Selasa, 18 Oktober 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


UM digesa tarik semula surat pada Anis Syafiqah

Posted: 18 Oct 2016 06:41 AM PDT


 
Oleh Alumni Sekolah Demokrasi


Alumni Sekolah Demokrasi mengutuk tindakan pihak Universiti Malaya yang meminta saudari Anis Syafiqah mengemukakan surat tunjuk sebab kerana terlibat dengan Perhimpunan Tangkap Malaysian Official 1.

Dalam surat yang bertarikh 12 Oktober 2016 oleh Profesor Datuk Dr Rohana Yusof selaku Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Malaya, Anis sebagai jurucakap Tangkap MO1 dikatakan merosakkan atau memudaratkan kepentingan, kesejahteraan dan nama baik universiti.
Kami Alumni Sekolah Demokrasi dengan sekeras-kerasnya menolak tuduhan yang mengatakan ia merosakkan atau memudaratkan nama universiti.

Anis dan rakan-rakan sebaliknya telah menjadi teladan dan ikon kepada masyarakat atas keberanian beliau meminta agar pihak berkuasa menangkap dalang yang telah memalukan imej negara di mata dunia.

Sebagai seorang rakyat Malaysia, Anis berhak untuk melibatkan diri dalam apa jua perhimpunan aman kerana hak itu dijamin di dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan kebebasan bersuara dan berhimpun secara aman.

Tindakan beliau menganjurkan demonstrasi Tangkap MO1 bukan saja tidak bertentangan dengan Perlembagaan malah menjunjung semangat dan nilai yang diangkat Perlembagaan Malaysia.

Bersempena dengan majlis konvokesyen UM yang sedang berlangsung, sudah tentu masyarakat mengharapkan graduan yang dihasilkan adalah mereka yang akan menyumbang kembali kepada masyarakat dan dapat memimpin Malaysia ke arah yang lebih baik.

Di samping memupuk kecemerlangan akademik melalui kuliah, pihak universiti disaran menyemai jiwa membela masyarakat melalui aktivisme-aktivisme seperti yang dilakukan oleh Anis dan rakan-rakan.

ALUMNI SEKOLAH DEMOKRASI sebuah program pendidikan politik DAP.


Catatan Khas Parlimen: Bilakah RUU 355 akan dibahaskan?

Posted: 18 Oct 2016 06:38 AM PDT


 
Oleh Syed Ahmad Fadhli,

1. Semenjak semalam, saya dihujani dengan soalan tersebut oleh banyak pihak yang menantikan saat bersejarah khususnya para penyokong PAS yang ingin menyaksikan Tuan Guru Presiden PAS membentangkan Rang Undang-Undang Ahli Persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (355). Mungkin kerana ianya tersenarai pada giliran nombor empat dalam Aturan Urusan Mesyuarat pada Isnin, 17 Oktober 2016.

2. Dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini, usul RUU 355 ini telah beranjak kepada giliran nombor tujuh. Eh, mengapa jadi begitu.? Pastinya ia akan menimbulkan kekeliruan yang boleh dimanipulasikan oleh pihak tertentu contohnya portal Malaysiakini meletakkan tajuk berita, "Hari kedua, usul Hadi ditolak ke bawah"

3. Penjelasannya begini, untuk memahami proses perjalanan mesyuarat Sidang Dewan Rakyat, hendaklah merujuk kepada Buku Peraturan Mesyuarat Dewan.

Dalam buku peraturan tersebut ada dinyatakan: "15. (1) Pada tiap-tiap hari persidangan mesyuarat, urusan Kerajaan hendaklah didahulukan daripada urusan-urusan lain."

Pada semalam, pihak kerajaan telah mengemukakan Rang Undang-Undang kerajaan untuk Bacaan Kali Pertama;

a) Rang Undang-Undang Perbekalan 2017.
b) Rang Undang-Undang Bank Pelaburan Infrastruktur Asia 2016.
c) Rang Undang-Undang Perancangan Bandar dan Desa (Pindaan) 2016.
d) Rang Undang-Undang Mahkamah (Kaedah-Kaedah Pemulaan Tindakan Sivil) 2016.
e) Rang Undang-Undang Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2016

Hari ini, RUU Kerajaan yang dibaca kali pertama semalam telah disenaraikan sebagai Bacaan Kali Kedua. Semestinya, ia mestilah mendapat giliran diatas mendahului Rang Undang-Undang Ahli Persendirian daripada ahli bukan kerajaan iaitu YB Marang. Maka, sebab itulah giliran usul YB Marang teranjak daripada nombor 4 kepada nombor 7.

4. Persoalannya, bilakah RUU 355 itu akan dibahaskan.? Yang lebih tepat untuk menjawabnya ialah pihak kerajaan kerana kuasa ada di tangan eksekutif untuk menentukan tarikh yang sesuai bilakah laluan akan diberikan kepada YB Marang.

Adakah ianya boleh berlaku?

Ya, boleh! Cuba kita ingat kembali sejarah pembentangan usul ini kali pertamanya pada 26 Mei 2016 yang lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal Parlimen, Dato' Sri Azalina telah bangun mencadangkan;

"Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 14(2), saya mohon mencadangkan bahawa usul Yang Berhormat Marang seperti yang tertera di nombor 15 didahulukan selepas Rang Undang-undang Hak Milik Strata (Pindaan) 2016 di nombor 1 di dalam Aturan Urusan Mesyuarat pada hari ini".

Usul YB Marang terletak pada giliran terakhir hari itu, namun ianya dapat didahulukan kerana Menteri menggunakan Peraturan Mesyuarat 14(2) yang menyebut;

Majlis Mesyuarat dengan dikeluarkan usul (oleh seorang Menteri) yang akan diputuskan dengan tidak boleh dipinda atau dibahas, dan yang tidak berkehendak dikeluarkan pemberitahu terlebih dahulu boleh pada bila-bila masa memutuskan hendak menjalankan mana-mana urusan dengan tidak mengikut aturan yang telah ditetapkan. Usul ini hendaklah didahulukan daripada urusan-urusan lain.

5. Sidang Dewan Rakyat Penggal Keempat, Mesyuarat Ketiga kali ini adalah selama 25 hari yang bermula daripada 17 Oktober 2016 sehingga 24 November 2016. Pada Jumaat ini, PM Najib akan membentangkan Bajet 2017. Bermula Isnin depan sehingga 22 November 2016 adalah tempoh perbahasan bajet bagi peringkat dasar dan jawatankuasa.

Bolehlah kita fahami di sini, kemungkinan RUU 355 ini boleh dibentangkan samada hari yang berbaki sebelum pembentangan Bajet 2017 atau pada penghujung sidang nanti.

6. Terdapat pelbagai pihak yang berusaha gigih untuk menghalang pembentangan RUU 355 oleh YB Marang. Hairan bukan?

Atas prinsip sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan, apa yang sedang diusahakan oleh YB Marang adalah selari dengan peruntukan Perlembagaan Malaysia dan tidak juga bercanggah dengan Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat. Beliau membawa usul tersebut ke institusi Parlimen untuk dibahaskan dan dibuat pengundian. Mengapa perlu takut dan gelabah sangat?

7. Apa yang ingin dipinda ialah Akta 355 yang sudah sedia ada semenjak tahun 1965 lagi. Akta tersebut dahulunya dibentang, dibahaskan, diluluskan di Parlimen yang sama juga. Pada tahun 1984, Akta 355 ini pernah dipinda bagi menambah bidang kuasanya.

Setelah 32 tahun, Tuan Guru Presiden PAS memanfaatkan jawatan beliau sebagai Ahli Parlimen Marang mencadangkan Akta 355 ini diperluaskan bidang kuasanya agar Mahkamah Syariah yang sudah sediaada dapat dimartabatkan kedudukannya selari dengan Artikel 3 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut "Islam ialah agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai dalam mana-mana Bahagian Persekutuan."

8. Jadi, sila nyatakan di celah mana yang dikatakan RUU 355 ini bercanggah dengan Perlembagaan? Buktikanlah apa yang menyebabkan orang bukan Islam terkesan dengan pindaan bidang kuasa Mahkamah Syariah yang tidak pun melibatkan mereka.

Pihak yang menentang seperti DAP, MCA, Gerakan, MIC dan parti komponen BN di Sabah dan Sarawak hanya menggunakan persepsi palsu bagi menakutkan orang bukan Islam kepada Islam.

9. Pihak The Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism (MCCBCHST), Persatuan Hokkien Malaysia dan Majlis Gereja Malaysia turut sibuk masuk campur tangan hal ehwal ummat Islam dengan menggesa Ahli Parlimen menolak RUU 355 ini kononnya atas semangat mempertahankan Perlembagaan.

Adakah kami orang Islam sendiri tidak ada hak untuk beragamal dengan agama kami yang menjadi Agama Persekutuan Malaysia?

Malangnya, kelompok Muslim liberal seperti G25, Sister in Islam, IRF, Zaid Ibrahim, Peguam Siti Kasim dan yang seangkatan dengannya turut menentang keras usaha kita bagi memartabatkan undang-undang Syariah. Media yang dikuasai mereka digunakan untuk mengelirukan rakyat umum.

Contoh termudah ialah penggunaan terma RUU Hudud yang sering digunapakai dalam penerbitan berita mereka adalah penipuan secara terang-terangan. Mereka sengaja menggunakan perkataan Hudud kerana ia adalah senjata yang paling mudah untuk menakutkan orang kepada Islam.

10. Akhirnya, saya petik kembali kalimah yang digunakan oleh Tuan Guru Presiden PAS ketika beliau diserbu oleh pihak media semalam adakah RUU 355 ini akan diluluskan.? Beliau hanya tersenyum dan menyebut "Insyaallah".

Kita semua pendokong dan penyokong di segenap peringkat perlu bersifat optimis dan positif sepertimana yang telah dizahirkan oleh Tuan Guru Presiden PAS.

Kita teruskan berdoa, bersabar, dan berharap kerana akan tiba masanya mentari itu akan tetap menyinar setelah hujan berhenti.

Catatan oleh
Syed Ahmad Fadhli, Pegawai Lajnah Hal Ehwal Parlimen PAS


Kerajaan tidak pernah cadang mansuh GST - Johari

Posted: 18 Oct 2016 12:19 AM PDT

MALAYSIA GAZETTE


Johari Abdul Ghani
Johari Abdul Ghani


Kerajaan tidak pernah bercadang untuk memansuhkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan bermula 1 April, 2015.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Johari Abdul Ghani berkata ini kerana objektif pelaksanaan GST adalah untuk menyusun semula sistem cukai kepenggunaan negara supaya menjadi lebih telus dan efisien.

"Struktur GST yang dilaksanakan telah mengambil kira kedudukan semasa sosio ekonomi rakyat demi memastikan impak pelaksanaan GST adalah pada tahap minimun kepada rakyat, terutamanya golongan yang berpendapatan rendah.

"Pelbagai barangan GST dikenakan kadar sifar manakala perkhidmatan asas dikecualikan daripada GST termasuk barangan asas," katanya ketika menjawab soalan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Abdul Hadi ingin mengetahui sejauh mana hasrat kerajaan untuk membatalkan cukai GST yang sedang dilaksanakan dan mengambil mekanisme lain yang lebih adil, saksama dan tidak membebankan.

Johari berkata kerajaan juga telah menyediakan pelbagai pakej bantuan pelaksanaan GST untuk memastikan impak minimum kepada rakyat termasuk pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

"Disamping itu, kerajan juga telah mengurangkan kadar cukai individu iaitu sebanyak 1.0 peratus hingga 3.0 peratus," katanya.

Bagi tempoh Januari hingga 10 Okt tahun ini, Johari berkata kerajaan telah berjaya mengutip RM29.34 bilion GST, berbanding RM27.93 bilion bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun pelaksanaannya.

"Walaupun kadar GST ditetapkan pada 6.0 peratus, jika kita lihat jumlah barangan yang dikenakan kadar sifar dan dikecualikan, dan kita buat perkiraan semula, GST efektif kita hanya pada kadar 3.6 peratus," katanya.

Sementara itu, menjawab soalan tambahan Abdul Hadi berkenaan kenaikan harga barangan yang dikenakan kadar sifar atau dikecualikan GST, Johari berkata ia disebabkan oleh para peniaga yang tertekan ekoran pengurangan keuntungan yang diperoleh sejak sistem tersebut dilaksanakan.

"Waktu kita laksana SST (cukai jualan dan perkhidmatan), ia mempunyai banyak ketirisan di mana banyak peniaga yang tidak membayar SST disebabkan ketidakcekapan sistem ini.

"Apabila kita bertukar kepada GST, sudah pasti ia akan sedikit sebanyak memberi peningkatan harga terutamanya bagi barangan asas kerana peniaga-peniaga ini dahulunya tidak membayar atau hanya membayar separuh daripada SST," katanya.

Johari berkata pelaksanaan GST telah mengekang peniaga ini untuk "lari" daripada GST kerana cukai itu mempunyai "rujukan silang" antara seorang peniaga dengan peniaga yang lain.

"Sistem ini menyebabkan margin mereka tertekan di mana mereka sudah tidak memperoleh keuntungan yang sama seperti semasa mereka tidak membayar SST," katanya.

Selain itu, katanya, kenaikan harga barangan itu juga mungkin disebabkan oleh para peniaga belum benar-benar arif mengenai senarai barangan yang tidak perlu dikenakan GST.--BERNAMA


Muhyiddin, Shafie berubah tempat

Posted: 18 Oct 2016 12:09 AM PDT

SINAR HARIAN

Muhyiddin Shafie


KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Rakyat hari ini menyaksikan perubahan kedudukan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Sebagai Ahli Parlimen Pagoh, Muhyiddin berpindah ke blok pembangkang H2 dan duduk bersebelahan Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR‎, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Mohd Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna pula berpindah ke blok pembangkang G4 dan duduk bersebelahan Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dari Pas.  

Sebelum ini, Muhyiddin dan Mohd Shafie duduk di Blok E.

Kedudukan mereka berubah setelah Muhyiddin dipecat daripada Umno kerana melanggar disiplin parti sebelum beliau menyandang jawatan presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Mohd Shafie, yang digantung keahliannya daripada Umno, mengumumkan keluar daripada parti itu pada Julai lepas sebelum menjadi presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) yang diambil alih dan dijenamakan semula.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee berkata, keputusan untuk menentukan kedudukan di dalam Dewan Rakyat adalah mengikut pertimbangan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

"Mengikut Peraturan Mesyuarat 2 (3) kerusi-kerusi akan ditentukan mengikut timbangan Tuan Yang Dipertua dan keputusannya adalah muktamad," katanya. - Bernama


Pindaan RUU 355, parlimen bukan tempatnya

Posted: 17 Oct 2016 11:59 PM PDT

Tengku Razaleigh Hamzah
Tengku Razaleigh Hamzah


KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mempersoalkan sama ada pindaan Rang Undang-undang (RUU) Persendirian Akta 355 yang akan dibentang oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengikut cara yang betul.

Menurut beliau, agama adalah hak negeri dan berada di bawah naungan raja-raja di negeri masing-masing.

"Apakah RUU ini layak dibawa ke Parlimen? Perkara ini mesti mendapat persetujuan raja terlebih dahulu.

"Jadi saya takut ia tak ikut cara itu," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, di sini hari ini.

Beliau berkata, perkara itu mesti dibawa ke peringkat negeri dan sekiranya tidak, ia dianggap tidak berperlembagaan kerana agama adalah hak raja.

"Saya nak minta penjelasan sama ada RUU ini layak dibawa masuk ke Parlimen kerana Parlimen bukan tempatnya," katanya.

Tengku Razaleigh berkata, perkara ini mesti dibentangkan ke Majlis Raja-raja dan sekiranya diperkenankan barulah boleh dibawa ke peringkat Parlimen.

"Kalau hak raja, mesti dibawa ke peringkat negeri, berunding dengan Majlis Agama Islam Negeri, dan dengan raja sendiri. Kalau nak bawa ke peringkat Parlimen itu soal lain," katanya.   Menurutnya, beliau tidak menentang pindaan RUU itu cuma mahukan penjelasan mengenainya.

"Saya rasa semua orang nak tahu. Bukan sahaja dalam kalangan ahli-ahli parlimen, tetapi rakyat sendiri kerana perkara ini berkaitan dengan agama," katanya.


Mahkamah tolak rayuan Utusan, diarah bayar RM200,000 kepada Anwar

Posted: 17 Oct 2016 11:35 PM PDT

ANTARAPOS.COM
 
 
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan menolak rayuan Utusan Malaysia bagi mengurangkan jumlah ganti rugi untuk dibayar kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 
Utusan memohon membangkitkan beberapa persoalan undang-undang sama ada sabitan sebelum ini boleh digunakan untuk mengurangkan jumlah ganti rugi yang harus dibayarnya.
 
Susulan keputusan hari ini, Utusan harus membayar ganti rugi RM200,000 kepada Anwar.
 
Anwar menyaman Utusan dan ketua editornya Datuk Abdul Aziz Ishak pada tahun 2013, berikutan laporan akhbar itu yang memetik wawancara BBC pada 2012, bahawa Anwar menyokong lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT).
 
Panel tiga anggota diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Hasan Lah menolak permohonan Utusan secara sebulat suara.
 
Utusan juga diarah membayar kos RM10,000.
 


Harapan mengatasi segala ketakutan, tegas Anis Syafiqah

Posted: 17 Oct 2016 11:30 PM PDT

 ARIF ATAN
Anis Syafiqah (depan) dalam himpunan #TangkapMO1 di ibu negera, 27 Ogos laluAnis Syafiqah (depan) dalam himpunan #TangkapMO1 di ibu negera, 27 Ogos lalu

Selepas sebulan lebih berlalunya himpunan Tangkap Malaysian Official 1 (#TangkapMO1), seorang mahasiswa Universiti Malaya (UM) menerima surat tunjuk sebab daripada pihak pentadbiran.

Anis Syafiqah Md Yusof diminta menjelaskan penyertaannya dalam himpunan yang berlangsung di ibu negara itu dalam tempoh tujuh hari bermula daripada surat tersebut dikeluarkan pada 12 Oktober lalu.

Bersama catatan, "Akhirnya. Surat cinta UM. I love UM", penuntut di Fakulti Bahasa dan Linguistik berkenaan kemudiannya memuat naik surat ditandatangani Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof Datuk Dr Rohana Yusof itu di Facebook malam tadi.

"Saya hanya pelajar biasa yang dikelilingi oleh orang yang luar biasa.

"Alhamdulillah. Sokongan ibu bapa, rakan-rakan dan rakyat Malaysia yang sedar adalah sebuah harapan yang mengatasi segala ketakutan," tulisnya lagi.

Menurut Anis, kedua-dua ibu bapanya adalah antara insan terawal yang mendidik beliau bahawa nikmat hidup yang Tuhan pinjamkan di dunia ini bukanlah untuk manfaat kita seorang.

"Berusahalah menjadi manusia yang bermanfaat kepada manusia lainnya," ujarnya.

Aktivis mahasiswa itu dilihat tidak keseorangan berdepan kemungkinan tindakan tatatertib apabila dibanjiri ratusan ungkapan semangat dan sokongan daripada masyarakat berbilang kaum.

Bahkan, status Facebook beliau bersama lampiran 'surat cinta' itu dikongsi lebih 100 netizen setakat pukul 10 pagi tadi.

Antaranya, komentar pengguna Facebook, Noor Muhammad yang berkata, "Harga pengorbanan seorang pejuang rakyat.

Sama-sama kita doakan semoga Allah permudahkan segala urusan untuk Anis Syafiqah."

 Pentadbiran UM menganggap tindakan Anis menyertai himpunan menuntut MO1 yang dikaitkan dengan jenayah pengubahan wang haram diheret ke mahkanah sebagai memudaratkan nama baik universiti. Pentadbiran UM menganggap tindakan Anis menyertai himpunan menuntut MO1 yang dikaitkan dengan jenayah pengubahan wang haram diheret ke mahkanah sebagai memudaratkan nama baik universiti.
Menurut Lee Khai Loon pula, "Tibanya masa untuk UM tunjukkan autonomi kampus serta tidak diperalatkan oleh #MO1. Terus berjuang!

Solidariti bersama Anis Syafiqah," manakala Jean Vaneisha menulis, "Kak Anis Syafiqah, you are an amazing human being with an unshakeable spirit. I stand with you."

Kecaman dan sindiran

Turut mengundang kecaman dan sindiran orang ramai apabila Rohana dalam surat itu mengaitkan penyertaan Anis sebagai "merosakkan atau memudaratkan kepentingan, kesejahteraan dan nama baik universiti."

Antaranya, Shahirah Ali Zaman yang menyarankan supaya Anis meminta pihak universiti pula menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan memberikan bukti kukuh.

"Minta justifikasi dia (pentadbiran UM) pula. Begitu. #mainblssuratpulak #pecahkacapecahgelas," katanya.

Turut mendesak UM menjelaskan dakwaannya itu, Elson Tiow menyifatkan pentadbiran universiti di Parlimen Lembah Pantai itu melakukan tindakan memalukan.

"Jadi, UM hanya nak hasilkan pelajar yang selalu ikut perintah, tak dapat fikir individual, diam-diam, tak peduli keadaan negara? UM nak hasilkan pelajar begini? Malulah UM.

"Anis Syafiqah, jangan risau. Kamu mahasiswa yang berani, mempunyai pemikiran yang baik, cinta negara. I will support you. You win the support from us and rakyat," kata Tiow lagi.



Hadi ' tinggalkan’ Dewan Rakyat, hanya diam dan senyum

Posted: 17 Oct 2016 10:30 PM PDT

Zulaikha Zulkifli 


LIHAT VIDEO DI SINI

Meskipun sidang Dewan Rakyat masih berlarutan, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebentar tadi dilihat meninggalkan persidangan hari ini.

Beliau hanya berdiam diri ketika diajukan soalan mengenai usul persendiriannya yang telah diturunkan ke senarai nombor tujuh dalam kertas perintah bagi sesi terakhir Parlimen tahun ini.

Malah anggota parlimen Marang itu juga hanya tersenyum ketika diminta mengulas mengenai perkara berkenaan sebelum kereta yang dinaikinya meninggalkan Dewan Rakyat.

Hari ini, usul kontroversi 'hudud' Abdul Hadi telah ditolak ke bawah dalam kertas perintah.

Usul bagi membentangkan rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah), telah diturunkan daripada senarai nombor empat semalam kepada nombor tujuh hari ini.

Ia diturunkan apabila lebih banyak usul kerajaan dimasukkan dalam senarai.

Lazimnya, usul kerajaan didahulukan berbanding usul persendirian.

Dengan kedudukan di bawah senarai itu, ada kemungkinan usul Hadi tidak akan dibawa ke Dewan.

Malah, ia mungkin terus ditolak lebih bawah pada kertas perintah itu berikutan hari-hari akan datang.

Bermula minggu depan, debat parlimen akan memberi tumpuan kepada Bajet 2017 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Jumaat ini.

Perbahasan hanya akan beredar kepada perkara-perkara lain pada dua hari terakhir sesi Parlimen ini, yang berakhir pada 24 November.

Jika usul itu terus ditolak ke bawah, peluang Hadi adalah hanya jika beliau memohon kerajaan menaikkannya.

Ini yang berlaku pada sesi Parlimen lalu, apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berbuat demikian atas arahan Najib dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Kenapa tarah puncak bukit, buat ladang rakyat yang tiada rakyat, soal aktivis

Posted: 17 Oct 2016 10:18 PM PDT

ARIF ATAN
 
 
Kesan kemusnahan Hutan Simpan Kekal di Gua Musang begitu menjolok mata. Foto: Fauzi Mod AzmiKesan kemusnahan Hutan Simpan Kekal di Gua Musang begitu menjolok mata. Foto: Fauzi Mod Azmi


Pembalakan rakus pihak kerajaan Kelantan di beberapa kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) sebelum dibangunkan projek Ladang Rakyat mengundang banyak persoalan dalam kalangan aktivis.

Fauzi Mohd Azmi dari NGO Impian Kelantan menyifatkan pelaksanaan ladang di lokasi terpencil hulu negeri itu sebagai tidak masuk akal serta memusnahkan alam semulajadi dan mengancam kehidupan masyarakat Orang Asli.

"Apa keperluannya Kerajaan Negeri Kelantan menebang habis hutan-hutan dara dengan tujuan membina "ladang" di kawasan pedalaman yang begitu jauh dari jalan besar, apa lagi bandar?

"Apa untungnya menarah puncak-puncak bukit sehingga botak licin semata-mata kerana hendak mengadakan 'ladang rakyat' di kawasan yang tiada berpenghuni atau tiada rakyat?" bidasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Persoalan itu timbul selepas beliau hampir lima kali meredah debu merah selain selut lumpur jika hujan sejauh hampir 100 kilometer melalui jalan balak yang adakalanya memakan masa lebih daripada enam jam perjalanan dengan kenderaan pacuan empat roda (4x4).

"Pertama sekali pada 4 Oktober lalu, masuk melalui Kuala Betis melintasi beberapa buah bukit yang saya kira ketinggiannya lebih daripada 1,000 kaki paras laut.

"Selepas itu menyeberang lebih daripada 10 anak sungai dan hampir lima sungai besar kemudian keluar melalui Meranto," ceritanya.

Sehubungan itu, beliau mempertikai individu yang akan mengerjakan projek di ladang komersial tersebut.

"Atas nama 'ladang rakyat', siapa kemudiannya mahu dihantar bermastautin sejauh berpuluh-puluh kilometer ke kawasan pedalaman untuk menghidupkan 'ladang-ladang rakyat' itu?" soalnya.

Turut diperkatakan adalah ketiadaan infrastruktur dan logistik asas di pedalaman negeri itu sekaligus menimbulkan tanda tanya sejauh mana kewajaran ladang dibuka dalam skala yang amat besar di kawasan yang asalnya hutan simpan kekal.

"Siapa antara rakyat Negeri Kelantan yang difikirkan pihak Kerajaan Negeri Kelantan sanggup berpindah dari kawasan pinggir bandar atau kampung-kampung ke kawasan pedalaman yang langsung tidak ada kemudahan asas - elektrik, air bersih, jalan raya, kedai-kedai untuk membeli barangan makanan dan lain-lain?

"Kalau yang sudah berkeluarga, mempunyai anak dan isteri, adakah mereka sanggup berpindah tinggal jauh di kawasan pedalaman yang tidak mempunyai sekolah?

"Kalau yang bujang, adakah mereka sanggup berhijrah ke kawasan pedalaman menjalani hidup persis (orang) Nomad?" bidas Fauzi lagi.

Mengulas lanjut konsep Ladang Rakyat ketika pentadbiran Kelantan di bawah Almarhum Tuan Guru Nik Aziz, beliau berkata, pelaksanaan projek itu jelas berhampiran kawasan yang didiami rakyat.

"Betullah Ladang Rakyat satu masa dulu memberi pulangan yang bukan sedikit pada Kerajaan Negeri, tapi seingat saya, 'Ladang-ladang Rakyat' yang diwujudkan ketika zaman pemerintahan TGNA (Allahyarham) letak lokasinya tidak jauh dari pekan, bandar atau jalan utama.

Rakaman drone minggu lalu bukti pembalakan di Gua Musang berlaku tanpa kawalan kerajaan negeri seperti diakui NGO alam sekitar yang turut serta dalam siasatan itu. Foto: Syam GhazRakaman drone minggu lalu bukti pembalakan di Gua Musang berlaku tanpa kawalan kerajaan negeri seperti diakui NGO alam sekitar yang turut serta dalam siasatan itu. Foto: Syam Ghaz"Pandu kereta di jalan-jalan utama sudah nampak 'ladang-ladang rakyat' era pemerintahan TGNA (Allahyarham). Dekat situ, nampak sikit kewarasan mewujudkan kawasan perladangan di lokasi yang ada 'rakyatnya'," jelasnya.

Popi, ganja dan ketum?

Walau bagaimanapun, Fauzi secara sinis menganggap projek Ladang Rakyat di kawasan jauh terpencil pada masa ini bagi menanam pokok yang dikaitkan dengan penghasilan dadah.

"Sebab nak berbaik sangka, saya bayangkan bahawa Kerajaan Negeri Kelantan berhajat untuk mewujudkan 'Ladang-ladang Rakyat' yang tanamannya terdiri daripada pokok popi, ganja dan juga ketum.

"Jadi, di situ memang ada keperluan untuk bina ladang sejauh yang mungkin dari rakyat umum.

"Takkan timbul masalah untuk cari siapa yang bakal mengurus dan menjaga 'Ladang-ladang Rakyat' tersebut sebab pasti ada yang sanggup tinggal di kawasan pedalaman sejauh berpuluh kilometer demi sebuah kehidupan yang baik," tempelaknya.

Beliau menganggap kemungkinan itu adalah 'pandangan jahat sepintas lalu' untuk menjawab segala persoalan yang tiada jawapan.

Sekali lagi beliau melontarkan persoalan tentang kemusnahan ribuan hektar hutan simpan yang menjejaskan kesejahteraan hidup komuniti Orang Asli di Kelantan.

"Kenapa perlu jahanamkan kehidupan masyarakat Orang Asli untuk sebuah projek yang tidak masuk akal?" bidasnya lagi.

Dalam hal berkaitan, dapatkan akhbar mingguan Amanah Bil 21 di pasaran sekarang bagi mengikuti laporan penuh tinjauan anjuran R Malaysia ke kawasan Hutan Simpan Kekal yang terjejas dengan pembalakan rakus tersebut.

Solidariti Pakatan Harapan untuk Mazlan Aliman

Posted: 17 Oct 2016 10:14 PM PDT

HAZAYANI ZAKARIA
 
 
Mazlan AlimanMazlan AlimanPakatan Harapan hari ini sebulat suara menyatakan solidariti ke atas presiden Persatuan Anak Perneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman yang diarah membayar saman sejumlah RM500,000 kepada Felda.

Saman tersebut ekoran tulisan Mazlan dalam bukunya bertajuk "Felda...Dulu Tolong Sekarang Along!" yang dicetak oleh syarikat Angkatan Edaran.

Sekiranya Mazlan tidak dapat membayar wang tuntutan ini, beliau akan segera dimufliskan dan tidak lagi boleh memimpin mana-mana organisasi untuk memperjuangkan rakyat dan membebaskan golongan Felda.

Dalam kenyataan bersama yang dibacakan presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu pada sidang media hari ini, mereka merayu orang ramai untuk membantu Mazlan di bawah projek "Solidariti Bersama Mazlan Aliman" dengan sumbangan sekurang-kurangnya RM10.

Sumbangan boleh disalurkan ke nombor 564258576644 (Maybank) atas nama PUSAT PENGGERAK MOBILISASI.

Setiap sumbangan hendaklah dimaklumkan kepada nombor 017-7709869 (Rahmat).
Mohamad Sabu pada sidang media hari ini, merayu orang ramai untuk membantu Mazlan di bawah projek Mohamad Sabu pada sidang media hari ini, merayu orang ramai untuk membantu Mazlan di bawah projek "Solidariti Bersama Mazlan Aliman"
"Sewajarnya rakyat Malaysia menyanjung tinggi semua usaha membela golongan tertindas yang tidak terbela seperti peneroka Felda yang memerlukan pencerahan terhadap hak mereka.

"Mazlan Aliman ialah anak peneroka yang bangun memperjuangkan nasib dan perubahan kepada peneroka. Dalam perjuangannya, beliau telah menghadapi pelbagai tentangan dan halangan.

"Beliau juga dihalang memasuki Sarawak untuk memperjuangkan tanah adat. Turun naik mahkamah, bermalam di lokap juga sudah menjadi parkara biasa bagi beliau," kata Mohamad ketika membacakan kenyataan tersebut.

Kenyataan bersama itu disokong oleh setiausaha Agung Amanah, Mohd Anuar Tahir; ahli jawatankuasa DAP Selangor, Ronnie Liu; aktivis masyarakat, Hishamuddin Rais; ahli parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar; dan bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.

Pada 20015, Hakim Datuk Su Geok Yiam memerintahkan Mazlan dan Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd sebanyak RM150,00 kepada Felda.

Sementara jumlah RM350,000 adalah bagi ganti rugi am dan teruk. Pada 20 Julai 2009, Felda memfailkan saman terhadap Mazlan dan penerbit buku itu dan mendakwa tajuk buku tersebut membawa maksud Felda adalah Ah Long atau pemberi pinjaman wang haram dengan kadar faedah yang terlampau tinggi.

Felda dalam pernyataan tuntutannya mendakwa buku itu menggambarkan Felda bakal mengaut keuntungan yang banyak daripada pelbagai rancangan kemajuan sehingga memudaratkan peneroka yang kononnya hidup miskin akibat salah laku plaintif, dan mereka tidak ubah seperti hamba abdi ekoran dasar yang didakwa menindas.

Felda berkata kandungan buku itu juga berniat jahat dan dibuat untuk merosakkan reputasi Felda bagi merendah-rendahkan imejnya di mata masyarakat.

Sementara itu, Ronnie mengumumkan DAP Selangor menyumbangn sebanyak RM500 kepada Mazlan dan RM500 daripada beliau sendiri.

Artikel fitnah: Mahkamah arah Papagomo bayar Datuk Sukri RM300,000

Posted: 17 Oct 2016 10:07 PM PDT

MALAYSIA DATELINE
 
 

Datuk Sukri Mohamed (kiri) dan PapagomoDatuk Sukri Mohamed (kiri) dan Papagomo
Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini mengarahkan blogger "Papagomo" atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris membayar gantirugi sebanyak RM300,000 disamping kos sebanyak RM30,000 kepada seorang peguam terkenal yang juga bekas ahli parlimen, Datuk Sukri Mohamed.

Peguam beliau, Hisham Fauzi berkata perintah ini dikeluarkan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya Kota Bharu, Mohamad Rosli Mohamed Nawi setelah perbicaraan taksiran gantirugi dijalankan di sini ekoran dari keputusan mahkamah sebelum ini yang menyatakan Wan Muhammad Azri bersalah kerana menulis dan menyebarkan artikel fitnah terhadap Sukri.

"Di dalam artikel yang ditulis dan disebarkan oleh Wan Muhammad Azri, Sukri dituduh telah menyelewengkan sejumlah wang yang dikaitkan dengan Istana Kelantan dan Yayasan Sultan Kelantan," katanya kepada Malaysia Dateline pagi ini.

Menurutnya mahkamah telah mendapati artikel ini adalah merupakan satu fitnah terhadap Sukri yang juga seorang Ahli Majlis Perajaan Negeri Kelantan.

"Perbicaraan kes ini berlarutan dari Mahkamah Tinggi Malaya Kota Bharu yang pada mulanya menolak tuntutan Sukri atas alasan tiada bukti jelas mengenai pemilikan blog "Papagomo".

"Walau bagaimanapun Mahkamah Rayuan Malaysia kemudiannya telah membenarkan tuntutan Sukri dan kes ini berlanjutan hingga ke Mahkamah Persekutuan, Putrajaya yang telah di dengar pada bulan Jun yang lalu," katanya.

Di dalam perbicaraan kes ini Sukri diwakili peguam Hisham Fauzi manakala Wan Muhammad Azri diwakili peguam Hanif Idris.

Langkawi jadi lapangan terbang antarabangsa ke-6 AirAsia

Posted: 17 Oct 2016 05:57 PM PDT

ASTRO AWANI


Langkawi jadi lapangan terbang antarabangsa ke-6 AirAsia
Ketika ini syarikat penerbangan itu mempunyai hab antarabangsa di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor, Sabah dan Sarawak. - Foto Astro AWANI/MALIK RIDHWAN
 
 
GEORGE TOWN: Potensi besar pertumbuhan di Langkawi mendorong AirAsia Bhd menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi sebagai hab antarabangsa keenamnya di Malaysia.

Syarikat penerbangan itu mempunyai hab antarabangsa di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor, Sabah dan Sarawak.

Ketua Pegawai Eksekutif, Aireen Omar berkata Langkawi menawarkan potensi luas untuk pertumbuhan susulan pelancaran penerbangan laluan ke Guangzhou, China pada awal 2016.

"Kami berhasrat mengadakan lebih banyak penerbangan ke dan dari Langkawi tahun depan dan menjadikan lapangan terbang itu sebagai hab antarabangsa baharu bagi AirAsia.

"Ketika ini, AirAsia bergantung kepada pesawat kami dari Kuala Lumpur untuk mewujudkan kesalinghubungan ke Langkawi, namun tahun depan, kami berharap beberapa pesawat dapat berpangkalan di sana.

"Lazimnya, apabila kita mewujudkan hab, adalah ekonomi untuk menempatkan minimum dua pesawat di sana," katanya kepada pemberita di luar Persidangan Pelancongan Dunia 2016 di sini, pada Isnin.

Aireen berkata Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA) kerap mencapai kapasiti penuh semasa musim perayaan.

"Tempat letak pesawat dan terminal kami sangat sesak semasa musim perayaan dan saya telah mencadangkan kepada pihak berkuasa supaya memperluaskan lapangan terbang sedia ada atau membina terminal kos rendah lain khusus bagi memenuhi permintaan industri pelancongan.

"PIA menawarkan potensi besar kepada AirAsia namun ada kekangan infrastruktur. Lebih baik kami mempunyai terminal khusus untuk kos rendah di Pulau Pinang, supaya mudah memperkembangkan kesalinghubungan itu dengan destinasi semasa kami," katanya.
 
Aireen berkata syarikat itu turut menyasarkan peningkatan jumlah pesawatnya daripada 205 kepada 500 pesawat menjelang 2028 untuk memenuhi pertumbuhan luar biasa dalam industri pelancongan kos rendah.

Syarikat penerbangan tambang rendah itu mempunyai lebih 275 laluan di 23 negara dan terbang ke lebih 117 destinasi, termasuk 85 laluan khusus kepada AirAsia. 
 
 

Kembali kepada Al-Quran demi perpaduan UMNO - Ahmad Razif

Posted: 17 Oct 2016 05:57 PM PDT

ASTRO AWANI


Kembali kepada Al-Quran demi perpaduan UMNO - Ahmad Razif
Menurut Ahmad Razif, kerajaan negeri juga terus memperkasa ilmu Al-Quran dengan menambah baik kelas Tamayyuz di semua sekolah menengah agama. - Gambar fail
 
 
MARANG: Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abd Rahman menasihati anggota-anggota UMNO negeri supaya berpegang teguh kepada ajaran Al-Quran khususnya dalam memelihara perpaduan sesama mereka.

Beliau berkata ajaran Al-Quran merupakan benteng yang dapat menjadikan mereka lebih berdisiplin, bermoral dan bersatu padu.

"Nasihat saya kepada anggota UMNO, berpegang teguhlah kepada petunjuk Al-Quran dalam perjuangan. Itulah benteng yang paling teguh...kita akan sentiasa kukuh dan harmoni.

"...perjuangan dalam politik amatlah berat dan penuh dengan dugaan dan cabaran. Oleh itu, kita perlu menjaga imej dan mempertahan nilai-nilai moral dalam parti," katanya ketika merasmikan Program Tilawatul Quran dan Marhaban Peringkat Negeri Terengganu anjuran Pergerakan Wanita UMNO Terengganu.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri A. Latiff Awang dan Ketua Wanita UMNO Marang Toh Puan Zaitun Mat Amin.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Ahmad Razif yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri berkata program itu akan diteruskan pada masa akan datang dengan melibatkan golongan muda seperti Puteri UMNO.

"Ini bagi membolehkan lebih ramai golongan muda menjadi pelapis kepada aktiviti menyuburkan ajaran Al-Quran seperti Tilawah Al-Quran dan Marhaban di negeri ini," katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri juga terus memperkasa ilmu Al-Quran dengan menambah baik kelas Tamayyuz di semua sekolah menengah agama.
 
Selain itu, katanya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu dan Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu menubuhkan tiga pondok moden masing-masing di Kuala Nerus, Besut dan sebuah lagi di Hulu Terengganu.

"Jika usaha ini berterusan dari semasa ke semasa, dalam 10 atau 20 tahun akan datang Terengganu akan mencapai matlamat Melahirkan Huffaz Terengganu Bertaraf Antarabangsa dan Terengganu; Negeri Sejuta Huffaz," katanya. - BERNAMA 
 
 

Amaran angin kencang dan laut bergelora hingga Khamis

Posted: 17 Oct 2016 05:54 PM PDT

ASTRO AWANI


Amaran angin kencang dan laut bergelora hingga Khamis
 
 
KUALA LUMPUR: Angin kencang barat daya berkelajuan 40 hingga 50km sejam (kmsj) dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5m dijangka berlaku di kawasan perairan Phuket, Reef North, Layang-layang dan Palawan sehingga Khamis ini.

Jabatan Meteorologi dalam kenyataan berkata keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

Sementara itu, angin kencang barat daya berkelajuan 40 hingga 50km sejam (kmsj) turut dijangka berlaku di kawasan perairan Selat Melaka Utara, Condore, Sulu dan Labuan dengan ombak mencapai 3.5m.

Ini termasuk kawasan perairan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Sarawak iaitu di Rejang, Mukah, Bintulu dan Miri dan di Sabah iaitu di Pedalaman, Pantai Barat, Kudat dan Sandakan.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut, menurut kenyataan itu.
 
Pada masa yang sama, jabatan itu berkata kejadian air pasang besar di kawasan perairan Perlis, kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor dijangka berlarutan sehingga Rabu ini. -- BERNAMA 
 
 

Tiada ulasan: