Ahad, 14 Ogos 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Muhyiddin Minta Najib Akui Kesilapannya

Posted: 14 Aug 2016 12:33 AM PDT

Akui kesilapan kamu, Muhyiddin beritahu Najib

Sebagai pemimpin yang bertanggungjawab, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak hendaklah mengakui kesilapan yang pernah dilakukannya, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bekas timbalan Najib itu berkata, bekas bosnya itu tidak seharusnya bertindak sebaliknya dengan berpura-pura kononnya semua dalam keadaan baik.

"Presiden Umno terpalit dalam banyak skandal yang saya boleh katakan mencecah perkadaran global, inilah yang menjadi keprihatinan setiap rakyat Malaysia.


"Kamu sedang duduk di kerusi itu, jadi, menjadi tanggungjawab kamu untuk melindungi kepentingan negara," kata Muhyiddin lagi.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan kempen menderma darah di sebuah pusat membeli-belah di Kuala Lumpur, hari ini.

"Jika kamu hadapi masalah hari ini, kamu harus akui kesilapan yang dibuat. Bukan lagi rahsia. Seluruh negara, seantero dunia tahu mengenainya," ujar beliau lagi.

Kira-kira dua bulan yang lalu, mesyuarat Majlis Tertinggi Umno memutuskan untuk memecat Muhyiddin bersama-sama bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhkriz Mahathir daripada parti itu.

Pengumuman pemecatan itu dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku presiden Umno yang berkata keputusan berkenaan dicapai sebulat suara.

Kata Najib, tindakan kedua-dua mereka berkempen bagi pihak pembangkang sehingga menjejaskan parti, begitu dikesali dan satu perbuatan tidak bertanggungjawab.

Susulan pemecatan beliau, Muhyiddin dilihat terus aktif menentang bekas bosnya itu dengan menyertai beberapa ceramah mengkritik Najib dan Umno.

Terbaru, Muhyiddin mendaftar parti politik baru, Parti Pribumi Bersatu Malaysia atau BERSATU yang menyasarkan untuk bertanding melawan Umno dalam pilihan raya umum akan datang. -mk

VIDEO BERKAITAN



ULASAN GB

Najib tidak mengaku mempunyai apa-apa kaitan dengan 1MDB dan tidak mengaku MO1 itu adalah dirinya. Gabenor Bank Negara yang baharu, Datuk Muhammad Ibrahim menyatakan kes 1MDB ditutup walaupun kerajaan-kerajaan di seluruh dunia masih meneruskan siasatan ke atas kes berkenaan.

Begitu mudah mereka cuba melarikan diri dan memperdayakan rakyat namun hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Perencanaan Allah mengatasi perancangan manusia. Kebenaran tidak dapat diatasi oleh kebatilan. Yang bersalah akan pasti terhukum walaupun mendakwa sekalipun berlaku petir halilantar dia tidak akan mundur dari jawatannya. Itu mencabar hukum namanya dan mencabar Allah swt.

Kita tunggu sedikit masa lagi. Kita berharap mereka yang berkenaan sempat bertaubat.

Mereka hanya menunggu satu teriakan sahaja, yang akan membinasakan
tatkala mereka ketika itu mereka sedang berbalah-balah.

YaSin:49

Maaf. GB hanya mengingatkan sesama kita. Wallahu alam.



FEATURED ADS


Tiada ulasan: