Rabu, 14 September 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Muktamad. Utusan Diperintah Bayar RM250K Kepada Nizar

Posted: 14 Sep 2016 01:00 AM PDT

Selepas TV3, Nizar bakal terima RM200,000 lagi dari Utusan

Genap 2 bulan selepas berjaya menerima ganti rugi RM200,000 dari TV3, Mahkamah Persekutuan hari ini sebulat suara menolak permohonan Utusan Malaysia menangguhkan pembayaran ganti rugi RM250,000 kepada bekas menteri besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang menyaman akhbar itu pada 2012.

Mahkamah dipengerusikan Tan Sri Richard Malanjum menolak permohonan itu tanpa mengarahkan peguam Nizar, Asmuni Awi dan Mohd Fitri Asmuni menjawab persoalan perundangan peguam Utusan Melayu (M) Berhad, Mohd Hafarizam Harun.


Pada Disember 2013, Mahkamah Rayuan memerintahkan ganti rugi RM250,000 dibayar kepada Nizar selepas menolak permohonan Utusan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati laporannya berbaur fitnah.

Hakim Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zaharah Ibrahim berkata hujah Utusan yang laporan itu merupakan komen adil dan hak kewartawanan tidak boleh diterima.

Nizar memfailkan saman fitnah berjumlah RM100 juta terhadap Utusan dan TV3 atas laporan berunsur fitnah memetik komen di Twitter berhubung pembelian nombor plat kenderaan "WWW 1" yang dibida pada harga RM520,000 dan dianugerahkan kepada Sultan Johor.

Bekas pemimpin PAS yang kini menganggotai Amanah mendakwa laporan kedua-dua media yang dikaitkan dengan Umno itu antara lain membawa maksud beliau seorang penderhaka kepada sultan, anti-sultan dan seorang ahli politik yang cuba menghasut rakyat membenci Sultan Johor.

Nizar dalam komen Twitter pada 28 Mei, 2012 berkata jumlah RM520,000 boleh digunakan membina 20 buah rumah untuk rakyat miskin. -FMT

ULASAN GB

Tahniah Datuk Seri Nizar.

Sebelum ini DS Nizar memperolehi ganti rugi RM200,000 dari TV3, kini RM250,000 dari Utusan, dah hampir 1/2 juta.

"Fitnah" tetap tidak mempunyai kekuatan - orang yang memfitnah akan terus berdosa dan orang yang diftnah akan sentiasa mendapat pahala selagi ada yang menyebar dan mempercayai fitnah itu.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat nanti seorang akan terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya di dunia. Maka, dia berkata kepada Allah: "Wahai Tuhanku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya? Maka Allah menjawab: Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat (memfitnah) engkau tanpa engkau ketahui."



FEATURED ADS


WSJ Dedah Rosmah Shopping Sakan US$6 Juta

Posted: 13 Sep 2016 11:38 PM PDT

WSJ dakwa Rosmah belanja AS$6 juta beli baju, kasut, barang kemas

Akhbar Wall Street Journal (WSJ) mendakwa isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor membelanjakan AS$ 6 juta membeli pakaian, kasut dan barangan kemas.

Menurut laporan itu, perbelanjaan dibuat antara 2008 dan 2015 dan adalah berdasar kepada dokumen-dokumen baru yang diteliti oleh WSJ.

"Dokumen-dokumen baru mendedahkan (Rosmah) membelanjakan sekurang-kurangnya AS$ 6 juta melalui caj kad kredit pada tahun-tahun kebelakangan ini - walaupun tidak mempunyai sumber pendapatan kecuali gaji suaminya.


"Beliau adalah satu-satunya anak guru sekolah, tidak mempunyai pekerjaan tetap dan suaminya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, adalah seorang birokrat dengan gaji tahunan sebanyak AS$ 100,000," kata laporan itu.

Lapor WSJ, perbelanjaan dibuat di gedung membeli-belah Harrods di London, Saks Fifth Avenue di New York dan di beberapa tempat lain.

Menurut akhbar itu, perbelanjaan terbaru AS$ 6 juta itu termasuk perbelanjaan AS$ 1 juta oleh Rosmah yang dilaporkan sebelum ini.

Pada Mac lalu, WSJ melaporkan Rosmah membelanjakan € 750,000 di gedung barangan kemas De Grisogono milik Swiss di cawangan Itali dan AS$ 130,635 di Chanel di Honolulu, Hawaii.

Dalam laporan itu, WSJ mendakwa perbelanjaan berkenaan juga dicaj kepada kad kredit suami Rosmah, Najib.

Ia mendakwa kad kredit itu berkaitan dengan dana 1MDB.

SPRM perlu siasat

Laporan terbaru itu juga memaparkan biografi Rosmah mengenai sumber dananya untuk membeli-belah.

"Saya membeli barangan kemas dan pakaian dengan wang sendiri. Apa yang salah?" petik Rosmah dalam biografi itu.

Menurut WSJ, Najib tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan ulasannya.

Malaysiakini telah menghubungi pembantu Rosmah, Datuk Rizal Mansor bagi mendapatkan ulasannya mengenai laporan itu dan sedang menunggu jawapannya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Faiz Fadzil berkata Rosmah perlu tampil membersihkan namanya - sama ada dengan menyaman WSJ, atau melalui siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau berkata ketua pesuruhjaya SPRM yang baru, Datuk Dzulkifli Ahmad mesti menunaikan ikrarnya untuk menyiasat setiap kes rasuah secara amanah, tegas dan adil.

"Wang 1MDB adalah harta rakyat dan SPRM hendaklah menunaikan tanggungjawabnya kepada rakyat dan negara mengatasi kepentingan mana-mana individu yang berkuasa.

"Peguam Negara perlu mengarahkan skandal 1MDB ini disiasat semula secara bebas dan menyeluruh," katanya dalam satu kenyataan hari ini. -mk

VIDEO BERKAITAN







FEATURED ADS


Tiada ulasan: