Isnin, 5 September 2016

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Mahathir sokong Anwar : Pertanda burok bagi Najib dan Pemakan Dedaknya

Posted: 05 Sep 2016 03:34 AM PDT

DSAI kelihatan gembira dan ceria ketika bersalaman dengan Tun M
di Mahkamah pagi tadi 
  Tun M buat kejutan hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menyatakan sokongan terhadap permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mencabar Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016.

   Walaupun agak terlalu awal untuk meramalkan sesuatu berikutan pertemuan tersebut, namun ianya dilihat sebagai satu pertanda baik bagi merintis jalan bagi mereka berdua kembali akrab berganding bahu dengan matlamat yang sama, bergabung tenaga untuk selamatkan Malaysia.

  Melihat kepada reaksi spontan DSAI ketika dersalaman dengan Tun M pagi tadi di Mahkamah, DSAI jelas kelihatan gembira dan ceria. Beliau tidak marah-marah ... jauh sekali memaki hamun...

  Itulah istimewanya insan bernama Anwar Ibrahim. Beliau bukan sembarangan insan seperti kebanyakan kita yang pendendam… DSA adalah insan yang berjiwa besar…

    Betapa DSAI dan keluarganya terpaksa mengharungi penderitaan yang amat getir selama ini semata-mata angkara durjana Tun M... Dia dipenjara… Dia kena tumbuk lebam biji mata…keadaan kesihatan tulang belakang yang kritikal…

 Tidak tergambar betapa tersiksanya DSAI meringkok dalam penjara hingga ke saat ini akibat kerja gila Tun M itu dulu.

  Adalah satu persoalan bodoh jika ada yang bertanya adakah mereka berdua ini sedang saling maaf bermaafan... sedangkan dia sendiri telah menyaksikan dengan kedua biji matanya dua tokoh yang 18 tahun yang lalu tidak pernah kita bayangkan akan bertemu dan bersalaman mesra seperti mana pagi ini di mahkamah. Salam bersalaman bagi adat budaya orang Melayu adalah tanda maaf bermaafan. Apa perlunya nak ditanya?

  Kalau DSAI boleh memaafkan Tun… kalau DSAI tidak berdendam kepada Tun M… maka siapalah pula kita maka masih nak marah dan nak berdendam pulak?

  Almarhum Ust Fadzil Nor pernah berdoa agar Allah panjangkan umur Tun M untuk melihat segala apa yang telah dilakukannya…. 

 Doa Almarhum kini nampaknya mula termakbul...semoga Tun M telah sedar akan kesilapan lalu dan kembali membetulkan keadaan bersama Dato Seri Anwar Ibrahim.

 Walaupun ramai yang masih marah-marahkan Tun M… Tapi tidak kurang juga yang merasa terharu bila melihat gambar Tun M bersama DSAI di mahkamah pagi tadi.

  Mereka yang patut marah-marah dan gelisah apabila Tun M berbaik semula dengan DSAI ialah PM Najib, Hj Hadi, Haron Din dan mereka pemakan dedak dan pengampu Najib.

 Semoga kita semua dapat melihat diakhir hayat Tun M akan bersama kita memperjuangkan nasib rakyat. 

Siapa itu lelaki bernama Husam Musa

Posted: 04 Sep 2016 05:13 PM PDT

  Berikut adalah sebuah catatan ringkas oleh Syam Ghaz, Setiausaha R yang menerangkan Siapa itu lelaki bernama Husam Musa.

 Menurut pengakuannya, Syam Ghas ini bukan anak usroh Husam Musa, apatah lagi anak buah dan saudaranya. Beliau menulis daripada pemerhatiannya.

 Kebetulan pula, catatan (khususnya yang kelima) Syam Ghaz ini walaupun telah ditulis seawal September 11, 2013 lalu, ianya amat menarik untuk sama-sama kita renung dan mengimbal tuduhan 'Jahil Agama' yang dilontarkan kepadanya oleh Hj Hadi.

HUSAM MUSA YANG KU KENALI - Syam Ghaz

  September 11, 2013 : Mula mengenali beliau sejak beliau menjadi Ahli Parlimen Kubang Kerian, hingga digelar "newsmaker" oleh Malaysiakini kerana kebijaksanaan beliau mengutarakan isu-isu di Parlimen. Waktu tu aku jadikan dia sebagai 'Benchmark' dalam gerakan jemaah.

  Alhamdulillah bertuah selepas tamat pengajian, dapat tawaran kerja di Pusat Kajian Strategik (PKS), waktu PAS berada dalam keadaan majoriti 1 Kerusi, kritikal dan bila-bila masa Kerajaan boleh bertukar tangan.

 Peranan aku bersama rakan dari Tabung Amanah Tok Kenali (pada waktu itu Pengarahnya Saifuddin Nasution Ismail, boleh dikatakan waktu paling cemerlang TATK adalah pada zaman kepimpinan beliau) pada waktu tu adalah program Bunyanum Marsuss aka Tamrin Pimpinan diseluruh DUN di Negeri Kelantan, yang diketuai oleh Mantan Ahli Parlimen Pasir Puteh, Ustaz Mohamad Hussein yang dulu merupakan rakan sepejabat dan mantan Setiausaha Politik TGNA iaitu saudara Hj Anual Bakri, hendak lihat kehebatan beliau lihatlah kejayaan beliau semasa menjadi SUP.

 Nadi utama program tersebut adalah arwah Ustaz Wan Jamil dan arwah Ustaz Yahya Othman, Al-Fatihah untuk mereka berdua. Program ini sangat berkesan dan impaknya boleh dilihat kepada kekuatan Jentera PAS semasa PRU12, dimana PAS menang 40 kerusi (kemudian kalah satu di DUN Galas pada PRK) daripada hanya 24 kerusi (kemudian tinggal 23 selepas kalah di Pengkalan Pasir), pertambahan 16 kerusi. Di belakang tabir program ini adalah Dato Husam Musa, yang mana Saifuddin Nasution adalah rakan rapat beliau. Melihat kepada kebijaksanaan mereka berdua pada waktu itu, boleh dikatakan mereka seperti dua butir permata untuk PAS Kelantan selepas Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

 Kedua perananku adalah untuk mengendalikan Kajian Prestasi DUN/Parlimen di seluruh Kelantan, dari sini aku dan rakan-rakan terpaksa turun membuat kajian prestasi YB di setiap DUN. Disinilah ku kenal setiap orang "Tok Wakil PAS", pandangan pengundi kepada pimpinan dan kerajaan Negeri, kekuatan jentera dan dun/parlimen mana yang 'pick up' buat kerja parti. Daripada sini, ku tahu macamana Husam Musa kerja di DUN Kijang, DUN yang dianggap paling lemah dalam Parlimen Pengkalan Chepa, daripada DUN paling lemah, selepas dikendalikan oleh beliau, DUN Kijang menjadi antara DUN 'Top 10' terbaik dari segi kerja-kerja politik, jentera dll. Dan tidak terkecuali DUN-DUN lain, dari sini ku kenal siapakah "tok wakil" yang buat kerja dan tidak secara terus dari mata rakyat, jentera dan orang awam.

 Ketiga berkaitan projek-projek Ekonomi Baru yang akan dibuat di Kelantan, pada waktu itulah muncul Projek Gaharu, Projek Dinar Emas, Projek Kifalah, Projek Kambing Jamnapari dan penubuhan PMBK Sawit dengan mengambil alih tanah FELCRA yang sehingga kini berjaya menyumbang lebih RM49 juta kepada Kerajaan Negeri dan PMBK serta anak-anak syarikat lain. Dari mana ia datang dan kenapa ia hadir? ku tahu apa yang terjadi di belakang tabir. Idea untuk memenangkan PAS Kelantan pada waktu PRU12 itu banyak datangnya dari "mat buku" si Husam Musa dengan disokong padu oleh sifu beliau yang tidak lain dan tidak bukan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan tidak dinafikan sumbang dari Exco dan YB2 lain. Projek tersebut adalah benda baru yang mematikan serangan UMNO Kelantan pada waktu itu yang amat agresif menyerang Kelantan dan projek-projek tersebut memberi kesan signifikan kepada kemenangan besar PAS Kelantan pada PRU12. Kejayaan terbesar projek projek diatas adalah menyelamatkan PAS Kelantan yang pada waktu itu 'nyawa-nyawa ikan' selepas PRU11 dengan tidak menafikan sedikit sebanyak kelemahan yang berlaku dan boleh dibaiki.

 Keempat, ku kenal Husam sebagai Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Kerajaan Negeri adalah majikan aku pada waktu itu (pasca PRU11-12). Secara jujur dan ikhlas ku katakan,aku respek cara kerja Husam Musa dan aku boleh bandingkan cara kerja Exco-Exco lain, hingga aku jadikan Husam Musa adalah "Benchmark" aku dalam profesionalisme kerja harian. Ideanya cukup kritis dan kreatif, hanya yang mahu terus maju kehadapan sahaja yang akan menjiwainya.

 Kelima dan terakhir sebelum sambungan pasca PRU12, bagaimana peribadinya? Yang ku kenali beliau walaupun bukan seorang "Ustaz" tetapi beliau adalah anak kepada seorang Tok Guru Hj Musa, yang cukup terkenal pada zaman dulu. Mulutnya sentiasa lekat dengan bacaan Al-Quran dan wirid-wirid, perbualan dengannya tidak memburukan orang dan ceramahnya tidak menyerang peribadi atau memburukan orang lain. Rumahnya penuh dengan buku-buku hingga bukunya terpaksa diletakkan di Pustaka Az-Zahra akibat tidak muat dirumanya di Kg Kota, sampaikan jika aku ingin membaca buku-buku yang dibacanya aku terpaksa ke Pustaka Az-Zahra. Jika anda tak percaya, naiklah kereta dengan beliau, beliau hanya bercakap benda yang perlu dan nak dibincangkan sahaja, lepas tu beliau akan baca ayat-ayat Al-Quran. Jika yang tidak mengenali peribadi beliau mungkin akan mengatakan beliau ni "agah", tetapi selepas mengenalinya beliau adalah sebaliknya, jika tak percaya lihatlah sikapnya dengan rakyatnya di DUN. Berkenaan ilmunya, jika anda hendak menilai beliau pergilah semasa Kuliah Ilmu hari Jumaat sewaktu beliau mengantikan Tok Guru Nik Abdul Aziz, yang paling ku minat bila beliau tafsir Surah Yusuf. Ataupun jika ada mana-mana yang ingin mempertikaikan ilmu dan keupayaan beliau dari sudut agama, mungkin kita boleh adakan debat, wacana, diskusi, seminar dll untuk beliau bentangkan dan sama-sama kita nilainya. Ilmunya dari mana? Daripada ayahnya, daripada murabi kita semua, beliau adalah salah seorang anak usroh kesayangan arwah Ustaz Yahya Othman, daripada TGNA, daripada Alim Ulama yang beliau kenal di peringkat Malaysia dan Antarabangsa, lihatlah jaringan ilmu dan hubungan beliau dengan alim ulama besar yang beliau kenali untuk mengenali beliau.

 Akhirnya, Rasulullah SAW adalah idolaku sepanjang hidupku, Tok Guru Nik Aziz adalah ikon hidupku dan Husam Musa ku jadikan Benchmarkku dalam gerak kerja aktivisme dan ngo-ngo besar yang ku dan rakan2 kendalikan. Ilmu dan cara kerja daripada budaya kerja Husam Musa, ku terapkan dalam sebuah ngo bernama "R", yang umurnya baru setahun jagung tetapi sudah sebaris dengan ngo-ngo besar seperti BERSIH, ANTI LYNAS, ANAK dan berjaya memberikan impak besar pada PRU13 lalu.

 Tulisan ini tiada niat untuk menaikan sesiapa, apatah lagi menjatuhkan sesiapa, aku hanya berkongsi pemerhatianku kepada seorang insan bernama Husam Musa yang Ku Kenali. Kini beliau tidak dan Tok Guru Nik Aziz tidak lagi berada dalam saf Exco Kelantan, tsiqah ku pada mereka tetap ada selagi mereka tidak melanggar hukum Allah SWT.

 Aku Insan Biasa, Husam Musa Benchmark-ku'

 Syam Ghaz.

 Komen al-Husseyn :

  Moga akan ada mana-mana pihak yang akan berusaha untuk menganjurkan pertemuan antara Hj Hadi vs Husam Musa.

  Beri p3eluang Hj Hadi  yang melabel Husam sebagai 'Jahil Agama' agar dapat membuktikan kebenaran tuduhannya itu di khalayak ramai diatas satu pentas bersama Husam Musa.

 Sila adakan debat, wacana, diskusi, seminar;  supaya orang ramai dapat menilai sejauh mana benarnya tohmahan Hj Hadi tersebut.

Tiada ulasan: