Rabu, 12 Oktober 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Mahkamah tolak rayuan TV3 bayar ganti rugi kepada Nizar

Posted: 12 Oct 2016 09:08 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak rayuan Sistem Televisyen Malaysia Bhd (TV3) untuk membayar ganti rugi RM30,000 kepada bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
 
Bagaimanapun, Hakim Datuk Yeoh Wee Siam membenarkan kuantum yang diberikan oleh timbalan pendaftar dikurangkan daripada RM200,000 kepada RM180,000.
 
Jumlah itu adalah sebagai ganti rugi am. Mahkamah menolak tuntutan ganti rugi teladan dan teruk.
 
TV3 sebelum ini diperintahkan membayar ganti rugi RM200,000 berikutan penyiaran laporan berita mengenai isu nombor pendaftaran plat WWW 1 milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar kira-kira empat tahun lalu.
 
Hakim Yeoh memutuskan bahawa adalah tidak wajar untuk mengurangkan kuantum kepada RM30,000 selepas kes TV3 menjalani perbicaraan penuh.
 
Mahkamah membandingkan ini dengan ganti rugi sebanyak RM50,000 yang Utusan Malaysia diarahkan membayar kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan penyelesaian di luar mahkamah, dalam satu kes fitnah lain.
 
Dalam kes itu yang direkodkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 5 Oktober lalu, Utusan Malaysia melahirkan rasa kecewanya berhubung artikelnya yang mengaitkan bekas ketua pembangkang itu dengan pencerobohan militan di Lahad Datu, Sabah.
 
TV3 diwakili oleh peguam Lim Qi Si manakala Nizar diwakili oleh Mohd Fitri Asmuni.
 
Nizar menyaman TV3 dan penerbit Buletin Utama, Rohani Ngah mendakwa stesen televisyen itu telah menyiarkan kenyataan berbaur fitnah menerusi siaran berita Buletin Utama pada 30 Mei 2012 berhubung tweetnya.
 
Mahkamah Tinggi pada 12 April 2013 menolak saman fitnah Nizar dan beliau kemudian membawa kes itu ke Mahkamah Rayuan yang membuat keputusan memihak kepadanya pada 25 Februari 2014 dan mengembalikan kes itu ke Mahkamah Tinggi untuk taksiran ganti rugi.
 
Pada 14 Julai lalu, Timbalan Pendaftar, Hanie Dzatul Akhmar Zulkefli memerintahkan TV3 membayar ganti rugi RM200,000 kepada Mohammad Nizar.
 
 

NOH OMAR MUNGKIN BOLEH BANTU POLIS

Posted: 12 Oct 2016 08:51 AM PDT

 shahbudindotcom


Susulan tindakan ganas dan ala samseng yang tercetus dalam pertembungan antara anggota Gerakan Baju Merah dengan peserta jelajah Bersih 5 Sabtu lalu, selain sudah melakukan beberapa tagkapan, pihak polis kini dilaporkan sedang mengesan seorang lelaki bertongkat dan berjanggut yang dikesan berada di tempat kejadian.
 
 
 
 
Kata Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar, pihaknya menyedari gambar yang tersebar di media sosial yang memperlihatkan lelaki itu sedang menunjuk ke arah peserta Bersih 5 yang turut diterajang oleh anggota Baju Merah yang lain dalam kejadian tersebut.

Dalam masa yang sama, tersebar juga gambar yang memperlihatkan seseorang yang mirip wajah lelaki berjanggut dan bertongkat itu yang didapati berada bersama-sama Najib Razak, Noh Omar dan Jamal Md Yunus dalam satu majlis sambil memakai baju putih berlogo BN.

Kami sedang menyiasat dan kami ingin menyoal lelaki bertongkat dan berjanggut itu, kata Khalid lagi.

Siapakah lelaki itu? 
 
 
 
 
Mungkin Najib, Noh Omar atau Jamal dapat membantu pihak polis mengenal-pasti identitinya?

Jika kedua-dua gambar itu adalah lelaki bertongkat dan berjangkut yang sama, apakah Noh Omar masih mahu menafikan UMNO tidak terlibat apa-apa dengan Gerakan Baju Merah yang diketuai oleh Jamal? 


Saya bantah pihak mahu buat kasino di Pulau Pinang - Reezal

Posted: 12 Oct 2016 08:51 AM PDT


Reezal Merican Naina Merican
Reezal Merican Naina Merican


UMNO Bahagian Kepala Batas dengan sekeras-kerasnya menolak sebarang cadangan oleh mana-mana pihak atau sesiapa jua untuk mewujudkan kasino di Pulau Pinang.

Itu tegas Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

"Selagi saya menjadi Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas dan Ahli Parlimen Kepala Batas, saya akan pastikan tiada sebuah pun kasino akan wujud di atas bumi Pulau Pinang.

"Cadangan Penang Front Party untuk mewujudkan sebuah kasino di Pulau Pinang sekiranya mereka menang dalam Pilihanraya Umum ke-14 adalah cadangan yang dangkal dan tidak mengambil kira sensitiviti masyarakat tempatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Timbalan Menteri Luar itu, perjudian bukan budaya rakyat Malaysia, khususnya rakyat Pulau Pinang.

"Saya yakin dan percaya majoriti rakyat Pulau Pinang yang bukan Islam pun menolak sebarang aktiviti perjudian kerana ia adalah racun yang boleh merosakkan keluarga dan masyarakat," tegasnya lagi.

Menurutnya, Pulau Pinang adalah negeri yang kaya dengan produk pelancongan dan tidak memerlukan kasino atau pusat-pusat perjudian untuk menarik lebih ramai pelancong asing.

"Saya ingin menyatakan dengan terang dan jelas bahawa UMNO tidak ada sebarang kaitan secara langsung atau tidak langsung dengan Penang Front Party. Penglibatan Datuk Zahidi Zainul Abidin sebagai Penasihat PFP adalah atas kapasiti peribadinya sendiri dan tidak mewakili parti UMNO," katanya.--MalaysiaGazette


Kembalikan kuasa kementerian yang diambil oleh JPM

Posted: 12 Oct 2016 08:49 AM PDT

MALAYSIA GAZETTE




Dewan Rakyat kembali bersidang pada 17 Oktober 2016 dan Bajet Negara 2017 akan dibentang oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak pada 21 Oktober.

Pada 5 Oktober lalu, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, kerajaan ingin menghapuskan pertindihan fungsi antara kementerian-kementerian dalam usaha untuk menguruskan perbelanjaan mengurus atau 'operating expenditure' (opex) dengan berkesan.

Badan pemikir Kajian Politik Untuk Perubahan (KPRU) melihat kenyataan menteri tersebut secara positif dan ingin membangkitkan beberapa perkara berkaitan seperti berikut:

Pertama, ini merangkumi pertindihan fungsi agensi-agensi kementerian telah lama wujud dalam pentadbiran kerajaan.

Kedua, pelbagai pihak telah membangkitkan masalah berikutan pertindihan seumpama, khususnya kesan pertindihan terhadap tatakelola, pelaksanaan dan koordinasi dasar kerajaan sehingga menjejaskan keupayaan kerajaan menyelesaikan masalah yang berbangkit.

Ketiga, kerajaan sedang berdepan dengan era penurunan mendadak pendapatan daripada hasil sumbangan berkaitan petroleum dan produk petroleum.

Keempat, kutipan hasil cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada suku kedua tahun ini berkurangan sebanyak 30 peratus atau RM3.1 bilion, iaitu daripada RM10.2 bilion pada suku pertama 2016 kepada RM7.1 bilion pada suku kedua.

Dalam keadaan sedemikian, kenyataan Menteri Kewangan menonjolkan kebijakan dasar dan betapa kerajaan harus mengambil tindakan segera apabila Menteri Kewangan mengumumkan Bajet 2017 minggu depan.

Seperti yang dibangkitkan oleh Menteri Kewangan Kedua, pertindihan fungsi kementerian dan agensi berkaitan bukan sahaja menjejaskan tatakelola tetapi juga menyumbang kepada pelbagai bentuk pembaziran.

Dalam keadaan ekonomi hari ini, pembaziran adalah satu bentuk kegagalan keupayaan kerajaan yang begitu menonjol.

Tetapi apa yang tidak dibangkitkan oleh Menteri Kewangan Kedua ialah, penelitian kabinet pimpinan Perdana Menteri menunjukkan bahawa, Jabatan Perdana Menteri (JPM) merupakan kementerian yang paling banyak bertindih dengan kementerian-kementerian lain.

Sesungguhnya, terdapat satu trend di mana setiap Perdana Menteri baharu cenderung membentuk agensi baharu dan melakukan rombakan tertentu sehingga bilangan agensi JPM meningkat dan bertindih dengan agensi kementerian lain.

Trend ini begitu terserlah setelah Tun Abdullah Ahmad Badawi menggantikan Tun Mahathir Mohamad dan juga setelah Najib menggantikan Pak Lah.

Sesungguhnya, JPM adalah agensi utama yang mempunyai kontroversi di mana peranan JPM itu sendiri bertindih di antara pelbagai agensi dan kementerian.

Dengan demikian, JPM harus diteliti semula aktiviti-aktiviti dan bahagian yang berkenaan serta membuat penyusunan semula bagi mengatasi masalah pertindihan tersebut.

Jabatan Perdana Menteri terlalu besar.

Daripada penelitian terkini portal rasmi JPM , terdapat 93 entiti, merangkumi 58 jabatan, 15 badan berkanun, 14 syarikat, lima yayasan, dan satu pertubuhan antarabangsa di bawahnya.

Banyak 'agensi' JPM didapati memaparkan fungsi yang sama atau hampir sama dengan kementerian lain.
Penghapusan agensi tertentu, susun semula agensi-agensi tertentu dan pemindahan kuasa agensi-agensi tertentu daripada JPM kepada kementerian lain, bukan sahaja dapat menyelesaikan masalah yang dibangkitkan oleh Menteri Kewangan Kedua, tetapi juga mengangkat kedudukan kementerian-kementerian tertentu yang agak tersisih, malah dapat mengembalikan kuasa kepada kementerian-kementerian tertentu yang sebelum ini bertanggungjawab terhadap bidang kuasa tertentu sehinggalah kuasa sedemikian dipindah ke JPM.

KPRU telah membuat kajian atas sejumlah besar 'agensi' di bawah JPM.

Berdasarkan butiran-butiran Bajet 2016, seperti mana yang ditunjukkan dalam Jadual KPRU di bawah, terdapat 12 'agensi' yang didapati bertindih dengan agensi atau kementerian lain dan 10 'agensi' kewujudannya boleh dipertikaikan apabila dibandingkan dengan agensi lain, atau kementerian lain, atau dipertimbangkan kontroversi fungsinya.

Jadual KPRU: 'Agensi' JPM yang bertindih dengan kementerian lain

Butiran
'Agensi' JPM
Bertindih dengan kementerian lain
Boleh dipertikaikan apabila dibandingkan
010300

010400

16200

16300
Kawal selia Felda

Seranta Felda

Projek Jalan Felda

Projek Sistem Bekalan Air Felda

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah;
Cadangan: Felda di bawah jagaan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
010500


30000
Bahagian PERMATA

Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak (Early Childhood Care and Education-ECCE)
Kementerian Pendidikan
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
010900
Biro Tatanegara

Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN);
Catatan: Biro Tatanegara satu agensi yang penuh dengan kontroversi
020000


020300
Unit Perancang Ekonomi (UPE)

Malaysian Development Institute (MDI)
Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU)
Cadangan: UPE wajar diutamakan berbanding PEMANDU
030000
Unit Penyelarasan Pelaksanaan (UPP)
Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan  (PEMANDU)
Cadangan: UPP wajar diutamakan berbanding PEMANDU
140000 & 140100
Bahagian Hal Ehwal Penguatkuasaan Maritim Malaysia (BHEPMM)

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM);
Persoalan: Apa beza Bahagian Hal Ehwal dengan Agensi?
160000, 530400, 540400 & 18000
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)

Bahagian Hal Ehwal Penguatkuasaan Maritim Malaysia (BHEPMM)
220000






230000
Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sarawak (LPKP Sarawak)

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sabah (LPKP Sabah)
Kementerian Pengangkutan

270000
Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Kementerian Wilayah Persekutuan
330000




04200
Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA)

Projek-projek PERDA

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
370000
Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU)
Unit Perancang Ekonomi (UPE)

390000
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)
Kementerian Pengangkutan

410000 & 83000
Malaysian Industry – Government Group for High Technology (MIGHT)
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
440000 & 92000
Agensi Inovasi Malaysia (AIM)
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

450000
TV AL-HIJRAH

Kementerian Komunikasi dan Multimedia
460000
Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU)

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
470000 & 90000
Talent Corporation Malaysia Berhad (TALENTCORP)
Kementerian Sumber Manusia

490000 & 00110
Perbadanan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA)
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

500000
Majlis Profesor Negara (MPN)

Kementerian Pendidikan Tinggi
540700





98000
NKEA – (Oil, Gas, Energy) (Malaysia Nuclear Power Corporation)

Malaysia Nuclear Energy
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air


Nota: 'Agensi' merujuk kepada entiti yang wujud, termasuk agensi, lembaga, bahagian, unit dan seumpamanya menurut konteks perbincangan artikel ini.
Sumber: Bajet Negara 2016

Sebagai contohya, PERMATA yang fokus dalam penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak bertindih dengan Kementerian Pendidikan yang bertanggungjawab dalam pendidikan awal atau prasekolah.

Oleh itu, PERMATA lebih sesuai diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang menjaga kebajikan kanak-kanak melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat atau di bawah Kementerian Pendidikan.

Pandangan pakar pendidikan wajar diambil kira sebelum keputusan dibuat.

Selain itu, PERDA adalah lebih sesuai diletakkan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, yang kini telahpun mempunyai lembaga-lembaga yang mirip dengan PERDA bagi negeri lain, iaitu Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR), Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), dan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA).

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, juga pernah berkata PERDA lebih sesuai dikendalikan oleh KKLW berikutan fokus utama agensi berkenaan yang menumpukan kepada projek pembangunan luar bandar dan wilayah.

Seterusnya, salah satu agensi yang sering dibincangkan adalah Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). SPAD berlaku pertindihan dengan Kementerian Pengangkutan dalam hal ehwal kereta api (KTM, LRT, ERL) di Semenanjung Malaysia.

Melalui Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, SPAD telah mengambil alih Jabatan Keretapi Malaysia (beroperasi di Semenanjung), yang selama ini mentadbir melalui Akta Keretapi 1991.

Oleh itu, SPAD yang bertanggungjawab dalam hal ehwal segala kenderaan perdagangan darat lebih sesuai diletakkan di bawah Kementerian Pengangkutan untuk pemantauan pengangkutan awam dengan lebih berkesan.

Dengan perbincangan dan cadangan di atas, kami berharap masalah pertindihan fungsi kementerian dan agensi kerajaan dapat diselesaikan bagi mengembalikan kuasa kementerian yang telah diambil oleh JPM, melicinkan tatakelola kerajaan, dan yang penting memenuhi objektif penjimatan yang dibangkitkan oleh Menteri Kewangan Kedua.

Justeru, kami berasa cadangan ini harus dibawa ke Bajet Negara 2017 yang bakal dibentangkan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Najib.

Dikeluarkan oleh,
Ooi Heng, Pengarah eksekutif KPRU.
-MalaysiaGazette

Samsung Malaysia minta pemilik Galaxy Note 7 matikan gajet itu segera

Posted: 12 Oct 2016 08:37 AM PDT

MALAYSIA GAZETTE




Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn Bhd meminta semua pemilik tempahan awal Galaxy Note 7 untuk mematikan gajet mereka dengan segera.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan SME hari ini, pemilik Galaxy Note 7 diberi pilihan sama ada memulangkan semula atau menukarnya kepada Samsung Galaxy S7 Edge, dengan syarat mereka memulangkan Galaxy Note 7 berkeadaan baik.

"Semua pemilik tempahan awal akan dihubungi oleh Khidmat Pelanggan Samsung, operator rangkaian mobil berkaitan atau rakan kongsi yang terlibat bermula dari 13 Okt berhubung maklumat program pemulangan semula atau penukaran telefon.

Mereka boleh menghubungi talian Samsung Malaysia di 1-800-88-7799 untuk maklumat lanjut.

Agensi berita Korea Selatan, Yonhap melaporkan Samsung Electronics Co (Samsung) telah menggantung penjualan fablet Galaxy Note 7 keluarannya di peringkat global pada Selasa, beberapa minggu selepas jualannya disambung semula diikuti program penukaran semula yang tidak pernah terjadi sebelum ini.

Samsung dalam kenyataan yang dimuat naik di laman webnya berkata ia memutuskan untuk menghentikan penjualan Galaxy Note 7 di peringkat global dan bersetuju menggantikannya selepas berbincang dengan agensi kerajaan Korea berkaitan Teknologi dan Standard serta pihak berkuasa berkaitan.

Awal minggu ini, Samsung menggantung pengeluaran Galaxy Note 7 berikutan beberapa siri laporan media bahawa alat gantinya mudah terbakar.

Syarikat gergasi teknologi Korea Selatan itu mengumumkan penarikan balik telefon yang penuh kontroversi itu pada awal September lalu berikutan beberapa laporan diterima berkaitan telefon bimbit itu mudah terbakar ketika sedang dicaj.

Ia mula dijual pada 19 Ogos lalu.-- BERNAMA


10,000 anggota APM sedia hadapi bencana banjir

Posted: 12 Oct 2016 08:34 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SEREMBAN: Sebanyak 10,000 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sedia diaturgerakkan pada bila-bila masa bagi menghadapi bencana banjir.
 
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) APM Datuk Selamat Dahalan berkata APM juga memperkemaskan koordinasi dan komunikasi bagi melancarkan proses bantuan yang akan diberikan kelak.
 
"Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat mengadakan mesyuarat persiapan pada bulan lepas yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan 2 minggu lepas dipengerusikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim untuk memantau persiapan di setiap negeri.
 
"Kita (APM) juga di peringkat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri adakan mesyuarat yang turut disertai polis, bomba, Jabatan Pengaliran dan Saliran dan yang berkaitan untuk melihat persediaan dari segi logistik, kekuatan keanggotaan dan sebagainya," katanya kepada pemberita pada majlis Pemakaian Pangkat dan Penyerahan Watikah Pelantikan Pegawai Bersekutu, Pegawai Pasukan dan Pegawai Tidak Bertauliah di sini hari ini.
 
Selamat berkata selain itu, APM pusat bersama Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) juga mengadakan beberapa latihan bagi mempersiapkan anggota yang terlibat sebelum melakukan tugas mereka ketika bencana.
 
"Latihan termasuk 'table talk' dan latihan sebenar untuk kita biasakan koordinasi, pemahaman komunikasi dan kebolehkeupayaan aset yang dimiliki setiap agensi terlibat untuk digunakan secara bersama.
 
"Sekarang ini, kita tumpukan persiapan sebelum bencana, termasuk bekalan makanan, kenal pasti lokasi pendaratan helikopter, menambah pusat pemindahan dan perbaiki kemudahan di pusat pemindahan sedia ada," katanya.
 
Beliau berkata orang ramai diharap agar mempunyai kesedaran untuk membuat persiapan sebelum menghadapi musim banjir.
 
"Orang ramai sentiasa diuar-uarkan agar mereka lebih proaktif dan membuat persiapan yang diperlukan sebelum berlakunya bencana.
 
"Pastikan peralatan yang perlu diselamatkan, kita asingkan dahulu. Berpindah sebelum bencana adalah langkah terbaik bagi mengelakkan keadaan yang kelam kabut… kalau air sudah sampai pinggang baru nak pindah, susah," katanya.
 
Dalam perkembangan lain, Selamat turut berharap dengan penjenamaan semula Jabatan Pertahanan Awam Malaysia sebagai APM, 3 aspek iaitu jumlah keanggotaan, aset, dan keupayaan dimiliki APM dapat disokong dengan sumber kewangan mencukupi.
 
 
 

Selangor nafi abai PPR, sudah belanja lebih RM85juta sejak 2010

Posted: 12 Oct 2016 08:31 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Kerajaan negeri menafikan dakwaan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bahawa mereka mengabaikan pengurusan Projek Perumahan Rakyat (PPR).
 
Menurut Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar Datuk Iskandar Abdul Samad, sebanyak RM85,356,020.61 telah dibelanjakan kerajaan negeri melalui satu program di bawah skim Baikpulih Negeri Berkebajikan (CERIA) sejak tahun 2010 yang melibatkan 263 kawasan pangsapuri di Selangor.
 
"Skim ini menggunakan konsep perkongsian kos di mana kerajaan negeri akan menyumbang 80 peratus kos membaikpulih. Sementara penduduk perlu membayar 20 peratus yang boleh dibayar secara ansuran
 
"Untuk rumah kos sederhana rendah pula, perkongsian ini adalah 60 : 40. 60 peratus dari kerajaan negeri dan 40 peratus dari penduduk.
 
"Kerja-kerja yang dilaksanakan di bawah skim CERIA ini adalah kerja-kerja yang melibatkan mengecat semula, lif, bumbung, tangki air, pam air, saluran air hujan, pendawaian elektrikal dan banyak lagi," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
 
Malah Iskandar menyalahkan kerajaan negeri terdahulu menjadi punca kepada keadaan yang berlaku sekarang. 
 
"Kerajaan negeri Barisan Nasional sebelum ini gagal memberi perhatian yang sewajarnya kepada pangsapuri-pangsapuri tersebut.
 
"Tidak ada skim seperti skim CERIA sebelum tahun 2008. Mungkin jika terdapat skim CERIA ketika itu keadaan seperti hari ini tidak akan wujud," ujar beliau lagi. 
 
Terdahulu Menteri KPKT Tan Sri Noh Omar meminta Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali mengembalikan pengurusan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 1 selepas gagal menjaganya dengan baik.
 
Ujarnya beberapa tahun lalu, penduduk perumahan itu hidup serba daif terutama daripada aspek pengurusan lif dan pelupusan sampah.
 
 

Mahkamah tangguh umum keputusan semakan kes liwat Anwar

Posted: 12 Oct 2016 08:27 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini menangguhkan pada satu tarikh lain keputusan semakan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun kerana meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan, lapan tahun lalu.
 
Panel lima hakim diketuai oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin menangguhkan keputusan itu selepas mendengar penghujahan kedua-dua pihak pembelaan dan pendakwaan.
 
Beliau bersidang bersama Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum, Tan Sri Hasan Lah,  Tan Sri Abu Samah Nordin dan Tan Sri Zaharah Ibrahim.
 
Barisan pendakwaan diketuai oleh Ketua Unit Perbicaraan dan Rayuan, Datuk Ahmad Kamal Md. Shahid manakala Datuk Seri Gopal Sri Ram mengetuai barisan pembelaan.
 
Mahkamah tertinggi negara mendengar permohonan semakan Anwar dalam usaha terakhirnya untuk mengetepikan keputusan panel terdahulu yang mengekalkan sabitan dan hukuman penjara lima tahun kerana meliwat bekas pembantu peribadinya.
 
Pada 10 Februari tahun lalu, Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria menolak rayuan Anwar agar dia dibebaskan daripada sabitan dan hukuman penjara kerana meliwat Mohd Saiful, 31, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di ibu negara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.
 
Pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskannya daripada pertuduhan tersebut manakala Mahkamah Rayuan mensabitkannya dan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun pada 7 Mac 2014. - Utusan Malaysia
 
 

PT3 tangguh selepas makmal sekolah di Perlis terbakar

Posted: 12 Oct 2016 08:26 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
PADANG BESAR: Ujian Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Suleiman, di sini, terhenti seketika selepas makmal komputer dan bilik masakan di sekolah itu terbakar pagi tadi. 
 
Seramai 208 calon PT3 sedang menjawab kertas Pendidikan Islam di dewan yang terletak kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian ketika kebakaran bermula kira-kira jam 11.55 pagi. 
 
Pengarah Pendidikan Perlis, Izmi Ismail, berkata kejadian itu menyebabkan peperiksaan terpaksa dihentikan selama 40 minit selepas pihaknya menerima arahan bomba. 
"Peperiksaan ditangguhkan sekitar jam 12.20 tengah hari sebelum disambung semula jam 1 tengah hari selepas mendapat kebenaran bomba. 
 
Sepanjang tempoh itu, semua calon PT3 dikuarantin di lokasi selamat sebelum dibawa masuk semula ke dewan peperiksaan," katanya dipetik BH Online.
 
Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis, Mohd Fadzil Haroon, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.08 tengah hari, sebelum menghantar 21 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kangar, Padang Besar dan Kuala Perlis. 
 
"Bomba mengambil masa kira-kira 45 minit untuk mengawal kebakaran. 
 
Kejadian tidak menyebabkan kemalangan jiwa dan hanya dua bilik, iaitu makmal komputer dan bilik masakan terbakar," katanya. 
 
Beliau berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian.
 
 

Tiada ulasan: