Rabu, 17 Ogos 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Polis Perlu Tangkap Nawawi Kerana Tuduh Agong Sebagai MO1

Posted: 17 Aug 2016 01:31 AM PDT

Polis digesa tangkap Nawawi selepas mendakwa 'MO1' merujuk Agong

Seorang peguam kanan hari ini menggesa polis menangkap Datuk Nawawi Ahmad selepas ahli Parlimen Langkawi itu mengaitkan Yang di-Pertuan Agong dengan "Malaysian Official 1" (MO1), ungkapan yang digunakan dokumen Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) yang mendakwa salah laku dan kecurian dana dari 1MDB.

Rosli Dahlan melahirkan rasa terkejut dengan Nawawi yang dianggapnya sebagai biadap terhadap Agong, dan berharap semua pihak mengutuk kenyataan itu.


"Tidak ada yang lebih gila dan keji daripada apa yang dikatakan dalam Facebook beliau (Nawawi)," kata peguam terkemuka itu.

Katanya, sekiranya peguam negara tidak bertindak, beliau sendiri akan membuat permohonan untuk mendakwa Nawawi demi mempertahankan institusi raja dan Perlembagaan Persekutuan.

Dalam beberapa komen bersama pengguna Facebook, Nawawi berkata ungkapan "MO1" itu merujuk kepada Agong, dengan memberi alasan pegawai nombor satu negara menurut Perlembagaan Persekutuan adalah Agong.

"MO1 ialah Malaysian Official No 1. Mengikut perlembagaan negara, kerajaan negara ini dibentuk dari 3 entiti utama yang berasingan dan independent iaitu 1) badan kehakiman diketuai chief justice atau ketua hakim negara 2) badan perundangan parlimen diketuai Yang Dipertua Dewan, Tan Sri Pandikar dan 3) badan eksekutif diketuai oleh YAB Perdana Menteri.

"Semua ketiga-tiga badan ini bertanggungjawab pada DYMM Agong. Maka mengikut perlembagaan, MO1 ialah Agong," tulis Nawawi dalam Facebooknya baru-baru ini.

Beliau merujuk dokumen 136 muka surat DOJ bulan lalu membutirkan salah laku dan kecurian wang 1MDB, yang turut menyebut "MO1" sebanyak 36 kali.

Walaupun spekulasi mengaitkannya kepada perdana menteri, pemimpin Barisan Nasional (BN) berkata Datuk Seri Najib Razak tidak terlibat dalam siasatan DOJ itu.

Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan, bagaimanapun berkata hanya "orang bodoh" yang tidak tahu identiti MO1.

Dokumen DOJ itu antara lain menamakan anak tiri Najib, Riza Aziz dan jutawan Low Taek Jho. Rosli berkata dalam "mempertahankan sesuatu yang tidak boleh dipertahankan", Nawawi merasakan wajar memburuk-burukkan institusi raja.

"Inilah yang berlaku sekiranya keadilan dibelakangi dan keluhuran undang-undang dipijak. Kita tidak boleh biarkan kelakuan sebegini menjangkiti masyarakat semata-mata mahu membela pegawai yang rasuah," kata Rosli. -FMT

ULASAN GB

Kalau ya pun nak mengampu Najib janglah heret nama Yang Dipertuan Agong sebagai MO1.

Dah jelas dah MO1 itu merujuk kepada "seseorang yang merupakan ada tali persaudaraan dengan Riza Shahriz dan tak ada kena mengena dengan Yang Dipertuan Agong.


Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama sendiri mengungkapkan Najib sebagai Malaysian Offial 1.


Pihak polis sepatutnya tidak berdiam diri dan bersikap profesyenal tanpa pilih kasih. Tangkaplah segera ahli parlimen yang cuba mengkaitkan nama Yang Dipertuan Agong dalam kes 1MDB ini.


VIDEO BERKAITAN






FEATURED ADS


AMANAH Minta Semua Bekas Tokoh Negara Bela Perjuangan Rakyat & Tegur Najib

Posted: 16 Aug 2016 10:44 PM PDT

Parti Amanah Negara (AMANAH) ingin menyeru semua tokoh penting negara termasuk cendikiawan, budayawan, karyawan, seniman, ahli akademik, agamawan dan ahli politik supaya berani berdiri untuk meyuarakan pandangan mereka terhadap isu penyelewengan negara paling besar sejak merdeka iaitu 1MDB, demikian saran Timbalan Presiden AMANAH, Salehuddin Ayub.

Beliau yakin, tokoh-tokoh seperti bekas Ketua Turus Tentera, bekas Ketua Polis Negara, bekas Peguam Negara dan hakim-hakim, bekas Ketua Setiausaha Negara dan bekas kakitangan tinggi kerajaan yang lain telah berkhidmat dengan penuh integriti dan menamatkan karier mereka dengan moral yang sangat tinggi.


"Alangkah baiknya kedudukan mereka yang mulia dan tinggi di sisi masyarakat, dimanfaatkan pula untuk menjadi pembela kepada perjuangan rakyat dan negara khususnya dalam menegur pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang hari ini sangat kritikal ekoran skandal 1MDB," tambah Salahuddin dalam kenyataannya.

Pada 20 Julai, Jabatan Kehakiman AS memfailkan saman mahu menyita aset berkait 1MDB berjumlah AS$1 bilion, atas dakwaan kecurian wang dan korupsi.

Siasatan beberapa agensi Malaysia seperti PAC, BNM dan lain-lain ke atas syarikat milik negara itu bagaimanapun tidak diteruskan selepas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali memutuskan tiada salah laku melibatkan 1MDB dalam penerimaan wang RM2.6 bilion oleh Najib pada 2013.

Salehuddin menyatakan keyakinannya rakyat akan terus menyanjung mereka di atas jasa kepada rakyat dan negara. Oleh itu wajar untuk mereka mewujudkan satu gelombang baru dalam kelompok mereka sendiri yang pastinya akan dapat memberi kesan besar kepada kesedaran rakyat dalam mempertahankan maruah negara ini.

"Meskipun mungkin mempunyai pandangan politik berbeza, saya yakin, kita semua dapat bersatu dalam usaha menentang penyelewengan yang tiada tara ketika ini," katanya lagi.

ULASAN GB

Ada sebuah fenomena yang sangat jelas dan tertanam kuat pada masyarakat dan bangsa kita saat ini yaitu membiarkan kemungkaran terjadi dan malu untuk mencegah ataupun sekadar untuk menegur. Bahkan mungkin sekarang sudah mencapai taraf takut untuk mencegah atau sekadar menyampaikan sepatah dua patah kata untuk mencegah atau mengingatkan orang dari berbuat kemungkaran. Parahnya lagi hal itu semakin ditunjang dengan kondisi dan sarana yang cukup memadai untuk melakukan segala kemungkaran dan kerosakan itu terus berlaku.

Sedangkan kesemua tokoh-tokoh negara itu ada diantaranya telah pun menerima kesan dan implikasi ditukar, dibuang malah dipecat dari jawatannya.

Jadi kenapa membisu untuk mengungkap kebenaran di dalam membela hak rakyat?

Kewajiban mengubah kemungkaran ini juga telah dinyatakan oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam dalam salah satu hadith sahih:

مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ،
 فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ،  وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ
Artinya: "Barangsiapa di antara kalian melihat kemungkaran, maka ubahlah ia dengan tangan, jika tidak mampu, maka ubahlah dengan lisan, jika tidak mampu, maka dengan hati (dengan menunjukkan ketidak ridhaan terhadap kemungkaran tersebut), dan itulah selemah-lemah iman.






FEATURED ADS


Tiada ulasan: