Nuffnang

Pengikut

Tukar Tiub

sumber :-

Tukar Tiub


LAGI TUJUH HARI

Posted: 06 Sep 2016 07:56 PM PDT





PAS Akan Saman Sarawak Report Dalam Tempoh Sebulan | Perak ...

peraktoday.com.my/.../pas-akan-saman-sarawak-report-dalam-tem...
Translate this page
Aug 13, 2016 - KUALA LUMPUR : Parti Islam Se-Malaysia (PASakan memfailkan saman terhadap Sarawak Report dalam tempoh terdekat di England.


TUJUH HARI

CUKUP 1 BULAN

PAS AKAN 

SAMAN

SRWK REPORT

AMIN



PAS akan saman Sarawak Report di UK bulan depan - Malaysiakini ...

https://www.malaysiakini.com/news/352152
Translate this page
Malaysiakini
Aug 13, 2016 - PAS akan memfailkan saman terhadap Sarawak Report dalam masa sebulan ini. Menurut Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, PAS ...

Dituduh terima RM90 juta, PAS akan saman Sarawak Report | Free ...

www.freemalaysiatoday.com/.../dituduh-terim...
Translate this page
Free Malaysia Today
Aug 8, 2016 - PETALING JAYA: PAS hari ini membidas Sarawak Report selepas laman pemberi maklumat itu mendakwa parti Islam itu menerima RM90 juta ...

Pas akan saman <i>Sarawak Report - Utusan Online

www.utusan.com.my/.../pas-akan-saman-i-sarawak...
Translate this page
Utusan Malaysia
Aug 9, 2016 - KUALA LUMPUR 8 Ogos - Pas akan mengambil tindakan undang-undang terhadap portal berita propembangkang, Sarawak Report kerana ...

PAS Akan Saman Sarawak Report Dalam Tempoh Sebulan | Perak ...

peraktoday.com.my/.../pas-akan-saman-sarawak-report-dalam-tem...
Translate this page
Aug 13, 2016 - KUALA LUMPUR : Parti Islam Se-Malaysia (PASakan memfailkan saman terhadap Sarawak Report dalam tempoh terdekat di England.

------------

DARI KAJIAN SEMIOTIK

Posted: 06 Sep 2016 07:10 PM PDT




TIDAK GENTAR
Dari gambar jelas terpapar anwar yang tidak langsung menunjuk rasa gentar atau malu atau rendah diri terhadap manusia yang satu ketika menjadi bos besar beliau. 

Sebaliknya anwar sengaja berdiri tegak dan tampan berhadapan bekas bosnya itu memberikan maksud beliau tidak gementar tidak goyah lutut dan penuh dengan keyakinan diri. 

Malah anwar sengaja menyengetkan (tilt) kepala beliau sedikit, tetapi tidak terlalu senget, menyampaikan mesej yang aku bernilai atau berkuasa lebih sedikit dari engkau, walaupun aku terkurung dalam penjara tetapi lebih ramai menyokong aku, walaupun kau popular dan pernah menjadi pm tetapi lebih ramai sekarang ini yang mahu melihat aku naik jadi pm berbanding yang mahu mwlihat engkau kembali jadi pm semula, walaupun aku dipenjara tetapi aku baru 60an berbanding engkau sudah mula merangkak ke arah 100 tahun. 

Tapu senget kepala itu sedikit saja tidak berlebihan untuk menyatakan masih ada hormat dan rasa kagum pada keupayaan dan kebolehan manusia bernama mahathir. on DARI SEGI SEMIOTIK
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 9/6/16




---------------

LIMA LIMA LIMA

Posted: 06 Sep 2016 06:30 PM PDT















: Mahathir, reunion will lead to one united front


















-------------

SUMBER TIDAK SAHEH

Posted: 06 Sep 2016 06:02 PM PDT





BERITA LAOS

obama dan najib
akan berjumpa 
untuk membincangkan
perturkaran loretta lynch
ke kuala lumpur untuk
menjadi guru bahasa inggeris
adalah berita palsu
dari sumber
yang tidak saheh









---------------

DARI UNCLE RAMLI

Posted: 06 Sep 2016 06:10 AM PDT





AGENDA TERSEMBUNYI
Sementara kita ghairah atau teruja dengan hiruk pikuk &quot; bersatu menggalang tendang Najib-Rosmah, jangan lupa yg kita harus juga awas dengan apa2 agenda tersembunyi drp sosok Madey. Kita jang lupa Madey sangat licik dan brutal dengan amalan politiknya seperti berjaya membingkaikan Anuar suka bermain belakang lalu hampir mati kerjaya politik Anwar.

Ingat di Singapura dulu Lee Kuan Yew juga licik berganding denga rakan2 dari pihak kiri untuk membebaskan negeri Singa itu drp penjajahan tapi selepas berjaya manyak pemimpin kiri disumbat ke rumah pasong. 

Falsafah Madey cuma menghangatkan kapitalisme dan urustadbir kuku besi melalui laungan &#39;pembangunen, meningkatkan martabat agama Islam dan Melayu&#39; dan hanya dia saja yg layak mentadbir negara sedangakn rakan2 yg bersama Anuar mempunyai perspektif urustabir yg berbeza sedikit, namun lebih pro rakyat majoriti. Jadi awas kerja2 tipu helah Madey. Madey pakar dalam hal itu dan masih berpengaruh juga on BACA SEKALI LAGI - TEORI UNITED FRONT
Publish | Delete | Spam
UNCLE RAMLI
on 9/6/16




--------

BACA SENDIRI

Posted: 06 Sep 2016 05:17 AM PDT







LU BACA

SENDIRI LAH

APA TEORI 

UNITED FRONT




Isham: Penyatuan Dr M-Anwar ke arah barisan bersatu

Pertemuan semula bekas Perdana Menteri  Dr Mahathir Mohamad dan seterunya  Anwar Ibrahim bakal membuka jalan ke arah pembentukan 'barisan bersatu'.
Aktivis Hishamuddin Rais berkata 'penyatuan' itu dianggap bersejarah bagi meninggalkan beban masa lalu dan bergerak ke hadapan dengan matlamat yang sama.
"Ia mengembalikan kita kepada asas perjuangan dalam satu barisan bersatu," katanya kepada pemberita selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi hari ini.
Mahathir muncul di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam untuk menghadiri prosiding permohonan Anwar bagi mencabar akta kontroversi Akta Keselamatan Negara 2016.
Mereka berdua menyambut antara sama lain dan berjabat tangan di mahkamah. Mahathir kemudian dilihat menepuk bahu Anwar.
Langkah itu dilihat mereka yang hadir di mahkamah sebagai sokongan moral Mahathir kepada Anwar dengan objektif sama menentang Akta MKN.
Mengulas mengenai perjumpaan itu, Hishamuddin berkata: "gambar Mahathir dan Anwar adalah simbol menyatukan semua kuasa dan usaha ke arah Malaysia baru.
"Matlamat sama adalah menjatuhkan (perdana menteri) Najib (Razak), untuk menangkap, menahan dan menyaman MO1," katanya.
Hishamuddin disoal siasat oleh polis pagi ini berikutan himpunan #TangkapMO1 pada 27 Ogos lalu bersama-sama Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah, Datuk A Samad Said dan Rozan Azen Mat Rasip.
Maria dan Hishamuddin disoal di bawah Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman (PAA) dan Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan, manakala dua lagi disiasat mengikut Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman.

GUA TAK MAHU

KOMEN APA2

MAMAT NI

CAKAP





--------------

LAGI 8 HARI - SAMAN ATAU BOHONG

Posted: 06 Sep 2016 01:00 AM PDT



SARAWAK REPORT
8 hari lagi, kita nak lihat peguam diraja British menyaman Sarawak Report... Samada PAS terus berbohong atau bercakap benar. atau tak ada duit nak saman. Ini juga satu bisnes, kalau menang dapatlah dana untok parti... masyukkkkkk!!! on JANGAN LUPA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 9/6/16





--------------

DARI SEGI SEMIOTIK

Posted: 06 Sep 2016 12:18 AM PDT




DARI SEGI

SEMIOTIK

lihat gambar ini
apa maknanya?

inilah  gambar 
yang didamkan oleh 
pembodek najib
oleh kaki dedak  najib
tapai bukan 
anwar dengan mahathir
yang diidamkan ialah gambar
najib dengan obama
najib bersalam dengan obama
diidam-idam
oleh 
balachi dan macai najib
di jabatan perdana menteri
yang dicari utusan
yang dicari rtm
yang dicari bernama
mimpi basah pemakan dedak
ialah lah gambar najib
berdua-duaan dengan 
barack obama




--------------

LAWAK TAK JADI MASUK PENJARA

Posted: 05 Sep 2016 11:18 PM PDT









LAWAK POLITIK

BUKAN

LAWAK BODOH


LAWAK

TAK JADI 

MASUK PENJARA






-----------

OBAMA AKAN KENCING NAJIB

Posted: 05 Sep 2016 10:20 PM PDT








APA MAKNA

LAOS

KOMENTAR
ada atau tidak ada
pertemuan empat mata
antara obama dengan najib

pasti geng najib
pasti tukang kipas najib sedang lobi
agar ada pertemuan empat mata
ini amat amat penting untuk najib

najib sedang disekeh oleh DOJ
loretta lynch peguam negara amerika
adalah pilihan pribadai obama

najib perlu
najib TERDESAK macam mahathir
untuk bertemu empat mata
 dengan obama
walau pun selama 5 minit
ini 
untuk memperbaiki imej najib

dalam masa yang sama
geng NGO Malaysia di Amerika
geng media amerika yang anti najib
geng geng anwar ibrahim di amerika
sedang melobi 
agar obama kencingkan najib

penasehat obama
pasti nasehatkan presiden obama
untuk lari jauh
dari penyamun 1MDB

pembodek najib
pasti sedang berusaha
untuk mendapatkan
pertemuan najib dengan obama

ATAU 
apakah obama
akan berehat main golf dengan najib

kita lihat dan tunggu


APA AKAN JADI DI LAOS

Posted: 05 Sep 2016 09:49 PM PDT







LIHAT APA

AKAN JADI

DI LAOS

KOMENTAR
obama kini di china
obama akan ke laos
untuk persidangan asean
najib telah dilaos

sila ambil perhatian:
apakah akan ada
pertemuan empat mata
antara najib dengan obama
jika ada apa maknanya
jika tak ada apa maknanya

yang jelas obama tidak akan jumpa
presiden pilipina duterte
yang jelas obama akan jumpa
presiden korea selatan
yang belum jelas
yang masih kabur 
apakah obama akan jumpa najib

OBAMA TAK JUMPA NAJIB
ertinya lobi wall street journal
ertinya lobi wartawan
ertinya lobi ngo 
ertinya DOJ lebih unggul
eretinya FBI teruskan kerja
ertinya semua lobi di amerika
berjaya menyakinkan obama
yang najib ini pencuri duit 1MDB

OBAMA JUMPA NAJIB
pasti obama beri cadangan
mana nak lari
sebelum anak buah andrew mccabe sampai
kah kah kah



Barack Obama cancels meeting after Philippines president calls him 'son of a whore'

  White House spokesman said. Instead, Obama will meet with South Korean president Park Geun-hye.








----------------

MUSUH UTAMA MO1

Posted: 05 Sep 2016 09:00 PM PDT





LANGKAH

STRATIJIK

MENGGALANG

UNITED FRONT

MENYERANG

SATU MUSUH


Anwar-Mahathir: Tamatkan segera bebanan rakyat, kata Dr Dzulkefly

Pastikan segala kebobrokan yang telah merendahkan negara bangsa dan membebankan rakyat ini ditamatkan segera, kata Pengarah Strategi Amanah, Dr Dzulkefly Ahmad.
Itu penegasan beliau ketika diminta mengulas kehadiran  Mahathir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bagi menunjukkan sokongan kepada Anwar Ibrahim.
"Satu peristiwa 'ajaib'. Tentunya menjanjikan satu permulaan baru buat naratif politik Malaysia. Maruah, martabat dan kedaulatan negara serta institusi-institusinya akan kembali diperteguhkan dan diberdayakan dengan izin Allah jua," katanya ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.
Beliau berpendapat ramai rakyat mahu menyaksikan pertautan kedua-dua negarawan itu yang masing-masing berjiwa besar demi mengangkat agenda memakmurkan rakyat dan menyelamatkan negara.
"Satu titik mula yang saya mahu songsongkan sebagai meneruskan gandingan kepemimpinan dua tokoh besar politik negara ini, yang masih menantikan natijah tertangguh kepimpinan mereka selama hampir dua dasawarsa.
"Mereka tidak punya waktu lagi untuk berlengah membicarakan perihal titik-bengik kesilapan silam. Apakah akan kita saksikan erti dan makna kata-kata hikmah orang tua kita dahulu iaitu biduk berlalu, kiambang bertaut," ujarnya lagi.
Mahathir yang ditemani Menteri Besar Selangor, Azmin Ali menunjukkan sokongan kepada Anwar yang memfailkan saman menghalang penguatkuasaan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016.
Kedua-dua pemimpin itu bertegur sapa dan bersalaman buat kali pertama selepas 18 tahun Anwar dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri.

KENALI

MUSUH UTAMA

KENALI MUSUH

SAMPINGAN

100 TEMPUR

100 MENANG





-----------------

KE RUMAH PASONG SEKALI LAGI

Posted: 05 Sep 2016 08:30 PM PDT




PAGI INI

JAM 11 GUA

KE RUMAH

PASONG 

DANG WANGI 

SEKALI LAGI

  1. ESOK: 6 Sep, 11 pagi - dipanggil polis Dang Wangi utk Himpunan





------------

BACA SEKALI LAGI - TEORI UNITED FRONT

Posted: 05 Sep 2016 08:00 PM PDT
















KOMENTAR

hari ini kemelut politik
hari krisis politik
hari ini krisis ekonomi
hari ini krisis keyakinan
semakin parah
malaysia dalam suasana kacau
malaysia telah tergelincir
dari niat dan cita cita
penubuhan bumi manusia ini

malaysia sedang 
menghadapi malapetaka

anak semua bangsa
bangsa semua agama
warga bumi  manusia ini
sedang tertanya tanya
arah dan tujuan negara

justeru:
jalan keluar sedang dicari
pelbagai suara mula didengar

maka tukar tiub
mengeluarkan kembali
satu tulisan dari arkib
mengenai teori barisan bersatu
teori united front 
dalam kerja politik

tulisan ini telah disiarkan
dalam suara keadilan
dalam malaysia kini
pada 24/02/2015 dahulu

dirasakan tulisan ini
wajib dibaca sekali lagi
untuk kita sesama
mendapat pencerahan



 MENGGALANG 
BARISAN BERSATU

Dalam politik tidak ada musuh abadi. Dalam politik yang wujud hanya kepentingan abadi. Perjuangan adalah pertempuran untuk mencapai dan mengkotakan cita-cita abadi. Dalam perjuangan : Musuh kepada musuh kita adalah kawan kita. Permusuhan TIDAK berterusan. Setiakawan hanya dalam kancah perjuangan.

Jika terlupa falsafah ini ; jika tidak menggunakan strateji berasaskan falsafah ini maka perjuangan akan gagal. Perjuangan yang gagal adalah perjuangan yang tidak sampai kepada apa yang dicita. Kegagalan membawa malapetaka yang hebat.
Saksi dan rasakan : malapetaka yang telah menimpa negara kita ini semenjak penjajah British mengundurkan diri pada tahun 1957. Malapetaka ini kita rasakan hingga ke saat ini. Malapetaka ini lahir akibat dari kegagalan Kaum Kiri, Kaum Nasionalis, Kaum Progresif dan Kaum Agamawan untuk menggalang perserikatan Barisan Bersatu/United Front yang luas untuk mendobrak musuh yang sama.

Sebagai contoh : mari kita lihat sejarah Kota Melaka – kota metropolis dan kota ekonomi kurun ke 13 – satelah ianya jatuh ke tangan penjajah. Sejarah merakamkan tentang percubaan dari Acheh, dari Johor , dari Majapahit untuk melawan Portugis dan Belanda.

Kita juga membaca fakta sejarah bagaimana Acheh menyerang Belanda. Kita membaca bagimana Raja dan rakyat Johor berjuang menyerang Belanda untuk menawan Melaka. Tetapi kedua-dua Kerajaan Melayu ini tidak menggalang Barisan Bersatu. Malah dua negera Melayu ini beramok dan beperang sesama sendiri. Hasilnya Belanda TIDAK tewas.

Apa itu Barisan Besatu atau United Front?

Untuk memahami teori ini mari kita melihat sejarah dunia moden. Kita akan bertemu dengan teori dan bagimana teori politik ini diguna pakai dalam kancah perjuangan.

Apa itu perang? Perang ialah penerusan perbalahan yang tidak dapat diselesaikan di meja rundingan. Perang ialah perebutan punca punca ekonomi. Politik ialah manifestasi perebutan punca-punca ekonomi.

Justeru, Perang Dunia Kedua ialah Perang Kuasa Penjajah yang berbalah merebut tanah-tanah jajahan di Asia, Afrika dan Amerika Latin. Merebut tanah jajahan untuk mendapatkan hasil bumi. Untuk membajak telaga minyak, lombong bijeh, kayu kayan, rempah rampai, lombong emas dan intan berlian. Inilah yang direbutkan oleh kuam imperialis. Perang Dunia Kedua ialah Perang Kuasa Imperialis.

Pada tahun 1939 – Dunia dipecah dua blok. Blok yang dipimpin oleh kuasa imperial British dan blok Fasis. Blok Fasis di Eropah diwakili oleh German dan Itali. Di Asia diwakili oleh Jepun. Blok fasis ini dianggap musuh kerana negara-negara ini tidak mahu tunduk dibawah telunjuk Britain. Great Britain pada ketika itu adalah negara imperialis terbesar dan memiliki bala tentera terkuat.

Dimana munculnya teori Barisan Bersatu? Sebelum pecah perang Kaum Komunis, Sosialis, Agamawan dan Kaum Progresif telah berbicang akan cara untuk menghadapi perang yang akan pecah. Great Britain adalah kepala imperialis yang tidak jauh bezanya dari perangai Nazi German , Itali dan Jepun. Kesemuanya mengamalkan sistem kapitalis.

Pada ketika itu satu jalur pemikiran muncul. Satu strateji politik lahir untuk berhadapan dengan malapetaka perang dunia. Jalan terbaik untuk menyelamatkan umat manusia dari kehancuran dan langkah untuk memukul tamat bencana perang. Kaum Kiri telah sepakat mendirikan Barisan Bersatu/United Front menentang kaum Fasis.

Kita melihat musuh ketat – Churchil, Stalin dan Roosevelt duduk sameja membicang cara terbaik untuk melawan Hitler. Musuh kepada musuh adalah sahabat. Ini dinamakan United Front. Ini bererti bekerjasama dengan kuasa imperialis.

Justeru kita melihat Gerila Komunis dan Nasionalis yang anti-Nazi di Peranchis, di Greek, di Itali – yang bergerak dibawah tanah bekerja sama dengan tentera British dan soldadu Amerika. Tentera British adalah musuh lama mereka. Tetapi dalam strateji menggalang Barisan Bersatu musuh lama ini menjadi kawan baru.

Kita juga melihat stratiji politik yang sama telah dijalankan di negara China. Parti Komunis China yang dipimpin oleh Mao Zedong adalah musuh ketat Parti Koumintang yang dipimpin oleh Chiang Kai-shek. Dua parti ini membawa dua jalur pemikiran – kiri dan kanan.

Koumintang dan Parti Komunis China berperang merebut wilayah untuk mendirikan China baru yang merdeka. Perang ini adalah perang saudara. Tetapi apabila Fasis Jepun melanggar China pada tahun 1936 Mao Zedong dan Chiang Kai-shek menjadi kawan. Kedua musuh ini bersatu untuk mendirikan United Front melawan Fasis Jepun.

Bayangkan Mao Zedong melupakan semua jenayah Koumintang yang ganas lagi zalim. Malah isteri Mao sendiri telah dibunuh oleh soldadu Ching Kai-sheik pada tahun 1930. Semua dilupakan untuk menuju ke Barisan Bersatu.

Pekara yang sama – saperti di Eropah - telah berlaku di Tanah Melayu. Sebelum Pecah Perang Dunia Kedua – musuh utama rakyat Malaya ialah penjajah dari Eropah - Portugis, Belanda dan British. Sebelum 1939 kita membaca buku sejarah yang memperlihatkan bagaimana kuasa kolonial British merampok dan menjarah harta kekayaan Tanah Melayu. Warga di tanah jajahan menjadi hamba yang bekerja untuk Baginda Queen.

Ketika British menjajah kita melihat gerakan anti-British dari Kaum Kiri, Kaum Agamawan dan Kaum Nasionalis. Mereka berpolitik bangun berjuang menentang British.

Tetapai apabila Perang Dunia Kedua Pecah muncul Barisan Besatu dalam bentuk kerjasama antara Pasukan Rakyat Malaya Anti Jepun dengan kuasa kolonial British. Malah kuasa kolonial British telah menghantar senjata untuk para pejuang anti-Jepun. Gerakan anti-fasis Jepun ini dipimpian oleh Parti Komunis Malaya (PKM). PKM ini adalah musuh ketat penjajah British. Musuh utama PKM ialah penjajah British tetapi dalam usaha melawan fasis Jepun musuh lama boleh berkerjasama. Ini dinamakan United Front/Barisan Bersatu.

Kenapa saya menyingkap babak-babak sejarah ini? Apa sangkut pautnya dengan politik Malaysia hari ini? Apa kaitan apa yang saya tulis ini sedangkan Anwar Ibrahim dalam penjara.

Waspada! Semua ini menjurus kepada pembebasan Anwar Ibrahim. Sebelum dirungkai mendalam - wajib difahami – siapa musuh utama dan siapa musuh sampingan. Dalam teori politik - apa dia kontradiksi utama dan apa dia kontradiksi sampingan. Memahami siapa musuh utama amat-amat penting dalam menggalang Barisan Bersatu.

Ketika Anwar dipenjara musuh utama kita ialah Najib dan Rosmah. Dua sosok ini sedang membawa porak peranda kepada tanah air kita. Najib dan Rosmah sedang memusnahkan ekonomi negara. Selain dari sosok Najib dan Rosmah adalah musuh sampingan yang kecil. Justeru semua senjata, semua tenaga dan semua gerak kerja ialah untuk menumbangkan Najib dan Rosmah.

Justeru - ada berita melaporkan telah 'berlaku' pertemuan Menteri Besar Selangor Azmin Ali dengan Mahathir Muhamad di London. Jika ianya telah terjadi maka ini bermakna telah ada langkah untuk menggalang Barisan Bersatu untuk menjatuhkan Najib dan Rosmah. Ini satu langkah politik yang tepat.

Sama ada berita ini saheh atau hanya khabar angin ianya TIDAK penting. Apa yang penting ialah berita ini adalah contoh garis politik yang dinamakan menggalang Barisan Bersatu atau United Front.

Seramai 52% warga Malaysia mahu Najib dan Rosmah undur. Ini tuntutan majoriti. Pakatan Rakyat mahu kuasa politik Najib dan Rosmah di hapuskan, Parti Keadilan Rakyat mahu mengulingkan Najib dan Rosmah. Anak Muda Malaysia mahu Najib dan Rosmah di tangkap. Mahathir Muhamad mahu menjatuhkan Najib dari menjadi Perdana Menteri Malaysia. Sanusi Joned, bersama Daim Zainuddin bersama Kadir Jasin mahu menggulingkan Najib dan Rosmah.

Jelas kita semua memiliki kepentingan bersama untuk menggulingkan Najib dan Rosmah. Kontradiksi induk ialah Najib dan Rosmah. Musuh utama yang mengikat kita berkerja sama dengan Mahathir Muhamad ialah Najib dan Rosmah. Ini adalah kepentingan politik bersama.

Maka jika Azmin Ali ingin mendirikan Barisan Bersatu dengan Mahathir Muhamad maka ianya wajib mendapat sokongan politik dari 52% warga Malaysia. Sokongan diberikan kerana inilah garis politik yang tepat.

Mahathir mahu Najib dijatuhkan agar United Malays National Organisation dapat diselamatkan. Kita mahu Najib dan Rosmah digulingan kerana kita mewakili 52% yang menjadi majoriti yang berhak mentadbir Malaysia. Kemenangan dalam PRU13 telah ditipu dan dicuri dari 52% rakyat Malaysia.

Majoriti rakyat Malaysia tahu Najib dan Rosmah terlibat dalam kes bunuh Altantuya. Majoriti rakyat Malaysia tahu Anwar Ibrahim dipenjara kerana konspirasi dan rancangan Najib dan Rosmah.

Justeru dua sosok ini adalah musuh rakyat Malaysia. Pelbagai jalur politik rakyat Malaysia sedang melihat Najib dan Rosmah sebagai satu musuh utama. Ini sama saperti Stalin, Churchill dan Roosevelt melihat Hitler. Ini samalah saperti Mao dan Chiang Kai-sheik melihat Emperor Jepun. Ini samalah saperti Rashid Maidin dan Chin Peng bersama Baginda Queen melihat General Yamashita.

Lebai Desas bin Haji Desus telah berkata bahawa Mahathir Muhamad mahu Najib dan Rosmah diundurkan dalam bulan March ini. Ini adalah berita baik. Mengikut Lebai Desas banyak persiapan telah diatur. Malah Si Sirul pembunuh yang diupah untuk membunuh Altantuya itu juga 'dibaca' sebagai satu perancangan untuk menjerut leher Najib.

Amat jelas dalam strateji politik hanya dengan mendirikan Barisan Bersatu berkemungkinan dapat dijatuhkan beban berat yang sedang menimpa 28 juta warga Malaysia. Hanya dengan Barisan Bersatu Najib dan Rosmah dapat digulingkan. Hanya dengan bekerja sama dengan semua pihak wujud kemungkinan Malaysia ini dapat letakkan kembali keatas jalan yang betul.

Menggalang Barisan Bersatu bertujuan untuk menamatkan malapetaka yang sedang kita hadapi. Penggalangan ini juga akan memastikan Anwar Ibrahim bebas dari penjara. (TT)



NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa mahu melanggan akhbar minguan ini
sila pukul talipon:
03-92-21-30-45





------------

Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT