Khamis, 6 Oktober 2016

Biaqpila

Biaqpila


JAMAL TUNJUK HERO DALAM JAMBAN

Posted: 05 Oct 2016 06:00 PM PDT

Jamal campak surat saman BERSIH ke lubang tandas

Berang dengan tuntutan undang-undang BERSIH 2.0 agar dirinya memohon maaf dalam tempoh 48 jam atau berdepan saman, Datuk Seri Jamal Md Yunos bertindak mencampakkan surat tuntutan tersebut ke dalam lubang tandas.

Ini kerana Ketua Bahagian Umno Sungai Besar itu menyifatkan surat saman daripada Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah sebagai 'najis'.

"Saya anggap saman itu najis," tegas Jamal.

Terdahulu Jamal memanggil sidang media di bangunan Umno Selangor di Shah Alam sekitar jam 4.45 petang.

Bagaimanapun setibanya Jamal di bangunan itu, beliau membawa sekumpulan media yang hadir ke salah satu tandas lelaki.

Setibanya di situ, Jamal memulakan sidang medianya serta bertindak mengoyak surat tuntutan saman Maria dan mencampakkannya ke dalam lubang tandas berkenaan.

Maria semalam meminta Jamal memohon maaf kepadanya dalam tempoh 48 jam atau berdepan saman.

Ini susulan kenyataan Jamal dalam satu sidang media hujung bulan lalu yang medakwa badan reformasi pilihan raya itu diserapi kumpulan militan IS dan merancang untuk mengepung lapangan terbang KLIA1, KLIA2 dan Putrajaya.

Mengulas lanjut, Jamal berkata, beliau tidak akan sesekali memohon maaf kepada BERSIH malah berjanji akan bertindak lebih agresif lagi selepas ini.

"Bukan setakat minta maaf tapi saya anggap tuntutan beliau itu ibarat najis.

"Apa jua tuntutan tindakan provokasi yang mereka lakukan kami kumpulan baju merah yang memperjuangkan demokrasi akan terus tentang mereka. Di mana mereka turun kami tetap akan ada. Kami akan tentang.

"Mungkin kaedah dan caranya akan lebih agresif dari apa yang berlaku minggu lepas. Saya juga nak ingatkan peserta himpunan baju kuning supaya hormat undang-undang," tegas Jamal.

Selain itu, ditanya tentang penafian Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli yang berkata beliau tidak mengenalinya, ini jawab Jamal:

"Dia ni memang pemfitnah, dalam kenyataan-kenyataan beliau pun kita tahu apa dia kata," kata Jamal.

Tambah Jamal, beliau tetap akan mempertahankan apa yang dinyatakan beliau sebelum ini kerana mendakwa ia dari sumber sahih.

"Saya juga tetap pertahankan maklumat yang saya dapat dari sumber-sumber yang sahih itu adalah sumber benar yg saya dah serah pada polis. Biar polis jalankan siasatan. Saya yakin apa saya dapat adalah benar dan sumber-sumber itu juga sumber dalaman mereka sendiri," kata Jamal.

MK

Tiada ulasan: