Nuffnang

Pengikut

™ kaasii peecaahhh laaa...®

sumber :-

™ kaasii peecaahhh laaa...®


Jawapan surat pemecatan : Mohon penjelasan dan pertimbangan semula pemecatan che’Gubard

Posted: 21 Sep 2016 04:00 AM PDT


Pusat Gerakan Rakyat (PaGer) SAMM,
No. 344 (Ting. 1& 2),
Jalan Haruan 5/8, Oakland Commercial Center II,
70300 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.

Tarikh    : 20 September 2016 (Selasa)

Kepada ;

YB Datuk Seri Dr. Wan Azizah Bt Dato' Hj Wan Ismail,
Presiden,
Parti Keadilan Rakyat,
Jalan Tropicana Selatan 1, Tropicana, 46050 Petaling Jaya,
 SELANGOR DARUL EHSAN.

YB Datuk Seri Dr. ;

MEMOHON PENJELASAN DAN PERTIMBANGAN SEMULA PEMECATAN

Adalah dengan segala hormatnya merujuk surat pemecatan saya dari Parti Keadilan Rakyat bertarikh 6 September 2016 (no.ruj : SUA2016/SKR/0051).

Untuk makluman YB Presiden pemecatan ini merupakan pemecatan kedua saya dalam tempoh 12 hari. Ini bukan sahaja pelik tetapi agak lucu. Saya dan KEADILAN sendiri mencatat rekod dengan menjadi parti pertama dalam dunia memecat seorang anggota dua kali dalam tempoh 12 hari.

Bukan satu rahsia surat pemecatan pertama bertarikh 26 Ogos 2016 dikeluarkan dengan 'meniru' tandatangan Setiausaha Agung parti tanpa pengetahuan Setiausaha Agung yang mana beliau tidak berada di Kuala Lumpur pada ketika itu.Kesalahan meniru tandatangan ini boleh disabit kesalahan Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum dengan Seksyen 467 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dua tahun dan denda. Amat malang sekali kakitangan ibu pejabat 'dipaksa' bertindak oleh seorang pimpinan kanan parti seorang ahli parlimen yang juga seorang peguam untuk melalukan jenayah tersebut. Sangat dikesali  jenayah ini dilakukan dalam sedar hanya kerana ingin menghukum dan  boleh disifatkan membodek Azmin Ali yang mana pada hari tersebut saya hadir ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membuat laporan dan mendedahkan bukti korupsi dia.

Dalam perkara ini saya masih menanti penjelasan parti atau adakah KEADILAN sudah hilang ruh ketelusan dan keluhuran undang – undang yang dilaungkan selama ini ?
Saya juga memohon YB Presiden untuk meneliti semula proses pemecatan saya, adakah ia mengikut prosedur dan lunas keadilan itu sendiri ?

Saya dipecat dengan tuduhan baru dan tuduhan tersebut saya tidak dibicarakan dan dipanggil membela diri. Adakah ini cara KEADILAN mengendalikan keadilan itu ?
Ya, saya pernah menerima 'arahan' dari parti untuk menutup mulut kerana mengkritik dan mendedahkan amalam korupsi dalam pentadbiran kerajaan negeri. Namun arahan tersebut spesifik kepada isu pada ketika itu iaitu isu penyelewengan agihan Zakat, Isu DEIG malah isu malah isu pembaziran Kubah RM32.4 juta juga tidak termasuk dalam 'arahan' tutup mulut tersebut. Isu #skandalAzmin68054 lebih lagi tidak termasuk dalam arahan 'tutup' mulut itu. Ia pertuduhan baru dan saya sendiri tidak dibicarakan. Tindakan diambil tanpa bicara. Adakah itu pelaksanaan keadilan cara KEADILAN ?

Dalam pengetahuan kita semua dan tidak menjadi rahsia malah ada bukti yang saya diberikan tersimpan. Pemecatan saya bukan sahaja mencipta rekod dipecat dua kali (satu dengan surat yang tandatangan palsu) tetapi tanpa keputusan mesyuarat rasmi dan ia hanya dibincangkan melalui aplikasi whats app sahaja dan mengikut rekod saya ia masih gagal mendapat sokongan majoriti seperti yang dikehendaki perlembagaan parti.

Tuduhan ke atas saya iaitu "Menjejaskan imej , memecah belah parti seterusnya ingkar arahan parti" merupakan tuduhan yang berat dan saya langsung tidak diajukan bukti dan dipanggil bela diri.

Dalam pengetahuan YB Presiden juga saya pernah membuat aduan kepada parti, saya tampil menyerahkan semua bukti berkaitan kes 'pintu gerbang', balak tanpa tender kepada syarikat enterprise, DEIG dan penyelewengan agihan zakat. Dalam sesi pertemuan (11 Januari 2016) ketika saya mengajukan bukti kesemua panel  Lembaga Disiplin yang mendengar tidak mampu mematahkan satu pun hujah saya malah mengakui ada sesuatu yang sangat tidak kena dan parti perlu bertindak. Namun kemudian Lembaga Disiplin (18 Febuari 2016) mengeluarkan satu surat mengatakan bahawa semua yang saya adukan diluar bidang kuasa tanpa dinafikan pembuktian aduan.

Maka menggunakan asas ini maka adakah ada keperluan untuk saya membuat aduan yang sama dengan perkara korupsi kepada parti ?

Adakah dengan pemecatan ini kerana saya ke SPRM membuat aduan terhadap pimpinan parti ?Adakah saya seorang yang membuat aduan SPRM kepada pimpinan parti ?
Jika muncul di media dikatakan perkara yang salah, saya mohon YB Presiden merujuk selepas PRU ke 13 yang mana Azmin Ali merajuk kerana tidak dilantik menjadi Menteri Besar Selangor, dia menjaja kepada ramai bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim menipunya kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berjanji kepadanya untuk menjadikan dia Menteri Besar dan kerana itu dia telah bersungguh – sungguh mendepani PRU ke 13 tetapi malangnya selepas menang katanya Anwar menipunya dengan melantik Tan Sri Khalid Ibrahim semula.

Untuk itu ia telah menggerakkan semua pengikutnya menyerang keluarga YB Presiden khususnya melalui media sosial dan bukanlah rahsia istilah seperti 'istana Segambut' dan seumpamanya yang digunakan musuh politik sehingga kini merupakan ciptaan kartel Azmin Ali. Malah tanpa berselindung Azmin sendiri menyerang Anwar terbuka di media sosial dan menggagalkan kempen Black out 505 yang sedang giat ketika itu.

Pada ketika itu bukan menjadi rahsia juga Azmin merajuk dan mula mengumpulkan sokongan beberapa ahli parlimen. Dia membuat sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN sendiri menyerang presiden parti mengamalkan kronisma dan nepotisma. Ia bukan sahaja keluar TV3 malah hampir semua media ketika itu. 9 Aduan dibuat dari seluruh negara berkenaan perkara ini termasuklah salah satunya dibuat oleh Faizal Ab. Rahman yang ketika itu Ketua AMK Balik Pulau. Namun parti mengatakan ia bukan kesalahan. Maka apabila Timbalan Presiden yang kecewa tidak menjadi Menteri besar menghina tanpa bukti Presiden dan menghina parti mengajak beberapa ahli parlimen 'berpuak' tidak menjadi kesalahan , maka apa kesalahan yang saya lakukan hanya kerana mendedahkan korupsi dengan bukti ?

YB Presiden ;
Kita menyambut orang seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kuncunya sebagai hero kononya kerana berani berkata benar mengkritik Datuk Seri Najib Razak secara terbuka berkenaan kepincangan dan penyelewengan. Bila Umno memecat Muhyiddin dan kuncunya kita serang Umno sebagai bacul penakut dan menutup penyewengan. Muhyiddin dan kuncunya dipecat kerana memburukkan imej parti dan memecah belahkan parti.

Adakah kita berbeza dengan mereka ? Jawablah dengan jujur dan lancer dengan rakyat. Adakah kita hanya berlawan untuk ambil alih kuasa namun dari segi prinsip kita sama ? Mohon jujurlah YB Presiden…jujurlah…

Saya sudah dipujuk untuk berdiam, saya sudah ditawar untuk membungkam, namun sumpah saya pada diri saya sendiri dan ia didikan reformasi bahawa bila nampak penyelewengan maka lawanlah sepenuh jiwa dan tenaga. Didikan perjuangan politik yang saya lalui bukan dari dewan kuliah atau lobi hotel mewah, saya belajar dari bawah, dari petugas parti memanjat tiang menggantung bendera sehinggalah menganjur program besar yang membawa saya menjelajah lokap ke lokap, mahkamah ke mahkamah. Saya pernah memangku anak yang baru seminggu lahir demam kuning teruk tetapi tidak mampu saya masukkan ke hospital kerana tidak cukup belanja sebalilnya saya hanya zikirkan kalimah nama – nama Allah dan berdoa, itu belum dikira rumah sewa dikunci kerana tidak membayar sewa. Namun dalam perjuangan saya diajar jangan mengeluh sebaliknya terus bergembira.

Hanya kerana bercakap benar dan berlawan atas prinsip saya difitnah kononya dibiaya Najib dan ada juga tuduhan saya dibiaya DAP juga.  Demi Allah saya tidak dibayar hanya untuk kianat prinsip saya sendiri, malah saya sendiri sehingga kini masih menanggung hutang kewangan dari rentetan perjuangan ini.

Sebelum menutup surat panjang ini, saya juga memohon kebijakan YB Presiden. Bukan sahaja saya cuba dipecat namun saya dimusuhi dengan sebegitunya, beberapa teman ditekan oleh pimpinan parti dengan ugutan pecat jawatan lantikan politik hanya kerana bergambar dengan saya dan tersiar dalam facebook. Nampaknya untuk mempertahankan korupsi Azmin, ramai hilang pertimbangan.

YB Presiden, saya memohon pertimbangan keadilan untuk saya. Saya memohon balasan jujur ibu Presiden. Banyak yang saya ingin coretkan dalam surat yang akan menjadi terbuka ini namun saya masih cuba mewaraskan diri.

YB Presiden, saya bersama perjuangan ini sejak awal pemecatan Anwar, pelancaran parti di Renaissance Hotel K.Lumpur, masih ingat lagi mesyuarat – mesyuarat parti menjelang PRU 1999 di bangunan tidak siap (Marinara), Kuala Lumpur sehinggalah penganjuran aksi massa kecil dan besar dan dikebanyakan masa saya duduk bukan sekadar di ruang tamu KEADILAN tetapi saya didalam kelambu KEADILAN itu. Sebolehnya saya mahu menyimpan sebahagian besar pengalaman itu sebagai pengalaman peribadi kerana ada yang tidak bagus dan boleh disalah faham jika dikongsi.  Ketika ramai pernah meninggalkan dan ada berpatah semula menjadi hero saya tetap bersama KEADILAN susah macam mana pun, namun dalam hal pemecatan ini saya merasakan ia sangat tidak adil.

Hari ini 20 September merupakan hari ulang tahun kebangkitan gerakan Reformasi diseru oleh Anwar Ibrahim yang dipecat Mahathir Mohamad kerana bercakap benar. Hari ini juga saya dipecat dengan usaha untuk melindungi anak angkat Mahathir yang menjadi duri dalam daging selamanya dalam perjuangan politik Anwar Ibrahim.
Apa istimewanya Azmin yang diberi paying emas ini ?

Akhirnya saya menanti jawapan jujur Presiden parti dan buktikanlah kepada rakyat kita benar - benar berbeza.

Seorang pejuang 'muda' Indonesia, Soe Hock Gie pernah mengungkap lebih baik diasingkan dari menyerah kepada kemunafikan. Janji dan sumpah saya atas ibu pertiwi ini, saya tidak akan bergerak seinci pun dari prinsip tidak akan kompromi dengan penyelewengan dan korupsi dalam apa jua bentuk sekalipun. Perjuangan ini seharusnya bukan hanya menukar watak dan nama kerana musuh utama kita ialah sistem yang menyebelahi kapitalis dan ahli politik yang diperkuda pemodal besar. Perjuangan kita seharusnya ialah menentang penindasan dan korupsi dengan berani ke arah menjadi dunia yang lebih manusiawi.

Sekian dan terima kasih.

che'GuBard

Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT