pengurus dana dan custodian bank yang baru?

Apakah kerahsiaan yang diperlukan sehingga nama tidak boleh dimaklumkan kepada Dewan Rakyat?

Dulu bila menteri kewangan ditanya siapa pengurus dana pelaburan 1MDB di Cayman Islands, menteri kewangan sama-sama enggan menamakan nama pengurus dana walaupun beliau menegaskan bahawa ia dilaburkan dalam sebuah syarikat kewangan yang berlesen.

Kini, kita faham kenapa, menteri enggan menamakan syarikat. Ini adalah kerana syarikat pengurus dana pada masa 1MDB membuat pelaburan telah didapati oleh Ketua Audit Negara bahawa syarikat itu tanpa lesen.

Adakah keengganan menteri kewangan untuk menamakan pengurusan dana "unit" ini adalah kerana ia juga tidak berlesen seperti syarikat di Cayman Islands yang dulu?

Adakah menteri kewangan takut bahawa kalau dinamakan, bank kustodian yang baru ini juga akan dibatalkan lesen perbankan seperti apa yang terjadi kepada BSI Bank Singapura?

Kedua, jawapan menteri kewangan tidak boleh diterima kerana beliau bertanggungjawab untuk memastikan kesahihan segala jawapan yang diberikan oleh syarikat yang dikawalnya.
Menteri kewangan tak boleh jawab bahawa ahli lembaga pengarah berkata bahawa apa-apa.

Menteri kewangan kena pasti bahawa nilai "unit" itu benar-benar bernilai AS$940 juta!
It is not right for the Finance Minister to try to protect himself with deniability.
 
Adalah jelas bahawa kesemua kekurangan keterbukaan dalam jawapan menteri kewangan ini menunjukkan bahawa adanya udang disebalik batu yang disembunyikan daripada rakyat Malaysia.


TONY PUA adalah ahli parlimen Petaling Jaya Utara mewakili parti DAP.

Najib gesa siasatan terperinci kebakaran di HSA

Posted: 25 Oct 2016 01:26 AM PDT

 
Perdana menteri berkata kerajaan juga akan meningkatkan tahap keselamatan di hospital berkenaan.


Najib Razak


KUALA LUMPUR: Kerajaan akan melakukan siasatan terperinci secepat mungkin untuk mengenal pasti punca kebakaran Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru hari ini, kata perdana menteri.

Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan juga akan meningkatkan tahap keselamatan di hospital berkenaan.

"Sedih menerima berita ada yang terkorban dalam kejadian kebakaran. Takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam kebakaran Hospital Sultanah Aminah," katanya dalam catatan di laman Facebook dan Twitternya.

Najib juga memaklumkan polis, Kementerian Kesihatan dan bomba sedang menguruskan keadaan di tempat kejadian.

Enam pesakit maut dalam kebakaran yang berlaku sejurus sebelum 9 pagi ini di tingkat 2 wad ICU selatan HSA.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Othman Abdullah berkata 166 anggota bomba dan 10 jentera dikejarkan ke HSA selepas panggilan kecemasan diterima.

Lembaga pengampunan Selangor nafi lewatkan proses rayuan

Posted: 25 Oct 2016 01:22 AM PDT

 
Lembaga sentiasa komited dan peka mengenai rayuan banduan dihukum mati termasuk kes melibatkan pembunuhan Canny Ong, kata setiausaha lembaga pengampunan. 


Mazalan-Md-Noor_banduan_600


PETALING JAYA: Lembaga Pengampunan Negeri Selangor menafikan wujudnya masalah kelewatan berhubung proses rayuan melibatkan banduan dihukum mati, hari ini.

Setiausaha Lembaga Pengampunan Negeri Selangor, Datuk Mazalan Md Noor menerusi kenyataan rasmi berkata, pihaknya komited dan peka mengenai perkara itu dan menangkis tanggapan negatif yang dikeluarkan sesetengah pihak.

"Pihak Lembaga menetapkan mesyuarat bersidang sekurang-kurangnya 2 kali setahun atau lebih mengikut keperluan difikirkan perlu oleh Sultan Selangor sebagai pengerusi bagi melindungi kepentingan banduan, mangsa dan keluarga mangsa yang diperlakukan banduan tersebut.

"Oleh demikian, tidak timbul isu kelewatan mengadakan pendengaran rayuan pengampunan di Lembaga Pengampunan Negeri Selangor apatah lagi kami adalah lembaga paling aktif bersidang berbanding negeri lain," katanya.

Merujuk kepada kes melibatkan banduan Ahmad Najib Aris pula, yang menjalani hukuman mati pada 23 September lalu, beliau berkata ia berpunca daripada banduan itu sendiri dan bukan masalah atau kelewatan memproses rayuannya.

Najib didapati bersalah membunuh Canny Ong Lay Kian pada 2003 di Jalan Klang Lama, Petaling Jaya.

"Pihak Jabatan Penjara Malaysia juga mengesahkan melalui surat bertarikh 15 Julai 2010 kepada Urus Setia Lembaga Pengampunan yang banduan itu sendiri pada masa itu belum bersedia mengemukakan rayuan bersama banduan hukuman mati lain walaupun diberikan peringatakan pihak Jabatan Penjara," menurutnya.

Respons ini diterima susulan kenyataan Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh yang menggesa Lembaga Pengampunan mengenakan had masa sama ada untuk membenarkan petisyen pengampunan kepada banduan dihukum mati, yang disiarkan FMT pada 4 Oktober 2016.

"Ia tidak berperikemanusiaan meletakkan mereka dalam satu situasi tidak pasti kerana mereka mempunyai hak untuk mendapatkan pengampunan dan membawa kepastian kepada kehidupan mereka," katanya.

Sementara itu, peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakili Najib dalam prosiding mahkamah, berkata beliau difahamkan pihak penjara membantu banduan memfailkan petisyen bagi pengampunan kepada Sultan Selangor.

"Beliau dapat berhubung dengan peguam saya yang menyediakan dokumen untuk memfailkan petisyen itu," katanya.

Haniff percaya hukuman itu ditangguhkan kerana kerajaan mengenakan moratorium tidak rasmi sementara menunggu keputusan sama ada untuk memansuhkan hukuman mati terhadap pengedar dadah.

Ramkarpal, peguam yang pakar dengan kes jenayah berkata, keadaan itu juga secara fizikal dan mental menjejaskan ahli keluarga banduan.

"Saya berharap Lembaga Pengampunan di setiap negeri akan mempunyai tempoh tertentu dalam memutuskan sama ada untuk meluluskan petisyen pengampunan," katanya.


PAS lantik peguam UK saman Sarawak Report

Posted: 25 Oct 2016 01:11 AM PDT

 
Peguam akan menghantar surat tuntutan terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan seterusnya, kata setiausaha agung PAS.


Takiyuddin-Hassan_sarawak-report_law_600


PETALING JAYA: PAS melantik seorang peguam di United Kingdom bagi memulakan saman terhadap Sarawak Report kerana mendakwa kepemimpinan parti itu menerima RM90 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata peguam itu dilantik bulan lepas dan sedang menyediakan segala dokumen undang-undang.

"Kami akan menghantar surat tuntutan kepada editor Sarawak Report terlebih dahulu sebelum memutuskan tindakan seterusnya yang akan diambil," katanya kepada FMT.

Sebelum membuat keputusan memfailkan saman, pihak yang terkilan akan menghantar notis kepada penerbit bagi mendapatkan penarikan balik kenyataan fitnah, permohonan maaf dan pampasan kewangan, jika gagal saman akan difailkan di mahkamah.

Takiyuddin berkata, PAS akan menghantar seorang peguam dari Malaysia untuk berhubung dengan peguam di UK apabila proses undang-undang bermula.

Sarawak Report mendakwa dalam satu artikel pada 6 Ogos yang sejumlah RM90 juta dimasukkan ke dalam akaun pemimpin atasan PAS.

Transaksi wang itu katanya, adalah salah satu percubaan Najib untuk "menarik" kepimpinan PAS supaya menyokong Barisan Nasional dan Umno.

Dakwaan itu dikritik para pemimpin PAS, termasuk timbalan presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang dilaporkan berkata PAS akan mengambil tindakan undang-undang terhadap portal berkenaan di atas laporan berniat jahat bagi mencemarkan reputasi parti itu serta dasar Islamnya.

Tiada ulasan: