Selasa, 9 Ogos 2016

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


PEMUDA AMANAH GERAKKAN MOBILISASI UNTUK HIMPUNAN

Posted: 09 Aug 2016 09:00 AM PDT

Pemuda AMANAH komited untuk memastikan semua tertuduh yang terlibat dalam skandal mega 1MDB meletakkan jawatan, ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah segera.

 Pagi kelmarin, 8 Ogos, Pemuda AMANAH Nasional telah menyerahkan satu memorandum di Istana Negara.

 Menorandum tersebut memohon perkenan YDPA menasihatkan Perdana Menteri meletakkan jawatan dan mengarahkan Peguam Negara membuat siasatan lanjut ke atas MO1 ekoran "Civil Forfeiture" yang mendakwa MO1 adalah serupa dan seiras Perdana Menteri dalam skandal 1MDB.

   Menurut Ketua Pemuda AMANAH Nasional / Pengarah Mobilisasi AMANAH, Sani Hamzah, walaupun berliku namun ianya mampu memberi ruang untuk proses reformasi seterusnya, membubarkan Parlimen dan memilih Perdana Menteri baharu melalui ruang pilihanraya umum.


 Sementara itu pula gerakan mahasiswa dan anak muda menganjurkan himpunan aman pada 27 Ogos 2016 di Kuala Lumpur dengan mesej jelas - ‪ #‎TangkapMalaysianOfficial1‬ atau ringkasnya #TangkapMO1.

   Seluruh pihak  yang memusuhi rasuah dan penyalahgunaan kuasa, semua pemain-pemain politik, aktivis-aktivis sosial dan NGO perlu turun memenuhi Kuala Lumpur untuk memberi sokongan kepada himpunan tersebut.

  Menurut Sani Hamzah, pemuda AMANAH komited untuk menggerakkan seluruh anggota AMANAH di segenap pelusuk tanah air untuk turun dan bersama-sama mahasiswa dan anak-anak muda merealisasikan tuntutan himpunan tersebut.

Tahniah Pas kerana mengembirakan Umno BN ...

Posted: 09 Aug 2016 04:38 AM PDT

Hahaha! Aku yang paling segak! Kena pakai kemas nak masuk Dewan Negeri...
  Pagi tadi saya bersama dua orang rakan berkesempatan menjadi pemerhati Mesyuarat Kedua Penggal keempat, Dewan Undangan Negeri Perak Ke-13. Kami bertiga mengiri DS Nizar ke sana.

  Pagi ini ada usul perlantikan speaker baru dewan  bagi menggantikan Datuk Seri S K Devamany yang telah melepas kan jawatan Speaker Perak setelah dilantik  menjadi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam rombakan Kabinet yang baru lalu.

  Pakatan Harapan Negeri Perak telah menghantar nama Ahli Parlimen Batu Gajah daripada DAP, V Sivakumar sebagai calon Speaker Dewan Undangan Negeri Perak. Manakala pihak BN menamakan bekas Ketua Wanita MIC Perak S Thangeswary.

 Maka Timbalan Speaker pun membacakan notis pengundian Speaker kerana terdapat dua calon.

 Proses pengundian pun berlaku lalu Timbalan Speaker mengumumkan keputusannya bahawa Thangeswary dipilih sebagai speaker baharu setelah memperoleh 30 undi berbanding calon pembangkang V Sivakumar 24 undi.

   Ketika Timbalan Speaker mengumumkan V Sivakumar hanya memperoleh 24 undi, ramai yang agak tertanya-tanya... sebab menyedari pembangkang di Perak ada 28 kerusi... mana lagi yang empat??

 "Empat wakil rakyat PAS berkecuali dalam pengundian hari ini," jelas Timbalan Speaker diikuti dengan tepukan meja bergemuruh oleh pihak BN...

  Jelas sikap dan pendirian Pas memilih untuk berkecuali dalam pengundian tersebut telah mengembirakan BN.Tahniah kepada Pas kerana telah mengembirakan BN!

   Apabila sampai disuatu peringkat dimana Speaker yang baru itu diasak dengan pertanyaan-pertanyaan berhubung dengan isu petani-petani yang kena halau dan dia tidak dapat nak memberi penjelasan, maka speaker pun menangguhkan sidang selama 30 minit!

     Kami pun pergi ke tempat makan. Sedang leka memilih juadah di situ, saya telah disapa oleh bekas PJ Pas Perak, Ust Abu Bakar, Adun Titi Serong. Memang telah lama tak bertembung dan bertegur sapa dengannya. Kami pun bermanis-manis muka, masing-masing bertanya khabar. Habis gitu saja.... dan saya pun pergi ke suatu sudut meja makan.
 
Aku dengo jer ... sengaja aku letak rambutan kat situ supaya tekak
masing-masing tak rasa perit bila bertekak!
  Sedang menikmati juadah, Ust Bakar datang turut menyertai berlabuh dimeja makan saya... kemudian diikuti pula oleh dua sahabat saya, Bob dan Pahrol. Kemudian DS Nizar pula singgah berlabuh sama!

  Maka berlakulah sedikit perbincangan....DS Nizar mempersoalkan pendirian Pas yang berkecuali ketika mengundi tadi.

  "Pas berkecuali, tidak memihak kemana-mana... kami tidak menyokong pembangkang, tidak menyokong BN," terang Ust Bakar.

  " Mana boleh macam itu..." sampuk DS Nizar. "Pas kena tegas pendiriannya menentang kezaliman, tidak boleh berkecuali..." tegas DS Nizar.

  "Pas sepatutnya tidak duduk sebaris dengan pembangkang didalam dewan!" Tiba-tiba Bob menyampuk.

   "Kalau saya Speaker dewan, saya letak Pas ditengah-tengah dewan antara barisan pembangkang dan kerajaan sebab Pas tidak berpihak ke mana-mana..." gerutu Bob dengan selamba...

 "Itulah perinsip kami; tidak berpihak kemana-mana... kalau kami sokong, pembangkang pun tetap kalah!" Ust Bakar cuba mempertahankan pendirian partinya.

  Dia mungkin terlupa ungkapan yang sering Pas laungkan : ALLAH TAK TANYA KALAH ATAU MENANG....TAPI TANYA KENAPA KAMU TAK BERJUANG....

  "Ustaz mana boleh terus duduk diatas Siratal-Mustaqim.... Ustaz kena pilih sama ada nak masuk syurga atau neraka!" Bob sedikit emosi...

  Tapi Ust Bakar ni memang cool orangnya... dia buat derk ajer... walaupun diterjah oleh DS Nizar dan Bob, Ust Bakar terus mengoyah rambutan yang ada di atas meja...

   Memang rambutan tu cukup manis... boleh tanya sendiri pada Ust Bakar!

Tiada ulasan: