Selasa, 18 Oktober 2016

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Hanipa Maidin : Yang benar tetap dinyatakan benarnya

Posted: 18 Oct 2016 09:00 AM PDT

Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin menafikan ucapan Hj Hadi di TV3 malam tadi kononnya beliau sokong GST.

Beginilah sifat mulia dan sebenar orang AMANAH....yang benar tetap dinyatakan benarnya, yang bohong dia nyatakan pembohongannya. Menerusi fesbuknya Hanipa Maidin menulis :


Saya sedang menonton Buletin Utama TV3 dan sebentar tadi TV3 twisted ucapan Yb Marang kononnya beliau sokong GST..to be fair to Yb Marang keseluruhan ucapan beliau tidaklah menyokong GST meskipun dlm muqadimmah ucapan beliau ,dia ada menyatakan bahawa tidak dinafikan GST adalah mekanisme yg berkesan uk kutip cukai dan selesaikan masalah orang tak bayar cukai..tapi,TV3, in practising irresponsible journalism, hanya ambil bahagian tu shj dan tidak siar keseluruhan ucapan YB Marang dan siarkan di Buletin Utama kononnya Yb Marang sokong GST! Saya ada di dewan masa Yb Marang berucap.
Muhammad Syafiq Azmi : Saya puji sikap YB Hanipa Maidin. Walau ketika dia sakit dulu penyokong PAS katakan itu kafarah akibat bawa lari kerusi, ianya sedikit pun tidak ditegur oleh pimpinan PAS yang ada.
 Tetapi apabila TV3 melaporkan bahawa Dato Seri Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menyokong GST, YB Hanipa Maidin tampil membuat penjelasan ianya telah sengaja disalah lapor oleh TV3.
 YB Hanipa Maidin juga mengesahkan beliau mendengar keseluruhan ucapan kerana beliau berada didalam dewan ketika itu.
 Tahniah YB Mohamed Hanipa Maidin kerana berlaku adil kepada Presiden PAS. Mungkin semua daripada boleh mengambil contoh sikap yang terpuji ini. Moga dipelihara kesihatan beliau untuk terus berjuang. Iqra'. 

Azmin Ali : Tolak mana-mana pihak yang bersekongkol dengan Umno dan Barisan Nasional

Posted: 18 Oct 2016 12:00 AM PDT

  Hadir bersama di Sambutan Setahun Amanah Selangor, di Shah Alam, malam kelmarin, MB Selangor, YAB Datuk Seri Azmin Ali pastinya telah menggemparkan ramai kalangan terutamanya dari pihak Pas, rakan sekutu kerajaan Selangor.

Tambahan lagi dalam ucapannya dimajlis tersebut, Azmin Ali dengan tegas menyatakan, mana-mana pihak yang dilihat bersekongkol dengan Umno dan Barisan Nasional, rakyat akan menolak mereka dalam pilihanraya yang akan datang!

Walaupun Azmin tidak menyebut nama parti tertentu, umum sangat memahami pihak yang Azmin maksudkan itu.

Menurut Azmin, kita tidak boleh lagi mendukung kerajaan Umno dan Barisan Nasional. Bukan sahaja tidak boleh menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib, tetapi rakyat tidak akan menerima mana-mana pihak , bukan sahaja sokong , tetapi kalau dilihat bersama dengan Perdana Menteri … rakyat tidak boleh terima!

Kita tidak boleh bersekongkol dengan Kezaliman. Kita tidak boleh bersekongkol dengan kemungkaran! Kita tidak boleh bersekongkol dengan Bapak Rasuah Negara! 

Mana mungkin kita mendukung Najib Tun Razak! Beliau bukan lagi perdana menteri tetapi perompak nombor satu negara. Malam ini kita ingin mengulangi ikrar kita : 

Mana-mana pihak yang dilihat bersekongkol dengan Umno dan Barisan Nasional, rakyat akan menolak mereka dalam pilihanraya yang akan datang!

Dato Mahfuz Omar seru ahli Pas sertai BERSIH 5

Posted: 17 Oct 2016 09:00 PM PDT


Tidak ada masalah untuk mana-mana pihak dalam Pas untuk menyertai perhimpunan Bersih, demikian ditegaskan oleh Ahli Parlimen Pas, Pokok Sena, Dato Mahfuz Omar sewaktu ditemui wartawan diruang legar parlimen petang kelmarin.

Ditanya samada kenyataan Dato Husam Musa yang mendakwa Allahyarham Tok Guru Nik Aziz pernah membuat kenyataan supaya ahli parti Pas menghadiri perhimpunan Bersih, Dato Mahfuz Omar mengesahkan memang benar, Allahyarham Tok Guru Nik Aziz ada membuat kenyataan tersebut.

"So tidak ada masalah untuk mana-mana pihak dalam Pas untuk menyertai perhimpunan Bersih," jelas Mahfuz.

Beliau turut memberi perakuan bahawa dia sendiri akan hadir perhimpunan BERSIH 5 yang akan diadakan 19 November nanti.

Menurutnya lagi, dia bersama YB Nurul telah turut menghadiri ceramah Bersih sempena konvoi Bersih daripada Alor Star ke Sungai Petani baru-baru ini.

Mahfuz menyeru semua pihak dalam Pas, termasuk ahli-ahli dibawah untuk bersama menyertai BERSIH 5, kerana BERSIH lebih menekankan persoalan untuk memastikan pilihanraya ke 14 yang akan berlangsung nanti benar-benar dalam keadaan yang demokratik.


Mahfuz hanya mengulangi seruan yang Allahyarham Tok Guru Nik Aziz pernah ucapkan sewaktu hidupnya.

Menentang ketidakadilan telah menjadi sebahagian daripada perjuangan PAS. Sudah menjadi darah daging orang Pas untuk turut bersama sebab dari dahulu telah ditarbiyah kewajiban menentang kezaliman.

Ayuh kita semua sama-sama menyertai BERSIH 5 yang akan diadakan pada 19 November depan.

Husam Musa : AMANAH mewarisi perjuangan Tok Guru Nik Aziz.

Posted: 17 Oct 2016 05:30 PM PDT


Sedutan Ucapan Dato Paduka Hj Husam Musa " Dalam Ceramah Mega Amanah Selangor:

Saya nak ulangi lagi: Bagi yang was-was sampaikan BERSIH pun dia tak boleh hadir. Minta maaf saya tak mahu apolegetic. Tok Guru Nik Aziz kata wajib hadir BERSIH, masa dia hidup!

Ada orang kata, dia lebih rapat dengan Tok Guru daripada Husam; tapi dia dah lupa apa yang Tok Guru pesan : Tok Guru kata wajib hadir, Harakah letak muka depan!

 Dan semalam Harakah letak muka depan : Tidak Hadir Bersih5!

 Tok Guru pesan, saya masih ingat, tuan-tuan pun masih ingat : Hadir Bersih… dan bawa air sembahyang, ada wudu'… Dimana azam bergema, disitu terus solat berjemaah. Tunjukan kepada rakan-rakan kita, orang-orang Cina dan India, disiplin sebagai seorang Muslim.

"Dan AMANAH Alhamdulillah , pada saya mewarisi perjuangan Tok Guru Nik Aziz." Husam Musa.

 Yang buruk itu buruk, yg baik itu baik. Yang hitam itu hitam, yang putih itu putih. Dan yangg lebih penting ialah Islam itu bukan milik kaum. Islam itu tidak boleh diikat dengan kelemahan satu-satu kaum.

 Islam itu adalah dalam framework multiracial all the time. Islam itu membawa rahmat; bukan membawa perseteruan dan persengketaan.

 Islam melayan kaum-kaum yang belum memeluk Islam sebagai potential market, potential followers. Dan inilah yang dibawa oleh AMANAH.

 Dan … dengan tepatnya keperluan Negara kita pada hari ini dan BERSATU datang dan rakan-rakan kita yang lain datang.

Tiada ulasan: