Khamis, 4 Ogos 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


JIKA ADA HARGA DIRI, AZWANBRO PERLU LETAK JAWATAN AHLI MT DAN NAIB KETUA PEMUDA UMNO

Posted: 04 Aug 2016 06:13 AM PDT

shahbudindotcom


Sekarang sudah sah dan sahih bahawa laporan polis yang dibuat oleh Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun terhadap bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Abu Kassim Mohamed, bekas Peguam Negara, Gani Patail dan bekas Gabenor Bank Negara, Dr Zeti Akhtar Aziz adalah tidak benar dan hanya berdasarkan andaian.

Sebagaimana yang dinyatakan oleh Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar semalam, Khairul Azwan atau Azwanbro tidak dapat mengemukakan apa-apa bukti untuk menyokong laporan polis yang dibuatnya pada 26 Julai lalu.

Dalam erti kata lain, laporan polis terhadap tiga Tan Sri itu juga boleh dianggap sebagai laporan palsu dan  menurut seorang peguam, Syahredzan Johan, ia adalah suatu kesalahan di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan.
 
 
 
 
Kata Syahredzan lagi, memberi maklumat palsu dengan niat menyebabkan penjawat awam menggunakan kuasanya yang sah di sisi undang-undang yang boleh mendatangkan kegusaran atau bencana kepada orang orang lain adalah suatu kesalahan di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan.

Mungkin seseorang perlu membuat laporan polis dalam hal ini.

Sebelum itu, Najib Razak selaku Presiden UMNO menyifatkan laporan polis yang dibuat oleh Azwanbro adalah atas kapasiti peribadinya dan bukan parti.

Susulannya, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin turut mengatakan tindakan naibnya adalah bersifat individu dan tidak mewakili pendirian sayap kanan parti itu.

Tetapi, di dalam UMNO, Khairul adalah Naib Ketua Pemuda dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia.

Dalam hal ini, terbukti bahawa sebelum pun laporannya itu disahkan oleh pihak polis sebagai tidak benar, hanya berdasarkan andaian dan tiada bukti dapat ditunjukkan, UMNO dan Pergerakan Pemuda UMNO sudah mula menjauhkan diri daripadanya.

Kecuali jika Azwanbro ingin terus bertahan dengan pendiriannya dan sedia menunjukkan bukti-bukti yang ada dalam tangannya, beliau bukan saja harus meminta maaf secara terbuka kepada ketiga-tiga Tan Sri yang telah dicemarkan namanya itu, malah mesti juga meletakkan jawatannya daripada UMNO dengan segera.

Selepas membuat laporan polis, beliau sudah dijauhi oleh UMNO dan Pergerakan Pemuda yang merupakan payung kepadanya dan sebaik disahkan laporannya hanya berdasarkan andaian, bermakna jawatan dan kedudukannya jadi tidak berharga lagi.

Meletak jawatan dan berundur, sekurang-kurangnya menjadikan beliau manusia yang ada prinsip dan harga diri. 


KPN guna undang-undang mana, henti laporan Khairul?

Posted: 04 Aug 2016 06:07 AM PDT

HARAKAHDAILY 





Ini soal keselamatan negara.  Ini soal maruah negara. Ini soal membocorkan maklumat. Ini soal hendak menjatuhkan Perdana Menteri. Ini soal maruah tiga nama yang ternama di peringkat antarabangsa. Kenapa laporan ini dihentikan begitu sahaja?

Semuanya menjadi perbualan dalam kalangan masyarakat. Timbul persoalan, apakah kerana Khairul Azwan Harun, Naib Ketua Pemuda Umno atau takut perkara yang terlindung terburai.

Cukuplah wahai Ketua Polis Negara, bukankah negara kita dilanda krisis keyakinan terhadap badan penguatkuasa dan perundangan. Kenapa kes ini berlalu begitu sahaja? Macam mana alasan yang diberi begitu naif, hanya laporan itu berdasarkan andaian.

Adakah ini tidak boleh dikategori sebagai laporan palsu? Bukankah ada peruntukan bagi mereka yang melakukan kesalahan membuat laporan palsu?

Adakah kalau rakyat biasa melakukan perbuatan tersebut tidak menjadi satu kesalahan? Sejarah tercatat di dalam negara kita, Chong Lim Shu dari Kulai Jaya, seorang pekerja stor yang membuat laporan palsu kononnya disamun telah didenda RM500 atau penjara tujuh hari.

Begitu juga yang berlaku kepada Cheong Chee Lun telah dijatuhkan hukuman RM2,000 dan penjara dua hari. Kesalahannya kerana membuat laporan palsu dengan menuduh Loh Kein Chok menggunakan kereta Wira miliknya tanpa kebenaran. Ini hanya secebis kes yang melibatkan orang biasa.

Ini bukan laporan curi telor ayam. Ini bukan laporan palsu curi kereta. Ini soal keselamatan dan kedaulatan, kononnya memberi maklumat kepada agensi Amerika Syarikat termasuk Biro Siasatan Persekutuan (FBI).

Soal siapa salah atau benar tentang laporan tersebut, biarlah dibawa ke pengadilan terlebih dahulu. Ini melibatkan tiga individu penting iaitu bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed; bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Sampai bila drama ini akan berakhir.

USTAZ IDRIS AHMAD
Naib Presiden PAS / Ahli Parlimen Bukit Gantang

Noh perlu bersikap negarawan bukan ketua cawangan

Posted: 04 Aug 2016 06:07 AM PDT

HARAKAHDAILY





Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar perlu mengubah sikap kepada yang sepatutnya dimiliki oleh seorang Menteri Persekutuan.

Beliau perlu mengurangkan permainan politik tetapi memberi tumpuan kepada usaha-usaha untuk memberi pembelaan kepada rakyat.

Serangan beliau yang terkini terhadap Kerajaan Negeri Selangor adalah tidak tepat dan menyembunyikan banyak fakta.

Menurut beliau Kerajaan Persekutuan akan mengambil alih Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Selangor kerana ia telah gagal diuruskan dengan baik.

Katanya Kerajaan Persekutuan telah membina PPR dan tugas kerajaan negeri adalah untuk memungut sewa.

Ingin ditegaskan di sini bahawa apabila Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran Negeri Selangor pada Mac 2008 kerajaan yang baru telah mewarisi PPR yang sarat dengan pelbagai masalah.

Peruntukan jutaan ringgit

Sejak 2008, lebih RM8 juta telah dibelanjakan oleh kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan untuk membaikpulih PPR-PPR tersebut.

Contohnya pada tahun 2011 dan 2012 sahaja, kerajaan negeri telah membelanjakan lebih RM3.1 juta untuk membaikpulih serta menggantikan lif dan pam air di PPR Lembah Subang 1 dan PPR Kota Damansara.

Untuk tahun 2016 sahaja, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menanggung kos RM4.7 juta untuk penyelenggaraan PPR Lembah Subang 1 seperti kerja-kerja pembersihan awam, kutipan sampah dan penyelenggaraan elektrikal.

Kos-kos tersebut tidak termasuk peruntukan RM7.5 juta pada Belanjawan Kerajaan Negeri Selangor 2015 bagi PPR sepertimana berikut:

1) PPR Kota Damansara  -RM5 juta
2) PPR Kg Baru Hicom - RM1.1 juta
3) PPR Serendah - RM1.4 juta

Penambahbaikan

Selain dari itu terdapat banyak penambahbaikan yang telah diperkenalkan di PPR.

2 PPR iaitu PPR Kota Damansara dan PPR Kg Baru Hicom kini diuruskan dengan lebih profesional oleh syarikat Kerajaan Negeri, Perumahan Dan Hartanah Selangor Sdn Bhd (PHSSB).

MBPJ juga turut memberi tumpuan kepada PPR Lembah Subang 1 selain dari membelanjakan wang yang banyak untuk kerja-kerja penyelenggaraan.

Oleh itu, menteri tersebut perlu mendapat gambaran yang sebenar dengan banyak melakukan turun padang.

Janji tidak ditepati

Kerajaan negeri turut bimbang jika segala janji-janji yang ditaburkan oleh menteri itu tidak akan ditepati.

Pada Januari 2015, Noh selaku Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor telah mengumumkan peruntukan RM1.8 juta dari Kerajaan Persekutuan untuk membaikpulih kerosakan pendawaian elektrik dan jeriji penghadang di PPR Kota Damansara.

Tetapi kerajaan negeri yang telah melakukan kerja-kerja itu dan bukan Kerajaan Persekutuan. Peruntukan RM1.8 juta yang dijanjikan oleh Noh itu tidak kelihatan turun hingga ke hari ini.

Kerajaan Persekutuan perlu serius

Walau bagaimanapun perbincangan telah diadakan di antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri mengenai penyerahan PPR di Selangor.

Kerajaan negeri tidak mempunyai sebarang halangan jika Kerajaan Persekutuan melalui satu SPV yang baru mahu mengambil alih PPR di Selangor.

2 PPR yang terlibat iaitu PPR Lembah Subang 1 dan PPR Serendah. Iaitu PPR yang terletak di atas tanah milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.

Tetapi adalah wajar Kerajaan Persekutuan mengembalikan kepada kerajaan negeri kos yang telah dikeluarkan oleh kerajaan negeri atau pihak berkuasa tempatan untuk membaikpulih PPR-PPR tersebut. Dana tersebut akan dibelanjakan untuk kepentingan rakyat Selangor.

Kerajaan negeri juga berharap masalah yang membebani PPR Lembah Subang 2 yang dibina oleh kementerian tidak akan berulang.

PPR tersebut telah tidak dapat diduduki selama lebih 10 tahun kerana masalah-masalah itu.

Oleh yang demikian, Kerajaan Persekutuan perlu serius jika mahu menguruskan PPR di Selangor. Jadikan pengalaman Lembah Subang 2 sebagai pengajaran.

Kerajaan negeri bersikap terbuka

Kerajaan negeri sentiasa terbuka untuk mengadakan perbincangan dan rundingan dengan Kerajaan Persekutuan demi kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Ianya telah dilakukan bersama menteri sebelum ini dan Timbalan Menteri Datuk Halimah Sadique.

Kami mengalu-alukan satu hubungan yang harmoni dan profesional. Tetapi Menteri Perumahan mestilah bersikap seperti seorang negarawan dan bukan seperti seorang ketua cawangan.

DATUK ISKANDAR ABDUL SAMAD
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar Negeri Selangor

DAP mahu permit rakyat bukan Sarawak di Petronas ditarik balik

Posted: 04 Aug 2016 05:56 AM PDT

 
Pengerusi DAP negeri Chong Chieng Jen mahu Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem menaikkan kuota rakyat Sarawak untuk kerja pengurusan dan pengurusan pertengahan di Petronas dinaikkan ke 70%.


Chong-Chieng-Jen1


PETALING JAYA: Kerajaan Sarawak perlu menarik balik permit kerja dan permit masuk rakyat bukan Sarawak untuk kerja pengurusan dan pengurusan pertengahan di Petronas cawangan negeri, kata Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen.

Ketua Pembangkang Sarawak membuat gesaan itu kerana pengambilan pekerja bagi operasi Petronas Sarawak perlu mengutamakan rakyat Sarawak.

Menurut Chieng Jen, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem pada November 2014 memaklumkan Dewan Undangan Negeri bahawa Petronas bersetuju untuk melebihkan penyertaan rakyat Sarawak dari segi sumber manusia, pendidikan dan latihan teknikal.

"Namun, dalam hal guna tenaga operasi Petronas di Sarawak, rakyat Sarawak masih tidak didahulukan," katanya.

Chieng Jen mengeluh hampir dua tahun selepas pengumuman Adenan itu, sebahagian besar jawatan kanan Petronas di Sarawak dipegang oleh rakyat bukan Sarawak.

"Hanya 39% daripada jawatan pengurusan dan 46% jawatan pengurusan pertengahan diisi rakyat Sarawak.

"Tetapi, apabila Petronas melaksanakan rombakan, syarikat minyak dan gas negara itu cepat memecat pekerja Sarawak yang berpengalaman tanpa pertimbangan untuk menugasi semula mereka ke kerja-kerja lain dalam Kumpulan Petronas," katanya.

Chieng Jen berkata kerajaan negeri perlu mengambil kira rakyat dari Semenanjung yang bekerja untuk Petronas di Sarawak disyaratkan supaya memiliki permit masuk dan permit kerja untuk masuk ke Sarawak, dan kuasa untuk memberikan permit tersebut terletak pada budi bicara kerajaan negeri.

Maka, beliau mahu kerajaan negeri menyasarkan penglibatan sekurang-kurangnya 70% rakyat Sarawak untuk jawatan peringkat pengurusan dan pengurusan pertengahan.

Selagi sasaran tidak tercapai, Chieng Jen menyarankan pentadbiran Adenan supaya menarik balik permit kerja dan permit masuk kakitangan pengurusan dan pengurusan pertengahan sedia ada yang berasal dari Semenanjung.

"Hanya melalui tindakan keras seperti ini boleh kita pastikan Petronas akur kepada permintaan kita supaya beri lebih banyak peluang kepada rakyat Sarawak.

"Apabila kerajaan negeri dengan cepat melarang kemasukan ahli politik pembangkang masuk ke Sarawak semasa pilihan raya negeri lepas bagi melindungi kepentingan BN, tidak ada sebab kuasa yang sama tidak boleh digunakan untuk melindungi kepentingan rakyat Sarawak umumnya dalam hal peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan," kata Chieng Jen.

Awal hari ini, sebuah badan nirlaba Sarawak, Kumpulan Suarah Petroleum (SPG) dilaporkan menyeru Petronas supaya mengutamakan rakyat Sarawak untuk mengisi kekosongan dalam operasinya di negeri itu

Jangan hina Sarawak, kata PBB kepada Petronas

Posted: 04 Aug 2016 05:54 AM PDT

 
Abdul Karim Rahman Hamzah beritahu Petronas supaya beri keutamaan kepada rakyat Sarawak untuk mengisi kekosongan di negerinya


Abdul Karim Rahman Hamzah


PETALING JAYA: "Jangan hina Sarawak."

Begitu pesan Menteri Muda Perumahan Sarawak dan ahli Majlis Tertinggi PBB Abdul Karim Rahman Hamzah kepada syarikat minyak dan gas negara berhubung isu pengambilan rakyat bukan Sarawak untuk mengisi kekosongan di negeri itu.

Bercakap kepada FMT, Karim berkata keutamaan untuk kekosongan di Petronas Sarawak perlulah diisi oleh rakyat Sarawak, bukannya oleh orang luar.

Beliau berkata gesaan ini bukan seruan yang melampau kerana kekosongan yang dimaksudkan itu di Petronas cawangan Sarawak.

"Jika kekosongan itu di Semenanjung Malaysia, kita di Sarawak tak peduli siapa yang Petronas gajikan.

"Selagi dan apabila kamu tidak temui warga Sarawak yang berkelayakan, maka bolehlah kamu cari yang lain," katanya, dan menambah ini merupakan langkah yang praktikal.

Awal hari ini, sebuah badan nirlaba Sarawak, Kumpulan Suarah Petroleum (SPG) dilaporkan menyeru Petronas supaya mengutamakan rakyat Sarawak untuk mengisi kekosongan dalam operasinya di negeri itu.

Presiden SPG Hamin Yusuf berkata sekarang ini hanya 39% jawatan pengurusan dan 46% jawatan pengurusan pertengahan dalam operasi Petronas Sarawak diisi orang tempatan.

Mutakhir ini Sarawak mahukan kawalan yang lebih ketat keatas sumber negeri, malah Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem sebelum ini berkata pentadbirannya merancang untuk kawal aktiviti Petronas di negerinya.

Adenan mengumumkan beliau turut mendesak royalti minyak yang lebih tinggi untuk negeri itu, manakala timbalannya, James Masing bulan lalu berkata syarikat Borneo mungkin boleh ambil alih pengeluaran minyak dan gas daripada Petronas.

Masing menambah sekiranya Sarawak menguasai pengeluaran minyak dan gas negeri, ia boleh menjamin lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat Sarawak.

Polis patut teruskan siasatan dan dakwa Khairul Azwan, desak Mahfuz

Posted: 04 Aug 2016 05:45 AM PDT

MALAYSIA DATELINE
 
 
Khairul Azwan Harun (kiri) dan Tan Sri Khalid Abu BakarKhairul Azwan Harun (kiri) dan Tan Sri Khalid Abu Bakar


Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar harus menjelaskan kepada rakyat kewajaran laporan polis dibuat Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun terhadap tiga Tan Sri itu dihentikan tanpa alasan yang tidak munasabah untuk diterima oleh kebanyakan rakyat.

Ahli Parlimen Pokok Sena Mahfuz Omar dalam kenyataannya hari ini mendesak siasatan diteruskan dan mendakwa Khairul Azwan  walaupun Khalid mengatakan laporan dibuat itu hanya andaian semata-mata.

Datuk Mahfuz Omar Datuk Mahfuz Omar Mahfuz mendakwa,laporan polis yang dibuat Khairul itu adalah laporan palsu yang berniat jahat yang telah membina persepsi kebencian dan permusuhan rakyat terhadap penjawat dan bekas penjawat awam dengan tuduhan yang sangat berat walaupun ia hanya andaian.

"Persoalannya, kenapa dihentikan siasatan kes tanpa tindakan terhadap Khairul.

"Dalam sidang media dia kata ketiga-tiga Tan Sri tersebut didakwa memberi dokumen dan maklumat sulit kepada agensi luar negara, termasuk FBI.

"Dia kata sebahagian besar maklumat dan dokumen yang dikemukakan adalah palsu, diputar-belit dan direka untuk mencapai agenda jahat mereka.

"Bila ditanya berkenaan dokumen yang dibekalkan oleh ketiga-tiga individu berkenaan,dia kata, hanya akan berkongsi maklumat tersebut dengan menteri yang bertanggungjawab dan terpulang kepada pihak polis menentukan bila beliau boleh berbuat demikian.

"Maknanya ketika membuat laporan polis itu, dia mengakui ada bukti dan dokumen-dokumen tertentu dalam tangannya," ujar Mahfuz.

Justeru Mahfuz persoalan timbul apabila selepas dipanggil polis, semua dakwaan disahkan pihak polis hanya berdasarkan andaian-andaian sahaja.

"Adakah KPN terpaksa menutup kes ini kerana bimbang jika disiasat akan membongkarkan kertas siasatan dan pendakwaan sebenar yang disiasat oleh tiga Tan Sri ini bersama pasukan jabatan mereka?.

"Apa pun budak Khairul suruhan Umno ini, tidak boleh dilepaskan oleh polis.

"Dia sepatutnya disiasat dan didakwa dibawah seksyen 182 kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara maksimum 6 bulan atau denda RM2,000 atau kedua duanya sekali.

"Jangan Polis hanya mengambil tindakan kepada orang awam biasa atas kesalahan laporan palsu tetapi takut untuk bertindak terhadap budak Khairul suruhan Umno.

"Laporan palsu yang jahat dengan restu Umno telah mengaib, mencalar dan menjatuhkan maruah nama baik tiga Tan Seri dan penjawat awam.

"Budak Khairul yang kurang ajar dan biadab ini mesti disiasat dan didakwa," desak Mahfuz.

Pada 26 Julai lalu, Nab Ketua Umno Khairul Azwan Harun menamakan tiga individu dalam laporan polis yang dibuatnya, mengaitkan Tan Sri Abdul Ghani Patail (bekas Peguam Negara); Tan Sri Zeti Akhtar Aziz (bekas Gabenor Bank Negara) dan Tan sri Abu Kassim Mohamed (Ketua Pengarah SPRM) terbabit dalam satu konspirasi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak dan kerajaan Malaysia yang sah.

Khairul Azwan berkata, ketiga-tiga mereka disyaki memberi dokumen dan maklumat sulit kepada agensi luar negara, termasuk kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI).

Semalam Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu bahawa polis telah menutup kes itu dan tidak akan meneruskan siasatan dakwaan tersebut kerana mendapati laporan berkenaan dibuat berasaskan andaian.

Jangan gusar dakwaan 'terompah Umno' kononnya Amanah khadam DAP

Posted: 04 Aug 2016 05:43 AM PDT

 MALAYSIA DATELINE
 
 
Salahuddin AyubSalahuddin Ayub


Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub menasihati ahli dan pemimpin parti itu agar tidak gusar dengan dakwaan kononnya 'Amanah adalah khadam DAP' kerana tuduhan itu mengulangi modal lama golongan yang menjadi 'terompah Umno'.

Mengulas tindakan sesetengah pihak yang secara berterusan memainkan sentimen perkauman dan kebencian melulu terhadap DAP, beliau berkata tuduhan 'khadam kepada DAP' ini sudah dipopularkan Umno sejak Pas mengadakan pakatan politik dengan parti pembangkang tersebut.

"Kenapa harus takut dan gusar dengan tuduhan barua, khadam dan kuda tunggangan DAP?
"Bukankah puluhan tahun bersama Pas dahulu kita telah dilempar dengan tuduhan yang sama oleh Umno-BN walaupun ada Ustaz Fadzil Mohd Noor, Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haji Hadi pada waktu itu?
"Terkini Tun Mahadhir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin pula dituduh barua dan khadam DAP oleh Umno-BN.

"Cuma bezanya sekarang Umno BN tak perlu buang masa dan tenaga dan seronok merehatkan diri kerana telah ada parti yang menjadi budak suruhan mereka menuduh orang lain barua, khadam dan kuda tunggangan DAP," tegasnya dalam satu kenyataan.

Salahuddin turut mengimbas kembali kata-kata Almarhum Tuan Guru Nik Aziz supaya golongan ulama jangan sekali-kali menjadi "terompah kayu Umno".

Perhimpunan Bersih 5 desak tindakan ke atas MO1

Posted: 04 Aug 2016 05:41 AM PDT

MALAYSIA DATELINE
 
 
Bersih 2.0 mengumumkan satu perhimpunan rakyat besar-besaran kali kelima atau disebut Bersih 5 akan diadakan dalam masa terdekat  bagi menuntut tindakan sewajarnya diambil berkaitan skandal 1MDB yang turut membabitkan 'Malaysian Official 1(MO1).

"Satu himpunan aman BERSIH 5 akan dianjurkan. Ini adalah lanjutan untuk meminta tindakan yang sewajarnya dan untuk akauntabiliti skandal 1MDB.

"Masa dan tarikh aksi BERSIH 5 akan diumumkan dalam masa terdekat," kata Pengerusinya Marina Chin Abdullah   pada sidang media di pejabatnya di Petaling Jaya hari ini.

Marina Chin AbdullahMarina Chin AbdullahMenurut beliau, rakyat tidak ada pilihan lain selain daripada berhimpun ekoran tindakan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat yang memfailkan saman sivil bagi merampas aset berkaitan dana 1MDB yang didakwa diselewengkan.

"Menurut Maria juga, Bersih 2.0 juga sedang memberi fokus untuk membina satu gerakan majmuk dengan penglibatan pelbagai pihak untuk menjayakan himpunan itu.

Ia termasuk mengadakan rundingan berterusan dengan semua pihak dan gerak kerja mobilisasi Bersih 5 akan bermula dari sekarang.

Katanya, cadangan untuk turun ke jalanan adalah tindakan yang tepat kerana sebagai rakyat negara ini, mereka perlu mengambil pendirian tegas terhadap skandal rasuah terbesar negara ini.

"Terdapat kelalaian yang serius dalam kewajipan perdana menteri dan ahli kabinetnya untuk menjaga kepentingan rakyat.

"Mereka telah membenarkan skandal 1MDB untuk berlanjutan selama lima tahun tanpa sebarang akauntabiliti.

"Kini, mereka harus menyiasat, menangkap dan mendakwa segera Malaysian Official 1 (MO1) akan jenayah yang sudah dilakukan. Jika mereka tetap membisu, maka perdana menteri dan kabinet harus letak jawatan serta-merta," katanya.

Maria berkata keputusan untuk turun ke jalanan itu adalah sebagai membantah penafian berturusan daripada pihak kerajaan dan ketiadaan tindakan yang diambil sehingga kini.

Sebaliknya, katanya, pihak kerajaan telah mengganggu siasatan yang dilakukan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), dan Jawatankuasa Khas 1MDB (1MDB Task force).

Najib juga memecat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; menukar Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail, menukar Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kasim Mohamad dan dua pegawai kanan suruhajaya itu.

"Undang-undang zalim, halangan keluar negara, dan intimidasi oleh polis dan pihak berkuasa turut dilakukan ke atas aktivis sosial dan ahli politik untuk menutup mulut mereka.

"Rakyat Malaysia tidak boleh berdiam diri atau menerima kleptokrasi dan skandal rasuah yang telah terjadi. Kita harus terus menuntut jawapan dan kebenaran.

"Bersih mengajak semua rakyat Malaysia untuk meneruskan perjuangan dan bersatu pada masa yang penting ini," katanya.

Rakyat tidak ada pilihan lain selain daripada berhimpun ekoran tindakan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat yang memfailkan saman sivil bagi merampas aset berkaitan dana 1MDB yang didakwa diselewengkan. Foto Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Wan Salleh.Rakyat tidak ada pilihan lain selain daripada berhimpun ekoran tindakan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat yang memfailkan saman sivil bagi merampas aset berkaitan dana 1MDB yang didakwa diselewengkan. Foto Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Wan Salleh.
 

Kumpulan pertama jemaah haji berlepas ke Tanah Suci

Posted: 04 Aug 2016 05:39 AM PDT

BERNAMA
 
 
Jemaah haji Malaysia menunggu giliran menaiki pesawat. Gambar hiasanJemaah haji Malaysia menunggu giliran menaiki pesawat. Gambar hiasan

Kumpulan pertama 489 jemaah haji Malaysia berlepas ke Tanah Suci pada 5 pagi tadi, dengan pesawat Malaysia Airlines (MAS) dan dijangka tiba di Madinah pada 9.10 pagi waktu Arab Saudi.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Johan Abdullah berkata daripada jumlah itu, 205 adalah jemaah lelaki, 235 jemaah wanita dan selebihnya petugas haji.

"Sebelum ini, kita sudah menghantar 210 petugas awal ke Tanah Suci bagi menguruskan persiapan untuk para jemaah termasuk penginapan serta membuka pejabat operasi di Madinah," katanya pada sidang media sempena pelepasan jemaah haji di Kompleks TH Kelana Jaya, dekat sini malam tadi.

Johan berkata jumlah keseluruhan penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) adalah sebanyak 47 penerbangan melibatkan 22 pesawat Airbus A380 MAS, yang setiap pesawat mampu memuatkan 489 jemaah haji, serta 25 penerbangan menggunakan pesawat Boeing 747 Saudi Airlines.

Katanya pada musim haji tahun ini, 50 penerbangan transit secara terus akan beroperasi untuk membawa jemaah ke KLIA iaitu dari Pulau Pinang, Johor Baharu, Alor Setar, Kota Baharu, Kuala Terengganu dan Kuching.

Jemaah haji Malaysia yang kesemuanya berjumlah 22,320 orang tahun ini, akan bertolak secara berperingkat ke Tanah Suci dengan penerbangan terakhir pada 5 Sept, manakala perjalanan pulang mulai 18 Sept hingga 15 Okt.

Mengenai kuota haji tahun ini, Johan berkata ia berkurangan 20 peratus daripada kuota asal sebanyak 27,900 hingga 28,000 jemaah haji berikutan projek pembesaran Masjidil Haram yang sedang dijalankan.

Dalam pada itu, beliau berkata memandangkan suhu di Tanah Suci dijangka mencecah 50 darjah Celsius, jemaah dinasihatkan untuk minum air dengan kerap dan mengelak daripada terdedah terlalu lama di tempat terbuka.

Bagaimanapun, katanya pasukan perubatan TH sentiasa bersedia memberi khidmat pada bila-bila masa kepada jemaah.

Dari aspek keselamatan pula, beliau berkata TH telah mengadakan perbincangan dengan pihak berkuasa Arab Saudi bagi menangani isu-isu tertentu.

"Jemaah turut akan diberi taklimat sebaik tiba di Tanah Suci berhubung aspek keselamatan selain talian bantuan kecemasan yang boleh dihubungi pada bila-bila masa yang dilekatkan di gelang tangan jemaah," katanya.

Sementara itu, pasangan suami isteri dari Kuantan, Pahang, menzahirkan rasa syukur dapat mengerjakan Rukun Islam kelima itu selepas mendaftar haji pada 2007.

Amri Naib, 65, dan Aminah Abdul Hanipah, 62, berkata mereka telah melakukan persiapan lebih awal setelah menerima surat makluman panggilan haji daripada TH.

"Alhamdulillah, hajat kami untuk menjadi tetamu Allah telah termakbul dan kami berdoa semoga ibadah kami diterima dan diberi kesihatan yang baik di sana," kata Amri yang merupakan pesara kerajaan.

Senada dengan Amri, Mohamad Abu, 70, dari Jasin, Melaka, yang berdoa agar beliau sihat dan bertenaga sepanjang mengerjakan ibadah haji.

Laporan palsu Naib Ketua Pemuda Umno: KPN perlu bertindak jantan

Posted: 04 Aug 2016 05:30 AM PDT

MALAYSIA DATELINE
 
 
Khalid diminta bertindak terhadap aduan palsu Khairul Azwan.Khalid diminta bertindak terhadap aduan palsu Khairul Azwan.


Keputusan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk menghentikan siasatan terhadap laporan palsu yang dibuat Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun tidak disenangi Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar.

Malah Mahufuz mempersoalkan 'kejantanan' Khalid apabila berhadapan dengan Pemuda Umno.

Sambil menyifatkan Khalid sebagai "tak dak teloq atau bukan jantan bila berdepan dengan budak Khairul Naib Ketua Pemuda Umno yang menjadi suruhan Umno", Mahfuz mengingatkan bahawa ketika Khairul Azwan membuat laporan polis terhadap Tan Sri Abdul Ghani Patail, Tan Sri Zeti Aziz dan Tan Sri Abu Kassim Mohamed, beliau mendakwa mempunyai bukti yang kukuh.

"Bila disiasat polis, KPN menyatakan laporan Khairul bersifat andaian sahaja. Maknanya laporan palsu yang diberikan kepada polis," katanya.

Bagaimanapun semalam, Khairul dalam satu sidang media mendakwa berjaya menghalang komplot untuk menggulingkan Perdana Menteri dan kerajaan malah mempertahankan laporan yang dibuat yang didakwa mewakili suara hati pemuda Umno.

Tambah Mahfuz, kenyataan umum ini dibuat walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pemuda Umno, Mohd Khairy Jamaludin menyifatkan laporan polis Khairul sebagai tindakan peribadi dan bukan pendirian pemuda Umno.

Sidang media Khairul itu juga, ujarnya jelas menghina KPN dan polis kerana menidakkan kenyataan Khalid bahawa siasatan kes dihenti dan ditutup disebabkan hanya bersifat andaian.

"Saya hairan macam mana KPN boleh duduk diam tanpa apa-apa tindakan terhadap budak Khairul. Apa yang KPN takut pada pemuda Umno?

"Adakah KPN kita bukan seorang jantan bila berdepan dengan pemuda Umno? Apa yang ditakuti KPN - budak Khairul, KJ dan Najib?" soal Mahfuz.

Beliau lantas menyarankan Khalid meletakkan jawatan sebagai KPN jika gagal mengambil sebarang tindakan terhadap Khairul selewat-lewat hujung bulan Ogos ini.

Pemuda Amanah buat lapoan polis terhadap Khairul Azwan

Posted: 04 Aug 2016 05:28 AM PDT

MALAYSIA DATELINE
 
 
Pemuda Amanah mendesak mendesak supaya kertas siasatan dibuka di bawah seksyen 182 Kanun Keseksaan dan Khairul Azwan disiasat di bawah seksyen tersebut.Pemuda Amanah mendesak mendesak supaya kertas siasatan dibuka di bawah seksyen 182 Kanun Keseksaan dan Khairul Azwan disiasat di bawah seksyen tersebut.


Pemuda Amanah Negeri Perak hari ini membuat laporan polis terhadap Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun berhubung dakwaannya tiga individu iaitu Bekas Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail, Bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan Bekas Pegawai SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed yang didakwa terlibat dalam komplot menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Pemangku Timbalan Ketua Pemuda Amanah Perak, Hasnul Zulkarnain bersama Setiausaha, Safarizal Saleh dan Pengarah Komunikasi, Muhammad Faeez Azahar membuat laloran polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh hari ini.

Dalam satu kenyataan hari ini Hasnul berkata, laporan polis yang dibuat oleh Khairul Azwan adalah jelas merupakan satu tindakan jenayah dan beliau boleh dituduh di bawah seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana memberi maklumat palsu ke atas bekas tiga penjawat awam tersebut.

"Oleh itu, kita mendesak supaya kertas siasatan dibuka di bawah seksyen 182 Kanun Keseksaan dan Khairul Azwan disiasat di bawah seksyen tersebut.

"Kita juga percaya bahawa laporan polis dan kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Khairul Azwan berhubung dengan komplot menggulingkan Perdana Menteri oleh tiga bekas penjawat awam tersebut merupakan satu fitnah jenayah di bawah seksyen 499 Kanun Keseksaan," katanya kepada media.

Hasnul menjelaskan, tindakan Khairul Azwan tersebut jelas telah mencemarkan nama baik negara dan tiga bekas penjawat awam tersebut ketika mereka menjalankan tugas mereka sebagai Peguam Negara, Pesuruhjaya SPRM dan Gabenor Bank Negara.

Oleh itu, ujarnya, tindakan pihak yang mencemar nama baik ketiga-tiga individu tersebut harus ditentang dan diambil tindakan tegas oleh kerajaan.

"Kita mendesak supaya Pendakwa Raya membuat laporan di bawah seksyen 131 Kanun Tatacara Jenayah terhadap Khairul Azwan kerana fitnah jenayah yang beliau laporkan.

"Laporan di bawah seksyen 131 ini penting bagi membersihkan nama ketiga-tiga bekas penjawat awam tersebut daripada pihak yang tidak bertanggungjawab," jelasnya.

Kes Najib batal saman Tun M bulan depan

Posted: 04 Aug 2016 05:20 AM PDT

SINAR HARIAN
Najib Mahathir


KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 7 November‎ bagi mendengar permohonan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membatalkan saman bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua lagi berhubung dakwaan salah laku membabitkan dana pembangunan strategik 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun memaklumkan perkara itu kepada pemberita selepas prosiding di dalam kamar Hakim Abu Bakar Jais hari ini yang turut dihadiri peguam Muhammad Rafique Rashid Ali mewakili Dr Mahathir dan dua lagi.

Najib, pada 19 April, memfailkan permohonan untuk membatalkan saman ketiga-tiga mereka atas alasan tidak terdapat elemen perbuatan salah laku dan pecah amanah sebagai penjawat awam seperti didakwa oleh ketiga-tiga plaintif.

Dr Mahathir, 90, bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, 54, dan bekas anggota Wanita Umno Langkawi Anina Saadudin, 41, memfailkan saman terhadap Najib atas dakwaan salah laku di pihak perdana menteri melibatkan dana pembangunan strategik 1MDB.

[ARTIKEL BERKAITAN: Saman Najib tunjukkan Mahathir terdesak]

Mohd Hafarizam berkata, mahkamah mengarahkan plaintif-plaintif memfailkan afidavit jawapan terhadap permohonan Najib untuk membatalkan saman itu pada 5 September manakala defendan diperintahkan memfailkan afidavit balasan pada 19 September.

Muhammad Rafique pula memaklumkan bahawa pihaknya mendapat arahan daripada ketiga-tiga anak guamnya untuk tidak memfailkan rayuan terhadap keputusan hakim itu yang menolak permohonan Dr Mahathir, Khairuddin dan Anina untuk memeriksa balas Najib berhubung afidavit sokongannya dalam saman itu.

"Kami beranggapan bahawa permohonan (memeriksa balas Najib) boleh dikemukakan semasa pendengaran untuk batalkan saman itu," katanya.

Pada 27 Julai lepas Mahkamah Tinggi menolak permohonan Dr Mahathir, Khairuddin dan Anina untuk memeriksa balas Najib dengan alasan tidak perlu berbuat demikian  kerana isu (mengenai pegawai awam) patut diputuskan selepas permohonan Najib untuk membatalkan saman Dr Mahathir dan dua lagi, didengar. - Bernama


'Patut lantik orang dalam’

Posted: 04 Aug 2016 05:18 AM PDT


Salahuddin Ayub
Salahuddin Ayub


SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (Amanah) menyifatkan pelantikan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu, Datuk Dzulkifli Ahmad sebagai mengecewakan.
Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, ini kerana rakyat Malaysia berharap pelantikan itu daripada kalangan anggota kanan badan itu sendiri.

"Saya sebagai bekas Anggota Jawatankuasa Khas SPRM telah dijemput dalam satu majlis makan malam Tan Sri Dr Abu Kassim Mohamed (bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM) baru-baru ini. Antara tokoh yang hadir termasuklah bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, bekas Gabenor Bank Negara, Tan Zeti Akhtar Aziz, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan juga bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang.

"Dalam ucapan malam itu, jelas hampir semua tokoh ini memberi pandangan bahawa jawatan ketua SPRM itu seharusnya diisi oleh anggota kanan suruhanjaya itu sendiri. Selama ini merekalah yang telah membuktikan komitmen bersungguh-sungguh ke arah membanteras rasuah khususnya dilakukan oleh mereka yang berprofil tinggi," katanya dalam kenyataan, semalam.

Selain itu, dakwanya, pelantikan tersebut juga berunsur peribadi kerana isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dikaitkan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai kesan besar kepada integriti pentadbiran negara.

"Oleh itu saya merasakan pelantikan 'orang luar' untuk menerajui SPRM ini adalah memang disengajakan.

"Ini demi memastikan bahawa Najib berada dalam keadaan selesa daripada semua tuduhan yang sedang hangat diperkatakan di seluruh dunia hari ini,"  katanya.


Beg RM45 isteri PM Singapura jadi tumpuan

Posted: 04 Aug 2016 03:11 AM PDT

SINAR HARIAN


Beg RM45 isteri PM Singapura jadi tumpuan


SINGAPURA - Beg bewarna biru dengan motif dinasour putih bernilai $14.80 (RM45) yang dibawa isteri Perdana Menteri Singapura, Ho Ching semasa menghadiri lawatan rasmi ke Amerika Syarikat menarik perhatian.

Isteri kepada Perdana Menteri Singapura, Lee Hsei Loong itu dilihat memakai beg berkenaan semasa menghadiri majlis ketibaan di White House yang disambut Presiden Barack Obama dan Michelle Obama.

Apa yang menarik beg berkenaan adalah hasil rekaan oleh pelajar autisme dari Pathlight School, Seetoh Sheng Jie yang juga dijual secara dalam talian di laman web The Art Faculty dengan harga S$14.80 (RM 45).

Menurut Timbalan Pengetua dan Ketua Program Pembangunan Artist di Pathlight School, Loy Sheau Mei berkata, mereka terkejut dan berbesar hati selepas isteri kepada PM itu memilih untuk membawa beg berkenaan semasa lawatan rasminya di Amerika Syarikat.

"Ia memberikan penghargaan besar kepada pengkarya di Artist Development Programme (ADP) dan The Art Faculty." katanya dipetik The Strait Time Singapore

The Art Faculty adalah sebahagian daripada Program Pembangunan Artist Pathlight yang telah dilancarkan pada tahun 2011 untuk menggalakkan pelajar autisme yang mempunyai kebolehan seni.

Ho Ching adalah penasihat kepada Pusat Sumber Autisme yang ditubuhkan Pathlight dan penaung Persatuan Autisme Singapura.

Ho Ching membeli beg berkenaan semasa program A Walk Very Special yang diadakan Sabtu lalu bagi mengumpul dana bagi perkhidmatan sokongan autisme.


Pemuda Amanah gesa Azwan Bro disiasat

Posted: 04 Aug 2016 03:02 AM PDT

Khairul Azwan Harun
Khairul Azwan Harun
 
 
SHAH ALAM – Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Kedah hari ini mendesak pihak berkuasa menyiasat laporan polis yang dibuat oleh Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun.

Hal ini kerana kata ketuanya, Asmirul Anuar Aris, Khairul Azwan atau lebih dikenali dengan panggilan Azwan Bro telah membuat laporan polis palsu.

[ARTIKEL BERKAITAN: Azwan Bro syukur usaha gulingkan Najib gagal]

"Kami desak supaya Khairul Azwan disiasat kerana membuat laporan polis palsu selaras dengan Seksyen 182 Kanun Keseksaan," katanya dalam satu kenyataan.

Khairul Azwan pada 26 Julai lalu telah membuat laporan polis terhadap bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Dalam laporannya, Khairul Azwan mendakwa ketiga-tiga mereka terlibat dengan konspirasi menjatuhkan Najib dan menggulingkan kerajaan.

Khairul Azwan juga mendakwa ketiga-tiga individu yang disebut disyaki memberi maklumat sulit kepada agensi - agensi asing termasuk Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) di Amerika Syarikat, tanpa kebenaran dan didakwa memalsukan maklumat untuk mencapai agenda mereka.

"Pihak polis seharusnya tidak memilih bulu atau double standard kerana tindakan ini mencemari prinsip kedaulatan undang - undang, integriti dan kredibiliti pasukan polis itu sendiri," tegasnya lagi.

Pertemuan KJ-FAM belum capai kata putus

Posted: 04 Aug 2016 02:56 AM PDT

SINAR HARIAN



Khairy Jamaludin
Khairy Jamaludin
 

KEPUTUSAN mengenai formula baharu bagi memulihkan prestasi bola sepak negara masih belum mencapai kata putus pada pertemuan antara Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan exco Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), hari ini.

Khairy berkata, beliau telah membentangkan formula berkenaan kepada exco FAM pada pertemuan selama satu jam selepas diperkenan oleh Presiden FAM Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pada pertemuan minggu lepas.  

Katanya, antara intipati formula berkenaan adalah berkaitan kepimpinan dan hala tuju  FAM serta penglibatan semua pihak dalam membentuk masa depan bola sepak negara.

"Saya rasa secara spesifiknya keputusan akan diumumkan pada 15 Ogos ini iaitu pada Mesyuarat Exco FAM. Saya rasa penting untuk exco sendiri buat keputusan ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: KJ bentang formula selesai isu FAM]

"Cuma sekarang masih ada ketidaktentuan berkenaan dengan kepimpinan FAM, yang mana semua sedia maklum presiden telah mengumumkan hasrat beliau untuk bersara dari FAM jadi kami perlu ada formula untuk bergerak ke hadapan," katanya kepada pemberita di pejabatnya, di sini.  

Mengulas lanjut, Khairy berkata, exco FAM menyambut baik segala pembentangannya mengenai formula baharu ini dan jika anggota exco lain

bersetuju, keputusan itu akan diumumkan pada mesyuarat exco nanti.  

Ditanya mengenai calon pengganti Tengku Abdullah, Khairy berkata, pengganti baginda adalah berdasarkan keputusan perlembagaan iaitu melalui pemilihan pada Mesyuarat Kongres FAM.
  
Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Afandi Hamzah selepas perjumpaan bersama Khairy bagaimanapun tidak mendedahkan secara terperinci isi formula yang dibincangkan itu.   

"Dalam perjumpaan dengan menteri tadi, beliau ada memberi beberapa pandangan dan kita saling bertukar pendapat yang boleh diguna pakai untuk maju ke hadapan bagi kebaikan bersama," katanya.  

Afandi berkata, segala keputusan berkaitan formula baharu, termasuk keputusan perletakan jawatan Presiden FAM Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah akan dimaklumkan selepas mesyuarat exco bersidang. - Bernama


Zahid: Tiada masalah luluskan parti baru

Posted: 03 Aug 2016 05:47 PM PDT

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi


KUALA KANGSAR - Usaha menubuhkan parti baru akan diberi kelulusan segera sekiranya semua syarat dipenuhi.

Itu jaminan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menegaskan beliau tiada masalah untuk meluluskan permohonan membentuk parti politik baru dalam negara ini.

Menurutnya, sebagai Menteri yang bertanggungjawab terhadap Jabatan Pendaftaran Penubuhan (ROS), semua syarat ditetapkan perlu dipenuhi bagi mendapatkan kelulusan.

"Sebagai Menteri Dalam Negeri, Jabatan Pendaftaran Penubuhan (ROS) di bawah tanggungjawab saya.

"Kalau rasa parti itu mahu ditubuhkan dan syarat-syarat itu dipenuhi, InsyaALLAH kelulusan akan disegerakan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Kesyukuran dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri Umno/Barisan Nasional Negeri Perak di Dewan Jubli Perak, di sini, malam tadi.

Turut hadir, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, anak-anak Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Adun Manong, Mohd Kamil Shafie, Adun Bukit Chandan, Maslin Sham Razman serta barisan kepimpinan BN negeri.

Zahid dipercayai berkata demikian bagi mengulas tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengumumkan akan menubuhkan satu parti baru.

Malah, beliau turut menyuarakan untuk membentuk blok pembangkang yang lebih besar  menentang BN dalam PRU akan datang.

Parti baru itu dikatakan akan turut disertai bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir serta beberapa bekas pimpinan Umno yang lain.

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden Umno berkata, parti itu tidak gentar dengan penubuhan parti-parti baru sekiranya ahli-ahli parti terus kukuh mempertahankan parti.

"InsyaALLAH, ahli Umno dan rakan-rakan dalam BN tetap utuh dalam sebuah pasukan untuk menentukan bahawa biarlah parti-parti serpihan ini datang dan pergi, tetapi jiwa BN dan Umno tetap utuh di kalangan kita.

"Dengan syarat, kita tutup mata hati kita, kita buka mata, buka telinga. InsyaALLAH, BN akan terus menang dalam PRU14.

"Sekali kita ahli Umno dan parti-parti komponen BN, biar setinggi mana badai melanda, biar sekuat mana pun gelombang, kita akan tetap kuat untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik," tegasnya.


Harga minyak global jatuh bawah AS$40 setong

Posted: 03 Aug 2016 05:47 PM PDT

MALAYSIAKINI


Harga minyak global menjunam ke bawah AS$40 setong sejak Isnin yang lalu dengan kajian yang dijalankan Reuters menunjukkan pengeluaran komoditi itu dari 13 negara anggota Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) meningkat.

Saingan utama OPEC iaitu Rusia turut meningkatkan bekalan selama tiga bulan berturut-turut, demikian menurut laman oilprice.com.

Pada hari ini, minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) berada di paras AS$39.53 (RM160.52) setong manakala minyak mentah Brent juga turun kepada AS$41.78 (RM169.66) setong.

Iraq telah meningkat pengeluaran minyak pada bulan lepas setelah berjaya menjana manfaat dari perang terhadap tentera militan Negara Islam (IS).

"Bekas pegawai minyak negara Teluk itu mengesahkan pada Isnin berlakunya peningkatan pengeluaran minyak mentah dari 3.175 juta tong pada bulan Jun kepada 3.2 juta tong bulan lalu," kata laman yang sama.
Nigeria, negara yang dilanda serangan puak pemisah turut meningkatkan pengeluarannya, jelasnya.

Sementara itu, Bloomberg melaporkan, Ahli Strategi Komoditi kanan Australia & New Zealand Banking Group Ltd yang berpangkalan di Sydney, Daniel Hynes berkata, pihaknya tidak terkejut dengan penurunan harga minyak itu.

"Penurunan ini bukanlah sesuatu yang tidak dijangka sama sekali, cuma tahap kepantasan kejatuhan itu yang menjadi satu kejutan" ujar Daniel.

Pada Januari tahun ini, harga minyak mentah Brent pernah jatuh di bawah paras AS$28 setong dengan harga terus menjunam berikutan sekatan antarabangsa ke atas Iran ditarik balik.

Ini telah membuka jalan kepada peningkatan eksport dari OPEC di sebalik lebihan bekalan dunia.

Penurunan harga minyak secara jelas memberi kesan kepada prospek pendapatan pengeksport minyak negara selain episod terbaru 1MDB yang boleh menyumbang penurunan tahunan terbesar ringgit seperti tahun lalu sejak tahun 1997.

Tidak lama dahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah mengakui sektor tenaga di Malaysia memainkan peranan yang penting kerana industri minyak dan gas menyumbang lebih 40 peratus kepada pendapatan negara ini.

Dalam pada itu, seorang penganalisa tempatan berkata, kebergantungan negara terhadap pendapatan minyak dan gak harus dikurangkan sejajar dengan ketidak tentuan semasa mengenai harga minyak mentah global yang sering turun dan naik atas pertimbangan pelbagai faktor di luar kawalan.

"Untuk jangka masa panjang, Malaysia tidak lagi boleh bergantung kepada pendapatan penjualan komoditi berkenaan kerana akan tiba harinya telaga minyak di peringkat tempatan menjadi kering-kontang selain penjualan kenderaan elektrik dan hybrid yang akan mengurangkan permintaan dunia terhadap petrol dan diesel," katanya.

Beberapa hari yang lalu, negara menyaksikan harga diesel dinaikkan sebanyak 10 sen, menjadikannya RM1.70 seliter.

Bagaimanapun, minyak petrol jenis RON97 dan RON97, masing-masing kekal pada harga RM1.75 dan RM2.10 seliter.

Siasat Azwan kerana buat laporan palsu - Gerakan

Posted: 03 Aug 2016 05:33 PM PDT

MALAYSIAKINI


Timbalan Ketua Pemuda Gerakan, Andy Yong mahu rakannya dari Umno, Khairul Azwan Harun disiasat kerana membuat laporan polis palsu mendakwa wujudnya konspirasi peringkat tinggi terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Selaras dengan Seksyen 182 Kanun Keseksaan, polis perlu menyiasatnya (Khairul Azwan) kerana membuat laporan palsu.

"Saya tidak berkata beliau bersalah, tetapi pasti ada kes (untuk disiasat)," kata Yong ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Naib ketua pemuda Umno itu mminggu lalu membuat laporan polis terhadap bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Ahktar Aziz, bekas Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan juga bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, laporan Khairul Azwan itu berdasarkan andaian dan tidak mewajarkan siasatan lanjut.

Beliau juga dilaporkan berkata Khairul tidak akan disiasat kerana membuat laporan palsu.

Yong, yang juga adalah seorang peguam berkata, polis perlu menyiasat Khairul Azwan atau tidak, ini akan "membuka pintu" kepada lebih banyak laporan polis yang tidak berasas.

Menurutnya, orang ramai akan mula membuat laporan palsu terhadap satu sama lain kerana menyangka tidak ada kesan jika mereka berbuat demikian.


Situasi politik Terengganu jangan sampai bebankan rakyat - PM

Posted: 03 Aug 2016 05:24 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
JAKARTA: Datuk Seri Najib Razak berkata, Umno akan tangani situasi politik di Terengganu dan beliau sedang memantau keadaan di negeri itu.
 
Perdana Menteri yang juga Presiden Umno berkata, beliau juga menunggu laporan daripada Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berhubung keadaan terkini.
 
"Saya sedang memantau apa yang berlaku di Terengganu dan berharap supaya ia tidaklah menjadi sesuatu yang membebankan rakyat nanti," katanya.
 
Ditanya kemungkinan pilihan raya negeri akan perlu dilakukan, Najib berkata, ia sesuatu yang tidak boleh diduga. "Ia tertakluk kepada disiplin dalam kalangan anggota (wakil rakyat) BN di negeri itu." ..dan mereka sudah menandatangani pengakuan untuk menyokong kerajaan Barisan Nasional," katanya pada sidang media dengan wartawan Malaysia di sini, hari ini.
 
Perdana Menteri yang dalam rangka lawatan kerja tiga hari ke Indonesia berakhir hari ini, berkata demikian mengulas berhubung kemungkinan Pilihan Raya Negeri (PRN) perlu diadakan jika bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said yang juga ADUN Kijal dipecat daripada parti.
 
Ahmad Raziff sebelum ini menyerahkan kepada Umno pusat untuk memutuskan tindakan terhadap Ahmad. Bagaimanapun, Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor dilaporkan berkata, tiada tindakan terhadap Ahmad setakat ini.
 
Jika Ahmad dipecat, majoriti kerajaan BN Terengganu sebagai kerajaan akan menjadi sangat tipis. Umno Terengganu kini menguasai 17 kerusi manakala 15 lagi oleh pembangkang.
 
 

Himpunan Baju Merah sedia 'berlawan' dengan BERSIH 5

Posted: 03 Aug 2016 05:24 PM PDT

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Pengerusi Gabungan NGO Melayu, Datuk Jamal Yunos mengalu-alukan penganjuran BERSIH 5 yang dijadual diadakan pada waktu terdekat.
 
Bagaimanapun beliau mengingatkan penganjur perhimpunan tersebut untuk bersedia dengan tindak balas Gerakan Baju Merah yang menyifatkan pihak penganjur sebagai pengkhianat negara dan mencabul sistem demokrasi berparlimen negara ini.
 
"Jika mereka nak buat (himpunan), kita alu-alukan. Malah saya juga mencabar mereka, untuk melihat pada kali ini Himpunan Baju Merah versi 2.0 akan turun di waktu, tempat dan tarikh yang sama.
 
"Apakah faedah dan manfaatnya? Sedikit pun tidak memberi kebaikan kepada negara, selain daripada menyusahkan masyarakat," katanya kepada Antarapos, hari ini.
 
Jamal mengulas penganjuran Bersih 5 yang diadakan bagi menuntut tindakan lanjut berkenaan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
 
Menurut Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah, untuk tidak mengadakan himpunan bukan lagi satu pilihan selepas Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat memfailkan saman sivil merampas aset berkaitan dana 1MDB yang didakwa diselewengkan.
 
Tarikh dan lokasi Bersih 5 bagaimanapun belum diumumkan lagi.
 
Sementara itu Jamal ketika mengulas lanjut, mempersoal keperluan mengadakan perhimpunan itu lagi memandangkan DOJ telah menarik semula perintah sekatan berhubung tuntutan saman sivil bagi membekukan aset yang diperolehi melalui Red Granite Pictures.
 
"Apa yang beliau nyatakan itu sebenarnya rakyat sudah faham dengan kenyataan DOJ, yang menarik semula saman sivil tersebut. Apa yang beliau nak tuntut lagi? Jangan ambil kesempatan dengan isu-isu tersebut untuk menghasut pemikiran rakyat supaya orang turun ke jalanan," ujar Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu lagi.
 
Dengan penarikan semula sekatan DOJ itu, Red Granite dibenarkan beroperasi seperti biasa dan memerintahkan pihak bank untuk terus berurusan dengan syarikat terbabit.
 
DOJ juga bersetuju untuk membebaskan tanpa syarat ke atas rakan kongsi dan vendor Red Granite daripada sebarang tindakkan undang-undang.
 
Dalam pada itu Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bekata pihaknya akan mempermudahkan rancangan perhimpunan Bersih 5 sekiranya gabungan reformasi pilihan raya itu bertindak mengikut Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2015.
 

Amerika hanya bersalah jika ancam Najib

Posted: 03 Aug 2016 05:21 PM PDT





 
Oleh SUBKY LATIF


SEMUA cicak dan mengkarung serta anak cacing di lubangnya mempertikai pendedahan Jabatan Kehakiman Amerika terhadap penggelapan orang tertentu tentang dana 1MDB. Sekalipun pendedahan Peguam Negara Amerika itu tidak menyebut nama Perdana Menteri Najib sebagai orang yang diburu tetapi moral pendedahan itu telah meletakkan Perdana Menteri dalam serba kepayahan.
    
Semua pintu dalam negeri ditutup kedap bagi melindungi PM Najib tetapi pekung itu meletup di Amerika oleh kerajaan Amerika. Bila Amerika melepaskan bomnya, payah ada perisai boleh menangkis ledakannya.
 Apapun biar kebijaksanaan Malaysia dan ketangkasan Amerika mengadili segala kecurangan terhadap 1MDB.
  
Yang menarik perhatian ialah semua cicak dan mengkarung bangun mengherdik Amerika atas tindakannya itu antaranya termasuk pemburu anak tiri Perdana Menteri dan menggunakan bahasa Pegawai Satu kerajaan sebagai orang yang sama menyangak harta negara itu. Maka semuanya dapat mengagak siapa yang dimaksudkan oleh perumpamaan yang Amerika guna itu.
   
Lebih menakjubkan Pemuda Umno yang pimpinannya Khairy Jamaluddin membuat aduan polis terhadap beberapa penting dalam isu penyiasatan skandal itu dikatakan bersubahat dengan Amerika untuk menggulingkan Perdana Menteri.
  
Aduan budak-budak KJ itu tidak membersihkan nama baik PM Najib tetapi adanya perkongsian maklumat orang penting dalam negeri dengan FBI.
  
Apapun hubungan antara Malaysia dengan Amerika amat akrab sejak merdeka lagi. Dalam dalam semua perkara boleh dikatakan Malaysia menerima baik apa jua yang Amerika anjurkan. Ketika Amerika dulu mengira PLO dan Yasser Arafat adalah pengganas, Malaysia tidak berani berjumpa mana-mana orang Palestin.
  
Kerana Mesir dan Amerika dalam keadaan berperang menjelang kemerdekaan dulu sekalipun Tun Razak sebagai orang nombor dua dalam kerajaan menamakan anak sulung, Najib sempena nama jeneral yang mengguling Raja Mesir bersama Kolonel Gamal Abdel Nasser, Tanah Melayu tidak mengundang Mesir dalam acara sambutan kemerdekaan itu kerana menjaga hubungan baik dengan Amerika.
   
Ketika Amerika mengenakan kepungan ekonomi kepada Saddam Hussein sebelum PBB membenarkan Iraq diserang, Malaysia menyokong tindakan Amerika itu. Orang kata TPPA anjuran Amerika itu adalah ancaman kepada kemerdekaan Malaysia, Umno dan kerajaan menjadi penyokong TPPA.
  
Sekarang Amerika memerangi orang Islam yang disyaki pengganas IS, Malaysia ada bersama dengan Amerika memburu siapa saja yang disyaki pengganas. Hatta sesudah Jabatan Kehakiman Amerika mendedahkan bertindak terhadap orang yang disyaki menyangak 1MDB, PM Najib dan TPM Zahid Hamidi masih bercakap tentang kerjasama erat dengan Amerika.
   
Malah dalam banyak urusan jenayah antarabangsa Malaysia sentiasa mendapat bantuan maklumat dan lain-lain dari Amerika. Dan Malaysia memang memerlukan sokonga Amerika bagi mendapatkan pelaburan yang sebanyak-banyaknya dan mahukan pelancong Amerika datang ke sini seramai-ramainya.
  
Pendek kata tidak banyak yang bersalahan dalam urusan politik, ekonomi, dagang, keselamatan dan pendidikan antara Malaysia dan Amerika. Tiada banyak yang Umno dan pembesar Malaysia takwil tentang apa juga yang Amerika anjurkan kepada malasia.
  
Hanya sekali ini apabila Amerika bertindak terhadap apa yang rakyat dan kerjaan Malaysia tidak dapat buat tentang skandal 1MDB, Amerika dikira tidak berguna. Sebabnya tindakan Amerika itu meletakkan PM Najib di sumbu mercun, menunggu masa meletup, lecurlah tubuh.
  
Kenapa semua anjuran Amerika dijunjung, kerana Najib terancam cicak dan mengkarung kata Amerika tidak guna? -

Dihujani asakan wartawan, ini jawapan Khairul Azwan

Posted: 03 Aug 2016 05:08 PM PDT

MALAYSIAKINI
 
 
Naib Ketua Umno Khairul Azwan Harun akhirnya menjelaskan laporan polis yang dibuat terhadap tiga tokoh penjawat awam sebelum ini.

Berikut transkrip soal jawab penuh ketika sidang media di Kelana Jaya hari ini:

 Wartawan: Tuan kata akan 'bangkit', adakah akan buat perhimpunan?
Azwan: Kita akan beritahu.

Sebab Jamal Yunos kata akan buat perhimpunan, adakah Pemuda Umno akan sertai?
Kita akan beritahu.

Apa yang dimaksudkan sebagai cubaan gulingkan kerajaan?
Boleh merujuk kepada laporan yang telah saya buat.

Semalam IGP cakap anda buat laporan berdasarkan andaian sahaja, macam mana boleh dapat dakwaan untuk gulingkan kerajaan?
Ia bukan andaian. Ia adalah satu laporan polis yang telah saya buat.

Tapi IGP cakap ia berdasarkan andaian dan dia tutup kes?
Saya telah buat satu laporan polis dan saya difahamkan IGP memaklumkan polis tak akan meneruskan siasatan, dan juga difahamkan tiada tindakan yang akan diambil ke atas saya.Dan ia satu laporan polis yang telah kami buat.

Bagaimana laporan polis itu dibuat hanya berdasarkan andaian?
Rujuk laporan saya.

Apakah bukti (mengatakan ada cubaan jatuhkan PM)?
Rujuk pada laporan saya.

Ada bukti?
Saya telah buat laporan polis. Dan telah serahkan pada pihak polis berdasarkan pada keyakinan saya kepercayaan saya. Jadi saya telah lakukan perkara tersebut bagi pihak polis menyiasat.

Siapakah yang arahkan anda buat laporan polis?
Saya sendiri.

Ada bukti tak berhubung laporan yang dibuat?
Saya dah buat laporan saya.

Apakah bukti yang ditunjukkan (pada polis)?
Saya dah buat laporan polis dan beri keterangan bertulis.

Memandangkan IGP kata tak akan teruskan siasatan, apakah tindakan seterusnya?
IGP telah maklumkan tidak akan teruskan siasatan dan difahamkan IGP juga tidak akan mengambil tindakan ke atas kami, mungkin ini satu Mexican stand off.

Laporan itu akan ditutup begitu sahaja?
Saya tidak tahu.

Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin kata beliau tidak akan back up anda, jadi apa yang anda rasa tentang perkara itu?
Tanggungjawab Pemuda adalah untuk pertahankan kepimpinan Najib Razak dan kami akan terus komited untuk jalankan tugas.

Khairy kata (laporan polis) tak ada kena mengena dengan Pemuda Umno?
Boleh tanya dia (Khairy).

Kalau ikutkan laporan polis, ia dibuat oleh peribadi dan bukan parti?
Pada laporan polis tu tertera nama saya Khairul Azwan Harun.

Rasa menyesal dengan laporan polis yang dibuat?
Never (tidak sekali-kali).

Akan mohon maaf pada 'Tiga Tan Sri'?
Never.

Bagaimana boleh timbulnya nama tiga Tan Sri itu?
Rujuk pada laporan saya.

Anda kata ia satu Mexican stand off, jadi ia pendirian anda untuk melindungi Najib?
Saya merujuk kepada ketetapan yang dibuat IGP, tiada siasatan lanjutan dan tiada tindakan ke atas kami.
Saya telah serahkan laporan kepada polis dan siasatan telah dibuat. Jadi saya ulang lagi, kalau kamu serang Najib Razak bermakna kamu serang Umno dan BN. Bila kamu serang Umno dan BN, kami akan bangkit membalas.

Adakah anda nak kata bahawa tiga Tan Sri itu menyerang Najib?
Rujuk pada laporan sayalah.

Ada yang mengatakan sebelum laporan polis dibuat, ia tak dibincang dalam mesyuarat exco Pemuda Umno?
Benda ini kemudian telah dibincang.

Ada terima surat dari Tan Sri Abdul Ghani Patail? Kerana beliau kata akan saman anda?
Tidak.

Adakah kenyataan hari ini kenyataan Pemuda Umno?
Saya tampil kerana pertanyaan dan persoalan diajukan kepada saya. Jadi kami hadir untuk maklumkan apa yang kami maklumkan.

Tindakan ini dari Pemuda sendiri?
Tanggungjawab kami untuk pertahankan kepimpinan. Dan kerajaan yang sah.

(Adakah sidang media ini) tindakan Pemuda?
Kami telah buat laporan polis jadi itulah apa kami buat.

(Adakah) atas platform Pemuda laporan polis itu dibuat?
Kami bertanggungjawab jadi kami buat laporan tersebut.

Bersedia dengan tindakan oleh tiga Tan sri?
Terserah.

Tindakan buat polis report tu... (soalan tidak jelas kedengaran)?
Menjadi hak rakyat Malaysia untuk meminta bantuan dari pihak polis. Saya mengambil pendekatan yang mudah. Kalau kita ragui sesuatu perkara cara terbaiknya buat laporan polis daripada kita ambil perkara tersebut atas tindakan kita sendiri.Jadi saya mengajak rakyat Malaysia, kalau ada keraguan, kegusaran, apa perkara sekalipun, buat laporan polis.

Walaupun tak ada asas untuk buat laporan polis?
Saya ada asas untuk buat laporan polis.

Tapi kami tak tahu apa asasnya. Itu persoalannya?
Rujuk pada laporan saya.

IGP kata itu pun satu andaian, macam mana kita nak rujuk?
Saya dah buat laporan polis.

Mungkin akan ada laporan polis selepas ini?
Saya tak tahu lagi.

Sekarang polis dah tutup kes. Macam mana?
Saya dah cakap tadi. Mexican stand off.
Yang penting kami telah menjalankan tanggungjawab untuk mempertahankan kepimpinan Datuk Seri Najib sebagai perdana menteri dan presiden parti dan kami akan terus melakukan dan melaksanakan tanggungjawab ini.

Dalam apa jua keadaan?
Dalam apa jua keadaan. Sampai hari ini kita mempertahankan pemimpin kita yang dipilih secara demokrasi.

Maknanya Pemuda bertanggungjawab untuk jaga PM dengan salah satunya buat laporan polis?
Ya.

Selain tu Pemuda ada rancangan lain?
Untuk didik rakyat supaya menghormati negara, hormati proses demokrasi, kita ada pilihan raya. Kalau rasa yakin dan kuat kita nak tukar kerajaan buat melalui peti undi.

Anda satu-satunya yang menamakan tiga Tan Sri tetapi Pemuda lain tak keluarkan apa-apa nama?
Ya, kami telah lakukan tanggungjawab tersebut.

Berdasarkan sidang media perdana menteri sebelum ini, beliau kata laporan polis itu tindakan individu, tapi tuan kata ini tindakan Pemuda Umno. Jadi?
Ya. Kita, kami. Kita lakukan bersama.
Dan kita bersyukur kita berjaya mematahkan satu cubaan.

Jadi itu tindakan kami? Pemuda?
Kami. Kita. Pemuda. Saya.

Adakah sebelum buat laporan polis dah minta pandangan ketua Pemuda?
Boleh tanya dia.

Dari pihak tuan sendiri, dah tanya KJ tak?
Boleh tanya KJ.

Tapi kita nak tahu dari tuan?
Kita buat laporan itu tertulis nama saya.

Tak mendapat nasihat KJ?
Kami bertindak atas rasa tanggungjawab.

Maknanya tak minta nasihat KJ sebelum buat laporan polis?
Saya dah cakap mengenai perkara ini banyak kali. Kami bertanggjawab dan telah pun laksana tanggungjawab kami.

Anda tidak jawab soalan.
Terserah.

Adakah tuan ada dokumen berkaitan?
Saya dah jawab tadi, rujuk pada laporan saya dan boleh tanya pihak IGP. Saya dah berikan segala macam kerjasama.

Memandangkan polis tak akan buat apa-apa, ada apa-apa cadangan untuk dedahkan?
Ia Mexican stand off. Tapi saya nak ucap terima kasih pada pihak IGP dan polis kerana mereka memberikan kerjasama dan saya memberikan kerjasama.

Adakah masih pertahankan laporan polis berkenaan?
Ya, sudah tentu kerana itulah keyakinan saya dan kepercayaan saya.

Walaupun polis tak teruskan siasatan?
Yang penting sekarang ini kita berjaya patahkan satu cubaan, menghalang satu cubaan.

Orang tak tahu masih tertanya tanya. Benda apa yang dihalang?
Saya dah buat laporan polis supaya polis boleh menyiasat dan dengan harapan perkara tak diingini tidak berlaku. Dan alhamdulillah, tidak berlaku.

Ada pandangan mengatakan anda tak akan berani buat laporan polis ini sebab ada pihak-pihak yang sokong di belakang anda. Sejauh mana pandangan ini? Adakah benar?
Saya buat laporan polis dan laporan polis itu tertera nama saya. Dan saya ulang ini tanggungjawab kami.

Boleh ulangi apa isi kandungan laporan polis?
Saya rasa anda boleh dapatkan salinan daripada pihak polis. Di (IPD) Dang Wangi.

Tak ingat apa dalam laporan?
Panjang. Dah jadi viral. Saya rasa awak boleh dapatkan salinan laporan dari situ.

Jadi anda buat laporan polis dan anda lupa laporan itu?
Ya, panjang.

Ada yang katakan tindakan you tak sehaluan dengan ketua Pemuda?
Tak benar.

Apa perasaan bila laporan polis itu diabaikan IGP?
Saya dah sebut tadi. Penyiasatan, IGP tak akan teruskan dan saya difahamkan tindakan tak akan diambil, jadi ini Mexican stand off. Saya dah buat laporan polis.

Akan ada komplot seperti ini lagi ke?
Tak tahu. Kalau ada, saya buat laporan polis. Menjadi hak kita tanggungjawab kita kalau rasa ada keraguan maklumat, jadi rujuk pada polis. Nak rujuk pada polis kena buat laporan polis. Bukan buat sidang media.
Sidang media ini untuk bantu sahabat-sahabat kerana saya terima banyak panggilan WhatsApp. Saya tak mampu jawab satu persatu. Saya harap ia akan membantu menjawab sesetengah daripada soalan kamu yang relevan. Bukan semua.

Maknanya kalau tak ada tindakan dari polis, maknanya perkara itu...?
Tiada tindakan dari polis? saya tak tahu tindakan apa tapi jika tiada tindakan dari saya, saya takut benda tak diingini akan berlaku. Itu saya maksudkan.

Tapi polis tak teruskan siasatan maknanya tiada wujudlah (andaian untuk jatuhkan Najib)?
Polis pun tak akan ambil tindakan terhadap kami. Itu saya difahamkan. Jadi saya ucap terima kasih pada IGP dan PDRM. Saya faham, mungkin ada keputusan dan ketetapan yang IGP dan PDRM ambil. Saya faham, tapi saya terima.

Setuju tak jika kata saudara ini dijadikan kambing hitam?

Tidak.

Jadi laporan polis perkara paling ke depan yang Pemuda Umno boleh lakukan?
Setakat hari ini kami anggap ia satu kejayaan untuk mematahkan satu cubaan.

Jadi cubaan itu gagal?
Setelah saya buat laporan polis maka cubaan itu gagallah.

Maknanya kalau tuan tak buat laporan polis?
Saya percaya ada perkara tak diingini boleh berlaku.

Maknanya risiko perkara tak diingini besar?
Terserah.

Apa komen anda bila tengok komen di WhatsApp, di Facebook yang hentam Pemuda Umno dan bukan anda?
Bercampur aduk. Kita ada 30 juta rakyat. Sentiasa ada dua bahagian pada satu cerita. Ada yang suka, ada yang tak suka.
Ini tanggungjawab kami, jadi kami akan teruskan komitmen ini. Itu jelas. Dalam konteks mempertahankan Perdana Menteri, menjadi tanggungjawab Pemuda Umno, maka kita akan buat.

Kami itu siapa?
Kami, kita, Pemuda, Saya, KJ (Khairy Jamaluddin).

Tapi presiden cakap itu tindakan individu bukan parti?
Laporan polis itu individulah. Sebab nama saya. Tak boleh tulis Pergerakan Pemuda Umno dalam laporan.
Ada yang akan hentam ada akan suka. 30 juta rakyat. Saya kenal ramai juga daripada 30 juta tu. Ada yang kata OK ada yang tak OK.

Selepas ini adakah anda rasa orang akan percaya dengan laporan polis yang anda buat?
Bukan soal percaya tak percaya ini soal polis. Untuk jawab soalan anda, ia sentiasa ada dua bahagian terhadap sesuatu cerita. Nak percaya dan tak nak percaya. Kalau buat laporan polis, polis akan buat tindakan susulan.

Tuan cakap laporan dibuat berpandu pada asas, asas tu diambil dari mana?
Saya dah serahkan pada polis dalam keterangan saya.

Isu itu timbul dari orang dalam ke?
Saya dah serah pada polis keterangan saya.

Tuan tahu tak asas itu dari mana?
Macam-macam. saya dah serahkan asas saya itu.

Tiada dalam laporan polis asas itu?
Sudah tentu. Prosesnya bila dah lapor, kemudian polis akan panggil dan buat rakaman keterangan dan saya telah dipanggil memberi kenyataan bertulis saya. Sudah tentu kenyataan bertulis lagi panjang dari laporan polis.

Terang sikit tentang asas?
Saya dah buat laporan.

TPM pesan jangan leka dengan kemenangan PRK K Kangsar

Posted: 03 Aug 2016 05:08 PM PDT

MALAYSIAKINI


Semua pihak dalam Umno dan BN tidak seharusnya leka dan terbuai dengan kemenangan dalam pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar Jun lalu, demikian pesanan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga naib presiden Umno berkata ini kerana terdapat banyak pihak yang sememangnya tidak senang melihat kejayaan parti itu dan sentiasa berusaha untuk menggugatnya.

"Saya menasihati diri saya dan semua pihak dalam Umno dan BN supaya jangan terbuai dengan kemenangan ini kerana strategi dalam PRK dan Pilihan Raya Umum (PRU) berbeza, senario politik juga berbeza.

"Rasa terbuai ini harus diketepikan walaupun kita rasa seronok dengan kemenangan ini kerana untuk menempahnya sukar, tapi untuk mempertahankannya itu lebih sukar," katanya ketika berucap di majlis pada majlis kesyukuran dan jamuan Hari Raya Aidilfitri Umno/BN negeri Perak di Kuala Kangsar malam tadi.

Dalam PRK Kuala Kangsar 18 Jun lalu, calon BN Datin Mastura Mohd Yazid berjaya mempertahankan kerusi Parlimen itu setelah menewaskan tiga calon lain dengan memperoleh majoriti 6,969 undi.

Mastura, 55, yang juga isteri Allahyarham bekas anggota Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, memperoleh 12,653 undi menewaskan calon PAS Dr Najihatussalehah Ahmad yang mendapat 5,684; calon Parti Amanah Negara Dr Ahmad Termizi Ramli (4,883) dan calon bebas Izzat Bukhari Ismail Bukhari (54).

Jelas Ahmad Zahid, putaran politik semakin berbeza setiap masa dan ia menuntut semua pihak dalam parti sama ada Umno atau BN terus berusaha untuk menghadapi sebarang kemungkinan pada PRU14 yang mungkin diadakan selewat-lewatnya dua tahun lagi.

Sehubungan itu, beliau berkata cara terbaik untuk mendepani semua cabaran itu adalah dengan memiliki kesatuan pemikiran, hati nurani serta tindakan.

"Saya merasakan bahawa semua daya tahan dan daya saing yang ada pada kita sukar diterjemahkan, Tapi kita yakin, kita berada dalam wadah yang kukuh," katanya.

Selain itu, timbalan perdana menteri turut mengingatkan kepimpinan Umno dan BN di Perak supaya membimbing dan membantu Mastura dalam menjalankan tugas sebagai anggota Parlimen sekali gus memastikan kerusi Kuala Kangsar kekal milik BN pada PRU14.

Dalam majlis yang dihadiri kira-kira 10,000 orang itu, Ahmad Zahid turut merakamkan penghargaan kepada Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir atas kerja keras dalam PRK Kuala Kangsar.

"Saya yakin Zambry dan Umno akan dapat menempah kejayaan dalam PRU akandatang kerana beliau ikhlas bekerja selain mempunyai daya tahan yang cukup tinggi," katanya sambil disambut tepukan gemuruh para hadirin.- Bernama

PAS belum putuskan sertai BERSIH 5

Posted: 03 Aug 2016 04:58 PM PDT

Zulaikha Zulkifli


Walaupun berjaya mengumpul penyertaan besar sebelum ini, BERSIH 4 bagaimanapun terpalit imej polarisasi kaum apabila kurangnya penyertaan orang Melayu.

Salah satu faktornya ialah apabila PAS tidak mendukung acara itu secara rasmi selepas berpisah dengan Pakatan Rakyat bersama PKR dan DAP.

Justeru, bagi masyarakat sivil, penyertaan parti itu amat penting bagi mengelakkan tanggapan negatif berulang.

PAS bagaimanapun setakat ini masih belum membuat keputusannya.

"Parti belum buat sebarang keputusan.

"Kita tunggu sehingga sampai waktu kita akan umumkan pendirian parti," kata Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man melalui pesanan teks kepada Malaysiakini malam tadi.

Tuan Ibrahim juga berkata pihaknya setakat ini belum dimaklumkan atau diundang secara rasmi oleh BERSIH.

Beliau ditanya pendirian parti Islam itu kali ini setelah BERSIH semalam (Selasa) mengumumkan perhimpunan rakyat besar-besaran kali kelima dalam masa terdekat.

Pengerusinya, Maria Chin Abdullah dalam sidang akhbar di pejabatnya di Petaling Jaya berkata, himpunan kali ini untuk menuntut tindakan lanjut mengenai skandal 1MDB.

Tiada ulasan: