Isnin, 22 Ogos 2016

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Dato Syeikh Mohd Nur Al Hafiz : Saya nak bantu Ust Ahmad Awang, Ust Ghani...

Posted: 22 Aug 2016 03:12 PM PDT

  Pada 8 Ogos yang lalu beberapa sahabat telah pergi membuat menziarahi mahabbah Dato Syeikh Mohd Nur Al Hafiz di rumah beliau di Taman Meru Heights.

   Datuk Syeikh kini semakin puleh dari serangan stroke yang dialaminyanya sejak dua tahun yang lalu. 

 Beliau kini sudah mampu berkomunikasi walaupun dalam keadaan yang terbatas dan mencoret pada buku nota yang senantiasa disampingnya untuk memudahkan kelancaran berinteraksi.

  Mengimbas semula penglibatan beliau yang suatu ketika dulu menjawat sebagai Imam Besar masjid telah sanggup meletakan jawatannya semata-mata kerana menerima amanah parti Pas yang mahukan beliau bertanding sebagai calonnya untuk Parlimen Parit pada 1986.

   Pada ketika itu, kekalahan adalah perkara biasa bagi calon-calon Pas. Namun begitu, Dato Sheikh ini sanggup menghadapi risiko tersebut. Beliau telah meletakan jawatan semata-mata mahu berkorban demi parti.

    Seperti biasalah... beliau kalah dalam PRU tersebut... Kerja dah tak ada nak sara anak isteri...partinya pula tidak ada menawarkan apa-apa bantuan... Ahli-ahli Pas yang ramai menyokongnya pun menyepi... tak tahu nak bantu macam mana... Dato Sheikh benar-benar sudah terkorban lantaran semangat parti yang berkoba-koba... 

  Mujurlah Tuanku Sultan ada rasa belas dan sayang kepadanya dan melantiknya ke jawatanya semula...

   Sejak itu, beliau dilihat kurang aktif dalam parti Pas. Beliau bergiat dalam Persatuan Ulama Malaysia cawangan Perak sebagai Pengerusi dan merupakan Pengerusi Lajnah Tashih al-Quran. 

   Belaiu pernah dilantik menjadi Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) sewaktu Pakatan Rakyat mengambil aleh Perak.

  Berikut merupakan beberapa catetan ringkas, pandangan dan nasihat Dato Sheikh kepada kita semua, yang sempat diambil semasa ziarah mahabbah tersebut. Terima kasih saya kepada Saudara Mohd Rashidi di atas nota berikut:
- Fiqh Sunnah bagus ajar tentang hadis. Tafsir Fizilal pun bagus bawa maksud sebenar Al Quran.

 - Dalam ramai ramai mufti, Dr Asri paling bagus. Bahasa Arab, ilmunya.. Orang tak suka fitnah kata dia wahabi. Tak setuju bawakan hujah. Ni semua tak ada.. air mustakmal. Nabi ambil air dari janggut terus basuh kepala. Baca Quran pada orang mati..

 - Saya sihat nanti nak masuk politik semula. Nak masuk Amanah. Nak bantu Ust Ahmad Awang, Ust Ghani. Mereka ni bagus. Amanah ni jelas perjuangan. Bantu supaya disebarkan perjuangan Amanah ni.

 - Pas ni kena tipu dengan Umno. Zaman Nik Aziz tak boleh tipu sebab dia cerdik. Hari ni UMNO nak berbaik sebab sokongan 48%.

 - Dulu baca ayat ini (Wala Tarkanu Ilal Lazina Zolamu).

 - Mahathir buat parti baru. Nak pecahkan UMNO.

 - Hudud ni dikemudiankan. Bagi elok stabil semua benda. Parti semua kena pakat elok baru boleh menang...
 Kepada sahabat handai yang lain, marilah bersama dengan Dato Sheikh yang mahu membantu Ust Ahmad Awang, Ust Ghani dalam perjuangan parti Amanah.

Nota : Berikutan hajat Dato Sheikh mahu membantu Ust Ahmad Awang, Ust Ghani, saya segera menghubungi UAA meyampaikan perkara tersebut. Ekoran itu, satu kunjungan susulan telah dibuat petang kelmarin. Beritanya akan menyusul nanti. 

Tiada ulasan: