Nuffnang

Pengikut

DIALOG RAKYAT

sumber :-

DIALOG RAKYAT


Peserta Baju Merah mahu 'musnahkan' BERSIH, tak tahu apa DOJ

Posted: 28 Aug 2016 06:29 AM PDT

Alyaa Alhadjri


Himpunan Baju Merah yang diketuai Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos hari ini didakwanya mempamerkan peserta berbilang kaum yang terdiri daripada kira-kira 300 peserta Melayu termasuk puluhan kaum India dan Cina.

Jamal mendakwa mereka yang hadir mewakili beratus NGO Melayu, India dan Cina yang akan digerakkan untuk menghadapi Himpunan Bersih 5 tidak lama lagi.






Bagaimanapun, sesetengah daripada mereka yang hadir sidang akhbar gerakan itu di perkarangan PWTC hari ini seolah-olah tidak tahu cerita sebenar.

Mereka yang ditemui Malaysiakini kebanyakannya mendakwa mereka berada di sana untuk menyokong 'keamanan, Jamal dan BN'.

Beberapa orang lain mendakwa mahu 'memusnahkan Bersih', meskipun tidak dapat menjelaskan perbezaan warna baju mereka.

Tidak ramai juga yang sedar mengenai saman difailkan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat untuk merampas aset yang dibeli menggunakan wang daripada dana 1MDB, yang menjadi sebab mengapa BERSIH 2.0 merancang untuk mengadakan himpunan mereka.

Loh Chan Soy berkata beliau datang dari Klang untuk hadir ke himpunan Baju Merah, namun apabila ditanya mengapa dia datang, Loh berkata : "Susah mau jawab. Kita datang harap aman saja."

Apabila ditanya adakah beliau faham maksud DOJ, Loh berkata "Saya tak tahu. Kita harap aman saja. Saya tak tahu."

Ditanya sama ada Malaysiakini boleh menemu bual rakan yang mengiringi beliau, Loh berkata, "Ini (kawan) lagi kurang tahu."

Seorang lagi lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Raja Kamal turut mengatakan "Saya tidak tahu" apabila ditanya mengenai perkara yang sama.

Beliau mendakwa antara 40 orang yang datang dari Sabak Bernam ke PWTC dengan menaiki sebuah bas.

Sementara itu peserta lain Sarimalinggam Doraisamy menegaskan mereka bukan datang ke himpunan itu untuk 'membantah kerajaan Malaysia'.

"Kita datang bukan untuk bantah kerajaan Malaysia. Kita faham isu...kita datang untuk bersatu dengan masyarakat," katanya yang mendakwa mewakili Persatuan Kebajikan India Malaysia.

"Saya pun tak tahu apa maksud dia (DOJ)," sambil menambah beliau tahu mengenai 1MDB tetapi tidak pasti isu yang dibangkitkan.

Sementara itu Raziq Razihan, berkata beliau tidak mendengar ucapan Jamal mengenai DOJ tetapi datang bersama kawan-kawannya dari Keramat untuk menyokong beliau dan Barisan Nasional bagi "memusnahkan BERSIH."

Ketika ditanya mengapa beliau mahu 'memusnahkan BERSIH', remaja berusia 19 tahun itu berkata,
"Sebab dia colour (warna) kuning kita warna merah."

Jamal sebelum ini mendakwa BERSIH dan pembangkang berselindung di belakang pelajar yang mengetuai perhimpunan #TangkapMO1 di Kuala Lumpur semalam.

Beliau mendakwa pelajar dan peserta himpunan jahil terhadap saman sivil DOJ dan dibayar oleh pembangkang untuk menghadiri perhimpunan itu.

Semalam, kira-kira 1,500 menyertai himpunan #TangkapMO1 untuk memberi tekanan kepada pihak berkuasa supaya mengenal pasti, menyiasat dan mendakwa individu yang disebut 36 kali dalam saman sivil DOJ.

Satu lagi Gerakan Merah yang diketuai Datuk Mohd Ali Baharom atau lebih dikenali sebagai Ali Tinju membatalkan himpunan balas pada saat akhir kerana mendakwa himpunan #TangkapMO1 adalah himpunan 'budak kecil'.

Muhyiddin dakwa hampir RM4 bilion dalam akaun Najib

Posted: 28 Aug 2016 06:23 AM PDT

MALAYSIAKINI


Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa kira-kira RM1 bilion berada dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, sebelum kemasukan RM2.6 bilion kemasukan secara meluas.

Najib mendakwa AS$ 681 juta yang diterimanya pada Mac 2013 adalah sumbangan daripada ahli keluarga diraja Arab selepas dihebahkan pada Julai tahun lepas.

Muhyiddin berkata ini berdasarkan maklumat daripada peguam negara ketika itu Tan Sri Abdul Gani Patail yang berkongsi dengan beliau penyata bank Najib.

"Sah tuan-tuan. Saya tengok waktu peguam negara itu ialah Gani Patail. dia tunjuk dengan saya, macam saya nak pengsan ada duit banyak itu (RM 1bilion waktu itu) dalam akaun Datuk Seri Najib.

"Jadi semua yang disebutkan hampir RM4 bilion dalam akaun perdana menteri. Kamu percaya tak," soalnya dalam satu ceramah di Ketereh, Kelantan semalam.

Rakaman video ceramah itu dimuat naik di TV Gerakan Harapan Baru TV dan KiniTV.

Muhyiddin berkata beliau hampir pengsan selepas melihat angka-angka dalam akaun bank peribadi Najib.

Dakwaan Muhyiddin dilihat menyokong laporan ABC News yang berpengkalan di Australia pada Mac yang meletakkan angka dalam akaun bank Najib berjumlah AS $ 1.051 bilion (RM4.2 bilion) berdasarkan penyata bank.

Menurut laporan itu, sebelum deposit RM2.6 bilion daripada Tanore Finance, Najib juga menerima AS$ 120 juta daripada Blackstone Asia Real Estate Partner Ltd (BVI), AS$ 80 bilion dari Kementerian Arab Saudi dan AS$ 75 juta daripada Putera Faisal.

Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat juga menekankan beberapa deposit tidak disebut atau didedahkan dalam laporan ABC News, termasuk tambahan sebanyak AS $ 10 juta pada 23 Februari 2011 dan AS$ 10 juta pada 13 Jun 2011 dari Putera Faisal yang dirujuk sebagai "pengasa bersama PetroSaudi".

Tambahan AS$ 5 juta pada 30 Oktober 2012 dan AS$ 25 juta pada 19 November 2012 juga datang dari Blackstone Asia Real Estate Partner Ltd (BVI), menurut DOJ.

Ini meletakkan jumlah keseluruhan sebelum deposit RM2.6 bilion pada AS$ 325 juta, atau hanya di bawah RM1 bilion berdasarkan kadar pertukaran pada tahun 2011 dan 2012.

DOJ mendakwa deposit daripada Tanore Finance, Blackstone Asia Real Estate Partner Ltd dan pengasas PetroSaudi berasal daripada 1MDB. DOJ banyak memberi fokus kepada jejak wang melalui sistem kewangan AS.

Najib menafikan salah laku dan berkata beliau tidak pernah mengambil wang rakyat untuk kepentingan peribadi. Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali juga memberishkan perdana menteri daripada sebarang tuduhan.

Muhyiddin dipecat sebagai timbalan perdana menteri pada Julai tahun lepas bulan yang sama apabila deposit RM2.6 bilion didedahkan. Muhyiddin mendakwa dia dipecat selepas menentang isu deposit berkenaan. Pemecatannya kebetulan dengan penyingkiran kemudian Peguam Negara, Tan Abdul Gani Patail.

Penganjur Perhimpunan Haram Akan Dipanggil - Noor Rashid

Posted: 28 Aug 2016 06:10 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
Noor Rashid Ibrahim.
 
 
GEORGE TOWN: Polis akan memanggil penganjur perhimpunan haram anti kerajaan di ibu negara pada Sabtu bagi membantu siasatan kerana tetap menganjurkannya walaupun tidak mendapat kebenaran polis.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, mereka yang menganjur perhimpunan itu telah melanggar undang-undang dan akan disiasat menurut Seksyen 4, Akta Perhimpunan Aman.

"Pihak polis telah maklumkan dari awal lagi bahawa kalau hendak menganjurkan apa-apa sahaja perhimpunan, pertama sekali penganjur mesti mendapatkan kebenaran daripada polis kerana ia membabitkan aspek ketenteraman awam.

"Memang mereka hantar (permohonan) bagaimanapun ia ditolak ekoran tidak  memenuhi syarat antaranya gagal mengemukakan surat kebenaran daripada tuan punya tempat perhimpunan berkenaan," katanya kepada pemberita selepas majlis penutupan Kejohanan Bola Sepak Piala Ketua Polis Negara, di sini Ahad.

Perhimpunan haram anti kerajaan di ibu negara pada Sabtu, hambar dan tidak mendapat sambutan dan hanya disertai kira-kira 1,500 orang.

Sementara itu, Noor Rashid, berkata semua pihak yang ingin mengadakan perhimpunan perlu mematuhi undang-undang negara bagi memastikan mereka tidak dikenakan tindakan. - Bernama

Dr Khir Toyo kahwin lagi

Posted: 28 Aug 2016 06:07 AM PDT

MALAYSIA GAZETTE


Christine Zanitrah Abdullah
Christine Zanitrah Abdullah 
 
 
Bekas menteri besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo hari ini melangsungkan perkahwinan kedua bersama pasangannya, seorang penjawat awam, Christine Zanitrah Abdullah.

Difahamkan Dr Mohamad Khir, 51, dan pasangannya Christine Zanitrah atau nama asalnya Christine Tan, 39, yang memeluk agama Islam pada April lepas, melangsungkan perkahwinan mereka di satu majlis dalam negara.

"Perkahwinan kedua Dr Mohamad Khir itu berlangsung di dalam negara, Christine Zanitrah merupakan penjawat awam di Putrajaya," kata sumber terdekat dengan Dr Mohamad Khir kepada Bernama.

Sumber tersebut turut mengirim beberapa keping gambar Christine Zanitrah pada majlis itu, yang memakai busana pengantin rekaan pereka terkenal Datuk Radzuan Radziwill.

Perkahwinan pertama Dr Mohamad Khir bersama Zaharah Kechik pada 1990 dan mereka dikurniakan tiga orang anak.-- BERNAMA


Amelina sah kembali solo

Posted: 28 Aug 2016 06:04 AM PDT

MALAYSIA GAZETTE


Amelina
Amelina
 
 
Sejak kembali aktif dalam dunia seni setahun lalu, penyanyi dangdut Amelina enggan berkongsi tentang status dirinya.

Ketika itu, dia masih belum bersedia untuk berbicara lanjut tentang perkara berkenaan kerana perlu menjaga hati banyak pihak.

Namun apabila segala sudah selesai di mahkamah, dia kini tampil membuka mulut. tapi masih perlu berhati-hati bimbang masyarakat tersalah anggap dia seronok apabila kembali solo.

Cuma jelasnya jujur, hubungan dengan bekas suami sudah selesai dan bebas daripada masalah rumah tangga. Menurut ibu kepada enam orang anak, tindakannya sebelum ini untuk tidak mendedahkan statusnya itu adalah bagi mengelak sebarang kontroversi.

Amelina pernah hilang hampir 16 tahun menghilangkan diri dan ternyata kemunculan penyanyi tersebut memang diharapkan oleh rata-rata peminatnya.

Kehilangannya sekitar tahun 1999 lalu masih berbekas misteri yang tidak pernah meninggalkan jawapan.

Bayangkan, penyanyi kelahiran Negeri Sembilan ini hilang sekelip mata ketika berada dipuncak kerjaya nyanyiannya. Lagu-lagunya kerap diputarkan oleh radio-radio tempatan selain undangan persembahan yang tidak henti-henti.

Dalam tempoh itu di memberi tumpuan kepada rumah tangga dan menguruskan enam anaknya iaitu Puteri Nur Athirah, 14, Putera Al'Affiq, 13, Putera Al'Asyraff, 12, Puteri Nur Asyurah, 10, Putera Al-Affa, 8, dan Putera Al-Amzar, 6.

Namun hal rumahtangganya menjadi misteri hingga ke hari ini.--MalaysiaGazette


Parti Pribumi bakal hadapi cabaran sokongan orang Johor

Posted: 28 Aug 2016 05:57 AM PDT

MALAYSIA GAZETTE





Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein percaya tindakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyentuh isu Bangsa Johor baru-baru ini akan menyebabkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang ditubuhnya berdepan cabaran mendapatkan sokongan orang Johor.

Menurutnya, ini berikutan rakyat Johor lebih mementingkan semangat bangsa dan institusi Raja-Raja dalam memperjuangkan hal rakyat serta parti dan tindakan itu dilihat mungkin 'mencuit' (mengguris) hati mereka.

"Silap hari bulan, partinya tidak diterima seinci pun ruang di sini (Johor) dan oleh itu, terpulang kepada beliau sama ada hendak meminta maaf atau sebaliknya," kata Hishammuddin selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Pengerang, di sini hari Sabtu.

Sementara itu, Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Azalina Othman Said berkata beliau hairan dengan tindakan Dr Mahathir yang mempersoal konsep Bangsa Johor, sedangkan ia disifat tidak melanggar undang-undang.

"Ingin kita tegaskan UMNO Johor sentiasa mempunyai disiplin tinggi dan meletakkan parti lebih tinggi dari segala-galanya dan berikutan itu, jangan sesekali beliau berani menyentuh soal Bangsa Johor, menyentuh soal Sultan Johor.

"Beliau tidak faham maksud sebenar konsep itu dan adalah tidak keterlaluan juga jika kami, UMNO di Bahagian Pengerang memberitahu bahawa kami tidak menyesal Tun Mahathir keluar daripada parti," kata Azalina, yang juga Ketua UMNO bahagian Pengerang.-- BERNAMA


Mohd. Asri mufti wahabi dilindungi pak menteri - Mustapha

Posted: 28 Aug 2016 05:48 AM PDT

 
 
Mustapha Yaakub
Mustapha Yaakub


Veteran UMNO Malaysia menasihati Mufti Perlis, Datuk Mohd. Asri Zainal Abidin supaya menyertai politik jika terus mengkritik kepimpinan Perdana Menteri.

Setiausaha Veteran UMNO Malaysia, Datuk Mustapha Yaakub berkata perlakuan mufti itu telah keterlaluan dan tidak boleh diterima lagi.

"Campur tangannya secara terbuka dalam politik dan pentadbiran kerajaan sudah berlebihan dan menjolok mata. Sebagai seorang mufti, beliau sepatutnya tahu bidang tugas dan tanggungjawabnya. Beliau hanya seorang mufti bagi satu negeri yang kecil. Tidak salah dia menegur kepimpinan dengan cara berhemah sesuai dengan jawatannya tetapi bukan secara berterusan campur tangan sehingga melebihi batas kemuliaan institusi mufti itu," ujarnya dalam satu kenyataan petang tadi.

Malah, Mustapha yang juga Timbalan Presiden Persatuan Ahli Sunnah Wal Jamaah memberitahu, sekiranya Mohd. Asri berminat untuk berpolitik, Veteran UMNO mencabar beliau supaya meletak jawatan sebagai mufti Perlis dan bertanding dalam PRU14 nanti.

"Mohd. Asri boleh memilih untuk bertanding atas tiket pembangkang yang dia suka," tegasnya.
Veteran UMNO juga mendakwa Mohd. Asri sebagai pemimpin Wahabi yang berusaha keras untuk mengembangkan fahaman itu di negara ini.

Malah beliau mendakwa Mohd. Asri dilindungi oleh seorang menteri pusat yang banyak menggunakan kemudahan kerajaan untuk mempromosi dakyah Wahabi.

"Veteran juga kesal kerana menteri yang bertanggungjawab dalam hal ugama tidak mampu berbuat apa-apa untuk membendung gerakan 'mengwahabikan' Malaysia. Malah dalam banyak hal tugas menteri itu diambil oleh menteri lain," ujarnya tanpa menamakan menteri terbabit.

Justeru, Veteran UMNO mendesak kerajaan negeri Perlis supaya mengkaji semula perlantikan Mohd. Asri sebagai mufti negeri itu atau memberi kata dua samaada menjadi mufti atau berpolitik.

Veteran UMNO bimbang pengaruh Wahabi sudah mula bertapak dalam UMNO dan kerajaan. Sekiranya ini tidak dibendung, maka Malaysia akan berdepan dengan masalah aqidah yang boleh membawa kepada perpecahan ummah dan mengingatkan kerajaan supaya berhati-hati dengan fahaman Wahabi dan jangan mudah terpesona dengan kelebihan dan kepura-puraan tokohnya yang boleh menjelma dalam rupa yang berbeza.

"Veteran ingin memberi ingatan kepada kerajaan bahawa Wahabi ada didalam setiap jabatan kerajaan dan mereka sedang berusaha keras untuk 'mengwahabikan' negara ini. Veteran ingin mengingatkan pucuk pimpinan UMNO bahawa tokoh-tokoh Wahabi telah dipilih sebagai pemimpin Pemuda dan MT.

"Mereka diberi tempat kerana perwakilan terpesona dengan kebolehan mereka sebagai tokoh ugama. Pucuk pimpinan UMNO juga terpengaruh dengan mereka yang dilihat sebagai tokoh ugama yang berpotensi," katanya.

Wahabi telah berjaya mempengaruhi media cetak dan media elektronik disamping penggunaan media sosial yang berkesan selain mendapat dana untuk mengembang lebar kegiatan mereka termasuk tajaan untuk mengerjakan umrah.

"Asri adalah penggerak utama Wahabi diMalaysia dan tindak tanduknya selama ini jelas membuktikan bahawa Asri anti kerajaan yang ada sekarang khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Naib Razak," katanya.--MalaysiaGazette


Diskriminasi pengambilan pekerja tempatan di pasar raya

Posted: 28 Aug 2016 05:48 AM PDT

MALAYSIA GAZETTE


Pekerja asing didakwa mudah mendapat kerja di pasar-pasar raya milik tempatan. Gambar hiasan
 Pekerja asing didakwa mudah mendapat kerja di pasar-pasar raya milik tempatan. Gambar hiasan


Agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam mengawal kemasukan pekerja asing diminta menyiasat tindakan segelintir pemilik-pemilik pasar raya yang lebih mengutamakan pengambilan pekerja luar berbanding rakyat tempatan.

Diskriminasi pemilik-pemilik pasar raya yang memilih untuk mengambil pekerja asing menyebabkan rakyat tempatan sukar bersaing untuk mendapat pekerjaan.

Seorang pekerja pasar raya di Pandan memberitahu, pasar raya tempatnya bekerja memilih untuk mengambil pekerja asing meskipun ramai tempatan yang mengisi borang untuk memohon
bekerja.Diskriminasi terhadap pekerja tempatan dakwanya menyebabkan rangkaian pasar raya itu 'dikuasai' oleh pekerja asing.

"Memang ramai orang kita yang datang minta kerja di sini tetapi majikan lebih memilih untuk mengambil pekerja Bangladesh atau Myanmar.

"Kalau mamat-mamat Bangladesh atau Myanmar boleh berbahasa Melayu lagi mudah mereka dapat pekerjaan," katanya ketika ditemui di sini.

Pekerja yang berasal dari Kuala Selangor itu menafikan gaji yang rendah serta ketekunan warga asing bekerja menyebabkan golongan itu mudah mendapat kerja.

Ini kerana, dari segi gaji ditawarkan lebih kurang sama dan waktu bekerja mengikut jadual yang ditetapkan.
Malah, katanya, ada juga pekerja asing yang sudah pandai 'besar kepala' kerana mereka sudah lama di sini dan tahu pasaran kerja buat mereka lebih mudah.

Tambah pemuda itu, pengambilan pekerja asing yang banyak di pasar-pasar raya itu menyebabkan pekerja tempatan turut rasa terpinggir.

"Sudah tentu kami rasa begitu sebab tempat pekerja tempatan ini sekadar sebagai pemotong ayam, daging atau pengupas buah durian. Itu bagi pekerja lelaki. Kalau perempuan sebagai tukang timbang barang.

"Ini pun kebetulan kerana majikan tahu sensitiviti pembeli tempatan, jika perkara itu tidak diambil kira mungkin langsung tidak ada pekerja tempatan.

"Jawatan juruwang, penimbang dan pembantu am semuanya 'disapu' oleh pekerja asing," katanya sambil mendakwa pengambilan pekerja asing banyak berlaku di pasar-pasar raya milik usahawan tempatan.

"Jika dibandingkan dengan Giant, Tecso dan Aeon Big mungkin berkurangan kerana syarikat-syarikat itu masih mendahului pekerja tempatan," tambah beliau. - MalaysiaGazette


UMNO tidak harus pandang ringan penubuhan Pribumi - Shahrir

Posted: 28 Aug 2016 05:44 AM PDT

MALAYSIA GAZETTE


Shahrir Abdul Samad
Shahrir Abdul Samad 
 
 
UMNO tidak harus memandang ringan terhadap penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia, sebaliknya perlu mempersiapkan jentera bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, kata Ketua UMNO Bahagian Johor Baharu Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

Beliau berkata dalam menghadapi perang PRU, parti ditunjangi orang Melayu itu perlu sedar bahawa parti baharu itu diwujudkan dengan matlamat mahu melihat kekalahan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

"Kita juga tidak boleh terlalu yakin terhadap kemenangan kerana perkara ini akan menyebabkan kita kalah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Gudang, di sini hari Sabtu.

Hadir sama, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor yang juga Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Shahrir, yang juga Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC), berkata berdasarkan pengamatan beliau dan ucapan yang didengarnya, parti baharu itu bukan membawa perjuangan rakyat atau falsafah alternatif.

"Kita (UMNO dan BN) mahu kuasa dan kita yakin kita boleh majukan rakyat tetapi matlamat Pribumi bukan itu. Pribumi kata kalau tidak menang pun tidak mengapa, maknaya, parti itu tidak ada perancangan.

"Jadi, bagaimana Pribumi hendak majukan rakyat dan negara dan ini jelas matlamat parti itu hanya hendak lihat UMNO kalah sahaja," katanya.

Sementara itu, mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung trend memberi penekanan terhadap 'bangsa negeri' boleh meruntuhkan perpaduan sebagai rakyat Malaysia, Shahrir berkata semua pihak perlu mengakui bahawa Johor mempunyai pendekatan berlainan dan cara tersendiri dalam pelbagai aspek berbanding negeri lain.

Namun pada masa sama, katanya, semua pihak juga perlu menerima dengan baik pendekatan yang diamalkan setiap negeri di negara ini.

"Kita kena akui ada kelainan dan pendekatan Johor dan ini menyebabkan orang luar Johor marah sikit. Ini membuatkan ada pemimpin peringkat kebangsaan yang tidak faham dan mereka anggap Johor macam mengada-ngada sedangkan kita (Johor) ambil pendekatan sendiri," katanya.

Shahrir berkata bekas perdana menteri itu mungkin mempunyai beberapa sebab untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian.

"Soal dia (Dr Mahathir) punya marah kepada 'Bangsa Johor' mungkin ada sebab. Satu sebab, mungkin dia anjur konsep 'Bangsa Malaysia', tetapi, konsep di bawah Wawasan 2020 itu kurang kedengaran sekarang dan tiada sambutan kuat," katanya.

Rabu lepas, Dr Mahathir berkata semua negeri perlu memperjuangkan semangat sebagai rakyat Malaysia, bukan sebagai rakyat negeri berbeza kerana hanya melalui perpaduan sahajalah, Malaysia akan makmur.

Dr Mahathir berkata demikian ketika menjawab soalan berkenaan daripada hadirin pada Siri Wacana Perdana Ke-20 bertajuk 'Hubungan Persekutuan-Negeri di Malaysia' di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.-- BERNAMA


Pengarah Urusan syarikat proksi ditahan reman enam hari

Posted: 28 Aug 2016 05:39 AM PDT

MALAYSIA GAZETTE
 

Seorang pengarah urusan sebuah syarikat proksi kepada sebuah syarikat penerbitan buku direman selama enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa dan penyelewengan dana bernilai RM15 juta.


Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan reman lelaki berusia 42 tahun itu sehingga 2 Sept ini.

Lelaki itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM di sini pada 11.09 malam tadi apabila tampil memberi keterangan.

Sementara itu, pengarah urusan sebuah bank bergelar Datuk, bekas pegawai bank sama, pemilik syarikat penerbitan dan pegawai syarikat penerbitan sama dilanjutkan reman selama dua hari bermula esok sehingga Selasa (30 Ogos) bagi membantu siasatan kes yanh sama.

Lelaki bergelar Datuk berusia 48 tahun itu ditahan berhubung kes tender penukaran sistem bank dan penerbitan biografi berkaitan seorang pemimpin negara.

Pada 25 Ogos, SPRM menahan lapan individu berumur antara 32 hingga 48 tahun antara pukul 2 petang hingga tengah malam di sekitar Kuala Lumpur bagi membantu siasatan kes rasuah dan salah guna kuasa.

Jumaat lalu, empat individu terdiri daripada dua peguam wanita, seorang penulis buku berkaitan seorang tokoh pemimpin negara dan isteri kepada bekas pegawai bank itu, dibebaskan.

Semalam, seorang pengarah syarikat penerbitan buku berusia 40 tahun yang ditahan di kediamannya di Kuantan, Pahang direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes yang sama.


Sehingga kini, enam lagi masih ditahan reman SPRM bagi membantu siasatan kes tersebut.-- BERNAMA


Jemaah haji sedar hilang wang selepas bahu dipeluk

Posted: 28 Aug 2016 05:30 AM PDT

ASLANI M 


 


MAKKAH: Kehadiran jutaan manusia di sini memberi peluang pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil peluang.

Kesesakan manusia sehingga terpaksa berhimpit-himpit dalam perjalanan ke masjid, mendedahkan jemaah haji terhadap sesuatu yang tidak diingini berlaku.

Kesesakan begitu ketara berlaku di sekitar Safwan dan Clock Tower serta dataran burung merpati apabila jemaah bertembung dari arah Al Misfalah dan jalan di sekitarnya.

Keadaan tambah sesak apabila banyak pihak berniaga di atas jalan sehingga mengganggu kelancaran perjalanan.

Tidak kurang juga ada pihak meminta sedekah daripada orang ramai.

Ada antara mereka terutamanya budak-budak dipercayai kaum kulit hitam berlakon seperti tangan kudung.

Mereka hanya menampakkan siku dan menyembunyikan tangan di dalam lengan baju.

Budak-budak terbabit menyanyikan lagu Adis Ababa dan Ali Baba sambil menagih simpati orang ramai.

Namun mereka cukup marah apabila ada pihak memegang tangannya yang disembunyikan di sebalik lengan baju.

Di tengah-tengah kekalutan itu semalam ada jemaah haji dari Malaysia difahamkan diragut pihak tidak bertanggungjawab.

Jemaah haji wanita tersebut difahamkan dalam perjalanan ke masjid didekati wanita berkulit hitam.

Menurut sumber selepas dipeluk di bahu beliau baru menyedari kehilangan wang yang disimpan dalam beg sangkut.

Katanya, wanita terbabit yang tinggal di Hotel Land Premium kehilangan SR600 yang disimpan dalam beg terbabit. - HARAKAHDAILY 

Taktik samun kembar seiras pakai jubah, purdah gagal

Posted: 28 Aug 2016 05:26 AM PDT

Astro Awani
Taktik samun kembar seiras pakai jubah, purdah gagal
Berikut adalah alat yang digunakan ketika cubaan menyamun di Kemaman, Terengganu. - Gambar Astro AWANI
 
 
KEMAMAN: Berpurdah dan berjubah wanita.

Itu modus operandi sepasang kembar lelaki seiras bagi merompak dua kedai emas di Kemaman, Terengganu.

Bagaimanapun, taktik licik itu gagal dan terbongkar selepas kenderaan dinaiki kedua-dua suspek terbabit dalam satu kemalangan dekat Teluk Kalong, di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Wan Abdul Aziz Wan Hamzah memaklumkan kedua-dua suspek terlibat kemalangan selepas melakukan cubaan rompakan di dua kedai emas dekat Dungun pada 20 dan 25 Ogos lalu.

Hasil maklumat awam, polis berjaya mengesan kereta terbabit kira-kira jam 4 petang di Bukit Kuang selepas kereta yang dinaiki suspek terlibat dalam kemalangan dan terbalik berhampiran persimpangan lampu isyarat Kampung Teluk Kalong di sini.

Wan Abd Aziz berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan kedua beradik ini terlibat dalam hutang along dan melakukan kegiatan ini bagi melunaskan hutang.

"Daripada siasatan, kita dapati mereka ini baru pulang dari Australia dan baru menggunakan taktik ini. Dipercayai mereka terlibat dalam hutang ah long dan untuk melangsaikan hutang-hutang itu dan mereka bertindak untuk melakukan samunlah, kedai emas khususnya dan rekod yang lampau kita dapati mereka tiada rekod," kata Wan Abd Aziz.

Pemeriksaan terhadap kenderaan dinaiki suspek turut menemui pelbagai peralatan bagi tujuan merompak antaranya termasuk tukul besi, rambut palsu, pistol tiruan, kuku besi, pisau dan kad pengenalan palsu.
Kedua-dua suspek berusia 26 tahun ditahan reman sehingga Selasa bagi siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 36 (1) Akta Senjata Api 1960, Seksyen 393 kerana cubaan samun dan Seksyen 25 (1)(e) Peraturan Pendaftaran Negara 1990 kerana kesalahan menggunakan kad pengenalan palsu. 
 
 

Pencerobohan nelayan asing: APMM kutip lebih RM300 juta

Posted: 28 Aug 2016 05:20 AM PDT

THE MALAYSIAN TIMES


apmm1


PUTRAJAYA: Lebih RM300 juta hasil diperoleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) daripada bot nelayan asing yang menceroboh serta menangkap ikan secara haram di perairan negara sejak 2006 hingga 24 Ogos lepas.

Ketua Pengarah APMM Laksamana Maritim Datuk Seri Ahmad Puzi Ab Kahar berkata hasil berkenaan diperoleh menerusi lelongan ikan, kompaun serta denda yang dikenakan kepada nelayan asing yang ditahan.

Katanya, dalam tempoh berkenaan sebanyak 925 buah bot nelayan asing bersama 7,368 kru antaranya warga Vietnam, Thailand dan Indonesia ditahan oleh APMM.

ADAKAH TUN RAZAK JUGA PENGKHIANAT KERANA BEKERJASAMA DENGAN PEMBANGKANG SELEPAS TRAGEDI 1969?

Posted: 28 Aug 2016 04:08 AM PDT

shahbudindotcom


Berikut ini adalah tulisan seorang "bangsa Kelantan" yang menetap di luar negara berdasarkan tontonannya secara live ucapan Tun Mahathir Mohamad di Ketereh pada 26 Ogos lalu.

Tulisan ini sudah banyak tersebar di media sosial serta grup Whatsapp dan dikongsikan di sini untuk kebaikan kita bersama, mudah-mudahan perubahan semakin dekat dengan hati kita. (SH 28/08/2016)

1. Malam tadi saya menonton lintas langsung program Bicara Rakyat di kampung saya, Ketereh. Kelantan. Program tersebut menampilkan Tun Dr Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

2. Saya bersengkang mata hingga jam 2:00 pagi waktu Hobart untuk menonton kesemua ucapan dimana Tun M menjadi penceramah terakhir.

3. Telah menjadi kebiasaan saya sejak dari kecil, saya cuba untuk tidak melepaskan peluang mendengar atau membaca ucapan Tun M, terutamanya dalam program-program politik.

4. Ini kerana ucapan beliau sarat dengan maklumat-maklumat dan fakta-fakta yang menarik.

5. Dalam ucapan malam tadi, beliau menyentuh tindakan pemimpin-pemimpin BN yang mengutuk beliau kerana bekerjasama dengan pembangkang.

6. Beliau menekankan bahawa di dalam politik, strategi amatlah penting. Menurut Tun M, selaku bekas Pengerusi BN, rahsia BN menang di dalam pilihanraya ialah kerana mereka tidak bertanding melawan sesama sendiri.

7. Tun M menegaskan bahawa kita perlu ingat yang Tun Razak menubuhkan Barisan Nasional selepas tragedi 13 Mei dengan bekerjasama dengan parti-parti pembangkang di waktu itu seperti Gerakan, PPP (People's Progressive Party), SUPP dan juga PAS. Menurut Tun M, DAP pada masa itu juga dijemput untuk bersama, tetapi parti tersebut menolak.

8. Oleh itu, menurut Tun M, bukanlah sesuatu yang pelik sekiranya BERSATU bersedia bekerjasama dengan parti-parti pembangkang yang lain. Tun Razak bekerjasama dengan pembangkang pada waktu itu untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang kukuh.

9. Ini satu hujah yang amat menarik!

10. Jika kita imbas kembali, dalam Pilihanraya Umum 1969, Gerakan telah Berjaya menubuhkan kerajaan di Pulau Penang dengan merampasnya dari MCA. PPP pula hampir membentuk kerajaan di Perak (hanya kekurangan dua kerusi) manakala PAS pula membentuk kerajaan di Kelantan.

11.  Pada 1972, Gerakan dan PPP menyertai Parti Perikatan. Ianya kemudian diikuti oleh PAS. Akhirnya pada 1973, Barisan Nasional dibentuk. 

12. Oleh itu, jika pemimpin BN berkata tindakan BERSATU yang sedia bekerjasama dengan pembangkang adalah satu pengkhianatan kepada orang Melayu, bukankah ianya bermakna mereka berkata tindakan Allahyarham Tun Abdul Razak bergabung dengan pembangkang dalam membentuk BN juga satu pengkhianatan? Bayangkan jika DAP bersetuju untuk bersama BN ketika itu!

13. Bagi saya, ianya bukanlah satu pengkhianatan. Tetapi satu strategi politik yang ampuh untuk membentuk kerajaan yang kukuh dan stabil selepas negara melalui tragedi 13 Mei.
.
14. Sama-samalah kita fikirkan!

Dr Radzi Jidin
Hobart
Australia
27 Ogos 2016
 
 
 
Untuk FB Bicara Malaysia

Selangor optimis perkasa aliran pendidikan agama

Posted: 28 Aug 2016 04:02 AM PDT

HARAKAHDAILY


 


KUALA LUMPUR: Selangor optimis untuk terus menjana skop pendidikan negeri 2017 merangkumi aspek pembangunan madrasah integrasi tahfiz.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Jawatankuasa Agama Islam dan Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi negeri, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, jaminan tersebut bakal dizahirkan menerusi pembentangan Belanjawan 2017.

Katanya, untuk tempoh itu memang sudah ada persediaan bajet kerana sebelumnya, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ada maklumkan sejumlah peruntukan untuk pembangunan negeri 2017.

"Saya kira perkara ini juga tentu sekali melibatkan aspek pembangunan sekolah integrasi tahfiz seluruh negeri," katanya dipetik SelangorKini.

Beliau ditemui pada Majlis Pecah Tanah Pembinaan Kompleks Sekolah Rendah Islam Tahfiz Integrasi Sijangkang di pekarangan Masjid Jamiul Ehsani, hari ini.

Dalam pembentangan Belanjawan 2016 lalu, sejumlah RM6 juta diperuntukkan bagi tujuan pembangunan pendidikan aliran agama merangkumi prospek pendidikan untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Tamil dan Sekolah Agama Rakyat.

Sementara RM2 juta lagi diperuntukkan bagi Program Pendidikan Pengajian Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat akan menjadikan Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis).


Yang kaya terus kaya, yang miskin papa kedana; benarkah UMNO bela Melayu?

Posted: 28 Aug 2016 03:56 AM PDT

ariff (1)

Oleh Datuk Mohd Ariff Sabri

 
Satu masa dahulu ada seorang bekas menteri mengisytiharkan bahawa pendapatan purata rakyat Malaysia ialah RM5,900 sebulan. Semua orang, terutama pemimpin UMNO bersorak gembira. Inilah hasil perjuangan UMNO kata mereka. Setiap biji beras yang kita makan, adalah hasil perjuangan UMNO, jerit seorang pemimpinnya.

Saya faham konsep purata. Saya percaya ramai lagi yang faham konsep purata. Antara persepsi dan realiti, ada perbezaan besar.

Tapi angka yang disebut itu terlalu luar biasa. Ianya tidak dapat diterima sebahagian besar rakyat Malaysia.

 Jika seorang Syed Mokhtar masuk ke dalam kumpulan yang hendak dihitung, tentulah pendapatan purata semua orang akan meningkat. Pendapatan Syed Mokhtar seorang akan menaikkan pendapatan semua orang lain.

Sebenarnya, kesenjangan pendapatan antara yang terkaya dan yang termiskin makin melebar. Ertinya dalam bahasa mudah, yang kaya semakin kaya, yang miskin bertambah miskin.

Saya ke pasar minggu Raub, timbul satu soalan, bolehkah saya mendapat RM5,900 sebulan dengan menjual buah?

Perkara ini terjadi bukan sebab ianya kejadian dan peraturan masyarakat yang semula jadi. Ianya bukan ketentuan Tuhan. Tidak juga ia terjadi sebab rezeki secupak tidak jadi segantang. Kenapa orang kampung yang rajin berkerja masih mendapat pendapatan yang rendah?

Ia terjadi akibat dari institusi politik dan ekonomi. Institusi politik mengagihkan kuasa antara kumpulan-kumpulan dalam negara kita. Institusi ekonomi pula menentukan bagaimana sumber pengkayaan diagihkan dalam negara kita.

Kuasa terus berpusat dalam tangan orang atasan dan bangsawan- yakni golongan terpilih. Faedah ekonomi terus berpusat dikalangan yang berkuasa dan yang sedia kaya.

Pemimpin UMNO akan pergi ke merata kampung dan berkata; lihat dari segi purata, orang termiskin, yakni yang 40 peratus terbawah sudah bertambah pendapatan. Dasar kerajaan baik. Pilih dan sokonglah kerajaan. Kerajaan Najib jaga kebajikan rakyat. Najib jaga 30 juta rakyat Malaysia.

Angka purata dan angka peratusan tidak membawa kegembiraan pun kepada golongan Melayu termiskin.
Memang benar, jika kita banding tahun 2012 dengan 2014, pendapatan kasar purata Melayu 40 peratus terbawah meningkat sebanyak 40 peratus! Wow, itu besar!

Tapi dari segi pertambahan mutlak, pendapatan kasar purata untuk melayu 40 peratus terbawah hanya RM681 berbanding dengan pertambahan mutlak Melayu 20 peratus teratas sebanyak RM1,964.

Bagi kaum Melayu; meski dari segi peratusan, golongan Melayu yang 20 peratus teratas hanya bertambah 18 peratus pendapatan, realitinya, itu lebih baik untuk mereka. Melayu 40 peratus yang terbawah pula bertambah 40 peratus pendapatan. Namun, pertambahan 18 peratus lebih baik dari pertambaan 40 peratus. RM1,964 tentulah lebih baik dari RM681.

Saya yakin kalangan kaum Melayu yang membentuk 40 peratus terbawah mahukan pertambahan sebanyak RM1,964. Tentu, jika diberi pilihan, Melayu miskin mahukan pertambahan RM,1964 biarpun peratusannya kecil.

Demikianlah angka purata mengelirukan kita dan menyembunyikan realiti. Kesenjangan pendapatan antara yang miskin dan yang kaya terus melebar.

Apa peniaga pasar minggu dan pekan sehari di Bandar Raub, di Pekan Dong, di Sungai Ruan, di Bukit Koman, di Batu Malim, Felda Sungai Klau; semua mereka mahukan pertambahan mutlak. Angka purata tidak bererti apa-apa kepada mereka. Adakah kerajaan mahu dengar rintihan rakyat? – Roketkini.com


Perhimpunan Label Mahasiswa Dipromosi Penuhi Impian Tun M & Pakatan Harapan

Posted: 28 Aug 2016 03:32 AM PDT

 

 
maha


Label mahasiswa dipromosi dalam perhimpunan jalanan hari ini untuk mencapai impian Tun Mahathir Mohamad dan Pakatan Harapan.


"Kita dah tahu dan sedia maklum penganjuran perhimpunan ini adalah bukannya dari mahasiswa tetapi ianya dari pakatan pembangkang yang poyo mempergunakan nama Mahasiswa untul tarik perhatian orang ramai, ulas ASSU yang merujuk penggunaan banner perhimpunan #Tangkap MO1 yang menggunakan logo Pakatan Harapan.

Menurutnya, sebilangan besar peserta demonstrasi hari ini bukannya golongan mahasiswa, sebaliknya golongan tua yang sudah biasa terlibat dalam perhimpunan BERSIH sebelum ini.

"Tinjauan demo #tangkap MO1 yang sedang berlangsung kini menampakkan langsung tiada sambutan daripada kalangan mahasiswa seperti yang diwar-warkan oleh penganjur sebelum demo ini dilangsungkan.

"Malah, kebanyakan yang hadir juga merupakan golongan pertengahan usia dan ada diantaranya didapati sudah berumur.

"Ini tidak memungkinkan peserta demo yang didakwa majoritinya di kalangan mahasiswa dan boleh dianggap, ianya sebagai demo di kalangan penyokong parti pembangkang serta (parti) Pribumi," ulasnya.

tiga

Dakwanya, perhimpunan hari ini didalangi oleh tiga muka tua yang mendalangi perhimpunan BERSIH sebelum ini, iaitu Maria Chin Abdullah, Hishamuddin Rais dan Tian Chua.

Turut diulas pemakaian peserta perhimpunan perempuan yang berbaju oren.

oren

"Kalau dilihat dari pakaian yang dipakai ianya adalah warna kepada parti Mat Sabu, PAN.

"Sihat-sihat semuanya, penangan kerajaan zalim kot,"ulasnya lagi.

AIDCNews 17 Ogos lalu melaporkan Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah berikrar akan menganjurkan perhimpunan BERSIH 5 dalam masa terdekat sebagai menyahut seruan Tun Mahathir yang meminta pihak pembangkang menganjurkan perhimpunan jalanan menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak susulan kes saman sivil yang dibuat oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ).

Namun, jurucakap BERSIH itu berkata pihaknya belum memutuskan tarikh dan masa perhimpunan sepertimana yang disarankan Tun Mahathir itu akan dibuat.

Sementara itu, Hanisya Abdul Hamid pula melampirkan satu insiden pergaduhan di antara pemuda PKR (AMK) dengan Pemuda DAP (DAPSY) semasa perhimpunan tersebut.

"Dahlah kehadiran suam-suam kuku kurang mendapat sambutan … AMK dan DAPSY pula bergaduh sesama sendiri.

"Apa nak jadi weh!!!!," ulasnya.

PAS Akan Nilai Parti Pribumi Terlebih Dahulu Sebelum Bekerjasama

Posted: 28 Aug 2016 03:23 AM PDT







KUANTAN- PAS akan menilai dasar Parti Pribumi Bersatu Malaysia sebelum bersetuju untuk mengadakan kerjasama atau rundingan pembahagian kerusi pada pilihan raya umum ke-14.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata setakat ini, PAS masih tidak mempunyai sebarang hubungan dengan parti yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin itu.


"PAS menunggu pendaftaran parti baharu itu selesai dahulu. Tengok polisi parti sejauh mana yang boleh untuk kita bekerjasama atau tidak," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Tuan Ibrahim ditemui selepas meghadiri Majlis Penerangan dan Wacana Bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Pemimpin PAS Pahang di sini hari ini, yang disertai Pemangku Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Shamsun Baharin Mohd Jamil.

Beliau diminta mengulas kenyataan Muhyiddin baru-baru ini bahawa parti baharu itu akan mengadakan rundingan pembahagian kerusi dengan pembangkang sebaik sahaja pendaftarannya diluluskan Pendaftar Pertubuhan.

Dalam perkembangan lain, Tuan Ibrahim memaklumkan pendirian teguh PAS bersama SPRM dalam menangani rasuah dan berharap badan bebas itu akan terus berkhidmat tanpa rasa takut.

"Jika ada sahaja elemen rasuah, biar SPRM datang siasat. Sebagai sebuah parti yang membawa imej Islam, maka kita tidak boleh mempunyai elemen yang menjejaskan. Sebab itu kita mahu kerjasama dengan SPRM akan berkekalan," katanya – BERNAMA



 
 
 

#TangkapMO1: Respon terhadap gesaan Ali Tinju

Posted: 28 Aug 2016 03:15 AM PDT

MOHD FITRI ASMUNI
 
 
Tahniah kepada mahasiswa dan anak muda yang menganjurkan himpunan aman TangkapMO1Tahniah kepada mahasiswa dan anak muda yang menganjurkan himpunan aman TangkapMO1


Pertama sekali, saya nak ucapkan tahniah kepada mahasiswa dan anak muda yang menganjurkan himpunan aman #TangkapMO1.

Ia menunjukkan anak muda sudah berani, ada kesedaran dan celik terhadap isu politik tanah air.
Kedua, saya nak komen sedikit mengenai desakan Ali Tinju.

Bila Ali Tinju desak polis tangkap pelajar sertai demo, Ali Tinju mesti memenuhi 2 elemen dahulu: Pertama: Menyertai demo; Kedua: Demo.

Antara (1) Menyertai Demo dan (2) Demo, Ali Tinju perlu klasifikasikan elemen mana yang dianggap salah dan jenayah di sisi undang-undang samada Penal Code, Peaceful Assembly Act 2012 atau mana-mana undang-undang bertulis yang terpakai di Malaysia.

Adakah Menyertai demo itu yang salah atau demo itu sendiri yang salah ataupun kedua-dua elemen itu yang salah di sisi undang-undang.

Ini penting kerana pihak polis tidak boleh sewenang-wenangnya menangkap mana-mana individu dan rakyat Malaysia tanpa sebarang sebab yang dianggap jenayah di sisi undang-undang kerana mereka yang disalah tangkap atau tahan ["wrongful arrest and detained"] boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak polis yang menangkap mereka secara salah tersebut.

Ali Tinju juga tidak boleh sesuka hati mendesak pihak polis menangkap mana-mana individu dan rakyat Malaysia tanpa sebarang sebab yang beliau percaya salah dan jenayah di sisi undang-undang kerana Perlembagaan negara menjamin kebebasan bersuara dan berhimpun secara aman kepada setiap warganegara Malaysia.

Oleh itu, kita juga harus mendesak Ali Tinju kemukakan faktanya dalam masa 48 jam mengenai perkara di atas dan janganlah ikut cara Naib Ketua Pemuda UMNO, saudara Khairul Azwan Harun yang membuat laporan polis berdasarkan kepada andaian beliau semata-mata.

Negara kita bukan negara rimba. Negara kita ada undang-undang.

*  MOHD FITRI ASMUNI adalah Ketua Pemuda Amanah Perak.

Ini hanya permulaan kebangkitan mahasiswa, kata bekas pemimpin pelajar

Posted: 28 Aug 2016 03:15 AM PDT

MALAYSIA DATELINE
 
 
Anis Syafiqah bercakap kepada rakan-rakannya selepas mereka semua berkumpul di Dataran Merdeka.Anis Syafiqah bercakap kepada rakan-rakannya selepas mereka semua berkumpul di Dataran Merdeka.


Himpunan yang menghimpunkan lebih 2,000 peserta yang kebanyakannya terdiri dari para mahasiswa ini adalah permulaan kepada kebangkitan semula pelajar Malaysia.

Khairul Najib Hashim yakin ini permulaan baik untuk kebangkitan mahasiswa.Khairul Najib Hashim yakin ini permulaan baik untuk kebangkitan mahasiswa.Bekas pemimpin pelajar Universiti Malaya yang kini Ketua Komunikasi Pemuda Amanah Nasional, Khairul Najib Hashim berkata,
"Himpunan ini adalah permulaan kepada kebangkitan semula mahasiswa."

"Ia berlaku ketika rakyat sudah bosan dengan kerenah pemimpin yang korup dan memperbodohkan rakyat," katanya kepada Malasia Dateline.

Bagi beliau, sda dua cara mengubah pimpinan korup dan zalim. Yang pertama pilihan raya dan kedua jalan raya.

Hari ini, katanya, mahasiswa dan anak muda memilih jalan raya sebagai medan untuk mengubah kepimpinan kerajaan.

"Seperti contoh Indonesia, China dan negara-negara maju sekarang, mahasiswa yang menggerakkan rakyat dan memilih jalan raya sebagai jalan untuk perubahan," tegasnya penuh keyakinan.

Hampir semua kepimpinan pemuda Amanah nasional turun menyatakan solidariti bersama mahasiswa dalam himpunan hari ini.

Faiz Fadzil dalam perhimpunan #TangkapMO1 hari ini.Faiz Fadzil dalam perhimpunan #TangkapMO1 hari ini.Timbalan ketua Pemuda Amanah, Faiz Fadzil pula berkata, perhimpunan ini boleh dianggap berjaya kerana ia satu permulaan perhimpunan yang digembeling oleh mahasiswa sendiri.

"Alhamdulillah, himpunan berlangsung aman seperti yang dijanjikan," katanya ketika ditemui diperkarangan Dataran Merdeka.

Lebih 2,000 pelajar berkumpul hari ini ketika kesemua anak muda negara diserang sindrom fatiq atau lesu dengan politik negara.

Jurucakap Gabungan #Tangkap MO1, Anis Syafiqah Md Yusof dalam satu forum anjuran akhbar mingguan Amanah 24 Ogos lepas berkata, anak muda Malaysia kini diserang sindrom fatiq.

"Kami sudah tidak ada lagi biasiswa untuk menampung pelajaran kami. Kami kena buat pinjaman melalui PTPTN. Tamat je belajar, kami kena bayar balik. Peluang pekerjaan pula tidak ada," keluh Anis, pemimpin pelajar Universiti Malaya dalam forum itu.

Ketika perkara itu berlaku, parti-parti politik pula, katanya, bercakaran antara satu sama lain baik di kalangan pembangkang bahkan juga dalam kerajaan.

"Ia sebabkan anak muda letih dan tak mahu cakna politik. 'fatique syndrome', mereka tidak mahu terlibat atau ambil tahu hal politik. Inilah realitinya, anak muda letih dengan krisis yang ada," kata Anis.

Untuk memecahkan kebuntuan inilah, kata Anis, beliau dan rakan-rakannya bangkit untuk berbuat sesuatu.

Wang hilang akibat skandal 1MDB boleh biaya mahasiswa 15 tahun

Posted: 28 Aug 2016 03:11 AM PDT

MALAYSIA DATELINE
 
 
Perhimpunan TangkapMO1. Foto Malaysia Dateline oleh Wan Zahari SallehPerhimpunan TangkapMO1. Foto Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Salleh


Jumlah wang yang diselewengkan akibat skandal 1MDB boleh digunakan untuk menampung perbelanjaan mahasiswa untuk sekurang-kurangnya 15 tahun.

Ketua Sosialis Muda DAP (DAPSY), Wong Kah Woh ketika berucap di perkarangan Masjid Negara sebelum berarak ke Dataran Merdeka semalam berkata, dana yang didakwa dicuri itu sepatutnya disalurkan kepada mahasiswa yang memerlukan dana untuk melanjutkan pelajaran.

"Tapi sebaliknya pula yang berlaku, pinjaman PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara) pula tidak diberikan sepenuhnya," kata Adun Canning itu.

Roketkini melaporkan dalam perhimpunan di ibu kota itu, sekitar 3,000 individu dari pelbagai latar kaum, agama dan peringkat usia hari ini berarak ke Dataran Merdeka bagi menuntut supaya individu yang dikaitkan dengan penyelewengan dana awam 1MDB diberkas.

Perhimpunan #TangkapMO1 itu bersurai secara aman petang tadi setelah dikendalikan sejak tengah hari tadi sepenuhnya oleh sekumpulan mahasiswa. Ia turut disertai dan disokong oleh penggiat seni tempatan, aktivis dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta pemimpin parti politik.

Sasterawan Negara yang juga anggota DAP, Pak A. Samad Said pula berkata, beliau 'merestui' perhimpunan yang diadakan itu.

"Apa yang saya banga, buat kali pertama, sesudah beberapa dekad (yang lepas), mahasiswa bangun," katanya.

MO1 atau Malaysia Official 1 yang disebut sebanyak 36 kali dalam saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat lebih satu bulan lalu bagi menyita aset bernilai US$1 bilion yang didakwa dicuri daripada IMDB itu dipercayai ramai pihak sebagai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ekoran pendedahan itu, perhimpunan petang tadi menuntut supaya Perdana Menteri mendedahkan identiti MO1, sekaligus menafikan tuduhan pelbagai pihak terhadap beliau.

Perhimpunan berakhir setelah jurucakap Gabungan Tangkap MO1, Anis Syafiqah melakukan gimik meletakkan patung MO1 ke dalam sebuah sangkar.

Patung yang kelihatan seakan-akan Perdana Menteri itu turut dipamerkan bersama patung-patung mirip Jho Low, anak tiri Najib Riza Aziz dan ibunya Datin Seri Rosmah Mansor

Selagi Najib diamkan diri perhimpunan #TangkapMO1 tidak akan berhenti

Posted: 28 Aug 2016 01:15 AM PDT

INTAN NURIDAYU


IMG-20160827-WA0020


KUALA LUMPUR: Gerakan Mahasiswa yakin perhimpunan #TangkapMO1 yang diadakan di Dataran Merdeka hari ini bukan yang terakhir.

Menurut Sharan Raj, 23, yang merupakan mahasiswa tahun tiga jurusan kejuruteraan di sebuah pusat Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), walaupun jumlah bilangan peserta yang hadir hari ini iaitu sebanyak 7000 orang tidak mencapai jumlah yang mereka anggarkan sebelum ini tetapi ia tidak bermakna mereka akan berhenti setakat ini sahaja.

"Kita mendesak pihak berkuasa supaya tangkap MO1 (Malaysian Official 1) kerana individu tersebut telah mencuri dan merompak duit kami sehinggakan mahasiswa dan mahasiswi pada masa kini terpaksa menanggung beban hutang PTPTN.

"Sedangkan 'mereka' (merujuk kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak) bersenang lenang dengan keluarganya di Amerika Syarikat menggunakan duit rakyat.

"Sebab itu, kita nak desak pihak berkuasa tangkap MO1 ini dan masukkannya ke dalam penjara dan bawa ke muka keadilan," katanya ketika ditemui pemberita sebaik tamat perhimpunan tersebut.

Difahamkan, perhimpunan hari ini diadakan bagi mendesak pihak berkuasa menahan individu yang telah dinamakan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) sebagai Malaysian Official 1 (MO1) kerana didakwa terlibat dalam penyalahgunaan dana syarikat 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kumpulan mahasiswa ini telah mula berarak bermula jam 2 petang tadi bermula di Sogo menuju ke Dataran Merdeka.

Turut kelihatan adalah beberapa pemimpin dari parti Pakatan Harapan.

Selain itu, Sharan Raj turut memberitahu sekiranya MO1 yang dinyatakan oleh DOJ itu bukannya Najib, beliau sepatutnya tampil menjelaskan dan bukannya hanya mendiamkan diri.

"Kalau betul tak salah dan beliau (Najib) dakwa tak bersalah, okay, tunjukkan bukti, yakinkan kepada rakyat beliau bukan MO1, tapi kalau betul beliau salah, saya minta beliau serah diri pada pihak berkuasa serta merta kerana saya beri amaran, anak muda kini terutama sekali mahasiswa mahasiswi tidak akan berdiam diri lagi," ujarnya.

Tak payah tunjuk hero tak bertempat, kata Tok Him

Posted: 28 Aug 2016 01:15 AM PDT

Datuk Ibrahim Ali


Saya merujuk kepada isu siapakan yang menandatangani perintah tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Tauddin Rahman berkata orang yang menurunkan tanda tangan untuk arahan penahanan adalah Menteri Dalam Negeri.

Perkara pokok atau asas bagi seseorang yang ditahan di bawah ISA adalah dibuat atas cadangan pihak keselamatan yang membuat pemantaun.

Hasil pemantauan itu dibincangkan di kalangan angota jawatan kuasa yang terdiri daripada pihak polis di bawah pengawasan Ketua Polis Negara adan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri.

Merekalah yang membuat cadangan dan secara formaliti, ianya ditandatangani menteri atau timbalannya.
Siapa menurunkan tanda tangan hanya proses formaliti tetapi pembuat keputusan adalah pihak bertangung jawab kepada keselamatan.

Seseorang kena faham, inilah prosedur atau operasinya. Kepada Tajuddin tak payahlah nak tunjuk terror atau nak mengutuk Dr Mahathir.

Paling tidak, Dr Mahathirlah orang yang memberi nyawa politik kepada Tajuddin selepas tiga kali saya berjumpa beliau untuk merayu bagi pihaknya.

Saya juga bangkit tiga kali di mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno agar Tajuddin diterima kembali menjadi ahli umno.

Anwar Ibrahim ketika itu timbalan presiden dan pengerusi pengurusan Umno naik radang kepada saya kerana membela Tajudin semasa mesyuarat MT.

Tidak ada sesiapa yang menyokong saya waktu membela Tajudin. Akhirnya Dr Mahathirlah yang berkata: "Kita terimalah Tajuddin Rahman" dan semua orang diam.

Selepas itu menjelang pilihan raya umum 1999 (kalau tak silap saya), sekali lagi saya berjumpa Dr Mahathir untuk melobi agar Tajuddin dipilih menjadi calon PRU.

Akhirnya Tajuddin dapat bertanding di DUN Sungai Manik.

Moral apabila saya bangkitkan perkara ini, biarlah ada rasa hormat Tajuddin pada orang tua yang sebelum ini menolongnya walaupun wujud perbezaan pendapat.

Tak payahlah nak tunjuk hero secara tidak bertempat.

Kenyataan ini sekadar keluhan dan rasa terkilan saya, Tok Him.


DATUK IBRAHIM ALI ialah Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa

Khir Toyo kahwin lagi satu

Posted: 28 Aug 2016 01:15 AM PDT

Bernama


Bekas menteri besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo hari ini melangsungkan perkahwinan kedua bersama pasangannya, seorang penjawat awam, Christine Zanitrah Abdullah.

Difahamkan Dr Mohamad Khir, 51, dan pasangannya Christine Zanitrah atau nama asalnya Christine Tan, 39, yang memeluk agama Islam pada April lepas, melangsungkan perkahwinan mereka di satu majlis dalam negara.

"Perkahwinan kedua Dr Mohamad Khir itu berlangsung di dalam negara, Christine Zanitrah merupakan penjawat awam di Putrajaya," kata sumber terdekat dengan Dr Mohamad Khir kepada Bernama.

Sumber tersebut turut mengirim beberapa keping gambar Christine Zanitrah pada majlis itu, yang memakai busana pengantin rekaan pereka terkenal Datuk Radzuan Radziwill.

Perkahwinan pertama Dr Mohamad Khir bersama Zaharah Kechik pada 1990 dan mereka dikurniakan tiga orang anak.-Bernama

Penjawat awam rasuah musuh sebenar negara

Posted: 28 Aug 2016 01:03 AM PDT

rasuah
Gambar hiasan


SHAH ALAM - Penjawat awam yang menjadikan amalan rasuah sebagai pemenuh kocek adalah musuh sebenar negara yang harus ditentang.

Mereka ini adalah individu yang sudah dipertanggungjawabkan untuk menguruskan segala urusan di dalam negara namun bertindak seperti musuh dalam selimut.

Pengerusi Yayasan Keprihatinan Komuniti Malaysia (MCCF), Halim Ishak berkata, gejala rasuah seharusnya dijadikan musuh oleh penjawat awam dan bukannya menjadikan aktiviti negatif itu sebagai teman rapat.

Mengambil contoh tiga penjawat awam, dua daripadanya bergelar datuk dan datuk seri yang ditahan baru-baru ini, Halim berkata, apa yang berlaku itu menunjukkan mereka merupakan individu yang tewas dengan godaan duniawi.

"Kehidupan mewah perasuah dan simpanan yang banyak dalam akaun bank masing-masing yang tidak masuk akal sama sekali itu akhirnya memakan diri sendiri seperti kata pepatah Melayu 'sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh juga ke tanah'.

"Inilah akibatnya kalau nafsu serakah telah menguasai diri, maka terjerumus dengan gejala rasuah yang akibatnya meringkuk dalam penjara dengan penuh kekesalan dan terpaksa menanggung malu seluruh keluarga dan gelaplah masa hadapan sehingga ke akhir hayat," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Katanya, disebabkan amalan korup itu, kerajaan dan rakyat menanggung rugi berbilion ringgit akibat sikap tidak bertanggungjawab serta rasa tamak segelintir kakitangan kerajaan yang terbabit dengan gejala itu.

"Mereka yang melakukan perbuatan rasuah ini adalah pengkhianat negara yang perlu dikenakan hukuman seberat-beratnya kerana dengan perbuatan terkutuk itu mampu merosakkan negara dan secara tidak langsung membuatkan rakyat menjadi derita," katanya.

Halim berkata, kegiatan membanteras rasuah ini bukan terletak pada bahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia semata-mata tetapi masyarakat juga perlu memainkan peranan tersendiri.

Katanya, masyarakatlah yang mampu memastikan gejala rasuah ini daripada tidak terus berlaku.

"Adalah menjadi harapan MCCF dan setiap warganegara Malaysia yang mahukan negara ini makmur dan aman sentosa, supaya SPRM membersihkan semua gejala rasuah terutama sekali melibatkan agensi kerajaan kerana penyakit yang paling ditakuti oleh rakyat selain daripada penyakit denggi ialah 'penyakit rasuah'.

"Dalam hal ini, 31.7 juta rakyat Malaysia perlu bersama-sama SPRM memerangi perbuatan jijik rasuah itu supaya kegiatan tersebut akhirnya dapat dibendung sekali gus meletakkan Malaysia pada kedudukan baik dalam senarai laporan CPI," katanya.


Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT