Nuffnang

Pengikut

Kerabu Bersuara ®

sumber :-

Kerabu Bersuara ®


Pemuda Kelantan berpelikat di New Zealand

Posted: 27 Aug 2016 07:14 PM PDT



Pemuda berpelikat di New Zealand

Hari ini masuk hari ke-2 saya berkembara di New Zealand. Sempat berjumpa dengan komuniti pelajar Malaysia dari Auckland, Wellington, Christchurch dan Dunedin.

Alhamdulillah, masing-masing kelihatan ceria dan bersemangat untuk menimba pengalaman sambil menuntut ilmu di pengajian masing-masing.

Pagi ini saya terserempak dengan seorang pemuda Melayu yang hanya berkain pelikat meredah kesejukan pagi (5'C) untuk pergi ke musolla untuk bersolat subuh berjamaah.

Bila ditanya 'Tidak sejuk ke?', dengan selamba beliau menjawab bahawa sejuk itu bukan pada suhu sekeliling tetapi 'dalam kepala'.

Hebat ! Subuh berjamaah tatkala suhu dingin sebegini. Bukan calang-calang anak muda.

Nama beliau adalah NIK Mohd Amin NIK Abdul Rahman, dari Pasir Putih Kelantan. NMA mempunyai rekod akademik yang cemerlang sejak daripada sekolah rendah di Pasir Putih sebelum ke Sekolah Yayasan Saad Melaka, kemudian KYS dan kini belajar dibidang Accountancy di NZ.

Kembara NZ (8)

Sedekah Anggota Tubuh Badan

Posted: 27 Aug 2016 06:31 PM PDT

1 Hari 1 Hadis:
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Sedekah Anggota Tubuh Badan

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كُلُّ سُلَامَى مِنْ النَّاسِ عَلَيْهِ صَدَقَةٌ كُلَّ يَوْمٍ تَطْلُعُ فِيهِ الشَّمْسُ يَعْدِلُ بَيْنَ الِاثْنَيْنِ صَدَقَةٌ وَيُعِينُ الرَّجُلَ عَلَى دَابَّتِهِ فَيَحْمِلُ عَلَيْهَا أَوْ يَرْفَعُ عَلَيْهَا مَتَاعَهُ صَدَقَةٌ وَالْكَلِمَةُ الطَّيِّبَةُ صَدَقَةٌ وَكُلُّ خُطْوَةٍ يَخْطُوهَا إِلَى الصَّلَاةِ صَدَقَةٌ وَيُمِيطُ الْأَذَى عَنْ الطَّرِيقِ صَدَقَة

Dari Abu Hurairah radliallahu 'anhu berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Setiap ruas tulang pada manusia wajib atasnya sedekah pada setiap hari matahari terbit, seseorang yang mendamaikan antara dua orang yang bergaduh/berselisih adalah sedekah dan menolong seseorang untuk menaiki haiwan tunggangannya (kenderaan) lalu mengangkat barang-barangnya ke atas haiwan tunggangannya (kenderaan) adalah sedekah dan ucapan yang baik adalah sedekah dan setiap langkah menuju solat adalah sedekah dan membuang sesuatu yang boleh menyakiti atau menghalang orang dari jalan adalah sedekah ". (HR Bukhari No: 2767)

Pengajaran:

1. Jasad harus dikeluarkan zakatnya sebagaimana harta ada zakatnya. Zakat badan adalah melakukan perbuatan baik yang boleh dilakukan dari pelbagai pintu dan relung.

2. Setiap ruas tulang yang ada pada kita perlu melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan pahala. Contohnya sedekah waktu pagi dengan melaksanakan solat duha dengan menggerakkan banyak ruas tulang anggota kita. Berjalan menuju masjid untuk solat dengan menggerakkan banyak anggota badan juga termasuk sedekah.

3. Setiap langkah atau pergerakan anggota kita dalam melaksanakan amal kebaikan juga termasuk sedekah walaupun kecil seperti sifat kepedulian sosial dengan membantu orang lain menaiki kenderaan atau mengangkat barangan ke atas kenderaan. Membuang sesuatu yang mengganggu laluan di atas jalan umpama paku atau kayu adalah termasuk sedekah.

4. Menghilangkan duri dari jalan juga membawa maksud, setiap muslim hendaklah menjauhi atau menghilangkan sesuatu yang memudaratkan sama ada pada dirinya atau pada orang lain.

5. Mendamaikan dua orang yang bergaduh, mengucapkan perkataan yang baik-baik seperti memberi salam, bertegur sapa, menasihat – Malah menahan tangan dan lisan agar tidak menyakiti orang lain juga sedekah.

6. Sedekah sebagai salah satu bentuk kepedulian sosial yang dituntut dalam Islam. Namun ia tidak hanya dengan harta, malah apa sahaja yang kita miliki termasuk tenaga mahupun lisan.

Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT