Sabtu, 3 September 2016

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Akibat terlalu cerdik agama, boleh tuduh orang lain jahil agama?

Posted: 03 Sep 2016 06:44 AM PDT

  Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menuduh bekas Timbalan Presidennya, Datuk Husam Musa sebagai 'jahil agama' berikutan dakwaan Husam bahawa bagi orang PAS yang mahu mengikut perjuangan Tok Guru (Datuk) Nik Aziz (Nik Mat) mereka kena menyertai AMANAH kerana hanya AMANAH serupa dengan kehendak perjuangan Islam cara arwah Tok Guru.

 Ekoran mengaitkan nama almarhum TGNA itu, Hj Hadi naik hangin - dia bimbang ramai yang akan meninggalkan Pas dan mengikut jejak langkah Dato Husam menyertai Parti Amanah Negara.

   Kebimbangan Hj Hadi itu ada benarnya , kerana pada 30 Ogos 2016 yg lalu, 17 cawangan Amanah Dun Limbongan dalam Parlimen Pasir Puteh, Kelantan telah ditubuhkan dan diresmikan oleh Dato Husam sekembalinya ke Kota Bharu kelmarin.

  Perkembangan ini amat jauh berbeza ketika Hj Mohd Sabu dan rakan-rakan G18 keluar Pas dan menubuhkan Parti Amanah Negara; dimana dilaporkan kononnya Pas menerima ahli baru empat ribu ke enam ribu orang setiap bulan.....

  Kenapa fenomena kemasukan beribu-ribu ahli baru ke dalam Pas tidak berulang pada ketika Husam menyertai Amanah? Sebaliknya beberapa cawangan baru Amanah pula muncul di Kelantan.

     Sebab utamanya ialah,  cerita beribu-ribu ahli baru menyertai Pas itu adalah palsu dan tak ada siapa yang akan percaya kalau cerita lama itu mahu dikitar semula!

  Lantaran perkembangan kemasukan Husam ke dalam Amanah ini mengancam kewujudan Pas, maka Hj Hadi pun terpaksa melakukan serangan peribadi ke atas Husam dengan menuduhnya sebagai 'jahil agama'!

 Malah Hj Hadi mendakwa dirinya lebih rapat dengan almarhum TGNA berbanding dengan Husam... 

"(Kenyataan Husam) Itu kenyataan orang yang jahil agama. Saya lebih rapat de­ngan Tok Guru daripada dia. Kalau tidak percaya, tengok kaset arwah, tengok apa dia komen tentang saya," katanya. ~ sumber"

  Tak kiralah apa juga dakwaan Hj Hadi itu benar atau tidak. Itu dia punya pasal. Tapi apa yang ingin saya kongsikan dengan para pembaca sekalian adalah suatu kisah yang pernah ditulis oleh Zulkifli Sulung, pengarang The Malaysian Insider suatu masa dulu :
"Mana Datuk Husam?" tanya Datuk Nik Aziz Nik Mat apabila terjaga dari tidurnya di atas katil Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kota Bharu.

 Ekoran itu, keluarganya menelefon Naib Presiden PAS itu dan bergegaslah Husam ke HUSM menemui Nik Aziz. Namun Nik Aziz tertidur lagi. Husam tidak sampai hati untuk mengejutkan Mursyidul Am PAS itu.

 Apabila terkejut dari tidur, sekali lagi Nik Aziz bertanya, "Mana Husam?". Sekali lagi, Husam terpaksa berpatah balik ke HUSM ketika beliau dalam perjalanan ke lapangan terbang Pengkalan Chepa untuk seterusnya ke luar negara.

 Kali ini, Husam dapat mendengar apa yang hendak diperkatakan oleh Nik Aziz kepadanya. Namun ia hanya antara mereka berdua. Selepas tiga hari berlalu, sehingga kini ia tetap menjadi rahsia antara mereka.
  Tok Lebai Malaun semua jangan kecil hati sebab almarhum tak sebut pun nama Tok Lebai Marang walaupun beliau mengaku lebih rapat dari Husam...

   Dan apakah ungkapan yang dititipkan oleh almarhum kepada Husam yang masih menjadi rahsia antara mereka berdua sahaja hingga kini? Pastinya Husam akan mendedahkannya suatu masa nanti.

  Tapi ketika berucap malam tadi di Kampung Cheram, Husam telah mendedahkan suatu rahsia..... memulakan dengan menyebut wallahi sebanyak 3x lalu beliau memaklumkan bahawa dalam suatu perjumpaan  AJK Pas pusat, Nasaruddin Mat Isa memaklumkan bhw Pak Lah telah menawarkan 3 jawatan menteri dan 3 timb. Menteri jika menyertai kerajaan.

 Husam lalu bertanya, mandat siapa yg suruh anta berbincang dgn Pak Lah? Tapi pertanyaan itu dipotong oleh Hj Hadi dan kemudian menutup mesyuarat itu.

  Sekarang Hj Hadi tidak ada kuasa macam dulu nak potong cakap Husam...  Husam akan dedahkan siapa Hj Hadi sebenarnya.

Update :


Baru terbaca komen dari fesbuker, Syam Ghas yang menyertakan gambar dan komen berikut :

Gambar TGNA dgn Dato Husam, di saat saat akhir hayat TGNA di HUSM, dimana waktu tu Dato Husam di luar Kelantan balik segera bila TGNA memangil untuk berjumpa beliau.

 *Gambar ini sudah membuktikan bahawa TGNA sangat baik dgn Dato Husam, w/pun saat adik beradik lain tidak dibenarkan masuk (spt ayat Adik Nik Ahmad Mumtaz), Dato Husam tetap dapat masuk berjumpa arwah.

* Apapun sama2 kita sedekahkan Al Fatihah dan sambung perjuangan TGNA utk jadikan Islam sebagai RahmatanLilAlamin. 

Tiada ulasan: