Nuffnang

Pengikut

Tukar Tiub

sumber :-

Tukar Tiub


ESOK MALAM - BANGSAR

Posted: 25 Aug 2016 07:30 PM PDT






MALAM INI

DI BANGSAR

CERAMAH

TANGKAP MO1

JAM 9 MALAM



RADIO BANGSAR
SIARAN
LANGSUNG



------------------

SISWA BUDAYA KE JALAN RAYA

Posted: 25 Aug 2016 07:00 PM PDT





KALAU TAK

KE JALAN RAYA

ITU BUKAN

BUDAYA SISWA

ITU BUDAYA 

AMPOOOOOO

Jangan jadi boneka pembangkang, kata proaspirasi


Persatuan Alumni Mahasiswa Aspirasi Malaysia mengingatkan golongan itu supaya tidak termakan dakyah politik pembangkang dengan menyertai perhimpunan #Tangkap MO1 di ibu kota Sabtu ini.
Presidennya Mohd Shahar Abdullah turut mengingatkan mahasiswa bahawa mereka akan 'menanggung risiko dan kehancuran masa depan' jika sebarang tindakan dikenakan terhadap mereka.
"Pelajar terutamanya mahasiswa yang sedang menuntut di mana-mana universiti awam dan swasta diingatkan supaya tidak termakan dakyah politik pembangkang yang sedang mencuba pelbagai cara termasuk 'membonekakan' pelajar demi kepentingan politik dan peribadi mereka.
"Jika benar anda sebagai mahasiswa ingin memperjuangkan sesuatu untuk kesejahteraan bersama, mengapa perlu di jalan raya dan bukan untuk mengambil tanggungjawab menyelesaikan masalah gejala sosial atau membantu golongan kurang bernasib baik?," soalnya dalam satu kenyataan media.
Mahasiswa Pro-Aspirasi adalah kumpulan mahasiswa yang cenderung menyokong kerajaan.

SUDAH LAMBAT

DULU TAK ROYAK

SEKARANG JADI

PEMBANGKANG

ENJOY BERDEMO

DIJALAN RAYA

KAH KAH KAH




-----------

SAUDAGAR JUAL AGAMA

Posted: 25 Aug 2016 06:30 PM PDT






INI BUKAN

TOWKAY

INI SUDAGAR



------------

SUKAN ALOUR PANTAT

Posted: 25 Aug 2016 06:00 PM PDT




NAMPAK ALUR PANTAT
Sedih gwa tengok ahlul sokan melayu pabila mendarat di airport semalam. Yang ahlul sokan Cina dua kali gumbira pabila imbuhan mereka di up kan oleh Sang Perembat Duit dari 300k kpd 500k setiap sekor termasuk pencen ribu-ribu sebulan. 

Hanya Aweng je melayu dapat pingat, tu pun gangso. Aweng balik dulu sebab Encik Seri MB Tengganu nak ajar dia supaya lain kali jgn kurang ajar. Atlit melayu yg gegirl takat ni masih lagi belum kena sound drp El-Mualim tentang aurat yg nampak alur pantat .. mungkin El-Mualim dah kurang stim kot, sejak dah pandai ton ton video Jerman. on KEJAYAAN HEBAT BANI KETUANAN MELAYU
Publish | Delete | Spam
panglimo potaseh
on 8/25/16





--------------

LAGI 18 HARI

Posted: 25 Aug 2016 12:25 PM PDT






PAS AKAN


SAMAN

SARAWAK 

REPORT

DALAM MASA

18 HARI




---------

HANCUR NEGARA

Posted: 25 Aug 2016 06:00 AM PDT




F.BOOK
KEKHINZIRAN UMNO apakah ini hutang 1MDB pada akhir tahun 2015 RM40.4 bilion. TIBA-TIBA masuk tahun baru 2016 terus NAIK BALIK jadi RM50 bilion ??!!

KECELAKAAN UMNO apakah ini dah gadai aset negara berbilion2 ringgit pon hutang 1MDB TETAP MAKIN NAIK ??!!!

HAKIKATNYA.. Sifat2 munafik WAJIB ada pada pemimpin negara kita. Bohong & mungkir janji itu satu kemestian..





































--------------

SEMUA TERBONGKAR

Posted: 25 Aug 2016 05:30 AM PDT






GUA UDAH

BILANG LU

TAK CAYA
BACA DISINI:
http://www.hollywoodreporter.com/news/malaysian-filmmakers-slam-red-granite-894766

FBI siasat kelab DiCaprio dikaitkan dana 1MDB

 | August 25, 2016
DiCaprio menyambut ulang tahunnya ke-40 di kelab Hakkasan di Vegas pada 2014, dengan bilik pesta dihidangkan dengan sekurang-kurangnya champagne bernilai AS$1 juta.





VEGAS: Biro Siasatan Persekutuan (FBI) sedang menyiasat 2 kelab malam di mana pelakon Leonardo DiCaprio dan rakannya daripada filem "Wolf of Wall Street" gemar berparti – dalam kaitan dengan kecurian AS$7 bilion daripada syarikat pelaburan Malaysia, 1MDB, menurut New York Post (NY Post).
Kelab Hakkasan dan Omnia, masing-masing berlokasi di bangunan MGM Grand dan Caesars Palace dimiliki Hakkasan Group yang berpangkalan di London dan pemiliknya memang terkenal dengan kegiatan membayar selebriti untuk berkunjung ke kelab itu.
DiCaprio menyambut ulang tahunnya ke-40 di Hakkasan pada 2014, dengan bilik pesta dihidangkan dengan sekurang-kurangnya champagne bernilai AS$1 juta, termasuk AS$50,000 perbelanjaan perjudian, menurut artis rap O.T. Genasis.
DiCaprio sering berpesta di Hakkasan dengan pencipta 1MDB yang juga kaki parti, Jho Low, yang memberikan Dicaprio jutaan dolar dicuri daripada 1MDB untuk berjudi di Vegas, menurut pengadu kepada FBI.

LARI LARI 

FBI CARI

APA LAGI

LARI LARI

KAH KAH KAH



------------

CARI YANG LAIN

Posted: 25 Aug 2016 04:30 AM PDT





KESAT AIR MATA
terima kasih TT, gua baru kesat air mata. walaubagaimanapun gua doakan minah spray bahagia, gua tahan je sedih walaupun gambar tu gambar tunang je. gua baru telan majun mutiara 2 butir. gua steady. gagal adalah kejayaan yang tertangguh. puiiii diharap minah spray doakan gua jumpa yang lebih baik pada 27ogos!! gagalist, all aboard! -admirer gagal- on JANGAN FRUS MENONGGENG
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 8/19/16




----------

KETEPIKAN JALUR TEMBERANG

Posted: 25 Aug 2016 02:30 AM PDT






TANAH AIR PANCOT
Malaysia tanah air pancot ku. Dolu omputeh datang di jemput untuk tadbir negara ini .. ini lah woksemat namanya. Biar omputeh buat kerja, janji Sang Penjaga Tanah Melayu ni masyuk dan dapat entot dgn aman. 

Lepas tu omputeh balik .. abis kontrak kot .. untuk kaver nama baek tuduh omputeh ni jahat. Orang lain MENDEKA kita pun guna perkataan tu. Orang lain ada lagu nasional kita pun ada .. nak sonang kojo tiru jo lagu omputeh, save duit tak yah upah P.Ramlee buat lagu. 

Lagi pon maso tu borapo ekor jo yg ado radio yg buleh dapek siaran soantero dunio. Janji woksemat kah .. kah .. kah. on CIPLAK ATAS CIPLAK - INI FAKTANYA
Publish | Delete | Spam
panglimo potaseh
on 8/24/16

BETUL BRO
Kahkahkah betul bruhh, wa pun rasa mcmtu jugak on KESAH JALUR TEMBERANG

in response to Secara jujurnya aku mahu nyatakan..sekarang ini orang rasa malu untuk pasang bendera Malayasia pada kenderaan. Sebab jika pasang bendera Malaysia pada kenderaan..mesti tanggapan orang ramai 'Dia UMNO'. , by Anonymous.
batutepi jalan
on 8/24/16





-------------

PANJANG UMUR NAJIB

Posted: 25 Aug 2016 02:00 AM PDT


MOGA DS NAJIB HIDUP 100 TAHUN LAGI 
Berdasarkan ucapan-ucapan beliau sendiri dalam jelajah merasmikan Mesyuarat Agung UMNO Bahagian kini, Malaysia sangat memerlukan sosok bernama Najib.

Apa salahnya kita mengharapkan beliau panjang umur. Terus mentadbir Malaysia untuk seratus tahun akan datang. Itulah caranya untuk menjadikan UMNO dan Malaysia terus kukuh - mengikut ukuran Najib.

Mengikut laporan, beliau dan isteri menggunakan hormon anti penuaan yang tercanggih dan termahal. Dengan cara ini, tidak mustahil Najib dan isteri kekal menerajui Malaysia bagi tempoh yang lama.

Salah satu pembayaran menggunakan wang berkait 1MDB adalah untuk bil hormon suplemen berkenaan - RM 1.4 juta. Kata laporan itu, dokumen berkait pembayaran bil hormon terdapat dalam laporan SPRM. Sehingga kini, laporan itu tidak dinafikan.

Jika ini berterusan, bayangkan jumlah wang yang perlu dibelanjakan oleh negara kita untuk mengekalkan Najib terus hidup untuk mentadbir kita semua bagi seratus tahun akan datang.
Tapi apa salahnya, asal rakyat bahagia.

Saya seronok jika beliau hidup lama untuk membolehkan Najib melunaskan hutang-hutang negara yang telah dilakukan sebelum ini bila tiba tempoh matang hutang-hutang itu.

Termasuk hutang-hutang 1MDB.

Paling dekat untuk matang, mengikut senarai dalam buku Laporan PAC mengenai 1MDB , ialah pada tahun 2022 sejumlah RM 19 billion termasuk bunga.

Bermakna 6 tahun dari sekarang.

Jika diandaikan PRU 14 adalah pada tahun 2017 dan lima tahun kemudian PRU 15 diadakan, maka Najib kena menguruskan pembayaran hutang 1MDB itu pada tahun PRU 15 diadakan iaitu tahun 2022.

Syabas. Pada waktu itu, umur Najib adalah 69 tahun. Masih muda.

Pada umur beliau 70 tahun iaitu setahun kemudian, beliau kena menguruskan pembayaran hutang 1MDB sebanyak RM 15.7 billion lagi.

Bon pertama dikeluarkan 1MDB berjumlah RM 5 billion pula akan matang pada tahun 2039.

Mengikut laporan PAC lagi, apabila tempoh matang pada tahun 2039 nanti, negara perlu membayar sebanyak RM 13.625 billion iaitu RM 5 billion untuk bayaran pokok dan RM 8.625 billion lagi untuk bayaran keuntungan.

Pada hal, jumlah bersih yang diperolehi oleh 1MDB dari bon ini hanya RM 4.3 billion kerana pelbagai yuran yang dikenakan adalah tertinggi.

Ini kelebihan cara Najib. Jangan bimbang. 2039 adalah dua tahun selepas PRU 18 dengan andaian setiap lima tahun PRU akan diadakan. Parlimen tidak digantung kerana negara didharuratkan seperti dilakukan Marcos. Umur Najib di waktu itu adalah 86 tahun.

Saya tidak pasti saya masih hidup atau tidak, kerana saya seperti mana rakyat Malaysia yang lain, kami tidak mampu membeli hormon anti penuaan semahal digunakan oleh PM kesayangan ramai.

Disamping itu, negara juga perlu menjelaskan tanggungan lain. Antara terbesar, mengikut Laporan PAC, 1MDB terhutang kepada rakan kongsinya IPIC sebanyak USD 1 billion atau RM 4 billion.

Namun kini, IPIC mendakwa Malaysia terhutang kepadanya sebanyak USD 6.5 billion atau RM 26 billion.

Ini kerana, bayaran yang dibuat oleh 1MDB tersalah masuk ke dalam akaun syarikat yang namanya serupa dengan anak syarikat IPIC tetapi entitinya berbeza. Aabar dua serupa.

Hebat. Hanya Malaysia Boleh. Ia kini dalam proses untuk perbicaraan di Mahkamah Arbitarasi London.

Jika 1MDB kalah, melayang lah lagi wang negara kita sejumlah RM 26 billion itu.Sesetengah orang akan berkata: Alhamdulillah.(Kerana wang yang tersalah kirim dah jadi milik mereka).Kalau dibangunkan negara kita dengan dusun moden musang king dengan wang sejumlah itu, bayangkan betapa makmurnya rakyat Malaysia menikmati durian yang enak itu.

Tak dapat makan hormon anti penuaan, dapat makan musang king pun dah satu keberkatan bagi rakyat . Tidak pasti samada keputusan Mahkamah London akan datang selepas atau sebelum PRU terdekat. Memandangkan kewangan Malaysia sangat kukuh, jumlah sebesar itu enteng saja bagi Najib menguruskannya.

Sekalipun pendapatan Petronas merosot 96% dari biasa kerana kejatuhan harga minyak, dengan sumbangan rakyat Malaysia melalui GST dan kenaikan terus menerus bil elektrik, negara akan terus kukuh di bawah  Najib.

Jika negara kita ada masalah, banyak lagi aset yang kita boleh jualkan kepada negara asing. Untuk 100 tahun akan datang, kita akan menyaksikan banyak lagi ragam kepimpinan Najib dalam menerajui Malaysia dan UMNO untuk kekal kukuh.

Saya turut berbangga bersama ahli UMNO yang sentiasa setia mengekori walau apa pun dunia kata. Seratus tahun akan datang, sungguh mendebarkan.

Apa lagi untuk orang bernama Zahid dan Hishamuddin.

Husam Musa
25 Ogos 2016
22 Zulkaedah 1437








------------

ORANG BAIK BAIK

Posted: 25 Aug 2016 01:00 AM PDT










INGATAN


di negara mana pun
dalam dunia ini
orang baik baik
lebih ramai dari 
orang jahat jahat

nisbah orang baik
lebih tinggi
dari 
orang jahat

tapi
orang jahat jahat
terus selamat tidak
ditangkap masuk penjara
kerana
orang baik baik
tidak melakukan apa apa


-----------

KEJAYAAN HEBAT BANI KETUANAN MELAYU

Posted: 24 Aug 2016 10:50 PM PDT








PINGAT EMAS

bani mca kata
tanpa bani china
malaysia tak dapat
apa apa pingat di rio

bani mic kata
tanpa  bani india
malaysia tak dapat
daki gunung everest

bani ketuaan melayu
pelekeh bani mca
pelekeh bani mic

bani ketuanan melayu
dengan angkuh berkata
hanya bani ketuanan melayu
berjaya 
menjalankan rompakan
terbesar dalam sejarah dunia
lebih hebat dari semua pingat
lebih hebat dari semua gunung

hidup bani  ketuanan me...layu


--------------

PANTUN RAKYAT

Posted: 24 Aug 2016 10:18 PM PDT








PANTUNG 

siakap senohong 
gelama ikan duri
kantong negara kosong
tangkap puke mah sebelum lari

siakap senohong 
gelama ikan todak
kita kena kencing
menteri makan dedak

siakap senohong
gelama ikan parang
najib cakap bohong
babi akan terbang


gelama haruan 
belacak ikan keli
sepak harun jin
tendang haji hadi



--------------------

LAGI LAGI JUAL AGAMA

Posted: 24 Aug 2016 09:39 PM PDT




DIPERBODOHKAN
Itu lah bangsa Meloyau...............senang diperbodohkan dengan ayat suci, agama, Islam, Shariah.....dll. on JUAL AGAMA CARI MAKAN
chaoticwunderkid.
on 8/24/16

SALAM ROKOK SEBATANG
Hehehehw.. Samada sedar ke dak... Jual agama ni terjadi setiap second lah ni... Pengemis.. Kutu.. Homeless..hata jiran jiran depan blakang kiri kanan malah sahabat karib geng MEMBER keras pun buat... Contoh paling stim dan lightweight menjual yelah... Bagi salam je dah tu minta rokok.. 

Wei... Suria gudang garam sebatang 70 ler Wei... Ko salam Asammelengkung.. Dgn rela je aku bagi sebatang... Kakakakakak... Ringan tak ringan tu... Kakakakkakakaka...celaka pukimak GST ni... Sebatang 70 sen... Siallll... on BODOH DAN DIBODOHKAN
Publish | Delete | Spam
DIDI KOTA BELUD
on 8/24/16

TAK ADA RIBA
Apa maksud SIM card patuh syariah? Tak ada riba? Ada GST tak? Klu kena GST mcm mana patuh syariah. on JUAL AGAMA CARI MAKAN
Anonymous
on 8/24/16

UNTUNG PAKAI SERBAN
Org Melayu ni, bab dibodohkan dgn ayat agama, mmg cukup stim. Xder reserved, x berbelah bahagi. Pemimpin2 UMNO dan PAS tahu sangat akan kelaku Melayu bila disantau ayat2 agama. Mereka sanggup jadi bodo piang walaupun ditipu bulat2, asalkan kaitkan dgn tuhan, kaitkan dgn nabi, semuanya akan jadi tugas suci murni tak berbelah bahagi. 

Sbb tu MP2 UMNO dan PAS hidup senang lenang dan kaya berpencen. Sultan2 boleh dilantik menjadi kutua agama. Agama pun kena ada kutua..kahkahkah.. Modal mereka ialah air liur, sembur saja ayat2 santau dan jampi agama, gerenti senang kene pukau punya. 

Hasilnya duit akan disedekahkan setiap bulan oleh orang ramai. Paling best nak bodohkan Melayu ialah sembur saja konsep qada dan qadar, konsep bersyukur, konsep sedekah, nescaya ada yg sanggup kerat kepalabutuh dan hiris puki bagi sbg sedekah pun ada. Takat gelang emas, anak dara, wang ringgit, geran tanah ni, benda biasa jadi sedekahan. Untung pakai serban ketayap ni. Buat muka lembik sikik, cair siot. on JUAL AGAMA CARI MAKAN
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 8/24/16



---------

NAKBA IALAH MALAPETKA

Posted: 24 Aug 2016 09:00 PM PDT



DARI ARKIB 6 OGOS 2011


NAKBA IALAH 

MALAPETAKA

Setiap 15 Mei, warga Palestin akan menyambut Nakba. Tarikh ini bukan disambut dengan pesta-pestaan. Tarikh Nakba ini - 15 Mei 1948 - adalah tarikh entiti yang dipanggil Israel dipacakkan ke atas bumi Arab. Justeru, pada tarikh ini warga Palestin di seluruh dunia akan mengingati kembali hari musibah ini.

Semenjak 15 Mei 1948 warga Palestin berhadapan dengan segala macam kesengsaraan. Tanah mereka dirampas, rumah mereka diroboh. Mereka hilang harta benda, hak demokrasi dan kampung halaman. Rakyat Palestin diserang, dibunuh dan dihalau dari kampung halaman. Sesiapa yang berani melawan akan dipenjara.

Nakba 15 Mei adalah Malapetaka untuk warga Palestin. Nakba 31 Ogos adalah Malapetaka untuk Semenajung Tanah Melayu. Nakba ialah Malapetaka.
Saban tahun semenjak 31 Ogos 1957 Hari Malapetaka telah di rayakan di Tanah Melayu ini. Malapetaka yang menimpa warga Persekutuan Tanah Melayu ini tidak jauh bezanya dari yang sedang dialami oleh Nakba di Palestin.

Untuk memahami kembali sejarah kelahiran Malapetaka ini, biar saya bawa kembali para pembaca kepada pensejarahan kelahiran hari Malapetaka ini. Hendaknya dapatlah kita semua memahami makna Malapetaka ini, yang dieja dengan huruf M besar ini.

Awalnya, Perjanjian Anglo-Dutch 1824 telah memisahkan kepulauan Melayu kepada dua entiti - Semenanjung Tanah Melayu di bawah British dan Batavia di bawah Belanda. Pejanjian Anglo-Thai 1909 telah memisahkan pula lima wilayah Melayu - Pattani, Jala, Setul, Singgora dan Menara. Wilayah ini menjadi tanah jajahan Siam hinga ke hari ini. Pada tahun 1874, melalui Perjanjian Pangkor, kuasa kolonial Britsh telah memasukkan jarumnya untuk menjajah Semenanjung Tanah Melayu.

Perjanjian Pangkor ini akhirnya membolehkan British menguasai seluruh Semenanjung Melayu. Akhirnya Tanah Melayu menjadi tanah jajahan British bawah jagaan England dan bukan lagi East India Company.

Penjajah Barat datang untuk mencari harta kekayaan. Di Tanah Melayu British telah bertemu dengan bijih. British juga membuka ladang getah. Dua punca ekonomi ini menjadi begitu penting sekali untuk perkembangan ekonomi kolonial British.

Setiakawan melawan penjajah

Untuk terus melipat gandakan keuntungan, kaum penjajah British telah membuka bumi Melayu kepada pendatang baru dari Cina dan India. Mereka telah dibawa masuk sebagai tenaga buruh oleh kuasa kolonial British. Dengan kehadiran buruh Cina dan buruh India ini maka lanskap Tanah Melayu berubah untuk selama-lamanya.

Dunia ini bergerak dengan hukum hakam alam. Hukum alam bergerak dan tidak berubah-ubah. Hukum ini menetapkan, di mana ada penindasan, di sana pasti akan ada penentangan. Hukum alam ini mula menapai dan mengampuh di Tanah Melayu. Hasilnya, Kesatuan Melayu Muda (KMM) ditubuh pada tahun 1938. Ini adalah gerakan politik paling awal yang menuntut kemerdekaan Tanah Melayu dari British.

Pada ketika ini Parti Komunis Malaya (PKM) telah wujud di Singapura. PKM pada ketika itu sedang menyusun kaum buruh Cina di kota-kota seperti Singapura, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Penentangan terhadap penjajah British dan kuasa modal penjajah ini telah melahirkan setiakawan diantara KMM dengan PKM. Ikatan setiakawan ini adalah kerjasama antara kaum tani Melayu dengan kaum buruh India dan Cina. Inilah bibit-bibit kelahiran negara bangsa.

Kesampaian Jepun pada tahun 8 Ogos 1941 telah meruntuhkan empayar British. Dalam masa yang sama ikatan setiakawan bangsa-bangsa di Tanah Melayu untuk menuntut kemerdekaan telah diperkukuhkan. Perjungan bersenjata Tentera Rakyat Malaya Menentang Jepun atau Malayan People Anti Japanese Army telah memperkukuhkan lagi setiakawan bangsa-bangsa di Tanah Melayu.

Apabila Jepun kalah perang pada bulan Ogos 1945 sekali lagi pentadbiran ketenteraan British masuk untuk mengambil alih pentabiran Tanah Melayu. Tetapi semuanya telah berubah. Tanah Melayu kini bukan lagi Tanah Melayu sebelum perang Jepun.

Kini gerakan nasionalisma telah mengampuh dan laungan kemerdekaan kedengaran di sana sini. Telah wujud Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar ( AWAS). Semua ini adalah gerakan nasionalis kiri yang bangun berjuang untuk menghalau British dari Tanah Melayu.

British secara licik dan terancang telah mewujudkan apa yang dipanggil hingga ke hari ini United Malay National Organisation. Ini adalah organisasi yang ditelur, yang dieram dan dinetaskan oleh penjajah British. Tarikh munculnya gerombolan United Malaya National Organisation pada tahun 1946 agak lewat. Ia muncul sebagai reaksi terhadap gerakan nasionalis Melayu kiri yang mahu menghalau British. Dari segi sejarah, cukup jelas bahawa gerombolan ini diwujudkan untuk menjadi tali barut dan budak suruhan British.

Setiakawan antara bangsa-bangsa yang bangun menentang penjajah British telah melahir setiakawan yang baru. Perlembagaan Rakyat telah dilahirkan pada tahun 1947 oleh AMCJA-PUTERA. Ini adalah kerjasama setiakawan antara All Malayan Council Joint Action dengan organisasi massa Melayu bernama PUTERA.

Semua bangsa dipanggil Melayu

Perlembagaan Rakyat 1947 ini cukup penting dalam sejarah pembentukan negara bangsa. Dalam Perlembagaan Rakyat ini sesiapa sahaja yang lahir di Tanah Melayu akan dinobat sebagai Melayu. Ertinya anak semua bangsa yang lahir di Tanah Melayu adalah Melayu. Ini adalah garis politik kiri yang paling radikal. Garis politik ini dan setiakawan anak semua bangsa telah mengoncang kekuatan kuasa kolonial British.

Untuk menumpaskan agenda kelahiran negara Bangsa Melayu ini, secara licik British melalui gerombolan United Malay National Organisation telah melaungkan slogan "Hidup Melayu". Para pembaca yang budiman, perhatikan betul-betul slogan ini. Slogan ini bukan laungan untuk menghalau British tetapi untuk menunjukan bahawa orang Melayu kurang oksigen.

Gerombolan United Malay National Organisation dengan kerjasama British telah memulakan dan menanamkan garis politik Melayu-Melayu, China-China dan India-India. Maka lahirlah PERIKATAN. Politik perkauman ini amat baik untuk British. Ini adalah dasar pecah dan perintah. Dalam pertubuhan PERIKATAN masih lagi Melayu, Cina dan India. Berbanding dengan AMCAJA-PUTERA, badan ini adalah gabungan anak semua bangsa yang memanggil diri mereka Melayu.

Projek Perlembagaan Rakyat 1947 telah digagalkan British. Akhirnya, pada 20 Jun 1948 pecahlah perang kolonial menentang British. Perang kolonial kali ini telah disertai oleh API, AWAS, Hisbul Musliminin, Malayan Democratic Union, PKM, KMM, PKMM dan ratusan patriot dan nasionalis anak semua bangsa. Mereka mengangkat senjata untuk menghalau British dari Tanah Melayu.

Saya harap hingga ke tahap ini para pembaca telah dapat memahami pejalanan sejarah Tanah Melayu. Saya harap para pembaca telah dapat memahami dari mana munculnya gerombolan United Malay National Organisation, Malayan Chinese Association dan Malayan Indian Congress. Kesemua badan-badan ini adalah boneka British. Dari namanya kita telah tahu bahawa badan-badan ini dibentuk dan ditaja oleh penjajah British.

Mari kita lihat apakah yang telah dibuat oleh United Malaya National Organisation apabila rakyat Tanah Melayu pada thun 1948 bangun mengangkat senjata melawan British. Apa agaknya yang telah dilakukan oleh United Malay National Organisation? Sejarah membuktikan bahawa mereka bukan bangun menentang British tetapi bangun berjuang menentang orang yang menentang British.

Jjika tidak percaya apa yang saya tulis ini, sila bersabar. Pada bulan Ogos ini nanti, media milik United Malay National Organisation akan membuka kisah-kisah bodoh di mana puak-puak gerombolan tanpa segan dan malu akan membuktikan bahawa mereka dengan bangga telah menjadi suruhan British. Mereka akan mendabik dada mengatakan bagaimana mereka berjuang menentang komunis. Walhal, gerila parti komunis ketika itu sedang melawan British.

Ketika Shamsiah Fakeh, Abdullah Sidi, Rashid Maydin, Chin Peng bangun mengangkat senjata, apa yang dilakukan oleh United Malaya National Organisation?
Tidak berkesudahan
Sejarah jelas membuktikan gerombolan United Malay National Organisation telah bersubahat dengan British untuk menumpaskan gerakan bersenjata melawan British ini.

Ketika anak semua bangsa bangun melawan British untuk mencapai kemerdekaan, gerombolan United Malaya National Organisation bangun berjuang melawan orang yang berjuang untuk merdeka.

Justeru, sebagai balasan menjadi budak suruhan yang setia, pada 31 Ogos 1957 penjajah British telah mengagihkan pentabiran Tanah Melayu kepada United Malay National Organisation. Tarikh 31 Ogos inilah yang menjadi Hari Malapetaka untuk Tanah Melayu. Tarikh ini adalah Nakba untuk anak semua bangsa di Tanah Melayu. Semenjak dari tarikh ini kita telah melihat satu demi satu musibah telah menimpa Tanah Melayu.

Saya menobatkan 31 Ogos sebagai Hari Malapetaka untuk menilai kembali pensejarahan Tanah Melayu. Kita tidak perlu berselindung. Nakba di Palestin membolehkan tanah-tanah Palestin dirampas oleh kaum Zionis. Malapetaka di Tanah Melayu memperlihatkan ribuan hektar tanah rizab Melayu hilang dirampas oleh Zionis tempatan.

Pelentong, Chu Badak, Tasek Utara, Berembang, Kerpan hanyalah beberapa nama tanah asal Melayu yang dilupus. Paling akhir tanah Keretapi Api Tanah Melayu di Singapura lupus. Dan yang akan datang ialah tanah Kampung Baru dan Kampung Banda Dalam.

Malapetaka ini tidak berkesudahan. Lihat pula berapa ratus ribu anak semua bangsa menjadi mangsa ditahan tanpa bicara semenjak British mewujudkan akta ISA pada tahun 1948. Paling akhir kita melihat enam warga penyokong BERSIH ditahan tanpa bicara bawah Ordinan Darurat.

Berapa ribu pula warga yang telah gugur dan mati dibunuh dalam tahanan? Pernah saya terdengar suara dari parlimen menyatakan lebih dari satu ribu orang telah gugur semenjak sepuluh tahun dahulu. Nama seperti Altantuya, Beng Hock, Kugan, Francis, Aminulrashid dan Sarbaini akan terus bertokok tambah. Malapetaka ini masih berterusan.

Bulan Ogos kelihatan amat ironi untuk Tanah Melayu kerana 500 tahun lalu, pada 10 Ogos 1511 Portugis telah mendarat di Melaka. Pendaratan Portugis 500 tahun dahulu hanya akan dilihat sebagai satu titik dakwat hitam dalam sejarah Tanah Melayu berbanding dengan Malapetaka 31 Ogos.

Untuk pembaca yang muda biar saya ditunjukan di sini bahawa Nakba di Palestin pada 14 Mei adalah hasil dari perancangan British. Manakala Malapetaka di Tanah Melayu pada 31 Ogos adalah juga hasil perancangan British. Nakba di Palestin berterusan hingga ke hari ini. Malapetaka di Tanah Melayu ini juga tidak akan reda-reda selagi gerombolan United Malay National Organisation tidak dihumbankan ke dalam tong sampah sejarah.(tt)




--------------

JANGAN SEBAR TOHMAH DAN FITNAH

Posted: 24 Aug 2016 08:23 PM PDT




AMARAN

jangan sebar fitnah
berita ini tak ada
sangkut paut 
dengan ton ton wee
dengan budaya german
atau filem german

ini bukan budaya german
ini budaya jepun
kalau tak percaya
sila tanya ton ton wee

Seluar dalam selepas seks jadi kegilaan di Singapura

 | August 24, 2016
Ramai gadis menjual seluar dalam terpakai selepas seks secara online di Singapura, dan ia sangat laku, kata laporan.





PETALING JAYA: Seluar dalam wanita terpakai selepas seks kini menjadi kegilaan di Singapura.
Akhbar tempatan The New Paper baru-baru ini melaporkan mereka yang fetisy boleh mendapatkan seluar dalam wanita terpakai selepas seks pada harga S$80 (RM240) sepasang, menerusi lelongan secara online.
Dengan harga yang sesuai, pembeli akan menerima pakaian dalam itu dihantar sendiri oleh gadis yang memakainya sebelum itu.
Menurut laporan itu, laman web yang menawarkan barangan itu, muncul di media sosial dengan gambar seluar dalam, turut serta dengan pemakainya.



-----------------

MINTA BANTUAN

Posted: 24 Aug 2016 07:49 PM PDT







MINTA BANTU

sesiapa kenal ahmad maslan

siapa ada hubungan dengan dia
sila beri tahu ahmad maslan 
dia tak perlu menghilang diri
tim fbi tidak 
mencari ahmad maslan

mat salleh  dan krew tv
yang datang  
ke pontian minggu lalu
bukan ajen fbi atau dari doj
mereka  ajen anthony bourdain
tukang masak di new york
mereka ingin buat program
ahmad maslan buat nasi goreng










------------

Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT