Biaqpila |
VIDEO SEKS AHLI POLITIK DI TERENGGANU MUNCUL KEMBALI Posted: 08 Aug 2016 09:23 PM PDT KUALA TERENGGANU: Gambar dan video seks yang didakwa melibatkan seorang ahli politik kanan kini muncul semula. Isu ini dikatakan sudah lama berlaku iaitu sekitar tahun 2009 dan telah dikitar semula serta tersebar di media sosial untuk memfitnah ahli politik berkenaan. Ahli politik itu dikatakan memberi projek balak kepada beberapa wanita dan menerima layanan seksual sebagai balasan. Sumber daripada ahli politik yang rapat dengan pihak yang dituduh serta 'mangsa' itu berkata, keseluruhan isu berkenaan adalah bertujuan untuk memfitnah. "Saya kenal kedua-dua mereka dengan baik dan apa yang saya boleh katakan ini adalah cerita lama yang digunakan untuk mengugut ahli politik tersebut bagi mendapatkan tender serta wang. "Wanita ini mempunyai masalah dan sentiasa cuba untuk menjadi mangsa kepada orang kaya termasuk ahli politik untuk memeras ugut wang," kata satu sumber kepada The Star. Adalah dipercayai bahawa video seks dan gambar-gambar mengenainya mula disebarkan oleh blog Malaysia Respons. Artikel itu juga menyebut bahawa ahli politik berkenaan terlibat dalam pelbagai skandal. Cubaan menghubungi ahli politik yang didakwa melalui telefon dan aplikasi Whatsapp tidak dijawab. MSTAR |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan