Ahad, 2 Oktober 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Gani soal RM42j, PM kata: Dak, tak ada

Posted: 02 Oct 2016 01:21 AM PDT

MALAYSIAKINI


Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail pernah bersemuka dengan Datuk Seri Najib Razak untuk bertanyakan tentang wang dalam akaun peribadi perdana menteri itu.

Kata bekas timbalan perdana menteri berkenaan Abdul Gani bertanyakan tentang wang berjumlah RM42 juta yang ada dalam dua akaun persendirian itu dan ia berkaitan dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kejadian itu kata Muhyiddin berlaku ketika Abdul Gani masih berkhimat dalam kerajaan sebagai peguam negara.

"Saya diberitahu peguam negara berjumpa perdana menteri dan beritahu, dalam siasatan dibuat SPRM didapati wang sejumlah itu ada dalam akaun (perdana menteri).

"Apabila diberitahu kepada perdana menteri, dia kata: Daaak (tidak), tak ada. Tapi disahkan oleh peguam negara, ada

"The money is in your account, sir (Wang itu ada dalam akaun tuan), tapi dia (Najib) masih berkata: Tak ada. Terbukti wang itu ada di situ kerana beliau (perdana menteri) membelanjakan wang itu," kata Muhyiddin.

Beliau berucap di satu majlis ceramah anjuran PAS di Kemaman, Terengganu malam tadi.

Ia turut disiarkan secara langsung melalui akaun Facebook presiden penaja Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu.

Muhyiddin tidak menyatakan secara jelas tarikh pertemuan berkenaan namun ada kemungkinan besar ia terjadi sebelum 28 Julai iaitu tarikh Abdul Gani disingkirkan daripada jawatanya sebagai peguam negara.

Menurut Muhyiddin Abdul Gani menjelaskan wang bernilai RM42 juta itu "disuntik" ke akaun persendirian Najib melalui dua syarikat.

Dilaporkan ada beberapa deposit wang dibuat ke akaun Najib namun SPRM hanya menumpukan siasatan mereka ketika itu kepada dana yang berasal dari bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Ltd.

Sebelum ini laporan menyebut wang berjumlah RM42 juta dari SRC International itu dimasukkan ke akaun persendirian perdana menteri pada 26 Disember 2014 dan 10 Februari 2015 selepas disalurkan melalui syarikat Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd.

Muhyiddin sekali lagi mengulangi kenyataanya bahawa Abdul Gani memberi penerangan kepadanya dan menunjukkan penyata kewangan mengenai wang bernilai RM2.6 bilion dalam akaun Najib.

Mat Sabu lupakan 'geram' pada Dr M

Posted: 02 Oct 2016 01:15 AM PDT

Alyaa Azhar


Dipenjara dua kali di bawah kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad, ada rasa terpendam di lubuk hati Mohamad Sabu.

"Saya dengan Dr Mahathir, cukup geram. Dua kali saya kena jail (penjara) di bawah (kepimpinan) dia, (Lim) Kit Siang pun (sama)," katanya di majlis ceramah di Kuala Lumpur malam tadi.

Namun bagi presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) itu apa yang terjadi sudah berlalu dan semua pihak perlu menerima kenyataan bahawa dalam politik perlu wujud permuafakatan.

Dalam politik juga katanya tidak ada istilah rakan atau musuh yang kekal abadi.

"Di Malaysia ni kalau nak politik sorang-sorang (bersendirian), eloklah duduk sorang-sorang.
(Sepatutnya) kita mesti ada muafakat," katanya di majlis sambutan ulang tahun pertama penubuhan AMANAH peringkat Wilayah Persekutuan.

AMANAH ditubuhkan oleh sekumpulan pimpinan dan ahli PAS yang diketepikan dalam muktamar parti berkenaan di Kuala Selangor tahun lalu.

Ia kini bersama PKR dan DAP membentuk Pakatan Harapan (HARAPAN) serta bekerjasama dengan kumpulan serpihan Umno, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Ketika bersama PAS dulu Mohamad - lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu - pernah berseteru dengan Dr Mahathir dan mereka berperang mulut untuk seketika.

Bagaimanapun Dr Mahathir kini bersama BERSATu sebagai pengerusi parti berkenaan dan giat berjuang untuk mengalahkan BN dalam pilihan raya umum akan datang.

Kata Mohamad, Dr Mahathir kini tidak lagi berkuasa dan sedang berusaha untuk menumbangkan BN dan berkawan dengan pembangkang.

Mengaitkan kenyataan itu dengan seruan Islam supaya memperkatakan kebenaran di depan pemerintah yang zalim Mohamad berkata Dr Mahathir kini tidak lagi mempunyai sebarang kuasa.

Mahu kongsi kekuatan

Sebaliknya kata Mohamad kini mereka menjadi "kawan".

"Dia (Dr Mahathir) dah pencen, tak ada kuasa. Mahathir nak jadi perdana menteri? Umur dia dah 91.
"Sekarang kita besama-sama untuk menjatuhkan BN," katanya.

Walaupun begitu Mohamad berkata dia tidak memiliki jiwa yang besar seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini sedang dipenjara di Sungai Buloh.

"Dia (Anwar) dipenjara, pergi ke mahkamah dan boleh bersalam (dengan Dr Mahathir). Kalau aku, pang!" katanya disambut ketawa hadirin.

Mohamad merujuk kepada pertemuan bersejarah antara Anwar dan Dr Mahathir di mahkamah Kuala Lumpur ketika bekas timbalan perdana menteri itu memfailkan saman mencabar kesahihan Akta Majlis Keselamatan Negara.

Dr Mahathir yang dipercayai tidak bersemuka dengan Anwar sejak 18 tahun lalu hadir sebagai tanda sokongan terhadap usul berkenaan.

Sementara itu Timbalan Presiden AMANAH Salahuddin Ayub berkata sejak ditubuhkan setahun lalu mereka sudah mendaftar kira-kira 80,000 ahli.

"Dan daripada 222 (kawasan parlimen) AMANAH sudah ada di 156 kawasan," katanya.

Semua itu katanya adalah bukti bahawa parti itu mempunyai kekuatan yang boleh dikongsi bersama dengan PKR, DAP dan BERSATU.

"Kita ingin bersama berkongsi kekuatan yang ada untuk berhadapan dengan Umno dan BN. AMANAH tak mahu menjadi macam parti sejarah.

"AMANAH adalah AMANAH, kita mahu belajar daripada sejarah dan mahu bergerak ke depan," katanya.

Akhlak Islam ditinggal orang Islam, diamal bukan Islam

Posted: 02 Oct 2016 01:12 AM PDT

ARIF ATAN
 
 
Benarkah akhlak yang diajar dalam Islam banyak diamal masyarakat bukan Islam seperti menjaga alam sekitar.Benarkah akhlak yang diajar dalam Islam banyak diamal masyarakat bukan Islam seperti menjaga alam sekitar.


Orang Islam memperjuangkan akidah tetapi akhlak Islam ada pada bukan Islam, tegas Presiden Amanah, Mohamad Sabu.

Menurutnya, gejala rasuah menjadi masalah yang dihadapi oleh orang Islam di seluruh dunia.

"20 negara yang paling rendah rasuah di dunia, tiada satu pun negara orang Islam.

"Sebab itu, 10 negara rasuah paling tinggi di dunia, hampir semuanya negara orang Islam," ujarnya dalam Ceramah Kemuncak Setahun Amanah di Kampung Baru, Kuala Lumpur malam tadi.

Sehubungan itu, beliau menyeru supaya penekanan seimbang diberikan terhadap aspek akhlak dan akidah.

"Kita mesti berani membuat perubahan supaya akhlak dengan akidah kita cantumkan supaya Islam dilihat penyelamat kepada manusia bukan digeruni dan ditakuti.

"Kenapa orang Islam tidak anti-rasuah? Kita bercakap di masjid tetapi praktisnya lari," ujarnya yang mengaku bersama Pas selama 38 tahun.

Lebih malang lagi, tambahnya, apabila dunia mengenali Malaysia sebagai negara kleptokrasi iaitu diperintah oleh penyamun.

"Bagaimana beg tangan Rosmah jatuh?" sinisnya lagi apabila menceritakan kembali tentang pendedahan harga beg isteri Perdana Menteri Singapura yang kurang daripada RM50.

Salahudin bertekad beri tumpuan kepada Johor

Posted: 02 Oct 2016 01:05 AM PDT

BORHAN AHMAD
 
 
Salahudin Ayub berjanji akan beri tumpuan kepada Johor.Salahudin Ayub berjanji akan beri tumpuan kepada Johor.Timbalan Presiden Amanah, Salahudin Ayub bertekad akan memberikan tumpuan sepenuhnya untuk mengambil alih Johor dari Barisan Nasional (BN) bersama Pakatan Harapan dan Bersatu dalam pilihan raya umum akan datang.

"Kami telah melancarkan jentera pilihan raya Amanah Johor dan saya sendiri akan memberikan komitmen penuh untuk projek ini," kata bekas ahli parlimen Kubang Kerian, Kelantan selama dua penggal itu.

Salahudin adalah anak kelahiran Kampung Serkat, Tanjung Piai, Pontian, Johor – satu kawasan paling hujung tanah besar Asia.

Beliau datang dari keluarga terpandang di kampung itu. Ayahnya adalah guru dan datuknya, guru besar Sekolah Kebangsaan Serkat, Cikgu Haji Awang Abd Hamid.

Turut akan memberikan tumpuan kepada Johor adalah Suhaizan Kaiat, bekas ketua pemuda Pas yang kini Setiausaha Organisasi Amanah.

Suhaizan dilantik sebagai pengarah kajian ke atas kesan persempadanan pilihan raya yang dicadangkan oleh SPR pada 15 September lalu.

Salahudin pernah bertanding di kerusi Parlimen Kubang Kerian, Kelantan pada pilihan raya umum 2004 dan 2008 atas tiket Pas dan menang.

Dalam PRU 13 (2013) beliau membuat keputusan untuk kembali ke Johor dan bertanding kerusi Parlimen Pulai dan Dun Nusajaya namun beliau kalah di kedua kerusi tersebut.

Salahuddin mengulangi hasratnya untuk bertanding di negeri Johor dalam pilihan raya akan datang.

Salahudin yakin, gabungan beliau dengan Tan Sri Muhyidin Yassin, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan menjadi kekuatan baru untuk menghadapi Umno/BN dalam pilihan raya umum akan datang.

Paduan ini akan menjadi pemangkin kepada perubahan politik terutama di negeri Johor, kubu Umno selama ini.

Gabungan antara Salahudin dan Muhyidin di Johor.Gabungan antara Salahudin dan Muhyidin di Johor.Salahudin dan Muhyiddin sudahpun berikrar untuk bekerjasama erat yang dilihat mampu menggugat Umno/BN – sekurang-kurangnya di negeri Johor - yang selama ini menjadi kubu kuat Umno.

Kedudukan Amanah kini semakin kukuh dan mendapat sambutan hangat dari rakyat seluruh negara.

Dalam masa yang sama melihat pula keadaan bagaimana ahli Umno yang semakin ramai meninggalkan parti itu untuk menyertai PPBM, menghantar isyarat bahawa kerjasama dua parti itu – walapun sangat muda – menjadi cabaran terkuat parti yang memerintah sekarang terutama di Johor.

Maka tidak mustahil perubahan akan berlaku di mana rakyat sudah sangat bosan dengan keadaaan negara yang dilanda pelbagai krisis berat.

Salahuddin mengulangi sokongan Amanah terhadap Parti Pribumi

Bersatu Malaysia (PPBM) dan akan bekerjasama dengan parti itu bagi menumbangkan BN dalam pilihan raya umum ke-14 nanti.

Beliau berkata, selain PKR dan DAP, PPBM juga adalah parti yang penting untuk menyelamatkan Malaysia walaupun umur Amanah dan PPBM sangat muda..

'PAS bukan parti anak tangga' .

Posted: 01 Oct 2016 11:10 PM PDT

MALAYSIAKINI


Mana-mana parti politik yang ingin bekerjasama dengan PAS harus melakukan perubahan untuk menegakkan Islam kerana perjuangan parti itu membawa ke akhirat kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Katanya, PAS "bukan parti anak tangga" dan ahli parti terlibat perlu menghormatinya dan melihat sendiri sejauh mana mereka berani menegakkan Islam.

Tuntutan berkenaan dibuat presiden PAS itu bagi mengelakkan tiada pihak lain mempergunakan PAS.

"Jangan ajak PAS bekerjasama tetapi tidak buat perubahan kepada Islam, ini tidak betul. Selagi kuasa pemerintahan Islam tidak ditegakkan selama itulah orang yang memerintah tidak akan kira dosa pahala, akan rompak harta dan macam-macam.

"Cuma Islam mampu perbetulkan orang, PAS hanya boleh bekerjasama dengan mana-mana pihak yang ingin tegakkan Islam sahaja.

"Dalam hal ini, DAP jelas menentang dasar Islam diperjuangkan. Dan di sana ada juga parti lain yang ikut," lapor Sinar Harian hari ini.

PAS dilihat menjarakkan diri daripada gabungan Pakatan Harapan (HARAPAN) selepas memutuskan hubungan dengan DAP selepas kedua-dua parti itu bekerjasama dalam Pakatan Rakyat.

Bukan pak turut

Kewujudan Parti Amanah Negara (AMANAH) semakin memburukkan hubungan itu dan PAS sering mengulangi kenyataan bahawa parti itu mengikut telunjuk DAP.

Pada masa sama PAS bekerjasama dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) dan Parti Barisan Jemaah Islamiah Semalaysia (BERJASA) dengan membawa slogan "politik matang dan sejahtera".

Kemunculan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menambahkan lagi jumlah pembangkang dalam negara ketika pilihan raya umum mesti diadakan selewat-lewatnya 2018.

BERSATU ketika ini dilihat cuba menjadi penghubung antara PAS dan HARAPAN.

Abdul Hadi berkata sikap sesetengah parti yang "senyap" dan seolah-olah "tiada pendirian" adalah petanda untuk menentukan sikap orang Islam di negara ini.

"Jadi orang PAS kena tengok molek (baik-baik) parti-parti ini sejauh mana mereka boleh bekerjasama dengan kita dalam tegakkan Islam. Penyokong PAS kena reti (tahu) sampai bila orang hendak guna PAS sebagai anak tangga bukan jadikan PAS tangga untuk perubahan," beliau dilaporkan sebagai berkata.

Jelasnya menjadi tanggungjawab ahli PAS mengajak semua pihak - termasuk pengundi atas pagar - supaya sama-sama boleh membuat perubahan.

"Malangnya pihak yang ajak PAS bekerjasama naik atas kepala PAS dan orang PAS kena sedar perkara ini.
"Islam perlu menjadi pemimpin dan pemerintah bukan Islam menjadi pak turut, agama dan politik jangan kita letak suku-suku (berasingan)," katanya.

WOWW...ADA TUGAS BARU BAKAL MENANTI UNTUK GERAKAN BAJU MERAH!!

Posted: 01 Oct 2016 10:56 PM PDT

 shahbudindotcom


Barangkali ramai antara kita sudah membaca berita atau menonton video melalui media sosial mengenai pertembungan antara Bersih 5 dengan Gerakan Baju Merah di Perak semalam. 

Peserta jelajah Bersih yang bergerak secara aman cuba dihalang oleh Gerakan Baju Merah melalui aksi "ala samseng" dan "cuba cari gaduh" dengan mereka.

Tidak pernah berlaku di bawah mana-mana Presiden UMNO atau Perdana Menteri sebelum ini, wujud apa yang berlaku seperti semalam. Lebih-lebih, Gerakan Baju Merah ini diketahui oleh seorang Ketua UMNO Bahagian, sebuah parti yang sedang menguasai kerajaan.

Sebelum ini, jika ada pihak-pihak tertentu yang ingin mengadakan demo, jelajah atau apa-apa yang berbentuk perhimpunan awam, pihak polislah yang bertanggungjawab menanganinya. Tetapi, sekarang ini Baju Merahlah yang lebih ke depan.

Inilah salah satu kehebatan atau ciri wassatiyah yang telah berjaya diserapkan oleh kepimpinan Najib Razak. Kumpulan Baju Merah ini dikhabarkan bukan saja ada di setiap negeri, malah sudah meresap ke ceruk-ceruk kampung di seluruh negara.

Dengar khabarnya juga, oleh kerana gerun dengan kehebatan Kumpulan Baju Merah itu, siri jelajah Bersih 5 yang banyak dirancang seterusnya di tempat-tenpat lain bakal dibatalkan sama sekali. Tidak ada lagi yang berani terlibat dengan jelajah tersebut, malah ramai yang menggigil ketakutan selepas insiden semalam.

Kemungkinan juga, disebabkan penangan Gerakan Baju Merah yang menakutkan dan sekaligus menjadi kebanggaan UMNO serta Najib itu, perhimpunan Bersih 5 pada 19 November depan tidak akan berlangsung seperti yang dirancang.

Seterusnya, turut menjadi perkhabaran ialah semua yang terlibat dalam Perhimpunan Bersih 5, termasuk pemimpin parti-parti pembangkang, akan turut melakukan "pusingan U" dan ikrar taat setia mengumumkan sokongan tidak berbelah bagi kepada kerajaan dalam sehari dua ini.

Mereka kini dikatakan sedang mencari tarikh yang sesuai yang mengumumkan secara terbuka sokongan tidak berbelah bagi itu.

Kini mereka sedar bahawa Gerakan Baju Merah, melalui aksi "ala samseng" dan "cari gaduhnya" itu, sudah berjaya mewujudkan keamanan dan kestabilan dalam negara. Semua isu berbangkit mengenai pilihanraya tidak berbangkit lagi.

Tetapi, dengan tiada lagi Bersih 5 atau sebarang perhimpunan awam selepas ini, ia tentunya akan menyebabkan Gerakan Baju Merah tidak lagi mempunyai peranan. Ibaratnya, mereka kini sudah tidak ada kerja lagi.

Jika dulu,  mereka selalu dapat baju T percuma berhelai-helai, elaun harian jila ada tugasan, makan percuma, duit minyak dan lain-lain, semua itu akan berakhir selepas ini.

Najib mahupun UMNO juga tidak lagi memerlukan mereka. Apabila semuanya aman dan tiada gangguan, tiadalah juga keperluan Gerakan Baju Merah itu.

Namun sebagai pemimpin yang bertanggungjawab, Najib dikatakan akan memberikan tugas baru dengan mencadangkan agar Gerakan Baju Merah ditugaskan menjaga perairan Sabah untuk berdepan dengan lanun-lanun Abu Sayyaf yang tidak henti-henti melakukan penculikan di negeri tersebut.

Berdasarkan kecemerlangan yang ditunjukkan, diyakini Gerakan Baju Merah mampu berhadapan dengan lanun-lanun itu walaupun tanpa dibekalkan dengan senjata moden atau peralatan yang canggih-canggih. Yang penting, pemimpin Gerakan Baju Merah akan berperanan dengan jawatan baru yang bertaraf menteri kedudukannya.

Cadangan tersebut difahamkan adalah antara yang bakal dibentangkan oleh Najib dalam Belanjawan 2017 pada penghujung Oktober nanti. 


Bersih 5: Tiada pergaduhan besar di Teluk Intan

Posted: 01 Oct 2016 10:49 PM PDT

Bersih 5: Tiada pergaduhan besar di Teluk Intan
Pasukan polis sedang mengawal peserta baju merah yang dikatakan menghalang peserta baju kuning dari memasuki pasar malam Teluk Intan. Gambar kecil: Peserta Bersih 5 sedang mendengar taklimat dan berhimpun di hadapan pejabat Amanah Teluk Intan 
 
 
TELUK INTAN - Tiada pergaduhan besar berlaku sebaliknya hanya insiden kecil tolak menolak berlaku antara penyokong Bersih 5 dan Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Malaysia, di sini petang tadi.

Dianggarkan sekitar 200 orang penyokong baju merah yang diketuai oleh Pengerusi Badan (NGO) Malaysia, Datuk Jamal Md Yunos, berkumpul di hadapan pejabat Amanah Teluk Intan bagi menghalang peserta Konvoi Bersih 5, daripada menghampiri Pasar Malam di Teluk Intan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Superitendan Yahaya Hassan berkata, secara keseluruhan keadaan perhimpunan berkenaan terkawal dan tiada insiden tumbuk-menumbuk seperti yang didakwa.

"Kita juga sudah mengenal pasti beberapa muka individu-individu yang memulakan provokasi semasa perhimpunan berkenaan dan tindakan akan diambil.

"Pihak polis juga meminta kerjasama wakil yang terlibat agar membuat laporan polis bagi memudahkan siasatan," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Menurut Yahya, pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak, telah mengerahkan lebih 100 anggota termasuk Pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) ke tempat kejadian bagi mengawal keadaan.

"Mengikut maklumat yang diterima, kumpulan baju kuning berkenaan ingin mengedarkan risalah kepada orang ramai tetapi kita tidak benarkan atas faktor keselamatan.

"Kita berjaya mengawal kesesakan lalu lintas akibat daripada perhimpunan ini dan kesemua penyokong bersurai pada jam 6 petang," katanya.

Sementara itu, Jamal berkata, semua pemimpin pembangkang yang tidak berpuas hati dengan apa jua isu perlu menggunakan saluran yang betul bagi menyuarakan perkara tersebut.

"Wakil rakyat dipertanggungjawab membawa sebarang isu di dewan parlimen dan bukan dengan cara menghasut rakyat turun ke jalanan dan membenci kerajaan dan menggugat ketenteraman awam," katanya.

Turut kelihatan pada perhimpunan di Teluk Intan petang semalam, adalah Adun Changkat Jong, Datuk Mohd Azhar Jamaluddin bersama kira-kira 200 peserta konvoi baju merah yang datang dari arah Lumut.

Difahamkan kesemua peserta Bersih 5 yang berbaju kuning mula berkumpul di Lumut kira-kira jam 9 pagi sebelum bergerak ke Ayer Tawar dan tiba di Teluk Intan sekitar jam 2 petang.


Kumpulan keluar PKR tubuh Parti Harapan Rakyat Sabah?

Posted: 01 Oct 2016 10:37 PM PDT


pkr


SHAH ALAM - Pimpinan PKR Sabah yang meninggalkan parti berkenaan bersama 18 ketua cabangnya telah mendaftar parti baharu, iaitu Parti Harapan Rakyat Sabah pada 22 September lalu.

Difahamkan, mereka akan mengisytiharkan meninggalkan PKR jam 2 petang ini dalam satu majlis di Kota Kinabalu sebelum mengumumkan Parti Harapan Rakyat Sabah.

Sebelum ini, mereka dikatakan telah ke Jabatan Pendaftar Pertubuhan bagi mengambil alih sebuah parti sedia ada, Parti Perpaduan Kebangsaan Rakyat Sabah.

Bagaimanapun, sumber berkata, kumpulan ini menukarkan rancangan pada saat akhir dan memilih untuk mendaftarkan parti baharu.

"Kami memilih untuk mendaftarkan parti baharu, ia dilihat lebih baik untuk masa depan rakyat Sabah.

"Walaupun keluar daripada PKR, tetapi kami tetap akan bersama kelompok pembangkang, iaitu menumpaskan BN," katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pemimpin kanan PKR lepas jawatan, umum parti baharu]

Pemimpin berkenaan telah menghantar surat perletakan jawatan sebagai pemimpin kanan PKR Sabah bersama 18 lagi ketua cabang kepada presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Sebelum ini, 22 September 2016 lalu bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal yang mengisytiharkan diri keluar Umno juga melakukan tindakan sama iaitu mengambil alih parti yang sedia.

Ahli Parlimen Semporna itu berkata, pertemuannya dengan pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) pada hari berkenaan adalah bagi proses penukaran nama dan logo parti tersebut.

Shafie yang digugurkan daripada Kabinet Datuk Seri Najib Tun Razak 28 Julai lalu bertindak keluar Umno pada 4 Julai lepas setelah digantung keahliannya.

Bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu berkata lagi, parti politik yang akan diambil-alihnya adalah yang berkonsepkan pelbagai kaum yang ditubuhkan pada 2013.

Dalam PRU 13 lalu, BN memenangi 48 kerusi Dun daripada 60 yang dipertandingkan, PKR 7, DAP 4 dan satu kerusi Star.

Bagi Parlimen, BN memenangi 21 kerusi daripada 25 yang dipertandingkan, DAP 2 dan satu kerusi dimenangi PKR dan Bebas.


Polis nafi isteri ADUN Sarawak diculik

Posted: 01 Oct 2016 10:27 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
MIRI: Polis menafikan isteri seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sarawak, yang dikatakan hilang sejak Khamis lepas, diculik.
 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar ketika dihubungi berkata kes itu membabitkan isu keluarga dan wanita berusia 41 tahun itu dijangka pulang ke pangkuan keluarganya dalam masa terdekat.
 
Pada Khamis lepas, ketika wakil rakyat berkenaan mahu menjemput isterinya yang dijadual tiba dari Kuching di Lapangan Terbang Mukah, beliau mendapati wanita itu tidak menaiki penerbangan berkenaan.
 
ADUN berusia 50 tahun itu kemudian membuat laporan polis.
 
Media sebelum ini melaporkan wanita berkenaan dipercayai diculik.
 
 

Majlis Syura Ulama bincang pengganti Haron Din, 8 Oktober ini

Posted: 01 Oct 2016 10:26 PM PDT

Oleh Zeanaaima Md Yusuf
Post Pic
 
 
KEMAMAN: Majlis Syura Ulama PAS akan mengadakan mesyuarat 8 Oktober ini untuk memutuskan siapakah yang akan menggantikan Allahyarham Datuk Dr Haron Din, sebagai Mursyidul Am PAS.
 
Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berkata buat masa ini, kerusi tersebut dipangku oleh Timbalan Mursyidul AM PAS, Datuk Ahmad Yakob.
 
"Kita ada pemangku dia. Nanti kita sahkan dia (Datuk Ahmad Yakob) dalam mesyuarat akan datang. 
 
"Mesyuaratnya 8 haribulan (Oktober) di Ibu Pejabat PAS," ujarnya pada sidang media selepas berucap di Himpunan Harapan Semua, PAS Ganti Umno (PGU) HARAP 3.4, di Kemensik, Kemaman, Terengganu, malam tadi. 
 
Ahmad sebelum ini menolak untuk mengambil alih jawatan tertinggi parti itu, dan mahu memberi laluan kepada individu yang lebih layak berbanding dirinya.
 
Kerusi itu kosong selepas Allahyarham Haron meninggal dunia pada 16 September lalu akibat komplikasi jantung, di Hospital Stanford, San Francisco, Amerika Syarikat.
 
Pemerhati politik berkata, Ahmad keberatan untuk menerima jawatan itu selepas dua penyandangnya, Allahyarham Haron dan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, meletakkan penanda aras yang tinggi untuk sesiapa sahaja yang akan menggantikan mereka kelak.
 
Selain jawatan timbalan mursyidul am, Ahmad juga menggalas tanggungjawab memimpin Kelantan, sebagai menteri besar negeri itu.
 
 

Muhyiddin minta PAS beri kerusi tradisi pada PPBM

Posted: 01 Oct 2016 10:22 PM PDT

Oleh Zeanaaima Md Yusuf
Post Pic
 
 
KEMAMAN: Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta PAS menyerahkan beberapa kerusi tradisi parti itu kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), akan datang.
 
Bagaimanapun PPBM menuntut kerusi yang gagal dimenangi PAS pada pilihan raya umum yang lepas.
 
"Lepas ini saya nak beri amaran pada PAS, kalau ada kerusi-kerusi PAS...boleh bagi pada BERSATU (PPBM) berilah. Bukan bagi yang dah ada (menang), yang dah menang itu, menanglah tak usah kacau. 
 
"Tapi bagi yang mana PAS tanding tapi kalah, Umno menang. Yang itu bagi kita cabar. Kalau letak BERSATU (PPBM), InsyaAllah, boleh menang," ujarnya ketika berceramah di Himpunan Harapan Semua, PAS Ganti Umno (PGU) HARAP 3.4, di Kemensik, Kemaman, Terengganu, malam tadi.      
 
Muhyiddin malam tadi buat pertama kalinya tampil di atas pentas ceramah PAS memberitahu, dirinya mewakili PPBM sudah mengadakan beberapa pertemuan dengan pemimpin PAS dan berbincang mengenai usaha ke arah kerjasama dengan parti itu pada pilihan raya akan datang.
 
Ujarnya, pertemuan itu amat positif dan tidak menolak hasrat untuk pakatan pembangkang menjamin pertandingan satu lawan satu pilihan raya akan datang, menjadi kenyataan.
 
"Sebelum saya gerakkan BERSATU (PPBM), saya runding dua kali dengan Datuk Mustafa Ali (Pengarah Pilihan Raya PAS). Saya jumpa dengan (Datuk) Tuan Ibrahim Tuan Man (Timbalan Presien PAS) dan saya juga berunding Tuan Guru Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, beberapa minggu lepas. 
 
"Saya rasa peringkat pertama pertemuan antara BERSATU (PPBM) dengan PAS jelas terbukti minat untuk bersama-sama bergabung dalam satu pakatan untuk tentukan banyak kawasan yang bakal kita tandingi adalah 'satu lawan satu'," Ujar Muhyiddin.
 
PPBM boleh jadi orang tengah 
 
Muhyiddin yang juga bekas perdana menteri berkata beliau yakin, PPBM boleh memainkan peranannya membantu PAS dan Pakatan Harapan (PH), agar bekerjasama menumbangkan Umno Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kali ini.
 
"Saya nak alu-alukan kerjasama (antara PAS) dengan parti-parti pembangkang termasuklah BERSATU (PPBM), kami bersedia untuk duduk bersama-sama.
 
"BERSATU (PPBM) bersedia untuk bersama-sama dalam apa jua keadaan sekalipun. BERSATU (PPBM) mengharapkan kerjasama PAS, adalah kerjasam antara dua hubungan parti yang paling kami hargai," katanya.       
 
Muhyiddin dalam ucapannya berkali-kali menyatakan penghargaannya apabila dijemput untuk berceramah dalam program PAS, yang suatu ketika dahulu menjadi musuh politiknya.
 
Malah penampilan sulungnya ini dikatakan banyak pihak sebagai usaha bekas timbalan presiden Umno itu untuk meraih sokongan PAS terhadap penubuhan PPBM, bulan lalu.
 
"Saya berada disini buat pertama kali, saya duduk dengan kawan-kawan yang pakai baju hijau, saya pakai merah, tapi matlamat kita sama.
 
"Dalam sejarah hidup saya tak pernah saya mimpikan berada dalam suatu himpunan bersama pimpinan PAS. Selama lebih 45 tahun saya berada politik Umno, PAS adalah parti yang saya tentang," ujarnya disambut laungan takbir oleh hadirin yang hadir.
 
PAS sebelum ini dilihat menjarakkan diri daripada mengulas kerjasamanya dengan PPBM, selepas parti tajaan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu berikrar mahu menjatuhkan kepimpinan penggantinya, Datuk Seri Najib Razak.
 
PAS berulang kali menegaskan, menerusi slogan terbarunya, Budaya Politik Matang Sejahtera (BPMS), parti itu tidak menyokong usaha menjatuhkan kerajaan pemerintah melalui cara yang tidak demokratik.
 
Naib Presiden PAS, Idris Ahmad dalam sidang medianya berkata, kenyataan Muhyiddin bahawa pertemuan PPBM dengan PAS ke arah kerjasama politik, cukup positif adalah pandangan peribadinya.
 
PAS masih bincang kerjasama dengan pembangkang
 
Ujar Ahli Parlimen Bukit Gantang itu, sehingga kini proses rundingan masih berlaku, malah katanya, keputusan berhubung isu ini tidak akan dicapai dalam masa terdekat.
 
"Sebenarnya kita belum ada keputusan lagi berkenaan isu ini. Saya tidak boleh beri kenyataan peribadi (dalam isu ini). Ini babitkan polisi dan strategi politik pilihan raya. 
 
"Berkenaan satu lawan satu (pada pilihan raya umum), memang kita (PAS) berkehendak macam itulah. Cuma jangan orang pula datang dengan tanpa minta izin dan sebagainya. Konsep kita konsisten," ujarnya kepada pemberita

Haron Din terima Anugerah Khas Maal Hijrah

Posted: 01 Oct 2016 10:22 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SERDANG: Bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Dr Haron Din, dipilih menerima Anugerah Khas Maal Hijrah pada tahun ini.
 
Pengumuman itu dibuat Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharum.
 
Pemilihan itu dibuat atas asas sumbangan besar Allahyarham dalam memartabatkan Islam di peringkat nasional dan global yang diiktiraf oleh pelbagai pihak.
 
Anugerah itu adalah julung kalinya diperkenalkan sempena Sambutan Maal Hijrah pada tahun ini. Ia disertakan hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 serta sijil penghargaan.
 
 

ZAHID PERLI HISHAM?

Posted: 01 Oct 2016 08:55 PM PDT


shahbudindotcom


Di Johor hari ini, Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan pemimpin-pemimpin UMNO agar tidak terlalu memikirkan kedudukan dalam parti, sebaliknya perlu lebih fokus kepada mencapai kemenangan dalam pilihanraya umum akan datang.
 
 
 
 
Katanya, beliau sedar ada segelintir daripada mereka yang bercita-cita untuk menempah jawatan tertentu dalam UMNO dan bukannya mengutamakan kemenangan parti.

Ehem, ehem...Zahid perli siapa ni?

Meskipun Zahid bercakap secara umum dan tidak menyasarkan kepada sesiapa, adakah ucapan beliau itu ada kaitan dengan sebuah kajian baru-baru ini yang mendapati pesaingnya, Hishammuddin Hussein lebih popular 1 peratus berbanding dirinya untuk menggantikan Najib Razak, yang sekaligus menyebabkan para penyokong sepupu Perdana Menteri itu mula melonjak keriangan?

Tambahan lagi, Zahid juga menyebut perkara itu di Johor, negeri yang menjadi tapak politik bagi Hishammuddin.
 
 
 
 
Sebelum ini, apabila ditanya mengenai kajian yang mendapati Hishammuddin lebih popular berbanding dirinya, Zahid turut seakan-akan sinis dengan berkata, "Alhamdulillah, Hisham lebih popular 1 peratus."

Apakah perseteruan antara mereka bakal terus membara? 


Tiada ulasan: