Sabtu, 13 Ogos 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Malu Dengan Gelaran "PASIK", PAS Tukar Nama Kepada Gagasan Sejahtera?

Posted: 13 Aug 2016 01:26 AM PDT

Kerjasama PAS-IKATAN lahirkan Gagasan Sejahtera

PAS hari ini mengumumkan kerjasama politik parti itu bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) kini dikenali sebagai Gagasan Sejahtera.

Mengumumkan perkara itu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, perkara itu dipersetujui bersama antara kedua-dua parti dalam mesyuarat bersama pada 2 Ogos lalu bertempat di ibu pejabat PAS Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.


"Persefahaman politik ini menjadi satu gagasan baharu kepada lanskap politik negara yang menawarkan suatu pilihan yang lebih mantap kepada rakyat dengan menekankan kepada sebuah budaya berpolitik yang membawa kesejahteraan kepada rakyat keseluruhannya.

"Justeru rakyat tidak perlu terikat dengan dua pilihan jalur politik sedia ada yang mana satunya telah terbukti membawa budaya korup, kronisme, nepotisme serta kegagalan menguruskan pentadbiran negara iaitu blok Umno-BN.

"Satu lagi jalur politik menekankan budaya politik emosi, politiking melampau, permusuhan dan kemarahan membuta tuli dalam kalangan rakyat," kata Abdul Hadi dalam sidang media di ibu pejabat parti itu, sebentar tadi.

Hadir sama dalam sidang media itu ialah Presiden IKATAN, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir dan pimpinan kanan PAS yang lain.

Kira-kira lima bulan yang lalu, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan mengesahkan pembentukan "blok baru pembangkang" dengan mengadakan kerjasama dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN).

Pembentukan blok itu, katanya, telah "membuka ruang ke arah pembinaan kumpulan persefahaman" yang lebih tersusun.

"Pendekatan ini juga menuntut kami supaya bergerak di atas teras penyelesaian dan politik membina, di samping menolak budaya politik oportunis, kasar dan perkauman sempit," katanya.

Di atas prinsip itulah, kata Takiyuddin, maka pada hari ini "bermulalah satu kerjasama politik di antara PAS dan IKATAN.

Mengulas lanjut, Hadi berkata, pendekatan Gagasan Sejahtera akan membawa budaya politik matang dan sejahtera.

"Kita akan memperjuangkan kepentingan rakyat mengatasi kepentingan kelompok...menyokong kebaikan berasaskan kebenaran, bukan berasaskan pembinaan persepsi semata-mata.

Malu PAS dila kena perli di media soasial dengan nama tersebut. "Politik damai dan diplomasi serta politik berasaskan penyelesian bukan politik berasaskan permasalahan di mana objektif Gagasan Sejahtera adalah membawa penyelesian kepada pelbagai masalah yang dihadapi rakyat," katanya.

Oleh itu ujarnya, pendekatan budaya politik matang dan sejahtera ini memberi pilihan kepada rakyat yang telah bosan dengan budaya politik melampau sedia ada yang membawa kepada permusuhan dan ketidak stabilan sosial dan ekonomi.

ULASAN GB

Tak sedap agaknya nama PASIK (PAS-IKATAN), sebab dekat sangat dengan sebutan FASIK. Malu PAS asyik kena perli dengan gelaran tersebut. Lebih teruk pula dengan gelaran satu lagi yang tak sanggup GB tulis di sini, iaiatu cantuman perkataan "Jubah" dan "Bow-tie". Jadi kena cepat-cepat tukar nama jadi "Gagasan Sejahtera".

Baguslah, Tapi yang tak bagusnya ini. Presiden PAS menyebut:

"Justeru rakyat tidak perlu terikat dengan dua pilihan jalur politik sedia ada yang mana satunya telah terbukti membawa budaya korup, kronisme, nepotisme serta kegagalan menguruskan pentadbiran negara iaitu blok Umno-BN.

"Satu lagi jalur politik menekankan budaya politik emosi, politiking melampau, permusuhan dan kemarahan membuta tuli dalam kalangan rakyat,"

Yang satu tu dah betullah UMNO BN, terbukti membawa budaya korup, kronisme, nepotisme serta kegagalan menguruskan pentadbiran negara.

Tetapi peliknya dia menuduh blok yang satu lagi (Pakatan Harapan, walaupun tak disebut nama) sebagai budaya politik emosi, politiking melampau, permusuhan dan kemarahan membuta tuli.

Siapa sebenarnya yang mengamalkan budaya politik emosi, politiking melampau, permusuhan dan kemarahan membuta tuli kalau bukan PAS?

Siapa yang kuat memaki hamun dan sumpah seranah selama ini?



Siapa yang mengamalkan budaya politik emosi dan politiking melampau jika bukan PAS sendiri?


Siapa yang menimbulkan kekacauan di dalam himpunan-himpunan aman jika bukan PAS dan UMNO seperti yang berlaku di himpunan Anti-TPPA pada awal tahun ini dimana PAS mengambil kesempatan di demo tersebut memaki-hamun AMANAH?


Siapa mengamalkan budaya politik "permusuhan dan kemarahan membuta tuli" jika bukan PAS sendiri yang kini lebih menghampiri assabiyah dan budaya ISIS?

Perangai dan sikap ahli-ahli PAS telah menjadi lebih kasar dan hina kebelakangan ini sudah dapat kita lihat.

Bermula dengan menanam bibit kebencian kepada golongan professional dengan mengeboo mereka di dalam beberapa muktamar yang lepas, mengugut dan mengancam nya Safwan Anang, memaki hamun dan mengancam keluarga Ustaz Miqdad Zakaria, mengugut dan mengancam nyawa seorang aktivis AMANAH Terengganu, Othman Ismail, menghalau keluar golongan progresif dan kemudian menuduh mereka pengkhianat dan kini mereka membentuk cyber-trooper PAS untuk memakihamun kumpulan yang tak sehaluan dengan mereka di media-media sosial dengan alasan orang lain selain mereka menolak hudud, menjadi balaci DAP dan seumpamanya.






Ternyata, begitu ramai ahli PAS yang menghidap penyakit mental semenjak penubuhan AMANAH dan kelahiran Pakatan Harapan.

Yang pasti, hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Anda boleh menipu manusia, tetapi anda tidak boleh menipu Allah Yang Maha Esa. Bahawa PAS akan ditolak oleh rakyat kerana PAS telah menjadi sebuah parti ekstreme dan melampau, malah telah berada di dalam kesesatan yang amat nyata..




FEATURED ADS


Nak Bersatu, Teruskanlah, Tiada Siapa Yang Larang!

Posted: 12 Aug 2016 09:35 PM PDT

Apa salah Pas, Umno bersatu

SHAH ALAM – "Sekiranya DAP dan MCA boleh bersatu (menentang RUU 355), apa salah Pas dan Umno bersatu juga dalam isu yang sama, tegas Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Beliau menyifatkan perkara itu adalah berita baik yang ditunggu-tunggu setelah dahulunya Umno menentang, tetapi kini turut bersama menyokong pindaan Rang Undang-Undang (RUU) 355 atau RUU Persendirian Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah).

Nik Mohamad Abduh berkata, Pas dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam telah sepakat untuk menyeru seluruh ahli parlimen Muslim agar menyokong RUU355 ini.


"Ia adalah hari besar untuk Islam di Malaysia. Jika ada ahli parlimen bukan Islam turut menyokong, maka ia adalah bonus besar buat penyatuan dan kesejahteraan negara yang wajar dirayakan juga.

"Seperti saya tekankan di atas, sebagaimana Umno memerlukan masa untuk memahami, MCA dan DAP lagi-lagilah memerlukan masa," katanya menerusi catatan terbaharu di laman sosial Facebooknya, semalam.

Kenyataan itu berikutan tindakan MCA dan DAP yang dilihat bersatu hati menentang RUU355 yang dijelaskan oleh Nik Mohamad Abduh bertujuan memperkasakan kedudukan mahkamah syariah dalam sistem perundangan negara.

"Secara mudah, kedua-dua parti dominasi non Muslim itu mempunyai dua matlamat yang sama iaitu memastikan berkembangnya arus sekular yang menolak peranan ugama dalam politik negara dan keduanya, saling berebut undi non Muslim.

"Dengan membesarkan isu pelaksanaan hukum hudud melalui RUU355 ini, mereka cuba menggambarkan masa depan Malaysia yang gelap jika ianya diluluskan," ujarnya.

Malah, Ahli Parlimen Pasir Mas itu membidas DAP dan MCA pastinya akan bersatu sekiranya melibatkan soal hak dan tuntutan golongan LGBT.

"Saya tidak fikir pula jika hak dan tuntutan golongan LGBT diterima dalam negara, kedua-dua parti ini akan bersatu hati menentangnya.

"Dalam erti, memperkasakan perundangan Islam dalam negara adalah lebih bahaya dan menggelapkan masa depan negara berbanding kehadiran LGBT yang sedang berkembang menghancurkan dunia barat kini.

"Apa pun, saya memilih untuk melihatnya sebagai kejahilan yang perlu dilunakkan dengan proses pemahaman yang menagih sedikit masa yang lebih," katanya.

Nik Mohamad Abduh berkata, pemerkasaan sistem Islam yang menyeluruh dalam negara asalnya adalah perjuangan Pas yang tidak dikongsi oleh mana-mana parti politik sebelum ini.

"Dalam sistem perundangan Islam yang diimplementasikan melalui mahkamah syariah, titik-titik kelemahan adalah amat ketara. Pas sentiasa menyeru kepada islah yang menyeluruh. RUU355 adalah sebahagian daripadanya.

"Tujuan adalah jelas. Ia agar mahkamah syariah menjadi sebahagian daripada institusi dalam negara yang mendidik umat Islam agar hidup berguna sebagai hamba Allah dan menjadi warga negara yang baik.

"Hukuman agama nilainya adalah pada keberkesanan dan kejayaan mendidik dan mencegah kejahatan," katanya. Beliau berkata, Pas sentiasa mencadangkan dialog dan perbincangan yang sejahtera dan terbuka.

ULASAN GB

Siapa pulak yang halang PAS-UMNO untuk bersatu? Malah kita amat mengalu-alukan tindakan PAS untuk bersatu dengan UMNO bukan sahaja dalam isu RU355 malah, bersatu terus pun tak mengapa seperti yang diwarwarkan oleh Presiden PAS dahulu dengan gagasan Kerajaan perpaduan (Unity Governement).

Yang anehnya macai PAS yang berhempas pulas menafikan dakwaan wujudnya UG.

Walaupun kita pernah menyatakan bahawa Hudud dan RU355 hanyalah helah dan umpan UMNO untuk memisahkan PAS dari parti pembangkang yang lain dan untuk memusnahkan Pakatan Rakyat, tapi PAS, kerana kebodohan bersiasah, masih percaya kepada UMNO.

Walaupun PAS berpendirian bahawa parti mereka di bawah kepimpinan ulama, tetapi ulama tidak semestinya pandai mentadbir negara. Lihat sahaja bagaimana PAS hanya berupaya memerintah Terengganu cuma sepenggal.

Apbila kita membawa hal itu, melompat pula para macai PAS menyatakan bahawa PAS tewas kerana SPR tidak adil.

Dah jika kamu tahu SPR tidak adil, mengapa kamu bersekongkol dengan kerajaan UMNO BN? Mengapa tak turut sama di dalam himpunan BERSIH 4.0 dahulu yang mahukan pilihanraya bersih dan adil?

Masih hendak perjuangkan hudud. Apakah hanya itu semata-mata perjuangan PAS?

Nak keredhaan Allah pula jadi alasan. Kalau nak keredhaan Allah semata-mata maka lebih baik dari badan dakwah, bukan parti politik. Perjuangan parti politik hanya mendapat keredhaan Allah jika menentang pemerintahan yang zalim, bukan bersekongkol dengannya.

Itu yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w.

"Jihad yang paling afdhal adalah dengan berkata benar di hadapan pemerintah yang zalim."
[Riwayat at-Tirmidzi no. 2174, Abu Daud no. 4344 dan an-Nasa'ie no. 7834]

Kemudian beralih pula alasan dengan POLITIK MATANG. Jika politik matang jadi sandaran, tak berlaku peperangan diantara Rasulullah dengan kumpulan Quraisy di Mekah. Rasulullah boleh sahaja menerima pelawaan Abu Jahal dan Abu Lahab yang snaggup memberi dedak yang besar kepada Rasulullah saw.

Tetapi semua jenis dedak yang berupa pangkat, harta kekayaan dan jawatan-jawatan tersebut ditolak mentah oleh Rasulullah saw.

Mengapa Rasulullah saw menolak "POLITIK MATANG" (menurut tafsiran PAS), malah memilih untuk berperang dengan kaum Quraisy itu?

Sebabnya Rasulullah saw tahu kaum Quraisy itu mempunyai agenda tipu muslihat dengan dedak-dedaknya itu.

Kalau nak bersatu dengan UMNO. Teruskanlah. Ia lebih baik kerana akan lebih jelas diantara mereka yang benar-benar menentang kezaliman daripada mereka yang berpura-pura menentangnya tetapi sebenarnya bersekongkol untuk mempertahankan kezaliman tersebut.



FEATURED ADS


Tiada ulasan: