Nuffnang

Pengikut

DIALOG RAKYAT

sumber :-

DIALOG RAKYAT


KENAPA NAJIB TAK PERGI?

Posted: 18 Sep 2016 12:19 AM PDT

shahbudindotcom


Pada 22 Ogos lalu, Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi telah melakukan lawatan rasmi lima hari ke New York untuk menghadiri  Mesyuarat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau UNSC.

Dalam mesyuarat itu, Zahid mempengerusikan perbahasan tentang "Cabaran  Dalam Mendepani Percambahan Senjata Pemusnah Besar-Besaran dan Kaedah Penghantaran, Bahan Berkaitan, Peralatan dan Teknologi Kepada Pelaku Bukan Negara" yang diadakan di ibu pejabat PBB itu.
 
 
 
 
Majlis Keselamatan PBB dianggotai oleh 15 buah negara dengan lima negara iaitu Amerika Syarikat, Russia, United Kingdom, China dan Perancis adalah anggota tetap, manakala 10 negara lagi bukan anggota tetap yang dipilih setiap dua tahun.

Malaysia menduduki salah satu kerusi bukan tetap Majlis Keselamatan PBB bermula 1 Januari tahun lepas setelah menang dalam pemilihan pada Oktober 2014.

Semalam, Zahid Hamidi sekali lagi ke New York untuk mengetuai delegasi  Malaysia  ke Perhimpunan Agung PBB atau UNGA yang bermula 17 hingga 25 September depan.

Menurut laporan Bernama, Zahid akan menyertai Raja-Raja, Presiden dan Perdana Menteri dari seluruh dunia dalam perhimpunan tersebut.

Antaranya Zahid juga dijadual akan menyampaikan kenyataan negara pada sessi debat umum, menyertai mesyuarat peringkat tinggi menangani penghijrahan pelarian dan migran berskala besar dan mesyuarat peringkat tinggi mengenai  situasi di Syria.
 
 
 
 
Dalam tempoh tidak sampai sebulan, dua kali Zahid ke New York menghadiri mesyuarat PBB.

Kenapa Najib Razak tidak pergi dalam Perhimpunan PBB ini sedangkan  negara-negara lain menghantar ketua kerajaan masing-masing yang terdiri daripada Raja, Presiden dan Perdana Menterinya?

Mesyuarat PBB kali ini juga adalah yang terakhir dihadiri oleh Barack Obama berikutan penggalnya akan berakhir hujung tahun ini.

Apa yang disibukkannya di Malaysia sehingga diwakilkan kepada Zahid Hamidi menghadiri perhimpunan pemimpin politik terbesar dunia itu?

Bukankah selama ini Najib suka pergi ke Amerika Syarikat? 


'SPR didakwa bantu Umno bunuh kerjaya politik Muhyiddin'

Posted: 18 Sep 2016 12:09 AM PDT

MALAYSIAKINI


Umno mengharap proses persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menamatkan kerjaya politik Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin, dakwa pemimpin Pakatan Harapan Johor.

Mereka yang terdiri daripada Liew Chin Tong (DAP), Mohd Khuzzan Abu Bakar (PKR) dan Aminolhuda Hassan (AMANAH) mendakwa demikian berdasarkan penurunan 22.24 peratus pengundi di kerusi Parlimen Pagoh.


Daripada 46,793 pengundi pada tahun 2013, Pagoh kini hanya melibatkan 36,387 pemilih sahaja, tegasnya.

"Proses persempadanan semula Pagoh jelas bermotifkan politik. Difahamkan Pagoh mempunyai kira-kira 20,000 ahli Umno.

"Dengan mengurangkan jumlah pengundi di kawasan pilihan raya itu, Umno berharap kerjaya politik Muhyiddin akan berakhir," kata mereka dalam kenyataan bersama, hari ini.

Mereka menekankan bagaimana Pagoh sebagai sebuah kerusi parlimen mempunyai kurang pengundi berbanding 14 kerusi dewan undangan negeri Johor seperti Johor Jaya yang mempunyai 59,041 pengundi dan Perling dengan 55,810 pemilih.

Sementara itu, kata mereka, kerusi Ketua Anggota Parlimen DAP, Lim Kit Siang di Gelang Patah pula menjadi kerusi parlimen terbesar di negeri itu dengan 112,081 pengundi.

Ketiga-tiga mereka berkata, proses itu secara jelas bertujuan menjamin BN terus berkuasa dan menggesa rakyat Johor untuk membantah cadangan itu.

Agong, sultan boleh awasi PM, kata peguam Mahathir

Posted: 17 Sep 2016 11:58 PM PDT

Haniff berkata, rakyat tidak patut membincangkan keputusan Agong berhubung Deklarasi Rakyat yang diserahkan Dr Mahathir, Khamis lalu, sebelum baginda mendapat nasihat undang-undang.


Mohamad-Haniff-Khatri-Abdulla


PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja mempunyai kuasa di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk bertindak sebagai 'semak dan imbang' terhadap prestasi perdana menteri, kata peguam Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, beberapa peruntukan dalam perlembagaan perlu dibaca bersama untuk menunjukkan Agong dan sultan boleh mengawasi kerajaan pimpinan perdana menteri.

Katanya, pindaan perlembagaan pada 1993 memansuhkan imuniti ke atas pemerintah, di mana Agong dan sultan boleh melakukan 'semak dan imbang' ke atas tiga cabang kerajaan yang lain daripada sebarang penyalahgunaan.

Semalam, peguam Syahredzan Johan berkata, Yang di-Pertuan Agong tidak boleh memecat Datuk Seri Najib Razak daripada jawatannya, kecuali majoriti ahli Parlimen hilang kepercayaan terhadap beliau.

Haniff berkata, "pilihan yang ada sekarang adalah menunggu keputusan Agong berhubung Deklarasi Rakyat."

Katanya, ia tidak patut dan tidak sopan untuk membincangkan perkara itu, sebelum Agong mendapat nasihat undang-undang.

Khamis lalu, bekas perdana menteri menemui Agong di Istana Anak Bukit, Kedah dan menyerahkan Deklarasi Rakyat kepada Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, bagi mendesak campur tangan baginda untuk memecat Najib.

 Deklarasi itu ditandatangani secara terbuka oleh 45 individu yang kebanyakannya ahli politik pembangkang, beberapa penyokong Dr Mahathir dan aktivis.

Kempen Selamatkan Malaysia dilancarkan untuk mengumpul tandatangan orang ramai yang kemudiannya menjadi kontroversi, apabila seorang pengaturcara komputer mendakwa menjual pangkalan data mengandungi butir peribadi lebih 600,000 orang.

Mei lalu, Dr Mahathir mengumumkan lebih 1.4 juta tandatangan berjaya dikumpul pihaknya.

Deklarasi Rakyat hanya kenyataan politik, tak mampu jatuhkan Najib

Posted: 17 Sep 2016 11:51 PM PDT

 
Bagaimanapun, pertemuan Dr Mahathir dan Agong menunjukkan baginda agak prihatin dengan isu dibangkitkan dalam Deklarasi Rakyat.


Syahredzan-Johan_najib_raja_600


PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong tidak boleh memecat Datuk Seri Najib Razak, kecuali majoriti ahli Parlimen hilang kepercayaan terhadap perdana menteri.

Ahli Majlis Peguam, Syahredzan Johan berkata, tiada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan membenarkan Agong memecat perdana menteri berdasarkan petisyen atau deklarasi dibuat rakyat.

"Perlu ada bukti dalam bentuk hilang kepercayaan oleh ahli Dewan Rakyat terhadap perdana menteri," katanya kepada FMT hari ini, susulan penyerahan Deklarasi Rakyat yang mengandungi 1.4 juta tandatangan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Agong.

Pegawai khas bekas perdana menteri itu, Sufi Yusof ketika dihubungi FMT semalam mengesahkan Dr Mahathir yang ditemani bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mengadap Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Anak Bukit, Kedah, bagi menyerahkan deklarasi mendesak peletakan jawatan Najib.

Syahredzan berkata, membuat bantahan kepada sultan ketika seseorang ketua kerajaan tidak lagi mendapat sokongan (ahli Parlimen) adalah pendekatan yang diguna pakai di Perak, pada 2009.

Kerajaan Pakatan Rakyat selama 10 bulan yang diketuai Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin digulingkan, selepas 3 adun mengisytiharkan mereka calon Bebas sokong Barisan Nasional yang memberi kelebihan 3 kerusi kepada BN.

Sultan Azlan Shah enggan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) seperti dinasihatkan Nizar, sebaliknya melantik Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar baharu.

Mahkamah Persekutuan pada 2010 memutuskan hilang kepercayaan terhadap ketua kerajaan tidak semestinya dibuat melalui undi di DUN, tetapi boleh ditentukan sultan atau Agong daripada sumber luar.

Syahredzan bagaimanapun berkata, cara terbaik untuk ahli Parlimen membuat undi tidak percaya terhadap perdana menteri ialah ketika Parlimen bersidang.

Peguam itu berkata, walaupun deklarasi yang ditandatangani 1.4 juta rakyat tidak pernah berlaku sebelum ini, namun ia sekadar kenyataan politik.

"Bagaimanapun, hakikat Agong berkenan menemui Dr Mahathir menunjukkan keprihatinan baginda mengenai isu dibangkitkan dalam deklarasi itu," katanya sambil menambah ahli Parlimen, khasnya daripada BN perlu mendapatkan pandangan pengundi dan bertindak sewajarnya.

Beliau turut mengingatkan ahli Parlimen yang kesetiaan mereka terletak di tangan pengundi, bukannya pemimpin atau parti politik.
 

Kenyataan orang Cina masih menguasai ekonomi Malaysia ketinggalan zaman

Posted: 17 Sep 2016 10:03 PM PDT

 
Wakil rakyat DAP itu berkata, perspektif kaum yang masih kekal adalah punca Malaysia terus mengalami kesan politik perkauman.


Liew-Chin-Tong-koon


PETALING JAYA: Dakwaan Tan Sri Tan Koon Swan kononnya kaum Cina masih menguasai ekonomi Malaysia adalah relik pemikiran bekas presiden MCA itu yang pernah menyakiti berjuta orang pada 1980-an, kata ahli Parlimen DAP Kluang.

Liew Chin Tong ketika mempertikaikan kenyataan Tan kononnya masyarakat Cina di Malaysia tidak perlu terkilan kerana mereka masih menguasai ekonomi negara berkata, perspektif kaum yang masih kekal adalah punca Malaysia terus mengalami kesan politik perkauman.

"Kita berada pada abad ke-21 sekarang, dengan kegagalan idea perkauman pada 1980-an, kita perlu memahami pemilikan korporat oleh orang kaya ketika ini terdiri daripada semua bangsa dan tiada kaitan dengan orang biasa berbangsa Cina, Melayu atau India.

"Kita sepatutnya mencari model ekonomi sejahtera berdasarkan orang biasa, bukan sahaja kekayaan orang tertentu atau kaum tertentu.

"Tetapi, cabaran dihadapi Malaysia kini ialah idea pemikiran kaum yang lama masih dikitar semula, seperti tidak boleh dinafikan tetapi mengabaikan hakikat konteks sejarah," katanya dalam satu kenyataan yang dipetik Malay Mail Online versi Cina, semalam.

Tan dalam satu wawancara dengan Sin Chew Daily semalam berkata, masyarakat Cina di negara ini menyumbang sekitar 70% keluaran dalam negara kasar (KDNK).

Beliau dilaporkan berkata, walaupun sesetengah orang Cina sudah berhijrah kerana percaya mereka tidak menerima layan adil, tetapi masyarakat itu sebenarnya masih mempunyai masa depan cerah di Malaysia.

Tan berkata, walaupun sesetengah orang Melayu menikmati kuasa dan pendapatan tinggi melalui syarikat milik kerajaan, ramai orang Melayu masih hidup susah berbanding orang Cina.

Liew berkata, beliau biasanya tidak akan mengulas kenyataan ahli politik bersara, tetapi komen Tan perlu diberi perhatian, kerana kenyataan sebegini yang menyakiti ramai orang Cina disebabkan krisis koperasi pada 1980-an.

"Ramai orang Cina meletak harap ke atas beliau dan MCA, tetapi ketika koperasi tumbang, mereka kehilangan modal dan simpanan seumur hidup," katanya.

Tempoh Tan menjadi presiden MCA amat pendek, iaitu pada 1985 beliau menjadi mengetuai parti itu, tetapi pada 1986 dipenjara di Singapura kerana peranannya dalam krisis Pan-El.

Pergolakan Dalaman PAN Mula Berkocak, Mat Sabu Sedia Lepas Jawatan Presiden Kepada Husam

Posted: 17 Sep 2016 09:30 PM PDT

 

 



Kemasukan Datuk Husam Musa ke dalam PAN membawa satu dimensi baharu dalam parti itu seumpama meletakkan dua ekor singa di atas sebuah kerusi.

Presiden PAN, Mohamad Sabu dalam kenyataan terbaharu berkata beliau bersedia melepaskan jawatan presiden parti yang disandangnya kepada Husam, tetapi ia perlu diputuskan oleh perwakilan dalam kongres parti

"Itu serah kepada mesyuarat agong kitalah, kongres agung, pemilihan setiap tahun ada.

"Bila masa pun boleh, saya bersedia; saya tak ada masalah untuk serahkan kepada sesiapa yang dipilih dalam perhimpunan penuh parti," kata Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu kepada Astro AWANI.

Isu jawatan kepada Husam mula diperkatakan sejak awal September lalu apabila PAN berjanji akan mengadakan mesyuarat untuk membuat keputusan tersebut.

Namun, sehingga kini tiada sebarang jawatan di peringkat nasional diberikan kepada Husam.
 
 
 

Posting Tulang Besi Kurang Ajar !

Posted: 17 Sep 2016 09:30 PM PDT




tb


Posting aktivis PAN, Abdul Rahman Abdul Talib di atas berkenaan Allahyarham Datuk Dr Haron Din disifatkan kurang ajar kerana mengunkit perkara negatif individu yang telah meninggal dunia.


"Dia dah tak ada tak payah la kita ungkit. Ada masanya kita perlu buang baju politik yang kita pakai dan menghormati keadaan," kata Wan Zamzahidi Wan Zahid.

Abdul Rahman yang lebih dikenali sebagai Tulang Besi menulis di Facebooknya dengan membuat pertanyaan adakah Allahyarham sebelum meninggal dunia sempat memohon maaf kepada Anwar Ibrahim di atas semua 'pengkhianatan' yang telah dilakukan terhadap Ketua Umum PKR itu.

Anwar yang masih hidup digambarkan Tulang Besi sebagai seorang yang 'baik', manakala Allahyarham pula digambarkan sebaliknya, namun aktivis PAN tidak menjelaskan dengan lebih lanjut pengkhianatan tersebut.

"Harun Din ni menyebabkan PR kalah PRU lepas. Dia bukan sorang je kena mintak maaf . Kena mintak maaf kat jutaan rakyat Malaysia,"kata Tulang Besi kepada rakannya, Zus Din.

Namun, jawapan Tulang Besi itu juga gagal merungkai tuduhan pengkhianatan yang dimaksudnya itu.

"Peguam Amerika datang percuma nak bela Anuar sebab dia nampak Anwar tak besalah. Tapi kita orang Islam bila saudara seislam dinaya cam tu. Orang Islam buat tak nampak. Dan ulamak agamawan tahu dan tahu tapi pejam mata.

"Kalau pun ulamak dunia No 1 bagi surat bebaskan Anwar. Orang Islam kat Malaysia tidor juga. Apa orang Islam di Malaysia mahu beri sokong lagi. Bila Allah hantar manusia yang iklas dari orang kafir untuk cari keadilan pada Anwar juga ulamak agamawan tak nampak.

"Jadi di manakah kedudukan agama Islam kita. Alquran dan Sunah kat mana.. kita biar saudara kita diaib. Sekarang Allah aibkan kita," kata Mady Hamid yang dipercayai sealiran pemikiran dengan Tulang Besi.

"Al juburi.. kata Abg Mat Sabu dulu… dah mintak maaf ke belum.. rakyat Malaysia nak tau..,"bidas Kamal Firdaus.

Sebelum ini, Anwar dilaporkan Mynewshub hanya membuat kenyataan ringkas sejurus mendapat tahu Allahyarham telah meninggal dunia di sebuah hospital di Amerika Syarikat pagi semalam.

"Semoga Allah mengampun segala dosa Almarhum,"kata Anwar.

anwar
tb2




Siapa Bayar Peguam Anwar Dari Amerika Syarikat, Kimberley Motley ?

Posted: 17 Sep 2016 09:25 PM PDT

 

 
ambiga-kim


Peguam Kimberley Motley dari Amerika Syarikat dikhabarkan telah dilantik Anwar Ibrahim kira-kira dua minggu lalu untuk mewakilinya secara pro-bono (tanpa bayaran) bagi membantu mengeluarkan Ketua Umum PKR dari menjalani hukuman penjara selama lima tahun di Penjara Sungai Buloh kerana didapati bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

"Motley menjalankan kes-kes itu secara pro-bono (tanpa bayaran)," kata peguam Raul Lee Bhaskaran.
Peguam Raul merupakan peguam yang mewakili firma guaman Daim & Gamany yang dimiliki oleh Ahli Parlimen PKR Subang, Sivarasa Rasiah.

Kenyataan peguam dari firma peguam Anwar itu bertentangan dengan naluri Motley ketika mengendalikan kes-kes di Afghanistan.

"Saya datang ke sini (Afghanistan) untuk wang, sama seperti separuh penduduk di sini," kata Motley dilaporkan nytimes.com.

Antara kes yang dikendalikan Motley di Afghanistan adalah mewakili keluarga Farkhunda Malikzada, seorang wanita berusia 27 tahun yang dibunuh kerana dituduh telah membakar al-Quran.

"Saya masih membuat wang, itu adalah satu faktor motivasi," kata Motley. "Saya suka mewakili pelanggan-pelanggan, orang yang saya tidak pernah kenali jika saya tidak pergi,"katanya lagi.

Menurut wikipedia, Motley telah dipilih ke Afghanistan pada tahun 2008 sebagai salah seorang peguam Amerika Syarikat yang terlibat melatih peguam-peguam Afghan dalam program pendidikan undang-undang sembilan bulan yang dikendalikan oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat.

Pada tahun 2014, Motley dinamakan oleh Sir Richard Branson sebagai salah satu orang yang paling inspirasi.

Richard Branson, pengasas Virgin Group, Britain pada tahun 2010 pernah membela Anwar berkaitan dengan kes liwatnya.
Sir Richard Branson bersama Kimberly Motley
Sir Richard Branson bersama Kimberly Motley
Menurutnya, perbicaraan Anwar berkaitan dengan kes liwat akan memberi kesan ke atas Malaysia dan mematahkan semangat pelabur untuk menanam modal di negara ini.

"Malaysia mempunyai reputasi yang baik di luar negara. Tetapi apa yang berlaku ke atas Anwar Ibrahim membawa kesan buruk ke atas Malaysia," katanya pada majlis khas forum Invest Asia 2010, anjuran International Herald Tribune di Kuala Lumpur.

"Jika Malaysia lebih liberal, lebih ramai orang akan melabur. Jika anda pemimpin yang berani, anda sepatutnya menghapuskan perkara seumpama itu yang merosakkan reputasi negara," kata Branson lagi.

Menurut laman web gay, gaystarnews, pada tahun 2012, Branson telah membuat video berkempen menyokong perkahwinan pasangan gay.

Sebelum itu pada tahun 1982, Syarikat Virgin, milik Branson telah membeli kelab malam gay 'Heaven' di United Kingdom.
Sir Richard Branson bersama Al Gore
Sir Richard Branson bersama Al Gore
Branson juga merupakan kenalan rapat kepada bekas Naib Presiden Amerika Syarikat, Al Gore.
"GreenRoad telah menerima kurang daripada $ 40 juta setakat ini daripada Green Fund Virgin Richard Branson, Balderton Capital di London, Benchmark dan DAG Ventures.

"Pada Isnin syarikat itu (GreenRoad) akan mengumumkan satu lagi (dana sebanyak) $ 10 juta (diterima) daripada Generation Investment, dana dimulakan oleh Al Gore dan David Blood, bekas CEO Goldman Sachs,"lapor techcrunch.com.

Jangan pandang remeh pertandingan satu lawan satu pada PRU-14

Posted: 17 Sep 2016 09:18 PM PDT

MALAYSIA GAZETE


Tajudin Abdul Rahman
Tajudin Abdul Rahman 
 
 
Umno dan Barisan Nasional (BN) harus ambil serius dan memikirkan strategi terbaik bagi menghadapi kemungkinan berlaku pertandingan satu lawan satu antara parti pemerintah itu dengan pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Peringatan itu disuarakan Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, yang berkata kemungkinan itu boleh berlaku kerana pembangkang memang sudah lama bercita-cita untuk menumbangkan kerajaan sedia ada.

Namun, katanya, parti pembangkang tidak mungkin dapat membentuk sebuah kerajaan yang stabil kerana masing-masing mempunyai agenda perjuangan sendiri.

"Pemimpin dan ahli parti (Umno/BN) kenalah bersiap sedia dari awal untuk menjelaskan kepada rakyat mengenai dakyah dan fitnah yang dimainkan pembangkang.

"(Rakyat harus diberitahu bahawa) dasar-dasar parti mereka (pembangkang), kalau mereka berjaya membentuk kerajaan, ia tidak menjamin masa depan sebuah negara dan rakyat Malaysia yang berbilang kaum serta tidak menjamin masa depan orang Melayu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Jamuan Perdana Sempena Aidiladha dan Penyampaian Insentif NKEA Padi EPP II Musim 1/2016 Kawasan Sungai Manik/Labu Kubong di sini, malam ini.

Dalam pada itu, Tajuddin, yang juga Anggota Parlimen Pasir Salak, berkata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sedang menyebarkan pelbagai dakyah yang tidak berasas dalam usahanya menjatuhkan Umno dan BN.

"Kerana itulah juga saya menyeru kepada semua pemimpin dan ahli Umno agar berwaspada kerana PPBM (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) berkempen dengan menyebarkan dakyah yang merupakan tuduhan yang diasak tohmahan," katanya

Katanya ahli serta penyokong Umno perlu menyedari perkara ini dan mengambil tindakan yang tepat bagi memastikan apa yang dirancang oleh Dr Mahathir tidak berjaya.-- BERNAMA


MIC tidak lagi relevan - M.Kayveas Primary tabs View(active tab) Track Politik Oleh Tamil Malar di Kuala Lumpur - 18 Sep 2016 (4 hours ago) 1 of 1 Muka depan akhbar Tamil Malar hari ini melaporkan kenyataan Kayveas mengenai MIC yang terbahagi dua akibat krisis dalaman. Muka depan akhbar Tamil Malar hari ini melaporkan kenyataan Kayveas mengenai MIC yang terbahagi dua akibat krisis dalaman. MIC tidak lagi boleh mendabik dada mengatakan ia parti terbesar komuniti India di negara ini kerana situasi MIC yang dapat dilihat hari ini sudah berpecah dua. Presiden myPPP Tan Sri M. Kayveas berkata, senario terbaharu itu menyebabkan MIC kini seolah tidak dapat memastikan siapa sebenarnya presiden parti itu. Katanya, sebelum ini parti itu dikatakan mempunyai kira-kira 600,000 keahlian tetapi sekarang lebih 300,000 ahli sudah mengikut seorang lagi pemimpin (bekas Presiden G. Palanivel) manakala selebihnya di bawah kepimpinan baharu Dr. S. Subramaniam. "Oleh demikian selepas ini puak-puak di luar sana tidak lagi boleh menabik dada mendakwa bahawa MIC masih parti besar mewakili suara keramat komuniti India di negara ini. "Saya melihat parti Gerakan disegani sebagai parti lebih besar dengan keahlian masyarakat berbilang kaum jika dibandingkan dengan MIC semasa," dakwanya. Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Persidangan Antarabangsa Penyelidikan Pendidikan Tamil di Universiri Perguruan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim baru-baru ini. Katanya, perkembangan terbaru menunjukkan ramai dalam kalangan ahli MIC ketika ini sedang bersiap sedia untuk menyertai parti politik lain. Dakwa beliau lagi, MIC kini disindir dan dipersoalkan tentang kerelevanan disebabkan para pemimpin hanya lebih cenderung menguruskan parti demi berkepentingan diri tanpa mendahulukan perjuangan masalah masyarakat itu. "Apabila tiba setiap pilihan raya umum nanti, kita boleh lihat gelagat perebutan kerusi yang berlarutan sejak dahulu lagi dan myPPP sememangnya sedih melihat keadaan MIC. "Asas parti MIC tidak kukuh dan itulah punca kepada perpecahan atau krisis dalaman yang berlaku selama ini dan BN hanya akan bertambah kukuh sekirannya masalah dalaman MIC ini dapat ditangani segera. "Persoalannya adakah pemimpin MIC bersedia menerima nasihat dan teguran mesra parti komponen atau sekutu BN ke arah penyelesaian jangka panjang dan masa depan BN," soalnya lagi. Katanya lagi, jumlah wakil rakyat atau menteri mewakili MIC tidak menjadi penentu sebaliknya kesediaan mereka untuk membela nasib rakyat tanpa kepentingan diri adalah sangat penting. Malah beliau mendakwa, BN bersetuju menawarkan myPPP kerusi parlimen atau DUN yang boleh menjamin kemenangan pada PRU-14 akan datang. "BN juga bersetuju parti myPP yang memiliki 600,000 ahli dapat menganggotai kabinet sekiranya memenangi kerusi Parlimen," tegasnya lagi. - Akhbar Tamil

Posted: 17 Sep 2016 09:05 PM PDT

 
 
Muka depan akhbar Tamil Malar hari ini melaporkan kenyataan Kayveas mengenai MIC yang terbahagi dua akibat krisis dalaman.
Muka depan akhbar Tamil Malar hari ini melaporkan kenyataan Kayveas mengenai MIC yang terbahagi dua akibat krisis dalaman.
 
 
MIC tidak lagi boleh mendabik dada mengatakan ia parti terbesar komuniti India di negara ini kerana situasi MIC yang dapat dilihat hari ini sudah berpecah dua.
 
Presiden myPPP Tan Sri M. Kayveas berkata, senario terbaharu itu menyebabkan MIC kini seolah tidak dapat memastikan siapa sebenarnya presiden parti itu.
 
Katanya, sebelum ini parti itu dikatakan mempunyai kira-kira 600,000 keahlian tetapi sekarang lebih 300,000 ahli sudah mengikut seorang lagi pemimpin (bekas Presiden G. Palanivel) manakala selebihnya di bawah kepimpinan baharu Dr. S. Subramaniam.
 
"Oleh demikian selepas ini puak-puak di luar sana tidak lagi boleh menabik dada mendakwa bahawa MIC masih parti besar mewakili suara keramat komuniti India di negara ini.
 
"Saya melihat parti Gerakan disegani sebagai parti lebih besar dengan keahlian masyarakat berbilang kaum jika dibandingkan dengan MIC semasa," dakwanya.
 
Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Persidangan Antarabangsa Penyelidikan Pendidikan Tamil di Universiri Perguruan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim baru-baru ini.
 
Katanya, perkembangan terbaru menunjukkan ramai dalam kalangan ahli MIC ketika ini sedang bersiap sedia untuk menyertai parti politik lain.
 
Dakwa beliau lagi, MIC kini disindir dan dipersoalkan tentang kerelevanan disebabkan para pemimpin hanya lebih cenderung menguruskan parti demi berkepentingan diri tanpa mendahulukan perjuangan masalah masyarakat itu.
 
"Apabila tiba setiap pilihan raya umum nanti, kita boleh lihat gelagat perebutan kerusi yang berlarutan sejak dahulu lagi dan myPPP sememangnya sedih melihat keadaan MIC.
 
"Asas parti MIC tidak kukuh dan itulah punca kepada perpecahan atau krisis dalaman yang berlaku selama ini dan BN hanya akan bertambah kukuh sekirannya masalah dalaman MIC ini dapat ditangani segera.
 
"Persoalannya adakah pemimpin MIC bersedia menerima nasihat dan teguran mesra parti komponen atau sekutu BN ke arah penyelesaian jangka panjang dan masa depan BN," soalnya lagi.
 
Katanya lagi, jumlah wakil rakyat atau menteri mewakili MIC tidak menjadi penentu sebaliknya kesediaan mereka untuk membela nasib rakyat tanpa kepentingan diri adalah sangat penting.
 
Malah beliau mendakwa, BN bersetuju menawarkan myPPP kerusi parlimen atau DUN yang boleh menjamin kemenangan pada PRU-14 akan datang.
 
"BN juga bersetuju parti myPP yang memiliki 600,000 ahli dapat menganggotai kabinet sekiranya memenangi kerusi Parlimen," tegasnya lagi. - Akhbar Tamil
 
 

Projek tergendala Hospital Rembau sudah 39% siap

Posted: 17 Sep 2016 09:03 PM PDT

Oleh Bernama 
 
 
Pembinaan projek Hospital Rembau kini dikendalikan Pasukan Projek Khas (Bangunan) Ibu Pejabat JKR Kuala Lumpur. foto youtube
Pembinaan projek Hospital Rembau kini dikendalikan Pasukan Projek Khas (Bangunan) Ibu Pejabat JKR Kuala Lumpur. foto youtube
 
Projek pembinaan Hospital Rembau telah siap 39 peratus sehingga Ogos lepas, kata Ketua Pengarah Kerja Raya, Datuk Seri Ir Dr Roslan Md Taha.

Beliau berkata, kerja-kerja pembinaan sedang berjalan lancar berbanding sebelum ini setelah masalah reka bentuk selesai.

"Pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) sentiasa memantau rapi kemajuan kerja di tapak bina dan sentiasa membantu pihak kontraktor dalam menyiapkan projek ini di samping menjaga kualiti pembinaan.

"Mesyuarat koordinasi projek telah diadakan hampir setiap minggu bagi memastikan kemajuan projek berjalan lancar di samping mesyuarat teknikal dan mesyuarat tapak yang diadakan setiap bulan," katanya.

Menurut beliau, pihak kontraktor juga menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menyiapkan projek ini sepertimana yang disasarkan.

Katanya, projek ini melibatkan dua fasa iaitu fasa pertama merupakan kerja-kerja tanah dan fasa kedua adalah kerja-kerja bangunan.

Roslan berkata, projek ini melibatkan dua fasa iaitu fasa pertama merupakan kerja-kerja tanah dan fasa kedua adalah kerja-kerja bangunan.

Katanya, fasa pertama (kerja-kerja tanah) telah dimulakan pada 8 Jun 2012 dan siap pada 21 Feb 2013, manakala bagi kerja fasa kedua (kerja membina bangunan) sekarang bermula pada 9 September 2013 dan dijadualkan siap pada 8 September 2016.

Pihak JKR telah mengambil tindakan menamatkan perkhidmatan perunding sivil dan struktur pada 12 Disember 2014 lepas di atas kegagalan perunding sehingga berlaku kelewatan tersebut.

"JKR terpaksa mereka bentuk semula struktur pembinaan terutamanya bagi blok yang dibina secara pasang siap (Industrialised Building System - IBS).

"Ekoran itu lanjutan masa diberikan mengikut syarat-syarat kontrak dan alhamdulillah, projek berjalan lancar sekarang iaitu tarikh jadual siap adalah pada 29 Disember 2017," katanya.

Projek pembangunan Hospital Rembau dengan kapasiti 76 buah katil ini dibina di tanah berkeluasan 19.4 hektar yang terletak di Chembong, Rembau dengan kos pembinaan berjumlah RM97 juta.

Pembinaan projek ini dikendalikan Pasukan Projek Khas (Bangunan) Ibu Pejabat JKR Kuala Lumpur. - MalaysiaGazette


Hari Malaysia, antara harapan dan janji semalam

Posted: 17 Sep 2016 08:07 PM PDT

rencana_harimalaysiahafiz
"Persekutuan Tanah Melayu tidak mampu wujud secara bersendirian tanpa kerjasama politik dan ekonomi dengan Singapura, Sabah dan Sarawak."
Tunku Abdul Rahman, 1961

Oleh Hafiz Zainuddin


September tidak pernah sesekali lupa bagaimana negara ini terbentuk dan membangun sebagai persekutuan yang cemerlang-tanpa konflik berdarah antara Tanah Melayu (Malaya), Singapura, Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak; meski mendapat tentangan jirannya Filipina dan Indonesia dalam beberapa siri konfrontasi.

Tetapi penyatuan empat wilayah bekas jajahan Inggeris membentuk Persekutuan yang diberi nama Malaysia pada 16 September 1963 lalu nyaris dilupai dan tenggelam dalam sejarah kerana ia tidak dikenang sebagai hari besar negara, dan kerajaan, memerlukan 46 tahun untuk mengiktiraf Hari Malaysia sebagai cuti umum.

Idea penubuhan Malaysia telah diutarakan oleh Tunku Abdul Rahman ketika berucap pada 27 Mei 1961 dalam majlis anjuran Persatuan Wartawan-wartawan Luar Asia Tenggara di Hotel Adelphi Singapura dan turut dihadiri oleh Ketua Menteri Singapura Lee Kuan Yew dan Perdana Menteri Britain ketika itu Harold MacMillan.

Penubuhan Malaysia, antara lain bertujuan untuk mengekang ancaman dan pengaruh komunis di rantau ini sekaligus mengukuhkan perkembangan ekonomi di antara wilayah yang membentuk persekutuan.

Perkongsian faedah ekonomi dalam kalangan negara yang membentuk persekutuan itu juga penting dalam membela dan membangunkan masyarakat bumiputera yang masih jauh ketinggalan.

Bagi Gen Y yang lahir sekitar 80'an dan 90'an; 16 September tidak dianggap sebagai tanggal keramat, malah mungkin tidak tahu apa-apa atau lupa, dan menganggap 31 Ogos 1957 sebagai hari merdekanya 'negara' ini dari tangan kolonial termasuklah bagi di Sabah dan Sarawak.

Persoalannya, mengapa kerajaan UMNO mengambil masa terlalu lama untuk mengiktiraf Hari Malaysia, yang itupun telah banyak kali didesak oposisi dan anggota-anggota parlimen Sabah dan Sarawak?

Atau, sengaja sambutan kemerdekaan setiap kali Ogos dibuat khusus sebagai bahan propaganda yang cuba mempromosikan UMNO sebagai satu-satunya hero rakyat Malaysia?

Kempen manipulasi sejarah dengan cuba meletak kekeliruan rakyat negara ini tentang tarikh keramat negara tidak boleh diterima; dan kita sudahpun melihat bagaimana pembohongan tersebut akhirnya mengaku kalah dengan kebenaran.

Mujur, dengan kempen dan desakan kuat gabungan Pakatan Rakyat ketika untuk mengiktiraf Hari Malaysia, ia berjaya membuka lembaran baru dan menyebabkan kerajaan BN tidak punya pilihan selain akhirnya terpaksa menabalkan 16 September sebagai cuti umum seluruh negara pada 2010.

Selain Hari Malaysia 16 September 1963, tarikh hari kemerdekaan bagi negara yang membentuk Persekutuan Malaysia ini adalah berbeza-beza.

Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Borneo Utara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1963, Sarawak mencapai kemerdekaan pada 22 Julai 1963 manakala Singapura yang membentuk pemerintahan sendiri pada 1955 hingga 1963, disetujui British bergabung membentuk Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963 dan kemudian berpisah dari Malaysia pada 9 Ogos 1965.

Mana janji-janji BN kepada Sabah dan Sarawak?

Persoalan saat ini ialah adakah cita-cita perkongsian faedah ekonomi yang adil diantara Sabah dan Sarawak benar-benar wujud? Atau dua negeri di Borneo itu sekadar dipermainkan BN dengan janji-janji semalam?

Setelah 53 tahun Malaysia dibentuk, wujud pelbagai tuntutan terhadap kerajaan dibuat termasuklah tuntutan untuk berpisah dari persekutuan daripada kumpulan-kumpulan tertentu. Semua keadaan ini, dipercayai berlaku akibat wujudnya ketidakadilan pembahagian hasil ekonomi akibat pemusatan ekonomi oleh kerajaan BN yang dilihat hanya menguntungkan 'orang-orang Semenanjung'.

Hakikatnya, pembangunan infrastruktur, jaringan jalanraya, elektrik dan kemudahan awam lain seperti pendidikan dan kesihatan di Sabah dan Sarawak memang jauh ketinggalan khususnya bagi kawasan-kawasan luar bandar dan pedalaman berbanding negeri-negeri di Semenanjung.

Keadaan semakin buruk apabila isu agama dan perkauman yang timbul dalam polemik kalimah Allah dan isu tanda Salib yang tercetus di Semenanjung mula memberikan reaksi negatif masyarakat Sabah dan Sarawak yang bimbang dan tidak selesa dengan isu yang timbul.

Rentetan itu, parti-parti politik tempatan di Sabah dan Sarawak, mula memainkan sentimen 'anti-Malaya' untuk meraih keuntungan politik meski secara dasarnya, mereka menjalinkan hubungan yang sangat akrab dengan Umno-BN malah merupakan sekutu penting dalam memastikan BN terus mentadbir.

Dalam situasi ini, DAP dilihat mengambil tanggungjawab untuk memupuk kesedaran sejarah dan politik khususnya di Sabah dan Sarawak dengan melancarkan kempen-kempen Impian Malaysia dalam usaha meningkatkan taraf hidup warga khususnya yang menetap di luar bandar di Sabah dan Sarawak.

Begitu juga dengan melancarkan Gerakan Batu Sumpah di Sabah pada Ogos 2014 yang merupakan kempen DAP sebagai ingatan kepada tiga jaminan Kerajaan Persekutuan ke atas Sabah melibatkan kebebasan beragama, kuasa kerajaan negeri ke atas tanah, dan pemeliharaan adat dan tradisi seperti yang dinyatakan pada Batu Sumpah Keningau yang didirikan pada 31 Ogos 1964, setahun selepas pembentukan Malaysia.

Ini termasuk satu usul ke Parlimen pada Mei lalu supaya pindaan Perlembagaan Persekutuan dibuat bagi mengembalikan status Sabah, Sarawak dan Semenanjung sebagai rakan kongsi setara dalam Persekutuan Malaysia selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 yang antara lain membetulkan beberapa perkara dalam Perjanjian Malaysia 1963 yang gagal diteliti dan menyebabkan Sabah dan Sarawak diturun-taraf menjadi satu daripada 13 buah negeri dalam Malaysia. – Roketkini.com


Persempadanan dilakukan SPR demi kekalkan kuasa BN

Posted: 17 Sep 2016 08:04 PM PDT

01

Oleh Pakatan Harapan Johor


Pakatan Harapan Johor menjemput semua pengundi di kawasan-kawasan yang terlibat dalam persempadanan terbaru untuk membantah cadangan-cadangan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dengan representasi.

Pada masa yang sama, Pakatan Harapan Johor menyeru seluruh Bangsa Johor dan rakyat Malaysia bangkit dan menolak persempadanan ini yang cukup nyata bahawa ini hanya untuk mengekalkan kuasa pemerintahan Barisan Nasional.

Adalah jelas sekali bahawa SPR beroperasi dengan mengikut unjuran bahawa majoriti pengundi Melayu akan terus menyokong Barisan Nasional, maka dengan persempadanan kali ini mereka mengharap parti-parti Pakatan Harapan akan tumbang di semua kawasan berbilang kaum dan akan hanya kekal di kawasan-kawasan majoriti bukan Melayu.

Kami ingin mengingatkan SPR dan Barisan Nasional bahawa Bangsa Johor dan rakyat Malaysia sudah cerdik dan memiliki kesedaran politik yang tinggi. Mereka memahami konspirasi SPR dan Barisan Nasional dan akhirnya akan bangkit menumbangkan BN di peti-peti undi dalam gelombang politik yang akan datang.

Peranan SPR amat dikesali. Seharusnya tugas utama SPR adalah untuk memastikan badan itu berintegriti, adil dan telus dalam mengurus sistem pilihanraya negara kita.

Sebagai contoh, dalam persempadanan kali ini, Kawasan Parlimen Gelang Patah adalah kawasan yang paling ramai pengundi, iaitu 112,081, dan kawasan Skudai adalah DUN dengan paling ramai pengundi, iaitu 69,132.

DUN Bukit Kepong (nama lama Bukit Serampang) adalah DUN dengan pengundi yang paling rendah (15,795) dan kawasan Parlimen Pagoh hanya mempunyai 36,387 pengundi, berkurangan dari 46,793 pada 2013, iaitu sebanyak 22.24%.

Persempadanan kawasan Pagoh sememangnya bemotif politik. Difahamkan bahawa Pagoh mempunyai sekitar 20,000 ahli UMNO. Dengan mengurangkan pengundi di kawasan ini, UMNO harap karier politik Tan Sri Muhyiddin Yassin akan berakhir di Parlimen ini.

Ironisnya ialah, sebanyak 14 kerusi DUN mempunyai pengundi yang lebih ramai dari kawasan Parlimen Pagoh adalah seperti berikut:~

N. 48 Skudai 69,132
N. 42 Johor Jaya 59,041
N. 46 Perling 55,810
N. 44 Larkin 53,325
N. 40 Tiram 50,639
N. 43 Permas 49,115
N. 41 Puteri Wangsa 48,953
N. 23 Penggaram 45,749
N. 45 Stulang 45,026
N. 28 Mengkibol 44,506
N. 52 Senai 44,023
N. 29 Mahkota 43,706
N. 49 Iskandar Puteri 42,949
N. 47 Kempas 40,170

Jumlah pengundi di kawasan DUN Skudai (69,132 pengundi) melebihi 16 kerusi Parlimen di Johor seperti berikut:~

P. 147 Parit Sulong 56,851
P. 164 Pontian 52,660
P. 165 Tanjung Piai 50,215
P. 140 Segamat 48,681
P. 146 Muar 46,083
P. 149 Sri Gading 45,451
P. 154 Mersing 44,985
P.148 Ayer Hitam 42,962
P. 156 Kota Tinggi 42,861
P. 141 Sekijang 41,896
P. 153 Sembrong 41,629
P. 151 Simpang Renggam 41,052
P. 155 Tenggara 40,670
P. 157 Pengerang 38,338
P. 142 Labis 37,568
P. 143 Pagoh 36,387

Rakyat di kawasan terlibat diberikan tempoh sebulan untuk membuat bantahan dari tarikh notis 15hb September 2016.

Pakatan Harapan Johor meminta penglibatan rakyat secara besar-besaran dalam proses ini untuk memastikan integriti sistem pilihanraya dan hak rakyat untuk menentukan masa depan negara terjamin.

Pakatan Harapan Johor juga memberi sokongan sepenuhnya kepada gerakan BERSIH yang telah menetapkan tarikh 19hb November 2016 sebagai hari untuk Himpunan BERSIH 5.

Persempadanan kali ini mengingatkan kita semua bahawa Barisan Nasional tidak bersedia untuk menerima demokrasi yang adil tetapi hanya ingin mengekalkan kuasa dengan memanipulasi sistem dan institusi negara. – Roketkini.com


Cadangan persempadanan semula SPR akan menangkan BN di Selangor

Posted: 17 Sep 2016 06:16 PM PDT

tony pua

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Cadangan persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang diterbitkan hari ini akan memberi kelebihan besar kepada Barisan Nasional (BN) untuk merampas kerusi di Selangor pada Pilihanraya Umum ke-14 akan datang.

Menempelak tindakan itu, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata SPR dengan jelas telah menunjukkan bahawa objektif utamanya adalah untuk memastikan BN menang dan terus menjadi kerajaan.

SPR didakwa melakukan persempadanan dengan menambah majoriti di kawasan yang BN tiada potensi untuk menang dan mengurangkan majoriti di kawasan yang boleh ditawan semula oleh BN.

Menurut Tony, kawasannya yang akan dinamakan semula sebagai 'Damansara' menjadi kawasan tunggal terbesar dengan 150,439 pengundi setelah mengalami peningkatan sebanyak 76.2 peratus dari pilihan raya lalu.

Namun begitu, ketika berlaku penambahan pemilih di kawasan Tony, Kapar pula mengalami pengurangan sebanyak 30.3 peratus pengundi, iaitu daripada 144,159 kepada 100,456 orang.

"Dengan itu, Parlimen Kapar yang kini disandang oleh G. Manivanan dari PKR akan menjadi lebih goyah.

"Majoriti 23,790 yang dimenangi pada pilihan raya lalu di Kapar hanya kira-kira setengah daripada hasil cadangan persempadanan semula itu," jelas Pengerusi DAP Selangor tersebut dalam satu kenyataan.

Selain Kapar, Tony menjelaskan kawasan parlimen Subang yang kini ditukar kepada 'Sungai Buloh' turut mengalami pengurangan pengundi daripada 128,543 kepada 73,448 orang berikutan Bukit Lanjan telah dialih ke parlimen Damansara.

Menurutnya, Bukit Lanjan sebelum ini telah menyumbang majoriti 17,200 undi kepada parlimen Subang sehingga memberi kemenangan majoriti kepada R. Sivarasa dari PKR pada tahun 2013.

"Dengan cadangan SPR itu, ia menambah peluang kepada BN untuk menang di kawasan Subang/Sungai Buloh," ujar Tony sambil menambah, bilangan purata pengundi untuk setiap kawasan di Selangor sepatutnya kira-kira 94,500 orang.

Oleh itu, beliau menyeru semua pengundi di kawasan terjejas membantah sekeras-kerasnya cadangan persempadanan semula SPR itu yang disifatkannya sebagai satu cubaan untuk menipu dalam pilihan raya umum akan datang.

"Langkah SPR itu menafikan hak sama rata rakyat Malaysia yang jelas termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," tegasnya. – Roketkini.com


Ancam keselamatan Maria Chin, polis didesak segera tangkap Ali Tinju

Posted: 17 Sep 2016 06:16 PM PDT

slide1



Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Pihak polis didesak agar segera menyiasat Presiden Gerakan Merah, Mohd Ali Baharom atau lebih dikenali sebagai Ali Tinju, selepas beliau membuat kenyataan yang ditafsir ramai sebagai ancaman bunuh terhadap Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah.

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berkata tindakan Ali Tinju itu keterlaluan dan jelas dilakukan dengan niat jenayah, malah mempamerkan sikap angkuh kerana cuba mengugut Maria selepas beliau mengumumkan demonstrasi Bersih 5 akan berlangsung pada 19 November nanti.

Menurutnya, tunjuk perasaan yang dianjurkan Bersih 2.0 itu merupakan satu cara bagi rakyat membantah sikap sambil lewa kerajaan serta agensi-agensi awam dalam menyiasat skandal melibatkan syarikat milik Kementerian Kewangan, 1MDB.

"Demonstrasi jalanan adalah simbol demokrasi yang berfungsi serta diasaskan mengikut prinsip kebebasan bersuara dan berhimpun, justeru tidak ada sebab untuk Ali Tinju membuat ancaman bunuh disebabkan perkara itu," katanya dalam satu kenyataan.

Charles menjelaskan, beratus ribu rakyat hadir pada demonstrasi-demonstrasi Bersih sebelum ini kerana mereka mempunyai hak untuk menyampaikan rasa tidak puas hati kepada kerajaan UMNO yang memerintah.

"Ali perlu faham bahawa dia tidak boleh menyekat hak rakyat hanya kerana dia tidak suka apa yang rakyat katakan," ujarnya.

Ali yang juga bekas anggota tentera mengugut akan 'menyerang hendap' serta meminta Maria berwaspada atau beliau nanti 'tidak akan berjalan di atas muka bumi' seperti yang dilapor portal berita Free Malaysia Today semalam.

Malah, beliau berkata kumpulannya mungkin akan menganjurkan sesi senaman di depan kediaman pengerusi kumpulan pendesak reformasi pilihan raya itu bagi menguatkan pinggul mereka. – Roketkini.com

Projek RMM di Badang perlu disegerakan, jangan biarkan rakyat menderita

Posted: 17 Sep 2016 06:11 PM PDT

ZIKRI ABDULLAH
 
 
Datuk Husam Musa mendapat penerangan dari penduduk tempatan berkenaan projek yang kelihatan terhenti begitu lamaDatuk Husam Musa mendapat penerangan dari penduduk tempatan berkenaan projek yang kelihatan terhenti begitu lama


Para pemohon rumah mampu milik di Badang, Pengkalan Chepa tertanya-tanya nasib projek itu yang kini kelihatan terhenti begitu lama dan tiada tanda-tanda pembinaannya berjalan seperti dirancangkan.

Memenuhi aduan orang ramai, bekas Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa pagi tadi melapangkan masa melawat tapak projek berkenaan bagi melihat sendiri perkembangannya.

"Memang jelas projek ini telah terhenti dalam jangkamasa yang lama," katanya kepada pemberita selepas meninjau persekitaran lokasi projek berkenaan.

Menurutnya, ditinjau dari luar, tapak pembinaan berkenaan telah dipenuhi rumput tinggi dan di bahagian tertentu telah kelihatan seperti belukar kecil.

"Walaupun tak dapat masuk kita boleh nampak pejabat tapak (site office) telah terbiar dan tidak digunakan. Rantai kunci di pintu masuk utama telah berkarat teruk tanda sudah lama tidak dibuka," katanya.

Projek berkenaan telah dilancarkan oleh MB Kelantan pada 23 Februari 2014 dan pihak kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM9 juta untuk membantu pemaju melaksanakan pembinaan.

Menurut Husam rakyat perlu diberitahu status projek ini sekarang serta sebab-sebab ianya terbiar.
"Sangat pelik kerajaan membiarkannya terbengkalai.

"Ia sepatutnya jadi mercu tanda kerajaan negeri.

"MB janji nak bina 4,000 unit, 334 unit pun belum siap, macam mana nak capai target yang dicanang?.
"Ia juga menyusahkan rakyat yang telah membuat tempahan", katanya.

Beliau berharap Menteri Besar sendiri mengarahkan Exco Perumahan supaya membuat laporan kemajuan.
"Saya tidak tahu adakah pihak MB benar-benar tahu apa yang berlaku dan adakah pihak Exco ada melaporkan kepada beliau keadaan sebenar seperti yang kita lihat hari ini," katanya.

Dalam laporan media pada 24 Februari 2014, MB ada menyebut sebanyak 334 unit Rumah Mampu Milik Kelantan (RMMK) bakal dibina oleh kerajaan negeri dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) di Kampung Jaya Setia dekat Badang.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan, Datuk Abd Fattah Mahmood pula berkata, Projek RMMK adalah projek pertama oleh kerajaan negeri di bawah MB Dato Ahmad Yaakob.

Menurutnya projek terbabit akan dilaksanakan oleh PKINK melalui Bahagian Perumahan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.

"Hari ini kita yang diwakili Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob menandatangani perjanjian bersama dengan PKINK yang diwakili oleh Ketua Eksekutif Kumpulan PKINK, Dr Wan Zawawi Wan Ismail," katanya.

Perkasakan Mahkamah Syariah bukan hanya tingkatkan hukuman, jelas Dr Mujahid

Posted: 17 Sep 2016 06:08 PM PDT

 ARIF ATAN
 
 
Kami dilantik oleh rakyat untuk berbahas meneliti dan melihat implikasi lebih besarKami dilantik oleh rakyat untuk berbahas meneliti dan melihat implikasi lebih besar


Menyelesaikan isu pertindihan dengan Mahkamah Sivil antara langkah pemerkasaan Mahkamah Syariah selain hanya meningkatkan hukuman, kata Ahli Jawatankuasa AMANAH Nasional, Dr Mujahid Yusof Rawa.

Menurutnya, makna pemerkasaan institusi itu tidak boleh disempitkan dengan meningkatkan hukuman semata-mata tanpa melihat banyak kelompongan pentadbiran perundangan Mahkamah Syariah.

"Mempertingkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah juga bermakna perlu ditingkatkan hierarki Mahkamah Syariah yang hari ini hanya ada tiga peringkat iaitu Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Raya Syariah berbanding dengan Mahkamah Sivil yang ada lima peringkat," ujarnya dipetik daripada artikel beliau di akhbar Amanah minggu ini.

Penjelasan Ahli Parlimen Parit Buntar dalam lebih tiga halaman di akhbar rasmi Amanah itu ekoran reaksi awam terhadap laporan berkaitan respon Mujahid berkenaan tulisan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri tentang cadangan pindaan Akta 355.

"Saya hanya bertindak sebagai Ahli Parlimen Muslim yang perlu membuat penjelasan kepada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan sebagai sebahagian pentadbiran agama, posisi dan sikap saya dari sudut teknikal dan pentadbiran demokrasi berparlimen supaya tidak mudah kita membuat satu rumusan tanpa menelitinya terlebih dahulu," jelasnya.

Terdahulu, Dr Zulkifli melalui pendapatnya dalam Bayan Linnas terbitan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menyatakan semua ahli parlimen beragama Islam tanpa mengira parti wajib menyokong pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang diusulkan Presiden Pas pada perbahasan Parlimen sesi akan datang.

Bagaimanapun, Dr Mujahid berkata, reaksinya itu atas isu teknikal dan pentadbiran yang berkaitan secara langsung dengan kedudukannya sebagai ahli legislatif manakala kedudukan Dr Zulkifli dalam pentadbiran agama.

"Kami dilantik oleh rakyat untuk berbahas, meneliti dan melihat implikasi lebih besar pada kerangka perlembagaan yang kami bersumpah untuk mempertahankannya. Sebagai pentadbir agama, prosedur ini perlu difahami dengan jelas," tambahnya lagi.

Dapatkan naskhah akhbar mingguan Amanah, Edisi ke-17, 18-24 September di pasaran sekarang untuk mengikuti huraian terperinci Dr Mujahid berkenaan isu ini.

Setahun Amanah: Mat Sabu optimis bawa politik baharu di Kelantan dan negara

Posted: 17 Sep 2016 06:04 PM PDT

 DALIA ISMAIL
 
 
SETAHUN AMANAH: Mohamad Sabu memotong kek diperhatikan pimpinan utama parti meraikan genap setahun Amanah ditubuhkan dalam satu majlis makan malam diadakan malam tadi.SETAHUN AMANAH: Mohamad Sabu memotong kek diperhatikan pimpinan utama parti meraikan genap setahun Amanah ditubuhkan dalam satu majlis makan malam diadakan malam tadi.


Setelah setahun Amanah ditubuhkan Presidennya Mohamad Sabu optimis parti itu akan membawa perubahan politik baru di Kelantan dan negara.

"Bila kita lihat perubahan dan sambutan semalam (di Kelantan), saya yakin perubahan politik besar-besaran akan berlaku di negara ini.

"Kehadiran Datuk Husam Musa dan mereka yang menyertai Amanah saya lihat perkembangan dan gelombang ini akan cepat merebak.

"Orang Kelantan otaknya elestik boleh mengecil dan membesar,sebab itu orang Kelantan mudah berubah.

"Masa tahun 1959 rakyat masih buta huruf Kelantan dimenangi Pas dan Perikatan hilang deposit dan Dun, lepas itu Pas kalah dan lepas tu BN kosong dan hari ini kerajaan Kelantan jatuh kerana 'membesarkan' nama Ahmad Yaakob,secara kebetulan saya tak tahulah...," ujarnya.

Beliau berkata demikian dihadapan 300 yang dihadir dikalangan pemimpin utama parti, pemuda, wanita diperingkat negeri ketika berucap pada Majlis Makan Malam Amanah sempena setahun parti itu ditubuhkan yang diadakan di Kelab Alumni Universiti Malaya malam tadi.

Kata Mohamad lagi yang mesra dipanggil Mat Sabu,   Amanah kini sudahpun memasuki kawasan pinggiran bandar antaranya beliau  menyebut di Kedah terutama di Baling, Pendang dan Sik.

"Alhamdulillah dengan yuran diturunkan RM2 ramai orang kampung sertai Amanah.

"Dari Baling, Pendang dan Sik. Di Sik ada 22 cawangan baru ditubuhkan dan lima daripadanya diketuai wanita," ujarnya yang mahu lebih banyak penyertaan golongan muda dan wanita dalam parti itu disetiap peringkat.

Dalam majlis sama Setiausaha Agung Amanah Anuar Tahir turut berkata, Amanah sedang mempergiatkan usaha ke arah memberikan penjelasan terutama kepada golongan wanita dan muda untuk menyertai parti itu.

"Kita perlu beri penerangan dan penjelasan kepada rakyat terutama golongan muda dan wanita. Amanah kenalah bekerja kuat.

"Dalam tempoh setahun ini kita menerima dokongan dan sokongan dari rakyat cukup luar biasa.

"Di Dun Salor sahaja kita menerima 1,500 borang yang terdiri dikalangan bekas ahli Umno,bekas Adun, bekas Senator, bekas ulama, profesor, golongan wanita dan pemuda sempena setahun Amanah yang diraikan di Kelantan," ujarnya.

Anuar berkata Amanah berazam akan menjadi sebuah parti yang sesuai pada zaman ini yang akan mendapat sokongan diperingkat masyarakat keseluruhannya.

Malah beliau juga memberikan penghargaan terima kasih kepada pendokong-pendokong diluar parti antaranya di kalangan NGO.

"Saya ingin ambil kesempatan merakam penghargaan kepada mereka yang menyokong kelahiran parti ini antaranya Datuk Seri Wan Azizah, Lim Kit Siang, Gopalan, pemimpin NGO dan masyarakat yang telah memberikan sumbangan besar menyokong penubuhan parti ini," ujarnya.

Turut hadir Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Ahli Parlimen DAP Teresa Kok dan Liew Chin Tong;Datuk Ambiga, Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah, aktivis Hishamuddin Rais dan Pengerusi Gabungan #TangkapMO1 Anis Shafiqah Md Yusuf.

Sebagai rekod Parti Amanah Negara (Amanah) adalah sebuah parti politik serpihan daripada Pas yang diasaskan oleh Mohamad Sabu, bekas Timbalan Presiden Pas yang meninggalkan parti itu bersama-sama beberapa bekas pimpinan Pas selepas kegagalan mereka menguasai kepimpinan Pas dalam Pemilihan parti itu di Muktamar Tahunan Pas 2015.

Parti ini didaftarkan sebagai Malaysia Workers' Party (Parti Pekerja-Pekerja Malaysia) dan kemudiannya dijenamakan semula sebagai Parti Amanah Negara dan dilancarkan pada 16 September 2015.

Amanah ketika ini mempunyai enam Ahli Parlimen yang sebelum ini menang selepas bertanding atas tiket Pas dalam PRU ke13 lalu.

 Pandangan mengenai Setahun Amanah

(dari kiri)  Ambiga, Maria Chin, Wan Azizah dan Mohamad ketika duduk semeja dalam  Majlis Makan Malam  meraikan setahun penubuhan parti Amanah malam tadi(dari kiri) Ambiga, Maria Chin, Wan Azizah dan Mohamad ketika duduk semeja dalam Majlis Makan Malam meraikan setahun penubuhan parti Amanah malam tadi

Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, Amanah mempunyai harapan untuk bergerak ke hadapan sekiranya parti itu terus kukuh dan diperkuatkan.

" Dengan setahun amanah usianya ini adalah harapan untuk kehadapan mengukuhkaan dan memperkuatkan semua tindakan dan usaha untuk kukuhkan demokrasi di negara ini, melahirkan kepimpinan yang berkaliber, bertangungjawab dan  beramanah untuk masa depan negara." ujarnya.

Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok pula mengucapkan taniah kepada parti itu dan mahukan lebih banyak kesaksamaan gender dikalangan pemimpin di setiap peringkat.

"Bagi saya pemimpin Amanah sudah berjaya wujudkan perjuangan baharu dalam pentas politik. Cuma penyertaan gender kena seimbang agar parti ini dilihat lebih inklusif dan progresif sesuai dengan moto parti itu.

"Dalam tempoh setahun boleh bertahan menunjukkan Amanah ada tarikan terhadap masyarakat muslim dan Melayu tetapi kena lebih usaha diperlukan untuk tembusi kampung dan luar bandar saya percaya ini boleh dilakukan," ujarnya.

Manakala Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah pula berkata, pengalaman parti itu dalam tiga kali hadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) baru-baru ini menjadikan parti itu matang walaupun ia baru ditubuhkan.

" Amanah masih lagi dalam proses pengembangan dalam usia setahunnya. Walaupun begitu mereka berjaya mengatur langkah untuk bersama hadapi PRK di Sarawak, Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Ia dilihat lebih matang berbanding ketika mula-mula Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditubuhkan satu ketika dulu, mereka tiada pengalaman itu dalam tempoh setahun," ujarnya.

Aktivis Hishamuddin Rais pula berkata, kekuatan Amanah kerana mereka mempunya enam Ahli Parlimennya.

"Bolehlah dikatakan Amanah ini masih muda usianya tetapi mereka sudah ada enam orang Ahli Parlimen. Satu kelebihan untuk Amanah dalam suasana politik pada masa ini, memang penubuhannya sesuatu yang tepat.

"Bukan mudah untuk kita  dalam suasana agak istimewa Najib tidak lagi diterima rakyat tetapi masih kawal segalanya. Ini cabaran Amanah dan parti lain memang besar dan bukan mudah. Saya rasa akhirnya jika kita mahu bersama, perjuangan kita akan berjaya," ujarnya.

Bagi Mahasiswa Anis Shafiqah Md Yusuf berpandangan, Amanah perlu menarik lebih ramai ahli terutama di kalangan generasi muda dan tidak peduli dengan tohmahan pihak tertentu sebagai sebuah parti 'serpihan'.

"Taniah kepada seluruh ahli dan pimpinan Amanah. Saya percaya mereka boleh bertahan dan kekuatan  mereka untuk mendapatkan ahli baru tanpa pedulikan tohmahan bahawa mereka itu parti serpihan," ujarnya.


19 penumpang nyaris maut bas terbabas

Posted: 17 Sep 2016 06:00 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUANTAN: Seramai 19 penumpang sebuah bas ekspres nyaris maut apabila bas yang mereka naiki itu terbabas dan terbalik lalu jatuh ke lereng bukit berhampiran simpang ke Tabung Haji di Jalan Keratong dekat Rompin petang Sabtu.
 
Pegawai Bomba Kanan II dari Balai Bomba dan Penyelamat Muadzam Shah, Rompin Abdul Satar Harun berkata pihaknya mendapat panggilan berhubung kejadian itu pada 4.02 petang dan jentera tiba di lokasi 26 minit kemudian.
 
"Sesampai di lokasi kejadian kita dimaklumkan bahawa seorang penumpang wanita cedera telah dibawa ke hospital, saya difahamkan penumpang itu patah kaki.
 
"Lapan belas penumpang lain termasuk pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan. Kesemua mangsa berjaya dibawa keluar," katanya ketika dihubungi Bernama. Abdul Satar berkata seramai tujuh anggota bomba termasuk pegawai terlibat dalam operasi menyelamat itu dengan kekuatan sebuah jentera.
 
Beliau berkata difahamkan bas ekspres itu terbabas kerana cuba mengelak sebuah kereta di hadapan yang tiba-tiba masuk ke simpang secara mengejut. 
 
 

Tanah runtuh di Kulai selepas hujan lebat

Posted: 17 Sep 2016 05:58 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KULAI: Penghuni di Jalan Berlian 2, Bandar Putra dekat Kulai, dikejutkan dengan kejadian tanah runtuh yang berlaku kira-kira satu meter dari rumah penduduk, pagi tadi.
 
Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Bandar Putra Pegawai Bomba Kanan II Mohd Nasib Mohd Sam berkata runtuhan berukuran kira-kira 30 meter panjang dengan ketinggian 10 meter itu tidak membabitkan kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda.
 
"Bomba menerima panggilan daripada orang awam di perumahan itu pada pukul 7.41 pagi tadi dan seramai 11 anggota bomba bersama dua jentera bergegas ke tempat kejadian bagi melakukan pemantauan," katanya yang dipetik sebuah agensi portal berita.
 
Mohd Nasib berkata kejadian tanah runtuh itu berkemungkinan berlaku ekoran hujan pada kira-kira pukul 3 pagi tadi.
 
Beliau berkata beberapa penduduk turut mendakwa terdapat kesan rekahan berlaku di jalan tersebut beberapa hari sebelum ini.
 
"Pasukan bomba hanya memantau keadaan jalan tersebut sehingga 11 pagi tadi. Kami kemudian menyerahkannya kepada pemaju perumahan untuk tindakan lanjut," katanya.
 
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Johor Datuk Ir Hasni Mohammad berkata pihaknya sudah menerima laporan berhubung kejadian tersebut.
 
Hasni berkata Jabatan Kerja Raya (JKR) Kulai juga sudah memaklumkan kejadian terbabit kepada Majlis Perbandaran Kulai untuk tindakan sewajarnya.
 
Khidmat nasihat daripada Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram) akan diambil untuk tujuan siasatan selain membuat cadangan bagi kaedah pembaikan runtuhan tersebut, katanya.
 
 

Pemuda Gerakan tawar RM20K untuk BERSIH 5 diadakan di stadium

Posted: 17 Sep 2016 05:56 PM PDT

Lu Wei Hoong


Sebagai memujuk supaya perhimpunan BERSIH 5 diadakan di stadium, Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang hari ini menawarkan RM20,000 untuk BERSIH 5 membayar sewa stadium.

Tan berkata sayap pemuda telah menerima RM17,500 dalam bentuk komitmen dari pelbagai penderma manakala baki RM2,500 akan ditambah oleh Pemuda Gerakan.

Beliau berkata, BERSIH boleh menggunakan stadium secara percuma, sekiranya penganjur perhimpunan berhasrat sedemikian.

"Selepas saya menyemak dengan beberapa penderma, mereka memberitahu saya: 'Sila hulurkan bantuan kami kepada mereka untuk mendapatkan sebuah stadium.' Mereka masih boleh mendapatkan stadium secara percuma, pada 19 November, jika mereka memilih untuk mengadakannya di stadium. Kami akan menyediakannya secara FOC kepada mereka...

"Sebenarnya, dana yang kita perolehi masih kurang lah. Tetapi kita Pemuda Gerakan akan menaja baki RM2,500.

"Kami menganggarkan kos sewa ialah RM20,000. Kami yakin stadium sederhana besar mencukupi lah," kata Tan dalam sidang media di ibu pejabat Gerakan di Kuala Lumpur pagi ini.

Persempadanan semula SPR akan 'memudaratkan' Gerakan

Posted: 17 Sep 2016 05:50 PM PDT

MALAYSIAKINI


Cadangan proses persempadanan semula yang dijalankan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diselar kerana mengutamakan penguasaan kaum berbanding memastikan percampuran antara kaum yang seimbang.

Naib Ketua Pemuda Gerakan, Andy Yong memberitahu Malaysiakini, perubahan cadangan kepada kawasan pilihan raya yang sedia ada 'mungkin akan memudaratkan Gerakan' dan mungkin mengambil tindakan.

"Cadangan ini juga akan menjurus pilihan raya yang memusnahkan saki-baki keharmonian antara etnik yang wujud di Malaysia.

"Persempadanan semula ini sepatutnya melihat komposisi etnik Melayu, India dan Cina mewakili semua rakyat Malaysia dan bukannya dominasi satu kaum," kata Yong.

Semenanjung Malaysia kini mempunyai satu keadaan dengan orang Melayu menguasai parti pemerintah dan golongan minoriti termasuk kaum Cina telah hampir kesemuanya berpihak kepada pembangkang.

"Ia bukan resipi untuk keharmonian antara etnik," kata Yong.

Tambah beliau, Gerakan sedang mengkaji implikasi persempadanan semula secara serius dan kemungkinan untuk memfailkan bantahan, jika ada, dalam masa terdekat.

Haron Din seorang guru yang teliti

Posted: 17 Sep 2016 04:58 PM PDT

SINAR HARIAN
Haron Din
Haron Din


PUTRAJAYA - Allahyarham Datuk Dr Haron Din adalah seorang guru yang teliti dalam mendidik anak-anak muridnya, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Tan Sri Othman Mustapha.

Katanya beliau masih ingat kata-kata Dr Haron, dekan di Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), ketika beliau (Othman) mengikuti pengajian dalam bidang syariah di universiti itu.

"Katanya jika kita membicarakan soal aqidah, tidak boleh dalam nada tinggi atau gelak ketawa. Nada perlu serius, rendah serta tidak boleh gopoh dan sentiasa tenang," katanya kepada pemberita selepas menyertai solat jenazah ghaib Dr Haron di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA), di sini hari ini.

Kira-kira 500 jemaah menunaikan solat itu yang diimamkan oleh Timbalan Imam Besar MTMZA Ustaz Ehsan Mohd Hosni, selepas Solat Zohor.   

Othman berkata negara kehilangan seorang tokoh agama yang banyak berjasa terutamanya dalam membantu Bank Negara Malaysia membangunkan bidang perbankan Islam.

"Allahyarham juga mengetuai kluster dakwah dalam Majlis Perundingan Islam (MPI) yang menentukan hala tuju program untuk memastikan gerakan dakwah dapat dilaksanakan dengan sempurna dan menyatu-padukan umat Islam," katanya.

Beliau berkata, Mursyidul Am Pas itu juga mempunyai ilmu yang tinggi dalam pelbagai bidang seperti feqah, tauhid dan kemasyarakatan.

Allahyarham Dr Haron, 76, meninggal dunia pada 10.10 pagi semalam (waktu Malaysia) di Hospital Stanford University, San Francisco, Amerika Syarikat akibat komplikasi jantung.

Jenazah beliau disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Five Pillars, 1761 Laughlin Rd, Livermore, California, Amerika Syarikat pada 8.57 pagi tadi (waktu Malaysia).

Allahyarham meninggalkan isteri Datin Khatijah Salleh serta dua anak lelaki dan tiga anak perempuan. - Bernama


Isu pelajar: Pegawai kementerian berangkat ke Mesir

Posted: 17 Sep 2016 04:49 PM PDT


Isu pelajar: Pegawai kementerian berangkat ke Mesir


PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan Tinggi telah menghantar pegawainya ke Mesir untuk berjumpa dengan pelajar Malaysia di negara itu yang menghadapi masalah pembiayaan pengajian seperti dilaporkan baru-baru ini.

Rombongan itu diketuai oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) kementerian itu, Datuk Kamel Mohamed.

Kementerian dalam satu kenyataan menyebut, matlamat rombongan tersebut adalah untuk berjumpa dengan pemegang taruh dan juga membuat misi pencarian fakta agar gambaran penuh isu tersebut ini dapat diperolehi.

"Rombongan juga akan berusaha mengesahkan maklumat pelajar yang memerlukan bantuan dan universiti mereka agar bantuan dapat diselaraskan dengan kadar segera.

"Kementerian akan terus memberi maklum balas dari masa ke semasa," kenyataan itu dipetik.

Khamis lalu, sebuah akhbar tempatan melaporkan,  150 pelajar Malaysia dalam bidang perubatan,
pergigian dan farmasi di Mesir bakal berdepan penyingkiran ekoran kegagalan membayar hutang yuran pengajian yang mencecah hampir RM4.5 juta secara keseluruhan

Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT