Isnin, 8 Ogos 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Dakwa terima RM90 juta dari Najib, PAS nak saman S'wak Report

Posted: 08 Aug 2016 01:02 AM PDT

MALAYSIAKINI


PAS hari ini mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap laman web Sarawak Report kerana mendakwa parti itu menerima RM90 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Timbalan presidennya Tuan Ibrahim Tuan Man berkata PAS menegaskan berita tersebut adalah palsu dan berniat jahat, selain agenda untuk terus mengaitkannya dengan Umno.

"Sarawak Report berbohong kononnya pimpinan tertinggi PAS menerima RM9O juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Tidak pasti apa matlamat fitnah laporan Sarawak Report ini selain hendak menggaitkan PAS dengan Umno.

"Apapun, PAS akan mengambil tindakan undang-undang ke atas laporan tersebut yang mempunyai niat jahat dan mencemar nama baik parti dan dasar Islam yang menjadi teras kepada perjuangan PAS," katanya pada kenyataan media.

Tambahnya, tindakan laman web itu menjejaskan dengan teruk kepercayaan orang ramai kepada semua laporan mereka selama ini.

Sabtu lalu, Sarawak Report menerbitkan artikel yang mendakwa Najib merayu PAS agar menjauhi gabungan pembangkang dengan sebanyak RM90 juta dialirkan kepada pemimpin tertinggi parti itu dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Sarawak Report yang berpengkalan di London dikendalikan oleh Claire Rewcasatle-Brown, yang didakwa Najib adalah sebahagian daripada konspirator untuk menggulingkan beliau daripada kuasa.

Laman web ini telah memainkan peranan penting dalam mendedahkan dakwaan salah guna 1MDB dan RM2.6 bilion dalam akaun peribadi perdana menteri.

Najib menafikan menyalahgunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi dan namanya dibersihkan daripada sebarang salah laku oleh Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali.

Bagaimanapun, Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) baru-baru ini memulakan tindakan undang-undang untuk merampas aset yang didakwa telah diperolehi dengan dana yang disalahgunakan daripada 1MDB.

Posted: 08 Aug 2016 12:59 AM PDT

Mahkamah Rayuan Syariah tolak rayuan Anwar

Posted: 08 Aug 2016 12:59 AM PDT

Anne Muhammad


LIHAT VIDEO DI SINI


Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur hari ini menolak rayuan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi meneruskan prosiding pertuduhan qazaf terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008 atas alasan dokumen tidak lengkap.

Perkara itu diputuskan oleh Hakim Datuk Seri Md Yusup Che Teh yang berkata pihaknya tidak menerima dokumen yang difailkan oleh pihak Anwar pada 21 Februari 2012.

Bagaimanapun, peguam yang mewakili Anwar, Rafiie Mohd Shafie berkata pihaknya akan membawa perkara itu kepada Yang di-Pertuan Agong bagi membolehkan rayuan qazaf itu diteruskan kerana pihaknya telah mastuhi segala syarat demikian.

Katanya, Anwar akan mengemukakan permohonan semakan semula dan membatalkan bantahan yang dibuat.

"Dalam masa dua minggu kita akan jumpa Yang di-Pertuan Agong dan memasukkan dua perkara iaitu menyemak semula dan membatalkan kenyatan yang telah dibuat," katanya kepada pemberita selepas prosiding itu.

Terdahulu Rafiie berkata pihaknya telah mengemukakan dokumen berkaitan melalui Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, Muhammad Khairul Nizzam Kassim bagaimanapun telah dihalang berbuat demikian.

Menurut semakan Malaysiakini ke atas dokumen yang dimiliki oleh Rafiie menunjukkan mereka mempunyai dokumen yang dicop oleh pihak pendaftar bagaimanapun dokumen yang sama tidak sampai kepada hakim.

Sementara itu, Anwar ketika ditemui pemberita turut mempersoalkan mengenai dokumen yang tidak sampai ke tangan hakim itu.

"(Kita) gagal di mahkamah syariah, cara dia hanya merayu pada Agong kerana kita daftar pada pendaftar tapi record pendaftar tak ada," soalnya.

Anwar kini berhadapan hukuman lima tahun penjara kerana didapati bersalah meliwat Saiful Bukari setelah mahkamah persekutuan mengekalkan keputusan mahkamah rayuan.

Anwar mengemukakan tuntutan qazaf terhadap Saiful Bukhari yang gagal mengemukakan empat orang saksi dalam sabitan pertuduhan kes liwat pada 2008 itu.



Parti baharu: Selamat datang ke gelanggang politik

Posted: 08 Aug 2016 12:40 AM PDT


Parti baharu: Selamat datang ke gelanggang politik
Adnan (duduk, tengah) bersama AJK Pemuda Umno Lipis selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Lipis di Bangunan Umno Lipis di sini, hari ini.‎ - Foto Sinar Harian


KUALA LIPIS - Kedudukan Umno tidak akan tergugat dengan penubuhan parti politik baharu dan yakin rakyat akan terus memberikan sokongan kepada parti keramat berkenaan.

Demikian kata Pengerusi Umno Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob ketika diminta mengulas hasrat bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menubuhkan parti baharu dan akan menjadi sebahagian komponen pakatan pembangkang bagi menghadapi BN dalam PRU14.

Menurutnya, sesiapa sahaja boleh menubuhkan parti baharu dan sejarah menunjukkan parti berkenaan agak sukar mendapat tempat di hati rakyat.

"Tapi kita tidak tahu kali ini kerana parti baharu itu ditunjangi nama-nama besar seperti Tun Mahathir sendiri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

"Jadi kita tidak boleh menjangkakan ia (parti baharu) punya kekuatan. Walau apapun kita mengucapkan selamat datang ke gelanggang politik.

"Parti yang baik akan dapat sokongan rakyat...kalau pepatah orang putih ada kata 'tidak akan meninggalkan kapal' maknanya saya yakin orang Melayu tidak akan meninggalkan kapal mereka, iaitu Umno," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Lipis di Bangunan Umno Lipis di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Umno Bahagian Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad.

Adnan yang juga Menteri Besar Pahang berkata, sebagai parti keramat dan telah bertapak lama di Malaysia, Umno akan teruskan agenda mendekati rakyat.

"Apa juga cabaran yang datang pada kita akan terus diharungi tapi yang penting usaha mendekati rakyat akan terus dilakukan.

"Kita jangan mengata kepada orang lain...pilihan raya sudah hendak dekat, jadi ambil tahu masalah rakyat," katanya

Semua Adun hadir Sidang Dun Terengganu kecuali Hadi

Posted: 08 Aug 2016 12:33 AM PDT

SINAR HARIAN
Abdul Hadi Awang
Hadi Awang


KUALA TERENGGANU - Sidang Dun‎ Terengganu bagi penggal keempat bermula pagì ini dengan semua anggota dewan hadir kecuali Adun Rhu Rendang, Datuk Seri Hadi Awang.

Sidang bermula 9.30 pagi itu menjadi tumpuan berikutan pelbagai spekulasi berkaitan kemelut politik di Terengganu sejak beberapa hari lepas.

Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman yang tiba seawal jam 9.20 pagi kelihatan ceria apabila menghampiri kira-kira 300 penyokong yang menyatakan sokongan terhadapnya.

Semua Adun daripada BN termasuk Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said dan Adun Ajil, Ghazali Taib hadir.

Sidang yang dijadualkan berlangsung sehingga pukul 1 tengah hari turut menarik perhatian pelbagai perwakilan termasuk pelajar.Speaker Dun Terengganu, Datuk Mohd Zubir Embong ketika memulakan persidangan mengingatkan semua pihak supaya memilih ketenangan dan perdamaian serta mengelak permusuhan.

"Jagalah tatatertib yang berhormat, buatlah perkara yang baik untuk rakyat," katanya.

Pada PRU13, Terengganu dikuasai BN dengan majoriti tipis 17 kerusi, Pas (14) dan PKR (1).

Sementara itu Ahmad Said berkata beliau kini 'keseorangan' ketika ditanya sama ada beliau akan mengemukakan sebarang usul 'pelik' pada sidang berkenaan.

"Apa boleh saya buat, saya seorang sahaja," katanya yang ditemui pemberita sebelum persidangan bermula.
Beliau yang merupakan bekas menteri besar menjadi tumpuan ekoran tindakannya yang kerap mengkritik Ahmad Razif.

Laporan akhbar sebelum ini meramalkan beliau akan membuat usul pelik pada sidang Dun kali ini. - Bernama


Umno kurang popular di kalangan anak muda

Posted: 08 Aug 2016 12:31 AM PDT

Wartawan Sinar Harian
 


SHAH ALAM - Parti baru yang bakal dipimpin oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat tidak sekuat Umno namun ia mampu melemahkan parti Melayu itu dengan menarik sebahagian pimpinan cawangan selepas ini.

Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib berkata, pengundi muda yang terdedah dengan dunia siber sebahagian besarnya mula hilang sokongan pada Umno khususnya di kawasan bandar.

"Kedudukan Umno jelas kurang popular di kalangan pengundi muda mungkin menjadi penyebab utama mengapa Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin memberikan peringatan kepada ahli pemuda.

"Ini menunjukkan bahawa Khairy seorang pemimpin peka di mana Umno sedang berdepan defisit sokongan dan semua pihak tidak harus mengabaikan apa sahaja bahaya yang mungkin wujud," katanya kepada Sinar Online.

Sebelum ini, Khairy mengingatkan Pemuda Umno supaya tidak mengambil mudah penubuhan parti baharu oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dengan beranggapan parti kecil itu tidak akan bertahan lama.

[ARTIKEL BERKAITAN: 'Jangan anggap parti kecil tak bertahan']

Dalam pada itu, Md Shukri berkata, golongan berpendidikan tinggi serta profesional juga dilihat semakin jauh dari Umno malah gejala peminggiran oleh generasi muda amat merbahaya kepada pergerakan pemuda sebagai benteng pelapis parti berkenaan.

"Kewujudan lebih ramai pemuda yang tidak berparti adalah petanda bahawa kekuatan Umno bila-bila masa boleh tergugat jika langkah proaktif membina kesetiaan ahli tidak tercapai.

"Beberapa buah negeri yang dikuasai Umno mungkin akan terlepas kepada pembangkang jika gesaan Khairy tidak diambil peduli," katanya.

Tambahnya, Umno tidak seharusnya mengambil kira soal kerusi di Dewan Rakyat namun perlu memberikan perhatian serius kepada pergerakan akar umbi.

"Lompat parti secara tidak rasmi oleh ahli Umno kepada parti baharu boleh mengganggu jentera dan kekuatan di cawangan serta Pusat Daerah Mengundi (PDM)," katanya.


Ahmad Said: "Kalau orang serang, saya takkan biar"

Posted: 08 Aug 2016 12:28 AM PDT

Ahmad Said: "Kalau orang serang, saya takkan biar"


KUALA TERENGGANU - Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said tidak akan sesekali membiarkan mana-mana pihak menyerang beliau.

"Kalau orang serang saya, saya akan serang. Takkan nak biar," tegasnya ketika ditemui di perkarangan Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.

Ditanya berhubung usul dalam sidang Dun kali ini, beliau menjelaskan ia bergantung kepada situasi semasa.

Beliau turut menggambarkan tidak akan bertindak memandangkan semua pihak telah bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.

"Ia macam perang juga. Kalau orang bersiap sedia kita pun tak jadi, " katanya.


Nak Pokemon, tapi jumpa mayat

Posted: 08 Aug 2016 12:22 AM PDT

Nak Pokemon, tapi jumpa mayat
Foto yang dimuat naik di Facebook, Azmi Suarez. - Gambar FB Azmi Suarez


WOODLANDS - SINGAPURA. Fenomena permainan maya Pokemon Go, nampaknya telah membawa banyak kejutan, terbaharu seorang warga tempatan yang dikenali sebagai Azmi Suarez dikejutkan dengan penemuan satu mayat yang terapung berhampiran Jeti Woodlands dekat sini pada Ahad lalu.


Menceritakan tentang penemuan itu di Facebooknya, Azmi berkata ketika itu, dia sedang asyik bermain permainan itu di sekitar kawasan itu bagi mencari Pokemen Go, namun secara tidak sengaja dia ternampak mayat dalam keadaan terlingkup di jeti berkenaan.

Gambar mayat yang terapung dalam keadaan tertiarap itu kemudian dimuat naik azmi di laman Facebook miliknya,  sejurus kemudian.

Dalam pada itu, beliau turut memuat naik beberapa keping gambar di laman sosial Facebook peribadinya menggambarkan situasi di lokasi dekat Woodlands.

Sementara itu, menurut seorang warga Singapura yang hanya dikenali sebagai Lee, mendakwa ternampak mayat yang terapung itu sewaktu sedang berbasikal di kawasan tersebut sekitar jam 9.30 pagi.

Menurutnya, pada pemerhatiannya, mangsa tersebut  berkemungkinan seorang perempuan yang berusia dalam linkungan 30an.

Dia  turut menjadi saksi skuad penyelam membawa keluar mayat dari kolam.

Jurucakap Singapore Civil Defence Force (SCDF)  dipetik berkata, pihaknya mendapat panggilan sekitar jam 9.45 pagi berhubung penemuan mayat dalam keadaan terapung di Jeti Woodlands Waterfront.

"Ketika kami sampai di lokasi, skuad SCDF sedang mengeluarkan mayat secara manual.

"Mangsa diumumkan meninggal dunia oleh pihak perubatan," katanya dipetik sebagai berkata.
Foto yang dimuat naik di Facebook, Azmi Suarez. - Gambar FB Azmi Suarez


Mufti Perak: ‘Tidak perlu bincang’ lagi, Pokemon Go sudah jelas haram

Posted: 07 Aug 2016 05:25 PM PDT


DETIK DAILY  




IPOH — Dikhuatiri mempunyai unsur judi, mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menggesa semua negeri mengharamkan permainan maya di telefon, Pokemon Go.

"Perkara berkaitan pengharaman permainan ini saya ada ulas sejak minggu lepas lagi. Sebarang perkara yang melibatkan perjudian dan melalaikan, ia adalah haram.

"Bagi saya, pengharaman permainan ini perlu dibuat dan melibatkan semua negeri di Malaysia," katanya kepada Sinar Harian.
 
Menurutnya, tindakan itu perlu dibuat memandangkan permainan berkenaan dibimbangi mempunyai unsur perjudian selain mampu melalaikan masyarakat, termasuk umat Islam.

Beliau berkata perkara yang sudah sedia haram juga tidak perlu dibincangkan di peringkat jawatankuasa fatwa negeri seperti hukum yang jelas terhadap arak.

"Tidak perlu perbincangan sebab permainan itu sudah jelas haram dan bertentangan dengan Islam," katanya.

Wilayah Persekutuan pada 1 Ogos mengkaji permainan ini, yang menjadi kegilaan dunia sejak ia dilancarkan awal bulan lalu di Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand.

Pokemon Go, yang boleh dimainkan di Malaysia mulai semalam, dilarang untuk umat Islam atas faktor maslahah dan kemudaratan.

"Mengiyakan kuasa dan dewa tertentu yang mempunyai kuasa, dan ditambah boleh membawa kepada perjudian, maka kami berpendapat bahawa hujah, yang dikemukakan tentang hukum bermain Pokemon sebagai haram, mempunyai asas yang kuat.

"Manakala Pokemon Go pula, berdasarkan kes-kes yang sudah berlaku — pengintipan pihak luar, pencerobohan ruang peribadi, faktor keselamatan seperti kemalangan, kelalaian dan sebagainya," kata Datuk Zulkifli Mohamad kelmarin.

Mufti Pulau Pinang Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor menyifatkan permainan realiti berperantara Pokemon Go lebih banyak mendatangkan kemudaratan berbanding kebaikan.

Semalam, beliau dilaporkan berkata kajian Jabatan Mufti Pulau Pinang sebelum ini juga menunjukkan aspek negatif permainan itu melebihi perkara positif.

Bela ayam unik, petani ditawar beribu ringgit seekor

Posted: 07 Aug 2016 05:25 PM PDT

DETIK DAILY




BAGAN SERAI,  — Jika bercakap mengenai hobi, ada yang sanggup berhabis duit dan tenaga asalkan apa yang diminati dapat dimiliki.

Namun bukan semua hobi sekadar mengumpul untuk dijadikan koleksi atau pameran kerana terdapat orang yang menjadikan hobi sebagai sumber menambah pendapatan.

Itu yang dilakukan seorang petani dari Selinsing, Perak, Rosmah Mohd Yusof, 44, yang bermula dari minat membela binatang ternakan kini bertukar menjadi satu daripada sumber pendapatannya apabila membela dan menjual pelbagai spesies ayam yang sukar dan jarang ditemui.

Ibu kepada lima orang anak ini berkata antara spesies ayam yang ada dalam peliharaannya ialah ayam Serama, ayam Bahamas, ayam Mutiara, ayam Batam, ayam Sabung, ayam Gajah, ayam Kampung (baka asli) dan yang paling sukar ditemui ialah ayam Poland Jambul serta ayam Selasih.

"Minat membela ayam ni bermula apabila saya ke rumah sahabat saya dan melihat beliau membela ayam yang pelik rupanya berbanding ayam lain. Jadi dari situ minat tu datang dan saya beli ayam itu daripadanya.

"Bermula dengan sepasang kini dah beratus ekor saya kumpul dan bela dan jenis ayam yang saya bela semua yang jarang dan sukar ditemui kerana saya suka spesies yang pelik-pelik," katanya kepada Bernama ketika melawat haiwan peliharaannya di sini, baru-baru ini.

Pernah ditawar RM20,000 seekor

Rosmah berkata seawal memulakan hobinya itu ia sekadar minat biasa namun beliau tidak menyangka ia mampu menjana pendapatan tambahan kerana seekor ayam yang dibelanya mampu mencecah sehingga RM20,000 bagi seekor ayam.

"Ayam Poland Jambul selalunya dibeli oleh mereka yang gemarkan ayam hiasan bukan untuk lawan atau makan sebab ia cantik, seekor ayam itu jika sudah besar saya jual paling kurang RM2,000.

"Selain itu, ayam Selasih yang saya bela ini memang baka asli dan seekor ayam ini pernah ditawarkan harga RM20,000. Namun saya tak akan jual sebab ia memang sangat susah nak jumpa, sangat unik dan malah ada khasiat yang sangat bagus berbanding ayam lain," katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa bukan hasratnya untuk menjadi kaya dengan membela ayam-ayam itu. Secara kebetulan hobinya mengumpul ayam daripada spesies unik dan mendapat perhatian ramai.
Malahan tiada sebarang promosi atau iklan dilakukannya untuk menjual ayam itu.

Tidak semua pembeli datang terus ke rumahnya dan beliau juga tidak menjualnya di pasar atau dalam talian.

Bela ternakan lain

"Selain ayam untuk perhiasan saya juga ada bela haiwan ternakan lain seperti ayam kampung biasa, itik daging, itik serati, dan kambing, orang sekitar sini memang selalu datang untuk beli dan mungkin ada dalam kalangan mereka menyebarkan maklumat mengenai ayam peliharaan saya kepada orang lain," katanya.

Rosmah berkata pada mulanya agak sukar untuk membela haiwan-haiwan tersebut namun setelah lama-kelamaan pengalaman dan tunjuk ajar daripada beberapa pihak membolehkan beliau kini membela lebih 300 ekor haiwan ternakan.

Untuk masa hadapan beliau memohon agar pihak berwajib dapat membantu usaha beliau membesarkan reban ayam dan menambah bilangan haiwan ternakannya.

"Impian saya sekarang ini mahu membesarkan lagi reban dan kandang haiwan ternakan ini dan untuk itu saya perlukan lebih banyak modal kerana sebelum ini semua yang ada adalah hasil titik peluh sendiri.

"Saya juga memohon agar ada jabatan berkaitan dapat membantu memberi tunjuk ajar agar saya dapat membela haiwan ini dengan sistematik dan betul-betul jadikan ia sebagai sumber pendapatan utama saya," katanya. — Bernama

Pulau Pinang sedia patuhi peraturan jika...

Posted: 07 Aug 2016 05:23 PM PDT

SINAR HARIAN
Lim Guan Eng
Lim Guan Eng


GEORGETOWN - Kerajaan Pulau Pinang berjanji untuk mematuhi semua peraturan jika kerajaan persekutuan memberi persetujuan pada dasarnya bagi cadangan pembinaan jambatan ketiga.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, jambatan ketiga adalah projek multi bilion kerana ia melibatkan pembinaan utama dan kawasan yang luas.

Menurutnya, pada masa ini, kerajaan negeri membiayai kos kajian kemungkinan membabitkan RM305 juta yang dijadual siap awal tahun depan.

"Kita tahu penyelidikan perlu dijalankan seperti kesan penilaian alam sekitar (EIA) dan sebagainya. 

"Oleh kerana ia bukan murah, kami berharap Kerajaan Persekutuan akan bersetuju pada dasarnya supaya sumber kami tidak membazir," katanya selepas melancarkan Hari Hepatitis di Gurney Paragon di sini, hari ini.

Sebelum ini, Kementerian Kerja Raya melalui Menterinya Datuk Seri Fadilah Yussof, berkata perbincangan mengenai jambatan ketiga telah ditutup dan ia hanya akan dipertimbangkan semula sebaik sahaja kerajaan negeri mengemukakan laporan kajian kemungkinan kepada kementerian. - Bernama


Kontrak Zainal Abidin ditamatkan serta merta

Posted: 07 Aug 2016 05:17 PM PDT

Zainal Abidin Hassan
Zainal Abidin Hassan 
 
 
PERSATUAN Bola Sepak Selangor (FAS) mengambil keputusan untuk menamatkan kontrak ketua jurulatih pasukan berkenaan, Zainal Abidin Hassan berkuat kuasa serta merta.

Pengurus Pasukan berkenaan, Amirudin Shari berkata, keputusan itu diambil berikutan prestasi hambar pasukan berkenaan serta atas arahan daripada Presiden FAS, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Menurut Amirudin, tugas Ketua Jurulatih akan digalas oleh penolongnya, K.Gunalan sehingga satu tempoh yang ditetapkan selepas ini.

"Gunalan, iaitu penolong Ketua Jurulatih akan menggalas tugas berkenaan sehingga satu tempoh di mana FAS dan pengurusan pasukan mengenal pasti calon sesuai bagi mengemudi Selangor dalam menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Amirudin memaklumkan bahawa rombakan menyeluruh ke atas pengurusan FAS juga akan diumumkan pada Isnin ini (esok).

Sebelum ini, Azmin yang juga merupakan Menteri Besar Selangor memaklumkan bahawa pihaknya telah mengarahkan Amirudin dan penolongnya, Noor Hisham Mohd Ghouth untuk mengambil tanggungjawab sepenuhnya dan membuat rombakan segera ke atas pasukan tersebut.


Ahmad Said… oh… Ahmad Said

Posted: 07 Aug 2016 05:10 PM PDT


 
Oleh Suhaimi Almaniri


MENJELANG Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu yang akan berlangsung pada hari ini 8 Ogos , perhatian pemerhati politik dan media mula tertumpu kepada bekas Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said yang belum dipecat dari Umno.

Kelibat dan tindakan Ahmad Said sentiasa mencuri tumpuan dalam politik Terengganu dewasa ini. Sebelum ini Ahmad Said telah menolak pelantikan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang diumumkan Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman Razif selepas mesyuarat exco negeri baru-baru ini melibatkan pertambahan dan pertukaran tugas dalam usaha memantapkan pentadbiran negeri.

"Saya rasa sekarang ini saya lebih berminat bekerja secara sukarela daripada dibayar gaji sebab saya dah berpencen," katanya pada sidang media Pengerusi Persatuan Pribumi Perkasa (PERKASA) Dato' Ibrahim Ali selepas mesyuarat jawatankuasa PERKASA di Kuala Terengganu baru-baru ini yang mengumumkan pelantikan Ahmad Said sebagai yang dipertua PERKASA Terengganu menggantikan Dato' Ismail Samah.

Ternyata kesalahan yang dilakukan oleh Ahmad Said melakukan undi tidak percaya dalam sidang Dun pada tahun lepas tidak seteruk kesalahan Dato' Mukhriz Mahathir, mantan Menteri Besar Kedah yang bersekongkol dengan bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad, untuk menggulingkan Dato' Seri Najib Tun Razak.

Dipercayai, Umno tidak "berani" mengambil risiko untuk memcat Ahmad Said kerana akan memberikan kesan kepada kedudukan kerusi parti berkenaan dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu kerana akan mengakibatkan jumlah kerusi yang dipegang akan sama banyak dengan pembangkang iaitu 16-16.

Bekas menteri besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said dilaporkan pasrah jika beliau dipecat dari Umno ekoran kelantangannya mengkritik kerajaan dan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak ekoran wujudnya desakan daripada segelintir pihak yang memintanya dipecat kerana kelantangan mengkritik kerajaan dan membuat usul undi tidak percaya pada sidang Dun yang lalu.

Laporan Sinar Harian dipetik, Ahmad Said yang merupakan ketua Umno Kemaman berkata, sekiranya Majlis Tertinggi memecatnya dari parti, beliau akan akur dengan apa juga keputusan yang akan dimuktamadkan nanti.

"Saya tidak ada sebarang masalah dan akur terhadap apa juga keputusan yang dimuktamadkan kelak, cuma apa sahaja keputusan nanti akan memberi kesan kepada kedudukan dalam Dun.

"Pada masa sekarang, saya akan bertahan dan terus menumpukan tugas sebagai wakil rakyat untuk membela nasib penduduk walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai tohmahan buruk yang dilemparkan sesetengah pihak," jelasnya yang juga ahli dewan undangan negeri (Adun) Kijal.

Apa pun persoalannya, berjayakah Ahmad Said menukarkan Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif kepada orang lain seperti yang sentiasa disebut- sebut oleh beliau. Apa pun kita tunggu tindakan
selanjutnya dalam menggugat kerajaan Negeri Terengganu.

Apa pun, Kalam Perantau, menyarankan Anak- Anak Terengganu di perantauan, berpakaian hitam dan putih seperti bendera Terengganu pada majlis bersama Menteri Besar pada 6 Ogos nanti di Putrajaya.

Jika tidak ada apa-apa perkembangan selanjutnya pada 8 Ogos, nanti, mungkin Ahmad Razif Abdul Rahman bolehlah berpuas hati menamatkan khidmatnya sebagai Menteri Besar Terengganu sehingga Dun dibubarkan untuk pilihan raya nanti. Sama-sama kita tunggu…

Bukan senang jadi ganti yang pergi

Posted: 07 Aug 2016 05:07 PM PDT


 
Oleh Subky Latif 


TIGA pegawai tinggi yang dinamakan oleh seorang Pemuda Umno berkomplot hendak menggulingkan Perdana Menteri Najib adalah Tan Sri Gani Patail, Tan Sri Dr Zeti Aziz dan Tan Sri Abu Kassim telah pun ada ganti masing-masing.

Mereka digantikan bukanlah justeru aduan kepada polis oleh Pemuda Umno itu tetapi ia sudah diputuskan sebelum itu. Hanya Peguam Negara Gani Patail pergi bukan kerana kehendaknya, tetapi dua lagi Gabenor Bank Negara Dr Zeti dan Ketua Pesuruhjaya SPRM Abu Kassim memilih untuk tidak menyambung tugas atas pilihan sendiri.

Ketiga-tiga pegawai tinggi itu bukanlah yang dimaksudkan oleh Peguam Negara Amerika sebagai Pegawai Satu Negara dan Pegawai Kedua atau Ketiga Negara yang dikatakan terlibat dalam pencurian duit 1MDB. Mereka itu banyak rendahnya dari kerajaan Amerika sebut itu.

Tetapi ketiga-tiga mereka dicadangkan oleh kerajaan untuk menganggotai Jawatan Penyiasatan khas tentang skandal 1MDB itu ketika ia mula tercetus dulu. Bila kerajaan mencadangkannya tentulah ia datang dari Najib sendiri.

Mereka sudah pun tidak di tempat mereka dulu. Dua daripadanya Zeti dan Abu Kassim menempah nama yang baik di tempat perkhidmatan masing-masing bahkan telah menempah nama yang boleh dilegendakan. Cuma Gani Patail, satu nama masyhur tetapi tidak menjadi kehilangan sangat oleh umum bila dia dipaksa mengosongkan jawatannya. Maka tidaklah menjadi apa-apa cabaran orang yang menggantikannya. Apa pun dia adalah orang yang berjasa besar kepada setiap Perdana Menteri tetapi dikira tragedi bila Perdana Menteri setuju dia ditamatkan khidmat serta-merta.

Apakah dia ada nama dalam menegakkan keadilan adalah suatu yang tentu akan dinilai oleh umum tetapi pada setiap Perdana Menteri dia adalah laksana Hang Tuah kepada Raja Melaka. Tetapi begitulah Raja Melaka, boleh suka kepada yang disukainya dan boleh tidak suka kepada sesiapa sekalipun amat berjasa kepada baginda. Maka pengganti Gani tidak banyak cabaran untuk digantikan.

Tidaklah susah seperti ganti Hang Tuah. Hang Tuah sudah membuat jasa dan kesetiaan yang tiada samanya kepada Raja oleh sesiapa jua. Bagi Hang Tuah, Raja itu mungkin menyamai maksum. Payahlah bagi Hang Jebat untuk menyamai Hang Tuah dan Hang Jebat pun tidak berminat untuk menjadi macam Hang Tuah. Maka orang yang menggantikan Gani tidak ada cabaran. Buat khidmat yang sederhana atau sedikit baik saja, maka orang pun nyatakan positifnya.

Setakat selepas adanya jawatan Peguam Negara itu belumlah ada yang boleh dilegendakan. Setakat ini ganti Gani Patail belumlah diminati oleh sesiapa melainkan oleh orang-orang di bawah dagu Perdana Menteri. Akan tetapi Zeti dan Abu Kassim telah meninggalkan haruman yang semerbak kasturi. Sekalipun bau kasturi itu tidak seharum yang digunakan oleh Khalifah Umar Abdul Aziz R.A, tetapi ia sudah cukup harum.

Tidaklah mudah bagi sesiapa yang jadi Gabenor baru Bank Negara untuk menyamai nama dan imej yang ditinggalkan oleh Zeti. Banyak Gabenor Bank Negara sebelum Zeti, tetapi tiada yang dapat menyamai peninggalan Gabenor Tun Ismail Ali. Dan belum gabenor selepasnya diberi Tun. Mungkin Zeti tidak sama dengan Tun Ismail Ali tetapi Zeti adalah orang yang telah menempah nama yang baik di situ.

 Zeti sudah pergi tiada orang yang memberi perhatian kepada gantinya, kerana semuanya bimbang ganti itu terkena wabak gian dedak. Jika ganti Gani sama seperti lain-lain yang kenyang dedak, tiada apa yang menakjubkan gedung Peguam Negara, tetapi orang terasa jika ganti Zeti tidak mampu menyamai had buku lali Zeti.

Bukanlah saya hendak mengangkat Zeti berlebihan tetapi saya sekadar hendak menyatakan susahnya bagi ganti Zeti untuk mendapat kehebatan seperti Zeti.

Demikian juga dengan kerusi dan bilik yang ditinggalkan oleh Abu Kassim. Dia telah membuat kerja yang terbaik. Sekalipun dia menjalani rawatan yang teruk semasa Gani diberhentikan atas alasan kesihatan, tetapi Abu Kassim yang terganggu kesihatannya tidak dihentikan, sebaliknya Gani yang tidak diketahui sakitnya dihentikan.

Abu Kassim hari ini diganti oleh seseorang dari luar SPRM iaitu Tan Sri Zulkifli Ahmad, semua baik dari gedung SPRM dan di luar gedung SPRM memerhatikan apakah gantinya boleh menyamainya atau ia sama dengan had buku lali Abu Kassim.

Bukan Abu Kassim itu malaikat yang tiada sesiapa boleh menyamainya, tetapi zaman orang mabuk dedak sekarang, tidak orang yang dipercayai tidak mabuk dedak melainkan orang itu membuktikan dia tidak mabuk dedak.

Ganti Zeti dan ganti Abu Kassim memang boleh trauma bagi menghadapi bau kasut yang ditinggalkan oleh kedua orang yang boleh satu hari nanti dikira legenda.

Sekarang orang memerhatikan KPN Khalid Abu Bakar, seorang yang dikira handal dan ada watak yang menaik. Tetapi sehebat mana pun Khalid tetapi merasa tercabar untuk menjadi KPN yang sehebat Tun Hanif Omar.

Tun Hanif Omar adalah Ketua Polis Negara yang menempah nama tersendiri. Dia cuti belajar setelah agaknya merasa jenuh berkhidmat. Semasa kerusi KPN ditinggalkannya kerana mengaji undang-undang di England, meletup kes Memali yang mengorbankan 14 jika termasuk as-Syahid Ibrahim Libya.

Tun Hanif pun balik ke Kuala Lumpur untuk mengetahui akan apa yang berlaku. Lepas itu tidak diketahui dia balik meneruskan pengajiannya kerana kerja Ketua Polis Negara itu terpaksa disambung semula.

Ramai KPN selepas Tun Hanif Omar tetapi belum seorang pun yang menjadi Tun. Bukan dia tidak boleh disamainya tetapi khidmatnya yang cemerlang sukar disamai oleh orangorang selepasnya.

Kita mungkin teringat kepada cendekiawan Aminuddin Baki yang menjadi Ketua Penasihat Pelajaran dalam tahun 60-an.

Dia seorang yang kempen bagi orang Melayu menguasai pelajaran yang setinggi dan seramairamainya.

Sejak semasa menuntut dia menjalankan kempen. Setelah tamat universiti, dia memilih untuk mengajar di SITC dekat Tanjung Malim telah melatih guru-guru Melayu. Sedari situ dia jadi Ketua Penasihat Pelajaran. Dia tidak memilih untuk jadi Pegawai PTD. Dia menempah kerusi legenda dalam perkhidmatan.

Justeru perjuangannya adalah besar dan khidmatnya juga cemerlang, setelah dunia ini ditinggalkannya dalam tahun 60-an, sampai hari ini belum ada penasihat pendidikan yang mendapat sanjungan umum seperti yang diberi kepadanya.

Bukan pegawai yang selepasnya tidak baik, tetapi kerana nama dan jasa yang besar yang ditinggalkan, menjadi cabaran yang sukar disaingi oleh orang-orang selepasnya.

Macam Tunku Abdul Rahman Putra. Dia menempah nama besar sebagai pemimpin Umno, Perdana Menteri dan pembentukan Malaysia.

Adalah sukar bagi Perdana Menteri selepas untuk menyaingi kehebatannya. Tun Razak dan Tun Hussein Onn tidak dapat capai kehebatannya. Dr Mahathir mungkin yang terhandal selepasnya.

Maka inilah cabaran yang dihadapi oleh ganti Zeti dan Abu Kassim. Mereka terpaksa berkhidmat kiranya tidak lebih baik daripada yang pergi itu biarlah sumbang dengan sumbangan mereka.

Tiada ulasan: