Nuffnang

Pengikut

.

sumber :-

.


Tindakan Lajim dan kekawan bukan mengejutkan

Posted: 02 Oct 2016 07:52 PM PDT

SESUDAH SUBUH

[kemaskini] Pengerusi PKR Sabah Lajim Ukin telah mengumumkan keluar daripada parti itu bersama 12 ketua cabang yang lain. Turut mengambil tindakan sama Adun Moyog, Terrece Siambun dan Adun Likas daripada DAP Junz Wong. Mereka dijangka akan berpakat menubuhkan parti baharu.

Lajim mengumumkan tindakan itu dalam satu majlis di Kota Kinabalu. Menurutnya tindakan meninggalkan PKR itu bukan untuk bersama BN-Umno di Sabah tetapi ia dalam rangka untuk membentuk satu pakatan politik baharu di Sabah terdiri dari kalangan rakyat bumi Sabah.

Memetik kenyataannya, Lajim berkata sudah sampai masanya rakyat Sabah tidak mengharapkan parti di Semenanjung untuk membela nasib rakyat negeri itu dan juga daripada Sabah dijadikan sebagai "simpanan tetap" kepada parti politik di Semenanjung.

"Walaupun rumah kita kecil tetapi kita ada peluang membesarkannya," demikian Lajim beranologi untuk memperkasakan politik anak negeri bawah bayu itu.

Apa dapat difahami dengan konotasi kenyataan itu bahawa Lajim mahukan Sabah mempunyai "modal" (kekuatan) sendiri tanpa mengharap kepada pihak lain. Dapat disimpulkan juga beliau mahu Sabah berdiri atas kekuatannya sendiri.

Untuk tujuan itu Lajim juga memberi tahu sebuah parti baharu sudah dihantar ke RoS untuk kelulusan. Parti itu bakal mencari "modal" sendiri untuk Sabah?

Dengan keluarnya Lajim dan 12 ketua cabang menyebabkan PKR Sabah boleh lumpuh.

Atas semangat demokrasi dan amalan keluar parti sebagai satu tradisi semua pihak kena menghormati keputusan Lajim dan ketua-ketua cabang itu. Berilah mereka kebebasan untuk menentukan nasib mereka sendiri. Semangat kenegerian sangat tinggi di Sabah menyebabkan apabila parti dari luar untuk mengembangkan sayap ke negeri itu ia akan ditolak.

Lajim menjadikan alasan kekalahan calon-calon PKR dalam Piraum lalu sebagai petunjuk yang orang Sabah sukar untuk menerima parti luar. Bertolak dari situ juga membuka ilham kepadanya untuk bermaufakat menubuhkan parti pembangkang berasaskan semangat Sabahan. 

Boleh jadi juga usaha Lajinm itu sebagai percubaan untuk memberi tentangan kepada Umno di Sabah selepas usahanya menumbangkan Umno menerusi PKR gagal.

Bagaimana pun alasan Lajim itu boleh juga dipertikaikan. Umno juga parti berdaftar di Kuala Lumpur, tetapi toh masih boleh berkuasa di Sabah. Mungkin ianya disebabkan faktor parti itu sebagai sebuah parti pemerintah maka ia diterima?

Tidak timbul soal dan pertanyaan Umno itu parti Semenanjung di kalangan ahli dan penyokong Umno di Sabah. Mereka terima seadanya. Apakah kerana Umno dapat memberi peluang kepada anak negerinya menjadi menteri, menduduki jabatan-jabatan penting kerajaan maka soal Umno parti luar tidak timbul?

Beberapa orang ahli Parlimen Sabah diberi jawatan menteri. Antara Rahman Dahlan, Salleh Said Keruak dan lain-lain.

Boleh jadi kalau Malaysia (Semenanjung) suatu hari nanti dikuasai pakatan pembangkang (Pakatan Harapan) yang ikut disertai PKR mungkin Lajim dan mereka akan sertai PKR semula.

PKR tidak perlu bersedih atas tindakan Lajim dan ketua-ketua cabang itu. Terimalah kenyataan dan pengakuan Lajim mereka menubuh parti itu ia adalah untuk memperjuangkan nasib rakyat Sabah dan akan berhadapan dengan Umno.

Ataupun kemungkinan Lajim dan kekawannya akan kembali semula kepada BN tidak juga mustahil sebab politik di Sabah ternyata relatif lebih unik dan pelik berbanding dengan Semenanjung. Pemain politik di Sabah lebih maju dari Semenanjung. Mereka sudah lama menjadikan politik sebagai bahan dagangan disamping mendendangkannya kononya untuk wadah perjuangan membangun negara dan membela rakyat.

Sejarah dan budaya keluar masuk parti di Sabah boleh diselidiki untuk melihat kenyataan ini.

Justeru tindakan Lajim dan sekutunya itu tidak sedikit pun mengejutkan, seperti mana tidak terperanjatnya orang sesama beliau mengambil keputusan menyertai PKR dengan meninggal Umno dulu. [w.m.kl.7:50 am 03/10/16]

Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT