Isnin, 3 Oktober 2016

"BERANI KERANA BENAR!"

"BERANI KERANA BENAR!"


NYPD setuju beli 1,000 kamera tubuh

Posted: 02 Oct 2016 09:03 PM PDT


NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Jabatan Polis New York (NYPD) bersetuju untuk membeli 1,000 kamera tubuh untuk dipakai anggotanya sebagai respons terhadap bantahan ke atas tindakan keganasan oleh pihak berkuasa di Amerika Syarikat (AS).

Kelmarin, pegawai di pejabat datuk bandar mengesahkan NYPD sedia untuk menambah alat teknologi itu selepas imej anggota polis semakin tercalar susulan beberapa insiden tembak mati penduduk kulit hitam.

"Jabatan terbabit telah bekerjasama dengan semua pihak untuk memastikan program itu dilaksanakan dengan jayanya.

"Kamera kecil kelihatan seperti alat kelui yang dipasang pada pakaian seragam itu boleh merekodkan segala aktiviti anggota yang sedang bertugas," kata seorang jurucakap polis dalam satu kenyataan.

Sementara itu, akhbar Daily News melaporkan rancangan pembelian itu adalah sebahagian daripada kontrak lima tahun bernilai AS$6.42 juta (RM26.4 juta) yang diharap dapat diperkenalkan di 20 presint menjelang awal tahun depan. - AFP

Masa emas keluarga

Posted: 02 Oct 2016 08:47 PM PDT

Oleh Siti Mariam Elias & Wan Amalia Wan Mohd Daud

manusia diberikan 24 jam sehari. Tiada seorang pun yang mendapat kurang sesaat ataupun lebih sesaat dalam hidupnya. Sama ada masa yang diberikan itu bermanfaat atau terbuang sia-sia, semuanya bergantung kepada cara individu itu menggunakan masa yang ada.

Sebagai individu yang bijak, kita sepatutnya menggunakan masa dengan baik. Bak kata peribahasa, masa itu emas. Masa yang telah berlalu tidak akan dapat digantikan semua. Justeru anda perlu bijak memanfaatkan masa dan usah biarkan masa berlalu sia-sia.

Hobi yang dilakukan pada masa lapang adalah antara cara terbaik untuk memanfaatkan masa. Malah ada individu yang berjaya menjana pendapatan lumayan hasil daripada cara mereka memanfaatkan masa tersebut.

Misalnya, hobi menjahit boleh mendatangkan wang apabila produk hasil jahitan itu berjaya dijual pada mereka yang berminat. Pada masa kini, tidak sukar untuk mempromosikan hasil jahitan. Hanya dengan muat naik ke laman sosial, sesiapa sahaja boleh melihat dan terdorong untuk membeli.

Diri sendiri

Ada juga individu yang memanfaatkan masa terluang untuk diri sendiri. Misalnya mengunjungi spa bagi mendapatkan terapi yang santai. Hal ini dilihat sebagai satu cara untuk seseorang individu itu menghargai dirinya.

Setiap manusia memang perlu sedikit masa untuk diri sendiri. Justeru jangan lupa mencari ruang mungkin dua jam dalam seminggu untuk fokus pada diri sendiri demi menghargai diri anda. Walaupun nampak remeh tetapi sebenarnya sangat penting.

Ada juga individu yang gemar membaca novel. Individu jenis ini suka membawa diri tenggelam dalam jalan cerita yang disusun oleh novelis. Secara tidak langsung dapat memberikan terapi minda kepada mereka.

Sekali gus novel yang dibeli dan dibaca disimpan dalam sebuah rak buku khas. Novel ini menjadi koleksi peribadi yang sungguh berharga. Malah novel ini dijaga elok supaya tahan lama dan boleh dibelek-belek pada masa akan datang.

Menyimpan koleksi peribadi sebegini sebenarnya lebih kepada kepuasan diri sendiri. Apabila melihat jumlah koleksi menjadi semakin banyak dari sehari ke sehari, boleh membuatkan kita tersenyum gembira.

Perkara bermanfaat

Perkara bermanfaat merujuk kepada perkara yang memberi kebaikan apabila dilakukan. Ada individu yang suka mengisi masa luangnya dengan cara tersendiri misalnya melakukan aktiviti lasak.

Aktiviti sedemikian sekiranya boleh mengundang kepada keburukan, maka lebih elok dihentikan. Anda dinasihatkan melakukan aktiviti lasak di bawah pantauan tenaga profesional. Jika begini, maka bolehlah anda manfaatkan masa dengan aktiviti lasak yang menyeronokkan.

Selain itu, melakukan aktiviti pada masa luang perlulah berpada-pada. Misalnya jika anda gemar memancing. Tidak salah untuk memancing jika hal itu boleh mengisi masa luang dengan baik. Ini kerana anda boleh memberikan hasil tangkapan kepada keluarga untuk dimasak sekali gus dijadikan hidangan seisi keluarga. Hal tersebut secara terang-terangan memberi manfaat.

Namun jika hobi memancing ini selalu menjadi topik hangat sehingga membawa perbalahan dalam keluarga, maka cuba berbincang kembali.

Mungkin isteri mulai bosan kerana anda terlalu kerap meninggalkan dia seorang diri di rumah sehingga dua atau tiga malam disebabkan anda memancing. Ini menunjukkan bahawa minat anda terhadap hobi itu perlu dikurangkan sedikit demi kerukunan rumah tangga.

Tidak dinafikan, masa luang perlu dipenuhi dengan aktiviti bersama keluarga bagi mereka yang sudah berkahwin.

Sebagai contoh, jika pada masa bujang dahulu anda gemar melakukan aktiviti lasak, apabila sudah berkeluarga cubalah cari aktiviti yang lebih sesuai dilakukan bersama ahli keluarga. Manfaatkan masa untuk mengeratkan hubungan bersama pasangan dan anak-anak. Itu lebih berbaloi.

Tiada ulasan: