Selasa, 23 Ogos 2016

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Nazar Tok Sheikh : Kalau saya sihat, saya akan aktif dalam AMANAH

Posted: 23 Aug 2016 02:07 AM PDT

Pertemuan semula dua tokoh agama negeri Perak yang dijangka akan menyemarakan
semula perjuangan gerakan Islam melalui Parti Amanah Negara patut dialu-alukan.
  Perkara yang sangat menguja dan mendorong Ustaz Ahmad Awang melakukan kunjungan mahabbah ke rumah Dato Sheikh Mohamad Nor ialah apabila UAA mendapat tahu mengenai hasrat Dato Sheikh untuk bergiat semula dalam parti dan mahu menyertai dan membantu Parti Amanah Negara.

  Kunjungan tersebut ternyata membuahkan hasil sebagaimana yang diharapkan. Dato Sheikh Mohamad Nor telah menyatakan hasratnya itu sebagai suatu 'nazar' yang dicatatnya sendiri di atas sehelai kertas dan bertandatangan dengan berbunyi :

Kalau saya sihat, saya akan aktif dalam AMANAH. Ini nazar saya.

Nazar Dato Sheikh untuk aktif dalam AMANAH
 Pengakuan Dato Sheikh itu kami sambut dengan gembira dan UAA lantas mendoakan agar nazar tersebut Allah kabulkan. Kami semua mengaminkannya.

  Diharap, korang yang membaca berita mengenainya turut mendoakan agar Allah segera mengkabulkan hajat mulia Dato Sheikh tersebut. Doakanlah beliau sehat dan sembuh semula supaya dapat bersama memperjuangkan Islam kali ini melalui wadah Amanah.

  Bermulanya kunjungan tersebut pada petang kelmarin. Ustaz Ahmad Awang (UAA) dan isterinya dengan ditemani beberapa rakan anak muda dari sekretariat Penasihat Parti Amanah Negara, telah membuat kunjungan mahabbah ke atas Dato Sheik Mohamad Nor di rumahnya yang tidak jauh dari masjid Taman Meru.

  Kedatangan kami telah disambut mesra oleh Dato Sheikh dan isteri yang mempersilakan kami masuk dan duduk di ruang tamu rumah yang tersergam indah sederhana.
 
Ust Ahmad Awang sedang mengamati setiap butir patah perkataan Dato' Sheikh
  Dato Sheikh duduk diatas kerusi roda elektrik. Akibat serangan stroke dua tahun lalu, Dato Sheikh mengalami penurunan parsial gerakan lengan dan tungkai.Beliau juga kesulitan berbicara - nada suaranya agak perlahan dan pendengar perlu mengamati dengan teliti. Beliau memang bersedia dengan nota catatan untuk membantu beliau berinteraksi dengan tetamunya.

   "Masih ingat saya?" Saya menyapanya sambil bersalaman dengannya... Beliau merenung lama kemudian mengangguk-angguk sambil tersenyum...

 Kenangan lama mula menerjah. Saya pernah bersama mengikuti rombongannya menunaikan Haji pada 1997, bersama-sama dengan almarhum Roslan Shahrum, bekas MP Bukit Gantang.

Kenangan bersama dato Sheikh
  Kali terakhir saya menemui Dato Sheikh ketika mengunjunginya di pejabat Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) bersama Ust Abu Bakar Hussein, Adun Titi Serong.

   Sewaktu bersembang santai dengan Dato Sheikh, UAA lebih banyak bercakap; sementara kalangan kami yang ada cuma mendengar sahaja. Dato Sheikh tidak jemu-jemu mendengar dengan penuh minat.

  UAA menceritakan kepada Dato Sheikh bagaimana keluarnya PAS daripada Pakatan Rakyat, dan asbab itu tertubuhnya AMANAH.

  Menurut UAA, bermulanya kempen ulama menolak kalangan profesional dan tahaluf siyasi melalui resolusi Multaqa pertama di Alor Star pada 2013, iaitu menjelang muktamar Pas pada tahun itu.
 
UAA, Penasihat Parti Amanah Negara bersama ahli sekretariatnya. 
  "Antara resolusi yang diluluskan ialah, bahawa jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Pas hanya boleh dipilih daripada kalangan ulama sahaja; kerana, hanya golongan itu yang memahami dan faqih tentang Islam serta realiti semasa. Resolusi ini juga menyatakan, jawatan-jawatan lain termasuk naib-naib presiden juga perlu dipertimbangkan daripada kalangan ulama dengan gandingan profesional dan aktivis.

  "Multaqa' kedua telah diadakan pada Sabtu, 21 Februari, menjelang Muktamar Agung Tahunan PAS 2015 pada Jun yang bakal menyaksikan pertandingan dalam pemilihan pucuk pimpinan.

 "Semasa perhimpunan itu, peserta multaqa mensasarkan serangan mereka kepada golongan yang dianggap sebagai pengkhianat kerana mengkritik presiden PAS dan melanggar arahan Majlis Syura Ulama.

 "Mereka yang bernaung dan mendekati pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang ditubuhkan ahli PAS dan yang menjadi pelobi utama agar PAS terus kekal dengan Pakatan Rakyat (PR) juga menjadi sasaran utama.

 "Bahkan, Pemangku Ketua Dewan Ulama Datuk Ahmad Yaakob seperti mengisytiharkan perang ke atas PasMa dan memberikan amaran sebarang pelanggaran terhadap arahan Majlis Syura Ulama dan keputusan presiden merupakan satu kesalahan mandatori dalam undang-undang PAS.

  UAA turut mendedahkana bagaimana sebahagian ulama dalam PAS mengkritik sesetengah pucuk pimpinan PAS kerana rapat dengan pimpinan Pakatan Rakyat dengan pelbagai gelaran diberikan. Anwarinas, golongan parasit dan virus dalam PAS adalah gelaran yang popular.

  Ketika ini, Dato Sheikh tiba-tiba menyampuk dengan lembut menyebut,  "Sombong.... Hj Hadi sombong..."

  UAA menceritakan bagaimana menerima cercaan dan halangan berbagai pihak apabila menerima pencalonan untuk bertandingan merebut jawatan presiden PAS. Malah Hj Hadi telah menuduhnya sebagai calon plihan DAP. Hj hadi menganggap pertandingan itu adalah antara calon pilihan DAP dan calon pilihan PAS. Hanya UAA dan Hj Hadi terlibat dalam pertandingan tersebut.

  "Saya sendiri telah di chop sebagai calon pilihan DAP oleh Hj Hadi apabila saya menerima pencalonan untuk presiden parti." Sila dengar rakaman VDO di sini

 Pada Muktamar Agung Tahunan PAS 2015 yang menyaksikan pertandingan dalam pemilihan pucuk pimpinan, Dewan Ulamak dan MSU yang sepatutnya menjadi penyatu antara golongan Ustaz dan professional dalam PAS tetapi sebaliknya telah tersasar daripada fungsi sebenar. 

  Malah mengejutkan banyak pihak dengan memuat naik 'chai' mereka di Facebook rasmi. Cai ni idea ulamak dan dianggap sebagai wahyu dari langit. Siapa tidak ikut, dikira derhaka pada ulamak maknanya derhaka pada Islam lah....Mereka menjadikan senarai dalam chai itu sebagai calon yang wajib dipilih...

    Dato Sheikh merupakan seorang pendengar yang baik dan UAA pula seorang yang petah bercerita... hanya sekali sekala sahaja Dato Sheikh mencelah ...Beliau terus khusyuk  mendengar maklumat yang disampaikan oleh UAA dan minta kami tunggu untuk solat Maghrib bersamanya.

    Apabila kami mohon untuk pulang selepas solat, Dato Sheikh menahan kami untuk makan bersamanya pula... Beliau seolah-olah tidak mahu berpisah dengan UAA, munkin mahu mendengar lebih banyak berita dari UAA ... Beliau ajak UAA bermalam di situ pula!

  Kemudian Dato Sheikh minta anaknya yang bernama Hafiz keluar membeli nasi Arab Mandy untuk makan malam kami...

Menikmati makan malam nasi Mandy di rumah Dato Sheikh
   Begitulah mesranya Dato Sheikh.Walaupun dalam keadaan yang tidak berapa sihat, beliau masih lagi mampu menghadiri mesyuarat-mesyuarat sebagai Ahli Majlis Fatwa Negeri Perak, sebagai Ahli Majlis pentahsih al-Quran Malaysia dan masih kekal menerajui Persekutuan Seruan Islam Perak (PSIP).

  Beliau juga masih lagi merupakan Pengerusi pengerusi Yayasan ADDIN yang mengendalikan Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat (ADDIN) sebuah institusi pendidikan Islam swasta dan berasrama penuh berasaskan kebajikan dan memilih bidang hafaz Al-Quran sebagai subjek teras.

   Hebat Dato Sheikh kita ini walaupun dalam keadaan fisikalnya yang kurang berkemampuan sebegitu, namun beliau masih juga mampu menghadiri mesyuarat yang di amanahkan ke atasnya. Sikap beginilah yang patut ada pada setiap pemimpin ...

Tiada ulasan: