Khamis, 13 Oktober 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


KHABAR MENAKUTKAN KIAN HAMPIR JADI KENYATAAN

Posted: 13 Oct 2016 08:28 AM PDT

shahbudindotcom


Jeng...jeng...jeng...

Pejabat Peguam Negara (OAG) Switzerland akhirnya memulakan prosiding jenayah terhadap Falcon Private Bank kerana gagal menghalang kesalahan berkaitan penyelewengan dana 1MDB.

OAG memaklumkan bahawa tindakan itu diambil berdasarkan maklumat yang didedahkan dalam siasatan 1MDB dan isu-isu yang dibangkitkan dalam keputusan yang diambil Finma ke atas Falcon.

Finma atau Pihak Berkuasa Penyeliaan Pasaran Kewangan Switzerland semalam mendedahkan sebanyak RM15,200 juta dana berkaitan 1MDB, termasuk RM2,600 juta yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib Razak, telah disalurkan melalui Falcon.
 
 
 
 
Berikutan kesalahan itu, Finma mengarahkan Falcon menyerahkan sejumlah RM10.55 juta yang disifatkan sebagai keuntungan haram kepada agensi kawal selia itu yang peranan hampir sama seperti Bank Negara di negara kita.

Di Singapura, Falcon turut diarahkan tutup kerana  kesalahan berkaitan aktiviti penggubahan wang haram.

Apa yang harus dipuji ialah OAG yang begitu pantas dalam berindak. Hanya sehari selepas mengumumkan kemungkinan ke arah itu, OAG semalam memutuskan prosiding jenayah ke atas Falcon akan dimulakan.

Sebagaimana yang disebut sebelum ini, tentunya ini merupakan khabar menakutkan yang semakin hampir menjadi kenyataan, terutamanya tentang kebenaran berkaitan wang RM2,600 juta yang diterima oleh Najib.

Peguam Negara kita?

Hahaha...awal-awal sudah mengatakan  tiada kesalahan, sedangkan di negara-negara lain, ia seperti baru hendak dimulakan.


Guna GST untuk bina rumah mampu milik, kata gabungan pengguna

Posted: 13 Oct 2016 08:18 AM PDT

 
Rakyat tak merasai manfaat membayar cukai walaupun kerajaan mengutip RM27 bilion hasil GST pada 2015, kata CEO Fomca Paul Selvaraj


Paul Selvaraj


PETALING JAYA: Orang ramai sepatutnya merasai manfaat membayar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), kata gabungan pengguna.

Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) berkata cukai itu wajar digunakan untuk menyediakan rumah mampu milik, perluaskan laluan bas, rawatan kesihatan, subdisi untuk penjagaan kanak-kanak serta pendidikan untuk belia dan pasangan baru berkeluarga.

"Rakyat masih belum merasa manfaat membayar cukai kepada kerajaan," kata Ketua Pegawai Eksekutif Fomca Paul Selvaraj kepada FMT.

Beliau diminta pendapat mengenai perbelanjaan hasil daripada GST, cukai pendapatan dan jenis cukai lain oleh kerajaan. Kerajaan mengutip RM27 bilion daripada GST pada 2015. Kerajaan dijangka mengutip RM39 bilion tahun ini.

Selvaraj berkata perkara utama yang dihadapi keluarga baharu adalah mendapatkan rumah mampu milik.

"Cukai itu patut digunakan untuk membina rumah mampu milik, kerana jurang antara pendapatan dan harga rumah terlalu besar. Saya berharap tidak akan ada generasi yang sekadar mampu menyewa."

Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) berkata pasaran perumahan di Malaysia "sangat tidak mampu milik" dengan harga median rumah 4.4 kali pendapatan median isi rumah tahunan. Pasaran "mampu milik" adalah harga median rumah 3 kali pendapatan median isi rumah tahunan.

Perkara lain yang perlu diberi perhatian adalah laluan bas daripada kawasan perumahan baharu ke kawasan bandar. Memandangkan lebih ramai orang membeli rumah murah yang terletak jauh dari bandar, kerajaan perlu menyediakan perkhidmatan bas yang boleh diharap supaya orang ramai tidak perlu berkereta.

Perkara ketiga pula adalah rawatan kesihatan. Selvaraj memuji sistem rawatan kesihatan kerajaan kerana menyediakan perkhidmatan yang baik tetapi kerajaan perlu campurtangan mengawal rawatan kesihatan swasta.

"Terlalu mahal. Ia perlu dikawal supaya rawatan mampu dimiliki oleh golongan berpendapatan sederhana," katanya.

Selvaraj berkata kerajaan perlu agresif mengadakan wacana percuma mendidik pengurusan kewangan kepada golongan belia dan pasangan baru berkahwin bagi membantu mereka menguruskan kewangan dengan lebih baik. Beliau berharap ini akan membantu mereka berbelanja mengikut kemampuan dan melabur dengan bijaksana.

Datuk Seri Vida didakwa gagal bayar GST

Posted: 13 Oct 2016 08:13 AM PDT

Astro Awani
Datuk Seri Vida didakwa gagal bayar GST
Datuk Seri Vida di Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini. - Astro AWANI
 
 
KUALA LUMPUR: Usahawan komestik dan pengasas produk kecantikan Vida Beauty, Datuk Seri Hasmiza Othman dibenarkan wang jaminan sebanyak RM1.7 juta dengan seorang penjamin oleh Mahkamah Sesyen di sini, bagi kesemua pertuduhan ke atasnya.

Hasmiza atau dikenali sebagai Vida didakwa 16 pertuduhan di bawah Seksyen 41 (7) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)  2014  kerana gagal membayar cukai yang genap masa dan kena dibayar bagi tempoh bercukai dari April 2015 hingga Julai 2016 melibatkan RM4.2 juta.

Tertuduh didapati melakukan kesalahan itu di stesen Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Bahagian GST, Wisma Kastam, No 1, Jalan Tun Abdul Razak, Ipoh.

Hakim Murtazadi Amran juga menetapkan agar pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah.

Terdahulu, beliau tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan bagi kesemua pertuduhan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Murtazadi Amran.

Menurut sumber Astro AWANI, ini merupakan kes pertama defendan yang tidak mengaku bersalah selepas didakwa di bawah Seksyen 41 (7) akta tersebut.

Pihak pendakwaan, Farah Ezlin Yusof meminta RM100,000 dikenakan bagi setiap pertuduhan untuk jaminan serta dua penjamin warganegara dan pasport tertuduh juga ditahan memandangkan kesalahan itu melibatkan hasil negara.

Peguam tertuduh, Khairil Azwar Khalil meminta hakim merendahkan wang jaminan sebanyak RM3,000 untuk setiap pertuduhan kerana tertuduh merupakan pemilik tunggal syarikat yang dijalankan serta bertanggungjawab ke atas 200 pekerjanya.

Prosiding kes diteruskan dengan pertuduhan mengikut Seksyen 41 (6) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014.
Pendakwaraya sekali lagi meminta hakim mengenakan wang jaminan berjumlah RM100,000 bagi setiap pertuduhan.

Kes akan disebut semula pada 15 November depan.
 
 

Takut bayar tol lebih? Jangan terlalu lambat keluar lebuh raya PLUS

Posted: 13 Oct 2016 07:26 AM PDT



DETIK DAILY






KUALA LUMPUR — Pengguna lebuh raya PLUS yang keluar plaza tol terlalu lambat daripada tempoh akan dikenakan bayaran lebih tinggi sebagai "denda," kata syarikat terbabit.Langkah ini diperkenalkan oleh PLUS Malaysia Berhad (PLUS) bagi mengelak pengguna memanipulasi kad transit caj tol di beberapa lebuh raya yang diurus olehnya.

"Di antara taktik yang digunakan oleh pihak-pihak tersebut adalah seperti menukar, menyimpan dan manipulasi kad transit tol dan sebagainya," kata syarikat itu dalam kenyataannya.
"Berdasarkan rekod kami, jumlah kegiatan manipulasi kad transit tol semakin meningkat setiap tahun."

0713hrs Sila rujuk kenyataan PLUS mengenai Penalti Perjalanan Melebihi Tempoh Yang Ditetapkan (LJT) di https://t.co/wgXxIYrFuG
— plusline1800880000 (@plustrafik) October 11, 2016
Untuk mengawal masalah tersebut, tambahnya, denda "perjalanan melebihi tempoh yang ditetapkan" (LJT) dikenakan apabila waktu masuk dan keluar dari lebuh raya "meragukan."

Namun PLUS Malaysia Berhad akan memulangkan jumlah denda tersebut jika ia berpuas hati dengan alasan atau bukti yang ditunjukkan atas kelewatan pengguna keluar dari lebuh raya.

"Penalti LJT hanya boleh dikenakan sekiranya pengguna gagal memberi alasan atau bukti yang munasabah apabila melebihi tempoh perjalanan yang telah ditetapkan kepada petugas tol ketika membuat bayaran di plaza tol keluar," kenyataan PLUS semalam dipetik.

Syarikat pengendali itu juga berkata ia mempunyai rekod lengkap kesesakan, kerja penyelenggaraan, kemalangan atau kerosakan kenderaan yang mengendalakan perjalanan.

1224hrs Awasi jarak & had kelajuan kenderaan anda ketika berada di dalam cuaca hujan. pic.twitter.com/ixGRWhyBuQ
— plusline1800880000 (@plustrafik) October 12, 2016
"Rekod tersebut dirujuk dan disemak oleh petugas tol sebelum penalti LJT boleh dipertimbangkan dan dikenakan," katanya lagi di laman web rasmi.

Ia memberikan contoh perjalanan di antara plaza tol Gurun dan Pendang lazimnya hanya memakan masa 30 minit, tidak termasuk berhenti rehat yang boleh mencapai jumlah 138 minit.

"Sekiranya pengguna tersebut keluar di plaza tol Pendang melebihi tempoh yang dikira dari waktu memasuki plaza tol Gurun tanpa alasan serta bukti yang munasabah, maka penalti LJT boleh dikenakan," kata PLUS.

"Namun begitu, PLUS akan membayar balik jumlah penalti tersebut seandainya pengguna dapat mengemukakan bukti."

PAS tidak akan sama sekali bekerjasama dengan DAP lagi - Mursyidul Am

Posted: 13 Oct 2016 07:20 AM PDT

ASTRO AWANI


PAS tidak akan sama sekali bekerjasama dengan DAP lagi - Mursyidul Am
Hashim menegaskan parti itu tidak akan sama sekali bekerjasama dengan DAP lagi dan sanggup menghadapi pertandingan tiga penjuru pada pilihan raya umum (PRU) akan datang. -Gambar fail
 

KANGAR: Mursyidul Am PAS yang baharu, Ustaz Hashim Jasin menegaskan parti itu tidak akan sama sekali bekerjasama dengan DAP lagi dan sanggup menghadapi pertandingan tiga penjuru pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Beliau menyifatkan hubungan PAS dengan DAP ibarat 'berpatah arang' kerana DAP mungkir janji dan enggan bekerjasama dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Katanya kerjasama dengan DAP pada PRU ke-13 lepas berdasarkan 'tahaluf siyasi' (pendekatan politik) bersyarat manakala kerjasama dengan UMNO atas dasar perpaduan umat Islam demi mendapat keredhaan Allah SWT.

"Kita tidak mahu ulangi kesilapan dipatuk dua kali di tempat sama kerana menjalin semula kerjasama dengan DAP," kata Hashim pada sidang media di sini hari ini.

Bekas Pesuruhjaya PAS Perlis lebih 20 tahun itu dilantik baru-baru ini bagi menggantikan tempat Allahyarham Datuk Dr Harun Din yang meninggal dunia di California, Amerika Syarikat, bulan lepas.

Menurut Hashim, PAS tidak kisah jika berlaku pentandingan tiga penjuru membabitkannya, Barisan Nasional dan parti-parti pakatan lain pada PRU akan datang.

Pendekatan berbaik-baik dengan UMNO bukan kerana PAS dilihat lemah menjelang PRU ke-14 berikutan perpecahan dalaman sehingga wujud PAN (Parti Amanah Negara), katanya.

"Dulu (zaman Allahyarham Datuk Nik Aziz) berbeza namun dasar perjuangan PAS untuk menegakkan syiar Islam tidak berubah, bukan mengikut kepala orang yang dilantik menjadi Mursyidul Am)," tambah beliau.

Hashim berkata kerjasama dengan PKR dan PAN akan ditentukan pada mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat pada 22 dan 23 Okt ini di markasnya di ibu negara yang akan membentangkan kajian kerjasama politik dengan parti-parti lawan.

Katanya PAS kini mengamalkan politik matang dan bukan politik 'cari makan' atau semata-mata untuk memenangi PRU.

Mengenai pujukan PKR dan PAN untuk PAS menyertai mereka dengan mendakwa peluang memenangi PRU akan lebih cerah, Hashim berkata PAS telah dapat melihat matlamat itu. -Bernama


PAS tidak akan sama sekali bekerjasama dengan DAP lagi - Mursyidul Am

Posted: 13 Oct 2016 07:18 AM PDT

ASTRO AWANI


PAS tidak akan sama sekali bekerjasama dengan DAP lagi - Mursyidul Am
Hashim menegaskan parti itu tidak akan sama sekali bekerjasama dengan DAP lagi dan sanggup menghadapi pertandingan tiga penjuru pada pilihan raya umum (PRU) akan datang. -Gambar fail
 

KANGAR: Mursyidul Am PAS yang baharu, Ustaz Hashim Jasin menegaskan parti itu tidak akan sama sekali bekerjasama dengan DAP lagi dan sanggup menghadapi pertandingan tiga penjuru pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Beliau menyifatkan hubungan PAS dengan DAP ibarat 'berpatah arang' kerana DAP mungkir janji dan enggan bekerjasama dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Katanya kerjasama dengan DAP pada PRU ke-13 lepas berdasarkan 'tahaluf siyasi' (pendekatan politik) bersyarat manakala kerjasama dengan UMNO atas dasar perpaduan umat Islam demi mendapat keredhaan Allah SWT.

"Kita tidak mahu ulangi kesilapan dipatuk dua kali di tempat sama kerana menjalin semula kerjasama dengan DAP," kata Hashim pada sidang media di sini hari ini.

Bekas Pesuruhjaya PAS Perlis lebih 20 tahun itu dilantik baru-baru ini bagi menggantikan tempat Allahyarham Datuk Dr Harun Din yang meninggal dunia di California, Amerika Syarikat, bulan lepas.

Menurut Hashim, PAS tidak kisah jika berlaku pentandingan tiga penjuru membabitkannya, Barisan Nasional dan parti-parti pakatan lain pada PRU akan datang.

Pendekatan berbaik-baik dengan UMNO bukan kerana PAS dilihat lemah menjelang PRU ke-14 berikutan perpecahan dalaman sehingga wujud PAN (Parti Amanah Negara), katanya.

"Dulu (zaman Allahyarham Datuk Nik Aziz) berbeza namun dasar perjuangan PAS untuk menegakkan syiar Islam tidak berubah, bukan mengikut kepala orang yang dilantik menjadi Mursyidul Am)," tambah beliau.

Hashim berkata kerjasama dengan PKR dan PAN akan ditentukan pada mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat pada 22 dan 23 Okt ini di markasnya di ibu negara yang akan membentangkan kajian kerjasama politik dengan parti-parti lawan.

Katanya PAS kini mengamalkan politik matang dan bukan politik 'cari makan' atau semata-mata untuk memenangi PRU.

Mengenai pujukan PKR dan PAN untuk PAS menyertai mereka dengan mendakwa peluang memenangi PRU akan lebih cerah, Hashim berkata PAS telah dapat melihat matlamat itu. -Bernama

PAS berdiri kerana prinsip bukan dedak

Posted: 13 Oct 2016 07:12 AM PDT


 
Oleh USTAZ ROSLI ABDUL JABAR


ISLAM bukan macam pakaian, boleh ditukar-tukar mengikut rasa. Asal suka pakai asal tak suka tukar atau buang. PAS akan hilang identiti sebuah jamaah Islam kalau Islam yang menjadi prinsipnya dibuang.

Siapa yang nak PAS tinggalkan prinsipnya, maka dia kena bersedia untuk ditinggalkan oleh PAS. Kalau dia tak bersedia tinggalkan PAS, lama-lama pasti ahli PAS akan keluarkan dia atau dia terkeluar dengan sendiri.

Dengan prinsip ini PAS membina ahli dan jenteranya, jentera PAS bergerak dan berkembang bukan dengan dedak tapi dengan prinsipnya.

Kalau PAS pertahankan prinsipnya, orang yang benci kepadanya akan meninggalkannya tapi kalau PAS khianati prinsipnya orang yang cinta padanya pula akan tinggalkannya.

Biar PAS kehilangan orang yang membenci, tapi jangan kehilangan orang yang mencintai.

Jentera inilah yang siang malam bersengkang mata, mencurahkan peluh, kosongkan poket untuk perjuangkan Islam yang menjadi prinsip perjuangannya.

Jentera yang cinta kepada perjuangan PAS inilah juga yang membantu rakan tahalufnya yang sekarang sedang menubi hinaan dan perlekeh prinsip yang dibawa oleh PAS.

Dengan prinsip ini juga PAS berpencak dihadapan musuh musuh tradisinya BN yang menghalang PAS dari perjuangkan prinsip Islamnya dari dulu hingga kini, tak pernah PAS undur dari pertahankan prinsipnya walaupun musuhnya semakin ramai.

Begitu juga dengan sesiapa sahaja yang menyerang, menghina, menghalang PAS untuk kehadapan bersama prinsipnya. PAS akan rempuh dan hadapi semua halangan, penghinaan kepada PAS tidak sedikit pun mereputkan semangat perjuangan.

PAS tak reput dek hinaan, prinsip PAS adalah Islam, mana mungkin Islam itu akan reput, selagi PAS tidak khianati prinsipnya, selagi itu ia umpama pohon segar dan rendang yang meneduhkan. Semakin bertunas dan mengeluarkan buah yang manis.

Berita ramalan biar munasabah

Posted: 13 Oct 2016 07:10 AM PDT


 
Oleh SUBKY LATIF


TELAH diviralkan calon Umno Terengganu dalam PRU 14 nanti kira-kira separuh terdiri daripada muka baru.Sekalipun ia suatu yang luar biasa bagi Barisan Nasional, menggugurkan 50 wakil yang ada, masih ia termasuk dalam perkara mungkin. Biasanya BN khususnya Umno mengemukakan satu pertiga muka baru dalam setiap pilihan raya umum.

Calon pertama kali jika menang setiap kali ada harapan bertanding tiga kali pilihan raya. Perdana Menteri, menteri, Menteri Besar boleh bertanding lebih dari tiga kali. Masuk pilihan raya yang ke empat biasa sebahagian kecil saja calon yang sudah tiga kali itu bertanding lagi.
 
Jarang calon baru terdiri dari 40 peratus. 50 peratus lagilah tidak biasa. Tetapi bukan tidak mungkin bagi negeri yang Umnonya bergolak.
   
Umno Terengganu mungkin tidak bergolak, tetapi apabila kedudukan Menteri Besar yang juga Ketua Perhubungan Umno negeri bergolak, dan PAS pula jadi saingan hebat setiap PRU, maka denan  sendirinya politik negeri itu bergolak.
   
Pada zaman Najib ini Umno mengutamakan calon winnable, sebanyak-banyak yang membawa defeatible wajar digugurkan. Separuh MP dan Adun yang mungkin kalah dan menyebabkan BN kalah wajar digantikan.
   
Apabila berita itu diviralkan, maka ia boleh dikira mungkin. Dalam ilmu kewartawanan, berita ramalan adalah dibenarkan dan ia berita yang amat menarik. Sekalipun mungkin tidak betul tetapi berita ramalan bukanlah suatu jenayah dalam dunia kewartawanan.
   
Boleh diramalkan dengan imejnya yang ada PM Najib akan berundur sebelum PRU akan datang. Sekalipun kemungkinannya tipis tetapi bukan mustahil.
   
Tetapi dalam berita pertukaran calon yang banyak itu, jika nama Datuk Seri Idris Jusoh dan Datuk Shabery Cheek hilang daripada senarai adalah dikira tidak munasabah pada masa ini. Setakat ini tidak nampak mereka  tidak digemari oleh Najib dan oleh Zahid Hamidi.
    
Jika berita ramalan itu hendak diviralkan, maka jangan gugurkan nama kedua mereka. Sekalipun Idris Jusoh itu sama warna di sisi Istana, tapi Najib dikira tidak stabil menggugurkan mereka. Nama Idris memang comot sejak digugurkan daripada Menteri Besar, tetapi tidak menyebabkan Najib membuangnya. Ditukarnya Idris ke Parlimen. Naik pangkat dia.
    
Maka Idris dipercayai akan kekal. Demikian juga Shabery. Tetapi mungkin dia ditukarkan ke Dun memandangkan dia adalah Umno terkanan di negeri itu sekarang. Ketika Umno mencari calon MB, maka Shabery dirasakan orang yang sesuai.
    
Maka namanya jangan dibuang daripada senarai, tetapi ditukar dari Parlimen ke Dun. Kalau dia menang kemungkinan tidak jadi Menteri Besar disebabkan PAS beroleh majoriti, maka dia boleh jadi ketua pembangkang yang menarik.
    
Bagi meramalkan dia kalah dan BN kalah memandangkan kedudukan Umno yang ada sekarang, bukan tidak mustahil. Dengan kemunculan Bersatu dan penampilan Dr. Mahathir yang boleh melemahkan Umno, maka Umno tidaklah sehebat tahun 1955 dulu.
   
Maka masa ramalan boleh diviralkan sekencang-kencangnya. Sama ada ia dibincang atau tidak oleh Umno Terengganu, berita ramalan dibenarkan oleh ilmu kewartawanan. Tetapi ramalan itu biarlah profesional dan munasabah. Menggugur nama Idris dan Shabery masa ini menjadikan ramalan itu tidak logik sekalipun tidak mustahil.
  
Viral itu menarik jika nama kedua-duanya dikekalkan.

Saya Ditawar RM2 Juta 'Tutup Mata' Aktiviti Jenayah - Musa Hassan

Posted: 13 Oct 2016 07:05 AM PDT

DETIK DAILY
 

 

KUALA LUMPUR: Sejumlah besar wang ditawarkan untuk rasuah, demikian kata bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan mengenai beliau ditawarkan RM2 juta sebulan sebagai bayaran bagi menutup mata terhadap aktiviti jenayah.


Mereka bagaimanapun silap percaturan apabila pemimpin tertinggi Polis DiRaja Malaysia (PDRM) itu bukan sahaja menolak tawaran tersebut, bahkan mempergiatkan gerakan membanteras jenayah terancang.

"Semasa saya di sana (PDRM), sindiket menawarkan saya RM2 juta sebulan supaya membolehkan mereka menjalankan aktiviti perjudian, pelacuran, dadah dan lintah darat tanpa diperiksa.

"Saya tolak dan pastikan mereka ditangkap," katanya selepas Seminar Integriti dalam Perkhidmatan Awam dan Majlis Penutup Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) di sini, Rabu.

Musa berkata, beliau terlibat dalam operasi penahanan beberapa ketua sindiket berprofail tinggi semasa beliau berkhidmat dalam pasukan keselamatan itu.

"Rasuah perlu dihapuskan dan ia tidak tempat dalam pasukan ini," katanya.

Malah kata Musa, beliau pernah dituduh mengambil rasuah semasa berkhidmat sebagai pegawai penyiasat di Melaka.

"Seorang pegawai Badan Pencegah Rasuah (BPR, kini Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia) memberitahu saya bahawa saya disiasat kerana beberapa orang bahawa saya menggunakan nama saya untuk meminta rasuah.

"Saya beritahu pegawai itu untuk teruskan dan tahan mereka. Orang seperti itu jangan diberi muka," katanya.

Semasa menjadi KPN, Musa berkata, beliau mempunyai pendekatan bersungguh-sungguh membanteras jenayah terancang.

Salah satu kejayaan beliau apabila menahan tujuh suspek yang merupakan ketua geng warga Malaysia, termasuk seorang yang dikaitkan dengan geng di Singapura, pada Julai 2007.

Ia susulan arahan beliau mempergiatkan gerakan Unit Anti Maksiat, Perjudian dan Gangsterisme (D7), jenayah serius malah termasuk unit soal siasat, secara besar-besaran di Lembah Klang dan Johor.

Sebulan kemudian, Musa mencatatkan lagi kejayaan apabila beliau dapat menangkap salah seorang ketua sindiket paling berkuasa di negara ini, di Johor Baru.

Ditanya sama ada KPN lain turut menerima tawaran seumpama itu, Musa berkata, beliau tidak mengetahui mengenai perkara tersebut.

"Malah saya tidak menerima hamper semasa saya menjadi KPN. Kita, sebagai pegawai kanan, perlu menjadi contoh dan menunjukkan perkara yang wajar kepada pasukan kita," katanya.

Tiada ulasan: