Selasa, 27 September 2016

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Tak sokong akta 355, jatuh iman ...kami tanam jerat!

Posted: 27 Sep 2016 02:13 AM PDT


 Sedang viral di media maya, Ust Shaharuddin Ibrahim, YDP Pas Padang Serai yang sebelum ini pernah menimbulkan kontroversi kerana melemparkan fitnah kononnya akan berlaku larangan azan di masjid-masjid sekiranya DAP memerintah ; kini menghukum mereka yang tidak menyokong pindaan RUU 355 yang akan dibentangkan oleh Hj Hadi di parlimen nanti sebagai  jatuh kafir dan ditanam di jerat Cina!

 Berikut adalah transkrip ucapan, YDP Pas Padang Serai, sewaktu membuat Roadshow Akta 355 di sebuah masjid mengenai pindaan Akta RUU 355.
Pergi jumpa Wan Azizah... jumpa tuan-tuan...Yang Berhormat Kak Wan… Kak Wan nanti Tan Sri Pandikar tanya :

 "Ahli-ahli yang behormat, siapa yang menyokong akta 355 sila angkat tangan"

 Kak Wan, Kak Wan kena angkat tangan! Kalau Kak Wan tak angkat tangan, boleh menyebabkan 'jatuh iman'Kalaulah ditakdirkan lepas tak angkat tangan itu mati, kami tanam jerat!

 Kena habaq macam tu la… pi habaq elok-eloklah jangan habaq kasaq ni… err cakap elok-elok!

 Supaya kita habaq dulu ..hukum dia hukum! Lepas tu hari tu dia nak angkat tangan… dia tepuk dada, dia tanya iman…

Begitu mudah YDP Pas ini menjatuhkan hukum : Hang tidak sokong pindaan akta 355 ciptaan manusia ... hang tak ada iman...bahasa kasarnya kafir le tu ...hang mati kalau, dia nak tanam hang kat jirat Cina!

 Sebelum ini beliau terpaksa memohon maaf kepada DAP dan kerajaan Pulau Pinang setelah diancam akan diambil tindakan undang-undang oleh exco agama, Datuk Abdul Malik Abu Kasim.

  Apakah tuduhan-tuduhan liar seperti ini mahu dibiarkan berleluasa begitu sahaja tanpa diambil tindakan?

  Entah berapa ramai sekarang ini yang terus mudah dari lidah dan jarinya mengeluarkan 'fatwanya' sendiri dalam mengeluarkan hukum, terus mengatakan itu halal, ini haram. Engkau masuk ke syurga, dan dia masuk neraka.

   Ternyata bahawa YDP Pas Padang serai ini jenis yang gelojoh dan terburu-buru menjatuhkan hukum waima pindaan Akta 355 itu sendiri belum lagi bibentangkan dan dibahas di parlimen.

  Hakikatnya kini, banyak kecelaruan yang timbul dengan adanya golongan agamawan yang separuh masak berani mengeluarkan fatwa dan pendapat sendiri berdasarkan kejahilan dan hawa nafsu sendiri kerana tidak belajar mengikut kaedah yang betul dan disiplin ilmu yang benar.

 Mereka tidak memikirkan kesan buruk yang timbul kepada orang awam hingga timbullah pecah belah antara umat Islam.

  ALlah memerintahkan bukan sahaja dalam urusan kepimpinan, bahkan juga dalam urusan agama untuk memberikan amanah kepada yang berhak dan berkelayakan.

 Diharapkan Datuk Seri Datin Dr Wan Azizah Wan Ismail akan mengambil tindakan yang wajar untuk mengajar manusia celupar seperti YDP Pas Padang Serai ini. Kali ini tiada maaf baginya!

Tiada ulasan: