Nuffnang

Pengikut

ALHUSSEYN

sumber :-

ALHUSSEYN


Fedofilia di Maahad Tahfiz selebriti "Kalau Jodoh Tidak Kemana"

Posted: 25 Aug 2016 03:24 AM PDT

  Rupa-rupanya kisah pedofilia di tahfiz seleriti "Kalau Jodoh Tidak Kemana " ni sudah lama berlaku... Aku tak tahu apa nak cakap... ikutilah apa yang sang ibu nukilkan :

July 30 at 11:50am · Petaling Jaya · Versi Bahasa Melayu.

 Perlu diingatkan bahawa saya sendiri bekas pelajar sebuah sekolah agama, Maahad Hamidiah Kajang. Kami ada masalah kami sendiri tapi takdelah yang macam kes yang sedang saya kongsikan di sini.

 Perlu diingatkan bahawa fokus yang penting adalah mengenai mangsa dan janganlah fikir yang bukan-bukan. Ini termasuk memalukan institusi agama dan juga memohon supaya kita dedahkan identiti sekolah tersebut.

 Apa yang perlu adalah mengambil iktibar, langkah berjaga-jaga dan percaya pada anak-anak kita.

 Saya benar-benar berharap laporan polis di buat dan tindakan undang-undang juga di ambil.

 Sila beri nasihat yang waras dan bernas. Ini bukan mengenai kita tetapi kanak-kanak keliling kita.

 Akhir kata, janganlah terlalu taksub angkuh bongkak dan sombong. Jangan.

 "Kepada Syed Azmi,

 Baru-baru ini terdapat berita yang mengejutkan tentang kes penderaan kanak-kanak di sebuah Maahad Tahfiz di bahagian utara. Saya sendiri yang mempunyai anak yang bersekolah di salah satu maahad ini ingin berkongsi kisah yang terjadi kepada anak saya tahun ini, dan saya berharap dengan perkongsian ini ibu bapa akan membuat pilihan terbaik di sekolah mana mereka berhasrat menghantar anak-anak mereka, sekiranya mereka ingin anak mereka belajar ilmu agama.

 Anak saya berusia 10 tahun dan berkebolehan menghafal surah-surah pendek dalam alQuran jadi kami berpendapat dia merupakan calon terbaik untuk satu temuduga memasuki sebuah maahad tahfiz yang terkemuka. Kami bercadang mendaftarkannya ke maahad ini dan memandangkan kemasukannya sangat sengit melalui bermacam jenis ujian, hujungnya kami berasa bangga apabila dia terpilih sebagai salah seorang dari sekumpulan 4000 calon. 

Ini merupakan mimpi yang menjadi kenyataan bagi anak kami untuk menyertai sekolah maahad yang termasyhur di Malaysia. Namun sedikitpun kami tidak menyedari yang mimpi ini bakal bertukar menjadi mimpi ngeri.

 Pada awalnya, kumpulan anak saya yang terdiri daripada 30 org kanak-kanak berumur 10 tahun dihantar ke suatu kawasan pedalaman untuk mengasingkan mereka dari pengaruh kehidupan di bandar. Semuanya berjalan lancar di tempat ini dan kami berpuas hati dengan pencapaian akademik dan hafazan alQuran anak kami. 

Suatu hari, maahad ini menghadapi masalah pentadbiran dan bercadang menjual cawangan luar bandar ini dan memindahkan kesemua anak ke sekolah utama bersama dengan pelajar yang lebih tua (sekolah menengah) dan pada waktu inilah penderitaan mental dan fizikal anak saya bermula.

 Pada bulan Mei dia pulang untuk cuti persekolahan dan kami melihat lebam pada wajahnya dan pipi kirinya sedikit bengkak. Setelah disoal, dia berkata dia bergaduh dgn seorang rakan tetapi tidak memberitahu tentang apa. 

Kemudian pada satu malam dia berbaring di sebelah saya dan mula bertanya soalan-soalan seperti, adakah tidak mengapa jika ada orang yang membuat kita terangsang? Kenapa boleh menjadi keras bila seseorang mencium kita? Saya berasa aneh dengan soalan-soalan ini jadi saya melakukan interogasi.

 Jawapan yang diberikan sangat tidak dijangka. Pengakuan dan pemerhatiannya hampir membuat saya jatuh pengsan.

 Senior-senior, terutamanya seorang yang merupakan anak yatim dan penghuni tetap maahad itu sering membuat pelecehan seksual terhadap para junior. 

Dalam satu kejadian, senior akan melakukannya dengan menahan seorang pelajar lelaki pada tangan dan kakinya, dan memaksa pelajar lain memegang penis mangsa dan memainkannya sehingga keras. Kemudian mereka akan menyuruh mangsa memasukkannya ke celah punggung pelajar lain dan menertawakan anak-anak ini.

 Para senior membuli junior dengan memaksa melakukan french kiss antara satu sama lain dan memerhatikan penis mereka menjadi keras. Anak saya tahu bahawa perkara ini salah dari segi moral tetapi pada masa yang sama berasa ingin tahun kerana dia tidak tahu bagaimana terjadinya ereksi.

 Dia melaporkan kepada warden dan satu rombakan dibuat terhadap penempatan tempat tidur di dorm. Malangnya, senior yang terlibat mendapat tahu anak saya membuat laporan dan anak saya diserang secara fizikal dan dicaci maki dengan penghinaan. 

Anak saya membalas dengan melawan kembali dan menerima pukulan di badannya.

 Saya bertanyakan nama-nama junior yang dicabul dari anak saya dan memaklumkan ibu-ibu mereka melalui Whatsapp. Mereka terperanjat dan menyoal anak-anak mereka dan akhirnya berjaya mendapatkan pengakuan tentang apa yang telah mereka lalui sejak pemindahan itu.

 Menghampiri penghujung cuti persekolahan, tiga ibu bapa mengambil keputusan mengeluarkan anak-anak mereka dari maahad tersebut. Salah seorang membuat repot polis tetapi pemeriksaan doktor menyatakan tidak terjadi penetrasi melalui punggung. 

 Anak saya yang masih trauma dengan kejadian tadi membantah untuk meneruskan pembelajaran di sekolah ini dan kami pun menariknya keluar dari maahad ini.

 Saya ingin membuat laporan saya sendiri, tetapi suami saya, peminat Ustaz terkenal yang merupakan pengetua maahad ini, bercadang untuk membuat temujanji dengan tokoh ini. 

Jadi kami memghubungi pembantu peribadi Ustaz dan pembantu itu bertanyakan kenapa. Apabila kami memberitahukan hal ini, beliau tidak hairan. 

"Kalau anda membuat laporan polis, biarkanlah polis melakukan kerja mereka." 

Saya berkata kami belum membuatnya tapi akan dibuat jika kami tidan mendapatkan tarikh pertemuan dengan pengetua. Beliau memberikan tarikh dan kami pun berjumpa bersama dengan anak kami.

 Perkara pertama yang disoal pengetua kepada anak kami adalah jika dia faham tentang tuduhan dan maksud 'liwat'. 

Anak saya menjawab itu adalah perbuatan memasukkan penis di antara punggung. 

Pengetua itu bertanya anak saya untuk menjelaskan apa yang dia lihat dan anak saya membalas dengan jawapan yang sama. Pengetua yang sangat alim ini kemudiannya memandang kami dan berkata:
"Puan, ini merupakan percubaan liwat dan bukan perbuatan liwat itu sendiri."

Beliau juga mengatakan, "cubaan merogol tidak sama dengan rogol," dan menyambung,

 "Jika anda membawa kes ini ke mahkamah, anda akan kalah. Kami telah membuat penyiasatan dan telah menyoal siasat pelajar-pelajar yang terlibat. Tiada mangsa mengakui terjadinya penetrasi dan senior tersebut cuma bergurau dengan mereka.

 "Jika anda membuat tuduhan palsu, ini akan mencemarkan nama baik kami dan kami akan membalas balik. Kami juga mendapat tahu anak puan tidak patuh dan mula menjadi gangguan kepada guru di sekolah ini.

 "Dengan keputusan akademiknya, kami tetap mengambilnya untuk belajar di sini tetapi anda ingin mengeluarkannya dari sini dan itu pilihan anda. Saya cadangkan anda membawanya berjumpa dengan doktor untuk diperiksa, dan membuat laporan polis jika anda mahu.

"Seperti yang saya katakan, kami ada dukungan jadi anda harus berwaspada dengan tindakan anda seterusnya."
 Waktu itu saya merasa, di sini anak saya bersama-sama di dalam bilik ini, mangsa buli, dan sekolah memilih untuk melindungi pesalah dan menjaga nama baik institusi, dan sebaliknya mengugut mangsa? 

 Saya bertanya apa tindakan yang diambil terhadap senior yang menjadi dalang pesta pencabulan ini? Mereka berkata tiada laporan yang dibuat terhadapnya; dia mengatakan dia hanya bercerita dan tidak melakukan apa-apa perbuatan fizikal. Jadi tiada kesalahan untuk diambil tindakan. 

 Mengingat bahawa dia adalah penghuni anak yatim di sekolah ini (dia mempunyai keistimewaan kerana dana negeri dapat disalurkan ke sekolah ini atas nama kebajikan anak yatim) mereka tidak boleh membuangnya.

 Kami meninggalkan sekolah setelah berbincang selama 75 minit. Kami sekarang sedang mendapatkan khidmat nasihat dari peguam kami dan pihak polis, tetapi kami masih belum mempunyai bukti kukuh untuk mengatakan kejadian ini benar-benar berlaku. 

  Apa yang kami tahu, sekarang anak kami trauma, dicabul dan bingung. Mangsa lain, berjumlah 6 orang termasuk anak saya telah meninggalkan sekolah tersebut. Kami terpaksa mengambil tindakan sendiri untuk mengatasi masalah ini, sementara pesalah laku masih bebas dalam institusi hebat ini diketuai oleh Ustaz terkenal yang menidakkan keadilan terhadap anak kami.

 Sejak dari itu, kami mendapat tahu maahad ini bukan sahaja tempat pengajian alQuran tetapi juga pusat pemulihan untuk anak-anak bermasalah. Menghantar anak saya ke tempat neraka ini adalah kekecewaan terbesar saya, sebagai ibu saya berasa sangat marah. 

 Saya marah kerana anak saya akan selamanya trauma dengan kejahatan yang telah dilakukan kepadanya oleh syaitan berjubah dan berserban putih. Saya tidak mengatakan bahawa semua maahad adalah tempat terburuk, tetapi saya pasti ramai ibu bapa di luar sana yang ingin tahu apa yang sedang terjadi dan saya menulis untuk memberi peringatan untuk tidak mengorbankan anak-anak suci anda atas nama agama kerana alQuran itu benar tetapi orang yang mengamalkan dan mengajarkan ajaran yang salah itulah sebenarnya syaitan durjana. ~ sumber

Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT