Selasa, 16 Ogos 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Sungguh Tepat Kata Almarhum TG Nik Aziz: Tuhan Buat Husam Untuk Malaysia

Posted: 15 Aug 2016 11:34 PM PDT

Mereka patriot, wira rakyat, tokoh wartawan puji tindakan Husam dan Matthias

Tindakan Datuk Husam Musa dan Matthias Chang menyaman lapan pihak di Mahkamah New York, Amerika Syarikat mendapat pujian dari tokoh wartawan negara Datuk A Kadir Jasin.

"Tahniah dan terima kasih kepada Husam dan Chang kerana susah payah, pengorbanan dan risiko yang mereka tanggung mengemukakan saman sivil itu.

"Mereka adalah patriot dan wira rakyat," kata Kadir dalam tulisan di blog beliau malam tadi.


Husam dan Matthias membuat saman sivil melalui tuntutan 'class action' terhadap lapan pihak bagi mendapatkan gantirugi terhadap kehilangan wang negara melalui 1MDB.

Tindakan itu difailkan di Mahkamah Daerah New York Selatan pada Khamis 11 Ogos oleh peguam di Amerika.

Bagi Kadir, tindakan ini boleh memenuhi janji yang tidak ditunaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak, yang membuat ancaman untuk saman akhbar Wall Street Journal (WSJ) kerana kononnya memfitnah beliau.

Akhir Julai lalu, Jabatan Kehakiman Amerika (DoJ) kemukakan saman KARI (Kleptocracy Assets Recovery Initiative) ke atas lima orang termasuk anak tiri Najib, Riza Shahriz Abdul Aziz, di Los Angeles.

Kemudian, pada 13 Ogos media massa atas talian melaporkan yang dua orang rakyat Malaysia – peguam Matthias Chang dan wakil rakyat Husam Musa – telah juga mengemukakan saman ke atas Riza dan gengnya di New York.

Husam dan Matthias mengemukakan apa yang dipanggil "class action suit" yang bertujuan mendapatkan ganti rugi ke atas kecurian duit milik negara itu dan merampas harta benda yang dibeli dengan duit curi tersebut.

"Saman class action adalah sejenis saman di mana salah satu pihak yang terlibat adalah sekumpulan orang yang mewakili anggota kumpulan mereka. Ia berasal di Amerika Syarikat tetapi telah berkembang ke Eropah, Australia, New Zealand, Kanada, India dan Argentina," tulis Kadir, bekas ketua pengarang kumpulan akhbar The New Straits Times itu.

Chang dan Husam menamakan pengasas bersama syarikat perfileman Red Granite Pictures iaitu Riza dan Christopher Joey McFarland sebagai defendan.

Turut dinamakan adalah sahabat akrab keluarga Mohd Najib, Low Taek Jho atau lebih terkenal sebagai Jho Low, peguam cukainya, Debra Whelan Johnson dan bekas eksekutif kanan kumpulan kewangan Goldman Sachs, Timothy Leissner.

Juga dinamakan adalah Goldman Sachs and firma milik Johnson - Metropolis IX Capital Advisors LLC.

Husam dan Chang mengemukakan saman itu bagi pihak rakyat jelata Malaysia.

Menurut kertas mahkamah, Chang dan Husam mendakwa defendan secara sedar menggunakan duit yang dicuri daripada 1MDB untuk faedah peribadi termasuk mengadakan majlis suka ria untuk bintang filem Hollywood, Leonardo DiCaprio dengan tujuan mengambil hati beliau.

DiCaprio memegang watak utama dalam filem "The Wolf of Wall Street" yang dibiayai oleh syarikat filem anak Rosmah Mansor.

Mereka mengemukakan enam tuduhan dan tuntutan ke atas defendan, tulis Kadir lagi. -MD

ULASAN GB

Datuk Husam Musa, sekalipun telah dipecat dari PAS selaku bekas Naib Presidennya, Husam masih terus gigih berusaha untuk rakyat Malaysia. Kali ini beliau bersama bekas peguam Tun Mahathir mengemukakan saman bagi pihak rakyat Malaysia untuk mendapatkan ganti rugi ke atas kecurian duit milik negara itu dan merampas harta benda yang dibeli dengan duit curi tersebut.

Banyak pihak memuji tindakan Husam bersama Matthias, termasuklah wartawan veteran di atas, A.Kadir Jasin. Mereka berdua dianggap "wira rakyat" kerana susah payah, pengorbanan dan risiko yang mereka tanggung mengemukakan saman sivil itu.

Kecuali PAS. PAS tidak tahu menilai Husam malah tidak menghargai permata-permata yang ada di dalam partinya. Mereka dibaruakan, ditololkan, dihalau keluar, dipecat malah segala macam makian dan kecaman dihamburkan terhadap mereka.

Namun hukum kebenaran dan keadilan tetap berjalan. Permata itu tetap permata walaupun dimana ia berada.

Sungguh tepat kata-kata Almarhum TG Nik Aziz, bahawa Husam dibuat untuk Malaysia, bukan sekadar untuk negeri Kelantan.






FEATURED ADS


Tiada ulasan: