Nuffnang

Pengikut

DIALOG RAKYAT

sumber :-

DIALOG RAKYAT


Exco FAM letak jawatan, itu hak masing-masing, kata Hamidin

Posted: 06 Aug 2016 07:14 AM PDT

 FREE MALAYSIA TODAY

 
Setiausaha agung FAM berkata terserah kepada exco untuk mengikut jejak langkah presiden meninggalkan persatuan bola sepak itu, atau tidak.


hamidin-mohd-amin_fam_600


KUALA LUMPUR: "Tunggu saja keputusan Mesyuarat Exco pada 15 Ogos ini," kata Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin.

Tanpa mahu mengia atau menafikan spekulasi semua exco FAM akan meletak jawatan beramai-ramai untuk mengikut jejak presiden, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Hamidin berkata ia hak individu masing-masing.

"Sama ada mereka mahu ikut jejak langkah presiden, saya tidak pasti kerana itu hak individu.

"Mungkin pada 15 Ogos ini mereka akan putuskan. Pada pendapat saya, kita ini negara demokrasi dan masing-masing ada hak," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Kejohanan Bola Sepak Tujuh Sebelah Kelab Diraja Selangor (RSC) di Bukit Kiara, di sini hari ini.

Tengku Abdullah sebelum ini menyuarakan hasratnya mahu meletak jawatan dalam badan induk sukan bola sepak negara itu.

Hamidin berkata semua barisan Exco yang ada masih boleh memegang jawatan masing-masing sehingga tamat penggal mereka pada 2018.

Katanya, mengikut Perlembagaan FAM yang diiktiraf Pesuruhjaya Sukan, Konfederasi Bola Sepak Asia dan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), mana-mana pemilihan yang ingin dilakukan dalam FAM perlu dibuat empat tahun sekali.

Beliau berkata menurut Artikel 29 perlembagaan persatuan, mesyuarat agung luar biasa (EGM) boleh diadakan sekiranya satu per lima anggota gabungan mengusulkannya atau exco sendiri mahu pemilihan diadakan sama ada bagi jawatan presiden atau keseluruhannya.

"Jika pemilihan awal mahu diadakan, perlu dinyatakan secara spesifik tentang apa yang mahu dibincangkan dalam EGM tersebut sama ada ia hanya pemilihan jawatan presiden atau keseluruhannya, dan tidak boleh dibincangkan hal lain," katanya.

Sementara itu, Hamidin berkata mesyuarat agung tahunan (AGM) FAM akan diadakan pada 15 September ini, untuk membentang dan meluluskan laporan kewangan dan laporan tahunan sepanjang 2015.

Mengenai formula yang dinyatakan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin sewaktu pertemuan dengan FAM pada Khamis lepas, Hamidin berkata ia akan turut dibincangkan dalam mesyuarat itu nanti.

"Pertemuan bersama menteri tempoh hari hanya satu perjumpaan dan tiada apa-apa perkara yang diputuskan," katanya.

BERANIKAH NAJIB?

Posted: 06 Aug 2016 05:44 AM PDT

shahbudindotcom

 



Semalam, dalam wawancara dengan sebuah televisyen Indonesia, Najib Razak sekali lagi mengulangi kata-kata bahawa dirinya, kerajaan dan 1MDB tidak terlibat secara langsung dalam saman sivil yang difailkan oleh Jabatan Kehakiman AS.

Isu 1MDB adalah isu perniagaan, tetapi ia telah dipolitikkan oleh musuh tertentu, kata beliau lagi.

Sesetengah orang menganggap penjelasan Najib itu tidak lebih umpama lawak antarabangsa yang mampu membuatkan hampir 300 juta rakyat Indonesia terbahak-bahak mendengarnya.

Sebelum ini, ayat-ayat klise sebegitu sudah begitu kerap menjadi halwa telinga dan membuatkan 30 juta rakyat Malaysia tersenyum-senyum simpul mendengarnya, meskipun dalam masa yang sama disedari juga bahawa 7 negara sedang menyiasat 1MDB di mana Amerika serta Singapura sudah memulakan tindakan penyiataan aset dan harta-harta berkaitannya.



Sampai bila Najib mahu terus membuai orang lain dengan ungkapan bahawa 1MDB hanya semata-mata isu perniagaan, bukannya penyamuman, kleptokrasi atau pencurian, pengkomplotan, penggubahan wang haram dan sebagainya?

Beranikah Najib menyahut cabaran berdebat dengan Khairuddin Abu Hassan, antara individu yang lantang bersuara mengenai 1MDB serta bertanggungjawab membuat laporan kepada pihak berkuasa beberapa negara luar seperti AS, Switzerland, Hong Kong dan Singapura?

Jika dengan Tun Mahathir Mohamad, ketakutan Najib untuk bersemuka dengannya dalam program NothingToHide sebelum ini mungkin boleh difahami, tetapi apakah dengan Khairuddin pun tak berani juga?


MIC Terus Jadi Rakan Penting Umno, BN - Najib

Posted: 06 Aug 2016 05:37 AM PDT

SINAR HARIAN
 
 
Najib Tun Razak.
 
 
KUALA LUMPUR: MIC akan terus menjadi rakan penting Umno dan semua parti komponen Barisan Nasional (BN) bagi mengemudi Malaysia ke arah kemajuan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu.

Perdana menteri turut mengucapkan selamat ulang tahun buat MIC yang menyambut ulang tahun ke-70 penubuhannya pada Sabtu.

"Sama-sama kita teruskan perjuangan!," katanya menerusi catatan terbaharu dalam Facebook dan Twitternya.

MIC ditubuhkan pada 6 Ogos, 1946 hasil Persidangan Kaum India se-Malaya yang dihadiri wakil pelbagai pertubuhan sosial di sini, dan seterusnya menyertai pakatan UMNO dan MCA pada tahun 1955. - Bernama

Umno Temui Formula Pecah Tembok Kemustahilan Tawan Semula Selangor - Najib

Posted: 06 Aug 2016 05:35 AM PDT

SINAR HARIAN
 
 
Najib bersemangat menyampaikan ucapan pada Perasmian Serentak Mesyurat Perwakilan UMNO Bahagian-Bahagian Seluruh Negeri Selangor di Kolej MARA Sepang pada Sabtu. Foto Bernama
(Ubah saiz teks) 
 
 
SEPANG: Umno dan Barisan Nasional (BN) sudah menemui formula pemilihan calon yang tepat untuk memecahkan tembok kemustahilan menawan semula Selangor pada pilihan raya umum akan datang, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketika melancarkan serentak mesyuarat perwakilan Umno bahagian-bahagian seluruh negeri Selangor di sini Sabtu, Najib yang merupakan Presiden Umno dan Pengerusi BN, berkata pengalaman kekalahan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) dan kemenangan bergaya pada pilihan raya kecil (PRK) parlimen Sungai Besar dengan majoriti 9,191 undi menjadi pengajaran dalam memperoleh formula itu.

Menjadikan kekalahan BN di Parlimen Sepang pada PRU13 sebagai contoh, beliau berkata, faktor terbesar yang menyebabkan kekalahan itu adalah kerana perpecahan dalaman Umno di peringkat bahagian.

"Ini amat jelas bila kita hitung majoriti kekalahan kita di peringkat parlimen agak kecil iaitu 1,100 dengan ada dua calon bebas yang kedua-duanya bekas pemimpin (Umno) di peringkat bahagian.

"Jika dihitung undi bebas yang sepatutnya merupakan undi Umno/BN, kita pasti menang di Parlimen Sepang dan bukan itu sahaja, kalau kita ambil angka undi rosak pun kita boleh menang, apatah lagi kalau kita campur undi rosak dan undi calon bebas kita boleh menang dengan selesa," katanya.

Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Ketua Wanita Umno Selangor, Datuk Nor Hayati Onn, Ketua Pemuda Umno Selangor, Zainuri Zainal dan Ketua Umno Bahagian Sepang, Datuk Marsum Paing.

Najib berkata, perkara itu mesti dijadikan sebagai pengajaran supaya tidak memilih calon secara semberono sehingga menolak calon popular yang mampu memberi kemenangan kepada parti hanya kerana individu tersebut bukan daripada 'kem' yang sama.

Mengambil kira faktor tersebut, ketika berdepan dengan PRK Sungai Besar, beliau berpesan supaya formula baharu dicari untuk memilih calon yang diterima oleh semua pihak.

"Sekarang kita sudah ada sistem baharu, sebab itu bila buat pemilihan, timbul calon kita saudara Budiman Mohd Zohdi. Sedikit sebanyak 'The Budiman factor' menyumbang kepada kemenangan kita.

"Pemilihan kita tepat kali ini. Kita juga menang kerana Tan Sri Noh Omar kerja keras ketuai jentera kita,
bila kita ada 'teamwork' yang kukuh dan padu, bila kita bertindak sebagai semangat sepasukan yang jitu, maka kemenangan dapat kita peroleh," katanya. - Bernama

Tetapkan pekerja baca al-Quran jam 8.30 pagi tiap hari

Posted: 06 Aug 2016 05:30 AM PDT

Tetapkan pekerja baca al-Quran jam 8.30 pagi tiap hari
Noraini (dua, kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Warisan Ummah Ikhlas, Marhaini Yusoff (dua, kiri) menyaksikan penyerahan cenderamata daripada Pengerusi Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Datuk Abdul Jalil Ali kepada Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UIAM, Profesor Datuk Dr Mizan Hitam (tiga, kanan).


GOMBAK - Pusat Perkhidmatan Kaunseling dan Kerjaya serta Kuliah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan  Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menyediakan ruangan khas khusus untuk sertai Rumah Ngaji.

Pengarah Pusat Perkhidmatan Kaunseling dan Kerjaya UIAM, Noraini Ahmad berkata, beliau menetapkan kakitangan di jabatannya untuk mengalunkan bacaan al-Quran selama setengah jam bermula jam 8.30 pagi setiap hari.

Menurutnya, langkah itu adalah didikan yang boleh diamalkan bagi membudayakan al-Quran dalam kehidupan seharian.

"Disebabkan rutin harian padat dengan bekerja dan menguruskan hal rumah tangga, banyak antara kita tiada masa baca al-Quran dan bila kita laksanakan sistem ini, maklum balas diterima daripada kakitangan, positif.

"Sebelum ini, kita buat hanya pada Ramadan dan sekarang kita mahu bacaan al-Quran dibuat secara berterusan supaya ia boleh juga menjadi amalan yang boleh dibawa dalam institusi keluarga, seterusnya kepada masyarakat," katanya pada Majlis Perasmian Rumah Ngaji di UIAM, semalam.

Jelasnya, beliau mengikuti program Rumah Ngaji yang dijalankan dan tertarik menyertainya disebabkan pengisian bertepatan dengan konsep baca, faham dan amal.

"Al-Quran juga dekat dalam bidang kaunseling apabila jiwa jadi tenang dengan mendengar alunan ayat suci, apatah lagi jika membaca dan memahami maksudnya.

"Ia akan jadi lebih seronok jika dilakukan secara berkumpulan kerana dapat bersama-sama belajar dan membetulkan bacaan," katanya.


Cara Mengira Anggaran Keupayaan ‘Powerbank’ Mengecas Gajet Anda

Posted: 06 Aug 2016 05:22 AM PDT

 
Oleh X-Range Power 

 
Biasanya kita keliru apabila cuba mengira berapa kali powerbank kita boleh mengecas handphone atau gajet yang kita pakai. Mari kita belajar ilmu powerbank.

mAh (miliamp hour) adalah unit yang biasanya digunakan untuk mengukur jumlah tenaga yang disimpan oleh bateri dalam satu-satu masa.

Voltage nominal bagi bateri jenis Lithium Polymer (jenis nipis) adalah 3.7v dan bagi bateri jenis lithium-ion (yang lebih tebal dan berat) adalah 3.6v biasanya.

Watt-hour (Wh) = Ampere-Hour (Ah) x Voltage (v)

Jadi, jumlah tenaga (Wh=watt hour) yang tersimpan dalam bateri lithium-polymer berkapasiti 10,000mAh adalah 10,000mAhx3.7v=37,000mWh

Voltage yang digunakan oleh terminal USB untuk kita mengecas gajet adalah 5v (volt). Jadi, terdapat litar yang akan menukarkan voltage bateri kepada 5v voltage USB.

Tiada apa-apa akan berlaku Isnin ini, kata MB T'ganu

Posted: 06 Aug 2016 05:19 AM PDT






 
Oleh Zulaikha Zulkifli


Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman memberi jaminan tiada sebarang 'kejadian tidak diingini' akan berlaku pada Isnin ini- menjelang hari pembukaan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kemelut yang melanda Terengganu ketika ini berhubung desas-desas undi tidak percaya terhadap menteri besar serta kemungkinan berlakunya pilihan raya negeri.

"Tak ada. Tak ada (apa-apa akan berlaku pada Isnin depan). Insha Allah saya rasa tak ada apa-apa yang perlu ditimbulkan lagi kerana saya yakin dan percaya tak ada apa-apa," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa Majlis Rumah Terbuka Anak Terengganu di Perantauan di Putrajaya hari ini.

Malah, beliau juga memberitahu bahawa keadaan di Terengganu kini stabil dan tiada perkara 'luar biasa' akan berlaku.

"Keadaan di Terenganu begitu stabil dan insha Allah bahawa Dewan (DUN) tidak akan ada perkara luar biasa dan sebahagian besar bagi kita ialah kita perlu pandang ke hadapan kerana yang penting ialah kita jayakan pembangunan negeri Terengganu," katanya.

Pertelingkahan adik beradik

ADUN Seberang Takir itu berkata, kemelut di Terengganu cuma 'pertelingkahan adik beradik' yang akan menguatkan lagi solidariti serta hubungan sesama anggota parti.

"Seperti saya sebut sebelum ini, gelombang di Terengganu seperti ribut dalam cawan. Ini berlaku di mana-mana. Saya rasa jangan bimbang.

"Sedangkan suami isteri ada berlaku sedikit ketegangan, apatah lagi adik-beradik. Ini adalah masalah pertelingkahan antara adik-beradik sahaja.

"Saya ingat pertelingkahan adik-beradik tak ada apa-apa malah ia akan menguatkan lagi solidariti," katanya lagi.

Sebelum ini, Datuk Seri Ahmad Said yang merupakan bekas menteri besar Terengganu dilaporkan mengancam untuk keluar daripada Umno dan akan bekerjasama dengan PAS.

Manakala ADUN Ajil, Ghazali Taib pula mengkritik pentadbiran Ahmad Razif tetapi memberitahu bahawa beliau tidak akan meninggalkan Umno.

Ketika ini- dengan Ahmad Said dan Ghazali masih di dalam Umno, parti Melayu itu mempunyai 17 kerusi di Dewan Undangan Negeri manakala PAS 14 dan PKR 1.

Pada sidang DUN Mac lalu, Ahmad Said membawa usul undi tidak percaya terhadap Ahmad Razif.

Bagaimanapun, Speaker Datuk Mohd Zubir Embong menolak usul Ahmad Said kerana didakwa tidak memberi notis sekurang-kurangnya 14 hari sebelum usul berkenaan.

'Tiada maaf jika bersekongkol dengan anasir luar'

Posted: 06 Aug 2016 04:53 AM PDT

MALAYSIAKINI


Anggota UMNO diminta berhati-hati dan tidak terpengaruh dengan anasir luar yang mempunyai agenda untuk menganggu-gugat kestabilan politik dan ekonomi negara.

Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata terdapat sesetengah pihak mahu mencampuri urusan negara secara kasar dan halus.

"Sebagai sebuah negara yang kecil dan mempunyai perdagangan seluruh dunia, kita sentiasa diajar untuk melihat percubaan mana-mana pihak terutama kuasa-kuasa asing yang mempunyai agenda masing-masing.

"Yang kasar kita nampak, yang halus macam inilah yang membuatkan kita resah dan gelisah dan akhirnya rakyat tidak dapat membuat perhitungan dengan baik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Lenggong dan ketiga-tiga sayap bahagian itu, di Gerik hari ini.

Beliau berkata demikian merujuk kepada tindakan pihak tertentu yang mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan saman sivil difailkan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat bagi mendapatkan kembali aset diperoleh melalui dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang didakwa diselewengkan.

Abdul Rahman yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri turut melahirkan rasa kecewa apabila terdapat segelintir pemimpin di negara ini termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang seolah-olah bersekongkol dengan pihak tersebut dengan mengiakan kenyataan itu.

"Tiada maaf bagi pihak yang bersekongkol dengan anasir luar.

"Belum pun ada perbicaraan, bila nama perdana menteri disebut oleh agensi berita luar negara, mereka mengiakan dengan bertepuk tangan dan bersorak kegembiraan bila ada pihak tertentu yang memburukkan nama negara dan merosakkan ekonomi kita.

"Jika ada nama yang disebut biarlah (mereka menjalani) proses (saman) itu, kita akan hukum mereka jika mereka didapati bersalah, kita tak mahu rakyat merasakan kita (anggota dan pemimpin UMNO) mengiakan dan terjebak dengan permainan anasir yang masuk ke negara kita secara halus," katanya.-Bernama


'Azwan Bro mungkin ada rahsia tiga tan sri'

Posted: 06 Aug 2016 04:53 AM PDT

MALAYSIAKINI


LIHAT VIDEO DI SINI


Polis perlu menyoal siasat Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun lebih lanjut untuk mengetahui apakah bukti yang beliau ada terhadap tiga orang 'tan sri', kata seorang pemimpin Pemuda Umno.

Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Razlan Rafii mengulas penafian Khairul Azwan bahawa laporan polis yang mendakwa konspirasi terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah berdasarkan khabar angin.

"Polis perlu panggil Azwan Bro kembali, tanya dia mengapa dia katakan (dakwaan itu) ia bukan satu andaian?'

"Bukti itu mungkin dia tak boleh kongsi dengan sesiapa, mungkin rahsia yang dia perolehi.

"Panggil balik dia dan tanya dia," kata Razlan kepada Malaysiakini dalam satu temu bual di pejabat portal berita itu di Petaling Jaya semalam.

Khairul yang lebih dikenali sebagai 'Azwan Bro', minggu lalu menuduh bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Abu Kassim Mohamed memalsukan bukti terhadap Najib.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, selepas disoal siasat, polis mendapati laporan tersebut adalah berdasarkan khabar angin dan memutuskan untuk tidak meneruskan kes itu.

Berikutan itu, Khairul Azwan mengadakan sidang akhbar menegaskan laporannya adalah sah dan bagaimana Pemuda Umno telah menggagalkan plot terhadap Najib.

Beliau juga menyangkal dakwaan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin bahawa laporan polis itu adalah tindakan individu dan bukan pendirian parti.

Razlan bagaimanapun menafikan spekulasi bahawa Khairul Azwan mengambil langkah menentang Khairy.

"Kami semua kawan-kawan dalam Pemuda Umno. Ini hanya spekulasi, di bawah kepimpinan Khairy kita semua bersatu padu," katanya.

Bersih 5 tak akan jejas imej negara selagi...'

Posted: 06 Aug 2016 04:32 AM PDT


Musa Hassan
Musa Hassan


SHAH ALAM – Penganjuran himpunan Bersih 5 di jalanan tidak akan menjejaskan imej negara selagi ia tidak bercanggah dengan peraturan dan undang-undang yang ditetapkan, kata bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai penganjuran himpunan itu yang dirancang pada hujung bulan ini.

Katanya, rakyat perlulah mengikut peraturan dan undang-undang Akta Perhimpunan Aman yang ditetapkan pihak berkuasa ketika menyertai himpunan tersebut.

"Kita tahu tujuan (himpunan) Bersih diadakan hanya untuk menyuarakan hak suara dan pendapat masing-masing.

"(Tetapi) kalau mereka (peserta) tak ikut peraturan undang-undang, mereka boleh dikenakan tindakan mahkamah," katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.

Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA 2012) yang diluluskan di Parlimen pada November 2011 adalah kerangka undang-undang berhubung hak perlembagaan warganegara untuk berhimpun.

Ia bertujuan bagi memastikan kebebasan individu untuk berhimpun secara aman, selaras dengan hak yang termaktub dalam Perkara 10, Perlembagaan Persekutuan, selain memastikan warganegara menganjurkan dan menyertai himpunan aman tanpa senjata dengan sekatan tertentu demi kepentingan dan keselamatan awam.

Katanya, kerajaan seharusnya membuktikan mereka terbuka dengan membenarkan rakyat turun menyuarakan hak masing-masing di jalanan.

"Sesiapa pun boleh komen apa-apa di negara ini. Kerajaan perlu bersikap terbuka.

"Banyak isu yang dibangkitkan sekarang yang sudah pun memberi kesan kepada imej negara, saya rasa satu lagi penganjuran himpunan tidak akan jejaskan apa-apa yang berkaitan dengan imej negara," katanya lagi.


Tiga minggu kenal, remaja pilih kahwini nenek

Posted: 06 Aug 2016 04:25 AM PDT

SINAR HARIAN

remaja kawini nenek
Hardwick, 17, dikatakan mengahwini Errell, 71, setelah tiga minggu berkenalan.


TENNESE - AMERIKA SYARIKAT. Akibat hebatnya penangan cinta, seorang remaja berusia 17 tahun sanggup mengahwini seorang wanita yang boleh dianggap sebagai neneknya.

Menurut laporan Daily Mail, Gary Hardwick, 17, dikatakan mengahwini Almeda Errell, 71, setelah tiga minggu berkenalan dengan wanita terbabit.

Errell ketika ditemui menceritakan detik pertemuan mereka berdua di upacara pengebumian anak lelakinya di Tennessee.

Selepas melangsungkan perkahwinan, pasangan itu tinggal di rumah salah seorang cucu lelakinya yang tiga tahun lebih tua daripada Hardwick.

Sementara itu, Hardwick, yang kini berusia 18 tahun, mengaku dia sebenarnya tertarik dengan wanita tua sejak kecil.

Ketika berkenalan dengan isterinya, Hardwick  dikatakan sedang berhubungan dengan seorang wanita lain yang berusia 77 tahun.

Ketika mereka bertemu, Errell mengaku dia sedang bersedih atas kematian anaknya dan Hardwick pula pada ketika itu mengalami kemurungan kerana kerap bertengkar dengan kekasihnya.


Amanah, DAP Sabah sepakat dengan Shafie Apdal jatuhkan BN

Posted: 06 Aug 2016 04:19 AM PDT

ARIF ATAN
 
 
Hamzah Abdullah berkata jumlah parti politik di Sabah bukan satu masalah bagi blok pembangkangHamzah Abdullah berkata jumlah parti politik di Sabah bukan satu masalah bagi blok pembangkang


Sama seperti DAP Sabah, Amanah negeri itu juga sedia berkerjasama dengan mana-mana parti pembangkang yang mempunyai agenda untuk menjatuhkan Umno-BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Pengerusinya, Hamzah Abdullah berkata, jumlah parti politik di Sabah bukan satu masalah bagi blok pembangkang ketika berdepan dengan pelbagai kepincangan urus tadbir dan penyelewengan dana awam di bawah pemerintahan rejim BN.

"Namun, isu yang mesti ditangani ialah konsensus dalam pembahagian kerusi-kerusi dalam kalangan parti pembangkang," ujarnya ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.

Beliau berkata demikan mengulas langkah bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal untuk menubuhkan parti politik baru.

Menurut Hamzah, pihaknya mengalu-alukan hasrat Shafie itu dalam rangka mempersiapkan wadah menghadapi Umno-BN pada PRU14 yang dijangka diadakan tahun depan.

Tambahnya lagi, atas matlamat yang sama termasuk memperjuangkan hak untuk rakyat di Sabah selepas 25 tahun dinafikan oleh Umno, Amanah Sabah tiada masalah dengan kewujudan parti baru berkenaan.

Terdahulu, DAP Sabah juga bersedia untuk bekerjasama dengan dengan Shafie dan parti-parti pembangkang negeri itu bagi menumbangkan kerajaan BN.

Dalam perkembangan berkaitan, Shafei yang juga Ahli Parlimen Semporna seperti dipetik dari akhbar Amanah, Bil. 10, 31 Julai - 6 Ogos berkata, ura-ura untuk penubuhan parti baru banyak bergantung kepada rakyat di Sabah.

"Banyak parti banyak kerusi bukan jadi penentu. Namun, jangan pula kita bimbang kerana banyak parti," ujarnya lagi yang keluar dari Umno pada 4 Julai lalu.

Hishammuddin mahu kemelut Terengganu diselesai segera

Posted: 06 Aug 2016 04:17 AM PDT

BERNAMA
 
 
Menteri PertahananMenteri Pertahanan


Kepimpinan Umno di Terengganu perlu menyelesaikan segera kemelut politik di negeri itu untuk mengelak ia daripada membebankan rakyat, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Hishammuddin yang pernah menggalas tanggungjawab sebagai pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu berkata kemelut itu perlu diselesaikan bermula dari peringkat perhubungan negeri, bahagian dan cawangan.

"Ini bukan kali pertama, tetapi ia boleh ditangani jika ada iltizam politik dan keseriusan dalam kalangan ahli (dan pemimpin)," katanya dalam sidang media selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Bagan Datoh 2016 di sini hari ini.

Sejak awal minggu lalu Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman dan bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal saling mengkritik sesama sendiri hingga timbul spekulasi akan berlaku pilihan raya negeri.

Pada pilihan raya umum ke-13 yang lalu, UMNO Terengganu membentuk kerajaan negeri dengan majoriti tipis dua kerusi. UMNO menang 17 kerusi DUN, PAS (14) dan PKR (satu).

Sementara itu di DUNGUN, Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin berpendapat Ahmad Razif dan Ahmad seeloknya bersemuka bagi menyelesaikan kemelut antara mereka.

Beliau berkata pertemuan melibatkan 'tuan punya badan' lebih baik daripada diwakili pihak lain kerana sebarang keputusan haruslah daripada mereka sendiri kerana mungkin wakil mempunyai agenda tersendiri.

"Pergerakan Pemuda harap akan ada penyelesaian terhadap kemelut yang sedang melanda UMNO atau negeri Terengganu. Sudah pasti kami harap bahawa semua pihak akan memberi kerjasama kepada Ahmad Razif untuk terus menerajui kerajaan negeri.

"Kita mahu mengelak sebarang usaha untuk menjatuhkan kerajaan atau satu kemungkinan di mana terpaksa diadakan pilihan raya negeri," katanya.

Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Dungun dan ketiga-tiga sayap bahagian itu hari ini.

Beliau turut menyatakan Pemuda Umo akan terus menyokong Ahmad Razif kerana beliau adalah pemimpin yang sah dan dipilih oleh presiden parti serta mendapat perkenan Sultan Terengganu.

Anak Sanusi Junid keluar Umno

Posted: 06 Aug 2016 04:13 AM PDT

 
Oleh MOHAMAD FAKHRI MOHD ALI


ALOR SETAR – Anak kepada bekas Menteri Besar Kedah Ketujuh, Tan Sri Sanusi Junid mengumumkan peletakan semua jawatan dalam Umno dan bertindak meninggalkan parti itu berkuatkuasa serta-merta.

Akhramsyah Sanusi yang juga merupakan Ketua Umno Cawangan Bendang Baru, Langkawi ketika dihubungi mengesahkan perkara itu. 
 
"Saya boleh sahkan yang saya sudah pun meletakkan jawatan. Saya tahu pesanan tentang perletakan jawatan saya kepada Setiausaha Umno Bahagian Langkawi diterima kerana difahamkan ia sudah viral dalam kalangan warga Pemuda Umno Langkawi.

"Saya keluar Umno dari segi bilanya kerana saya merasakan agak hipokrit  untuk saya kekal dalam Umno apabila saya komited dalam usaha mendirikan parti baharu bawah bimbingan (bekas Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad, yakni antara satu-satunya pejuang Umno pada masa ia diasaskan sebelum merdeka yang masih aktif bersama kita," katanya.

Difahamkan, Akhramsyah juga antara jawatankuasa penaja dalam parti yang sedang dibentuk Tun Mahathir bersama bekas pemimpin Umno yang lain.

"Lagipun, kepimpinan Pemuda di peringkat kebangsaan tidak memberi semangat untuk kita kekal dalam Umno sebab jelas lari dari perjuangan.

"Kini Pemuda sekadar menjadi tukang sorak seorang Presiden (Datuk Seri Najib Tun Razak)  yang kecacatan kewibawaannya sudah menjadi sindiran pedih kepada rakyat Malaysia di seluruh dunia, bukan pendesak perjuangan agama, bangsa dan tanah air," katanya.


KJ: Hantar wakil jumpa Ahmad Said

Posted: 06 Aug 2016 04:03 AM PDT

Khairy Jamaluddin
Khairy Jamaluddin


DUNGUN - Pemuda Umno berharap akan ada penyelesaian kepada krisis politik membabitkan Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman dan bekas pemegang jawatan itu dalam masa terdekat.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata,  presiden parti sedang berusaha mencari jalan penyelesaian berkait kemelut itu dan diharapkan wakil bersesuaian dihantar untuk bertemu Datuk Seri Ahmad Said bagi membincangkan masalah berkenaan.

"Kami harap semua pihak akan bagi kerjasama kepada Menteri Besar untuk terus menerajui kerajaan Terengganu.

[ARTIKEL BERKAITAN: Umno Terengganu perlu tenang hadapi kemelut]

"Kita mahu elak sebarang usaha untuk menjatuhkan kerajaan sehingga terpaksa mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN).

"Puncanya ada kaitan dengan bekas MB dan saya harap ada usaha untuk jumpa Ahmad Said dari mana-mana wakil bersesuai untuk berbincang," ujarnya selepas merasmikan Mesyuarat Pergerakan Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri Umno Daerah Dungun, di Dewan Dagang Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Umno Bahagian Dungun, Datuk Din Adam, Ketua Wanita Umno Dungun, Zainun Abu Bakar, Ketua Puteri Umno Dungun, Arlina Rosli dan Ketua Pemuda Umno Dungun, Mohd Asri Mohamad.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, walaupun bersedia dengan sebarang kemungkinan, namun adalah lebih baik jika Pilihan Raya Negeri (PRN) dapat dielakkan.

"Pemuda berpendapat lebih baik mengelak dari PRN diadakan dan kita percaya dengan keikhlasan semua pemimpin meneruskan perjuangan dapat mengelak keadaan itu," katanya.

Tambahnya, walaupun ada pihak mendesak supaya Menteri Besar meletak jawatan tetapi apa yang lebih penting pucuk pimpinan itu dipilih oleh presiden parti.

"Ahmad Razif dipilih oleh presiden parti dan diperkenan oleh Tuanku Sultan serta kita tidak boleh tukar sesuka hati kerana ini boleh mengganggu-gugat pentadbiran dan kestabilan kerajaan negeri.

"Jika MB ditukar, krisis ini tidak akan menyelelesaikan masalah kerana Ahmad Razif juga mempunyai penyokongnya sendiri.

"Kami Pemuda dan semua sayap Umno akan bagi sokongan padu kepada kerajaan Terengganu dan MB kerana Ahmad Razif yang diberi mandat sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu sekarang.

"Saya juga beranggapan lebih baik sekiranya masalah ini diselesaikan secara bersemuka oleh individu itu sendiri kerana kita nak pastikan sebarang keputusan dibuat oleh tuan badan sendiri dan bukannya pemimpin lain atau orang sekeliling yang mempunyai agenda berbeza,"katanya.

Parti baharu: Pas tak akan ulang kesilapan lalu

Posted: 06 Aug 2016 04:00 AM PDT

Nasrudin Hasan
Nasrudin Hasan 
 
 
SHAH ALAM – Pas akan mengkaji dasar dan prinsip parti sebelum memutuskan menyertai atau sebaliknya parti baharu yang diperjuangkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, Pas sudah belajar daripada kesilapannya yang lalu dan tidak lagi mahu mengulangi perkara sama.

"Pas bekerjasama atau tidak, bergantung kepada dasar parti atau prinsip perjuangan parti tersebut dan agenda perjuangan mereka. Kita perlu hati-hati dan teliti lebih lanjut, tidak semestinya mereka di blok pembangkang (yang menentang kerajaan), Pas akan terus hulur kerjasama.

"Sebagai sebuah parti dewasa dan berpengalaman, sebahagian ilmu dan pelajaran adalah pengajaran yang Pas lalui, Pas tidak akan ulang kesilapan lalu," katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai 'kesilapan' Pas bekerjasama dengan DAP menerusi ikatan Pakatan Rakyat terdahulu.

Katanya lagi, Pas tidak menentang penubuhan parti baharu di negara ini selagi ia ditubuhkan mengikut proses undang-undang sedia ada.

"Kita perlu nilai dan kaji untung rugi (sekiranya mahu bekerjasama dengan parti baharu) terhadap perjuangan yang didukung Pas.

"Kita tidak hanya berjuang sekadar menjadi pembangkang dan menentang kerajaan semata-mata, kita berjuang secara berprinsip dengan matlamat membina negara sejahtera dan membina kebaikan untuk rakyat," katanya lagi.

Amanah sambut baik cadangan Pas, gesa mesyuarat pembangkang segera

Posted: 05 Aug 2016 11:46 PM PDT

MALAYSIA DATELINE
 
 
Keadaan negara semakin kritikal, masa untuk ganti Umno-BNKeadaan negara semakin kritikal, masa untuk ganti Umno-BN


Amanah menyambut baik kesediaan sesetengah pemimpin Pas untuk memastikan satu lawan satu dalam pilihanraya umum akan datang dan mencadangkan agar sidang meja bulat dibuat segera.

Timbalan presiden Amanah, Salahudin Ayub mencadangkan semua parti pembangkang bermesyuarat segera untuk membentuk pakatan bersama.

"Saya cadangkan semua pemimpin parti pembangkang bermesyuarat segera untuk membincangkan perkara ini.

"Amanah bersedia untuk duduk semeja dengan Pas untuk tujuan ini," kata Salahudin kepada Malaysiadateline.

Salahudin mengulas kesediaan sesetengah pimpinan Pas yang dimulakan oleh Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mengajak semua parti pembangkang menghentikan serangan sesama mereka.

Saranan beliau disokong oleh naib presiden Datuk Mohamad Amar Abdullah dan semalam ketua pengarah pilihan raya Pas, Datuk Mustafa Ali turut menyokong cadangan itu.

Mustafa berkata, berdasarkan kajian dan analisis Jabatan Pilihan raya PAS (JPP) Pusat, pertandingan 'satu lawan satu' adalah cara terbaik untuk menghilangkan kuasa Umno BN yang memerintah hari ini.

"Kalau pertandingan melawan BN lebih daripada 'satu lawan satu', ia memberi laluan mudah kepada Umno BN untuk terus berkuasa.

"Ini tidak bagus kerana menjadikan Umno BN lebih angkuh dan terus melakukan penyelewengan dan menyalahgunakan kuasa yang melemaskan rakyat," ujarnya sebagaimana yang dilaporkan oleh laman rasmi Pas, Harakahdaily.

Bagi Salahuddin, kegawatan negara semakin kritikal sekarang ini.

Katanya, kerjasama ini perlu bagi menyelamatkan negara dari terjerumus lebih parah lagi dan bersedia kemingkinan pru14 lebih awal.

"Kita sedia berbincang bagi merumuskan agenda besar menyelamatkan negara dan menumbangkan umno-bn," katanya.

Salahuddin mengajak semua pihak khasnya Pas berjiwa besaremgatasi kepentingan parti.
"Saya yakin kita akan dapat mengatasi kepentingan kepartaian demi kemaslahatan rakyat dan kedaulatan-kemakmuran negara," katanya.




MUDAH SAJA LOGIKNYA, IA MIRIP UMNO KERANA MEMANG TUJUANNYA UNTUK MENGALAHKAN UMNO

Posted: 05 Aug 2016 09:40 PM PDT

shahbudindotcom



Kenapa masih mirip UMNO? Kalau begitu, apa bezanya dengan UMNO?

Mengapa tak dibuka kepada pelbagai kaum dan semua rakyat Malaysia boleh masuk jadi ahlinya?

Ini adalah antara pertanyaan yang banyak kedengaran di sebalik sahnya hasrat Tun Mahathir Mohamad menubuhkan sebuah parti politik baru bertunjangkan Melayu dan Bumiputera yang bakal dipimpin oleh Muhyiddin Yassin.

Ramai juga yang skeptikal untuk menyertai parti tersebut apabila melihatkan konsep perjuangannya yang tidak berbeza dengan UMNO.

Jangan-jangan bila dapat kuasa nanti pun jadi sebiji macam UMNO, kata sesetengah yang lain.

Sememangnya sukar untuk mengelakkan wujudnya tanggapan-tanggapan sedemikian rupa. Lebih-lebih lagi dalam zaman keterbukaan dan era media sosial sekarang ini, sesiapa saja yang ada akaun facebook misalnya, seperti sudah ada akhbar dan televisyen sendiri di mana mereka bebas untuk menulis dan merakam suara untuk melontarkan pelbagai pandangan yang diingini.

Jika diimbas, perjuangan asal Tun Mahathir ialah untuk menyingkirkan Najib sebagai Perdana Menteri. Apabila semua ruang untuk berbuat demikian melalui UMNO sudah ditutup oleh Najib, malah beliau menyingkirkan sesiapa saja yang mengkritiknya, Tun Mahathir juga akhirnya keluar UMNO kerana parti itu dianggapnya sudah menjadi parti Najib.

Dengan kepungan yang dilakukan Najib, baik dalam UMNO mahu pun kerajaan, ruang untuk menyingkirkannya hanyalah melalui pilihanraya. Bermakna, menyingkirkan Najib hanya dengan cara menyingkirkan UMNO daripada terus berkuasa. Selagi UMNO berkuasa, selagi itulah Najib akan kekal sebagai Perdana Menteri.

Untuk mengalahkan UMNO dalam pilihanraya, melawan secara individu tidak lagi praktikal. Untuk itu, sebuah parti yang mirip UMNO mesti ditubuhkan. Parti Melayu dan Bumiputera ini mesti ditampilkan dengan ciri-ciri yang lebih dinamik supaya  mampu memikat hati orang Melayu. 

Jika Tun Mahathir menubuhkan parti pelbagai kaum seperti PKR misalnya, orang Melayu yang menolak Najib tidak melihat ia sebagai alternatif kepada UMNO. Bahkan ramai yang enggan untuk menyertainya ia kerana ia berbilang kaum.

Parti baru itu adalah alternatif dan bakal pengganti UMNO. Dengan dimasukkan dalam perlembagaannya ikrar untuk melakukan reformasi dalam sistem politik dan pentadbiran negara, ketelusan, kebertanggungjawaban dan pencegahan rasuah serta menghadkan tempoh tertentu dalam pemegangan jawatan seperti yang ditulis oleh A Kadir Jasin dalam blognya, kebarangkaliannya untuk tampil lebih baik berbanding UMNO juga adalah tinggi. UMNO tiada ciri-ciri sebegitu.

Orang Melayu akan melihat parti baru ini bukan saja untuk beroleh kuasa dan menyingkirkan Najib, tetapi juga untuk membawa pemulihan serta kebaikan kepada masa depan negara.

Meskipun ia khusus untuk Melayu dan Bumiputera, tetapi oleh kerana ia akan bergabung dengan Pakatan Harapan yang didalamnya ada PKR, DAP dan Amanah yang sudah merangkumi kaum-kaum lain, gabungan tersebut secara automatik menjadi lebih lengkap.

Kehadiran parti baru itu juga tidak menyebabkan ia bertindih dengan PKR, DAP atau Amanah,  sebaliknya khusus untuk memecahkan sokongan Melayu terhadap UMNO yang sudah tergelincir jauh daripada landasannya. Ia khusus untuk menarik ahli UMNO, penyokong UMNO dan pengundi Melayu untuk beralih ke wadah baru yang lebih baik dan terjamin perjuangannya.

Jika ada kaum-kaum lain yang seiring perjuangannya dengan apa yang mahu dilakukan oleh Tun Mahathir, mereka boleh memilih untuk menyertai PKR atau DAP. Tidak semestinya hanya dengan menyertai parti baru itu saja dapat melakukan apa yang mahu dilakukan oleh Tun Mahathir. Pakatan Harapan dan Tun Mahathir kini sudah senada seirama dan selangkah sehayun dalam perjuangan.

Hanya jika penguasan UMNO terhadap Melayu berjaya dipecahkan melalui parti baru itu, terutama dengan kerja keras Tun Mahathir, barulah UMNO mampu dikurangkan pengaruhnya. Tetapi, tentu saja orang Melayu tidak perlu bimbang untuk menolak UMNO kerana penggantinya juga sebuah parti yang bertunjangkan perjuangan Melayu dan Bumiputera.

Ditambah dengan sokongan pengundi Melayu yang bersama dengan PKR dan Amanah, UMNO secara tidak langsung kian mengecil jadinya dalam kelompok Melayu sendiri.

Secara mudahnya, parti baru Tun Mahathir itu memang mirip UMNO kerana tujuannya juga tidak lain ialah untuk mengalahkan UMNO.

Dengan yang demikian, apabila UMNO dikalahkan, barulah Najib dapat disingkirkan dan masa depan negara mampu diselamatkan.


Tabung Pahlawan: MP cadang lelong barangan Rosmah

Posted: 05 Aug 2016 09:32 PM PDT

MALAYSIA DATELINE
 
 
Saya percaya jika barangan milik Rosmah dicairkan kepada wang tunai banyak yang dapat membantu perajurit kata MahfuzSaya percaya jika barangan milik Rosmah dicairkan kepada wang tunai banyak yang dapat membantu perajurit kata Mahfuz


Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar mencadangkan isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor melolong barang-barang peribadi berjenama miliknya untuk didermakan ke tabung hari pahlawan.

Beliau berkata, barang-barang berharga rosmah seperti cincin berlian, beg tangan, jam tangan dan sebagainya jika ditukar dengan wang tunai boleh membantu prajurit yang telah banyak berjasakepada negara.

"Bukankah elok kalau Rosmah yang memiliki banyak beg tangan berharga,jam berjenama, cincin berlian,telefon tangan Vertu yang harga ratusan ribu ringgit dan barang barang kemas yang lumayan untuk disumbangkan pada tabung hari Pahlawan.

"Saya percaya jika barangan milik Rosmah dicairkan kepada wang tunai banyak yang dapat membantu perajurit tanahair yang berjasa pada negara," katanya.

Rosmah yang juga penaung Tabung Pahlawan sebelum ini menggesa lebih ramai rakyat Malaysia memberikan sumbangan kepada tabung khusus untuk bekas tentera itu.

Beliau juga meluahkan rasa sedih apabila mendapat tahu hanya segelintir syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan sektor korporat yang menghulurkan sumbangan kepada tabung itu.

Mahfuz juga mempersoal ke mana hilangnya GLC dan kontraktor yang memperoleh banyak projek di bawah kementerian pertahanan.

"Berapa jumlah sumbangan syarikat yang memperolehi projek kapal selam,kereta perisai dan macam-macam projek bernilai milion dan bilion ringgit Malaysia.

"Atau mereka lebih banyak menyumbang untuk program program politik pemimpin Umno dari melihat kepentingan dan kebajikan perajurit tanahair.

"Takkan Rosmah isteri perdana menteri tak tau di mana syarikat syarikat ini. Atau syarikat ni pun turut sumbang senyap-senyap pada Rosmah?" soalnya.

Pakatan Harapan bersama warga kota bantah DBKL naikkan caj parkir

Posted: 05 Aug 2016 09:29 PM PDT

MALAYSIA DATELINE
 
 
DBKL1DBKL1


Pemimpin Pakatan Harapan bersama kira-kira 30 warga ibu kota mengadakan pertemuan dengan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Loga Bala Mohan bagi membincangkan isu berkaitan kenaikan caj tempat letak kereta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di kawasan pusat perdagangan (CBD).

Pertemuan itu merupakan kelangsungan pertemuan kali pertama pada 19 Julai lalu antara pemimpin Pakatan Harapan bersama pihak pentadbiran Kuala Lumpur bagi menyuarakan rintihan rakyat yang terjejas akibat peningkatan sehingga 150 peratus caj tempat letak kereta di tempat-tempat tumpuan di sekitar sini.

Dalam pertemuan yang berlangsung kira-kira setengah jam itu, Pemangku Pengerusi DAP Kebangsaan, Tan Kok Wai, antara lain membangkitkan isu pemberian tender pengurusan dan perlaksanaan sistem kutipan baru secara langsung kepada syarikat yang didakwa dimiliki kroni Umno.

Tender itu didakwa telah diberikan melalui Yayasan Wilayah Persekutuan yang juga dikawal sebahagian besar pemimpin dan individu-individu berkepentingan dalam Umno.

Malah Kok Wai yang juga Ahli Parlimen Cheras mendakwa 65 peratus hasil kutipan caj berkenaan disalurkan kepada YWP, manakala selebihnya diberikan kepada syarikat berkenaan.

"DBKL sebagai kerajaan tempatan mempunyai kekuatan anggota kakitangan hampir 11,000 orang, saya tidak faham kenapa pengurusan meter tempat letak kereta mesti diberi kepada yayasan, dan kemudian yayasan beri pula kepada syarikat operator.

"Jikalau DBKL menggunakan kakitangan mereka dengan sepenuhnya, DBKL dengan sendiri boleh menikmati kutipan sebanyak seratus peratus," katanya seperti dilaporkan Roketkini.

18 Julai lalu, penduduk Kuala Lumpur dikejutkan dengan kenaikan caj tempat letak kereta sebanyak RM2.00 bagi jam pertama berbanding hanya RM0.80 sebelum itu, melibatkan lokasi-lokasi tumpuan komersial antaranya Bukit Bintang, Bangsar, Bukit Damansara, Taman Tun Dr Ismail, Desa Hartamas dan Solaris Mont Kiara.

Manakala kawasan di luar Pusat Bandar dan Pinggir Bandar masing-masing mengalami kenaikan sebanyak 200 peratus dan 100 peratus berkuatkuasa Isnin lalu.

Bagaimanapun, dua hari selepas pelaksanaan tersebut, pihak DBKL membatalkan kenaikan caj di kawasan perumahan dekat Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) ekoran bantahan keras penduduk.

Mengulas lanjut, Kok Wai berkata, tindakan DBKL tidak memanggil wakil-wakil rakyat dan pihak berkepentingan untuk berbincang mengenai isu berkenaan jelas membelakangi suara rakyat.

Katanya, pihak DBKL juga seolah-olah terlepas pandang faktor sistem pengangkutan awam yang tidak sempurna apabila memberikan alasan untuk menggalakkan rakyat menggunakan perkhidmatan yang disediakan kerajaan itu.

Sehubungan itu, beliau mewakili pemimpin Pakatan Harapan menuntut moratorium atau perbincangan menyeluruh bersama pihak berkepentingan termasuk Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dilakukan bagi menyelesaikan isu terbabit.

Terdahulu, Kok Wai bersama-sama Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Teresa Kok, Setiausaha DAP Kuala Lumpur, Lim Lip Eng, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Nurul Izzah Anwar dan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Kuala Lumpur, Dr. Hatta Ramli dan beberapa penduduk ibu kota menyerahkan memorandum bantahan kepada Loga Bala.

Lip Eng yang juga Ahli Parlimen Segambut ketika disoal sama ada DBKL akan mendengar tuntutan itu berkata:

"Mengambil kira bagaimana kerajaan UMNO menguruskan isu-isu besar seperti 1MDB dan sebagainya saya tak fikir mereka akan dengar, tapi kami sebagai wakil rakyat harus terus bangkitkan isu ini supaya mereka rasa prihatin," katanya.

Rani dakwa PKR, DAP di Selangor juga enggan beri kerusi kepada Amanah

Posted: 05 Aug 2016 09:12 PM PDT

Oleh Azizul Osman
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman mendedahkan PKR dan DAP Selangor enggan memberikan mana-mana kerusi milik mereka untuk ditandingi oleh Amanah pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) akan datang.
 
Rani yang juga ADUN Meru berkata perkara itu adalah hasil pertanyaan beliau kepada kepimpinan dan ADUN kedua-dua parti samada mereka sanggup memberikan laluan kepada Amanah untuk menjadi calon Pakatan Harapan (PH) di Selangor.
 
"Secara tidak rasminya saya sahaja tanya YB daripada DAP Selangor. Berapa kerusi yang akan diberikan kepada Amanah kalau berlaku Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang? Mereka senyap, sama juga dengan YB PKR," katanya dalam temubual eksklusif dengan Antarapos.
 
Ujarnya, walaupun kerajaan negeri Selangor yang dipimpin Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali kini disertai Amanah selepas terkuburnya Pakatan Rakyat (PR) di peringkat nasional.
 
Namun perlu diingatkan kejayaan terus memerintah negeri terkaya ini, adalah hasil kerjasama tiga parti terdahulu iaitu DAP, PAS dan PKR sejak 2008 tanpa penglibatan Amanah.
 
"Saya selalu sebut sejarah tidak pernah berbohong. Sejarah membuktikan bahawa 2008, Selangor kita menang atas tiket PAS, PKR dan DAP. 
 
"Begitu juga 2013, kita menang atas tiket PAS, DAP dan PKR. Amanah belum pun wujud masa itu, parti itu baru ditubuhkan tahun lepas sahaja," katanya lagi.
 
PAS sebelum ini acap kali menegaskan bahawa parti itu tidak akan mengorbankan kerusi yang ditandingi mereka terutamanya kerusi tradisi kepada Amanah.
 
Sebaliknya meminta DAP dan PKR menyerahkan kerusi mereka, kerana Amanah kini telah menjadi rakan komponen baru dalam PH. 
 
Sebelum ini ADUN Hulu Klang Saari Sungib mempersoalkan isu pentadbiran Azmin di Selangor yang masih mengekalkan tiga exco PAS dalam pentadbirannya sedangkan Pakatan PR sudah lama terkubur.
 
Saari yang juga Timbalan Pengerusi Amanah Selangor sebelum ini menegaskan PKR perlu meninggalkan PAS berikutan hubungan PKR, DAP dan Amanah bersama parti itu tidak lagi boleh diperbaiki.
 
"Saari Sungib kena faham dia menang atas tiket PAS dan bukannya Amanah, itu dia kena ingat. Tidak timbul masalah PAS keluar, kita masih lagi dalam Pakatan Rakyat (PR) di Selangor. Itu tidak timbul masalah," jelas Rani kepada kenyataan Saari.
 
Kenyataan Saari mendapat reaksi segera Azmin yang menegurnya adakah beliau ingin menjadi pengemis untuk jawatan Exco.
 
 

Pokemon Go kini di Malaysia

Posted: 05 Aug 2016 09:09 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
PETALING JAYA: Kini adalah masanya bagi pelatih Pokemon Malaysia untuk beraksi apabila permainan 'Pokemon Go' akhirnya boleh diakses di Asia.
 
Sehingga Sabtu, permainan ini boleh dimuat turun di App Store bagi pengguna iOS dan Google Play untuk pengguna Android.
 
Walaupun tiada sebarang pengumuman rasmi, Malaysia kini telah ditandakan sebagai 'ada' di laman web rasmi https://www.ispokemongoavailableyet.com/.
 
Selain Malaysia, permainan ini boleh diakses di 14 buah negara Asia yang lain termasuk Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam, Taiwan, Papua New Guinea, Fiji, Kepulauan Solomon, Negara Persekutuan Micronesia dan Palau.
 
Pengguna Facebook di halaman 'Pokemon Go Malaysia' telah berkongsi berita dengan memuat naik paparan skrin mereka bermain permainan ini sejak seawal 8.00 pagi.
 
Pada Jumaat, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata karektor Pokemon dan aplikasi permainan Pokemon Go tidak dibenarkan untuk umat Islam atas faktor 'maslahah' dan kemudaratan.
 
Beliau berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan pada 1 Ogos lepas.
 
 

Ahmad Razif nafi tuduhan terlibat guling bekas MB Terengganu

Posted: 05 Aug 2016 09:07 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abd Rahman menafikan beliau terlibat dalam dakwaan sabotaj dan "rampasan kuasa" semasa pilihan raya umum lepas untuk menjatuhkan Datuk Seri Ahmad Said yang ketika itu adalah menteri besar.
 
Ahmad Razif menegaskan adalah tidak masuk akal beliau mempunyai kuasa untuk mempengaruhi kepimpinan Umno-Barisan Nasional (BN) untuk berbuat demikian.
 
Sedangkan ujarnya, waktu itu beliau hanya memberi fokus untuk memenangi kerusi DUN Seberang Takir.
 
"Adalah tidak masuk akal untuk menuduh saya sabotaj atau mengadakan rampasan kuasa bagi menggulingkan menteri besar dengan kuasa saya yang terhad pada ketika itu. Mengapa saya akan berbuat demikian?
 
"Saya hanya seorang calon pilihan raya pada masa itu dan memberi tumpuan untuk memenangi kerusi saya sendiri di Seberang Takir," katanya.
 
Ahmad Razif berkata Ahmad hanya perlu menerima tanggungjawab dan bukannya cuba untuk menyalahkan orang lain.
 
Ahmad yang menjadi duri dalam daging bagi pentadbiran Ahmad Razif telah menyalahkan menteri besar itu berikutan prestasi buruk Terengganu pada pilihan raya umum 2013 yang menyaksikan Barisan Nasional memenangi hanya 17 kerusi berbanding 14 oleh PAS dan satu lagi oleh PKR.
 
Perbalahan lisan antara kedua-dua Ahmad itu telah menambah kepada spekulasi kemungkinan pilihan raya tergempar akan diadakan di Terengganu.
 
Ahmad mendakwa Ahmad Razif tahu mengenai rampasan kuasa untuk menggulingkannya sebagai menteri besar.
 
Ahmad juga mendakwa bahawa Ahmad Razif telah bertemu beliau untuk memberitahu mengenai rampasan kuasa selepas pilihan raya umum dan mengulangi permintaan agar menteri besar itu perlu meletak jawatan.
 
 

Kontinjen Malaysia muncul berbaju kebangsaan jingga pada acara pembukaan Olimpik Rio

Posted: 05 Aug 2016 09:05 PM PDT

SINAR HARIAN


Post Pic
 
 
RIO DE JANEIRIO: Kontinjen negara memasuki Stadium Maracana dalam acara perbarisan sempena pembukaan Sukan Olimpik Rio sebentar tadi.
 
Didahului oleh jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei selaku pembawa bendera, kontinjen negara tampil bergaya mengenakan baju Melayu dan baju kurung berwarna jingga.
 
Cabaran kontinjen Malaysia di Rio akan dimulakan oleh pasukan memanah yang mensasarkan untuk memperbaiki pencapaian empat tahun lalu di London.
 
Dalam Olimpik 2012, pasukan recurve lelaki terkandas di pusingan kedua manakala Khairul Anuar Mohamed berjaya mara sehingga ke pusingan suku akhir acara individu.
 
 

Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT